Tukar Tiub |
- YAM AMPOOON YAN MAULANA
- ISA DI TERUSKAN LAGI
- SATU PENCERAHAN SEJARAH
- PERNIAGAAN PALING EKSKLUSIF
- DALAM PARLIMEN BERZAKAR?
- BODOH MACAM SIAPA?
- IKUTI KICAUAN TUKAR TIUB
- SIAPA YANG LEPASKAN AIR?
Posted: 24 Oct 2013 06:51 PM PDT PEKAN 24 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang berselindung di sebalik nama kebebasan hak asasi manusia... KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... KEDAH LAWAN KELANTAN NANTI SIAPA MENANG?... kah kah kah.. kah kah kah...NEED I TO LAUGH MORE YANG ARIFF?... kah kah kah.. woit...KAH KAH KAH... kah kah kah. kah kah kah...I REST MY CASE YANG ARIFF.... kah kah kah |
Posted: 24 Oct 2013 06:00 PM PDT KENYATAAN MEDIA : 24 OKTOBER 2013 DEMI KEADILAN HARI INI DAN MASA DEPAN, AYUH KITA TOLAK POCA 2013. Prevention of Crime Act (Amendment and Extension) 2013 atau POCA 2013 telah diluluskan oleh Parlimen pada 2 oktober lalu. 133 ahli parlimen Barisan Nasional bersetuju dengan pindaan tersebut berbanding 66 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju. Dengan lulusnya pindaan terbaru ini, maka kita akan menyaksikan akan ada rakyat Malaysia yang ditangkap tanpa waran dan tanpa bukti. Individu tersebut akan direman sehingga 39 hari untuk disiasat tanpa dibenarkan bertemu peguam. Selepas 39 hari, individu itu boleh dikenakan perintah tahanan lanjutan selama dua tahun, kononnya untuk mencegah individu berkenaan daripada melakukan jenayah. Tangkap tanpa waran, kurung tanpa bicara, bukankah ini persis seperti ISA?. Maka Menteri dan Kerajaan Malaysia tidak perlu menafikan jika rakyat melabelkan POCA 2013 sebagai ISA 2.0 HILANG HAK MEMBELA DIRI DI MAHKAMAH Persoalannya, bermula daripada ditangkap sehinggalah dikenakan tahanan 2 tahun, seseorang itu tidak langsung diberi peluang untuk membela diri di mahkamah. Tanpa dibuktikan bersalah, sesorang itu terus dihukum tanpa dibicarakan. Bagaimana jika orang yang ditahan itu benar-benar tidak melakukan kesalahan yang dituduh keatasnya? Dimana ruang untuk orang tersebut membela diri? Apakah wajar seseorang itu dihukum hanya berdasarkan siasatan sebelah pihak iaitu pihak Polis, sedangkan orang yang dituduh dinafikan hak untuk membela diri di Mahkamah. Kita perlu faham bahawa setiap rakyat memiliki hak untuk dibicarakan di Mahkamah sekiranya dituduh bagi suatu kesalahan. Hak ini termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Hak ini juga diperuntukkan secara esklusif dalam banyak dokumen Hak Asasi Antarabangsa seperti Perkara 10 Universal Declaration of Human Rights dan Perkara 11 International Covenant on Civil and Political Rights. Bahkan dalam Islam juga terdapat kaedah Fiqh iaitu Al Aslu Bara Atu Az Zimmah yang bermaksud seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh hakim di Mahkamah. Kaedah ini bertepatan dengan prinsip asas undang-undang iaitu "Innocent Untill Proven Guilty" yang menjadi teras kepada sistem keadilan diseluruh dunia. Tidak kira sebesar mana pun kesalahan yang dituduh, seseorang itu perlu diberi ruang untuk membela diri di Mahkamah. Sekiranya disabitkan bersalah, maka seseorang itu perlu menerima hukuman seberat mana pun yang dikenakan ke atasnya. POCA 2013, KEMBALI MENGHALALKAN ARBITRARY DETENTION (TANGKAPAN SESUKA HATI) Menteri Dalam Negeri dalam satu pendedahan yang dibuat Malaysiakini mengatakan, motif penahanan 2 tahun tahanan lanjutan adalah bagi menahan suspek bagi kes jenayah yang tidak cukup bukti atau tidak ada bukti. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab bagi seorang Menteri. Kenyataan ini juga bermaksud Menteri Dalam Negeri menghalalkan tangkapan sesuka hati yang bercanggah dengan semangat kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Menahan seseorang selama dua tahun hanya kerana Polis gagal mendapatkan bukti yang mencukupi merupakan perbuatan yang tidak bertamadun. Menteri sepatutnya lebih memahami hak orang yang ditahan seperti yang terkandung dalam Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah yang mewajibkan pihak Polis memaklumkan orang yang ditahan tentang sebab dia ditahan. Namun dengan menghalalkan tangkapan sesuka hati, bermakna hak ini akan dicabuli kerana seseorang itu boleh ditahan tanpa sebab dan bukti yang kukuh. APAKAH PENGALAMAN HITAM 60 HARI BEKAS TAHANAN ISA AKAN BERULANG? Sepanjang ISA berkuatkuasa, banyak cerita mengenai penyeksaan yang dilakukan pihak Polis terhadap orang yang ditahan. Bahkan sehingga Disember 2011, iaitu selepas Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA masih menerima aduan mengenai seorang tahanan dari Iraq yang diseksa semasa dalam tempoh 60 hari pertama di bawah ISA. Saya percaya penyeksaan ini tidak akan berlaku sekiranya orang yang ditahan diberikan hak untuk diringi Peguam semasa disoalsiasat. Sekiranya merujuk kepada seksyen 9(5) POCA 2013, terdapat klausa yang menafikan hak orang yang ditahan untuk ditemani Peguam semasa soalsiasat dijalankan. Maka peruntukan ini dikhuatiri akan memberi ruang kepada penyeksaan ala ISA akan berulang. POCA 2013 TIDAK MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA POLIS. Saya percaya, POCA 2013 tidak akan memberi sebarang nilai tambah kepada kecekapan dan keberkesanan pihak Polis menjalankan tugas. Yang akan berlaku hanyalah tangkapan sesuka hati atas nama membanteras jenayah. Yang akan berlaku hanyalah penafian hak untuk dibicarakan atas nama menjaga keamanan. Yang akan berlaku hanyalah pengunaan POCA 2013 secara agresif bagi menutup kelemahan pihak Polis melalukan kerja asas seperti Crime Monitoring dan Intelligent Procurement. Disebalik Negara-negara maju lain mencipta solusi yg lebih mesra hak asasi untuk menangani jenayah, Malaysia pula melangkah ke belakang dengan kaedah yang tidak pro hak asasi. Saya ingin mengambil contoh usaha Pentadbiran Amerika Syarikat dalam menangani jenayah yang semakin meruncing. Berbanding Malaysia, Pentadbiran Clinton pada era 90-an mengambil langkah drastik dengan mereformasi sistem kepolisan bagi menambah kecekapan Polis menjalankan tugas. Antara yang boleh dilakukan ialah meningkatkan jumlah pihak Polis yang bertugas di kawasan awam dan menaiktaraf kelengkapan pejabat Polis. Langkah ini diambil bagi memastikan masyarakat sentiasa ditemani pihak Polis di kawasan yang berisiko. Polis juga perlu diberikan kelengkapan yang mecukupi seperti kereta peronda dan motosikal bagi memastikan rondaan awam tidak tergendala akibat masalah teknikal. Selain itu Kerajaan juga harus berusaha mengurangkan birokrasi arahan dengan memberi kepercayaan penuh kepada Pegawai Polis di lapangan menjalankan tugas tanpa campur tangan pihak atasan. Di Malaysia kita sudah pasti sering mendengar alasan "Kami ikut arahan orang atas" yang diberikan oleh pihak Polis dalam menghalang perhimpunan aman atau protes jalanan. Saya kira inilah birokrasi yang perlu dihapuskan. Pegawai Polis yang bertugas perlu diberi kepercayaan penuh untuk bertindak secara professional tanpa kongkongan melampau pihak atasan. Perkara yang sama pernah disuarakan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan apabila beliau mendedahkan bagaimana Menteri sering campur tangan dalam urusan pihak Polis. Antara perkara lain yang boleh dibuat ialah mereformasi sistem laporan Polis. Jika dahulu masyarakat terpaksa pergi ke balai Polis untuk membuat laporan Polis, namun perkara itu perlu diubah kepada Polis boleh menerima laporan di tempat awam dengan menyediakan sistem laporan yang dipermudahkan melalui borang aduan. Perkara ini juga sering menjadi masalah kepada rakyat Malaysia apabila individu yang ingin membuat laporan perlu ke balai Polis untuk membuat laporan. Keadaan tambah sukar apabila Polis sering mengambil masa yang lama untuk merekodkan aduan. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu kecekapan Polis dalam menjalankan tugas. Selain itu, antara komposisi penting reformasi Polis yang boleh dicontohi daripada pentadbiran Clinton ialah peningkatan gaji Polis. Melihat kepada kadar emolumen Polis di Malaysia, maka tidak harian jika terdapat pihak Polis yang kurang motivasi dalam bertugas. Dengan Kos kehidupan yang semakin meningkat, kemudian terpaksa berhadapan dengan risiko keselamatan yang tidak menentu, maka sudah pasti kadar gaji pokok yang bermula 1,100 ringgit sebulan adalah terlalu rendah. Kadar ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar gaji Polis di Singapura yang bermula dengan kadar pokok 1,700 Dolar sebulan. Sedangkan secara nisbahnya, seorang anggota Polis di Singapura hanya mengawasi 132 orang berbanding seorang anggota Polis di Malaysia yang perlu perlu mengawasi 500 orang. Hakikatnya, reformasi sistem kepolisan yang dilakukan oleh Pentadbiran Clinton ini telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di Amerika Latin melebihi 50 % bermula tahun 1992 sehingga tahun 2000. Ini membuktikan, tanpa undang-undang drakonian, jenayah masih dapat dibendung melalui pemerkasaan pihak Polis. AYUH, SOKONG KEMPEN RAKYAT TOLAK HUKUM TANPA BICARA Kempen ini telah dilancarkan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) pada 19 September yang lepas iaitu sebelum pindaan POCA 2013 diluluskan di Parlimen. Kempen ini dianjurkan bagi memberi pendidikan kepada masyarakat Malaysia mengenai Hak Untuk Dibicarakan (Right to Trial) yang merupakan salah satu prinsip hak asasi yang menjadi milik eksklusif setiap insan. Kempen ini juga pada mulanya diadakan sebagai bantahan kepada Kerajaan Malaysia yang dilihat mahu mengembalikan semula undang-undang tahan tanpa bicara. Namun kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 telah diluluskan parlimen dengan mengandungi kuasa tahan tanpa bicara. Antara aktiviti yang dijalankan di bawah kempen ini ialah pementasan Teater Bilik Sulit yang telah dijalankan di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Batu Pahat dan Tampoi Johor. Pada 9 November depan teater ini akan dipentaskan di Kepala Batas sebelum ke Bukit Mertajam pada 10 November. Selain pementasan teater, SUARAM juga akan menjalankan aktiviti edaran risalah dan flashmop bagi menerangkan kepada masyarakat mengenai Hak Untuk Dibicarakan dan mendedahkan mengapa rakyat perlu menolak undang-undang drakonian seperti POCA 2013. SUARAM juga ada menyediakan bahan bercetak yang mengandungi informasi tentang Hak Untuk Dibicarakan dan maklumat mengenai undang-undang drakonian yang wujud di Negara ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi SUARAM di talian 03-7784 3525 atau melayari laman sesawang www.suaram.net. Sekian. Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab Peyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) |
Posted: 24 Oct 2013 07:00 AM PDT SANG SAKA RAKYAT PENCERAHAN SEJARAH Bro TT, mari kita sorot sejarah sedikit.. Bendera Malaysia sebenarnya mengikut bendera penjajah kita iaitu, Syarikat India timur Bukannya Amerika. Syarikat inilah yang telah menjajah kita bagi pihak british.. Berkemungnan sebagai tanda terima kasih golongan bangsawan terhadap british dari Syarikat India Timur dulu yang memperkenalkan kepada cara dan gaya hidup british.. Yang kita tahu gaya dan cara hidup golongan bangsawan british dilihat sebagai kelas bangsawan.. sepertimana yang ditonjolkan dalam youtube dulu tentang sambutan harijadi golongan bangsawan melayu yang diadakan di london.. Syarikat India timur yang asalnya berdagang dibawah empayar british ini tidak dikuasai oleh Kerajaan British tetapi golongan kaya dan pegadang yang kita kenali sekarang sebagai kapitalist.. dan kerana mempunyai modal yang besar syarikat ini mempunyai tenteranya sendiri.. Mereka sebenarnya hanya berminat untuk berdagang dan mengaut keuntungan.. mengunakan dan meluaskan empayar british hanya sebagai on RUNTUHNYA SEBUAH EMPIRE Publish | Delete | Spam Anonymous on 10/24/13 ----------- |
Posted: 24 Oct 2013 06:30 AM PDT |
Posted: 24 Oct 2013 02:00 AM PDT KERUSI KOSONG SIBUK BERZAKAR DAN BERZIKIR DARI FACE BOOK Jarang2 sekali terdengar MP Pasir Mas bercakap dalam parlimen. Mungkin dia banyak berzikir kok. Hari ini sidang sudah berlangsung selama 1 jam 11 minit tapi mukanya masih belum nampak. Apakah MP Pasir Mas sakit? Atau bercuti akhir tahun. Kalau cuti jangan lama-lama sangat sebab banyak masalah di Pasir Mas yang perlu diangkatkan ke parlimen untuk perhatian kerajaan. Wassalam Mso. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... DALAM PARLIMEN PUN BOLEH BERZAKAR?... kah kah kah.. klah kah kah..BERZAKAR KE BERZIKIR... kah kah kah -------- |
Posted: 23 Oct 2013 08:30 PM PDT ANUGERAH HASSAN MALEK NOTA di kuala pilah emak ayah dah mula gunakan: bodoh macam hasan malek jangan jadi bodoh macam hasan malek NOTA menunggu dewan bahasa untuk menjadikan hassan sebagai kata sifat ayat ayat contoh: 1- dia lelaki yang amat hassan malek 2- lelaki itu telah menghasan malekan dirinya 3- graduan uni donut semuanya hasan maleh kah kah kah kah kah kah Kahkahkah..Ya Ampooonnn..Hassan Malek dapat title Datuk Seri daripada Sultan Pahang sempena birthday dia hari ni woooiiihh!! on BODOH MACXAM HASAN MALEK Anonymous on 10/24/13 DIDI KOTA BELUD, Hasan Malek takde jasa pada Najib. Dia dilantik semata-mata kerana "BODOH". Hanya org bodoh je yg boleh umumkan kenaikan harga barang. Kalau diserang dgn rakyat atau soalan-soalan dari wartawan, manusia bodoh akan "BUAT-BUAT BODOH", beri jawapan bodoh, buat muka bodoh dsb. Tiada manusia lain yg layak melainkan Hasan Malek. lama-kelamaan rakyat dan wartawan akan malas berhujah dgn kenyataan seekor menteri bodoh. kemudian kenyataan menteri bodoh akan disusuli dgn kenyataan seorang penjual agama yg menyuruh rakyat bersyukur dan menerima kenaikan harga barang dgn redha kerana ini ketetapan Tuhan. khalas. ini strategi PM. PM buat langkah bijak lantik org bodoh jadi menteri :) on BODOH MACXAM HASAN MALEK Anonymous on 10/24/13 |
Posted: 23 Oct 2013 08:05 PM PDT |
Posted: 23 Oct 2013 07:30 PM PDT Tragedi Cameron Highlands Berita tragedi pembukaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet yang mengakibatkan kematian tiga jiwa amat mengejutkan. Takziah buat keluarga dan waris mangsa kejadian. Meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang amat buruk, kami amat runsing dengan prosedur yang digunapakai bagi melepaskan air empangan tersebut. Adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan terbabit? Apakah langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima? Kami memuji usaha dan gerak kerja oleh pasukan bomba dan penyelamat. Tetapi siapa yang sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan dan kenapa pihak yang berkuasa itu menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran? Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai. Mohamed Azmin Ali |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan