Tukar Tiub |
- MENGHASUT UNTUK MEMBAWA KEBAIKKAN
- TUNTUT SPR LETAK JAWATAN
- SEMUA IKUT PERATURAN
- BODOH MACXAM HASAN MALEK
- RUNTUHNYA SEBUAH EMPIRE
- PADAN MUKA AKHBAR TAK LAKU
- PENCERAHAN DARI PEMBACA
- YA AMPOON YA MAULANA
MENGHASUT UNTUK MEMBAWA KEBAIKKAN Posted: 23 Oct 2013 06:43 PM PDT Tian Chua, 5 aktivis kekal dibicara berasingan KUALA LUMPUR 23 Okt. - Perbicaraan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; aktivis pelajar Adam Adli Abd. Halim dan empat lagi aktivis propembangkang yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan kekal dijalankan secara berasingan. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang menolak permohonan semakan oleh pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kes itu dibicarakan secara berasingan. Hakim Kamardin Hashim memutuskan demikian setelah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang telah melaksanakan kuasa bicaranya dengan betul namun terpulang kepada budi bicara Mahkamah Tinggi untuk menetapkan kes itu dibicara secara berasingan atau serentak. "Setelah menyemak prosiding asal dan keputusan Mahkamah Sesyen, mahkamah mengekalkan perintah hakim tersebut yang memutuskan perbicaraan dijalankan secara berasingan,'' kata beliau. Selain Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chiang, dan Adam Adli, turut didakwa bagi tuduhan yang sama ialah Hishamuddin Md. Rais, ; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar,.; peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib,. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...TUKANG HASUT KENA AKTA HASUTAN... kah kah kah.. kah kah kah.... THIS IS MY JOB MY LORD.... kah kah kah.. kah kah kah.... I REST MY CASE MY LORD.... kah kah kah.. woit...BUKAN TAKUT PENJARA... kah kah kah.. kah kah kah..BANGUN PAGI KE MAHKAMAH SATU SEKSAAN... kah kah kah --------- |
Posted: 23 Oct 2013 06:00 PM PDT Menuntut Semua Anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Letak Jawatan Kerana Gagal Melaksanakan Tanggungjawab Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletakkan jawatan beramai-ramai atas kegagalan melaksanakan tanggungjawabnya menurut Perlembagaan Persekutuan bagi menjalankan ulangkaji persempadanan. Perkara 113 (2) dan 113 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ulangkajian bahagian-bahagian pilihanraya dijalankan oleh SPR dengan lat tempoh tidak kurang daripada 8 tahun antara tarikh siapnya ulangkajian yang terdahulu. Kerajaan mengesahkan persempadanan terdahulu bagi Semenanjung dan Sabah diluluskan pada 21 Mac 2003, manakala Sarawak pada 10 Jun 2005. Oleh yang demikian, lat tempoh Semenanjung & Sabah berakhir pada 21 Mac 2011 dan sepatutnya ulangkajian masing-masing bermula selepas itu. Kemudian Sarawak seharusnya bermula selepas 10 Jun 2013. Tuntutan dan tanggungjawab Perlembagaan ini terus terabai. SPR gagal laksanakannya. Ini pengabaian dan kegagalan serius. Sebelum ini SPR gagal jalankan PRU13 secara adil dan bebas selain berbangkit masalah proses yg pincang kerana isu dakwat yang tak kekal dan daftar pemilih yang tercemar. Pakatan Rakyat menuntut seluruh anggota SPR meletakkan jawatan atas pengabaian dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab Perlembagaan. ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA ----------- |
Posted: 23 Oct 2013 07:30 AM PDT Pelepasan air empangandi Cameron Highlands ikutprosedur TNB KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...IKUT PROSEDUR ADA 4 MATI... kah kah kah.. kah kah kah...BERATUS KERETA TENGGELAM... kah kah kah... kah kah kah...BERPULUH RUMAH RUNTUH... kah kah kah.. kah kah kah....PULUH RATUS JUTA RUGI.... kah kah kah.. kah kah kah...SEMUA INI IKUT PROSEDUR... kah kah kah.. woit...AGAKNYA MACAM MANA KALAU TAK IKUT PROSEDUR... kah kah kah.. kah kah kah... CUBA BAYANGKAN... kah kah kah... |
Posted: 23 Oct 2013 06:00 AM PDT ANUGERAH HASAN MALEK
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..ITU PASAL JANGAN BELAJAR MALAY STUDIES...kah kah kah... kah kah kah..JADI BANGANG MACAM MALEK HASAN... kah kah kah.. kah kah kah.... DULU CAKAP LAIN... kah kah kah.. kah kah kah...PETANG NI CAKAP LAIN... kah kah kah BODOH MACAM HASAN MALEK LIHAT APA MUNKEE NI CAKAP DULU
Kerajaan jamin harga tepung, gula tidak naik - Utusan Online www.utusan.com.my/.../Kerajaan-jamin-harga-tepung... Sep 12, 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, ..."Mereka juga bersetuju untuk tidak menaikkan harga barangan itu dan |
Posted: 22 Oct 2013 10:00 PM PDT PERJUANGAN DITERUSKAN LAGI Kalau kita hanya ada pendapatan 100 ringgit sebulan maka secara lojik kita akan berbelanja 70 atau 80 ringgit. Kalau boros sekali pun kita berbelanja 90 hingga ke 99 ringgit sebulan. Masih ada niat menyimpan sekurang-kurang seringgit untuk masa depan. Dalam rumah tangga jika anak isteri sedang kurang makanan , kurang pakaian atau kurang dana perubatan dari segi lojiknya Sang Ayah akan cuba sedaya upaya menyelesaikan ajenda rumah tangga dahulu. Bukan pergi ke hulu ke hilir membantu jiran tetangga. Ini lojik manusia saantero alam. Lojik manusia bermakna pekara yang kita lakukan itu masuk akal. Perbuatan atau hujah yang diberikan masuk akal dan di yakini. Ini berlainan dari lojik Mat Pet. Mat Pet , Mat Gian, Mat Candu atau Sang Pemadat mempunyi lojik yang tidak masuk akal. Lojik Mat Pet tidak dapat kita terima pakai kerana kita manusia rasional yang memiliki fikrah. Mat Pet lagi berdengong lagi di cucuk badan dengan dadah. Lagi kurang sedar lagi ditelan pill atau disedut asap candu. Akhirnya badan tidak sanggup lagi menerima. Darah dalam badan Sang Pemadat enggan bergerak akhirnya Mat Pet ini mati tegak dalam khayalan. Sabar. Lojik Mat Pet ini adalah juga lojik Empire. Lojik ini telah diguna pakai oleh Kublai Khan dari Mongolia ketika menjajah satengah dari bumi dunia ini. Lojik Mat Pet ini juga di gunakan oleh Empire Sepanyol, Empire Belanda dan British Empire. Kesemua sejarah Empire ini berakhir dengan Empire mati tegak. Kalau Mat Pet giankan dadah untuk berkhayal. Empire ada juga dadahnya. Empire giankan dadah yang lebih spesial. Dadah untuk Empire ialah kuasa. Kuasa untuk berkhayal dan berkhayal untuk berkuasa. Berkhayal untuk berkuasa mendominasi dunia ini adalah dadah kepada semua Empire dari dulu hingga ke Empire Amerika hari ini. United States of Amerika memiliki sejarah anti-feufdal dan anti-kolonial. Warga imigran dari Eropah telah memanggil diri mereka Amerikan. Mereka telah bangun angkat senjata, 200 tahun dahulu melawan kuasa kolonial Baginda Queen. Awalnya orang kulit putih ini telah menjarah tanah Orang Asal. Kemudian ekonomi Amerika berkembang dengan kemasukan hamba abdi yang tangkap dari Afrika. Dari sini bermulalah sejarah perkembangan Empire Amerika. Mexico mula dijajah pada tahun 1846. Kemudian menjalar ke benua Amerika Latin menggantikan kuasa Sepanyol, ke Amerika Utara menggantikan kuasa Baginda Queen, kemudian ke Eropah, kemudian menjarah ke Afrika dan ke Asia sesudah kejatuhan Hitler i.e sesudah Perang Dunia Kedua. Dari 1776 hingga ke 2013 Empire Amerika telah menaklok dunia. Tidak ada siapa dalam dunia ini yang tidak kenal Mek Dogal. Tidak ada siapa yang tidak tahu apa itu apa itu Hollywood. Siapa yang menduduki Rumah Puteh dilihat sebagai sosok yang paling berkuasa dalam dunia ini – melebih kuasa Firaun. Melintasi kuasa Shah Reza Pahlavi. Tapi dunia ini ada hukum alam. Yang naik akan turun. Yang diatas tidak akan selama-lamanya diatas. Ini hukum alam yang tidak ada siapa dapat mengubahnya. Apa yang bermula pasti akan berakhir. Selagi ada penindasan selagi itu akan ada perlawananan. Sekuat mana pun sesebuah Empire itu ianya akan berakhir. Dari zaman kuno kita telah mendengar Empire Inca, Empire Firaun, Empire Iskandar Zulkarnain atau Empire China . Empire Ottoman – semuanya terkubur. Bilakah agaknya Empire Amerika atau kuasa imperialis Amerika ini akan punah musnah. Persoalan bila tarikhnya bukan mudah untuk dijawab kerana perjalanan tamadun manusia bukan saperti pertunjukkan wayang ada traikh dan waktu. Empire bukan sesuatau yang dapat dipegang. Justeru apa yang dapat kita baca hanyalah tanda-tanda bahawa kuasa imperialis Amerika ini sedang menjunam jatuh. Lojik Empire ialah lojik Mat Pet. Hari ini sistem kapitalis ekonomi Amerika sedang dalam keadaan nazak. Dolar Amerika nilainya semakin susut. Keyakinan dunia semakin merosot terhadap nilai dolar. Lihat dan perhatikan apa yang dilakukan oleh Mat Pet a.k.a Empire Amerika ini? Ketika duit tidak cukup – ketika ekonomi kelam kabut - ketika inilah Amerika membuka medan perang di Afghanistan, di Iraq , di Syria dan di Libya. Data 2013 dari Dewan Kongress Amerika menyatakan 43 juta warga Amerika ditakrif hidup dibawah tahap kemiskinan. Jumlah 43 juta ini adalah warga Amerika yang menerima bantuan 'food stamp' atau menerima bahan makanan dari kerajaan untuk hidup. Dalam keadaan ini Mat Pet ingin ke hulu ke hilir menyebarkan ' 'demokrasi'. Bunyinya lawak tetapi inilah lojik Mat Pet. Bulan September 2013 telah berlalu. Pasti ramai yang tidak ambil pot tentang apa yang telah berlaku dalam bulan itu. Sebenarnya ada dua pekara yang amat penting telah berlaku. Kedua-dua pekara ini adalah tanda bahawa kuasa imperial Amerika sedang menuju keruntuhan. Babak pertama mengambil tempat di Damsheik. Tim PBB sedang menyelidik letupan bom kimia dalam pentas perang Syria. Tetiba diwilayah dimana tim PBB sedang menjalankan siasatan satu lagi bom kimia dikatakan meledak. Dunia menjadi heboh. Kuasa imperial Amerika telah berulang kali berkata – senjata kimia adalah garis merah – yang tidak boleh dilintasi. Jika dilintasi maka Syria akan diserang. Justeru pada minggu ledakan itu berlaku dunia menjadi tegang. Kuasa imperialiks Amerika akan menyerang Syria – hanya menunggu arahan dari Obama. Laporan dan selidikan dari Russia dan Ngo antarabangsa telah membuktikan bahawa ledakan bom kimia ini telah dilakukan oleh gerila-gerila upahan Saudi. Gerila upahan Saudi datang dari pelbagai negara. Mereka sedang berkeliaran melakukan keganasan atas nama Islam. Untuk gerila upahan ini ledakan bom kimia ini diharapkan akan menjemput Amerika dan kuasa bala tentera NATO untuk menyerang Syria - sama saperti yang telah dilakukan di Libya. Saperti biasa juru heboh kuasa imperial dari Obama ke Hillary ke John Kerry telah memberi amaran keras. Syria akan diserang kerana garis merah telah dilintasi. Bukti siapakah sebenarnya yang meledakkan bom kimia ini tidak penting. Dalam falsafah Mat Pet salah benar tidak mustahak. Armada Amerika mula belayar ke Laut Teduh. Kapal terbang penyerang Amerika mula memanaskan injin disana sini. Dunia menunggu bilakah Tomahawk dan Cruise Missile akan meledak di Damsheik. Tup tup semuanya kecut – semua jadi lembik apabila Russia memberi kata dua bahawa tindakan Amerikan ini adalah salah. Malah Rusia memperbaharui niat untuk menghantar senjata ke Syria. Tetiba kuasa imperial Amerika tidak lagi gah. Tetiba kuasa Empire ini mengundur dari menyerang Syria. Sah bahawa kuasa imperialis ini hanyalah 'harimau kertas'. Gagalnya menyerang Syria ini menjadi tanda pertama bahawa kuasa imperialis Amerika tidak lagi memiliki kekuatan. Tetapi pada bulan September lalu di PBB untuk pertamna kali setiap Presiden dan Ketua Negara dari Amerika Latin yang berucap di podium PBB telah mengutuk Amerika. Kutukan ini berpunca kerana Amerika telah melakukan risikan melalui teknoloji yang telah dibocorlkan oleh Edward Snowden. Alat risikan CIA ini telah 'dibogelkan' untuk dunia oleh Snowden yang bekerja di Jabatan Pertahan Amerika sendiri. Pemimpin negara Latin Amerika telah berani menunjukkan kemarahan mereka terhadap Rumah Puteh. Ini cukup bersejarah. Dalam istilah anak muda – ini rare. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Amerika Latin, Presiden Brazil Dilma Rousseff telah menolak jemputan Barack Obama untuk bertemu di Rumah Puteh. Bayangkan Mahathir Muhamad dan Najib Razak sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk melobi agar dapat bergambar dalam Rumah Puteh. Tetapi Presiden wanita pertama Brazil yang juga bekas gerila Marxis ini secara terbuka telah menolak jemputan Obama. Ini satu tamparan untuk Presiden Amerika. Babak kedua - dalam bulan September lalu bukan sahaja Obama telah dimalukan oleh seorang bekas gerila malah lidah resmi media China - Xinhua – telah berkata bahawa telah sampai masanya ekonomi dunia ini dibebaskan dari kuasa imperil Amerika. Perkataan yang digunakan ialah – de-Americanized – ekonomi dunia. Ini bermakna jual beli dalam dunia TIDAK lagi bersandarkan dolar. Malah dalam tulisan Xinhua ini China mahukan satu tata cara ekonomi dunia yang baru. Semua ini adalah tanda tanda bahawa hari hari akhir untuk kuasa Pax Americana telah sampai. Bala tentera Amerika yang berselirat di seluruh dunia kini hakikatnya sedang menjadi beban yang amat sangat untuk ekonomi Amerika. Perbelanjaan perang di Iraq, Afghanistan dan Libya sedang menjerut leher Uncle Sam. Obama telah gagal datang ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 yang lalu. Ini kerana seluruh pentabiran kerajaan Amerika ditutup kerana hutang terlalu tinggi. Ini wajib dibaca sebagai satu lagi tanda keruntuhan kuasa imperial. Jika hutang kerajaan berterusan dan pentabiran ditutup lagi – mustahil 43 juta warga Amerika yang hidup dengan 'food stamps' akan menjadi wira Amerika untuk menjaja 'demokrasi'. Kalau Mat Pet ini makan pun susah mustahil akan bertenaga untuk menyerang dan menundukkan negara Dunia Ketiga yang bebas dan merdeka. Kuasa imperial Amerika akan terus gian untuk berkuasa. Mat Pet ini akan terus – berkhayal untuk terus mendominasi dunia. Tetapi hukum dunia telah berubah. Amerika bukan lagi tidak boleh dilawan. Kuasa imperialis ini hanyalah Harimau Kertas.(TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03-92-21-1045 ----- |
Posted: 22 Oct 2013 09:30 PM PDT INI KERJA CHINA KE? Akhbar Melayu dianaktirikan? KUALA LUMPUR 22 Okt. - Perbelanjaan pengiklanan (adex) untuk akhbar berbahasa Melayu jatuh sebanyak 1.8 peratus setakat September lalu, walaupun adex industri mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus. Bagaimanapun, adex untuk akhbar berbahasa Cina dan Inggeris masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak enam hingga tujuh peratus dalam tempoh sembilan bulan berkenaan. AmResearch dalam nota kajiannya menyatakan, perancangan perbelanjaan adex mungkin akan merosot selepas ini disebabkan kebarangkalian pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... CUKUP LAAA PERANGAI SALAHKAN ORANG LAIN... kah kah kah.. kah kah kah..KES INI SAMA MACAM GRADUAN MELAYU..kah kah kah.. kah kah kah...TAK DAPAT KERJA...MARAH KAN SYARIKAT CHINA.. kah kah kah.. kah kah... NAK JADI AKOUNTAN TAPI LULUSAN BUAT DONUT... kah kah . kah kah kah...NAK JADI CEO TAPI LULUSAN BUAT SATAY... kah kah kah.. woit...AKHBAR MELAYU MANA ADA ORANG NAK BACA... kah kah kah.. kah kah kah...ORANG MELAYU SENDIRI TAK NAK BACA... kah kah kah.. kah kah kah..NAK HARAP CHINA DAN INDIA BACA?... kah kah kah.. kah kah kah...POOOORAH.... kah kah kah kah kah kah... ROSMAH SLIM SEKALI LAGI PUN...kah kah kah... kah kah kah.... SURAT KHABAR INI TAK LAKU...kah kah AKHBAR MELAYU KAH KAH KAH |
Posted: 22 Oct 2013 09:00 PM PDT Issh ish ish Isham.Jatuh kafir kamu ni.Bertaubat lah cepat2. Allah kata Kristian tak boleh guna Allah. Rujuk Quran 5:73/74. (73)"They surely disbelieve who say: Lo! Allah is the third of three; when there is no God save the One God. If they desist not from so saying a painful doom will fall on those of them who disbelieve. (73) Will they not rather turn unto Allah and seek forgiveness of Him? For Allah is Forgiving, Merciful. (74) The Messiah, son of Mary, was no other than a messenger, messengers (the like of whom) had passed away before him. And his mother was a saintly woman. And they both used to eat (earthly) food. See how We make the revelations clear for them, and see how they are turned away! Baca debate Pak Yeh dengan Dr MAZA @ http://warongpakyeh.blogspot.com/2013/10/christian-use-of-allah-debate-with.html on LAWAK SEBELUM JUMAAAT Publish | Delete | Spam Anonymous on 10/18/13 DAH HABS BACA? Tuan2 perkara agama jangan di kah..kah kan.. Buat rujukan..dah habis ke baca quran dah sampai terlebih baca veda..rasional le..aqidah sendiri dah betul sgt ker..fahamkan seluasnya..saya pun tak mahu tuhan yang saya sembah dipermainkan ugama lain..bersama kita muhasabah diri on LAWAK SEBELUM JUMAAAT Anonymous on 10/18/13 -------- |
Posted: 22 Oct 2013 08:00 PM PDT BERAPA HARGA DIN AYAM? 'Raja-raja patut bertitah isu kalimah Allah'
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.. BERTITAH ITU APA?... kah kah kah.. kah kah ka...NI SAMA MACAM ANAK ANJING TAPAK KAKI?... kah kah kah kah kah kah..SAJE NAK TANYA JANGAN MARAH...kah kah kah.. kah kah kah...YA AMPOOOOONNNNN.... kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan