Addin |
- Restoran Nasi Ganja Di Arah Tutup
- Wikileaks Dedah Rahsia Kerajaan Umno BN.. Saksikanlah
- Siling Hospital Serdang Runtuh Lagi
- Berita Gempar Dari Parlimen
- Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Belasah Polisi Pelik Najib
- Anwar Dedah Sifat Tamak Haloba Syed Mohktar Al Bukhary
- Masa Depan Politik BN Semakin Gelap.. Lihatlah Puncanya
Restoran Nasi Ganja Di Arah Tutup Posted: 14 Nov 2013 09:33 AM PST Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan. Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November. Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen. Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam. Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. ~bernama |
Wikileaks Dedah Rahsia Kerajaan Umno BN.. Saksikanlah Posted: 14 Nov 2013 07:34 AM PST Mei lalu... Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mendedahkan teks dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan kini Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA). Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, jaminan kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung perkara itu tidak mencukupi. "Jika benar-benar ada pasaran bebas dan kerajaan telus, kita seharusnya dapat melihat draf perjanjian," katanya dalam kenyataan media hari ini. (TPPA) adalah perjanjian multilateral yang sedang dirundingkan oleh 12 buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunai, Chile, Japan, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Menurut Mohamed Idris, CAP menimbulkan kebimbangan banyak isu berkaitan TPPA. Antaranya, kebimbangan Malaysia akan didesak bersetuju dengan peruntukan paten, yang akan menyebabkan kelewatan kemasukan ubatan generik dengan harga berpatutan di pasaran. Katanya, sesetegah pihak menegaskan harga ubat-ubatan tertentu akan meningkat sebanyak 60% -80% jika TPPA dilaksana, manakala ubat-ubatan berpaten boleh menjadi 1,044% lebih mahal daripada ubat-ubat generik. Versi ubat-ubatan berpaten untuk merawat HIV/Aids, sebagai contoh, melibatkan kos USD15,000 bagi setiap pesakit setiap tahun. Manakala versi generik kosnya hanya USD67 bagi setiap pesakit setahun. Menurut Mohamed Idris, satu lagi isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement – ISDS). ISDS menjadi kontroversi di seluruh dunia kerana membolehkan pelabur-pelabur asing mencabar tindakan sesebuah kerajaan tuan rumah, walaupun tindakan itu dilakukan demi kepentingan awam seperti kesan kepada kesihatan atau alam sekitar. "Adakah ini akan membawa kepada eksploitasi tidak beretika sumber asli kita dan apakah kesan kepada kesihatan awam akibat pencemaran dan kemerosotan alam sekitar? "Sehingga sekarang kerajaan Malaysia masih tidak memaklumkan rundingan atau teks perjanjian. Kebimbangan dan persoalan kami masih kekal tidak terjawab," ujarnya sambil menambah kebimbangan bahawa TPPA akan memberi implikasi yang besar bagi rakyat Malaysia... Meskipun Kerajaan mengambil langkah mendiamkan diri dan tetap enggan mendedahkan kandungan perjanjian yang turut ditentang oleh Tun Mahathir itu... Hari ini seluruh dokumen setebal 95 mukasurat itu telah didedahkan oleh WikiLeaks...
~asd |
Siling Hospital Serdang Runtuh Lagi Posted: 14 Nov 2013 04:20 AM PST Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi ini, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata runtuhan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi. "Bahagian berkenaan sebelum ini telah dikosongkan untuk kerja-kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit telah dialihkan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Usaha Bernama untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan. Sebelum ini, beberapa kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan, termasuk pada 30 September lepas di wad bersalin melibatkan runtuhan siling. Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi. ~tmi |
Posted: 14 Nov 2013 03:52 AM PST Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan. Kecewa dengan usul yang dikemukakan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang kertas. Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri turut mendapat sorakkan kuat dari ahli Parlimen pembangkang sambil "tarik balik" berulang kali. Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. "Usul haram ... tarik balik!" jerit ahli Parlimen PR semasa usul berkenaan dibacakan, sambil menepuk meja. ~sh |
Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Belasah Polisi Pelik Najib Posted: 13 Nov 2013 10:29 PM PST Bekas pegawai awam kanan dalam kerajaan tidak menerima alasan dan sebab yang digunakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk menggaji pakar perunding swasta bagi menyediakan kajian dan melakar dasar kerajaan. Ini kerana, kebanyakan mereka yang ditemuramah The Malaysian Insider mempersoalkan mengapa perdana menteri sebelum Najib mampu menguruskan kerja mentadbir negara tanpa membabitkan tenaga perunding luar. Malah, lima perdana menteri sebelum Najib berjaya membangunkan negara sehingga Malaysia menjadi ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara tanpa menggunakan pakar luar daripada kerajaan. Mereka berkata, keputusan menggunakan perunding luar sedangkan kerajaan mempunyai pakar penyelidik tersendiri, adalah satu pendekatan yang boleh membawa kepada penyelewengan. Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Ramlan Samiran, berkata mengapa kerajaan tidak menggunakan kepakaran anak tempatan yang bersusah payah mendapatkan kelayakan akademik dari dalam dan luar negara. "Apa sudah jadi dengan semua pegawai kerajaan yang dihantar ke luar negara untuk mendapat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. "Buat apa kita hendak belanja hantar pegawai kita ke luar negara bagi meningkatkan kepakaran mereka sekiranya kita tidak menggunakan mereka, sebaliknya kita guna pakar luar," katanya. Ramlan, yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam jabatan itu berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai ramai penyelidik yang pakar dalam bidang pendidikan dan mereka patut diberikan tanggungjawab bagi menghasilkan dasar seperti Pelan Pendidikan Kebangsaan (PPM). Media sebelum ini melaporkan, pentadbiran Najib membayar sebanyak RM20 juta kepada syarikat perunding luar bagi menyediakan PPM. Tan Sri Ramon Navaratnam, pegawai kanan kerajaan veteran yang pernah berkhidmat di Kementerian Pengangkutan sebagai ketua setiausaha dan di Kementerian Kewangan sebagai timbalan ketua setiausaha turut menyokong hujah itu. Ramon berkata, beliau pernah menjadi ahli dalam pelbagai suruhanjaya semasa berkhidmat di Kementerian Pengangkutan. Katanya, badan sementara tersebut terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan yang ditugaskan untuk mengkaji dan menyediakan pelan dasar bagi sektor kementerian seperti pengangkutan darat komersial, perkapalan dan penerbangan. "Kita hanya menggunakan satu atau dua pakar luar, biasanya daripada Bank Dunia dan Kumpulan Penasihat Harvard. Itu pun jarang-jarang kita pakai. Tidak seperti yang berlaku sekarang," katanya. Merujuk kepada PPM, Ramlan berkata, dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dihasilkan oleh pegawai kementerian semasa era Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "Belum lagi habis laksana PPIM, Najib sudah keluarkan PPM," katanya. Semalam, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata antara 2009 hingga 2013, pentadbiran Najib membelanjakan RM 7.2 billion untuk khidmat syarikat perunding. Katanya, fakta itu didedahkan melalui jawapan bertulis oleh Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Wong Chen berkata, kementerian tersebut berkata tenaga penyelidik kerajaan adalah terhad daripada segi kebolehan dan jumlah mereka. "Kementerian memaklumkan bahawa kerajaan perlu melantik syarikat perunding swasta supaya kekangan kebolehan dan sumber manusia yang dialami oleh agensi kerajaan dapat diselesaikan bagi memastikan projek dan kajian boleh dilakukan," katanya. Ramon berkata, beliau tidak menolak keperluan mengambil pakar perunding, tetapi ia hanya patut digunakan dalam keadaan terdesak dan kerajaan sendiri tiada kepakaran. Bagaimanapun, katanya, kadar pelantikan perunding awam pada masa kini membuka ruang untuk rasuah dan penyelewengan. "Sebuah ungkapan yang terkenal mengenai perunding luar adalah mereka ini selalu menggelar diri pakar, mereka biasanya masuk, selidik, tulis laporan dan lolos sebelum kita menyedari siapa mereka," katanya. ~tmi |
Anwar Dedah Sifat Tamak Haloba Syed Mohktar Al Bukhary Posted: 13 Nov 2013 07:08 PM PST Akhir-akhir ini, syarikat yang dahulunya menjadi tarikan pelabur tapi kemudian dibuang-senarai (de-listed) dari pasaran saham lalu diswastakan bagai satu trend. Satu contoh: Blackberry, di mana ia dibuang-senaraikan lalu diswastakan selepas kerugian hampir USD 70 bilion dari nilai asal USD 80 bilion lima tahun lalu. Senario perniagaan yang semakin mencabar menyukarkan syarikat-syarikat yang tersenarai untuk memberi pulangan yang besar kepada para pelabur; penswastaan memberi peluang kepada pihak pengurusan sesebuah syarikat untuk fokus mengembangkan perniagaan jangka masa panjang. Di Malaysia, penswastaan sesebuah syarikat sebegini seringkali mempunyai niat yang berbeza: tamak haloba. Padiberas Nasional Berhad (Bernas) tidak menghadapi masalah serupa Blackberry. Harga saham Bernas sedang meningkat malah nilainya kini hampir tiga kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM 135 juta setiap tahun sejak 2006, dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM 2.1 bilion (2006) ke RM 3.6 bilion (2012). Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya. Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu-individu yang sangat kaya pastinya mengidamkan syarikat sebegini. Niat asal Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi (melalui pengurusan Simpanan Stok Negara dan Skim Harga Subsidi Padi) tapi juga untuk memastikan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas mendapat manfaat dari milikan ekuiti daripada penswastaan tersebut. Hal ini dibangkitkan Menteri Kewangan pada bulan Disember 1995 dalam jawapan kepada YB Tn Lim Guan Eng di Parlimen, diikuti pembentukan konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd pada Januari 1996. Konsortium tersebut membolehkan lebih dari separuh ekuiti Bernas dimiliki persatuan-persatuan petani (KADA, MADA, NAFAS), nelayan (NEKMAT) dan pekerja Bernas. Pusingan 1 Hingga hujung 2009, milikan-milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar atas) melalui syarikat-syarikat milik beliau (Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds) mengakibatkan beliau memiliki 53.7% Bernas melalui pengambilalihan oleh Maybank Investment Bank Berhad bernilai RM 526 juta. Purata keuntungan bersih Bernas dianggarkan pada RM164 juta setahun dan hasil meningkat dari RM 3.3 bilion (2009) ke RM 3.6 bilion (2012). Pusingan 2 Apabila kerajaan memanjangkan mandat Bernas untuk merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Jan 2011 ke 10 Jan 2021, Tan Sri Syed Mokhtar bertambah tamak. Tawaran pembelian Bernas pada RM 3.70/saham dibuat pada penghujung Feb 2013 melalui syarikat-syarikat lain milik beliau, iaitu other companies namely, Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd. Pengambilalihan ini, yang juga dinasihatkan Maybank Investment Bank Berhad dikatakan bernilai RM 477 juta. Pada 6 Nov 2013, lembaga pengarah Bernas dinasihat menyahsenaraikan Bernas dari Bursa Malaysia kerana jumlah saham yang dimiliki awam telah jatuh ke 16.31% (iaitu dibawah nilai yang diperlukan untuk penyenaraian iaitu 25%) akibat pengambilalihan sistematik Tan Sri Syed Mokhtar. Pada Feb 2013, Maybank Research membuat ramalan hasil dan keuntungan Bernas bagi 2013 hingga 2015: Ini bermakna hasil dianggarkan meningkat hingga RM 3.9 bilion pada 2015 dari RM 3.6 bilion pada 2012. Keuntungan meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa pendek untuk mengurangkan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki Bernas di masa hadapan. Soalan yang diutarakan Bagaimana seorang individu dibenarkan memiliki monopoli ke atas beras sebegini, yang mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga di masa hadapan, yang merupakan niat asal penswastaan Bernas? Kenapa kerajaan telah tersasar dari niat asal penubuhan Bernas, iaitu untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas? Adakah milikan ekuiti mereka ini tidak penting di mata kerajaan, berbanding kepentingan individu-individu maha kaya dan mempunyai "kabel" politik sebegini? Bagaimanakah pengambilalihan saham Bernas bernilai RM 477 juta, dan jumlan pengambilalihan melalui Tradewinds Plantation dan Bernas bernilai RM1.173 bilion oleh syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar (Perspective lane, Kelana Ventures, Seaport Terminal dan Acara Kreatif) dipermudah Maybank IB? Bagaimana seseorang individu boleh berterusan berjaya mendapatkan pinjaman dari bank yang sama? Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Tan Sri Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambilalih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021, disebabkan tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Ketua Umum KEADILAN |
Masa Depan Politik BN Semakin Gelap.. Lihatlah Puncanya Posted: 13 Nov 2013 05:03 PM PST Tanya Robert Quah mengenai cadangan kenaikan 100% cukai pintu bagi pemilik rumah di Kuala Lumpur dan ini akan menaikkan kemarahannya. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seputeh itu percaya kenaikan itu akan menjadi punca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018. Beliau tidak berseorangan. Wakil persatuan penduduk lain turut marah dengan kenaikan cukai pintu yang diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui notis diterima sejak minggu lalu. Kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur terakhir adalah 21 tahun lalu. Menurut satu laporan dalam The Star tahun lalu, jumlah hartanah yang menjadi penempatan di Kuala Lumpur berjumlah 1.77 juta unit. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mempertahankan kenaikan cukai pintu dengan berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur juga sudah melambung tinggi. "Jika sebuah rumah dahulunya berharga RM80,000 dan kini berharga RM700,000, tetapi harga cukai pintu masih lagi rendah, apa yang seharusnya kita lakukan," katanya di Parlimen semalam. Quah tidak dapat diyakinkan dengan alasan Tengku Adnan. "Kenaikan adalah melampau," katanya dan menambah bagi rumah teres di Taman Seputeh, harga cukai pintu meningkat daripada RM9,000 kepada RM18,000. Di Kepong, sesetengah pemilik rumah kos rendah mengatakan kenaikan sebanyak 267%. "DBKL hantar surat kepada kami mengatakan kami mempunyai 12 hari untuk bantah," katanya. Wakil persatuan penduduk yang lantang itu tidak berhenti setakat itu, beliau mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak senyap tentang kenaikan kos kehidupan yang membebankan golongan kelas menengah. "PM terlalu senyap sedangkan beliaulah di belakang semua ini," kata Quah dan menambah ini boleh menyebabkan rakyat berdemonstrasi di jalan raya jika kerajaan tidak bertindak untuk menghentikan kekejaman ini. Katanya, lebih menyakitkan hati adalah alasan yang diberikan untuk kenaikan itu. Quah berkata, apabila penduduk Taman Seputeh pergi ke DBKL untuk mendapatkan penjelasan tentang bagaimana kadar baru cukai pintu dikira, beliau diberitahu "kenaikan sudah tidak dilakukan selama bertahun-tahun." "Ini adalah penjelasan mereka. Dari mana mereka boleh dapat duit lagi," katanya. Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Datuk Mumtaz Ali juga mempersoalkan mengapa DBKL menaikkan kadar cukai pintu tanpa berbincang dengan penduduk terlebih dahulu. "Mengapa mereka menolak slogan PM agar 'rakyat didahulukan'? "Mereka tidak pernah berbincang dengan kami. Apa yang kami ingin tahu ialah adakah mereka sudah memperbaiki perkhidmatan mereka," katanya. Katanya, penduduk Bukit Bandaraya menderita apabila lebih banyak kelulusan diberikan kepada aktiviti komersial di kawasan mereka, dan pihak berkuasa tempatan mengatakan ia akan menambah nilai kepada kawasan kejiranan itu. Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Prem Kumar Nair, berkata kenaikan cukai pintu ini tidak akan menggembirakan penduduk apatah lagi baru-baru ini kerajaan mengumumkan pengenalan cukai barangan dan perkidmatan (GST), penghapusan subsidi gula dan pemotongan subsidi minyak. "Kerajaan mesti terlebih dahulu menyelesaikan isu ketirisan dan mengambil langkah penjimatan kerana kami tahu agensi kerajaan membayar dengan harga lebih tinggi kepada pembekal. "DBKL mempunyai banyak wang dalam simpanan mereka. Jadi mereka harus menyelesaikan isu pembaziran dan ketirisan berbanding meminta kami bayar labih," katanya. Setiausaha Persatuan Penduduk Desa Aman, Koh Guan Swee, berkata rakyat dibebankan dengan kenaikan kos dan ini bukanlah masa sesuai untuk menaikkan cukai kerana gaji orang ramai masih berada di tahap sama. "Ini bukan masa sesuai untuk menaikkan harga semua benda sehingga kerajaan berjumpa dengan cara untuk memperbaiki pendapatan golongan kelas menengah dan golongan kelas menengah bawah yang menderita dengan kenaikan kos kehidupan," katanya. Koh berkata, graduan yang baru mendapat kerja hanya menerima gaji sekitar RM2,000 sebulan dan ini tidak cukup untuk hidup di Kuala Lumpur tanpa bantuan ibu bapa mereka - turut terseksa untuk membayar pelbagai bil. Beliau juga menyelar DBKL kerana mahu meningkatkan kadar cukai dan pada masa sama perkhidmatan mereka tidak pernah diperbaiki. Prem berkata: "Bolehkah mereka mewajarkan bahawa mereka sudah melakukan sebaiknya untuk menyelesaikan masalah kesesakan di ibu kota dan cuba untuk menurunkan kadar jenayah? "Apakah mereka sudah membina lebih banyak laluan pejalan kaki agar orang ramai selamat daripada peragut," katanya. Quah bagaimanapun menambah kenaikan kadar cukai pintu baru itu tidak akan boleh diwajarkan. "Jika kenaikan 5 hingga 10%, ia wajar, tetapi mereka menaikkan lebih daripada 1005," katanya. "Ini seperti ditikam daripada belakang," katanya dan menambah beliau sudah menubuhkan jawatankuasa yang akan mengeluarkan surat bantahan kepada DBKL. Mumtaz berkata, kebanyakan pemilik rumah di Bangsar berada di penghujung usia dan mereka sudah pasti tidak mampu untuk membayar kadar cukai tinggi. Mereka juga menuntut DBKL berbincang dengan penduduk terlebih dahulu berbanding memaksakan kadar cukai baru kepada pemilik rumah. Ahli Parlimen Kuala Lumpur bagaimanapun berkata, kenaikan cukai pintu ini akan memberikan kesan "domino" yang akan menjejaskan kebanyakan pemilik rumah dan penyewa. Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, berkata: "Sudah tentu pemilik rumah akan menaikkan harga sewa dan ini akan membebankan penyewa." Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menyelesaikan masalah itu dengan membandingkan perkhidmatannya dengan bekas Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail. "Beliau (Ahmad Fuad) sentiasa berjaya menaikkan keuntungan DBKL tanpa perlu menaikkan cukai pintu," katanya. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan