Tukar Tiub |
- LEBAI AL-MONGOLI MULA BERSABDA
- SELAMAT HARI RAYA HAJI
- BACA SURAH INI DULU
- MAKAN ADALAH UNTUK SEMUA
- TERNOW - IKUTI TWEET TUKAR TIUB
- SAEKOR LAGI NAK JADI FREE LOADER
- AGAMA BANI MELAYU
LEBAI AL-MONGOLI MULA BERSABDA Posted: 14 Oct 2013 06:30 AM PDT Kedaulatan Islam terus jadi keutamaan, kata Najib KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...BILA MAT MONGOL CAKAP HAL ISLAM... kah kah kah.. kah kah kah... VINCENT TAN AKAN BACA TAHLIL... kah kah kah.. kah kah kah... BILA MAT MONGOL CAKAP HAL ISLAM... kah kah kah... kah kah kah...ANAK LIM GOH TONG NAIK HAJI... kah kah kah -------- |
Posted: 14 Oct 2013 04:32 AM PDT |
Posted: 13 Oct 2013 10:00 PM PDT THE EMPIRE OF UNITES STATES of AMERICA The US army has extended its military might to every continent except Antarctica. A Pentagon report in 2007 said there that while thirty-nine countries host only one military base, one hundred and forty countries contain more than one.. According to another report prepared by the Congress, the total number of the overseas bases is eight hundred and fifty. Including the bases within the US, the total number of military bases reaches 5300. ( dipetik dari World Bulletin) Saya telah menulis tentang kekuatan bala tentera Amerika Syarikat. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Amerika Syarikat kini adalah satu Empire yang memiliki koloni atau tanah jajahan diserata pelusuk dunia. Amerika hari ini telah menjadi kuasa dunia yang mutlak. Berakhirnya Perang Dingin – Amerika muncul sebagai satu kuasa dunia – dunia tidak lagi terbagi kepada dua. Hanya satu untuk Amerika. Pada hari ini terdapat 850 pengkalan tentera Amerika di 140 buah negara dalam dunia ini. Jika dicampurkan dengan pengkalan dalam negeri maka hari ini Empire Amerika memiliki 5300 pengkalan tentera – udara, laut dan darat. Waspada, ini belum termasuk pengkalan-pengkalan senjata nuklear yang masih dirahsiakan kedudukannya. Bala tentera ini dipasang berselirat diserata pelusuk dunia hanya dengan satu tujuan. Soldadu dan pengkalan tentera ini akan memastikan kepentingan ekonomi Amerika akan dijaga. Kepentingan ekonomi Amerika TIDAK akan diganggu gugat. Bala tentera ini akan mengawal keselamatan bahan-bahan mentah dari serata dunia untuk masuk ke Amerika. Bala tentera ini akan memastikan telaga minyak, telaga gas dan segala macam lombong logam akan terus beroperasi untuk perjalanan sistem ekonomi kapitalis bukan sahaja di Amerika tetapi untuk seluruh dunia. Tentera dan soldadu ini juga memastikan pelaburan Amerika – bank, syarikat insuran, Koka Kola, Mek Dogal, Kentuki Fried Fak dan juga saham-saham pemodal Amerika di bursa saham diseluruh dunia akan selamat membawa keuntungan. Satu lagi tugas bala tentera Amerika ini – samalah saperti peranan penjajah British di Tanah Melayu dahulu – untuk memastikan ' running dogs atau budak suruhan' mereka akan selamat dari dihumbankan oleh gerakan rakyat. Rejim tempatan yang berkiblat ke Rumah Puteh akan dipupuk dan dibajai. Rejim tempatan amat jarang mendapat sokongan majoriti rakyat saperti rejim Najib Razak yang hanya mendapat 47% sokongan rakyat. Rejim saperti ini akan dibela dan beri kelengkapan senjata terbaru. Pakistan , Kuwait, Turkey, Saudi, Israel, Indonesia, Mesir semua mendapat bantuan senjata dari Amerika. Rejim-rejim ini pula akan memasti kepentingan ekonomi kaum pemodal Amerika dan antarabangsa selamat dikawal rapi. Tanah-tanah jajahan ini akan menjadi sumber galian dan bahan mentah yang amat-amat diperlukan untuk menjana sistem ekonomi kapitalis. Warga di tanah jajahan akan menjadi sumber buruh. Dalam masa yang sama tenaga buruh dan rakyat ditahan jajahan ini juga akan menjadi pasaran dimana barang konsumer buatan Amerika dan syarikat multinasional akan dijual. Justeru kita melihat Giant, Tesco, Apple, Shell, Levis dan dan sedang giat membuat untung dalam negara kita. Dalam Empire Amerika jika ada pemimpin sesebuah negara tidak menunjukkan kesetiaan, atau berani melawan towkay, atau degil tidak mengikut arahan atau menggangu pengaliran keuntungan kaum kapitalis maka Si Polan ini akan dijatuhkan. Patrice Lumumba nasionalis dari Congo dibunuh pada tahun 1961. Pada tahun 1965 CIA melakukan rampasan kuasa di Jakarta dan Bung Karno ditangkap. Pekara yang sama terjadi kepada Salvador Allende dari Chile yang dibunuh pada tahun 1973. Yang berlaku kepada Saddam Hussein dan Muammar Gaddafy hanyalah pengulangan sejarah. Mana-mana negara yang cuba bangun merdeka dan tidak mahu mengikut terlunjuk Amerikas akan diserang. Cuba, Nicaragua, Panama, Afghanistan, Iraq hanyalah contoh-contoh dimana bala tentera dan senjata Amerika telah digunakan untuk mendirikan rejim yang pro-Amerika. Manakala di Syria dan di Iran – projek untuk menjatuhkan rejim sedang berjalan. Empire Amerika sedang berkomplot dengan ' running dogs' mereka saperti negara Saudi dan Qatar dalam usaha mendirikan sebuah kerajaan pro-Amerika di Syria dan di Iran. Semua ini adalah ciri, pola dan perangai sebuah empire – The Empire of United States of America. Inilah lojik Empire. Lojik ini juga telah dilakukan oleh Empire yang terdahulu dari Empire Amerika. Iskandar Zulkarnain telah merentas Eropah , Afrika hingga ke Asia. Iskandar telah menawah Selatan Eropah, Mesir, India, Parsi dan Turkey. Akhirnya Empire Greece ini hancur. Kublai Khan dari Mongolia telah menawan China hingga ke Eropah. Hakikatnya Kublai Khan telah menakloki hampir satengah muka bumi ini. Napoleon dan Hitler juga telah berjaya menaklok satengah wilayah dunia. Ottoman Empire dan British Empire adalah contoh dimana dalam masa kurang lebih 200 tahun empire bangun dan gah berdiri – liked the sun never set on the British Empire. Tetapi sesudah 200 tahun berkuasa semua Empire ini dari zaman Rome ke Ottoman hingga ke Empire British – semuanya wafat. Satu demi satu Empire ini runtuh terkambus dalam sejarah. Hari ini Empire ini telah meninggalkan bahan sejarah, kitab-kitab kuno, artifek-artifek untuk jadi bahan kajian sejarah tamadun dan keilmuan umat manusia. Pemikir dari Amerika hari ini mendabik dada dengan konsep ' American Exceptionalism' – atau Kelainan Amerika. Para pemikir dan intelektual kanan yang menyokong sistem ekonomi kapitalis ini mengajukan satu teori bahawa Empire Amerika ini berlainan dari Empire Kublai Khan, dari Empire Rome, dari Empire Ottoman atau pun dari British Empire. " We are different – kami berlainan dari Empire yang terdahulu". Lalu persoalan timbul: Betulkah Empire Amerika ini lain dari yang terdahulu? Para pemikir Amerika mengajukan kelainan ini berasaskan bahawa sejarah dan negara Amerika lahir dari revolusi angkat senjata. Amerika menyokong dan menyebarkan demokrasi, menyokong kebebasan, menyokong hak individu, menyokong kesamaan dan Amerika ialah sebuah Empire yang popular. Berlandaskan asas ini Empire Amerika pula menyokong dan mengajukan perdaganan bebas - free trade. Inilah asas teori Americam Exceptionalism atau Kelainan Amerika. Jika kita membaca teori ini sepintas lalu, atau membacanya sambil lewa mungkin kita akan mengangguk kepala. Tetapi jika dikaji rapi jelas teori ini samalah saperti hujah: Mencari Prester John - yang hilang di Asia Afrika. Mencari Padri Mat Salleh yang mistik ini dijadikan alasan oleh para penjajah Kulit Puteh untuk menghalalkan mereka masuk ke dalam benua Afrika dan Asia untuk menjarah dan merompak. Atau para kolonialis datang ke Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membawa pencerahan dan tamadun kepada ' orang-orang liar' yang telanjang bogel yang sedang berkeliaran tanpa tamadun. Apa pun tujuan yang cuba dinobatkan. Sama ada untuk mengIslamkan, untuk mengKristiankan, untuk membawa pencerahan, untuk membawa tamadun, untuk menyebar ajaran Tuhan – dibelakang hujah ini ialah mencari harta kekayaan dan keuntungan. Di belakang semua ini semua pendatang asing datang untuk berniaga. Tidak ada perbezaan diantara Empire Iskandar Zulkarnain dengan Empire Kublai Khan dari Mongolia. Tidak ada perbezaan antara Empire British dengan Ottoman dengan Empire Amerika yang kita lihat hari ini. Asas dan ciri-ciri yang sama dapat dilihat dari Istana Nero di Rome ke Istana Baginda Queen hingga ke Rumah Puteh di Washington DC. Semua Empire memiliki persamaan. Tetapi dalam masa yang sama Empire Amerika ini memang ada satu kelainan. Di zaman Iskandar Zulkarnain cara dan teknik perhubung agak sulit. Surat di hantar berbulan-bulan baru dijawab. Bagitu juga di zaman Empire Rome – kesampaian Ceaser ke Iskandariah hanya diketahui di Rome berbulan kemudian. Alfonso de Albuquerque datang menaklok Melaka 6 bulan kemudian satelah mendengar apa yang berlaku keatas Diogo Lopes de Sequeira. Alfonso wajib menunggu perubahan angin untuk kapal perangmya datang berlayar. Hari ini semua ini sepontan. Ketika Barack Hussein Obama membuat kenyataan membatalkan lawatannya ke Kuala Lumpur jam 4: 30 petang. Pada jam 5:00 petang - satengah jam kemudian - blok Tukar Tiub telah melaporkan berita ini untuk bacaan seluruh dunia. Apa yang ingin dilakar disini ialah pada ketika ini teknoloji tercanggih telah membantu Empire Amerika untuk menjajah seluruh dunia. Teknoloji inilah satu kelainan yang amat besar berbanding dengan empire yang terdahulu. Dengan bantuan teknoloji – pemikir terbaik Amerika telah merancang untuk melakukan pekara yang terjahat. Senjata pemusnah alam telah direka. Dalam sejarah dunia tidak pernah ada satu kuasa yang memiliki kekuatan sama saperti yang dimiliki oleh kekuatan tentera Amerika sekarang. Jusateru, lawatan Obama ke Kuala Lumpur itu samalah saperti lawatan Baginda Queen Elizebeth setiap kali adanya Persidangan Komonwealth. Barack Hussein Obama datang ke Bali dengan tujuan untuk menayangkan diri kepada 'budak-budak suruhan' bahawa Empire Amerika akan terus mengambil tahu apa yang sedang berlaku di Asia Tenggra. Dan jangan risau. Saperti Ceaser di Rome yang datang melawat Iskandariah, Barack Obama juga ingin sesekali ingin melihat tanah jajahan dan mengenal siapakah budak suruhan yang sedang bertugas di Kuala Lumpur, di Jakarta atau di Bangkok. Sabenarnya semua ini hanyalah untuk media dalam usaha mengolah persetujuan orang ramai untuk menerima teori Kelainan Amerika ini membawa kemakmoran kepada umat manusia. Empire Rome runtuh, Empire Arab di Sepanyol runtuh, Empire Napoleon runtuh. Empire Baginda Queen juga runtuh. Lalu timbul persoalan – Apakah Empire Amerika ini juga akan runtuh? Sila tunggu minggu hadapan untuk jawapan. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN terbaru sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03- 92-21-10-45 ---------- |
Posted: 13 Oct 2013 09:41 PM PDT PROJEK DAPUR JALANAN PETANG AHAD KELAMRIN lebih dari 100 warga tanpa tempat tinggal datang ke dapur jalanan di jalan panggung JAM 6:00 PETANG makanan percuma mula diberi jam 6:00 sebelum 6:00 petang lagi ramai warga tanpa tempat tinggal telah datang beratur TERIMA KASEH petang kelmarin tim syed shahir bawa nasi goreng tim anak muda dari ampang bawa nasi goreng daging tim kill the bill bawa kuah mee kari pyan habib bawa roti bertelor tim dari melawatio bawa karipap dan cekodok DARI BANGSAR mee rebus dan karip dri jeff dan yati juga buah limau dari minah cun yang malu TERIMA KASEH pada semua yang datang membantu KALAU NAK DERMA MAKANAN dapur jalanan di jalan panggung bermula pada jam 6:00 petang sesiapa yang ingin besedekah makanan sila hubungi lebih awal 012-664-88-73 TERIMA KASEH PADA PENDERMA dapur jalanan telah menerima sumbangan dari ramai hamba allah yang tidak diketahui mereka hanya memasukan duit ke akoun dapur jalanan spkl collective ke bank cimb 14-79-00-00-917-05-1 kepada mereka kami pantunkan ada upeh ada ragi kalau boleh nak lagi kah kah kah |
TERNOW - IKUTI TWEET TUKAR TIUB Posted: 13 Oct 2013 09:18 PM PDT |
SAEKOR LAGI NAK JADI FREE LOADER Posted: 13 Oct 2013 07:56 PM PDT DARI FACE BOOK ketika mencemar duli untuk merasmikan majlis Asean Golden Phoenix Award 2013 (Anugerah Tokoh Tokoh Korparat & Usahawan terkemuka peringkat negara negara asia yang dihadhiri wartawan wartawan media dalam negara dan luar negara negara asia) bertempat di Putrajaya International Convention Centre YA AMPOOOON YA MAULANA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... YA AMPOOON.... kah kah kah.. kah kah kah..NAMPAK SANGAT RAJA INI KARUT MARUT.... kah kah kah.. kah kah kah..NI SAEKOR LAGI NAK JADI FREE LOADER... kah kah kah.. kah kah kah...TAPI YANG INI OK... kah kah kah.. kah kah kah... NAK JADI RAJA JADI LAAH.,.. TAK HAL... kah kah kah.. kah kah kah.... DIA CARI MAKAN SENDIRI... JUAL MEE REBUS... kah kah kah.. kah kah kah...RAJA MACAM INI YANG KITA MAHU.... kah kah kah.. kah kah...CARI MAKAN SENDIRI... BUKAN JADI FREE LOADER... kah kah KAH KAH KAH mencemar duli kepala bana apa |
Posted: 13 Oct 2013 07:36 PM PDT AGAMA COOL Di indonesia ada satu agama baru.....namanya church of satan.....konsep nya sama seperti kristien....tapi opposite...yang berbeza hanyalah roti dan darah rohul kudusnya kalau di persembahkan....kristien....roti dengan wine/air anggur....lambang tubuh dan darah nabi isa mati disalib......church of satan tidak menyembah satan tapi mengutuk nabi isa.......sabar....bacalah lagi..... bila persembahan jamuan suci gereja satan ini berlangsung...tahu apa hidangan nya.......daging bayi dan darah bayi yang mati keguguran.......tahu tak...di indonesia...di kawasan mana kes penguguran bayi yang mencatatkan angka tertinggi seluruh indonesia............PULAU SEWELASI UTARA.....OPPPSS .....SILAP...MAAPPP....PULAU SULAWESI UTARA.......HEHhebehehe...benaran dong bukan dusta.......eh eh...rupanya supply janin ke kerajaan satan orang sewelasi ni ruponyerrr iyerrrr......baru tahuuuuuuu....... on SATU PENCERAHAN DARI PEMBACA DDKB on 10/13/13 Org melayu india cina, kalo sebut nama Allah saja sudah cukup untuk membodohkan mereka. Dulu gua ingat melayu jer jadi bodoh piang bila sebut nama Allah ni. La ni tetiba india dgn cina pun sama. Harga minyak naik, ketentuan Allah! Taik palat dia la... kat pejabat2 dan ofis gomen, ketua2 jabatan dan manager2 sumer sibuk memeras tenaga dan membuli pekerja2 bawahan dgn menggunakan nama Allah ini.. asal silap cakap dan apa2 tenaga pekerja bawahan diperlukan, mulalah dia masuk jarum dgn bismillah dan apa toya lagi.. padahal pekerja bawahan dah tahu yg mamat pengurus ni hanyalah mandor balaci cukong yg dihantar untuk memeras tenaga pekerja dgn upah paling minimum bagi memaksimakan untung cukong dan perasuah menteri.. Ada kes gua jumpa, cukong sendiri yg memesan supaya mandor2 menggunakan nama Allah semaksima mungkin jika pekerja bawahan melawan atau menyusahkan kerja2 mandor dan mengganggu keuntungan maksima yang dinikmati mandor dan cukong sendiri!!! Demi Tuhan, gua terkejut beruk bilamana on SHAHRIZAT LEMBU DENGAN LEMBUNYA Anonymous on 10/13/13 24 Nabi adalah dari keturunan Yahudi, cuma Nabi Muhamad dari keturunan Arab. Kenapa Tuhan memilih Nabi dari kalangan orang Yahudi aje? Kan Dunia ini setidak-tidaknya lebih dari 6 bilion orang terdiri daripada orang Cina, India, Indonesia dan orang Afrika dan ramai lagi dari orang asal yang berselerak di seantero planet ini, tidakkah terlintas Tuhan mahu melatik Nabi dari kalangan ini bagi mewakili umat sejagat. Pada peringkat sekular pula lihat PBB ada lima negara mewakili Majlis Keselamatan(MK) dari Cina, AS, Rusia, Peranchis dan Jerman, tiada wakil dari India atau Dunia Arab, Afrika atau Latin Amerika, pun MK tidak mewakili semua negara atau manusia sejagat. Jadi pada peringkat agama pun tiada Nabi yang mewakili semua bangsa dunia, macam dah ada perancangan yang Tuhan tu memilih-milih Nabi dari bangsa tertentu saja untuk mewakili semua bangas di dunia. Adilkah ni? Atau kita tak boleh menyoal perkara ini kerana Allah itu maha mengetahui dan Allah itu lebih memaafkan. on KURSUS TIDAK ILMIAH Anonymous on 10/13/13 |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan