Rabu, 23 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bila agaknya Najib nak tunaikan janji tukar ketua menteri Sarawak?

Posted: 23 Oct 2013 04:05 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin

 Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di Sarawak untuk merasmikan Perhimpunan Agung parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang di pimpin Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud.

Secara kasarnya tiada apa-apa yang istimewanya dengan kehadiran Najib itu kerana sudah menjadi amalan biasa sebagai Pengerusi  Barisan Nasional (BN), beliau akan merasmikan semua perhimpunan agung parti-parti komponen yang bergabung di bawah BN.

Tetapi secara halusnya, kehadiran PM ke Sarawak semalam terselit keunikan tersendiri kerana ia adalah genap kira-kira dua setengah tahun atau separuh penggal kerajaan negeri yang ada sekarang ditubuhkan selepas pilihan raya umum negeri yang diadakan pada April 2011 yang lalu.

Jika kita masih masih ingat, dalam kempen pilihan raya negeri yang paling sengit ketika itu dan isu kepimpinan Taib yang sudah begitu lama iaitu melebihi 30 tahun menjadi perkara yang begitu membimbangkan ketika itu. Isu kepimpinan beliau yang terlalu lama di samping kekayaan keluarganya yang luar biasa hampir menjadi punca tewasnya BN ketika itu.

Untuk menangani isu tersebut, Najib akhirnya terpaksa membuat pengumuman di saat-saat akhir bahawa pertukaran ketua menteri Sarawak akan dilakukan selepas pilihan raya berakhir dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada BN supaya proses peralihan kuasa itu dapat dilakukan dengan lancar.

Diakui oleh banyak pihak bahawa walaupun pelbagai faktor turut menyumbang kepada kemenangan BN di Sarawak ketika itu tetapi faktor terbesarnya ialah kerana janji mahu mengundur dan menggantikan Taib. Di sebalik gelombang dan kempen agresif pembangkang waktu itu, janji perubahan yang dilakukan oleh Najib akhirnya melembut dan mencairkan hati rakyat Sarawak untuk terus menyokong BN.

Meskipun tidak menyebut secara tepat bila pertukaran itu akan dilakukan dan Najib hanya mengatakan ia akan dilakukan pada tarikh dan waktu yang sesuai, tetapi rakyat Sarawak tentulah mengharapkan pertukaran itu tidak dilengah-lengahkan lagi atau berlarutan sehingga ke penghujung penggal.

Taib pula sebaik memperolehi mandat dua pertiga daripada rakyat dan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri, tidak ragu-ragu ketika itu mengatakan bahawa beliau akan berundur sebagai ketua menteri pada separuh penggal mandat yang diperolehinya itu.

Dalam tempoh separuh penggal atau dua tahun setengah itu juga, Taib menjanjikan akan mengenalpasti dan membimbing pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya.

Tetapi di mana semua janji itu sekarang?

Jika dikira tempoh masa separuh penggal yang djanjikan itu Taib sudah pun matang sebenarnya. Dengan ketibaan Najib ke Sarawak untuk merasmikan perhimpunan agung PBB semalam, ia dikira waktu yang paling sesuai untuk Najib mengumumkan pengganti Taib.

Namun apa yang berlaku, bukan saja pengunduran Taib tidak disebut, bahkan siapa pengganti beliau masih lagi kabur sehingga ini. Baik Najib mahupun Taib tidak bercakap langsung soal Ketua Menteri Sarawak yang baru. Kedua-dua mereka seolah-olah sudah lupa kepada janji yang dibuat sebelum ini.

Bahkan dalam acara perasmian perhimpunan agung PBB itu, Najib dan Taib saling puji-memuji antara satu sama lain, suatu hakikat yang membayangkan janji sebelum ini bakal dimungkiri dan tempoh pemerintahannya mungkin berakhir sehingga pilihan raya negeri yang akan datang.

Taib dalam ucapan alu-aluannya memuji kepimpinan Najib dalam membawa pembaharuan kepada negara dah menyatakan rakyat Sarawak turut mendapat nikmat daripada segala pembaharuan itu. Beliau juga menyatakan ikrar dan sokongan akan terus berdiri teguh di belakang Pengerusi BN itu.

Najib pula dalam ucapan perasmiannya membalas pujian itu dengan menyifatkan Sarawak sebagai "tanah subur" bagi BN berdasarkan pencapaian cemerlang dalam pilihan raya umum lalu.

Hakikat ini, tambahnya memperlihatkan keupayaan Taib dalam memimpin negeri Sarawak yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun.

"Inilah kehebatan orang lama, beliau masih mampu memanaskan keadaan. Jangan ingat orang lama tidak boleh memanaskan keadaan," kata Najib lagi.

Pujian menggunung dan seakan-akan mahu terus mengekalkan tempoh pemerintahan Taib dilihat agak mengejutkan dan seolah-seolah Najib sudah lupa kepada janjinya sebelum ini. Atau barangkali buat-buat lupa dan sengaja lupa!

Kalaulah pujian melambung kepada Taib itu dinyatakan ketika kempen pilihan raya 2011 lalu dan tidak disertai janji mahu menukar kepimpinan Taib, barangkali juga keputusan berbeza yang dicapai oleh BN dalam pilihan raya itu. Oleh itu, diharapkan Najib tidak lupa hakikat itu.

Walaupun masih ada tempoh masa lagi untuk Najib menunaikan janjinya kepada rakyat Sarawak, semoganya beliau tidak lupa dan alpa dengan janjinya itu.

Pepatah juga selalu mengingatkan, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.

Dalam tempoh yang makin singkat untuk menunaikan janji itu, elok juga jika Najib dapat meluangkan masa menghayati senikata lagu Apa Guna Berjanji nyanyian allahyarham Saloma yang antara bait-baitnya berbunyi, " Apa guna berjanji, kalau tak ditepati, kelak meracun hati, tuan sendiri menggigit jari". – shahbudindotcom.blogspot.com,

Cuepacs tuntut bonus dua bulan dalam Bajet 2014

Posted: 23 Oct 2013 03:20 AM PDT

 
 
DETIK DAILY


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada Jumaat.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata pemberian bonus tersebut wajib diberikan kepada penjawat awam kerana kos sara hidup semakin meningkat kini.

"Bonus memang wajib, setiap tahun kita akan minta peruntukan kerana kita tahu persekolahan akan bermula maka ia sedikit sebanyak akan meringankan beban."Kali ini kita minta lebih kerana kadar peningkatan kos di bandar sebagai contoh gaji RM3,000 masih dikategorikan miskin bandar," katanya ketika dihubungi di The Malaysian Insider semalam.

Menerusi Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi bonus sebanyak sebulan setengah gaji kepada kakitangan kerajaan.

Azih berkata, Cuepacs bimbang akan berlaku peningkatan harga barangan keperluan asas kerana jika ia berlau, pasti akan membebankan penjawat awam terutama dengan kadar pendapatan yang diperolehi ketika ini.

"Kita risau bakal menyaksikan beberapa kenaikan harga barangan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah. Bukankah ia akan meningkatkan kos bagi rakyat sedangkan kadar upah tidak meningkat langsung," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Cuepacs berharap kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar gaji penjawat awam supaya selari dengan peningkatan kos sara hidup di bandar.

Selain itu, katanya, Cuepacs berpendapat kerajaan perlu menurunkan kadar peratus pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.

"Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah kerana harga yang terlalu mahal. Kita mahu kerajaan mengurangkan kadar peratus pinjaman dan membina lebih banyak rumah mampu milik," katanya.

Katanya, Cuepacs turut menyarankan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Azih berkata, adalah lebih wajar bagi kerajaan menerangkan secara mendalam mengenai cukai GST agar difahami rakyat terlebih dahulu.

"Rakyat perlu diberi penerangan secara terperinci mengenai keperluan dan kelebihan GST kerana kita tidak mahu rakyat terpaksa membayar cukai berganda yang tentu membebankan.

"Meskipun tidak semua barangan yang perlu dibayar namun jika melihat cukai tersebut dengan pendapatan penjawat awam sekarang, lama kelamaan pasti timbul perasaan kurang senang kerana kita terpaksa membayar lima peratus daripada apa yang dibelanjakan," katanya.

Kebijaksanaan Menteri Besar adalah tuah rakyat Selangor

Posted: 23 Oct 2013 03:12 AM PDT




Oleh Kolar Putih


Pencapaian Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar wajar diiktiraf oleh semua pihak, hatta musuh politik apatah lagi rakan politik beliau sendiri.

Apabila pengundi di Selangor sekali lagi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk terus menerajui negeri Selangor dengan kerusi yang lebih besar, pastinya majoriti rakyat dan penduduk Selangor termasuk golongan atas pagar berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri pada penggal pertama walaupun setiap malam didendangkan lagu "Sayangi Selangor Yakini BN" sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Seperti semua sedia maklum, antara manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor ketika PRU13 adalah meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu yang diilhamkan sendiri oleh Abdul Khalid pada tahun 2008.

Walhal rakyat semua sedia maklum, diawal dasar air percuma untuk rakyat Selangor ini dilaksanakan, BN dengan bantuan running dog (terjemahan yang tepat adalah pengikut terutamanya dalam sistem politik) ulung mereka iaitu Utusan Malaysia pelbagai dakyah songsang disajikan kepada rakyat.

Kononnya, dasar air percuma ini akan menjadikan Kerajaan Negeri Selangor muflis, akan menggalakkan rakyat membazir dan berbagai-bagai lagi kecaman lain.

Namun, seperti biasa fiksyen tidak pernah mengatasi fakta apabila bajet negeri Selangor mencatatkan bajet yang berimbang dan lebihan walhal dalam masa yang sama semua Kerajaan Negeri BN dan juga Kerajaan Persekutuan mecatatkan bajet defisit, yakni perbelanjaan melebihi pendapatan.

Abdul Khalid pastinya tersenyum lebar apabila Selangor BN secara tidak langsung mengiktiraf dasar yang diilhamkan beliau sendiri dengan menyenaraikan dasar air percuma ini dalam manifesto mereka, akhirnya.
Dasar air percuma ini sekadar salah satu contoh daripada pelbagai lagi dasar dan program bijak lagi tuntas Kerajaan Negeri Selangor di bawah gagasan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini menjangkau 17 program untuk dinikmati oleh rakyat dan penduduk di negeri Selangor.

Walaupun Kerajaan Persekutuan sering sekali bersikap tidak gentleman dengan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi Abdul Khalid tetap menjadi gentleman kepada BN dengan memberikan elaun sebanyak RM8620 sebulan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang disandang oleh ADUN BN.

Perkara ini jelas menunjukkan Abdul Khalid mendaulatkan sistem demokrasi yang bertunjangkan doktrin pengasingan kuasa antara cabang Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.

Dengan memperuntukkan elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, jelas Abdul Khalid bukan sahaja memperkasa cabang Eksekutif yang dinaunginya, malah turut memperkasakan cabang Legislatif bagi memastikan proses "check-and-balance" di Selangor berjalan dengan lancar dan telus.

Selain daripada pendekatan dan dasar yang positif oleh Kerajaan Negeri Selangor, rakyat dan penduduk Selangor juga bertuah kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang berkeperibadian yang baik. Ketika beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 2008, beliau sememangnya pada ketika itu sudah dikategorikan sebagai golongan berada hasil daripada penglibatan beliau dalam dunia perniagaan dan korporat, dan bukannya mengumpul harta dan menjadi kaya-raya hasil berpolitik selepas menjadi Menteri Besar.

Menambah harta dan wang ringgit tidak pernah menjadi motivasi kepada Abdul Khalid untuk terus kekal memerintah Selangor bagi penggal kedua, tetapi motivasi dan wawasan beliau adalah menambah harta, wang ringgit dan hasil negeri untuk dinikmati oleh segenap rakyat dan penduduk Selangor bertepatan dengan slogan "Hasil Negeri untuk Rakyat".

Ramai yang mengatakan bahawa beliau tidak pandai berpolitik. Bagi penulis perkara ini harus dilihat dari perspektif yang positif yang mana rakyat sudah bosan dengan politikus-politikus picisan yang hanya tahu berpolitik, mempolitikkan setiap isu, dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hanya berpaksikan dan bersentimen politik.

Sikap beliau yang no-nonsense approach inilah sebenarnya menjadi kunci kejayaan Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 sehingga sekarang dan insyaAllah untuk masa akan datang.

Tidak dilupakan jasa setiap barisan Exco Negeri Selangor yang terdahulu dan sekarang yang telah melengkapkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Begitu juga dengan keringat setiap penjawat awam di negeri Selangor yang berkerjak keras yang turut menyumbang kepada kejayaan Kerajaan Negeri. Pastinya bonus yang diterima oleh penjawat awam negeri Selangor (yakni lebih daripada yang diterima oleh penjawat awam Persekutuan) baru-baru ini amat berbaloi dengan segenap usaha yang telah diberikan dalam mendokong aspirasi pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

GST Tidak Boleh Dilaksanakan Hingga Pendapatan Isi Rumah Capai RM4,000 Sebulan - PR

Posted: 23 Oct 2013 02:52 AM PDT




KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat membantah pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga pendapatan isi rumah mencapai tahap minimum, RM4,000 sebulan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, ia perlu bagi mengurangkan tekanan daripada pengurangan kuasa beli yang wujud ekoran pelaksanaan GST terutamanya kepada kumpulan berpendapatan sederhana.

"Juga sepatutnya ada pengurangan cukai pendapatan individu dengan lebih meluas dan kerajaan perlu mendedahkan senarai harga barangan yang dikecualikan cukai terutamanya barangan keperluan asas," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap cukai jualan semasa dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan, serta cukai syarikat dan cukai pendapatan perseorangan yang akan dikurangkan secara serentak jika kerajaan melaksanakan GST.

"GST mungkin akan menyebabkan kemelesetan terhadap 'kitaran perniagaan' yang kelihatan telah berkurangan lewat kebelakangan ini, berbanding daripada 10 kepada tujuh tahun lalu.

"Kali terakhir kemelesetan ekonomi melanda Malaysia pada 2009, jadi terdapat kemungkinan bahawa kemelesetan yang akan datang mungkin berlaku kira-kira 2016, setahun selepas GST dijangka dilaksanakan," kata Wong.

Rang undang-undang GST telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember 2009.
Namun pelaksanaannya ditangguhkan kerana ia mendapat bantahan daripada pelbagai pihak terutamanya pakatan pembangkang.

'Felda lebih bayar RM100 juta harta tanah di London'

Posted: 23 Oct 2013 02:45 AM PDT

MALAYSIA KINI

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut Felda menjelaskan pembelian pangsapuri perkhidmatan (serviced apartment) hampir RM500 juta di London, yang didakwanya bertambah sebanyak RM100 juta.

Katanya, langkah Felda itu mencabar salah satu teras utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), iaitu penjualan aset bukan teras.

penang third bridge project signing 061013 lim guan engMemetik laporan sebuah portal berita, Lim (kiri) berkata, jual beli bernilai 198 unit pangsapuri perkhidmatan Grand Plaza dengan harga £97.9 juta (RM495 juta) terlalu mahal.

Sedangkan, tambahnya, agen harta tanah mewah Savills and Knight Frank hanya menilainya sekitar £80 (RM408 juta) sahaja beberapa tahun lalu.

"Dengan kata lain, Felda terlebih bayar hampir RM100 juta!" kata anggota Parlimen Bagan itu.

Lim, juga setiausaha agung DAP, berkata, perkara itu menimbulkan kegusaran terhadap kelembapan ekonomi yang boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit dana awam.

Menurut Lim juga, Felda tidak mempunyai sebarang kepakaran atau pengetahuan dalam menguruskan pangsapuri perkhidmatan.

Satu lawan satu di Sg Limau

Posted: 23 Oct 2013 02:35 AM PDT




 
GALERI FOTO
MALAYSIA KINI
 
 
Penamaan calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau akan berlangsung di Dewan Datuk Madi Yan, Kedah pagi ini.

NONEPencalonan akan bermula jam 9 pagi dan penyokong BN serta Pakatan Rakyat dijangka mula berkumpul di pusat penamaan calon seawal jam 8 pagi.

Personaliti-personaliti penting dari Pakatan Rakyat dan BN dijangka turun mengiringi calon masing-masing untuk menyerahkan borang.

Jika semuanya berjalan seperti dirancang, pekan Sungai Limau yang tenang ini akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 tahun menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun.

Di atas kertas, Sohaimi dilihat mempunyai profil yang lebih menonjol sebagai bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

azam samad sungai limauAzam pula seorang penolong kanan ko-kurikulum di sebuah sekolah agama di Kedah.

Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi jatuh pada 4 November.

Kerusi Sungai Limau yang terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian anggota dewan undangan negeri merangkap bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Azizan menewaskan Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.

Azizan menang dengan 13,294 undi berbanding 10,520 yang dimenangi BN - dan calon-calon bebas memperolehi 100 dan 84 undi.

Bagaimana pun, Kedah jatuh ke tangan BN selepas pilihan raya Mei lalu.

LAPORAN LANGSUNG

08:00 Trafik ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi, Yan bergerak lancar dengan kawalan polis.

Beberapa gerai jualan air dan makanan ringan didirikan di kiri dan kanan jalan beberapa puluh meter dari pusat penamaan menjadikan suasana seperti pasar pagi hujung minggu.

NONE08:30 Pemimpin tertinggi Pakatan, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN itu Datuk Mahfuz Omar, kelihatan bersama Azam.

Ratusan penyokong PAS yang menyertai calon mereka bersama pemimpin tertinggi Pakatan diminta bergerak ke Pantai Murni daripada pusat penamaan calon.

Mereka diminta berbuat demikian kerana berkumpul dalam jarak yang tidak dibenarkan. Rombongan BN dijangka tiba tidak lama lagi.

NONEPenyokong parti Islam itu kelihatan tidak gembira kerana sedang teruja mahu menyaksikan acara hari ini dari dekat.

08:36 Penyokong PAS mula berarak melalui penamaan calon sambil bertakbir berulang kali.

08:45 Lautan penyokong PAS makin rancak berselawat dan melaungkan slogan anti-BN. Manakala penyokong BN pula, kira-kira 500 orang - yang lebih kecil daripada kumpulan PAS - menyanyikan lagu parti dan melaungkan slogan "Hidup BN".

Heavyweight Umno termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kelihatan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kumpulan itu.

NONE09:00 Tepat jam 9 calon BN masuk ke dewan menyerahkan borang pencalonan. Ketika calon menghantar borang penamaan, penyokong kedua-dua menunggu di luar dengan penuh semangat.

"Jantung kami berdebar, tak sabar hendak menang," kata Umi Haida Mahmood, 50-an, yang datang dari Pendang seawal jam 7 pagi.

NONEManakala seorang pemuda Fitri Badaruddin, 22, dari Bukit Chira pula kelihatan membawa poster berkaitan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20sen.

"Terima kasih kepada BN!" laungnya kepada orang ramai.

Polis selepas itu memasang kawat berduri di hadapan penyokong BN.

09:15 Di luar pusat penamaan calon, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir memberitahu pemberita, BN yakin merampas kerusi Sungai Limau.

Beliau berharap angin perubahan akan bertiup kencang di kalangan pengundi kawasan itu.

Unit Amal pakai topeng
Unit Amal PAS kali ini lebih bersedia apabila terdapat sebahagian mereka memakai topeng bagi menghadapi gas pemedih mata.

NONEBagaimanapun, terdapat juga gelagat mencuit hati apabila terdapat tiga penyokong wanita Umno termasuk ke dalam kumpulan PAS.

"Kesian, depa sesat, ini kawasan bendera hijau," kata seseorang yang disambut gelak ketawa, sebelum trio itu bergerak ke kumpulan BN.

Anggota Parlimen Cheras daripada DAP Tan Kok Wai berkata, walaupun hilang negeri, rakyat DUN itu perlu menjadi agen semak dan imbang.

"Kita akan memang. Azizan sangat popular di sini," katanya.

Khairy mahu bawa peluang kerja
NONESementara itu, Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewaktu ditemui di khemah calon dalam kawasan pusat penamaan berikrar untuk membawa lebih banyak peluang pekerjaan buat golongan muda di Sungai Limau.

"Kita akan bawa lebih banyak peluang pekerjaan ke sini. Saya amat bersetuju dengan menteri besar bahawa kawasan ini perlu dibangunkan.

"Permintaan saya kepada anak muda di sini, berilah peluang BN jadi waka]il rakyat di sini kerana kita mahu rakyat di sini selari dengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita.

Jenaka pedas Azmin pada Mukhriz
09:25 Suasana di dalam kawasan penamaan calon ceria dan ibarat majlis kenduri apabila rombongan pimpinan Pakatan Rakyat mengunjungi khemah pimpinan BN yang terletak kira-kira 30 meter sahaja di antara satu sama lain.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berbual-bual mesra dengan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua naib presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mahfuz dan Azmin sempat mencuri peluang mengucapkan tahniah kepada Zahid dan Hishammuddin.

NONEAzmin yang kemudian menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sempat mengusik Mukhriz berkenaan keputusan pemilihan naib presiden Umno yang lalu.

Mukhriz memperolehi jumlah undi popular yang lebih tinggi berbanding Hishammuddin namun hanya berjaya memperolehi 91 undi keseluruhan berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammuddin untuk tempat ketiga naib presiden.

"Dulu suruh pakai undi popular tak mahu, sekarangkan dah menyesal," kata Azmin sambil menepuk bahu Mukhriz yang hanya tertawa mendengar usikan tersebut.

Shafie: Ahli PAS boleh undi BN
09:40 Naib Presiden Umno Mohd Shafie Apdal menggesa pengundi memikirkan masa depan mereka dengan serius, terutamanya berhubung pembangunan lemah di kawasan itu selama 23 tahun dimenangi PAS.

"Saya tahu ramai daripada mereka anggota PAS, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh mengundi BN," katanya kepada pemberita.

Beliau menegaskan keperluan memilih calon BN supaya penyelarasan dengan kerajaan negeri dan pusat mudah dan memastikan pembangunan lancar di kawasan itu.

Penyokong BN ketika itu kelihatan membawa kain rentang dan plakad bertulis "Undi untuk transformasi".

09.53 Pegawai SPR Abdul Rashid Othman mengumumkan penamaan calon tamat walaupun masa sebenar masih berbaki 7 minit.

Tiada tanda-tanda calon bebas akan muncul.

NONE10.15 Penamaan calon secara rasmi ditutup. Sah pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Mohd Azam Abd Samat dan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim di Sungai Limau.

Ahmad Sohaimi diumumkan sebagai calon pertama menyerahkan borang pada 9.04 diikuti Mohd Azam pada 9.05 pagi.

Mohd Azam dalam sidang media ringkas selepas penamaan calon ditutup menggesa kerajaan negeri agar tidak meminggirkan penduduk Sungai Limau dalam pembangunan Kedah.

"Kita harap pihak berwajib akan berusaha walaupun kita berada di kawasan luar bandar, tetapi tidak dianaktirikan bagi mendapat wifi percuma," katanya.

10.20 Di pintu pusat penamaan, Mohd Azam mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan mendesak kerajaan negeri tidak mengetepikan penduduk Sungai Limau dalam pembangunan Kedah.

Hadi: Ikut rekod kita menang
10:30 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin PAS mampu mempertahankan kerusi Sungai Limau berdasarkan rekod lampau mereka di kawasan ini.

NONE"Kalau pilihan raya umum boleh menang, Insya-Allah pilihan raya ini juga kita boleh menang," kata Hadi kepada pemberita sewaktu ditemui di khemah calon dalam kawasan pusat penamaan calon.

Penyokong dan pimpinan tertinggi kedua-dua pihak sudah mula meninggalkan pusat penamaan calon.

10:40 Calon PAS yang mengambil kesempatan menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyokong-penyokong PAS di tepi pintu pagar pusat penamaan calon sekali lagi.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada bondanya yang memberi restu kepada beliau untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Muhyiddin: Sukar tapi dapat rampas
10:45 Muhyiddin dalam sidang media selepas tamat penamaan calon mengakui BN bakal melalui laluan sukar kerana Sungai Limau merupakan kawasan kuat PAS.

NONE"Peluang kita untuk menang tidak sebaik PAS," katanya.

Katanya, walaupun pertemuan satu lawan satu baik untuk BN, cabaran yang bakal diberikan parti lawan masih kuat.

"BN dulu kalah di kerusi ini dengan majoriti 2,774 undi, tetapi ia tidak bermakna kita tidak dapat merampas kembali," tegasnya.

Muhyiddin menjangkakan Pakatan akan membangkitkan isu seperti kos hidup, cukai barang dan perkhidmatan dan belanjawan akan datang.

Bagaimanapun, katanya, BN akan menjelaskan perkara itu satu persatu semasa tempoh berkempen.

NONEMuhyiddin juga meminta pembangkang tidak membuat provokasi di kawasan itu bagi mewujudkan suasana kempen yang damai dan tidak agresif.

11.00 Hujan mulai turun renyai-renyai dan orang ramai mula bersurai. Kelihatan pemberita mula menulis laporan - sebahagiannya kecewa kerana talian Internet yang perlahan.

Ketika pemimpin BN dan penyokongnya bersurai, PAS masih sempat mengadakan ceramah mini selama 20 minit.

Calon BN Sungai Limau Akui Sumbangan Azizan, Janji Buat Lebih Baik

Posted: 23 Oct 2013 02:29 AM PDT




YAN: Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim yakin parti itu berupaya memberikan sumbangan yang lebih baik kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sekiranya menang pada pilihan raya kecil kawasan itu 4 November depan.

Sambil mengakui sumbangan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di DUN Sungai Besut, Ahmad Sohaimi bagaimanapun berkata menerusi sistem demokrasi, BN juga berjanji akan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

"Setiap pemimpin mempunyai keistimewaan sendiri, mereka ada jasa dan pengorbanan mereka. Dalam konteks ini kita tak nafikan Tan Sri Azizan mempunyai sumbangan kepada masyarakat di sini.

"Tapi pemimpin silih berganti, jadi dengan kekosongan kerusi ini dan apabila BN berpeluang untuk menawarkan diri melalui sistem demokrasi, kita sebenarnya cuba menawarkan satu keadaan yang lebih baik daripada sebelum itu," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di sini, Rabu.

Selain itu bekas pensyarah kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berjanji untuk untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di DUN Sungai Limau.

"Kalau dikatakan era Tan Sri Azizan sebagai satu era yang baik... maka saya berjanji untuk buat lebih baik daripada beliau.

"Dalam keadaan hari ini apabila Kedah dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir, saya yakin insyaAllah kita boleh mengangkat Sungai Limau menjadi lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara Ahmad Sohaimi menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

'Sudah Terlambat Untuk Menyesal' - Suspek Kes Bunuh Yuk Tim

Posted: 23 Oct 2013 02:28 AM PDT




Suspek kes bunuh Yuk Tim (baju putih).
 
 
PETALING JAYA: "Kenapa anda melakukannya?" tanya para pemberita apabila suspek pembunuh Ng Yuk Tim dibawa masuk ke dalam Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi Rabu.

"Saya tidak tahu...," jawabnya dengan acuh tidak acuh.

Ditanya adakah dia menyesali di atas perbuatan jenayah yang dilakukannya, suspek yang berusia 23 tahun itu berkata, "Sudah terlambat untuk saya menyesal."

Lelaki berkenaan direman polis sehingga 29 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Yuk Tim, 15, yang ditemui mati dan disumbatkan ke dalam beg pakaian pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed yang mengesahkan perkara itu menambah bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dilaporkan bahawa Yuk Tim meninggalkan rumah pada pukul 11 pagi Isnin dan pergi ke rumah suspek di Kampung Cempaka di Kelana Jaya untuk membuat pakaian kostum bagi suatu majlis.

Lelaki itu mengaku cuba untuk merogol budak perempuan itu sebelum memukulnya menggunakan 'dumbbell' dan menyebabkannya mati serta-merta.

Pada awalnya lelaki terbabit mendakwa dia menghantar budak perempuan itu di stesen LRT Kelana Jaya pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Suspek diserahkan ke Balai Polis Petaling Jaya oleh seorang pemerhati jenayah, Kuan Chee Hong yang terlebih dahulu menyiasat suspek.

Kuan diminta oleh ibu mangsa untuk membantunya mencari anak perempuannya yang hilang.
Pemerhati jenayah itu kemudiannya bersetuju untuk bertemu ibu mangsa di sebuah restoran di Kelana Jaya.

Beliau mendapati suspek turut berada bersama ibu mangsa untuk menemuinya.

Ketika mereka sedang berbual, Kuan menyedari terdapat kesan gigitan pada tangan kiri suspek.

Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu menyoal siasat suspek dengan soalan yang bertubi-tubi yang akhirnya membawa kepada pengakuan suspek yang dia cuba merogol mangsa dan apabila mangsa bertindak mengigit tangannya dia telah menghentak kepala mangsa dengan satu objek sekaligus membawa kepada kematian mangsa.

Suspek kemudiannya membawa polis menemui mayat yang dipercayai Yuk Tim, yang disumbat ke dalam beg pakaian dekat Kota Kemuning di Shah Alam pada kira-kira pukul 8.30 malam pada Selasa.

Kos kempen Naib Presiden Umno RM13 juta ?

Posted: 23 Oct 2013 02:18 AM PDT



Oleh AZIZ MUDA


PERBELANJAAN yang dikeluarkan untuk membolehkan seseorang pemimpin Umno memenangi kerusi naib presiden parti itu dianggarkan sehingga RM13 juta, itu pun hanya untuk mendapatkan undi daripada 64 bahagian.

Seorang calon Majlis Tertinggi Umno, Dato' Nur Jazlan Mohamed menjelaskan, anggaran itu dibuat berdasarkan anggaran kos untuk selamat yang dikeluarkan bagi sesebuah kawasan bernilai RM200,000.

Menurut Nur Jazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kiRa Wang Negara (PAC), bagaimanapun, "kos jentera" lebih besar ekoran keputusan menunjukkan bahawa kemenangan di 64 kawasan sahaja tidak cukup untuk selamat di jawatan itu.

Katanya, beliau hanya membuat andaian, tetapi akhirnya nyata sekali calon-calon perlu lebih daripada 64 bahagian, manakala beliau pula kalah kerana kurang berkemampuan dalam jentera berbanding mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

"Mereka (menteri dan timbalannya) boleh pergi ke mana saja untuk berkempen tetapi saya tidak mampu, jentera mahal. Ia bayar wang untuk orang berkempen, bukan bayar untuk undi," katanya.

Mendedahkan perkara itu menerusi media tempatan 21 Oktober lalu, beliau menjelaskan, kos yang dimaksudkan oleh beliau itu bukan membabitkan masalah pembelian undi atau imbuhan untuk undi, tetapi merupakan kos menggerakkan jentera untuk kempen.

Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai, yang tewas dalam menduduki kerusi Majlis Tertinggi pada pemilihan parti itu 20 Oktober lalu turut mengakui, di bawah sistem sekarang sangat sukar bagi orang baru sepertinya untuk menang kerana "kos masuk" tinggi.

Dalam pemilihan tersebut, tiga penyandang untuk jawatan naib presiden, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato' Seri Shafie Apdal dan Dato' Seri Hishammuddin Hussein, yang dilihat disokong Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak, dapat mengekalkan kedudukan.

Sementara itu, seorang calon Ketua Umno Bahagian Serdang, Dato' Mohd Zaidi Md Zain kesal kerana tawaran perubahan kepimpinan yang dibawa oleh beliau dalam Umno bahagian itu "telah dikalahkan dengan tawaran duit dalam sampul oleh pihak lawan pada saat akhir sebelum persidangan bermula".

"Maaf jika saya simpulkan bahawa rasuah politik masih membelenggu kewarasan akal fikiran perwakilan Umno," katanya menerusi akaun Facebooknya pada 19 Oktober lalu.

Manakala bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah pula mengakui kegagalannya mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh pada 19 Oktober lalu kerana tidak mengamalkan politik wang.

Dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan itu, Saifuddin memperolehi 204 undi, berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta Dato' Akbar Abu yang mendapat 188 undi. "Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru.

Saya akur dengan keputusan perwakilan. Saya akur redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun twitternya, Twitter@saifuddinabd pada 20 Oktober lalu.

Bekas Timbalan Ketua Umno Temerloh sejak 2009 itu turut bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno, tetapi hanya lima bahagian sahaja yang memilihnya.

Sang aktor pemimpin isu 'Allah'

Posted: 23 Oct 2013 02:11 AM PDT

 


 
 
ULASAN Bukan mudah merungkaikan satu kerumitan tetapi amat mudah untuk mengusutkan sesuatu yang mudah. Hanya ilmu dan kewarasan akan menentukan garis pemisah antara sentimen dan keilmuan.

Masyarakat kita suka merumitkan perkara yang mudah dan memudahkan perkara yang rumit, apatah lagi media dan kepimpinan politik tidak banyak membantu meredakan keadaan.

Manakala ulama tidak banyak mendidik prinsip yang memahamkan orang awam dan pemerintah dalam suasana hubungan Islam dan bukan Islam yang hidup dalam suasana kepelbagaian hari ini.

Isu kalimah Allah termasuk dalam kategori yang perlu penghuraian yang tuntas dan bernas supaya diadunkan dengan berbagai premis hujahan yang akan mematangkan fahaman kita terhadap sesuatu isu.

Dengan meneliti hujahan para pengkritik dalam isu kalimah Allah kita boleh merumuskan bahawa ia bukan antara yang menyokong dan tidak menyokong.

Jikalau kita menyatakan demikian bahawa ada yang menyokong dan ada yang tidak kita terjebak ke dalam perangkap 'mudah' dalam meneliti sesuatu masalah yang cuba menjelaskan sesuatu prinsip besar dalam Islam.

Dalam memahami isu ini ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk memahami konteks yang diperdebatkan.

Urutan peristiwa dan isu

Ia bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada hujung tahun 2009 secara tepat pada 31 Disember.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya setelah dilarang dan disekat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Keputusan itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan sepanjang tahun 2010 kes ini menguasai media sama ada pro dan kontra.

KDN meneruskan saluran perundangan dengan mengemukakannya ke Mahkamah Rayuan.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja menuntut, antara lain, deklarasi bahawa keputusan menteri dalam negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk "God" bagi seksyen bahasa Malaysia.

Namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan menteri melarang penerbitan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, KDN memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada Julai 2013, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah itu.

Mahkamah Rayuan menolak dan menetapkan pendengaran penuh rayuan pada 10 September lalu.

Keputusan 10 September untuk rayuan penuh ditangguh kepada 13 Oktober 2013. Keputusan rayuan pada 14 Oktober yang lalu menetapkan bahawa The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Momentum & sensasi media


Perkembangan isu dari satu tahap ke satu tahap menggambarkan momentum isu sentiasa mendapat perhatian dan sensasi media.

Ia tidak berakhir dengan keputusan Mahkamah Tinggi tetapi alasan untuk mengemukakan rayuan memberikan impak isu ini seolah merupakan isu keselamatan negara.

Teori Kristianisasi semakin menjadi fokus utama dalam membincangkan isu kalimah Allah apabila permusuhan Kristian-Islam di Malaysia menjadi semakin menajam.

Media membesarkan isu, kononnya ada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian, adanya Gereja Methodist Damansara Utama yang mengadakan majlis memurtadkan orang Islam dan isu ahli Parlimen Lembah Pantai dikontraversikan sebagai menyokong murtad.

Begitu juga dengan ucapan Krismas ketua menteri Pulau Pinang yang disensasikan dan terkini demonstrasi ke atas ahli Parlimen Parit Buntar dan cubaan menghalang usaha dialog antara agama di Gereja Anglican Butterworth.

Perkembangan isu kalimah Allah seolah diperluaskan kepada isu-isu sensitif yang memburukkan hubungan antara agama di negara ini sepanjang negara ini mencapai kemerdekaan.

Perkembangan isu seolah-olah dibentuk momentumnya untuk memberi tekanan kepada penganut Katolik dan membentuk mesej supaya mempertahankan Islam dari konspirasi Kristian di Malaysia.

Emosi iringi keadaan
Suasana sepanjang kes ini dilanggani boleh dikatakan penuh emosi dan sensasi dari keilmuan dan objektiviti.

Media berperanan untuk membentuk sentimen itu dan kenyataan pemimpin dibentuk begitu rupa oleh media untuk memberikan gambaran yang lebih bersifat permusuhan dan kebencian.

Keadaan ini menyebabkan ketegangan hubungan dengan penganut Katolik di mana rumah ibadat menjadi sasaran dan prejudis antara umat beragama semakin menjadi lebih jelas.

Nilai ekstrimisme seolah terbuka luas dengan sikap emosional yang diambil oleh kelompok ekstrim kanan dan kelompok liberal mendapati ianya peluang untuk menegaskan pendiriannya yang selama ini mungkin terpendam dan lebih berhati-hati.

Soalnya apakah sepanjang emosi ini dimainkan kita menggadaikan objektiviti tajuk dan meletakkan negara kita sebagai pertaruhan?

Aktor pelbagai jalur
Setiap isu pasti ada aktornya yang memimpin isu, dalam hal ini media, parti politik dan kelompok masyarakat sivil dan institusi penganut Katolik dan umat Islam.

Para aktor memilih jalur masing-masing untuk memberi makna kepada isu yang diperdebatkan atas apa jua matlamatnya.

Aktor yang mendapat liputan ialah golongan ekstrim kanan seolah-olah mereka mewakili kelompok umat Islam yang menyatakan jalur kerasnya kepada isu kalimah Allah.

Aktor yang memilih jalur pertengahan dengan mengambil cara dialog dan wacana dilabel sebagai jalur liberal yang bersikap lunak kepada 'musuh' Islam.

Pada waktu yang sama kerajaan menunjukkan sikap 'toleransi' dengan membenarkan kemasukan kitab Injil berbahasa Melayu, Alkitab yang tertera kalimah Allah dalamnya.

Sebelumnya pihak kastam menyekat kemasukan hampir 35,000 naskhah di pelabuhan Klang dan Kucing tahun 2011. Agak menarik siapa yang mengkaji sikap kerajaan BN.

Ketika mereka diam dengan tindakan golongan ekstrim kanan, pada waktu yang sama 'berlunak' dengan pihak Katolik kerana pada waktu itu berlangsungnya pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang majoritinya penganut Kristian.

Setelah meneliti isu kalimah Allah dalam perspektif peristiwa dan perkembangannya, kita akan memahami bahawa isu ini secara keseluruhannya bermula dengan perspektif perundangan.

Ia kemudian berkembang kepada mobilasasi masyarakat dan media memberikan nilai-nilai sensasi dan emosi untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Manakala kelakuan toleransi kerajaan BN menampakkan isu ini tidaklah terlalu sensitif apabila kerajaan mempunyai keazaman untuk berunding dengan pihak tertentu yang berkepentingan.

Premis hujahan
Setelah meneliti premis hujahan mereka yang mengikuti perdebatan ini, menjadi tanggungjawab kita untuk menilai dan meletakkan pandangan masing-masing atas neraca ilmu.

Ini kerana tidak semua yang diperkatakan boleh diterima sepertimana tidak semuanya boleh ditolak.

Kita hanya perlu meletakkan apakah kerangka yang membentuk hujahan mereka dan dari sini kita boleh mengatakan pandangan yang lebih berobjektif apabila melihat isu secara menyeluruh.

Saya membahagikan hujahan tentang kalimah Allah oleh kesemua pihak di atas beberapa premis iaitu premis teologi, premis prinsip dan premis perundangan.

(*) DR MUJAHID YUSOF RAWA ialah ahli Parlimen Parit Buntar dan pengerusi Forum Dialog Antara Agama Asia Tenggara.

Mayat remaja perempuan disumbat dalam beg

Posted: 23 Oct 2013 02:08 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di Klang malam tadi.

Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.

Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.- Bernama

Hadi: Tiada tindakan, teguran Husam perkara biasa

Posted: 23 Oct 2013 02:02 AM PDT

 


 
 
PAS tidak akan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa yang mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan PAS Kelantan baru-baru ini.

Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana PAS melihat kritikan Husam itu hanya satu teguran biasa yang turut dibuat oleh orang lain.

Kritikan itu juga tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat dan Lajnah Politik PAS Kelantan, di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat itu membincangkan isu Husam yang mengkritik kerajaan Kelantan berhubung beberapa isu dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN) baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata PAS Pusat juga tidak menerima permohonan PAS Kelantan agar tindakan diambil terhadap Husam.

Dalam persidangan DUN Kelantan pada 8 Oktober lepas, Husam yang juga naib presiden parti dan bekas exco kanan kerajaan Kelantan, membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan, antaranya isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam.

"Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung antara Husam dan kerajaan negeri," katanya.

Husam yang turut hadir pula memberitahu pemberita beliau berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.-Bernama

100 kenderaan, 80 rumah dihanyutkan arus deras

Posted: 23 Oct 2013 02:01 AM PDT

 


 
 
Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya. Bernama

Nazri: Jangan bangkit lagi kes kalimah 'Allah'

Posted: 22 Oct 2013 05:00 PM PDT



Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata golongan Kristian perlu menghormati adat dan tradisi berbeza di semenanjung dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' dan tidak membangkitkan lagi soal keputusan mahkamah.

Katanya, keadaan itu berbeza di Sabah dan Sarawak kerana kalimah 'Allah' telah digunakan oleh penganut Kristian sejak 100 tahun dahulu.

NONE"Ia tidak pernah diamalkan di Semenanjung Malaysia. Sebab itu saya bantah (penggunaan kalimah 'Allah'). Saya tidak peduli apa orang kata.

"Kalau kita risau Kristian di Semenanjung akan demonstrasi (membantah), kita juga perlu risau orang Islam akan buat perkara yang sama.

"Jadi jangan bangkit perkara ini. Bagi (penganut) Kristian dari Sabah dan Sarawak, mereka datang ke sini (Semenanjung) mereka perlu ikut adat dan tradisi (di sini)," katanya.

Begitu juga apabila penduduk Semenanjung pergi ke Sabah dan Sarawak, katanya.

Tambahnya, warga Semenanjung Malaysia perlu menghormati peraturan di negeri tersebut termasuklah menunjukkan pasport untuk memasuki negeri itu kerana perkara itu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di sana.

Nazri yang juga bekas menteri undang-undang berkata tiada dalam enakmen ataun undang-undang di kedua-dua negeri tersebut untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah.

"Negara ini semuanya berkaitan undang-undang, sekiranya tiada undang-undang, kamu boleh lakukan. Tetapi di semenanjung, kamu tidak boleh lakukan. Kita tahu, amalan di sini bahawa (umat) Islam menggunakan Allah itu merujuk kepada tuhan mereka.

"Adalah salah bagi pihak Roman Katolik di sini untuk menggunakan Allah (sebagai Tuhan). Itu tidak betul sama sekali. Bible di semenanjung dalam bahasa Inggeris, tidak pernah dalam bahasa. Amalan di sini (semenanjung), Allah merujuk kepada tuhan bagi orang Islam," katanya.

'Punjabi, Hindu jangan campur'


Nazri berkata beliau turut mendengar rungutan bahawa orang Kristian tidak boleh menyanyikan lagu negeri yang menggunakan perkataan "Allah selamat Sultan".

Beliau yang juga ketua Umno Padang Rengas menyifatkan ia sekadar lagu dan tidak merujuk kepada Allah itu adalah tuhan mereka.

churchOleh itu, katanya, sekiranya kumpulan tersebut menggunakan perkataan "Jesus selamatkan Sultan", ia boleh mengundang kemurkaan baginda.

"Bila kita menggunakan "Allah Selamatkan Sultan" merujuk kepada Sultan sebagai orang Islam. Kalau kamu bukan Islam, orang Johor, kamu mahu menyanyi lagu negeri, itu OK, sebab kamu merujuk kepada Allah selamatkan Sultan.

"Kamu tidak boleh nyanyi, Kuang Ying selamatkan Sultan, Siva selamatkan Sultan, tak bolehlah. Sultan adalah Muslim. Jangan beri alasan.

"Saya beri amaran kepada Sabah dan Sarawak mereka datang ke sini, hormati adat dan tradisi di sini seperti mana kami hormati adat dan sensitiviti di kedua-dua negeri," katanya.

Nazri juga berharap kumpulan selain penganut Kristian - seperti Punjabi atau Hindu - agar tidak masuk campur dalam perkara ini demi menjaga sensitiviti semua pihak, memandangkan isu itu berkaitan orang Islam dan orang Kristian.

Azmin: Saya takutkan Allah, bukan Mahathir

Posted: 22 Oct 2013 04:58 PM PDT



Walaupun kempen akan hanya bermula secara rasmi selepas penamaan calon esok, Pakatan Rakyat semalam telah mula memalu gendang perang untuk mempertahankan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu kuat PAS.

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali (kanan) secara sinis mencabar bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun berkempen di situ selepas anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir ditolak anggota Umno dalam pemilihan Umno yang baru sahaja selesai.

"Kenapa kita perlu pertahan Sungai Limau? Kita mahu bagi mesej jelas kepada BN, Umno dan Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan," katanya Azmin sewaktu berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam.

"Dalam mesyuarat pimpinan Pakatan, saya diminta fokus di Sungai Limau untuk berdepan Mahathir.

NONE"Saya tak takut dengan Mahathir tetapi saya takut dengan Allah. Saya akan lawan Umno dan BN habis-habisan sampai mereka kalah di Sungai Limau.

Katanya, kekalahan Mukhriz dalam pemilihan naib presiden Umno menunjukkan bahawa ahli parti itu sendiri menolaknya, serta Dr Mahathir yang sering membayangi karier politiknya.

"Dah jelas Umno tolak Mukhriz. Jika Umno tolak Mukhriz ini bermakna mereka juga tolak Mahathir.

"Jika begitu kenapa sokong Umno di Sungai Limau?" soal Azmin.

PAS: Politik beza, tapi hidup seperti keluarga

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula merayu agar liputan media yang adil diberikan kepada calon PAS oleh media arus perdana.

Beliau melahirkan rasa gembira apabila saluran RTM turut membuat liputan majlis penamaan calon semalam.

NONE"Kita mahu keadaan yang aman dan harmoni dalam pilihan raya kecil ini.

"Ini adalah warisan yang ditinggalkan Ustaz Azizan (bekas anggota DUN).

"Walaupun secara politiknya PAS dan Umno berbeza, orang-orang di sini hidup seperti keluarga.

"Jadi saya gesa media terutamanya RTM, jangan porak-porandakan kehidupan rakyat di Sg Limau," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin majlis tersebut.

PAS semalam sah menurunkan Ketua Pemuda PAS kawasan Jerai, Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri Sungai Limau, Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencalonan Azam dalam satu majlis di Kampung Sungai Limau Dalam.

Bagaimana Kristian menterjemah 'Tuhan'?

Posted: 22 Oct 2013 04:56 PM PDT

 


 
 
ULASAN Jika dilihat daripada faktor sejarah, penyebaran agama serta penginstitusion Islam dan Kristian jelas berbeza biarpun mempunyai asal usul kebudayaan agama 'Abrahmite'.

Agama Islam disebarkan melalui kesinambungan dakwah dari tanah Arab ke Asia Selatan dan benua Melayu menggunakan teks asal dalam Bahasa Arab. Semua penganut dimestikan belajar bahasa Arab dan mengaji Al-Quran dalam bentuk asal.

Teks serta ajaran juga dikawal oleh institusi setempat seperti istana yang mempunyai kuasa penguatkuasaan dan perundangan.

NONEInstitusi tersebut juga bertanggungjawab dalam penyelarasan teks dan akidah penganut serta penguatkuasaan kawalan.
Namun, penyebaran agama Kristian pula mempunyai asal-usul yang berbeza.

Di Malaysia, agama Kristian disebarkan melalui mubaligh daripada pelbagai mazhab, menggunakan teks dari pelbagai benua. Mereka mengikut tafsiran sendiri.

Agama Kristian, ekoran pemisahan dari kesinambungan kuasa Rom dan kebangkitan pergerakan Protestan telah mengguna pakai sistem liberal dan kebebasan dalam pengolahan teks dalam bahasa dan konteks setempat.

Ia dilakukan tanpa penyeragaman dan tanpa kawalan dan penguatkuasaan. Maka lahirlah pelbagai kemelut pengalihan bahasa serta penggunaan istilah serta perkataan yang mempunyai maksud tersendiri secara organik.

Perkara ini juga terjadi kerana pihak gereja hilang kawalan dan terpaksa bertanding dalam proses dakwah dengan mazhab lain. Mereka mula mencari cara baru melalui exploitasi proses integrasi fahaman setempat.

Sejarah kontroversi di pelbagai tempat

Kemelut politik agama dari sudut pengolahan teks agama Kristian dalam bahasa setempat bukan suatu perkara yang baru. Masalah serta konflik berlaku antara agama, denominasi atau mazhab dalam agama Kristian itu sendiri.

Pada tahun 2008, di India, tercetus kontroversi antara kepimpinan institusi agama Hindu dan Kristian ekoran penerbitan Kitab Injil atau Bible dalam bahasa suku kaum asal.

Illustrasi Bible yang dikenali sebagai "New Community Bible" dinyatakan mengandungi teks serta naratif dari Bhagavad Gita, mantra serta rujukan kepada prinsip Ahimsa Mahatma Ghandi.

Bible tersebut juga mengandungi naratif Jesus sebagai seorang miskin dari India lengkap dengan ilustrasi serban dan tanda dahi atau 'bindi' yang diamalkan masyarakat Hindu.

Bible tersebut diiktiraf oleh kepimpinan tertinggi mazhab Roman Katolik dan dipertahankan sebagai mesej kemanusiaan kepada semua.

Namun pelbagai pihak termasuk Kristian bermazhab Protestant membuat bantahan atas sebab tersasar dari prinsip asal dan menyesatkan umat dari prinsip tersebut.

Perkara yang serupa juga dilaporkan dalam Bible di India yang sering mencetuskan kontroversi mengenai dakwah dan cubaan mengkristiankan orang Hindu secara sistematik dengan exploitasi istilah dan budaya setempat.

Di India juga, penentangan terhadap dakwah Kristian bersifat ganas dan keras. Perkara ini juga bukan kes terpencil.

Seorang pengkaji Korea Sangkeun Kim dalam bukunya berjudul Strange Names of God, The Missionary Translation of Divine Name, menghalusi mengenai kontroversi pengalihan bahasa nama tuhan dalam Bible di India, Jepun dan Peru.

Kim dalam kajian kes beliau mencatatkan kontroversi antara agama Kristian dengan Hindu, Buddha dan agama Orang Asal.

Di Selatan India, penggunaan istilah "Son of Ishvara" sebagai rujukan kepada Yesus Kristus dalam Bible bahasa ehtnik India Selatan mencetuskan kontroversi.

Kepimpinan tertinggi Buddha menyatakan secara terbuka bahawa ada unsur unsur memesong dan menipu masyarakat untuk tujuan dakwah.

Kes tersebut juga membawa masalah fahaman penganut Kristian yang pincang kerana istilah 'Ishvara' yang digunakan di Bible tempatan juga mencetus kekeliruan kerana istilah asal Ishvara juga merangkumi isteri beliau.

Perkara ini membawa salah faham yang serius kerana menyifatkan Yesus sebagai seorang yang mempunyai isteri dan membawa krisis maksud dalam konteks asal di kalangan penganut Kristian.

Perkara sama juga dilaporkan di Jepun, dengan rujukan Bible yang dialih bahasa dan diolah oleh Anjiro, seorang bekas penganut Buddha yang dikatakan mengeksploitasi budaya serta agama asal Jepun untuk tujuan dakwah.

Anjiro dalam proses alih bahasa telah mengambil istilah istilah seperti 'Jodo' yang bermaksud syurga, 'tamashii' untuk maksud roh, 'tennin' untuk maksud malaikat, 'jigoku' untuk maksud neraka dan 'Dainishi' untuk maksud tuhan.

Penggunaan istilah istilah ini yang mempunyai maksud serta rujukan tersendiri dalam bahasa Jepun dalam konteks agama Buddha telah mencetus kontroversi ekoran 'Dainishi' dalam bahasa Jepun bermaksud Matahari Ulung.

Setelah kontroversi tersebut diperdebatkan, istilah 'Dainishi' di tukar kepada ' Daiusu' menurut istilah Latin Deus yang bermaksud tuhan mengikut loghat Jepun.

Selepas kejadian itu, pada tahun 1552, kesemua istilah istilah kontroversi di tukar kepada istilah lain mengikut kerangka baru yang dikenal pasti.

Begitu juga di Peru antara tahun 1588, melibatkan istilah Orang Asli Peru keturunan Quechua.

Setelah tanah orang asli ditakluk dan ditukar agama mereka, pihak mubaligh melihat bahawa Orang Asli Kristian masih mengamalkan agama lama mereka.

Pada masa itu, pihak mubaligh menggunakan istilah Orang Asli seperti 'Dios' dan 'Appo' yang merujuk kepada kepercayaan asal suku kaum Andes ini dan membentuk perkataan baru 'Appodios' .

Perkara ini juga dijelaskan dalam jurnal University Edinburgh berjudul 'The appropriation of Quehua language by the church and the Cristianisation of Peru in early Sixteenth and Seventeenth Centuary'.

Penggunaan istilah Quehua ini dibuat atas andaian bahawa Orang Asli Peru tidak mempunyai kapasiti untuk memahami tuhan baru mereka dan lemah dari struktur semantik, biarpun ia dilaporkan tidak berasas.

Pembanterasan anti-Kristian 1737
Berlainan pula cerita di China dalam isu 'The Chinese Rite Controversy', yang mana mubaligh yang menerima sambutan positif berakhir dengan tentangan hebat dari Maharaja Kangxi yang mengusir semua golongan itu dari China.

Peristiwa itu juga merupakan titik tolak polisi pembanterasan anti-Kristian pada 1737.

Peristiwa di China merupakan satu lagi masalah pengambilan istilah tempatan yang membawa maksud yang bercanggah dengan pemujaan dan kepercayaan nenek moyang.

Pada satu masa, perkembangan istilah istilah ini membawa kepada konflik di mana gereja mula masuk campur untuk menghalang penganutnya melakukan pemujaan fahaman mereka demi melindungi erti kata baru Kristian.

Penggunaan istilah serta campur tangan gereja untuk membetulkan fahaman ekoran dari penggunaan istilah ini telah membawa salah faham sehingga Maharaja Kangxi memutuskan agama Kristian sebagai ajaran sesat Buddha dan Tao.

Kebimbangan pemimpin dan masyarakat Islam dalam perkara penggunaan istilah 'Allah' adalah bertempat, berdasarkan rekod lampau gereja Katolik yang kurang memberangsangkan.

Perkara ini juga dirumitkan lagi setelah pihak Vatican secara langsung membuat intevensi dalam kes ini.

Namun di Malaysia, biarpun penggunaan Istilah 'Allah' oleh pihak gereja mempunyai risiko pengolahan maksud namun ia juga membawa risiko pemesongan agama Kristian itu sendiri.

(*) K SHAN pengerusi Institut Kebangsaan Intergriti Pilihan Raya dan Demokrasi (NIEI) serta aktivis sosial.

MP: Kementerian patut saman 'penaja' K-Pop

Posted: 22 Oct 2013 04:53 PM PDT

 


 

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat yang mungkir janji untuk menaja bayaran RM1.6 juta bagi persembahan K-Pop semasa sambutan Hari Belia 2012.

NONEKatanya, janji mulut seperti itu boleh dikenakan tindakan di mahkamah kerana ia tetap merupakan satu perjanjian.

"Saya harap menteri membawa perkara ini ke mahkamah... atau kita boleh anggap bahawa ia hanya satu alasan untuk menyalah satu syarikat tidak dikenali," katanya.

Beliau juga menuntut menteri belia dan sukan untuk mendedahkan nama syarikat terbabit.

Menterinya Khairy Jamaluddin dalam satu jawapan bertulis di parlimen kepada Pua menyebut bahawa unit pemasaran dan penajaan Hari Belia 2012 pada awalnya menerima pengesahan "lisan" dari syarikat tertentu berhubung bayaran tersebut.

Khairy menjelaskan bahawa kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas syarikat berkenaan yang menarik balik tajaan pada saat akhir kerana ia dibuat atas tanggungjawab sosial syarikat tersebut.

Mahkamah tolak saman pemilik tanah terhadap MB Selangor

Posted: 22 Oct 2013 04:47 PM PDT


mahkamah


SHAH ALAM  : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman difailkan dua pemilik tanah terhadap Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan lima lagi berhubung dakwaan pengambilalihan tanah di Ijok.

Memetik laporan Bernama, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop membuat keputusan itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk membatalkan saman berkenaan.

Beliau membuat keputusan dengan kehadiran peguam B Thangaraj mewakili dua plaintif iaitu LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd serta Penasihat Undang-undang Negeri, Ahmad Fuad Othman mewakili Abdul Khalid juga enam lagi defendan.

Dua pemilik tanah terbabit memfailkan saman itu dengan menamakan Abdul Khalid, Kerajaan Negeri, pengarah Tanah dan Galian negeri, pendaftar hak milik tanah negeri, pentadbir tanah Kuala Selangor dan Perbadanan Menteri Besar sebagai defendan, pada 21 Februari lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan sedar hartanah terbabit diberi hak milik kepada mereka bagi melaksanakan projek bersepadu Revolusi Hijau Bukit Cerakah dan projek pembangunan perniagaan lain.

Mereka memohon perisytiharan bahawa keputusan defendan untuk menuntut tanah itu pada 2011 dan 2012 adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak mempunyai kesan perundangan. -NFN-

MP: Masih takut di Sabah walau ada Esscom

Posted: 22 Oct 2013 04:45 PM PDT

 


 

Penduduk Timur Sabah masih hidup dalam ketakutan walaupun Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) sudah dilancar, dakwa anggota Parlimen BN.

NONEAbdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), walaupun apa yang dikatakan menteri, beliau masih mendengar penduduk sekitar kawasan itu dari Tawau ke Lahad Datu masih berasa tidak selamat.

Menurutnya, Esscom terlalu diwar-warkan tetapi hingga saat ini masih tiada perkembangan yang jelas yang dibuat.

Abdul Ghapur merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim bahawa kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk Esscom.

Shahidan berkata, RM1.08 juta diperuntuk untuk menaik taraf sembilan daripada 36 pos di pantai Timur Sabah.

Manakala RM100 juta lagi untuk pembinaan 830 rumah dan kemudahan sokongan untuk memindahkan penduduk di perkampungan air dan yang terdedah kepada ancaman.

Mangsa Kebakaran Terharu Terima Bantuan ADUN

Posted: 22 Oct 2013 04:40 PM PDT


SAMSUNG


BATU CAVES : Mangsa kebakaran di Kampung Laksamana, dekat sini, melahirkan rasa terharu atas keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari, yang menyalurkan bantuan kepada mereka.

Mangsa, Adiani Abu Akmal, berkata ketika kejadian kebakaran itu berlaku sekitar jam 3 petang, dia dan keluarga tidak berada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin, sebelum dimaklumkan jiran menerusi panggilan telefon.

Beliau berkata, kebakaran itu membabitkan dua buah rumah dan yakin punca kejadian disebabkan kilang besi buruk yang beroperasi berdekatan kawasan perumahan terbabit.

"Saya ada minta ganti rugi daripada kilang berkenaan, namun pengurusannya enggan dan menuduh punca kebakaran disebabkan anak saya, tetapi kami tidak ada di rumah ketika kejadian itu berlaku," katanya pada majlis bantuan daripada Pejabat ADUN Batu Caves yang disampaikan Jawatankuasa Penduduk Zon (JKP) 8, Zuhudi Ahmad, di sini, semalam.

Adiani berkata, kerugian yang ditanggung lebih RM50 ribu dan dia sudah membuat laporan polis bagi proses tuntutan ganti rugi daripada kilang yang tidak mempunyai nama itu.

Amirudin-Shari

Adiani berkata, mereka tidak menerima sebarang bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu.

"Saya juga ada meminta bantuan UMNO Cawangan Kampung Laksamana, namun sangat terkilan dan kecewa keraba permohonan tidak dipedulikan mereka.

"Sehingga kini, saya hanya menerima bantuan ehsan daripada Ketua Kampung dan ADUN Batu Caves. Dengan sumbangan diberikan dapat membantu saya membeli barang keperluan dua anak yang masih bersekolah.

Sementara itu, Amiruddin yang melawat kawasan kebakaran mengucapkan takziah kepada semua mangsa atas musibah yang menimpa dan meminta kilang yang didakwa menjadi punca kebakaran itu disiasat. -NFN-

Kerajaan Selangor sasar 35,000 unit RMM dalam lima tahun

Posted: 22 Oct 2013 04:38 PM PDT


iskandar speech red RMM 02


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka, Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan akan menambah bilangan rumah mampu milik dengan membinanya melalui Housing & Development Board (HDB) atau membeli rumah mampu milik sedia ada dan diletakkan di bawah HDB.

Beliau melalui laman HarakahDaily berkata, peruntukan RM450 juta yang disasarkan membabitkan pembinaan 5,000 hingga 7,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun berkenaan.

"Daripada keseluruhan projek syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri, kita mensasarkan 35,000 unit rumah mampu milik dibina di Selangor dalam tempoh berkenaan.

"Kita tidak jual semua unit berkenaan kerana sebahagiannya akan disewakan kepada rakyat yang tidak mampu membeli rumah," katanya.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada syarikat swasta dengan meletakkan syarat perlu membina rumah mampu milik, pada penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Masalah perumahan ini bukan dari segi harga rumah tetapi pendapatan rakyat yang rendah. Jadi untuk menampung bilangan mereka yang tidak mampu membeli rumah, kita akan wujudkan rumah untuk disewa seperti 'council home'," katanya. -NFN-

Nazri: Kamu lawan saya, saya 'bunuh' kamu

Posted: 22 Oct 2013 04:36 PM PDT

 


 
 
Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan berganjak dalam keputusannya berhubung isu pengambilan tanah dan kerja perobohan sebahagian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di Pudu.

Nazri menegaskan bahawa perbinaan bangunan dan gelanggang bola keranjang di sekolah itu dibuat di atas tanah kerajaan,

Katanya, pihak sekolah boleh bertemu dengan kerajaan dan mengakui kesilapan kerana mengambil tanah yang bukan milik mereka.

Malah, kerajaan juga akan mengambil sikap terbuka sekiranya sekolah tersebut menyatakan hasrat untuk menyewa tanah berkenaan.

NONE"Kami ini waras. Jangan lawan dengan kami. Itu tanah saya (kerajaan). Jangan kamu tanya apa yang perlu saya lakukan.

"Datang jumpa saya, dan kata kami minta maaf. Saya menggunakan tanah kamu dalam tempoh 30 tahun, termasuk kawasan letak kereta... Tak ada masalah.

"Kamu lawan dengan saya, saya lawan balik. Saya bunuh (tewaskan) kamu.

"Saya rampas balik tanah itu. Jangan timbulkan sesuatu yang tidak diingini dengan saya. Itu tanah kerajaan. Itu tanah saya," tegas Nazri dalam sidang media pagi ini.

Masalah boleh dirunding

Dilaporkan kira-kira 300 orang berkumpul pada 24 September lalu bagi membantah hasrat pengambilan tanah dan perobohan sebahagian daripada sekolah itu oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Bagaimanapun perobohan dijadualkan berlaku pada tarikh tersebut ditangguhkan dan mereka mendesak supaya mereka membatalkan hasrat sekiranya jujur.

NONEMengulas lanjut, Nazri berkata walaupun pengambilan tanah oleh pihak sekolah terbabit itu berlaku dalam tempoh yang lama, kerajaan mempunyai "kewarasan dan ia boleh dirunding".

"Kita boleh bincang. Rundinglah. Saya bukannya tidak waras," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada mengajak pihak sekolah berbincang mengenai masalah tersebut, Nazri berkata beliau tidak pernah mengajak mereka untuk berbincang memandang tanah itu adalah tanah kerajaan dan beliau adalah menteri.

Sebaliknya, Nazri yang juga ketua Umno Padang Rengas menegaskan pihak sekolah yang mahu berbincang dengan kerajaan.

"Sekiranya kamu bersedia untuk bertemu dan mengakui kesilapan dan kamu memohon (kepada kerajaan) untuk menyewa tanah, OK, kita duduk dan berbincang.

"Kata 'ya', tidak ada masalah. Lihat, saya seorang yang waras. Saya kata, tulis surat kepada saya, kata 'ya', tiada masalah. Saya waras.

"Jangan lawan dengan saya, itu tanah saya. (Jika tidak), saya hambat kamu keluar," katanya.

'Raja-raja patut bertitah isu kalimah Allah'

Posted: 22 Oct 2013 04:32 PM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Raja-raja Melayu patut bertitah menyatakan pandangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu kalimah 'Allah', kata pakar perlembagaan.

NONEIni kerana, menurut Dr Abdul Aziz Bari (kiri), perkara itu berkait dengan kebebasan asasi seperti kebebasan beragama dan pentadbiran Islam yang tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, kementerian dalam negeri mengenakan larangan penggunaan 'Allah' dalam mingguan Katolik berbahasa Malaysia menggunakan alasan ketenteraman dan keselamatan awam.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kes Mamat Daud pada 1998 di Mahkamah Agung apabila "ketenteraman awam" terpaksa memberi laluan kepada faktor-faktor lain.

"Kerajaan kalah kes itu kerana memasukkan alasan ketenteraman awam untuk mendakwa pihak yang menganjurkan solat berasingan di Terengganu dan isu dua imam ditolak oleh mahkamah tertinggi," katanya.

"Oleh itu, kita perlu mendengar apa yang hendak dititahkan oleh raja-raja berhubung kes The Herald bagi mengetahui pendirian mereka.

NONE"Bawah perlembagaan, mereka ketua agama Islam dan mereka patut menggunakan kuasa mereka. Raja-raja tidak terikat dengan nasihat kerajaan."

Raja-raja Melayu patut bertitah melalui Majlis Raja-Raja Melayu sama ada kesemua sembilan anggotanya mempunyai pandangan yang sama.

"Kita tunggu dan dengar apa Raja-Raja nak titah; tak perlu kita sangsi kemampuan mereka. Kita kena objektif.

"Bila mereka sudah buka mulut nanti, barulah kita buat komen.

"Sekarang elok kita tunggu dan kita kena profesional dan objektif," katanya.

Tiada ulasan: