ALHUSSEYN |
Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan - Presiden Posted: 30 Oct 2013 04:27 AM PDT "Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh (mendalam) soal agama." Demikian antara sebab utama kenapa ada pihak yang mahu menyingkirkan Mohd Sabu dari kedudukannya selaku Timbalan Presiden PAS. Waima, Datuk Seri Presiden sendiri pernah menyatakan, "Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak!" Kalau Presiden sendiri mengakui 'Tiada masalah' apasal ada pihak yang cuba mencari-cari masalah hanya kerana Mohd Sabu bukan seorang yang faqeh? Bukankah sebelum ini, Timbalan Presiden pernah disandang oleh Ust Nasarudin, seorang yang dikira faqeh tetapi terbukti telah gagal dalam melaksanakan tugas tersebut.Bukankah lebih baik bagi PAS mengekalkan Nasharudin kalau semata-mata mahukan yang faqeh walaupun tidak perform? Ust Hadi menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak. "Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua. Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain. Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS. "Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO. "Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya. Aku harap mereka yang bercadang nak cabar Mohd Sabu itu supaya berfikir semasak-masaknya dan hormatilah pandangan Tuan Guru Presiden mengenai Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden. Berita penuh di sini |
Selamat bermuktamar kali ke-30 kepada Dewan Pemuda PAS Perak Posted: 29 Oct 2013 04:51 PM PDT Pada Ahad 3 November ini, Pemuda PAS Perak akan mengadakan pemilihan di muktamar mereka bagi kali ke 30.Sinar Harian turut menjadikannya sebagai topik di muka hadapannya kelmarin.Lihat gambar berikut. Saya lebih berminat untuk memperkatakan mengenai dua Jawatan tertinggi , iaitu Ketua dan Timbalan Ketua yang bakal menyaksikan persaingan yang sengit. Ust. Mohamad Zawawi b. Abu Hasan, selaku ketua, akan dicabar oleh Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaakob, seorang pensyarah Universiti Teknologi Petronas berkelulusan sarjana Master dalam bidang Information Management System di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik di Universiti of Manchester pada tahun 2003. Dr Raja Ahmad atau juga dikenali sebagai Raja Hiss, merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak yang dimenanginya tanpa dicabar pada sesi lalu. Langkah Raja Ahmad bertanding Ketua, memberi ruang kepada yang lain untuk merebut kekosongan jawatan Timbalan Ketua yang akan ditinggalkalnya itu. Salman Saleh, Setiausaha Pemuda dan Ketua Penerangan Pemuda, Ust Akmal Kamarudin akan berentap dalam perebutan jawatan tersebut. Amat menarik sekali, dalam percaturan dua jawatan tertinggi, Ketua dan Timbalan Ketua ini kerana dilihat seolah-olah ada pertimbangan tolak ansor antara Salman Saleh dan Raja Ahmad dalam memberi ruang kepada kemampuan diri masing-masing. Saya katakan demikian kerana, pada sesi yang lalu, Salman Salleh bertanding Ketua dan hanya kalah majoriti empat undi sahaja kepada Ust. Zawawi.Sepatutnya, Salman mencuba sekali lagi dalam sesi ini! Namun, bagi kali ini, Salman dilihat seolah-olah mahu memberi laluan lebih mudah kepada Raja Ahmad yang dilihat lebih berkemampuan dengan latar belakang dan penglibatan gerak kerja parti yang begitu aktif menjadikan beliau disebut-sebut antara tokoh pelapis yang berkaliber. Lagi pula sesi ini adalah merupakan sesi terakhir bagi Raja Ahmad bersama Pemuda Perak kerana faktor umur.Mungkin atas faktor ini juga, Salman mahu memberi kesempatan kepada Raja Ahmad menyumbang sedikit kemampuannya. Langkah Salman sekadar merebut jawatan Timbalan Ketua adalah sangat dialu-alukan diatas pertimbangan tersebut. Lagi pula antara Raja Ahmad dan Salman, mereka agak secocok bergandingan kerana selama ini mereka berdua dilihat begitu aktif dalam gerak kerja pemuda bersama-sama. Seolah-olahnya, dimana ada Raja Hiss, di situ ada Salman. Lihatlah gambar-gambar yang saya paparkan dalam entri ini yang saya ambil dari sini. Mungkin kerana itu, maka hanya terdapat satu sahaja yang memaparkan gambar Ust Zawawi ....Satu tandanya ~ Kemana perginya Ketua Pemuda, Ust Zawawi ya? Selamat bermuktamar kepada Pemuda PAS Perak. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan