Khamis, 24 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'M'sia lebih teruk dari era perang mafia Amerika'

Posted: 24 Oct 2013 05:27 AM PDT

 


 

Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana suasana sekarang sangat buruk.

Malah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, samseng Melaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.

penang shooting gopi funeral gengster oriental daily 210813 bigAntaranya, kata Wan Junaidi, ada kumpulan yang tampil berarak jika ada kematian melibatkan anggota kumpulannya.

"Mafia di Amerika Syarikat sendiri antara 192-30-an tidak berani buat dan bergerak secara rahsia," katanya.

Perang mafia AS pada masa itu itu dirakam insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929.

Ia melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone

Peristiwa ini dibandingkan oleh Wan Junaidi dengan kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng.

Mah tak ingin Gerakan terus tunduk pada Umno

Posted: 24 Oct 2013 05:25 AM PDT

 


 

Pemangku setiausaha agung Gerakan Mah Siew Keong berkata parti itu perlu mengkaji keupayaan model politik BN untuk membolehkan mereka kembali aktif selepas kekalahan dua kali berturut-turut dalam pilihan raya sebelum ini.

Mah berkata parti itu perlu mengubah persepsi masyarakat bahawa Gerakan "tunduk" kepada Umno.

NONE"Kita perlu membuang pandangan ini. Jika tidak, Gerakan akan menghadapi lawan yang sukar (dalam pilihan raya umum selepas ini)," kata Mah yang akan bertanding bagi merebut jawatan presiden parti dalam pemilihan Sabtu.

Gandingannya ialah pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai yang akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Dalam manifesto bersama yang diumumkan kepada media hari ini, Mah dan Cheah berikrar untuk mengetaui reformasi dalam BN dengan membentuk kumpulan kajian bagi mengkaji keupayaan model politik BN.

Kajian tersebut antara lainnya akan meliputik pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta, termasuk pemimpin NGO, kesatuan, dewan perniagaan dan pertubuhan seumpamanya.

Gandingan tersebut mensasarkan untuk menerbitkan laporan kumpulan kajian tersebut menjelang Jun 2014 dan akan mengemukakannya kepada majlis tertinggi BN.

Mah yang merupakan seorang bekas MP dan timbalan menteri berkata persepsi umum sering menggambarkan bahawa BN dikawal oleh satu parti tertentu.

"Ini adalah kenyataan yang tidak dapat kita hindari dan kita berharap untuk berbincang mengenai perkara ini dengan kesemua parti BN.

"Benar atau tidak, persepsinya ialah kita sering 'tunduk' (kepada Umno)," katanya.

Warga Borneo gusar mengenai Bajet 2014

Posted: 24 Oct 2013 05:21 AM PDT

 
Bajet kali ini merupakan satu bebanan yang besar kerana pendapatan penduduk Borneo lebih rendah dan harga makanan pula lebih mahal dari Semenanjung.




KUCHING: Pembentangan Bajet 2014 petang esok dibayangi dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Perdagangan dalam Negeri, Datuk Hasan Malek berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan kenaikan harga barangan yang menjadi keperluan pengguna.

Beliau hanya dapat menyeru rakyat untuk bersikap sabar dan bertenang kerana walaupun ada beberapa keputusan tidak popular bakal dikeluarkan.

Hasan Malek memberitahu bahawa bajet berkenaan akan memperlihat berlaku kenaikan dan penurunan harga pelbagi jenis barangan.

Katanya, keputusan-keputusan dibuat selepas kerajaan mendapat pandangan persatuan pengguna, dewan perniagaan, agensi terlibat dan NGO.

Rata-rata penduduk di Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa bajet kali ini merupakan satu bebanan yang besar kerana pendapatan penduduk Borneo lebih rendah dan harga makanan pula lebih mahal dari Semenanjung.

"Orang Semenanjung yang bertugas di Sabah, elaun mereka besar.. Mereka boleh beli rumah di Sabah sebagai aset… Kita orang Sabah mahu beli rumah sendiri pun tidak mampu, elaun rumah pun tak lepas untuk sewa bilik," ujar Sharon

Ahmad Matarsad pula berkata, "Cakap banyak pun tidak guna. BN hidang najis pun kamu makan. Orang Sabah yang pilih BN tu orang Sabah yg tiada guna. Pengampu duit. Biar Sabah tergadai asal duit masuk poket."

Sementara itu, Hazy Haji Yahya menambah, "Sabar tidak menyelesaikan masalah".

Rata-rata penduduk Borneo tertekan dengan Bajet yang bakal memberi impak ke atas hidup mereka.

Henrietta Bernadette Adin, "Apa macam mau hidup begini. Belajar sampai ijazah pun tu gaji bukan boleh cover belanja. Mahu bayar rumah, PTPTN, simpanan, insurans lagi, apa lagi mau tanggung ibu bapa dengan adik-adik. Hidup ini macam bila lah mahu cukup."

"Barang naik, gaji tetap sama, tidak lama kurus kering semua tahan lapar," ujar Cassy Joshua.

Sementara itu, pengunjung Brunei yang sempat dirakam berkata, "Saya tak pernah beli barang di Malaysia kerana mahal sangat. Lebih murah lagi di Brunei barangnya kalau saya lihat."

Bersih 2.0 : Tolak pindaan SOSMA tanpa perbincangan

Posted: 24 Oct 2013 05:12 AM PDT


bersih 3

KENYATAAN MEDIA


Kenyataan Berkenaan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Pindaan Ke Atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)

BERSIH 2.0 berasa kesal dan terpanggil untuk menyatakan pendirian ke atas situasi perundangan ke atas hak asasi manusia yang makin terhakis di Malaysia dewasa ini.

Semalam, kita menyaksikan kelulusan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dalam Dewan Rakyat, tanpa mengambil kira bantahan ke atasnya yang meliputi hal-hal termasuklah penakrifan yang terlalu luas dan kesan-kesan ke atas usaha melawan rasuah.

Seksyen baru ini membenarkan hukuman ke atas individu-individu yang mendedahkan kepincangan, penyelewengan, dan perlakuan rasuah dalam dan oleh Kerajaan, yang jelas memberi kesan kepada kepentingan orang awam; dalam masa yang sama masih terus melindungi penjenayah dengan perundangan berkaitan kerahsiaan.

Hari ini, satu lagi usul zalim dibentang untuk kelulusan Parlimen dengan semangat penindasan yang sama. Usul ini dibentang untuk meluaskan lagi skop Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dengan menakrifkan kesalahan di bawah Bab VI, VIA dan VIB Kanun Keseksaan dan undang-undang anti penyeludupan manusia sebagai kesalahan keselamatan.

Dengan penuh rasa kecewa, kami menilai perkembangan ini sebagai satu bentuk kemerosotan ke atas hak kebebasan asasi. Jelas, usul-usul ini cuba untuk diluluskan dalam Parlimen secara tergopoh-gapah tanpa ada sebarang bentuk perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan termasuklah rakyat yang selama ini didakwa sentiasa dilindungi oleh Kerajaan.

Tindakan-tanduk Kerajaan sejak tamat Pilihan Raya ke 13 yang lalu sama sekali bercanggah sepenuhnya dengan janji-janji dan kenyataan oleh Perdana Menteri yang bangga mempromosikan negara ini sebagai kononnya "negara demokrasi terbaik dunia".

Kami menuntut Kerajaan ini mengambil tanggungjawab penuh dan mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan berkenaan dengan usul-usul yang telah dan akan diluluskan di masa hadapan sebelum usul-usul ini dikuat kuasakan.

Kami akan terus memerhati dan memantau perkembangan seterusnya oleh Kerajaan, sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Hajah Nancy Shukri yang menyatakan bahawa beliau akan mengusulkan pindaan semula ke atas Seksyen 203A yang disifatkan penakrifannya sebagai terlalu luas.

Seharusnya, tiada undang-undang baharu harus digubal dan diluluskan tanpa sebarang perbincangan atau konsultasi yang wajar terlebih dahulu.

Kegagalan untuk berbuat demikian membuktikan bahawa Kerajaan tidak pernah menghormati hak kebebasan individu dan pandangan rakyat. Ia turut menggambarkan ketidak seriusan Kerajaan mengangkat martabat hak asasi manusia dalam negara ini.

Rakyat telah menunjukkan komitmen mereka terhadap ketelusan dan akauntabiliti dalam negara ini. Adakah Kerajaan akan turut mendakap semangat yang sama?

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Politik kelapa sawit: Peranan Indonesia, Malaysia dan Singapura merumitkan keadaan

Posted: 24 Oct 2013 05:10 AM PDT

Oleh PAVIN CHACHAVALPONGPUN


Penanaman dan pemprosesan kelapa sawit telah menjadi satu industri strategik bagi Indonesia Indonesia.

Kelapa sawit ialah sumber pendapatan daripada eksport ketiga terbesar, menyumbang kepada pendapatan tukaran asing dan menyediakan peluang kepada petani skala kecil untuk terlibat dalam perniagaan pertanian yang rancak ini, sekaligus membangunkan ekonomi luar bandar dan memperbanyakkan peluang pekerjaan. 

Di Asia Tenggara, kelapa sawit ialah komoditi tradisional yang mula ditanam sejak zaman penjajahan.

Tetapi menjelang 1980-an, permintaan kelapa sawit yang semakin meningkat di peringkat global - untuk produk makanan, kosmetik dan bahan bakar bio - membawa kepada penanaman berskala besar, terutama di pulau Sumatra dan Kalimantan, disebabkan keadaan cuaca dan tanah yang sesuai di kawasan itu.

Pada tahun 2008, Indonesia menggantikan Malaysia sebagai pengeksport terbesar kelapa sawit hasil daripada program kelolaan kerajaan yang bermatlamat meningkatkan produksi kelapa sawit, seperti penswastaan estet diurus kerajaan.

Hari ini, Indonesia memiliki 6 juta hektar ladang kelapa sawit. Negara ini kini menghasilkan sehingga 25 juta tan kelapa sawit setahun, separuh daripada jumlah keluaran dunia, yang merupakan 5 peratus daripada keluaran kasar dalam negara.

Kejayaan ini juga disebabkan oleh pembukaan kepada pelaburan asing. Malaysia dan Singapura mewakili pelabur asing terbesar, mengatasi pelabur lain dari luar rantau ini.

Melalui pelaburan tunggal dan kerjasama dengan syarikat tempatan, dua negara tersebut mengawal lebih daripada dua pertiga keseluruhan pengeluaran kelapa sawit Indonesia.

Konteks ini menjelaskan hubungan yang tidak dapat dipisahkan antara pelaburan dari Malaysia dan Singapura dan kebakaran hutan yang diakibatkan oleh pembakaran untuk pembersihan tanah untuk penanaman dengan kos rendah, untuk membolehkan penanaman semula lebih cepat.

Tahun ini terutamanya, jerebut dari Sumatra menyebabkan kesan lebih teruk di Malaysia dan Indonesia dari sudut ekonomi dan kesihatan.

Jerebu yang berlaku itu mencapai tahap bahaya di dua negara jiran terbabit, dan Malaysia telah mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang di negeri Johor.

Maka apabila kerajaan Malaysia dan Singapura mengutuk petani-petani Indonesia, mereka kelihatan telah terlepas pandang hakikat bahawa ladang milik syarikat dari negara mereka sendiri telah berperanan besar dalam mengakibatkan jerebu itu.

Krisis pentadbiran bertangungjawab mencetuskan masalah merentasi sempadan ini.

Indonesia ada undang-undang mengharamkan cara membakar untuk membersihkan tanah untuk penanaman.

Sebagai contoh, Artikel 78 Undang-Undang Perhutanan 1999 memperuntukkan sesiapa didapati bersalah membakar hutan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda maksimum 5 bilion Rupiah.

Pada masa sama, Kalimantan Tengah menetapkan peraturan sendiri pada 2008 yang membenarkan pembakaran terkawal oleh petani kecil.

Rasionalnya ialah pengharaman sepenuhnya akan menjejaskan petani kecil dan mengakibatkan pengurangan hasil beras.

Satu persoalan yang mesti ditangani ialah mengapa pengurus ladang-ladang kelapa sawit komersil di Indonesia masih boleh memberi ancaman kepada alam sekitar dan ekonomi serantau?

Helena Varkke, yang mengkaji komunikasi korporat dan pembangunan mapan, berhujah dalam satu kajian terkini bahawa sektor kelapa sawit yang semakin melibatkan penglibatan negara-negara serantau telah membentuk budaya politik yang bercirikan sistem naungan yang mendalam.

Disebabkan sistem politik naungan yang sama, Malaysia dan Singapura berjaya menyertai rangkaian patronage di Indonesia, yang turut terlibat dalam industri penting seperti kelapa sawit.

Dalam sektor kelapa sawit, sistem naungan terbentuk dalam struktur melibatkan produksi, pemasaran dan pengedaran, dan menghubungkan pemain-pemain penting untuk memudahkan urusan mereka melalui mekanisme yang sah seperti konsortium kelapa sawit.

Konsortium-konsortium ini biasanya terdiri daripada pengeluar tempatan, birokrat senior dan ahli perniagaan berpengaruh yang membina hubungan baik dengan pemimpin nasional.

Sebagai contoh, dalam kes Indonesia, seorang ahli politik berpengaruh memainkan peranan utama dalam pembuatan keputusan syarikat yang memiliki kawasan penanaman kelapa sawit yang luas.

Keputusan-keputusan ini boleh memberi kesan besar kepada industri kelapa sawit Indonesia.

Bagi syarikat asing, penting untuk mereka membina hubungan dengan individu dan institusi berpengaruh Indonesia untuk terlibat dalam industri ini.

Beberapa syarikat Malaysia yang mengusahakan kelapa sawit merupakan pelabur besar dengan hubungan rapat dengan pihak berkuasa Indonesia, jelas Varkke.

Syarikat Singapura juga sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin berpengaruh dalam industri kelapa sawit Indonesia.

Beberapa syarikat konglomerat ini telah menjadi pengeluar minyak kelapa sawit terbesar berpangkalan di Indonesia.

Kebiasaannya, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat terbabit terdiri daripada tokoh politik dan perniagaan berpengaruh.

Sebagai satu contoh sistem naungan yang wujud, banyak syarikat Malaysia mendapat manfaat daripada perjanjian pelaburan Malaysia-Indonesia pada 1997, apabila Indonesia berikrar untuk memperuntukkan 1.5 juta hektar tanah kepada pelabur Malaysia untuk pembangunan kelapa sawit.

Disebabkan sistem politik naungan Indonesia, syarikat Malaysia dan Singapura perlu membina hubungan baik dengan pemimpin dan individu berpengaruh tempatan.

Daripada menubuhkan subsidiari, mendapatkan lesen dan hak tanah, hingga kepada melantik tokoh Indonesia berpengaruh ke lembaga pengarah, syarikat Malaysia dan Singapura telah mengukuhkan lagi politik naungan dalam industri kelapa sawit.

Hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin tertinggi memudahkan semua bentuk urusan.

Kawasan tanah gambut sesuai untuk tanaman kelapa sawit, tetapi juga mudah terbakar. Kerajaan Indonesia telah menggubal undang-undang pada 1999 untuk mengawal jumlah kawasan tanah gambut yang diperuntukkan kepada penanaman kelapa sawit dan mengharamkan amalan pembakaran.

Kebiasaannya, peraturan seperti itu diabaikan kerana syarikat-syarikat besar dilindungi oleh pihak tertentu dalam kerajaan Indonesia dan kerana kekurangan penguatkuasaan.

Akibatnya, syarikat-syarikat lebih suka membersihkan kawasan dengan membakar berbanding cara lain menggunakan jentera yang lebih menelan kos tinggi.

Duta Palma, sebuah syarikat Indonesia ialah salah sebuah syarikat yang mempunyai rekod terburuk melibatkan pembakaran terbuka, dakwa Varkke.

Ramai pemimpin politik lebih suka berdiam diri atau bersikap tidak peduli apabila jerebu menyelubungi Singapura dan Malaysia Jun lalu, dengan salah seorang pemimpin memberi tahu Singapura supaya tidak berkelakuan seperti budak-budak.

Beberapa agensi kerajaan seperti badan pencegah rasuah Indonesia bekerjasama rapat dengan Pemantau Korupsi Indonesia, sebuah badan bukan kerajaan tempatan, dan sedang menyiasat beberapa kes melibatkan syarikat asing yang terlibat dalam mengusahakan tanah secara haram.

Usaha mereka disekat oleh mahkamah Indonesia. Mahkamah telah berpihak kepada pihak industri yang berpengaruh, yang mereka sendiri berkepentingan dalamnya.

Pada 2010, sebuah syarikat kelapa sawit Malaysia telah dibawa ke mahkamah, tetapi kes itu dihalang daripada diteruskan di mahkamah lebih tinggi.

Hubungan rumit merentasi sempadan dalam industri kelapa sawit menyebabkan timbul satu suasana yang sukar dan mencetuskan krisis pentadbiran di Asia Tenggara.

Kerajaan-kerajaan Indonesia, Malaysia dan Singapura hakikatnya hanya bermain retorik dalam mempersalahkan pihak-pihak tertentu semasa krisis jerebu berlaku.

Hakikatnya, semua pihak mengelak daripada menangani isu sebenar, kerana masalah dasarnya melibatkan kepentingan bersama ketiga-tiga pihak terbabit.

Pavin Chachavalpongpun ialah profesor madya di Pusat Kajian Asia Tenggara, Universiti Kyoto. Artikel ini dipetik dan diterjemahkan daripada laman Yale Global, bertajuk The Politics of Palm Oil.

PAS Terima Permohonan Maaf Kerajaan

Posted: 24 Oct 2013 05:01 AM PDT

BULETIN ONLINE


DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu memohon maaf kepada wakil-wakil rakyat PAS yang sebelum ini hanya diberi gelaran 'Yang Berbahagia' dalam satu surat yang dihantar oleh Pejabat Daerah Dungun.

Keempat-empat 'Yang Berhormat' PAS di Kawasan Dungun termasuk Ahli Parlimen dalam satu surat rasmi bil (4) PPD025/1/542 yang bertarikh 14 Oktober hanya ditujukan dengan gelaran 'Yang Berbahagia' sahaja.

IMG-20131021-WA0027

Pada Khamis 17 Oktober lalu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly selaku Yang DiPertua PAS Dungun telah membuat bantahan dalam satu sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan PAS Terengganu.

Berikutan bantahan itu, Pegawai Daerah Dungun Haji Mat Akil Haji Mat telah menghantar surat Pohon Kemaafaan Atas Gelaran 'Yang Berbahagia' Kepada 'Yang Berhormat' pada 20 Oktober.

"Dengan rasa rendah diri, pihak kami memohon kemaafan diatas kesilapan yang tidak disengajakan berlaku pada surat tersebut.

"Pihak Kami juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan seperti ini lagi dimasa yang akan dating,"tulis Haji Mat Akil.

Ustaz Wan Hassan berkata, tidak munasabah ia adalah satu perkara yang tidak disengajakan oleh pihak kerajaan kerana bersama surat yang dihantar tersebut, dituliskan dengan jelas nama ADUN Umno-BN Bukit Besi dengan gelaran 'Yang Berhormat'.

Namun begitu katanya, PAS tetap memaafkannya dengan syarat ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

"namun begitu kita menerima permohonan maaf tersebut…………pegawai daerah pun dan pegawai yang mengeluarkan surat itu dah minta maaaf berbanyak-banyak,

"tapi kita harap ia tidak diulang lagi kerana ia adalah satu perkara yang amat berat yang melibatkan protokol, bukan wakil rakyat PAS yang hendak digelar begitu,

"tetapi setelah mereka dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi, maka mereka digelar yang berhormat, "jelasnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, para pegawai kerajaan hendaklah sentiasa 'tidak berpihak' dan berkhidmat dengan ikhlas dan jujur serta dedikasi, mengikut kepada peruntukan-peruntukan, etika dan protokol yang telah ditetapkan.

Katanya, ia amat penting bagi memstikan suasana yang harmoni serta mengelakkan sebarang perasaan 'tidak hormat' rakyat kepada para pegawai yang bertugas.

Kata Harga Barang Tak Naik?

Posted: 24 Oct 2013 04:56 AM PDT

Oleh: Dr Azman Ibrahim


Merujuk kepada laporan sebuah ahkbar harian tempatan berkaitan isu kenaikan harga ikan sebanyak 30 peratus berbanding biasa di negeri Terengganu khususnya serta di tempat lain amnya, sejak kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen awal September lalu.

Rata-rata peniaga ikan memaklumkan bahawa harga kebanyakan ikan ini terpaksa dinaikkan disebabkan permintaan tinggi dan dipengaruhi kenaikan harga minyak.

Walaupun kebanyakan nelayan mendapat subsidi diesel daripada kerajaan, tetapi ia masih belum mencukupi berbanding yang mereka gunakan untuk ke laut setiap hari. Sebab itulah harga ikan agak tinggi.

Sekadar mengambil contoh beberapa jenis ikan yang mengalami kenaikan harga antaranya, harga bagi sekilogram harga ikan cencaru dan selayang mencecah RM8 berbanding harga biasa RM6, ikan kembung dan ikan kerisi pula RM12, ikan aya RM10, tenggiri RM30, ikan merah RM30 serta banyak lagi kategori ikan yang lain.

Kenaikan harga minyak memberi impak kepada keseluruhan rantaian pengeluaran bermula dari laut, ladang atau kilang hinggalah sampai ke tangan pengguna. Peniaga memang terpaksa untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan walaupun akhirnya membebankan pengguna.

Sekalipun berulang kali kerajaan memberikan jaminan bahawa, walaupun harga minyak dinaikkan, tidak akan berlaku kenaikan harga barangan keperluan, hakikatnya ianya hanya jaminan kosong!

Minyak adalah sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apa sahaja yang berlaku kepada pasaran dan pengeluaran sumber asli ini akan memberi kesan kepada seluruh negara dan masyarakat dunia. Inilah yang disebut 'magnet tarikan ekonomi berasaskan petroleum'.

Kenaikannya akan menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran, pengangkutan serta pemasaran baik di pihak pengilang, pertanian, pemborong, peniaga-peniaga dan begitulah seterusnya apabila barangan sampai ke tangan pengguna.

Lantaran itulah, penafian pihak kerajaan terhadap kenaikan harga barangan pada setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak adalah suatu penafian yang tidak bersandarkan kepada teori dan kaedah ekonomi.

***Penulis adalah Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu.

Pekin dakwa ada bukti Uqasha curang

Posted: 24 Oct 2013 04:48 AM PDT

 


Mula menjalinkan hubungan cinta sejak bulan Februari lalu, kemudian mengambil keputusan untuk bertunang lima bulan kemudian, segalanya nampak berjalan lancar buat pasangan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose untuk bergelar pasangan suami isteri.Bagaimanapun, kini semuanya serba tidak menjadi apabila hubungan mereka berhadapan dengan masalah, malah dikatakan Pekin dan Uqasha sudah tidak lagi bersama.

Berkesempatan bertemu dengan Pekin dalam penggambaran sebuah telemovie baru-baru ini, pelakon berkenaan tidak menafikan bahawa hubungannya dengan Uqasha sudah berakhir.

Tegasnya, semuanya berpunca apabila dia mendapat bukti tentang Uqasha yang telah bermain kayu tiga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga dia mengambil keputusan untuk berpisah pada minggu lalu.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan persiapan perkahwinan Pekin dengan Uqasha sekarang?

Pekin: Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti.

Boleh jelaskan punca perpisahan yang berlaku?

Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.

Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima.

Adakah anda mempunyai sebarang bukti tentang kecurangan yang dilakukan?


Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.

Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja.
Adakah sebarang harapan untuk anda kembali menjalinkan semula hubungan dengan Uqasha?

Saya sudah bertekad untuk tidak lagi menerima dirinya setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara kami. Saya juga berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta.

Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.

Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya.

Apakah perancangan anda selepas ini?

Kalau diikutkan sekarang ini saya sedang dalam proses untuk menghasilkan buku yang kedua berjudul Bintang Satu tetapi ia sedikit tergendala kerana masalah yang menimpa saya ini.

Selepas ini saya kembali menyambung semula menyiapkan buku berkenaan yang kini sudah siap sebanyak 70 peratus.

Selain itu, saya juga akan terus fokus kepada kerjaya saya dalam bidang seni.Sumber: Kosmo!

PKR usaha lonjak sokongan di kubu kuat Umno

Posted: 24 Oct 2013 04:42 AM PDT

KL TODAY


JERAI: Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul meletakkan sasaran peningkatan peratusan di lima daerah mengundi di Dun Sungai Limau yang menjadi kubu kuat Umno. PKR diberi tanggungjawab untuk membantu PAS menembusi lima daerah mengundi iaitu Unit Peti Undi (UPU) Selengkoh, Sungai Daun, Sungai Kering, Dulang Kechil dan Dulang Besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS mengalami kekalahan di lima UPU tersebut.
Jelas Johari, PKR akan memastikan jumlah undi yang diperolehi pada PRU13 yang lalu dapat dikekalkan, dalam masa yang sama turut berhasrat mendapat lonjakan sokongan yang baru dari kelima-lima UPU tersebut.

"Saya merasakan itu bukan satu masalah dan saya yakin kita (PKR) mampu menembusi kawasan tersebut," katanya.

Beliau yakin dengan kelemahan yang ada pada kerajaan BN Kedah sekarang dalam beberapa aspek melibatkan rakyat akan memberi kekuatan Pakatan Rakyat memenangi Dun Sungai Limau.

Katanya tindakan kerajaan menghentikan pemberian Skim Bantuan Khifalah kepada waris yang meninggal dunia dan juga Kolej Universiti, Insaniah (Kuin) akan mendapat perhatian daripada pengundi Dun Sungai Limau.

"Ini dianggap legasi Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak tetapi pimpinan sekarang tidak melaksanakan apa yang dijanjikan sebab itu saya kira pengundi faham apa yang berlaku, kita PKR akan bawa isu ini secara konsisten.

"Yang kedua saya melihat setelah PRU13 tidak ada satu polisi yang boleh dikatakan besar diumumkan Menteri Besar Kedah, malah pelajar yang pergi universiti awam sebelum ini kita beri bantuan tetapi sekarang tidak ada lagi dan itu juga akan dipertimbangkan oleh rakyat," sambung beliau.

Kemenangan Khairul Azwan sebagai Naib Ketua Pemuda hanyalah ‘menang betina’ - Shahbudin Husin

Posted: 24 Oct 2013 04:07 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Sebagaimana yang diduga, Ketua Pemuda Perak, Khairul Azwan Harun akhirnya diumumkan memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia menewaskan Jamawi Jaafar setelah dua bahagian yang mengadakan pemilihan semulanya hari ini iaitu Gelang Patah dan Sabak Bernam memberikan undinya kepada pegawai khas Menteri Besar Perak itu.

Dengan kedudukan undi sekarang Khairul Azwan mendapat 75 berbanding Jamawi kekal 73 undi, setelah kedudukan seri 73-73 berlarutan lebih seminggu, pemilihan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bachok pada Jumaat ini sudah tidak mempunyai apa-apa makna lagi.

Bahkan tidak mustahil, undi daripada Pemuda Bachok juga tertumpah kepada Khairul Azwan yang baru kalah sebagai Timbalan Ketua Bahagian Pasir Salak kerana tiada gunanya mereka mengambil risiko cuba-cuba menunjuk berani dengan memberikan undi kepada Jamawi.

 Dengan kemenangan Khairul Azwan yang lebih popular dengan panggilan Azwanbro, bermakna Khairy Jamaluddin telah berjaya memastikan calon pujaan kalbunya itu menjadi orang nombor duanya dalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Ini sekaligus menjadikan beliau menyamai kedudukan Najib yang turut berjaya memastikan calon pilihannya iaitu Zahid, Shafie dan Hishammuddin memenangi jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

Sebelum ini apabila jumlah undi yang diperolehi Azwanbro dengan Jamawi seri 73-73, Jawatankuasa Pemilihan telah membuat keputusan bahawa penentuan pemenangnya akan ditentukan melalui pengiraan undi popular. Bagaimanapun KJ menyatakan ketidaksetujuannya dengan kaedah itu, sebaliknya mahukan undi daripada Pemuda Gelang Patah yang belum mengadakan pemilihan ketika itu dijadikan penentuan.

Entah bagaimana kemudian secara tiba-tiba Jawatankuaasa Pemilihan bersetuju dengan cadangan KJ itu, bahkan selain Gelang Patah yang belum mengadakan pemilihan, dua bahagian lain iaitu Sabak Bernam dan Bachok juga turut dikehendaki mengadakan pemilihan semula, lalu menjadikan tiga bahagian yang menjadi penentu siapa pemenang Naib Ketua Pemuda yang sebenarnya.

Tindakan KJ yang menolak cadangan undi popular dan mahukan undi Gelang Patah dijadikan penentuan tidak diragui lagi adalah isyarat yang jelas bahawa beliau mahukan Khairul Azwan memenangi jawatan itu berbanding Jamawi, meskipun sebelum itu menyatakan bersikap terbuka dan sedia menerima sesiapa saja sebagai naibnya.

Dengan KJ yang sudah sah memenangi jawatan Ketua Pemuda dan mendapat 189 undi, sikapnya yang menolak undi popular yang sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan, tentulah dilihat sebagai kecondongan sokongannya kepada Khairul Azwan. Lantaran itu, pemilihan yang diadakan kemudian selepas beliau sudah sah menang Ketua Pemuda, tentulah tidak lagi bebas dan adil.

Blog ini sudah dua kali menulis mengenai penolakan KJ terhadap kaedah undi popular adalah petanda beliau cuba campur tangan dan lebih mahukan Khairul Azwan memenangi jawatan itu berbanding Jamawi. Sikap KJ itu seperti tidak adil dan merosakkan kewibawaan Pemuda Umno itu sendiri.

Hari ini tebukti, undi Pemuda Gelang Patah dan Sabak Bernam akhirnya mengecewakan Jamawi kerana kedua-dua Pemuda bahagian itu sudah memahami siapa calon yang dikehendaki oleh KJ dan mereka tidak mahu mengambil risiko melawan arus. Mereka akhirnya memberikan undi kepada Azwanbro yang sudah pun tersenyum lebar sebelum ini ketika Jawatankuasa Pemilihan membuat u-turn menolak kaedah popular yang sudah pun diumumkannya sebelum itu.

Dalam kaedah pemilihan berasaskan electoral college, keadilan dan ketelusan sebenarnya hanya terpancar jika pengundian dijalankan secara serentak di semua bahagian. Sekiranya seri, undi popular seharusnya dijadikan penentuan. Pengundian dari bahagian yang terkemudian tidak boleh lagi diambil kira kerana ia dianggap sudah tercemar dan boleh dipengaruhi.

Tambah tidak adil apabila KJ yang sudah menang besar cuba campur tangan kerja Jawatankuasa pemilihan dan menunjukkan kecondongannya kepada calon tertentu dan ini tentunya mempengaruhi bahagian yang belum mengadakan pemilihan itu.

Jamawi sendiri walaupun akur dengan kekalahannya, tetapi nada kesedihannya jelas tergambar apabila meluahkan perasaannya di laman Facebook dengan menulis, "Saya akur dan menerima kekalahan ini kerana saya umpama matador yang dipaksa berdepan dengan 10 ekor lembu ganas."

Selain itu, menurutnya, beliau juga bersendirian kerana semua Exco Pemuda Umno tidak memihak kepadanya. Selain turut meluahkan kekecewaannya bahawa kenyataan KJ yang tidak mahukan kaedah undi popular adalah gambaran jelas bahawa Menteri Belia dan Sukan itu memang mahukan Khairul Azwan bergandingan dengan dirinya.

Bagaimanapun, kekalahan Jamawi sebenarnya tidaklah memalukan dan kemenangan Azwanbro pula tidaklah membanggakan. Jamawi kalah secara jantan tetapi Khairul sebenarnya menang secara betina. Kemenangannya tidak menjadikan dirinya dihormati dan tidak juga menjadikan Pemuda Umno bertambah wibawa serta auranya.

Barangkali lebih ramai yang memandang sinis kepada Azwanbro selepas ini kerana kemenangannya bukan diperolehi melalui undi yang benar-benar bebas. Jika Azwanbro turun berkempen ke Sungai Limau sekarang, barangkali juga tiada impak yang boleh disumbangkannya dalam memastikan kemenangan calon BN di sana. Ini kerana kemenangannya tidak dihormati ssbagaimana selayaknya.

Sekarang ini KJ mungkin gembira kerana calon pilihannya telah menang sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Pemuda Umno dan Azwanbro tentulah terlebih lagi gembiranya kerana jawatan idamannya sudah berada dalam dakapannya tetapi adakah hanya sekecil itu matlamat perjuangan mereka?

Tepuk dada dan tanyalah iman, sampai ke manakah kemenangan secara betina itu boleh memberi manfaat? – shahbudindotcom

Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat : PLKN Hapus, RPGT 30%, Bina Lebuhraya Pan Borneo!

Posted: 24 Oct 2013 04:02 AM PDT


belanjawan 2014


Kurang 3 hari menjelang Pembentangan Bajet 2014 Malaysia, Pakatan Rakyat seperti biasa tampil dengan beberapa syor yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Melihatkan….

Melihatkan Laporan Audit Negara 2012, Pakatan Rakyat merasakan banyak program pembangunan dapat dijalankan jika RM20 bilion hingga RM30 bilion yang "hilang" dan "bocor" akibat pengurusan dana yang lemah & kurang amanah selama ini.

Intipati Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat

 

  1. Dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak secepat yang mungkin iaitu seawal tahun 2014
  2. Polis kabotaj yang melibatkan negeri Sabah & Sarawak perlu disemak semula bagi membolehkan harga kargo dan barang-barang yang dibawa masuk dan keluar boleh diturunkan
  3. Kemudahan air & elektrik di Sabah & Sarawak perlu diberikan perhatian yang lebih
  4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dihentikan
  5. Mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan
  6. Bagi mengekang lonjakan harga rumah, sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007 akan digunapakai , iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama sehingga cukai terendah lima peratus bagi penjualan pada tahun kelima.
  7. Peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun.
Apa pandangan anda dengan syor pada Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat kali ini?

Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Mati Dimuat Naik di YouTube

Posted: 24 Oct 2013 03:51 AM PDT



 
Rakaman CCTV melibatkan kejadian pegawai bank mati ditembak yang tersebar di Internet 
 
 
PETALING JAYA: Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.

Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal.

Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai, dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan.

Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter.

Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.

Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.

Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut.

Mah, Cheah Mahu Tubuh Jawatankuasa Kaji Kemapanan Model Politik BN

Posted: 24 Oct 2013 03:47 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Calon Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan calon Timbalan Presiden Dr Cheah Soon Hai bercadang menubuhkan jawatankuasa penyelidik bagi mengkaji kemapanan model politik Barisan Nasional (BN) jika menang pada pemilihan parti itu.

Mah berkata, jawatankuasa itu perlu bagi mengkaji dan mengubah persepsi sesetengah rakyat yang menganggap parti-parti komponen BN dikuasai oleh sebuah parti, iaitu Umno.

"Kami (Gerakan) mahu memainkan peranan konstruktif dan BN harus lebih konsultatif," katanya pada sidang media selepas melancarkan manifesto bersama Dr Cheah, yang juga pengerusi Gerakan Kedah, di Ibu pejabat Gerakan di sini, Khamis.

Mah berkata, melalui cadangan jawatankuasa penyelidik itu Gerakan boleh memainkan peranan konstruktif dalam BN seterusnya memastikan ia memenangi kembali sokongan rakyat.

"Inisiatif ini akan melibatkan pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta termasuk badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, dewan perniagaan dan badan profesional," katanya.

Menurut manifesto itu, hasil laporan jawatankuasa itu akan dibentangkan kepada Majlis Tertinggi BN pada Jun 2014.

Mah berkata, BN harus memastikan semua parti komponen mengekalkan hubungansiraturahim dan bekerjasama bagi menunjukkan semangat perpaduan sekali gusmemberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong BN.

Mah, yang merupakan pemangku setiausaha agung parti, berdepan dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow bagi jawatan tertinggi parti itu, manakala Dr Cheah dicabar Pengerusi Gerakan Bahagian Kepong Ma Woei Chyi untuk jawatan timbalan presiden.

Mengenai manifesto itu, Dr Cheah berkata ia juga merangkumi cadangan penubuhan 'Dialog Pintar Gerakan' yang menghubungkan parti dengan kesatuan pekerja, dewan perniagaan, badan pemikir dan NGO, serta memperkenalkan anggota muda parti yang bakal memikul tanggungjawab penting dalam parti.

"Selain itu, kami juga akan menubuhkan platform bagi anggota muda parti untuk mengasah bakat berpidato supaya mereka juga diberi peluang bersuara kerana mereka inilah yang akan menerajui kepimpinan parti pada masa akan datang," katanya.

Sejumlah 2,298 anggota perwakilan kebangsaan layak mengundi pada pemilihan parti itu 26 dan 27 Oktober. - BERNAMA

Pakatan Rakyat lancar Belanjawan Alternatif tanpa GST

Posted: 23 Oct 2013 11:01 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis























Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan Belanjawan Alternatif mereka dengan keyakinan akan dapat mengurangkan 10 peratus perbelanjaan pengurusan tanpa penyertaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikatakan bakal membebankan rakyat.

Berteraskan tema "Mempertahankan Kepentingan Rakyat Dalam Mengharungi Gelombang", Belanjawan Alternatif PR itu turut mensasarkan penjimatan RM30 bilion setahun melalui langkah penjimatan dan pengurusan berhemah.

"Bajet PR akan beri penjimatan ringgit dan bukan kenaikan harga," kata Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke pada sidang media di Parlimen, hari ini.

"Mungkin kerajaan akan naikkan kadar GST sehingga tujuh peratus dalam masa beberapa tahun sahaja jika dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, PR tetap dengan pendirian tidak akan memperkenalkan GST dalam tempoh terdekat memandangkan hanya sebilangan kecil daripada rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan individu.

"Pelaksanaan GST masih belum sesuai kerana hanya kira-kira 1.8 juta membayar cukai. Jika ia tetap dilaksanakan, seramai 29 juta rakyat Malaysia akan membayar GST," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media sama.

"GST ini cukai 'regressive'," katanya.

Jumlah Mangsa Banjir di Perak Berkurangan

Posted: 23 Oct 2013 10:42 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Manjung berkurangan kepada 269 orang pagi Khamis berbanding lebih 1,000 orang.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung Anuwar Ismail berkata sebanyak tiga pusat pemindahan masih dibuka iaitu di daerah Manjung yang menempatkan 126 mangsa, Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan (51 orang) dan Dewan Taman Bintang (92 orang).

"Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Sungai Batu ditutup pada pukul 10 pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Zainudin Mohd Nordin berkata sebanyak 14 mangsa dari enam keluarga di Kampung Parit Simpang 4 dan Kampung Parit Simpang 5 dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu petang Rabu.

"Kawasan di sini tidak mengalami hujan lebat yang berterusan namun keadaan banjir terjadi kerana air naik secara mendadak. Setakat ini air di kampung-kampung terlibat masih bertakung," katanya.

Sementara itu menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, sebanyak 14 orang dari empat keluarga di daerah Larut Matang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Padang Serai Dalam.

Fenomena air pasang, peralihan monsun dan hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Perak. -BERNAMA

Calon PAS Nafi Tumpang Imej Azizan

Posted: 23 Oct 2013 10:41 PM PDT




YAN: Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menolak dakwaan kononnya beliau cuba menumpang populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Sambil menafikan sering dibayangi Azizan, Azam yang dikatakan 'anak didik politik' kepada bekas Menteri Besar Kedah itu sebaliknya menegaskan bahawa beliau mengamalkan politik mengikut ajaran Islam.

"Saya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama diajar oleh agama untuk berpolitik secara damai.

"Bukan nak ambil bayangan siapa-siapa, tapi diajar oleh Islam," katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS menggunakan 'faktor Azizan' sebagai modal meraih sokongan pengundi dalam usaha mengekalkan kemenangan Azizan sejak lima penggal lalu di DUN Sungai Limau.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengakui bahawa pengaruh Azizan di DUN Sungai Limau merupakan bonus kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Azam bagaimanapun berkata, beliau berjanji akan meneruskan amalan politik secara sihat yang dipraktikkan Azizan sejak memenangi kerusi DUN Sungai Limau sejak 1995.

"Sebenarnya legasi berpolitik secara damai telah lama diamalkan PAS, kita tak pernah amalkan cara politik yang melampau.

"Buktinya rakyat mahu memberi peluang untuk PAS mentadbir menggunakan kaedah politik yang bukan sahaja dimulakan oleh Azizan, malah ia diambil oleh seluruh kepimpinan terdahulu," katanya.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan Mohd Azam berhadapan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Polis Buru Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank

Posted: 23 Oct 2013 10:40 PM PDT



 
Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya. 
 
 
PETALING JAYA:Polis memburu seorang pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pengurus operasi sebuah bank pada Rabu, yang masih bebas dengan memiliki senjata api, 'pump gun'.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan dan menjejaki suspek.

Gambar suspek yang diambil daripada skrin rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah pun disebarkan oleh pihak media.

Dalam insiden yang berlaku pada pukul 6.18 petang Rabu, suspek menembak mati Norazita Abu Talib dengan 'pump gun' sebaik sahaja mangsa membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di Jalan USJ Sentral 2.

Supek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal dan kali terakhir dilihat memakai uniform pengawal keselamatan berwarna putih bersama jaket berwarna hitam.

Norazita Abu Talib 
 
Difahamkan suspek juga memiliki kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama Ardi Hamza, berasal dari Tawau, Sabah.

Insiden berkenaan turut menjadi bualan hangat di laman Twitter dengan ramai pengguna laman media sosial berkongsi berita mengenainya di Facebook dan Twitter.

Khabar angin turut mengatakan suspek telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah di Twitter pada pukul 11 pagi, bagaimanapun pihak polis mengesahkan berita berkenaan adalah palsu.

Bukan itu sahaja, gambar mangsa ditembak mati turut tersebar di Internet pada malam Rabu, dengan ramai yang berang dan mengecam tindakan tersebut dengan menyifatkan mereka yang memuat naik serta berkongsi gambar tersebut sebagai tindakan tidak beretika.

Ramai juga yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang merupakan ibu kepada dua orang anak.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

Bekas mufti: Jangan lihat ibadah korban sahaja

Posted: 23 Oct 2013 05:36 PM PDT


MALAYSIA KINI


Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.

Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.

"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," tegasnya dalam tulisan di Facebook.

Kenyataan itu timbul apabila ibadah korban di SK Puchong Jaya minggu lalu dipersoalkan oleh seorang individu yang cuba mendapatkan penjelasan guru besar sekolah terbabit.

NONEPerbualan individu bernama "Saravanan" dengan guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, menjadi tumpuan apabila dimuatkan di Youtube.

Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin  mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin turut menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut.

Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar.

"Dalam Islam, penyembelihan hari raya korban ini, memang sepatutnya diuar-uarkan kepada umat Islam, khususnya kepada murid-murid," katanya dalam rakaman itu.

Perkara itu perlu digiatkan agar generasi muda mengetahui bahawa ia adalah tuntutan Islam, katanya lagi dalam rakaman sepanjang lebih 8 minit itu, yang dimuatkan oleh pengguna bernama 'zeeraf87'.

Mohd Amin berkata, ibadah tersebut tidak dijalankan dengan niat untuk menghina penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai makhluk suci.

"Memang kita digalakkan memberitahu murid-murid, kepada anak-anak kita khususnya, bahawa (ibadah) korban ini satu yang disuruh oleh agama Islam. Bukan kita buat penyembelihan ini atas dasar untuk menghina agama lain.

"Sebelum saya menjalankan aktiviti di sekolah, kita telah berbincang dengan semua guru saya. Guru-guru saya ada yang Cina, ada India, yang bukan Islamlah," katanya.

Katanya, pihak sekolah memberitahu guru dan pelajar berbangsa India, serta golongan bukan Islam lain untuk dipisahkan dari upacara tersebut.

"Kami tidak membenarkan mereka melihat," katanya.

Mohd Amin berkata, beliau mendapatkan pandangan kesemua guru termasuk bukan Islam berhubung aktiviti sekolah seperti itu.

Polis juga dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas individu bernama "Saravanan"

Laporan Sin Chew Daily semalam memetik kenyataan ketua polis daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, bahawa pasukan itu membuka siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh guru besar sekolah tersebut.

Menurut Sin Chew, Mohd Amin bimbang dengan keselamatan dirinya dan juga keselamatan harta sekolah selepas perbualan dengan "Saravanan".

CABAI BURUNG: Isu “Allah” lenyapkan akal waras rakyat Malaysia

Posted: 23 Oct 2013 05:32 PM PDT

cabai-burungA1


RAKYAT Malaysia apa jua agama terpaku, terpesona dengan kalimah Allah yang menjadi isu sehingga menutup segala beban dan kerja seleweng pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Isu kalimah itu yang diharamkan ke atas akhbar mingguan Katholik, The Herald nampaknya telah masuk dalam carta nombor satu isu sensasi dunia malah menjadi modal lawak jenaka di dunia Arab. Masakan tidak, isu seperti ini hanya wujud di negeri yang mana pribumi Melayunya mahu menjadi Arab lebih daripada orang Arab.

Sama ada masyarakat Islam atau Kristian, kekeliruan makin bertambah apabila pengharaman penggunaan kalimah Allah ini disalahertikan kepada pengharaman kalimah itu dalam Bible berbahasa kebangsaan hingga menyebabkan timbul suara-suara sumbang mahu Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia.

 malaysia-flag

Kembali kepada jiwa Malaysia

Tindakan kelompok radikal agama dan kaum seperti PERKASA, ISMA dan seangkatannya berjaya membuatkan sebahagian umat Islam terpengaruh, akibat terlalu takut bertukar keimanan masuk Katholik.

Ia tambah membimbangkan apabila Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman menyeru mereka yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mempertimbangkan supaya berhijrah dari Malaysia.

Persoalannya, mengapa kerajaan yang sering berbangga dengan keharmonian kepelbagaian kaum dan agama negara ini membiarkan perbuatan provokatif itu sehingga menimbulkan kemarahan dan kekeliruan rakyat Malaysia? Nampaknya gagasan 1Malaysia PM Najib bukan sahaja sudah masuk bakul sampah tapi sudah dibuang ke sungai Pahang.

Tidakkah kita sudah maklum yang selama ini kalimah Allah telah digunakan di Malaysia Timur dalam ritual penganut Kristian dan Bible bahasa kebangsaan? Malah ia telah diguna pakai secara meluas sebelum pembentukan Malaysia oleh masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Sering isu sensasi seperti ini menjadi modal bagi ahli politik untuk mendapat sokongan. Rakyat tidak menjadi kecoh seperti sekarang jika tiada tangan politik yang bermain api.

Sudah tiba masanya seluruh pemimpin agama, NGO, pimpinan kerajaan mengorak langkah ke hadapan membuka ruang yang lebih luas kepada wacana dan dialog antara agama. Sampai bila masyarakat Malaysia akan terus dipacu emosi tanpa kefahaman dan ilmu yang benar?

Biarlah berbeza pendapat dan ideologi politik kerana Malaysia negara demokrasi, itu bukan asas untuk berpecah, berpeganglah kepada mutiara kata orang tua kita, "Bersatu teguh, bercerai roboh". Malaysia, milik kita bersama.-Roketkini.com

RM3.6 bilion wang rakyat tanggung SYABAS, tapi perkhidmatan mengecewakan

Posted: 23 Oct 2013 05:30 PM PDT


IMG_2572
IMG_2575 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dipertikai apabila terus memanjakan syarikat kroni Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Sdn Bhd dengan pemberian pinjaman sebanyak RM151 juta dana awam walaupun syarikat itu mempunyai hutang tertunggak RM2.9 bilion kepada kerajaan sebelum ini.

Tambah menghairankan, syarikat kroni itu terus mendapat bantuan kewangan kerajaan walaupun tahap prestasi perkhidmatan mereka buruk dalam membekalkan air terawat kepada pengguna sejak menandatangani perjanjian konsesi pada 2004.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tindakan kerajaan menggunakan dana awam bagi menyelamatkan syarikat kroni adalah tidak sepatutnya berlaku memandangkan prestasi buruk syarikat berkenaan.

"Apa yang berlaku bukan baru, pada 2009, Kerajaan Persekutuan memberi pinjaman mudah tanpa faedah sebanyak RM320.8 juta manakala pada Oktober 2011, SYABAS diberi lagi pinjaman sebanyak RM110 juta.

"Semalam Puncak Niaga Holdings Berhad mengumumkan bahawa kerajaan memberi lagi pinjaman sebanyak RM151 juta kepada SYABAS. Mereka diberi tempoh tiga tahun untuk membayar balik pinjaman dengan faedah hanya tiga peratus," kata Pua.

Berikutan itu, Pua menjelaskan akibat daripada tindakan Kerajaan Persekutuan dan kegagalan SYABAS menjelaskan hutangnya, kerajaan terpaksa menanggung hutang terkumpul syarikat milik kroni itu daripada RM2.9 bilion kepada RM3.6 bilion.

"Ini semua dana awam, wang pembayar cukai. SYABAS diselamatkan dalam bentuk pinjaman dan geran diberi bagi mengelakkan syarikat itu 'tutup kedai' sejak Disember 2009.

"Kami sangat kecewa, walaupun wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan syarikat itu, perkhidmatan mereka kepada rakyat tidak memuaskan," katanya lagi.-Roketkini.com

Tiada ulasan: