Rabu, 30 Oktober 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERITA HANGAT PERKASA

Posted: 30 Oct 2013 06:00 PM PDT





Perkasa Perak buat laporan polis video berkaitan kalimah Allah

IPOH: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video di laman sosial YouTube yang didakwa menyindir dan mempertikai keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah. 

Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh bersama 10 anggota pertubuhan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini pada 1.44 tengah hari.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... KAH KAH KAH.... kah kah kah..

kah kah kah..PERKASA ITU PUN PERKATAAN SANSKRIT... kah kah kah..

kah kah kah...TAK KE TERHINDU?..... kah kah kah



-----------

PERCAYA ATAU TIDAK?

Posted: 30 Oct 2013 07:00 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau pas kalah ertinya pengundi china lari
ini kerana tidak puas hati dengan
pengalaman mereka di zaman pas memerentah
ini juga bermakna
penolakan rakyat 
terhadap gulungan konservatif dalam pas

jika pas menang ertinya
rakyat bertambah benci pada madey dan anaknya
ertinya 
ada tim dalaman yang menolak anak madey

jika menang maknanya garis progresif
sedang memainkan peranan yang kuat dalam pas


Sg Limau: Protes barang naik pangkah PAS

Harakahdaily30 Okt 2013
JERAI: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyeru pengundi Dun Sungai Limau memberi undi kepada calon PAS sebagai protes kepada kenaikan harga barang dan cukai yang bakal diperkenalkan.


Pengundi Sg Limau perlu tunjuk kuasa rakyat

Muhammad Faizal30 Okt 2013
JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar pengundi Dun Sungai Limau menunjukkan kuasa rakyat dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.



--------

KESAH SATU KELUARGA

Posted: 29 Oct 2013 11:00 PM PDT









 KESAH KELUARGA MAT KOYO
Adalah hamba telah mendengar kesah ini dari datuk hamba yang telah mendengar kesah ini  dari datuk kepada datuk hamba. Maka bukanlah niat hamba melabonkan kesah ini untuk mencari dana dan laba. Bukan bertujuan untuk berdada dan berbangga. Jauh sekali untuk mencari dosa dan pahala.

Adalah niat hamba agar kesah ini akan diturunkan dari cucu kepada cicit kepada cucu kepada cicit. Hendaknya dapat kita jadikan kesah sebagai kesah  tiang pasak negara. Kesah  menjadi tauladan  penunjuk jalan dimasa hadapan.

Mengikut tuan empunya ceritera adalah satu keluarga lima beranak yang hidup dihujung kampong Lidah Bercabang di negeri Entah Berantah. Sang ayah dipanggil Long Libon, isteri dipanggil Mek Jitun. Dua anak lelaki bernama – Pidun dan Kitam. Anak bongus seorang anak dara sunti  yang cantik lagi menawan.Berambut ikal mayang. Tumit puteh lagi melepak. Sekali tersenyum seurat kembang. Nama diberi Pelesit Sundal Malam.

Maka ramailah orang bertanya kepada hamba kenapa  Pelesit  Sundal Malam nama diberi. Maka kepada  Si Bijak Bistari yang bertanya jawapan hamba hanya satu. Hamba ini hanya pembawa kesah.  Mendengar dari Tok Perawi dari Tok Perawai. Saheh mereka sahehlah hamba. Kenapa nama diberi hamba tidak  tahu apa  sejarah apa salasilah.

Adalah dikesahkan kehidupan keluarga Libon dan Jitun ini amat susah. Menumpang di tanah orang.  Sang Ayah, ibu anak beranak berkerja mengambil upah. Musim padi  mengambil upah mengubah benih. Musim menuai membanting padi. Musim hujan memasang lukah. Musim kering mengambil upah memanjat kepala.  Ke hutan mencari manau. Ke bukit mencari rotan.  Ke gunung mencari damar.

Adalah mengikut tuan empunya hikayat. Maka pada satu ketika yang ditetapkan. Pada hari yang tertulis maka awan puteh pun mulalah  berkumpul-kumpul untuk menjadi awan hitam. Kilat memanah sabung menyabung. Halilintar memecah bumi. Katak terus berlagu memanggil hujan. Kera dihutan pindah ke gunung. Inilah tanda musim tengkujuh akan sampai.

Musim tengkujuh ini adalah musim rezeki untuk Long Libon. Jala telah dianyam. Lukah telah  disimpai.  Tiga beranak  pun turunlah  ke paya  dan danau untuk memasang lukah memasang bubu. Sembilang dan puyu berlari-larian. Haruan dan keli bermandi manda. Inilah masa yang dinanti nanti.

Dalam hujan lebat sebagini ketika Raja di Istana enak beradu.Ketika Tok Penghulu sedang berurut. Ketika anak dara menyikat rambut. Ketika inilah Jantan Tiga Beranak ini behempas menebar jala  memasang lukah.

Pada saat dan ketikanya saperti telah ditakdirkan. Saperti telah tersurat dalam kitab. Tetiba  jala Long Libon tersangkut. Maka turunlah Pidon dan Kitam ke dalam sungai mencari sebab angkara.  Si Ayah menunggu dengan sabar. Hati sedih lagilah pilu jika jala terkoyak lagi. Benang  amat mahal. Timah amatlah susah dicari.

Tetiba muncul Pidon dari dalam sungai terhungap-hungap. Kemudian muncul pula Kitam. Kedua-dua kelihatan mengigil takut. Budak jantan ini mengeletar bukan kerana sejuk. Mereka telah terlihat sesuatu didalam sungai. Long Libon bertanya angkara. Apakah telah terlihat Buaya Puteh atau ternampak Puteri Duyong. Sang anak  menggeleng kepala tidak bersuara.  Tetiba kedua-kudanya terkencing dalam seluar.

Long Libon tak mahu jalanya koyak rabak. Inilah sahaja harta peninggalan ayah. Inilah harta penyambung hidup. Maka Long Libon  terus masuk ke air dan menyelam. Pidon dan Kitam berpelokan sambil mata memandang ke dalam sungai.

Bagitulah kesah yang hamba dengar. Semenjak petang jala tersangkut  kehidupan keluarga Long Libon mula berubah. Semuanya berubah.  Orang mula berkesah tentang Long Libon  yang menjadi Mat Koyo. Bukan saja dapat membeli tanah kampong yang mereka tumpang malah Long Libon  a.k.a Mat Koyo telah  membeli tanah sawah dan tanah getah. Kalau dulu Pidon dan Kitam hanya memiliki dua seluar dan dua kemeja. Kini anak jantan dua orang ini telah kenal dengan Hugo Boss dan Jermyn Street. Malah Mek Jiton juga telah mula memakai gigi bersumbi emas.

Pelesit Sundal Malam mengikut tuan yang empunya kesah telah  dua kali menjemput  Vidal Sassoon untuk  datang mendandan rambut. Kini Si Sundal Malam telah mula belajar mengaji. Mengikuit kesahnya  cucu kepada cucu kepada cicit Abdullah Munshi dari Bandar Hilir Melaka telah dijemput datang untuk menjadi guru mengajar dirumah Long Libon.  

Hanya Long Libon tidak berubah. Kain sarongnya masih bertampal-tampal. Bajunya masih baju yang lama. Sesekali kelihatan dia memakai selipar Jepun kalau tidak Long Libon sentiasa berkaki ayam. Hanya  satu perubahan yang jelas. Kalau dahulu Long Libon hanya mengulung rokok pucuk dengan tembakau. Kini Long Libon telah pandai menggulung  kertas Rizla dengan tembakau  Drum.
 
Maka orang-orang Lidah Bercabang terus bergosip. Ada yang berkesah bahawa Mat Koyo  telah menang loteri. Ada yang berkesah bagaimana Mat Koyo terjumpa harta Karun. Ada juga yang berkesah bahawa Pelesit Sundal Malam kini telah menjadi Awek kepada Ketua Pemuda.

Setiap kesah ini sambung menyambung. Bercambah dan bertambah. Ada orang kampong yang berani bersumpah laknat di Masjid. Mamat ini mengaku ternampak Pelesit Sundal Malam bersama dengan seorang Datuk Seri sedang minum cendul dibelakang Panggung Rex Ipoh. Tidak ada siapa yang dapat buktikan tentang Kesah Cendul ini kerana dalam kampong ini tak ada siapa yang pernah ke Ipoh. Jauh sekali nak tahu dimana letaknya Panggung Rex. Tak tahu mana yang benar dan mana yang lebong. Nampaknya dimana babak yang tak seronok ditambah dengan Aji-No-Moto untuk menyedapkan cerita.

Hairan memang menghairankan.Bagaimana satu keluarga  miskin kini telah hidup bukan sahaja mewah. Malah telah melintasi keupayaan Tok Penghulu.

Hamba yang mendengar kesah ini merasa tidak  puas hati. Maka minggu lalu hamba sendiri telah pergi berjumpa Long Libon untuk mendapatkan kesah sabenar. Memang susah untuk sampai ke Kampong Lidah Bercabang ini. Setiap kali hamba bertanya arah rumah Long Libon setiap kali hamba dapat jawapan yang berlainan. Maka tahulah hamba kenapa nama kampong ini Lidah Bercabang.

Tujuh hari tujuh malam hamba menapak mencari dari kampong ke kampong dari rumah ke rumah akhirnya  hamba  berjaya juga. Long Libon kelihatan sehat segak dan sasa. Mek Jitun lemah lembut berbudi bahasa tidak bersumbi emas. Manakala Kitam dan Pidun tidak sombong dan tidak riak. Tidak memakai Hugo Boss. Hamba dengan segala sopan dijemput naik kerumah. Ketika melangkah tangga mata hamba terlintas nampak  anak dara sunti Pelesit Sundal Malam.

Dipendekkan kesah yang panjang  hamba dengan sopan bertanya tentang apa sebenarnya  kesah jala tersangkut. Empat beranak yang duduk bersila di depan hamba terus ketawa. Ini menjadikan hamba lebih hairan.  Disaat genting ini muncul Pelesit Sundal Malam membawa dulang  minuman petang. Mata hamba mencuri pandang.  Dalam hati hamba berkata - mustahil anak dara sesopan ini akan menjadi Awek Ketua Pemuda atau betina simpanan Datuk Seri.

Soalan hamba tergantung tidak berjawab. Kejantanan hamba kini diganggu  oleh Pelesit Sundal Malam. Hamba tak tahu bagaimana hendak meyambung cerita. Hamba rasa diri hamba sedang terperangkap oleh keluarga Long Libon.  Hamba merasa tekanan datang tapi hamba tak tahu dari mana tekanan ini datang.

Tetiba hujan pun turun. Petir sabung menyabung. Halilintar memecah bumi. Masa dan ketika saperti inilah  jala Long Libon tersangkut dalam sungai. Suasana ini menjadikan hamba bertambah gelisah. Hamba  ingin meminta diri tetapi mustahil dalam hujan yang lebat ini hamba boleh menapak pulang. Sungai semakin sebak. Tanah berair dan berlumpur. Maka tidak dapat tidak hamba wajib menunggu.

Mata  hamba memandang hujan yang turun mencurah hamba. Tetiba terdengar Long Libon bersuara. Mata hamba beralih ke  muka Long Libon.

" Bagini  kesahnya. Kau tahu kesah Badang? Pernah  kau dengar  kesah Badang dan muntah hantu?"

Hamba tersentak. Hamba tahu benar kesah si Badang ini.  Ketika si Badang ini jadi berita 'hot',  majalah Times telah meminta hamba membuat laporan berita. Memang susah untuk mencari Badang. Hamba  dapat bantuan Wahid Satay. Si Wahid ini secara rahsia telah berjaya bertemu  Si Badang ketika Wahid berlakun memainkan watak Badang.  Hamba terfikir jika kesah Long Libon ini sama setaraf dengan kesah Badang maka ianya akan pasti dapat liputan CNN.

" Tuan hamba ini datang dari jauh. Nak bertanya kesah kami sekeluarga. Kami tak ada apa rahsia', Long Libon memecah kesunyian.

 
" Betul... tak ada apa yang nak kami sorokan... " tambah Sang Isteri.

' Tuan hamba tahu Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri? Tuan hamba dah baca laporan Audit Negara? Tuan hamba tahu apa terjadi dengan pistol dan senjata polis yang hilang? Tuan hamba tahu apa terjadi kepada jet injin yang hilang?'

Hamba terperanjat  besar kerana hamba hanya bertanya tentang jala tersangkut. Kenapa soalan hamba dijawab pula dengan pelbagai  jenis soalan. Hujan diluar semakin ligat.

" Tuan hamba bermalamlah disini. Tunggu hujan reda. Lepas makan malam ini kita sambung kembali cerita ini ".( TT)

 
 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini 
sial pukul talipon
03-92-21-10-45


--------

TEKA TEKI DARI TT

Posted: 29 Oct 2013 10:07 PM PDT






 RAKYAT MALAYSIA  
dan 
RAKYAT SINGAPURA

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

rakyat dua negara ini ada mimpi  bersama
mimpi untuk cuti spesial

apakah mimpi itu?

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
NOTA
jawapan yang betul
bermalam dibawa kopek bik mama
kah kah kah

----------

KENAPA BANI MELAYU HASAN MALEK

Posted: 29 Oct 2013 08:48 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
menjual agama adalah salah satu
perniagaan yang paling tua dalam dunia ini


BAGAIMANA DENGAN INI?
apakah tindakan akan di ambil?
kah kah kah

85 syarikat tipu umrah disiasat
Kuala Pilah: Sebanyak 85 syarikat yang menyediakan perkhidmatan umrah disiasat kerana dipercayai menipu jemaah dengan nilai kerugian kira-kira RM6.9 juta sejak 2009. 

Siasatan itu dibuat selepas semua mangsa membuat aduan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, berkata syarikat yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas, termasuk disenaraihitamkan dan jika perlu namanya didedahkan untuk mengelakkan orang lain menjadi mangsa. 

BAGAIMANA DENGAN INI?
apakah tindakan akan diambil?
kah kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... SEKARANG HANG BARU SEDAR... kah kah kah..

kah kah...INI SEBAB RAMAI BANI MELAYU JADI HASAN MALEK.... kah kah 

------

MELAYU KENA RASUAH OLEH CUKONG

Posted: 29 Oct 2013 08:34 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB
kenapa datuk wahid sahaja di penjara
bagiaman ddengan datuk low chang hian

melayu terima rasuah
china yang beri rasuah

dua dua buat kerja abang adik
dua dua menjalankan niaga ali baba

dua dua wajib di penjara
Bekas ketua pengarah Imigresen didapati bersalah kes rasuah, penjara 6 tahun
Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don hari ini didapati bersalah kerana terlibat dalam rasuah.


Wahid dijatuhkan hukuman penjara enam tahum bermula hari ini dan denda RM300,000 atau penjara 12 bulan. Hakim tidak membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman.
Hakim Rosbiahanin Arifin telah membebaskan tertuduh pada Oktober 2010 tanpa meminta beliau untuk membuat pembelaan. Ketika itu, hakim mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Wahid, 59, dituduh menerima RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai sebahagian bayaran untuk mempercepatkan pengesahan visa 4,337 warga Bangladesh untuk memasuki negara ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH

woit...MAK TAK SANGKA ADA RASUAH... kah kah kah...

kah kah kah...BETUL KE BERITA INI?.... kah kah kah ...

kah kah kah..PEGAWAI PALING TINGGI RASUAH.... kah kah kah..

woit..INI SAMA MACAM NAJIB AMBIL RASUAH... kah kah kahj...

woit...BERAPA RATUS RIBU PENDATANG HARAM DAH MASUK?... kah ..

kah kah kah..BERAPA BANYAK CHINA DOLL DAH MASUK...... kah kah kah..

kah kah kah...TUKANG RASUAH INI CUKONG?... kah kah kah



-----------

RAHSIA HASAN MALEK

Posted: 29 Oct 2013 08:02 PM PDT





 LORI HASAN MALEK TERBALIK
Lori 10 tan terbalik
KUALA PILAH – Gara-gara mengalami masalah brek, sebuah lori muatan dedak ayam seberat 10 tan terbalik kerana  mahu mengelak dari melanggar kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Pekan Kuala Pilah dari arah Tampin, jam 10.35 pagi, semalam.

Pemandu lori, Said Arab, 45, berkata, ketika lori dipandu menuruni jalan berbukit di persimpangan lampu isyarat, brek kenderaan itu tiba-tiba tidak berfungsi sehingga dia terpaksa memaut stereng ke arah kiri jalan.

"Mujur di situ ada jalan susur ke kiri, jadi saya terus memasuki jalan berkenaan lalu hilang kawalan hingga menyebabkan lori ini terbalik.

"Saya sebenarnya dari arah Melaka menuju ke Pahang bagi menghantar dedak ini. Kami jangka sampai dalam jam 2 petang. Bagaimanapun, ia tergendala akibat insiden ini," katanya. Said berkata, kejadian itu amat mendebarkan kerana perlu mengelak dari melanggar kenderaan lain di hadapannya yang kebetulan berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah.


baca disini:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/lori-10-tan-terbalik-1.184716 



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..RAHSIA TERBONGENG...kah kah kah...

kah kah kah..AKHIRNYA KITA TAHU ....kah kah kah..

kah kah kah..KENPA HASANB MALEK JADI HASAN MALEK... kah kah kah

kah kah kah... HASAN MALEK TAK CUKUP MAKAN... kah kah kah..

kah kah kah...SUPPLY DAH PUTUS... kah kah kah


KENAPA HASAN MALEK BANGANG
TT, gua da jumpa sebab kenapa Hasan Malek ni mula buat komen bangang sejak bulan 7. Dia tak cukop makan. Baca betol2, tengok kat mana ni kah kah kah 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/lori-10-tan-terbalik-1.184716 on SURAT DARI KAWAN HASAN MALEK
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 10/30/13
------------

MALIKUY SEMBAB TELAH BERSABDA

Posted: 29 Oct 2013 06:00 PM PDT




GASAK SAMPAI TERBURAI

Muhyiddin bidas pembangkang cuba takutkan rakyat isu GST

Timbalan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini membidas pakatan pembangkang yang cuba...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MALIKUL SEMBAB NI  HASAN MALEK.... kah kah kah

kah kah kah..MEMANG KAH  GST  AKAN DI GUNAKAN... kah lah  kah..

kah kah kah...BUKAN  UNTUK TAKUT TAKUTKAN RAKYAT... kah kah kah..

kah kah kah... NAK NAIKAN BENCI PADA KETUANAN MELAYU.... kah kah jkah...

kah kah kah..BILA BENCI  ... MEREKA AKAN SOKONG PAKATAN...kah kah kah


--------

Tiada ulasan: