Isnin, 25 November 2013

Addin

Addin


Khalid Ibrahim Tidak Kisah Di Tegur Anwar

Posted: 25 Nov 2013 08:00 AM PST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak kisah dengan teguran kali kedua yang dilemparkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyifatkannya 'lambat' melaksanakan arahan.Katanya, beliau sedikit pun tidak terasa hati dengan teguran itu, malah menerimanya dengan hati terbuka.

Khalid bagaimanapun mempertahankan, sebagai ketua eksekutif negeri yang melaksanakan amanah rakyat, dirinya perlu mengambil langkah berhati-hati dalam setiap keputusan yang dibuat.

"Setiap kali melaksanakan sesuatu dasar saya perlu berhati-hati. Ia bagus. Kami tahu apa kami nak tetapi kami perlu berhati-hati sebab ia duit rakyat."Apa niat baik kami tak menggambarkan apa yang sebenar," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Anwar dalam Kongres Khas PKR semalam buat kali kedua menegur Khalid apabila menganggap teguran itu seperti membaiki 'skru yang sudah longgar' walaupun mengakui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sebagai sahabat paling setia dalam parti.

Ditanya sama ada Khalid wajar menukar rentak pentadbirannya yang perlahan, beliau bagaimanapun berkata "tidak, sudah terlambat untuk saya melakukannya".

Namun, Anwar sempat memuji rekod pentadbiran Khalid di Selangor apabila berjaya mengurangkan pembaziran berbanding pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

"Saya yakin dia tak curi wang, tak ambil balak, tak ambil tanah dan tak khianati amanah. Itu paling besar," katanya di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini semalam.

Teguran positif

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali ketika ditemui di lobi DUN berkata, teguran itu perlu dlihat secara positif yang bertujuan meningkatkan prestasi penyampaian pentadbiran Selangor.

"Teguran ini dibenarkan dalam Islam. Kita disuruh nasihat menasihati bagi perkara bertujuan baik bukan meruntuhkan, tapi membina kekuatan yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai usul yang mahu Anwar menjadi Presiden PKR, Azmin berkata ini masa terbaik bagi Ketua Pembangkang itu menerajui parti.

Mengakui hal ini pernah dibincangkan bersama Anwar, Azmin berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu terlalu awal untuk dimuktamadkan, tetapi bertegas mahu terus memujuk Anwar supaya menerimanya.

"Kami merasakan ini waktu terbaik beliau menerajui PKR. Saya dah bincang secara peribadi dengan beliau bagaimana kita boleh menstruktur kepimpinan parti."Kita tak boleh berada di takuk sama terlalu lama. 

Ini parti berterasakan reformasi harus ambil kira pandangan akar umbi. Saya sarankan ada penstrukturan semula dalam parti.Ia permulaan baik dalam perbincangan dan kita akan teruskan meletakkan Anwar ditempat yang selayaknya," katanya.

Usul itu dibangkitkan Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari yang mahu Anwar mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti.

Bagaimanapun cadangan itu disanggah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution yang menganggap kedudukan Anwar sebagai satu 'institusi' dan tidak perlu diubah. ~fmt





Iklan C (ii)



Singapura Pun Intip Malaysia.. Ini Buktinya

Posted: 25 Nov 2013 04:50 AM PST

Singapura merupakan rakan utama kumpulan risikan "5 Eyes" yang memintas telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur, ia didedahkan di dalam dokumen sama yang dikeluarkan pendedah maklumat Edward Snowden.

Kumpulan media berpengkalan di Australia, Fairfax Media melaporkan hari ini akhbar harian Belanda, NRC Handelsblad menamakan Singapura sebagai kunci utama "pihak ketiga" yang menyalurkan lima negara tersebut akses ke dalam saluran komunikasi di Malaysia.

Akhbar tersebut menerbitkan sebuah peta yang menunjukkan cengkaman Amerika Syarikat ke atas saluran komunikasi trans-Pasifik melalui kemudahan pemintasan di Pantai Barat Amerika Syarikat, Hawaii dan Guam.

Kemudahan fasiliti tersebut memintas semua kabel trafik merentas Lautan Pasifik, dan berhubung dengan Australia dan Jepun, Singapura adalah sebahagian daripada pembinaannya seperti yang ditunjuk dalam peta.

Menurut Fairfax, Malaysia dan Indonesia menjadi sasaran utama bagi kedua-dua perisikan Australia dan Singapura sejak tahun 1970-an, kerana kebanyakan telekomunikasi dan trafik Internetnya akan melalui kepulauan bandar raya negara tersebut.

Pada bulan Ogos, Fairfax juga melaporkan perisikan Singapura merupakan rakan kongsi agensi pengintipan elektronik Australia, Defence Signals Directorate, bagi meneroka kabel SEA-ME-WE-3 yang beroperasi dari Jepun, melalui Singapura, Djibouti, Suez dan Selat Gibraltar ke Utara Jerman.

Perbuatan tersebut didakwa didalangi oleh syarikat pengendali telekomunikasi Singapura, Singapore Telecommunications Limited (SingTel), salah sebuah syarikat yang dimiliki agensi pelaburan kerajaannya, Temasek Holdings.

Syarikat tersebut memiliki Peter Ong, ketua perkhidmatan awam Singapura yang dahulunya bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara dan penyelarasan risikan, diberikan jawatan dalam lembaga sebagai wakil kerajaan.

Singtel juga dipercayai memperluaskan hubungan antara Australia dan Singapura dalam perisikan dan pertahanan sejak 15 tahun lalu, menurut pendedahan tersebut.

Bulan lepas, Snowden mendedahkan Amerika Syarikat menjalankan pengintipan mereka di kedutaan di Kuala Lumpur bagi memintas dan memantau rangkaian komunikasi telefon.

Menerusi peta yang diterbitkan oleh majalah Jerman Der Spiegel dan diteliti oleh Fairfax, menunjukkan 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuk di pejabat kedutaan AS di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Peta yang bertarikh 13 Ogos 2010, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kemudahan seperti di Singapura, Australia, New Zealand, Britain, dan Jepun, yang merupakan sekutu rapat AS.

Pada bulan Ogos, sumber perisikan Australia telah mengesahkan alat perisikan rahsia XKeyscore – yang juga didedahkan oleh Snowden – digunakan untuk mengintip Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik yang lain.

Program XKeyscore yang digunakan sejak tahun 2008 tersebut telah dikatakan berjaya menangkap pengganas daripada risikan yang diperoleh menerusi penggunaan alat tersebut. ~tmi





Iklan C (ii)


Rupanya Ini Senjata BN Untuk Dapatkan Sokongan Di Sabah Dan Sarawak

Posted: 25 Nov 2013 01:37 AM PST


Kemiskinan adalah senjata utama Barisan Nasional (BN) untuk mendapat sokongan di Sabah dan Sarawak manakala PKR pula mendahului rakan politik mereka mengukuhkan strategi untuk meraih sokongan pelbagai etnik di sana.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, meskipun Sabah dan Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik berbeza namun mereka tidak dapat lari daripada membicarakan isu kemiskinan.

Mengapa Sabah dan Sarawak masih berada di bawah garis kemiskinan sedangkan kedua-dua negeri itu kaya dengan sumber asli? Apabila mereka miskin, mereka mudah tertarik dengan pemberian BN seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Ini menunjukkan pertalian jelas di antara BN dan populasi masyarakat Borneo yang saling bergantungan. Namun BR1M hanyalah penyelesaian panadol. Ia bukan penyelesaian jangka panjang untuk mengeluarkan rakyat Borneo daripada kemiskinan."

Biarpun PKR parti paling muda dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding rakan strategiknya iaitu PAS dan DAP namun prestasi mereka menunjukkan peningkatan sokongan di kedua-dua negeri Borneo itu.

"Pada 2008, PKR menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi parlimen di negeri Borneo. Namun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), PKR menang tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN disebabkan kami berjaya meraih undi penduduk bandar di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata kepimpinan PKR pusat akan mengadakan bengkel di Sabah dan Sarawak tahun hadapan bagi persediaan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

"Kami akan pergi ke akar umbi bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan kami di sana.

"Di penghujung bengkel itu, kami akan memberikan gred berdasarkan kawasan di Sabah dan Sarawak berdasarkan peluang kemenangan baik di peringkat DUN mahupun parlimen.

"A adalah kawasan yang kita menang atau kalah dengan majoriti kecil. B kawasan yang memerlukan usaha lebih untuk menang dan C merupakan kawasan yang berpeluang dimenangi BN."

Saifuddin berkata, meskipun berdasarkan analisis di atas kertas kelihatan mustahil menggugat pengaruh BN tetapi itu tidak mematahkan semangat PKR untuk berusaha keras.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) semasa merasmikan Kongres Khas Nasional 2013 di Shah Alam semalam berkata, pindaan perlembagaan parti kali ini akan memberi kuasa autonomi lebih besar kepada Sabah dan Sarawak.

Katanya, dua negeri Borneo itu masih jauh ketinggalan di belakang berbanding negeri di Semenanjung meskipun negara telah mengecap 50 tahun kemerdekaan.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mengucapkan ribuan terima kasih kepada perwakilan yang bersetuju meluluskan usul itu bagi mengiktiraf pemimpin Sabah di peringkat pusat pimpinan PKR.

"Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada perwakilan yang telah mempersetujui cadangan kami meminta kuasa autonomi bagi negeri Sabah. Ini adalah parti pertama dalam negara yang telah memasukkan dalam perlembagaan partinya bagi memberi pengiktirafan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak.

"Ini satu langkah positif mendorong rakyat Sabah memberikan sokongan kepada PKR dan PR," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort yakin bahawa pindaan perlembagaan PKR itu nanti mampu mengembalikan kepercayaan dua Adun PKR yang baru-baru ini telah meninggalkan PKR.

Katanya, melalui pindaan baru itu dengan jelas memperjuangkan politik dan ekonomi rakyat Malaysia Timur yang sememangnya menjadi idaman pemimpin dan rakyat di dua negeri itu.

"Tidak ramai pemimpin yang meninggalkan PKR. Hanya dua Adun sahaja. Itu pun mereka belum menyatakan pendirian akan menyertai BN sebaliknya hanya mesra kepada BN.

"Saya cukup yakin dengan lulusnya perlembagaan parti akan menyedarkan pemimpin ini kerana sememangnya mereka merupakan pemimpin yang memperjuangkan hak dan ekonomi rakyat Sabah," katanya.

Baru-baru ini dua Adun PKR Sabah iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kadamaian Jeremy Malajad mengisytiharkan keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Santubong, Ali Hasan berkata pindaan itu sememangnya wajar dilakukan selepas parti itu dilihat memberi kurang perhatian kepada Sarawak semasa kempen PRU13 lalu.

"Pindaan itu memang wajar kerana yang pada pilihan raya lepas perhatian memang kurang diberikan. Dengan adanya pengukuhan itu maka lebih kuat kami bergerak.

"PKR perlu meneliti banyak perkara kerana senario politik dan sosio-budaya Sarawak amat berbeza dengan negeri di Semenanjung dan ia dibuktikan dalam analisis yang dijalankan sebelum ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ali juga melihat usaha PKR untuk mendapatkan sokongan Sarawak bagi membolehkan PR menawan Putrajaya telah menjadi trend parti politik sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Katanya, bagi merealisasikan usaha itu, PKR harus bekerja lebih keras memahami aspirasi rakyat Sarawak kerana menurutnya keperluan rakyat Sarawak kini semakin mendesak.

"Dalam konteks politik, itu perkara biasa kerana dalam politik pasti ada kelebihan dan kekurangan dalam segala aspek.

"Sokongan kepada PKR tidak mustahil tetapi PR kena bekerja lebih keras lagi kerana keperluan rakyat di Sarawak kian mendesak," katanya.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali  ketika ditemui pemberita semalam berkata tumpuan diberikan kepada negeri Malaysia Timur bagi menghormati Perjanjian Malaysia yang telah dimeterai dengan memuatkannya dalam pindaan parti.

Katanya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk PKR memperkukuhkan penguasaannya di dua negeri itu sebelum PRU14 dengan memberi peluang pemimpin parti itu di Malaysia Timur bergerak bersama pimpinan pusat.

"Ini sebahagian keyakinan kita menghormati Perjanjian Malalaysia yang tidak cukup dengan kata-kata tetapi menjadi sebahagian perlembagaan parti bagi menghormati pembentukan Malaysia.

"Sekarang masa yang sesuai memperkukuhkan parti sebelum PRU14. Jika kita terima peranan Sabah dan Sarawak adalah penting, maka kita perlu memberi peluang kepada wakil mereka untuk duduk dalam struktur kepimpinan parti tertinggi iaitu Biro Politik dan MPP," katanya. ~tmi




Iklan C (ii)

Punca Bekas Pengerusi SPR Sertai Perkasa Tersebar

Posted: 24 Nov 2013 08:55 PM PST

Setelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan harapan penyertaannya dapat membantu kaum majoriti itu untuk terus berkuasa.

Beliau tampil dalam Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan semalam selepas menyertai pertubuhan itu enam bulan lalu.

Sebab menyertai Perkasa: Abdul Rashid mahu memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang.Walaupun Perkasa dilihat berpihak kepada Umno, namun nama parti itu tidak pernah disebutkan dalam ucapan mahu pun sidang media.

"Dengan pengalaman dan pengetahuan saya bersama SPR, saya akan membantu Perkasa mencapai matlamat tersebut," katanya yang ditemui semasa mesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

Abdul Rashid, 69, berkata beliau telah berulang kali dijemput menyertai pertubuhan itu oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali."Ketika saya memutuskan untuk turut serta, saya memberitahu Ibrahim tidak mengapa sekiranya saya menjadi ahli biasa namun beliau meminta saya untuk menjadi ahli majlis kerana menurutnya lebih mudah bagi saya melontarkan pandangan bagi menambah baik organisasi," kata Abdul Rashid.

Pastikan Melayu kekal berkuasaSemalam, Abdul Rashid dalam ucapannya mencadangkan sepintas lalu beberapa perkara yang harus dilakukan pertubuhan Bumiputera itu."Banyak perkara yang harus kita lakukan. Bukan sekadar bercakap tetapi harus bertindak. 

Pertama sekali kita harus hormat pemimpin kita (Ibrahim Ali)," katanya berucap di hadapan 300 ahli Perkasa.Beliau turut mengingatkan bahawa Perkasa perlu lebih fokus.

Abdul Rashid berkata Perkasa kini bertindak seperti anggota bomba yang bergegas memadamkan kebakaran, Perkasa hanya bercakap dan bertindak jika terdapat isu berkait dengan hak orang Melayu.

"Kita tidak boleh berkejar ke sana sini. Kita perlu fokus dan terus berjuang sehingga sesuatu yang dikerjakan berhasil," katanya.Beliau berkata Perkasa bukanlah tempat mendapatkan wang atau pun kuasa dan ahlinya tidak perlu mempersoalkan hal itu."Saya tidak ke sini mencari kuasa dan wang. Menyertai Perkasa bermakna saya perlu sedia berjuang," katanya.

Bekas pengerusi SPR itu berkata, orang Melayu perlu kekal mendapat kuasa politik kerana negara ini kepunyaan mereka."Tanah ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu. 

Semasa mendapatkan kemerdekaan ia telah ditukar kepada Malaya dan selepas beberapa negeri menyertainya, ia ditukar kepada Malaysia Barat.Beliau berkata selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu."Kami lakukan secara sah dan teliti. 

Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" tanya Abdul Rashid.Melayu tidak mengenang budiBeliau berkata terdapat orang Melayu sekarang yang mengkritik bangsanya sendiri kerana melindungi kepentingan orang Melayu.

"Ini yang kita panggil Melayu haprak. Mereka bukan Melayu sebenar tidak seperti (ahli Perkasa). Kita bukan jenis yang menghina kaum sendiri," katanya.Abdul Rashid berkata 55% daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas.

Namun, hanya 6.3 juta orang Melayu berdaftar sebagai pengundi dan jumlah sebenarnya harus mencecah 15.3 juta.Beliau menjelaskan, pengundi Bumiputera seharusnya sekitar 19% namun hanya 10% yang didaftarkan."Angka ini diperoleh daripada kajian saya dan sumber yang sah.

Katanya, dengan kombinasi undi Melayu dan Bumiputera, orang Melayu dengan mudah mendapat kuasa politik."Sasaran kita adalah memastikan semua orang Melayu yang telah cukup umur mendaftar dan mengundi. 

Jumlah kita besar. Saya bukan sahaja mahu Melayu berkuasa tetapi perlu lebih kuat," katanya."Lebih ramai yang membenci, kita jadi lebih kuat. Perkasa akan terus maju ke hadapan," katanya.Perkasa, organisasi yang tepatAbdul Rashid berkata beliau telah bersedia berdepan kritik atas tindakannya menyertai Perkasa.

"Saya mencari organisasi yang betul kerana saya banyak melakukan kerja kebajikan dan Perkasa merupakan organisasi banyak terlibat dengan kebajikan yang fokusnya kepada orang Melayu dan agama. Inilah platform terbaik buat saya kerana saya orang Melayu dan beragama Islam.

"Sesetengah pihak tidak suka kepada saya sejak saya menjadi pengerusi SPR lagi namun masih ada yang sayangkan saya. Begitulah juga penyertaan saya ke dalam Perkasa. Malah lebih banyak yang suka daripada membenci," katanya sambil tersenyum.

Abdul Rashid menguruskan enam daripada 12 pilihan raya semasa beliau bersama SPR. Beliau merupakan Setiausaha SPR dari 1979 kemudian menjadi pengerusi dari tahun 2000 hingga 200. ~tmi




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: