Jumaat, 1 November 2013

Addin

Addin


Rupanya Bukan Ayah Jamil Khir Je Orang PAS, Ayah Menteri Ini Pun Sama..

Posted: 01 Nov 2013 09:19 AM PDT

Seorang wartawan veteran, Subky Latif mendakwa bukan sahaja ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir orang PAS, malah ayah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery pun orang PAS.

Dalam tulisannya yang berjudul "Syukur Pak Baharom ahli PAS Sungai Limau" dalam www.harakahdaily.net , Subky menulis, " Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya".

Tulisnya lagi, sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Subky menulis, iika tidak kerana PRKl Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa Jamil Khir adalah anak seorang ahli PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu..

Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.

"Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat mendidik anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu," tulis Subky.

Beliau menambah, bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ.

"Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain," tulisnya lagi,

Beliau menyambung, bukan Pak Baharum saja orang PAS yang anaknya tidak jadi ahli PAS.

"Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Datuk Abu Samah, anaknya Datuk Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Datuk Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno," tulisnya lagi. ~fmt




Iklan C (ii)


Panas!! Penyokong PAS Tolak Kehadiran Anwar Di DUN Sg. Limau?

Posted: 01 Nov 2013 05:46 AM PDT


Nampak sangat UMNO/BN Kedah yang bermenteri besarkan anak Mahathir, Mukhriz dalam keadaan sesak nafas sukar nak bernafas sebab kekalahan terbayang sudah di mata.

Sanggup buat kerja terdesak cetak dan pasang banner yang tertera tulis ayat ... KAMI MENOLAK KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM DI DUN SUNGAI LIMAU .... PENYOKONG PAS SUNGAI LIMAU.Iku hukum akal logiklah ...

Kalau benarlah para penyokong PAS tolak kehadiran DSAI ke Sungai Liamau, tak perlu ada banner dan kain rentang .. tengok saja nanti kehadiran orang ramai .. kalau sekadar yang hadir 10 orang itu bermakna memang para penyokong PAS tolak DSAI datang ke Sungai Limau.

Ini taktik dan cara purba pupus tarikh yang diguna pakai oleh pencacai UMNO .. Dia ingat dengan cara ini UMNO/BN boleh menang.

Masalah besar yang dihadapi oleh UMNO kini ialah dia ingat rakyat kebanyakkannya perangai dan otak macam para penyokong dan pendokongnya... jenis sokong membuta tuli dan angguk dan telan mentah-mentah apa jua berita disampaikan kepada mereka.

RAKYAT CERDIK .. UMNO SAKIT..



~omakkau



Iklan C (ii)


Ini Kos Perbelanjaan BN Di Sg. Limau

Posted: 01 Nov 2013 02:55 AM PDT

PAS hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau.

"Mereka (BN) menabur pelbagai janji dan menurunkan bantuan secara segera dalam tempoh berkempen. Pemimpin Umno-BN tanpa segan silu melakukannya dan langsung tidak mengendahkan Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).

"Apabila dikira semua ini, ia berjumlah RM15.15 juta," katanya pada sidang media di bilik operasi induk PAS, Sungai Limau pagi ini.

Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama, RM1.2 juta kepada 12 sekolah lain, program Bantuan Azam Tani Mara sebanyak RM802,700, bantuan zakat Agrobank sebanyak RM19,700, pinjaman Tekun sebanyak RM30,000, peruntukan masjid Simpang Empat sebanyak RM300,000, sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain sebanyak RM118,000, bantuan baiki rumah sebanyak RM1 juta, pemberian cermin mata sebanyak RM1.18 juta, peruntukan jeti perikanan sebanyak RM500,000, peruntukan tukun tiruan sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Mahfuz mendakwa, sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau.

"Kami lihat BN ini seperti ketagihan dan hanya tahu umum projek saja.

"Ini sudah jadi budaya harian yang tidak dapat ditinggalkan, seperti sudah jadi tradisi mereka (BN)," katanya.

Mahfuz berkata, pemimpin BN melakukan perkara yang sama ketika berkempen di Kuala Besut.

"Sekali lagi, kita lihat pengumuman program projek dalam PRK Sungai Limau.

"Saya juga ada menerima aduan daripada penduduk Kuala Besut yang setakat ini tidak melihat sebarang projek berjalan d isana seperti yang diumumkan oleh pemimpin BN. Sebab itulah saya kata BN ini hanya tahu umum saja," katanya.

Beliau berkata, pada PRK Kuala Besut lalu, BN menghabiskan sekurang-kurangnya RM337 juta untuk berkempen, manakala jumlah yang dihabiskan pada kempen kali ini lebih kecil.

"Projek mereka ini adalah 'projek air liur'," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap pengundi Sungai Limau dapat membuat pertimbangan dengan baik dan tidak termakan dengan janji manis pembangunan yang dijaja oleh BN pada PRK kali ini. ~tmi




Iklan C (ii)

Sebenarnya Mukhriz Mahathir Calon BN Di PRK Sg. Limau?

Posted: 01 Nov 2013 01:46 AM PDT


Pas Kedah mendakwa bunting yang digunakan BN untuk memperkenalkan calon parti itu bagi PRK Dun Sungai Limau mengelirukan.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi Dun Sungai Limau mungkin terpengaruh atau tertipu kononnya yang bertanding itu adalah Datuk Mukhriz Mahathir, yang merupakan Menteri Besar Kedah, bukan calon BN.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan siapa 'calon BN' yang bertanding di Dun Sungai Limau.

"Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim?

"Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz," katanya.

Sementara itu, SPR menegaskan tiada halangan bagi mana-mana parti politik untuk meletakkan gambar pemimpin parti selain dari gambar calon yang bertanding.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara tersebut sudahpun dijelaskan, dibincangkan dan dipersetujui pada PRU13 dengan semua parti politik yang bertanding.

"Dasar SPR benarkan gambar pemimpin seperti PM, MB, pemimpin utama Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Hadi Awang (Presiden Pas).

"Saya harap Datuk Mahfuz tidak perlu bangkitkan isu ini. Tiada yang mengelirukan. Pas boleh letak gambar pemimpin mereka, gambar Datuk Mahfuz pun boleh," katanya. ~sh




Iklan C (ii)

Wajah Sebenar Najib Terbongkar.. Saksikanlah

Posted: 01 Nov 2013 12:11 AM PDT

Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) memilih untuk bercakap isu sensitif semasa berada di luar negara iaitu mempertahankan keputusan mahkamah yang melarang Kristian daripada menggunakan kalimah Allah.

Najib berkata, larangan mingguan Kartolik, Herald daripada menggunakan Allah adalah perlu untuk menjaga ketenteraman awam dan keharmonian negara dengan alasan Herald adalah akhbar yang tersebar luas.

Herald dicetak 14,000 naskah setiap minggu dan kebanyakannnya diedarkan menerusi gereja.

Dalam wawancaranya dengan Reuters di London, Najib berkata: "Semua perlu faham ada hal yang sensitif di Malaysia, tetapi yang terlebih penting adalah ketenteraman awam dan keharmonian negara."

Perdana Menteri berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hanya untuk akhbar Herald dan kerajaan tidak akan menyekat penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Keputusan mahkamah hanya untuk akhbar Herald yang mempunyai edaran yang meluas, ia tidak akan dilaksanakan di Sabah and Sarawak.

"Jadi apa yang kita cuba buat adalah secara objektif dan semuanya untuk memastikan ketenteraman awam dan keharmonian negara," katanya ketika ditemui semasa Forum Ekonomi Islam Antarabangsa di London.

Tafsiran Najib mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak sama dengan apa yang ditafsirkan oleh pemimpin Kristian, pakar undang-undang perlembagaan dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib yang memperkatakan kesan daripada keputusan 14 Oktober itu.

Pengkritik kepada keputusan mahkamah itu mendakwa, keputusan hakim bahawa Allah tidak termasuk dalam tuhan orang Kristian membawa kesan yang luas daripada sekadar akhbar Herald sahaja.

Putrajaya dianggap cuba mempertahankan undinya di Sabah dan Sarawak - bank undi utama untuk Barisan Nasional - apabila berkata keputusan mahkamah itu tidak menghalang mereka menggunakannya tetapi pemimpin gereja berkata, ramai kalangan penduduk Sabah dan Sarawak kini bekerja di Semenanjung.

Pemimpin Kristian mendakwa, kalimah Allah digunakan sejak lebih 100 tahun lalu, jauh sebelum negara merdeka pada 1957, dan ia berlaku tanpa memberikan sebarang salah faham di kalangan orang Islam dan mengganggu ketenteraman negara.

Namun, komen Najib sekurang-kurangnya memberi gambaran kepada rakyat negara ini mengenai sikap sebenar beliau berhubung keputusan mahkamah ini.

Sehingga kini, beliau hanya menjanjikan pelan 10 perkara untuk menyelesaikan isu yang melibatkan penganut Kristian di Malaysia Timur.

Perkara utama dalam pelan yang dinyatakan kerajaan pada 2011 adalah membenarkan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah dibawa masuk ke dalam negara.

Najib biasanya menjauhi isu kontroversi dan jarang mengadakan sidang media mengenainya di dalam negara.

Ia berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjawab semua persoalan media, daripada soalan nakal hinggalah yang serius, ketika dia menjadi Perdana Menteri.

September lalu, Najib memberitahu perwakilan Perhimpunan Agung Umno keperluan mengamalkan wasaatiyyah iaitu kesederhanaan dalam menangani pelampau walaupun dalam masa yang sama mengekang penyebaran Syiah di Malaysia.

Walaupun kebanyakan umat Islam di Malaysia mengamalkan Sunnah wal Jamaah ada juga yang cuba mengamalkan Syiah.

Islam adalah persoalan negara tetapi pihak berkuasa agama juga memainkan peranan besar dalam mengawal selia hal-ehwal agama.

Pengkritik berpendapat Perdana Menteri sepatutnya menghalang sekatan sedemikian termasuk tangkapan dan serbuan kerana ia bertentangan dengan kenyataannya sendiri. ~tmi



Iklan C (ii)

Hari Bersejarah Turki, 4 Ahli Parlimen Wanita Bertudung Ke Parlimen

Posted: 31 Oct 2013 07:09 PM PDT


Empat ahli parlimen wanita dari parti pemerintah Islam Turki memakai tudung kepala Islam di Parlimen pada hari Khamis lalu dalam cabaran kepada tradisi sekular di negara ini.

Parti lawan sekularis hanya mampu sekadar membuat bantahan lemah dan tidak bermaya,jauh dari kejadian huru-hara pada tahun 1999, kali terakhir MP wanita memakai tudung kepala di parlimen.

Tudung kepala adalah simbol emosi di Turki, dilihat oleh golongan sekular sebagai lambang politik Islam dan rupa gaya dalam kehidupan awam sebagai satu penghinaan kepada Turki asas sekular Republik itu yang ditubuhkan oleh pengasas bapa sekular Mustafa Kemal Ataturk.


Tiada sekatan tertentu pada memakai tudung kepala di Parlimen . Tetapi tentangan dari golongan sekular serta larangan dalam institusi negeri yang lain, yang telah ditarik balik pada bulan ini, pernah menghalang wanita daripada memakai mereka.

"Kita akan menyaksikan permulaan era yang penting dan kami akan memainkan peranan utama , kita akan menjadi standard - pembawa , ini adalah amat penting," Nurcan Dalbudak , kata salah satu daripada empat ahli parlimen AKP , sebelum menghadiri Parlimen.

Pembangkang utama Turki dan Parti sekular Rakyat Republikan (CHP ), berkata ia akan membuat tentangan dan bantahan.


Tindakan penggubal undang-undang ' berlaku hanya beberapa minggu selepas AKP mengangkat larangan dekad - lama di wanita yang memakai tudung kepala di institusi kerajaan sebagai sebahagian daripada pakej pembaharuan kerajaan mengatakan adalah bertujuan untuk meningkatkan demokrasi.

Tetapi perdebatan pergi ke tengah-tengah ketegangan antara golongan elit agama dan sekular, satu garis salah dalam kehidupan masyarakat Turki.

Sekatan ke atas tudung kepala di universiti-universiti telah pun turun di bawah AKP dan pengkritik Perdana Menteri Tayyip Erdogan ketika ini dan dasar-dasar lain - seperti sekatan ke atas penjualan alkohol - sebagai bukti parti itu sedang berusaha untuk menghakis perintah sekular republik dibina di atas runtuhan teokrasi Uthmaniyyah oleh Ataturk pada tahun 1923.

Penyokong Erdogan, yang isterinya juga memakai tudung kepala , berkata pemimpin Turki hanya membetulkan imbangan dan mengembalikan kebebasan bersuara agama kepada majoriti Muslim.

Tetapi pihak lawan menuduh AKP menggunakan tudung kepala bagi kepentingan politik dan untuk mendapatkan sokongan menjelang kitaran pilihan raya.

"Anda hanya mempunyai satu aset dan kita tidak akan membenarkan anda menggunakan ini untuk memainkan mangsa, " Muharrem Ince, timbalan CHP memberitahu perhimpunan itu , berkata empat wanita tidak pernah berdiri sebelum di Parlimen untuk mempertahankan hak-hak wanita lain .

Dalbudak menolak tuduhan , berkata keputusan itu telah semata-mata berdasarkan kepercayaan peribadi .

"Saya amat gembira dan bangga kerana saya melengkapkan salah satu tugas utama yang diperlukan daripada saya. Saya mengalami ketenangan jiwa kerana ini ... Ini tidak ada kena mengena dengan pelaburan dalam pilihan raya. "

Tindakan mereka juga merupakan tanda perubahan masa ditetapkan terhadap tabir terkawal tahun 1999 , apabila Merve Kavakci , seorang Ahli Parlimen dari Parti Kebaikan Islam, pelopor kepada AKP , memakai tudung kepala untuk majlis angkat sumpah .

Perdana Menteri Turkey ketika itu Bulent Ecevit memberitahu perhimpunan itu: " Ini bukan tempat untuk mencabar negeri Memaklumkan wanita ini had itu. !". Separuh ruang berdiri menjerit: " HALAU DIA ... HALAU DIA ... HALAU DIA

Perhimpunan ini telah ditangguhkan dan Kavakci terpaksa meninggalkan dewan itu tanpa mengangkat sumpah. Beliau kemudiannya dilucutkan kewarganegaraan Turki selepas dia didapati telah mengambil kerakyatan Amerika tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Parti Kebaikan ditutup pada tahun 2001 kerana melanggar artikel sekular perlembagaan dan beberapa penggubal undang-undang , termasuk Kavakci , telah diharamkan daripada politik selama lima tahun.

Nazli Ilicak , ahli Kebaikan rakan ahli parlimen Parti yang duduk bersebelahan dengan Kavakci di parlimen sebelum dia dipecat , mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen AKP '.

"Ini adalah satu perkembangan yang positif. Rakyat kini sedikit malu mengenai apa yang mereka lakukan pada masa lalu".




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: