Isnin, 4 November 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Gempar ~ Tumbuk muka wanita Umno - Dua ditahan reman

Posted: 04 Nov 2013 08:05 AM PST

Aku sangat simpati dengan Wanita Umno yang kena tumbok di mukanya itu.Siapakah yang upah tumbuk dia sampai teruk macam nak mati ni?

 Polis sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu dan telah menahan reman untuk disoalsiasat dua individu yang memang terkenal sebagai 'tukang tumbuk' di sekitar daerah tersebut.

"Kami akan cari tukang tumbuk itu hingga ke lubang cacing!" Kata seorang pegawai

Polis yakin sedikit masa lagi, tukang tumbuk berkenaan akan di bawa ke muka pengadilan.

Dua individu tersebut ialah :

Penumbuk Lesung Kayu Tangan

Penumbuk Batu Sambal

Sehingga laporan ini dibuat, tiada apa-apa pengakuan telah dibuat oleh dua OKT tersebut.Jurucakap polis mengatakan kedua-duanya tidak mahu bercakap sehingga peguam mereka , Hanifa Maiden dan Asmuni Awi tiba esok pagi.

p/s - Gambar atas adalah gambar Wanita Umno Penipu yg telah diolah

Sungai Limau Kita Punya - Tahniah PAS!

Posted: 04 Nov 2013 05:09 AM PST

Aku dah memang agak dah bila tengok siaran langsung kat TV aku tengok Mukhris tak ada. Aku cakap kat isteri aku, PAS menang, sebab itu Muhriz tak nampak lubang hidung dia ! 

Waktu itu PAS sedang ketinggalan dgn majoriti 2 ribu.... Kemudian itu aku dapat SMS dar kawan : Insya' Allah menang maj 1000 lebih tak resmi..SMS dari Us Idris... 

 Sebentar tadi aku buka internet rupanya dah terpampang kemenangan PAS dengan majoriti 1,084 walaupun Mahfuz sebelumnya telah meramalkan menang dengan hanya 500 sahaja sebelum ini. Baca di sini


Dah memang betul, bukan fitnah!

Posted: 03 Nov 2013 10:27 PM PST

Apasal depa ni masih tidak mahu nak ngaku? Malah tuduh pula buat fitnah.Memang kita orang susah nak buktikan, sebab diaorang ni bijak putar belit!


Dah tu pula, asyik bangkitkan perkara tersebut seolah-olah diaorang tu dalam kebenaran dan menjadi mangsa fitnah Pakatan Rakyat.Hari ini Utusan siarkan kenyataan dari Katak suruh kitaorang minta maaf! Harrrkkk... Phtuuui!!


Pembangkang perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan mesti menarik balik serta mengakui bahawa tuduhan mereka kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, adalah suatu fitnah yang dirancang. Artikel Penuh: di sini

Tapi apahal dengan berita yang keluar di MStar online kelmarin : 

Pusat Pengajian Bantu Bawa Masuk Ribuan Warga Bangladesh Ke Malaysia Secara Haram

Beribu-ribu pekerja haram Bangladesh membanjiri negara ini dengan kebanyakannya menyamar sebagai pelajar asing dan adakalanya sebagai pelancong.

Mereka dibantu oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia yang tidak bertanggungjawab dan pusat-pusat pendidikan yang berkerjasama dengan sindiket penyeludupan manusia. Baca seterusnya  di sini


Sekarang korang tahu tak kenapa kitaorang tidak perlu nak minta maaf pasal buat tuduhan pasal pengundi dari Bangla tu? Sebab perkara itu memang betul!

Tiada ulasan: