Isnin, 14 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO] Baling Mikrofon Kerana Bengang Ditolak Pencalonan

Posted: 14 Oct 2013 07:47 AM PDT


KELAB GREENBOC


Insiden baling mikrofon Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati. Gara-gara pencalonan ditolak empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh naik angin.

Kekecohan itu bermula ketika mesyuarat sedang berlangsung dan seorang wakil Wanita bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati kerana senarai 21 calon ahli jawatankuasa Wanita Umno bahagian ditolak pada hari penyerahan pencalonan.

Mereka menganggap pemimpin Wanita Umno bahagian keterlaluan kerana menolak pencalonan itu walaupun diserah pada jam 5.01 petang pada 21 September lalu.

Berikutan itu, seorang daripada mereka merampas mikrofon dan terus melemparkannya ke lantai sebelum mereka dipujuk seorang pemimpin Wanita supaya bersabar kerana keputusan penolak permohonan pencalonan itu diputuskan peringkat Umno Pusat.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda untuk memberi laluan kepada Ketua Wanita Umno bahagian itu, Datuk Wan Hazani Mohd Noor, yang menang tanpa bertanding jawatan berkenaan berucap dan menjelaskan perlembagaan Umno yang menetapkan cara baru pemilihan pemimpin tahun ini.

Perwakilan terlibat, Rohaya Abdul Gani mengakui membuat bantahan begitu kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan Wanita Umno bahagian berkenaan.

Menurutnya, walaupun menyerahkan borang pencalonan itu lewat tetapi ia seharusnya diterima untuk menunjukkan amalan demokrasi dalam parti.

"Saya tidak setuju dengan penolakan itu kerana kita mahu ada pertandingan secara sihat bagi masa depan Melayu dalam Umno," katanya.

Sumber juga cuba mendapatkan maklum balas daripada perwakilan yang melemparkan mikrofon itu namun, beliau enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abd Aziz, yang tampil memberi penjelasan itu kepada pemberita berkata, perkara itu sepatutnya tidak timbul lagi kerana borang pencalonan mereka ditolak sendiri di peringkat Pusat.

Beliau mengakui pada mulanya kumpulan seramai 21 orang, termasuk calon pencabar Ketua Wanita Umno bahagian, Siti Khadijah Mohd Noor menyerah borang pencalonan serentak pada jam 5.01 petang selepas ditutup jam 5 petang.

"Ketika menerima borang pencalonan mereka, kita sudah mengadakan mesyuarat membincangkan perkara terbabit dan semuanya memutuskan borang itu terpaksa ditolak kerana melebihi masa. Tetapi kita mengambil borang mereka untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Kelantan.

"Selepas itu, borang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, tetapi sebelum keputusan penolakan itu dibuat, Siti Khadijah membuat permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno," katanya.

Katanya, perwakilan Wanita Umno yang masih membangkitkan perkara itu perlu faham perkara sebenarnya dan surat mengenai penolakan mereka juga sudah diterima Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, Tajol Rosli Mohd Ghani.


LIHAT VIDEO DI SINI

Budaya Samseng UMNO Terbukti: Petugas Umno Bhgn Kota Raja Dipukul

Posted: 14 Oct 2013 07:43 AM PDT

KELAB GREENBOC
 
 
Shah Alam - Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.

Menurut mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.

"Bila saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.

"Selepas itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian muka, badan serta menendang saya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.

Mangsa sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33, Shah Alam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang lain. -SH

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Betapa dinafikan sekalipun, yang busuk itu akan tetap berbau juga. Samseng UMNO akan terus menyerlah, satu demi satu.

Mana pemikiran progresif Khairy?

Posted: 14 Oct 2013 07:35 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dakwaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kejayaannya mempertahankan jawatan membuktikan pemikiran progresif berjaya mengatasi kuasa konservatif di dalam parti itu dipersoalkan seorang pemimpin muda PKR.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bertanyakan pendirian Khairy ketika isu-isu sensitif dan perkauman dihangatkan oleh para pemimpin Umno.

"Ketika Zahid Hamidi memainkan sentimen kaum ketika berbicara mengenai jenayah dan gangsterisme, dan menyokong dasar tembak untuk membunuh bagi polis, mengapa Khairy tidak mengkritik Zahid?

"Apabila calon Naib Presiden Umno dan pengganti Khairy sebagai Pengerusi PUNB Ali Rustam membuat kenyataan perkauman terhadap masyarakat Cina, di manakah Khairy?" soal Nik Nazmi.

Menurut beliau, percubaan Khairy untuk memaparkan imej yang lebih terbuka dan sederhana hanya timbul selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Namun ramai rakyat Malaysia, ujar Nik Nazmi  masih mengingati sikap dan pendirian Khairy ketika menjawat Naib Ketua Pemuda Umno dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi.

"Beliau (Khairy) terlibat di dalam skandal ECM Libra, dan bukan sekadar mempertahankan nada perkauman Umno ketika itu, tetapi terbabit di dalam insiden menghunus keris Pemuda Umno.

"Jelas sekali, kemenangan Khairy tidak melambangkan kemenangan pemikiran progresif dalam Umno," tegas Nik Nazmi.

Tayangan Tanda Putera hina pelanggan MAS

Posted: 14 Oct 2013 07:32 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: DAP mengecam Malaysian Airlines (MAS) kerana mengadakan tayangan khas 'Tanda Putera' bagi menyambut ulang tahun ke-41 sebagai satu 'hadiah istimewa' buat pekerja MAS.

"Apa jenis motivasi yang dapat dijadikan sumber inspirasi daripada filem yang begitu tidak popular dan diragui ini buat para pekerja MAS demi menjangkau prestasi yang lebih baik, terutamanya untuk merubah kerugian-kerugian besarnya selama ini?" tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, pengumuman Pengarah Urusan MAS mengenai tayangan khas 'Tanda Putera' bersempena sambutan ulang tahun ke-41 MAS menghina pelanggan MAS yang tersinggung dengan penipuan yang bukan sahaja salah dari segi sejarah malah merupakan penghinaan yang berbaur perkauman.

Malah, ujar beliau pihak 'Tanda Putera' sendiri telah mengaku bahawa ia berbohong dengan alasan lemah kononnya menggunakan lesen kreatif untuk membikin wayang gambar.

Sebagai contoh, kata Lim penerbit 'Tanda Putera' telah mengakui kesilapan yang mereka lakukan apabila menuduh kononnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang telah membuang air kecil pada tiang bendera dalam satu perkongsian Facebook tahun lalu.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, di Facebook, 'Tanda Putera' malah telah memohon maaf kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang yang dimalukan akibat daripada pembohongan sedemikian.

"Utusan Malaysia juga telah meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan saya kerana membuat pembohongan yang serupa," katanya lagi.

Tambahnya, tindakan MAS meraikan ulang tahun ke 41-nya dengan menayangkan 'Tanda Putera' sebagai 'hadiah istimewa' kepada kakitangannya adalah satu tindakan penafian terhadap krisis kewangannya yang begitu buruk, dengan hutang yang membukit dan simpanan tunai yang kian berkurang.

"Bagaimana mungkin Tanda Putera dapat menjadi sumber motivasi kepada kakitangan MAS pada hal filem tersebut adalah penuh penipuan?" tanya beliau.

Tambah Lim lagi, tidak hairanlah kenapa CIMB Research meletakkan penilaian prestasi rendah terhadap saham MAS.

"Atau adakah MAS kini begitu terdesak untuk bergantung kepada penipuan 'Tanda Putera' untuk mengelirukan orang awam dan dirinya sendiri bahawa MAS masih menjana keuntungan?" katanya.

Baginya, rakyat tidak akan mudah tertipu dan orang awam boleh membanding prestasi buruk MAS walaupun begitu banyak dana awam telah dilaburkan, berbanding dengan Air Asia Bhd.

Menurutnya lagi, meskipun tidak menerima satu sen dana awam, Air Asia begitu konsisten memperlihatkan prestasi cemerlang berbanding MAS dengan tambang yang lebih murah dan kini lebih hebat dari MAS dalam hal permodalan pasaran, pesawat dan harga saham.

Beliau menegaskan, rakyat berhak mempersoal nilai wang bagi RM19 bilion yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1998 bagi memastikan MAS boleh membayar hutang-hutangnya, termasuk menjamin pinjaman MAS berjumlah RM12.3 bilion.

Menurut Lim lagi, 'Tanda Putera' dipenuhi kontroversi politik memandangkan ia diniatkan sebagai senjata ketakutan bagi membantu BN memenangi undi orang Melayu.

Justeru, ujarnya dengan menayangkan sebuah filem politik yang dipenuhi penipuan sebagai hadiah istimewa buat kakitangan MAS menyambut ulang tahun ke-41, MAS memberi isyarat yang salah bahawa ia sebenar-benarnya telah kehilangan arah.

"Jelas sekali MAS tidak tahu bagaimana untuk mengurus pemulihan korporat ini supaya dapat menjana keuntungan, tetapi sebaliknya bergantung kepada penipuan dan mencampur aduk politik dan bisnes demi menyelamatkan dirinya dengan mendapatkan lebih banyak bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.

PKPS buka ladang sawit 335 hektar

Posted: 14 Oct 2013 07:25 AM PDT


Ladang PKPS


SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangopr (PKPS) membuka ladang penanaman sawit seluas 335 hektar yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini.

Ladang PKPS Jelutong Jati ini diusahakan selepas Kerajaan Negeri mewartakan tanah Hutan Simpan Sungai Karang pada Mei tahun 2012 dengan pajakan untuk tempoh 21 tahun.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Ali Ahmad, meskipun pada awal projek ini mendapat bantahan daripada beberapa NGO alam sekitar memandangkan ianya melibatkan hutan simpan, sebenarnya tanah seluas 10,700 ekar telah dikhususkan untuk Hutan Perhilitan di kawasan berhampiran.

Selain itu, pihak NGO turut membantah kawasan ini yang dikhuatiri mudah terbakar.

"Polisi PKPS kita mengurus air, bukan mengalirkan air. Setiap satu pokok sawit memerlukan 90 liter air sehari. Tidak munasabah kita keringkan semua air. Kita menumpukan kepada untuk menyimpan air.

"Kita mempunyai parit-parit dan kunci air. Di sini kita mempunyai kunci air di Jalang menghala Sungai Besar yang akan mengawal paras air. Kita akan pastikan pasras air tidak rendah. Kita akan kawal menggunakan culvart jalan kerajaan," katanya pada sesi penerangan.

Sebagai usaha mendepani kejadian kebakaran, PKPS menubuhkan dua PKPS Rapid Fire Team yang mendapat latihan daripada jabatan bomba selain menempatkan pekerja di ladang sawit.

Selain itu, PKPS berhasrat untuk membina sebuah kilang sawit di kawasan sama berkapasiti 30 tan per jam pada tahun 2014 dan mula beroperasi pada tahun 2016.

Turut dimaklumkan PKPS bercadang membina reban ayam di Ulu Tinggi dan rumah sembelihan di Rawang.

Menurutnya lagi, jika usaha ini berjaya dilaksanakan, pekebun kecil dan penduduk sekitar daerah Sabak Bernam bakal memperoleh manfaat peluang pekerjaan.

Perlukah Tantawi DiTentang ?

Posted: 14 Oct 2013 07:23 AM PDT



Oleh WFAUZDIN NS


ADA suara-suara mahu agar Ketua Dewan Pemuda PAS dicabar di dalam Muktamar PAS akan datang.  Ertinya, ada yang tidak berpuas hati dengan peranan Us Nasruddin Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.  Mengapa?

Aku hanya dapat rasakan satu saja sebab mengapa Us Nasruddin perlu ditentang pada fikiran mereka.  Sebabnya beliau dilihat kurang agresif atau tidak bersifat radikal yang sepatutnya ada pada seorang Ketua yang memimpin orang muda apatah lagi yang memperjuangkan dasar Islam. Beliau tidak seperti pemuda di era Mahfuz Omar atau sekurang-kurangnya menyamai pemuda di zaman Salahuddin Ayub.  Us Nasruddin lebih dilihat seperti Ketua Dewan Ulamak, dan memang pun diakui beliau salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai Ulamak.
Salahkah Ulamak muda memimpin orang muda?  Jawapannya tentu baik sekali anak muda dipimpin oleh Ulamak kerana sesiapa sahaja yang berdamping dengan Ulamak tentu akan mendapat faedah dan manafaatnya.  Kepimpinan Ulamak memang baik, tetapi Ulamak yang hebat adalah Ulamak yang menanamkan sifat berani kepada para pengikutnya.  Apabila mendengar sahaja ada sekumpulan manusia yang ingin bangkit menentang kemungkaran mahuoun kezaliman, Ulamak yang memimpin pemuda haruslah menyahut panggilan ini dan berada di saf hadapan.  Mungkin inilah yang mereka rasakan tiada pada Us Nasruddin Tantawi.  
Sehubungan itu, mereka beranggapan Ketua Dewan Pemuda PAS perlu diganti.  Siapakah yang layak memikul tugas ini ?  Apakah memadai Ketua Dewan Pemuda PAS ini hanya tahu berdemo atau memberontak sahaja?  Rasanya jika begitu, PAS tidak perlu tukar Us Nasruddin Tantawi, cumanya Us Nasruddin perlu tukar stail sahaja.  Yang lain, semuanya dah cukup pada beliau.
http://wfauzdin.blogspot.com

Stor cenderamata litar Sepang dipecah masuk

Posted: 14 Oct 2013 07:18 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Stor barangan cenderamata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) didapati dipecah masuk awal hari ini selepas kakitangannya menyedari ada kesan kerosakan pada stor itu pada kira-kira 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada kakitangan SIC berhubung kejadian itu, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Katanya, antara barangan yang dilaporkan hilang ialah sebuah peti besi yang menyimpan hasil jualan cenderamata semasa perlumbaan Grand Prix Malaysia semalam dan sebuah laptop.

 "Buat masa ini tiada tangkapan dibuat dan kerugian dianggarkan sekitar RM300,000," katanya ketika dihubungi di sini.

 Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, beliau dimaklumkan kakitangannya mengenai kejadian itu awal pagi tadi, dan polis sedang menyiasat. – Bernama,

Najib perlu bertindak cepat jika beliau seorang yang bertanggungjawab

Posted: 14 Oct 2013 07:05 AM PDT





Oleh Aspan Alias


Tidak dapat saya berhenti untuk menulis tentang isu perubahan yang sering di janjikan oleh UMNO dan Najib serta Muhyiddinnya. Pemimpin-pemimpin utama UMNO khususnya Najib, begitu fasih dan lancar menyebut istilah perubahan dan menyanyikan lagu transformasi dan sebagainya. 

Fasih dan lancarnya menyebut tentang perjuangan, perubahan dan transformasi itu sefasih seorang tok lebai membaca ayat Yassin dan Al-fatihah. Lunaknya nyanyian mereka sama seperti Datuk SM Salim menyanyikan lagu Pasir Roboh dan Sharifah Aini menyanyikan lagu Bunga Tanjung.

Tetapi, mana dia perubahannya? Sampai ke hari ini tidak ada perubahan dan tidak nampak kesan dari janji-janji dan nyanyian lunak Najib dan barisan pimpinannya. Rupa-rupanya selama ini Najib dan barisan kepimpinan UMNO hanya menyanyikan lagu-lagu sahaja tanpa menghayati apa yang terkandung di dalam barisan lirik-lirik lagu yang penuh dengan makna dan nilai kata-kata dalam lagu-lagu tersebut.

Mereka hanya tahu menyanyikan lagu UMNO sahaja, dan mereka terus bersatu seperti kehendak lirik lagu itu. Mereka bersatu dan berganding bahu seperti yang terkandung dalam lagu itu. Mereka terus bersatu tetapi hanya semasa menyanyikan lagu itu sahaja. Selepas itu mereka berpecah dan galakan untuk perpecahan itu dilakukan oleh pemimpin besar dan 'Warlords-Warlords' dalam UMNO itu sendiri.

Sesungguhnya perubahan yang perlu dilakukan itu melibatkan pucuk pimpinan sendiri. Ini ialah kerana kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam UMNO itu adalah kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan itu sendiri dan jika tidak dilakukan perubahan diperingkat kepimpinan itu, maka tiadalah perubahan akan berlaku dan terlaksana. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan itu dilakukan terhadap UMNO sendiri dan yang lebih besar ialah kesalahan terhadap rakyat dan negara.

Ramai yang tidak menyedari yang pimpinan UMNO sejak dua dekad dahulu telah melakukan berbagai kesalahan terhadap parti pimpinan mereka sendiri dan yang lebih menyedihkan lagi telah melakukan kesalahan terhadap rakyat keseluruhannya. Kekurangan semangat kenegaraan dan mungkin kekuatan dalaman mereka sebagai manusia yang bertuhan, mereka telah melakukan jenayah moral terhadap negara keseluruhannya. Serendah-rendah orang yang beragama seperti diri saya ini, mereka tidak sepatutnya melakukan apa yang telah mereka lakukan.

Mereka tidak sepatutnya merelakan rasuah bermaharajalela kerana hakikatnya jika berlaku tindakan rasuah maka segala keputusan penting untuk rakyat dan negara tidak akan dapat dilakukan dengan baik dan adil. Ini adalah kerana kepentingan peribadi mereka yang berkuasa akan di selitkan sekali dalam apa-apa keputusan yang dibuat mereka.

Kita tidak tahu kenapa pemimpin tidak menerima hakikat bahawa rasuah itu merupakan kerja yang paling kotor kerana ia tidak kurang kotornya dari penjenayah rompakan dan sodomi, serta salah laku yang lain yang sangat besar bahananya terhadap sesebuah negara, apatah lagi negara yang mempunyai kepentingan Islam yang besar ini.

Sebenarnya apabila seseorang pemimpin lemah di berikan tempat utama maka pemimpin-pemimpin seperti ini akan menumpukan usaha untuk memperkuatkan diri mereka sendiri, maka segala tindakannya akan berkait dengan keuntungan untuk dirinya sendiri.

Apabila ini berlaku maka unsur-unsur negatif seperti rasuah dan salah guna kuasa akan bertambah nyata kerana keputusan yag dibuat mereka itu tidak tepat kerana kepentingan diri mereka itu.

Itu sebabnya orang yang paling sesuai untuk menjadi pemimpin utama negara ialah orang yang cukup serba serbi kehidupan dan di tambah pula dengan manusia yang mempunyai nilai kepimpinan yang baik tanpa rasuah dan tanpa niat untuk menjadi kaya raya di samping menjadi pemimpin utama negara.

Hasil keadaan ini sedang kita lihat sekarang dan unsur-unsur yang di sebutkan tadi menjadi budaya dan di anggap halal oleh pimpinan UMNO. Sekarang rakyat tidak lagi mempercayai apa pemimpin katakan dan rakyat juga tahu yang negara kita sedang tenat dalam segi kewangan. Negara yang dianugerah Tuhan dengan segala kekayaan sudah hampir muflis malahan dari segi teknikalnya bagi setengah pihak sudah pun bankrap.

Najib mungkin boleh bertahan semata-mata kerana beliau memimpin UMNO, tetapi apa faedahnya kuat dalam UMNO sedangkan beliau tidak dipandang tinggi oleh masyarakat, bukan sahaja masyarakat tempatan malahan oleh masyarakat antarabangsa. Malah dalam banyak hal negara kita dan pemimpinnya sekali menjadi bahan lawak dan jenaka yang tertinggi.

Begitu hebat publisiti yang di perbesarkan oleh media massa milik kerajaan yang memuji perubahan dan transformasi dalam UMNO, tetapi tidak pula ada transformasinya. Wanita UMNO misalnya masih diketuai oleh mak cik Shahrizat dan ini menjelaskan hakikat, lagi kontroversi seorang pemimpin itu lagi kuat kedudukannya.

Lagi tidak bermoral seseorang pemimpin itu, lagi tinggi pangkat dan kedudukan yang mereka perolehi, seolah-olah UMNO berlumba-lumba mencari pemimpin yang tidak semenggah menjadi pemimpin mereka. Lagi ramai yang tidak mempunyai apa-apa moralnya lagi ramai yang mendapat gelaran dari Datuk kepada Tun dan sebagainya.

Lagi rendah martabat, nilai dan moral mereka, lagi hebat kedudukan sosial mereka. Bagi mereka yang bermoral dan baik, tidak ada apa-apa 'incentive' untuk terus menjadi manusia baik kerana masyarakat dan pimpinan menghormati mereka yang kurang dan rendah moralnya kerana negara disarati oleh mereka yang kian hari kian merudum moralnya.

Akhirnya inilah yang kita warisi dari pemimpin-pemimpin seperti ini dan saya berani mengulangai jika pimpinan hari ini masih tidak mahu mengakui hakikat yang mereka tidak berkelayakan untuk memimpin, selagi itulah kehancuran kepada negara dan segala sistem demokrasi yang masih ada sedikit sebanyak lagi akan terhapus dan negara akan kucar kacir.

Najib bertanggungjawab untuk melakukan perubahan ini agar beliau tidak di umpat keji oleh rakyat dan generasi yang akan datang terutamnya semasa beliau sudah tidak berada di dunia ini lagi. Kerja meribaha ini adalah tanggungjawab beliau. Ia susah untuk di ubah oleh pihak yang membangkang kerana entahkan bila pembangkang mampu untuk menjerat hati rakyat untuk memberikan mereka mandat memerintah negara.

Mereka masih lagi terkial-kial untuk mendapatkan kepercayaan rakyat, buka oleh kerana siapa, tetapi oleh kerana sikap dan niat mereka sendiri yang dipersoalkan ramai. Suara-suara dalam PAS untuk mengkaji kembali kedudukan partinya dalam gabungan pembangkang itu merupakan pandangan dan suara yang sangat luhur dan jujur. tetapi jika parti itu masih mahu memikul beban yang tidak sepatutnya mereka pikul maka PAS bolehlah terus mengikat perhubungan dengan parti-parti lain dalam gugusan pembangkang itu. This is a free country.

Saya menulis ini bukan untuk apa, hanya sekadar untuk meletakkan rekod secara bertulis kerana suatu hari yang tidak berapa lama lagi apa yang saya catatkan ini akan diakui benar oleh semua pihak. Jika saya sudah tiada lagi di dunia ini, dan apa yang saya catatkan hari ini terbukti benar, jika ikhlas dihati hadiahkan saya dengan bacaan surah Al-fatihah sahaja.

Itu sudah mencukupi untuk menenangkan roh saya dialam baqa' nanti. Insyaallah.

Kristian Sarawak tetap guna kalimah Allah dalam Injil, penerbitan gereja

Posted: 14 Oct 2013 06:59 AM PDT

OLEH DESMOND DAVIDSON
























Penganut Kristian Sarawak tetap dengan pendirian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu daninjil bahasa tempatan serta dalam penerbitan gereja walaupun Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan sebaliknya, kata Menteri Pembangunan Tanah negeri Tan Sri Dr James Masing.

Masing menyifatkan keputusan penghakiman tersebut sebagai "tidak asli" kerana asas penggunaan kalimah Allah wujud sebelum kedatangan Islam, serta menegaskan keputusan mahkamah itu akan memberi kesan negatif kepada bukan Muslim bukan hanya di Sabah dan Sarawak.

"Kami (Kristian di Sabah dan Saraawak) telah menggunakan kalimah Allah sejak 100 tahun dahulu. Kenapa tiba-tiba kami tidak boleh gunakannya?

 "Adakah mereka (Muslim) mempunyai mimpi mengatakan penganut Krisitian tidak boleh menggunakan kalimah Allah?" soal beliau.

"Rakan-rakan Muslim kami (di Sabah dan Sarawak) tidak pertikai kami gunakannya," katanya.

Masing juga mengingatkan penganut Kristian di Sarawak bahawa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada masa lalu telah menekankan isu tersebut dan memberi jaminan tidak akan menghalang mereka daripada menggunakan kalimah suci itu.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian melahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu, namun menegaskan pihak gereja dan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan terus menggunakan kalimah Allah.

"Saya terkejut dengan keputusan itu.

"Kami telah memberi fakta jelas kami telah dijanjikan dengan jaminan oleh nenek moyang dimana Sabah dan Sarawak membantu membentuk Malaysia.

"Keputusan ini bertentangan dengan hak asasi yang telah dijanjikan. Keputusan ini sangat jelas bertentangan dengan perjanjian itu (Malaysia)," ujarnya.

Baru, yang selama sedekad pernah memimpin Gereja Evangelical Kuching selama sebelum menceburi politik, menegaskan keputusan tersebut bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan individu untuk menganut dan menyebarkan agama kepercayaan mereka.

Baru juga percaya pihak gereja Katolik akan merayu keputusan yang diumum hari ini, dan merayu penganut Kristian, yang merupakan majoriti di kedua-dua negeri, untuk bertenang dan "melihat keseluruhan isu secara rasional".

"Pasti ada rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar keputusan tersebut tidak muktamad."

Namun, gereja-gereja Kristian dibawah payung Persatuan Gereja di Sarawak tidak membuat sebarang kenyataan sehingga mereka mempunyai maklumat lanjut keputusan mahkamah tersebut.

"Kita perlu berunding dengan gereja-gereja yang lain terlebih dahulu," kata setiausaha agungnya Ambrose Linang, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pengerusi persatuan itu Datuk Bolly Lapok pada Sabtu lalu berkata mereka "benar-benar tidak boleh diterima sekiranya amalan biasa bagi orang Kristian di Sabah dan Sarawak untuk generasi, lebih daripada 100 tahun sebelum cadangan untuk bersama Malaysia, kini dianggap sebagai menyalahi undang-undang oleh kerajaan".

Beliau berkata halangan daripada menggunakan kalimah Allah dalam amalan agama mereka adalah sama seperti membendung kebebasan beragama.

Di luar mahkamah hari ini, naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata Al-Kitab, iaitu versi Bahasa Malaysia kitab Injil, boleh terus diedarkan di Malaysia.

Namun beliau mahu kitab tersebut supaya tidak menggunakan 32 istilah, termasuk "Allah", yang dilarang kepada bukan Islam melalui enakmen Islam di beberapa negeri.

"Saya tidak mempunyai masalah jika mereka mahu menerbitkan Al Kitab tanpa istilah bukan saja 'Allah', tetapi 32 perkataan dalam Enakmen Jenayah Syariah," kata Zulkifli kepada pemberita selepas pengumuman keputusan itu.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata, keputusan Mahkamah Rayuan menunjukkan dengan jelas bahawa perkataan "Allah" adalah eksklusif untuk umat Islam.

"Jadi, semua orang perlu berpegang kepada keputusan itu," kata Nasharuddin kepada pemberita.

AES terus menjadi beban rakyat dan kerajaan

Posted: 14 Oct 2013 06:57 AM PDT

    






DETIK DAILY


Kerajaan memutuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diserahkan kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Sebelum ini, diselenggarakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sejauh mana keberkesanan sistem itu dapat dilaksanakan apabila berlaku pengambil alihan ini?

Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan butiran lanjut mengenai isu ini bersama peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Zul Hazmi Sharif (gambar atas) melalui wawancara pada 7 Oktober lalu 
HARAKAH: Kerajaan memutuskan serah operasi AES daripada JPJ kepada PDRM. Apakah ini boleh menyelesaikan segala isu bersangkutan dengan AES sebelum ini?
ZUL HAZMI SHARIF: Kerajaan menyerahkan operasi JPJ kepada PDRM  kononnya menilai semula AES. Apabila Dato' Seri Hishamudin Hussin umumkan perkara ini, ia bukannya penyelesaian. Ia hanya mengalih isu daripada satu masalah kepada satu perkara yang lain. Ia bukan menyelesaikan masalah tetapi merumitkan. Tetapi rakyat ramai yang tidak tahu. Mereka ingat ia penyelesaian masalah. Kenapa saya kata bukan penyelesaian? JPJ adalah kerajaan. Apabila dia mengatakan kerajaan mengambil alih AES, diserahkan kepada PDRM, itu bukan kerajaan ambil alih. Memang daripada awal lagi pelaksanaan AES dikendali kerajaan, bukan swasta. Yang melibatkan swasta hanya pemasangan kamera dan penyediaan sistem. Pelaksanaan dan operasinya adalah kerajaan. Jika dilihat pada FAQ AES yang ada dalam web site JPJ, agensi yang bertanggung jawab terhadap AES adalah Kementerian Pengangkutan. Macamana boleh kata kerajaan ambil alih sedangkan daripada awal memang dikendali Kementerian Pengangkutan?
JPJ bertanggung jawab melaksana AES secara langsung... 
MIROS bertanggung jawab dalam lokasi pemasangan kamera. JKJR pula bertanggung jawab dalam advokasi dan kemepn kesedaran jalan raya mengenai AES. Jadi, di sini secara jelas menunjukkan AES hak milik kerajaan. Cuma sekarang peralihan tugas daripada JPJ kepada PDRM.
Sehingga kini kerajaan enggan dedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat terbabit, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn bhd sedangkan rakyat perlu tahu perkara ini.
Ini yang kita bangkitkan. Isu Beta Tegap dan Ates ini sudah lama sejak 2009. Tapi 2009 bukan Ates tapi Commercial Circle Sdn Bhd. Commercial Circle menubuhkan Ates. Apa yang dua syarikat ini buat ialah menyediakan kamera, sistem dan peralatan lain yang berkaitan AES seperti kenderaan dan  komputer. Kamera yang menangkap kesalahan pengguna jalan raya akan dihantar ke pusat operasi. Pusat operasi ini dimiliki oleh syarikat itu juga. Semua peralatan operasi adalah milik syarikat, cuma dikendalikan JPJ. Ini juga menyebabkan timbul kekeliruan. Bila ia mengatakan Kementerian Pengangkutan tuan empunya, pun salah. Tuan punya bagi AES ini adalah syarikat. Semua milik syarikat untuk tempoh lima tahun. Sebab kerajaan menggunakan prinsip outsource. Kerajaan tidak mengeluarkan duit satu sen pun. 
Semua kos dikeluarkan oleh syarikat bukan kerajaan?
Kedua-dua syarikat ini mengeluarkan kos RM 717 juta yang merangkumi kamera dan peralatan. Apabila kerajaan mengatakan mengambil alih, ia menjadi hak kerajaan. Apabila kerajaan mengambil alih itulah, ditubuhkan sebuah GLC dinamakan AES Solutions. AES Solutions mengambil alih syarikat, bukan peralatan. Itupun satu masalah. Kita hendak ia ambil alih peralatan dan menjadi hak milik Kerajaan Malaysia. Jika kata kerajaan mengambil alih, maksudnya yang kita hendak ialah kerajaan beli terus peralatan dan sistem serta hak milik syarikat RM 717 juta. Jadi, selesai masalah. Apa yang kerajaan nak buat dan uruskan, terpulang pada kerajaan. Apa yang berlaku sekarang ini kerajaan cuma sewa kepada syarikat. Jadi syarikat boleh ambil bila-bila masa. 
Apakah PDRM mampu kendalikan kes-kes AES sedangkan banyak lagi kes saman berkaitan PDRM yang tidak selesai?
Perkara ini juga menjadi masalah. Kita kena faham operasi AES sendiri. Maknanya, syarikat set up kamera, buat sistem dan apabila kesalahan dikesan akan dihantar ke centre. Centre ini JPJ dan juga syarikat. Apabila pegawai JPJ mendapat saman, dia akan tengok gambar dan akan semak dengan database. Siapa pemilik kenderaan. Jadi keluarlah nama.  Berlaku kesalahan terus ditanda tangan dan terus keluar saman. Sekarang ini jika polis yang akan buat perkara ini, yang pertama, adakah polis mempunyai kepakaran? Yang kedua polis pun nak kena pakai database JPJ. Sebab semua berkaitan pengkalan data adalah di bawah JPJ. Jadi polis nak kena buat dua tiga perkara. Polis kena juga semak dengan JPJ.  
Kenapa tidak JPJ yang laksanakan AES ini? 
Apa masalah yang kena serahkan kepada polis sedangkan polis juga tidak cukup kakitangan? Apabila diberi kepada polis, adakah polis hendak tubuhkan satu unit baru di bawah jabatan trafik iaitu unit AES pulak? Sedangkan polis boleh buat perkara lain. Polis sendiri ada 15 juta lebih saman dan notis yang tidak selesai. Polis sendiri tidak dapat menyelesaikan saman, bagaimana nak uruskan satu benda baru? Adakah sekarang ada latihan diberikan kepada anggota polis yang hendak jaga operasi AES? Segala persoalan ini kerajaan perlu jelaskan kepada kita. Jika kerajaan buat keputusan AES ini diserahkan kepada polis, perlu dijelaskan bagaimana berlaku pertukaran tersebut. Adakah pegawai polis take over dalam centre itu? Sebab itu yang kita tahu centre adalah JPJ. Sekarang ini pun kita tidak pasti. Sedangkan Dato' Seri Zahid Hamidi kata diserahkan serta merta kepada polis. 
Betul sekarang ini polis menjalankan operasi tersebut? 
Jika kita tengok di jalan, masih lagi JPJ yang buat. Sebagai contoh ada 14 lokasi AES. Di Lembah Klang ada tujuh. Daripada tujuh ini ada dua unit bergerak dan yang bawa hilux ini adalah JPJ. Ini bermakna AES masih di bawah JPJ dan bukan polis. Bagaimana Zahid dan Hishamudin boleh cakap AES sudah diserahkan kepada polis? Serah yang bagaimana? Adakah saman sahaja diserahkan kepada polis? Perkara ini memang tidak jelas.
Kerajaan cuba alihkan isu mengenai AES sahaja...
Sekarang ini bila dikatakan polis ambil alih AES, orang akan lihat polis lebih tinggi daripada JPJ. Bila polis dah buat, nak pertikai apa lagi? Sedangkan JPJ dengan polis, daripada segi undang-undang keselamatan jalan raya ini sama sahaja levelnya. Malah JPJ lebih tinggi sebab JPJ berkuasa penuh terhadap kenderaan. Kalau polis hendak black list, dia kena minta kerjasama JPJ. Sebab itu kita lihat ia akan merumitkan apabila penguatkuasaan AES ini diserahkan daripada JPJ kepada polis di samping membebankan polis dengan tugas-tugas yang baru. Kita sebenarnya bukan bermasalah dengan JPJ tetapi kita bermasalah dengan perlaksanaan AES itu sendiri.
Sejak awal penguatkuasaan AES ini, Kase bertegas saman AES tidak perlu dibayar dan pengguna yang dikenakan saman hendaklah membawanya ke mahkamah. Terbaru kerajaan mengenakan kompaun RM 150 dengan menggunakan konsep 'the more you delay, the more you pay'...
Kase masih berpegang kepada desakan dan pendirian kami iaitu saman AES, saman trafik atau saman ekor tidak perlu dibayar. Bukan bermaksud kita tidak mengaku bersalah. Konsep saman ialah arahan ke mahkamah. Masalah rakyat Malaysia, apabila dapat surat saman itu, dia tidak baca sepenuhnya. Jika kita lihat pada saman AES yang diperolehi, maksud saman tertulis: Kamu dengan ini diperintahkan supaya hadir sendiri atau bersama peguam di hadapan mahkamah majistret (di tempat kesalahan dibuat). Jadi, ini bermakna saman ini meminta hadir ke mahkamah. Tidak pula dituliskan: Kamu dengan ini dikehendaki membayar RM 300 disebabkan melakukan kesalahan. Cuma yang orang tidak faham apabila ditulis: Kesalahan ini boleh dikompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM 300 pada tarikh (yang dinyatakan). Perkataan yang ditulis adalah "boleh bayar" bukan "wajib bayar". Sekarang ini jika kita tidak mahu bayar, kita hadir ke mahkamah. Dalam isu saman AES ini, kita bertegas saman bukanlah yang patut dibayar. Kalau kompaun diturunkan daripada RM 300 ke RM 150, ke RM 1 sekalipun, tidak wajib dibayar kompaun itu. Jika orang tidak bayar, apa kerajaan boleh buat? Konsep 'the more you delay, the more you pay' digunakan seperti konsep saman ekor. 
Boleh bagi contoh?
Contohnya saman dikeluarkan hari ini dan sehingga hari ke 14 kompaun RM 150. Hari ke 15 hingga ke 20 RM 200. Dan hari ke 20 hingga hari ke 30 RM 300, iaitu maksima kompaun. Jadi, berapa yang di offer, isunya kita boleh memilih sama ada hendak bayar atau tidak bayar. Sekarang ini, apabila peguam negara keluarkan arahan sejak 18 Disember 2012, Peguam Negara keluarkan arahan semua saman AES tidak akan didaftarkan di mahkamah. Jadi, apa value saman ini? Kenapa kita hendak bayar kompaun? Sekarang ini kita hendak pergi mahkamah, tapi peguam negara kata AES tidak perlu pergi mahkamah. Sebab itu saya cabar, Tan Sri Ghani Patail, Dato' Seri Zahid Hamid, Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja terlibat dalam AES ini atau dalam undang-undang, buktikan kepada saya kalau ada satu ayat dalam saman itu mengatakan "wajib" bayar saman, saya bersedia bayar semua 600,00 ribu lebih saman AES setakat 6 Jun 2011. Tapi jika tidak ada tolong batalkan semua saman tersebut serta pulangkan semua kompaun. Sampai hari ini cabaran itu tidak disahut langsung. Kita bukan pertikai validity saman, ia dikeluarkan ikut kaedah. Tapi adakah saman itu bernilai apabila peguam negara umumkan saman itu tidak akan didaftarkan di mahkamah.

The Herald Akan Fail Rayuan Kepada Mahkamah Persekutuan Pula

Posted: 14 Oct 2013 06:52 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
PUTRAJAYA: Penerbit akhbar Katolik, The Herald tidak akan berputus asa dalam usaha mereka untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah "Allah" dalam edisi bahasa Malaysia untuk penduduk di Sabah dan Sarawak, walaupun Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan sebaliknya, demikian kata pengarangnya, Paderi Lawrence Andrew.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan tersebut diumumkan, The Herald katanya akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pula selepas ini.

Andrew berkata, hak penganut agama Kristian di Malaysia wajar dilindungi di bawah undang-undang negara.

"Apa yang ingin saya katakan ialah, hak kami sebagai penganut agama minoriti di negara ini untuk mengamalkan kepercayaan kami secara bebas mestilah dipelihara ," ujarnya lagi.

Beliau tidak bersetuju dengan hujah bahawa penggunaan kalimah "Allah" bukanlah sebahagian daripada amalan dan kepercayaan penganut agama Kristian.

"Di Timur Tengah dan di Indonesia, kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian dan Islam. Jadi anda tidak boleh dengan tiba-tiba mengatakan yang ia bukan sebahagian daripada amalan kami.

"Sesuatu bahasa itu adalah milik sesiapa sahaja untuk menggunakannya dan ia haruslah dibenarkan untuk berhujah menggunakan istilah mengikut fahaman penganut agama itu," katanya.

Malah kata Andrew, sejarah menunjukkan kalimah Allah telah digunakan di Melaka sejak sekian lama iaitu jauh lebih awal daripada naskhah Al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

"Kami penganut agama Kristian di sini telah menggunakan kalimah Allah seawal 500 tahun dahulu, tetapi masyarakat pelbilang kaum telah hidup dalam suasana harmoni dan aman damai tanpa sebarang masalah.

"Dan kami telah menerbitkan The Herald sejak 19 tahun yang lalu tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama lain," jelas Andrew.

Mahkamah Rayuan pada pagi Isnin telah memutuskan yang Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald. Keputusan itu dibuat oleh tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah berkenaan mendapati bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya untuk melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah. Mahkamah tersebut juga mendapati, ketetapan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal.

BN Kedah Senarai Tidak Kurang Tiga Nama Untuk PRK Sungai Limau

Posted: 14 Oct 2013 06:49 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
SUNGAI PETANI: Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama untuk menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov depan.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata senarai itu akan diserahkankepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu ini.

"Nama sudah ada. Tak bolehlah bagi tau...tunggulah," katanya kepadapemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian yang baharu dari seluruh Kedah, Isnin.

Mukhriz berkata jentera Umno dan BN Kedah telah bergerak sepenuhnya dan mula turun padang bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian penyandang yang juga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 Sept lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali mewakili BN.-BERNAMA

Zahid Hamidi, King Ghaz Jr?

Posted: 14 Oct 2013 06:44 AM PDT

Oleh ALI BUKHARI AMIR 


"DEMI sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata." (maksud Surah An- Naml, ayat 21)
Tabiat marah-marah penguasa ke atas wartawan ini bukan tiada asasnya di dalam al-Quran.

Seorang raja teragung bertaraf nabi pada zaman nan silam, Raja Sulaiman a.s pernah mengugut akan menyembelih 'seekor wartawan'; burung Hud Hud jika burung itu gagal menyatakan alasan yang jelas berhubung ketidakhadirannya dalam sebuah perbarisan pada suatu pagi.

Dalil tentang wujudnya darjat 'kepemberitaan' burung Hud Hud ini dirujuk pada ayat selepasnya, "Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata: 'Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (Surah An- Naml, ayat 22)

Jelas, Hud Hud adalah 'wartawan' pembawa khabar berita yang benar, 'naba'in yaqiinin' (khabar berita yang diyakini kebenarannya) dan kebenaran berita itu yang menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban sembelihan oleh penguasa negara.

Syahadan, hari ini, kejadian  herdik-herdik oleh penguasa negara terhadap kaum wartawan ini masih juga terjadi. Antara kes terbaru membabitkan wartawan Malaysiakini yang menanggung pedih marah-marah seorang Zahid Hamidi, menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN). Sebenarnya, Zahid Hamidi bukanlah watak yang terawal menghina dan mengherdik wartawan itu.

Menteri Dalam Negeri yang lebih awal mengherdik wartawan adalah Ghazali Shafie atau King Ghaz. Gelar itu mempamer sikap pemarahnya ke atas kaum wartawan. Dalam ruangan Sembang Sabtu di Berita Harian, tanggal 24 September, 2005, catatan berikut adalah dipetik: "Dari dulu lagi, budak-budak (wartawan) ini dah lama tahu. Dari dulu dah kena marah, dia saja belum kena marah," jawab King Ghaz untuk menunjukkan sikapnya itu adalah perkara biasa bagi wartawan.

Ghazali berkata, beliau tidak lagi mengikuti perkembangan politik semasa kerana tidak mendapat maklumat. "Tak ada, politik pun saya dah lama tinggal," katanya.

"Tapi Tun baca surat khabar," kata penulis cuba menolak hujah beliau.

"Bacalah, surat khabar awak pun baca, semua baca," jawab beliau.

"Bukan boleh percaya dengan awak semua tu, saya tak percaya dengan budak-budak ni (wartawan) menulis ni. Dia tulis idea dia saja, idea pun pendek aje. Bila baca, macam pergolakan di Selatan Thailand, untuk Thailand saja. Tak ada analisis, laporan saja... saya tak suka, tak cukup ilmu," katanya yang suka mengikuti siaran CCTV yang disifatkan bebas daripada propaganda Amerika dan Barat.

Itu kisah marah-marah King Ghaz terhadap wartawan seperti dilaporkan di Berita Harian. Ghazali yang meninggal pada tahun 2010 itu pernah memenjarakan A Samad Ismail dengan menggunakan ISA.

Wartawan Malaysiakini Aidila Razak pernah menulis luahan anak tokoh wartawan itu (Nuraina Samad) pada 29 Mac 2012 dalam laporannya, 'This is the communist's daughter! ' sebagai berikut: "Nuraina, who started working for the NST when her father was in detention, was so angry with Ghazalie, also known as King Ghaz, that she never covered any event where the minister was present.

"I told my bosses, 'Don't send me to any of his assignments because I could do some criminal thing.' I don't know if they really believed me, but maybe they thought I was so angry that I might," she said.

Jadi, King Ghaz tidak cuma membenci wartawan, malah sikap barannya itu turut menuai kebencian wartawan, sekali gus mengundang kebencian anak wartawan kepadanya. Namun, siapalah yang boleh mengingati Ghazali yang barannya itu.

Wartawan baru yang sudah mengenali baran Zahid Hamidi ke atas wartawan sekali pun sudah melupakan marah-marah Ghazali itu. King Ghaz sudah mati di dalam fikiran mereka dan sejarah negara ini.

Marah-marah King Ghaz ini tidak bermula daripada kekosongan. Beliau bermula sebagai penyokong Tun Abdul Razak dalam menjalankan misi penggulingan ke atas Tunku Abdul Rahman.

Kajian dan hipotesis Kua Kia Soong tentang cerita 13 Mei, 1969 mendapati bahawa Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku melalui sokongan Harun Idris, Dr Mahathir Mohamad termasuklah Ghazali Shafie sendiri.

Tetapi siapalah King Ghaz di hati generasi muda hari ini? Marah-marahnya kepada wartawan tenggelam dalam sejarah gelap yang dia sendiri ciptakan. Kita mahu bangunkan peringatan ke atas Zahid dengan peringatan serupa. Zahid juga bakal dilupakan orang dan yang tinggal kekal hanyalah himpunan kisah buruk Zahid seperti mana kisah buruk King Ghaz!

Jika kata-kata ugutan raja teragung Raja Sulaiman a.s ke atas wartawan Hud Hud pun boleh dipahatkan di dalam al-Quran, maka siapalah King Ghaz dan Zahid di di sisi Tuhan untuk memadamkan salah laku mereka pada akhir zaman dengan marahmarah dan panas baran mereka ke atas kaum wartawan itu?

Kalau tiada perubahan, tunggu sahaja saat kematian

Posted: 13 Oct 2013 08:35 PM PDT

Aspan Alias,


Saya amat percaya, setelah selesai pemilihan di peringkat sayap UMNO semalam, UMNO jauh dari penyelesaian dari masalah. UMNO tetap sebuah parti yang memerlukan penyelenggaraan yang rapat kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Masalah datang satu persatu dengan cepat sedangkan penyelesaiannya datang dengan begitu lambat dan perlahan.

Kemenangan Khairy Jamaludin merupakan satu perkara yang baik dan ini sahajalah satu kejadian yang sangat jarang dan payah terlihat di dalam UMNO itu. Kemenangan Khairy macam mana positif pun kepada UMNO ia tidaklah boleh menjamin transformasi itu akan berlaku.

Transformasi dalam kontek penyelesaian UMNO memerlukan pucuk pimpinan UMNO berkorban untuk memastikan transformasi itu boleh dilaksanakan, kerana penyebab yang mendesak dilakukan transformasi itu adalah hasil kesalahan mereka juga. Pelaku-pelaku kepada kesalahan terhadap negara itu tidak mungkin boleh melakukan transformasi itu.

Itu sebabnya dalam posting semalam saya menyatakan yang tugas dan tanggungjawab Khairy amat berat, malahan lebih berat dari tanggungjawab pemimpin yang lain dalam UMNO itu yang sudah pasti akan terus menghalang apa-apa kemajuan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu. Malahan, Khairy terpaksa berhadapan dengan masalah barisan kepimpinan Pemuda (Exco) yang ada bersama beliau itu. Khairy akan menghadapi masalah memberikan kefahaman dan semangat untuk perubahan yang perlu dilakukan dan yang perlu dipelopori oleh pemuda itu sendiri.

Sebelum Khairy memberikan dan menyuntikkan semangat untuk melakukan perubahan itu Khairy sendiri mesti terlebih dahulu tahu apa yang hendak diubah itu. Dan sebelum memutuskan apa yang hendak diubah dan diselesaikan itu, Khairy perlu tahu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh kepimpinan negara kita. Hanya apabila sudah difahami segala apa masalah yang ada yang perlu diselesaikan, barulah Khairy boleh menentukan arah dan cara untuk melakukan perubahan itu.

Kita semua faham yang masalah yang dihadapi oleh pimpinan UMNO itu melibatkan masa depan negara dan tentulah masalah yang hendak difahami itu mesti berkait dengan masalah negara dan rakyat. Negara sedang berhadapan dengan masalah yang besar dan kalau difikirkan dengan halus-halusan masalah yang wujud itu adalah 'beyond computation' dan bukannya isu yang semudah ABC untuk penyelesaiannya.

Khairy mesti faham untuk melakukan perubahan ini beliau perlu mencari pihak yang boleh memberikan jalan dan semangat untuk perubahan itu. Secara lojiknya beliau perlu mentelaah segala masalah dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, tetapi ini juga menjadi masalah kepada Khairy. Masalah yang wujud pada hari ini adalah dihasilkan oleh pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin yang lebih 'senior' dari beliau sendiri. Bagaimana orang yang membawa masalah kepada kepimpinan negara itu boleh dibawa untuk melakukan perubahan?

Masalah yang Pemuda mesti fahami ialah krisis keyakinan yang tidak ada tolok bandingnya terhadap kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak diyakini oleh semua pihak. Rakyat yang sedang merasakan keperitan hidup hasil dari kenaikkan harga barangan makanan dan perkhidmatan bukan isu kecil. Rakyat kecewa, walaupun ada terasa yang pimpinan hari ini tidak berkemampuan untuk membendung cabaran zaman ini. Rakyat masih memberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dengan janji-janji yang manis beserta dengan permohonan maaf dan berbagai-bagai lagi pendekatan palsu yang dilakukan oleh pimpinan sebelum pilihanraya yang lalu. Akhirnya apa yang dirasakan sebelum memberikan mandat itu benar-benar berlaku dan rakyat sedang menghadapi kesusahan hasil dari kepercayaan mereka terhadap kepimpinan negara sekarang ini.

Jika Khairy benar-benar mahu menjadi pemimpin masa depan, beliau wajar melakukan tindakan yang pernah dilakukan sebelum ini. Yang wajar dilakukan ialah mencari sesiapa yang benar-benar mempunyai roh perjuangan UMNO dan yang telah banyak memberikan jasa kepada negara dan UMNO bagi mencapai matlamat perubahan sebenar. Cara untuk membetulkan permasalahan ialah dengan tindakan drastik tanpa takut dan silu.

Sebagai pemimpin muda Khairy wajar berani kerana sesiapa yang berani bertindak lain dari yang lain untuk kebenaran, maka dialah yang akan menjadi pimpinan utama di masa depan.

Jika Khairy mengambilnya sebagai cabaran untuk membetulkan dan memperkasakan UMNO itu, ia merupakan satu tugas yang teramat berat. Tetapi jika beliau mengambilnya untuk mendapat kedudukan dan 'glamour' hidup seperti pemimpin-pemimpin Pemuda dan UMNO yang lazim kita lihat, maka ia bukanlah tugas yang susah.

Jika politiking peribadi adalah pilihan Khairy, apa yang perlu beliau lakukan, hanya bermain politik 'kau sokong aku, aku sokong kau' atau bak kata Najib sebelum pilihanraya dahulu kepada orang Cina, 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

UMNO akan terus bermasalah sementara menunggu mati. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Pemilihan Shahrizat bukti Umno masih di takuk lama

Posted: 13 Oct 2013 08:30 PM PDT

Saidah Hairan,


KUALA LUMPUR: Kejayaan Datuk Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap Umno, Sabtu lalu membuktikan kegagalan parti itu untuk berubah.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Athirah Aiman Al-Jundi menegaskan, tiada perubahan yang berlaku dalam Umno sebagaimana dilaungkan pemimpin parti itu apabila individu yang bermasalah terus dipilih menerajui parti.

Menurut beliau, Shahrizat secara jelas mendapat sokongan dan bantuan daripada pemimpin tertinggi Umno khususnya menjelang pemilihan parti apabila dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri berkaitan isu Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Posisi itu sama taraf dengan kedudukan seorang Menteri," jelasnya.

Kedudukan istimewa yang diperolehi Sharizat, ujar Athirah memberi isyarat kepada perwakilan bahawa dia perlu dikekalkan sebagai pemimpin wanita Umno.

"Saya percaya ramai yang berkepentingan dengan kemenangan Shahrizat kerana dengan kejayaannya maka sebahagian besar proksinya akan terus terbela," tegasnya.

Shahrizat telah meletakkan jawatannya dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu ekoran kontroversi pembabitan suami dan anak-anaknya dalam penyelewengan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatannya dalam parti dan tidak dipilih sebagai calon dalam PRU 2013.

Sebenarnya kata beliau, kemenangan Shahrizat telah dijangka berdasarkan corak pemikiran ahli-ahli Umno khususnya Wanita Umno yang lebih terikat dengan faktor kepentingan peribadi, proksi, kelompok dan 'mengenang budi'.

Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada ahli Wanita Umno yang menyokong Datuk Maznah Hamid dan Raihan Sulaiman Palestin walaupun keputusannya sangat mengecewakan.

"Saya berharap mereka tidak akan putus asa untuk terus memperbaiki dan membersihkan Umno daripada penyakit korup dan salah guna kuasa," tegasnya.

Keputusan Penuh Pemilihan Pergerakan Puteri Umno Pusat

Posted: 13 Oct 2013 08:27 PM PDT


MSTAR ONLINE

BERIKUT keputusan pemilihan bagi Pergerakan Puteri Umno peringkat pusat yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Ahad malam.

Pengerusi Tetap
1. Azlieza Azizan (penyandang/menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Nurul Huda Nordin Ahmad (menang tanpa bertanding)

Ketua Puteri
1. Mas Ermieyati Samsudin : 138 undi
2. Jamilah Hanim Othman : 43 undi

Naib Ketua
1. Zahida Zarik Khan : 99 undi
2. Norsabrina Mohd Noor : 50 undi
3. Nazliah Ali : 33 undi

Ahli Jawatankuasa Puteri (Exco)
1. Isfarina Mohd Bali (Penyandang) : 177 undi
2. June Artisha Mohamad Nazari : 173 undi
3. Norasimah Md Nowar : 172 undi
4. Nurhidayah Mohamad Shahaimi : 172 undi
5. Norwahida Patuan : 168 undi

6. Azlina Azma Mohd Azmi : 158 undi
7. Asfalinda Anuar : 157 undi
8. Normalah Rasik : 157 undi
9. Noormadiana Kamaruddin : 151 undi
10. Norrulhuda Marsidin : 151 undi

11. Mimie Harianie Alias : 150 undi
12. Azura Mohd Afandi : 140 undi
13. Nor Farhana Alham : 138 undi
14. Noor Aeiza Hassan : 137 undi
15. Julie Sabran : 134 undi

16. Junaida Mat Ishak : 133 undi
17. Haziqah Nasirah Zol Bahari : 132 undi
18. Nurhuda Ab Karim : 129 undi
19. Nasibah Ismail : 123 undi
20. Nor Hazreena Mohamad Hashim : 122 undi

Keputusan Penuh Pemilihan Pergerakan Pemuda Umno Pusat

Posted: 13 Oct 2013 08:26 PM PDT

MSTAR ONLINE
BERIKUT keputusan pemilihan bagi Pergerakan Pemuda Umno peringkat pusat yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Ahad malam.

Pengerusi Tetap
1. Datuk Zubir Zabidi : 86 undi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang): 58 undi
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad : 35 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Bahrul Razha Chuprat : 74 undi
2. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang) : 67 undi
3. Hisham Ahmad Sabri : 35 undi
4. Mohd Shoubli Jamal : 4 undi
5. Ahmad Mushawir Abdullah : 0 undi

Ketua Pemuda

1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar : 189 undi
2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi
5. Abd Karim Ali : 0 undi

Naib Ketua Pemuda
1. Jamawi Jaafar : 73 undi
2. Khairul Azwan Harun : 73 undi

Ahli Jawatankuasa Pemuda (Exco)
1. Fathulbari Mat Jahya : 169 undi
2. Armizan Mohd Ali : 162 undi
3. Mohd Najib Mohd Isa : 156 undi
4. Onn Hafiz Ghazi : 156 undi
5. Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin : 146 undi

6. Nazir Hussin Akhtar Hussin (Penyandang/Dipilih) : 145 undi
7. Khairul Firdaus Akbar Khan : 130 undi
8. Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad : 124 undi
9. Jeffri Salim : 120 undi

10. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz : 117 undi
11. Dazma Shah Daut 106 undi
12. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi : 105 undi
13. Muhammad Yusmizan Md Yunus : 95 undi
14. Mohamed Hazali Abu Hassan : 93 undi
15. Mohd Iskandar Jaafar : 87 undi

16. Arman Azha Abu Hanifah : 85 undi
17. Anuar Abd Manap : 85 undi
18. Mohd Rafiq Naizamohideen : 82 undi
19. Ibdilillah Ishak : 76 undi
20. Azlan Abdullah : 76 undi

Keputusan Penuh Pemilihan Pergerakan Wanita Umno Pusat

Posted: 13 Oct 2013 08:24 PM PDT

MSTAR ONLINE


BERIKUT keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita Umno peringkat pusat yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Ahad malam.

Pengerusi Tetap
1. Tan Sri Napsiah Omar (menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd (penyandang) : 116 undi
2. Datuk Mastika Junaidah Husin : 62 undi

Ketua Wanita
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (penyandang) : 172 undi
2. Datuk Maznah Mazlan : 8 undi
3. Raihan Suleiman Palestin : 0 undi

Naib Ketua
1. Datuk Azizah Mohd Dun : 127 undi
2. Datuk Suraya Yaacob : 52 undi

Ahli Jawatankuasa Wanita (Exco)
1. Datuk Armani Mahiruddin (penyandang) : 162 undi
2. Datuk Norhayati Omar (penyandang) : 159 undi
3. Datuk Norhayati Onn (penyandang) : 154 undi
4. Datuk Rusnah Kassim (penyandang) : 151 undi
5. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin : 150 undi

6. Norliza Abdul Rahim (penyandang) : 144 undi
7. Noraslina Zainal Abidin : 139 undi
8. Datuk Jamelah A Bakar (penyandang) : 133 undi
9. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (penyandang) : 129 undi

10. Datuk Rosni Zahari (penyandang) : 126 undi
11. Datuk Noriah Mahat (penyandang) : 123 undi
12. Datuk Maznah Abd Hamid (penyandang) : 111 undi
13. Datuk Marlia Abdul Latiff (penyandang) : 105 undi
14. Roslin Abdul Rahman (penyandang) : 99 undi

15. Toh Puan Zaitun Mat Amin : 97 undi
16. Dr Azizah Johor : 95 undi
17. Azihani Ali (penyandang) : 95 undi
18. Datuk Hasnah Salam (penyandang) : 92 undi
19. Ros Suryati Alang (penyandang) : 92 undi
20. Azizah Harun : 90 undi

The Herald Dilarang Guna Kalimah Allah

Posted: 13 Oct 2013 08:22 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald.

Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakimanmenamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntutantara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KementerianDalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisiundang-undang, tidak sah dan batal.
Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Tablet jadi pilihan ganti komputer

Posted: 13 Oct 2013 08:18 PM PDT

Samsung-Tab-3-10.1  
Samsung-Tab-3-10.1

Walaupun tablet tidak mampu menggantikan sepenuhnya fungsi dan kebolehan sebuah komputer, namun ia tetap memberi manfaat kepada pengguna.

Berbanding penggunaan komputer, tablet didatangkan khusus dengan reka bentuk yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan ruangan besar untuk simpanan.

Bahkan fungsinya yang membolehkan pengguna melakukan kerja seperti tugasan pejabat, melayari internet atau penggunaan lain-lain aplikasi, amat memudahkan sesuatu tugasan itu diselesaikan.

Samsung

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. sentiasa mengikut nadi perubahan citarasa pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja relevan malah pelengkap pelbagai permintaan gaya hidup, sekali lagi menawarkan produk terbaik apabila memperkenalkan Samsung Galaxy Tab 3 10.1.

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 kini boleh didapati dengan sokongan teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160.

Tablet Android Samsung berkenaan yang dikuasakan pemproses Intel merupakan yang pertama seumpamanya untuk produk Samsung dan dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta menyokong LTE dengan prestasi dan kuasa lebih tinggi serta bateri lebih cekap.

Berdasarkan pelancaran tablet tersebut Samsung amat yakin dengan penerimaan orang ramai terhadap sistem itu.

Lebih menarik, Samsung Galaxy Tab 3 10.1 menggabungkan reka bentuk lebih nipis dengan capaian pre-

Ninetology

Ninetology merupakan syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara yang begitu agresif dan berusaha mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

Ninetologi berbangga dapat bersaing dengan teknologi global dan piawaian antarabangsa yang terkemuka serta peka dengan ketelitian, seni dan kecantikan.

Dengan berpandukan inspirasi gaya hidup yang pantas dan penuh keberanian, produk Ninetologi mendapat ilham daripada penyelesaian yang ada pada hari ini untuk tahap kebolehgunaan dan fungsi yang tinggi.

Mei lalu, Ninetology tampil dengan produk baru tablet Ninetology outlook Pure (T8700) dan berada di pasaran pada Jun.

Tablet yang baru dilancarkan itu didatangkan bersama perkhidmatan jalur lebar 3G yang ditawarkan Clixster Mobil, selain mempunyai aplikasi yang mesra untuk seisi keluarga.

Selain Outlook Pure, Ninetology turut menawarkan Outlook Tablet dan Outlook Express.

Alcatel

Alcatel Onetouch adalah jenama di dalam TCL Communication, firma antarabangsa pelbagai budaya yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara global rangkaian peranti mudah alih dan internet yang semakin berkembang.

Ogos 2013, Alcatel memperkenalkan One Touch Evo7 bersaiz 7 inci dengan paparan skrin 1024 x 600 serta lebih ringan seberat 395 gram.

Tablet terbaru ini turut dilengkapi dengan sambungan WiFi, 3G dan LTE.

Selain itu, pelbagai produk tablet turut ditawarkan Alcatel antaranya Alcatel One Touch Tab 7HD, One Touch Tab 7 (kuasa kompak) yang dikuasakan dengan pemprosesan dual teras.

Gagal 'upgrade' media perdana, orang tak tonton

Posted: 13 Oct 2013 08:16 PM PDT


MALAYIA KINI
 
 
 
Media perdana di negara ini perlu mempelbagaikan pilihan saluran pemberitaannya dalam menarik golongan muda yang kini dilihat mudah terpengaruh dengan media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata media perdana yang mempunyai tanggungjawab besar dalam melaporkan sesuatu yang benar dan terkini itu, perlu mempelbagai saluran penyampaian mereka agar diterima golongan muda masa kini.

"Media perdana perlukan pengukuhan, kalau tak 'upgrade' di zaman sekarang, jangan kita marah kalau orang tak nak tonton saluran atau pilih media perdana, media perdana perlu pelbagaikan pilihan cara pemberitaannya," katanya dalam temu bual bersama Bernama di Kemaman.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin berkata golongan muda negara ini dilihat lebih cenderung mempercayai media sosial sebagai sumber berita sekalipun sebahagian besar laporan atau maklumat yang disebarkan itu tidak benar.

Azman berkata golongan berusia 30 tahun ke bawah itu kini menjadikan media sosial sebagai akses maklumat utama mereka.

Ahmad Shabery berkata kecenderungan golongan muda menjadikan media sosial sebagai sumber maklumat utama mereka bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Bagaimanapun Ahmad Shabery berkata pada akhirnya, golongan muda itu akan sedar bahawa hanya media perdana yang mempunyai kredibiliti dan etika, yang melaporkan perkara yang benar dan tepat.

Ahmad Shabery secara sinis berkata berapa banyak perkara yang dipaparkan dalam media sosial itu akhirnya terbukti benar?

Beliau berkata terdapat media sosial yang melaporkan berkali-kali dakwaan palsu bersumberkan 'seorang pembohong' yang ternyata tidak benar sama sekali.

"Contohnya semasa pilihan raya umum lepas, ada dakwaan 40,000 Bangladesh dibawa masuk, mana buktinya?, masa buat petisyen, mana orang ini? Dakwaan 16 Sept kononnya ada yang nak jadi perdana menteri, mana jadinya?

"Saya 'surrender' pada tahap pemikiran mereka yang masih percaya kepada mereka yang sudah berkali-kali berbohong ini, tapi saya percaya, orang akhirnya akan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menyekat media sosial di negara ini tetapi mereka juga terikat pada peraturan dan undang-undang negara ini. Bernama

Soi Lek: Maaf Gerakan, tapi saya benar

Posted: 13 Oct 2013 08:11 PM PDT


MALAYSIA KINI


Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek 'memohon maaf' kepada pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn kerana berkata, jika timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil alih, parti Cina itu akan menjadi seperti Gerakan.

Bagaimanapun, Chua mempertahankan kenyataannya dengan berkata, malang sekali ia sebuah pembandingan yang tepat.

penang gerakan agm 150913 chang ko youn 1"Saya tidak boleh bandingkan MCA dengan MIC atau Umno, justeru itu saya gunakan parti berasaskan kaum Cina yang cuba dipakej sebagai parti pelbagai kaum, sebagai perbandingan. Saya akui malang sekali tetapi ia perbandingan yang tepat."

Berhubung gesaan Chang (atas) supaya Chua mencermin diri sendiri, Chua membidas kembali dengan berkata pemimpin Gerakan itu patut melakukan perkara yang sama.

Menurut Sin Chew Daily, Chua merujuk kepada Chang selepas menghadiri taklimat parti di Johor.

Chua berkata, Chang juga tiada hak menggesanya berundur kerana kedudukannya sendiri hanya sebagai pemangku presiden dalam Gerakan.

Gerakan: Soi Lek, cuba dengar Michael Jackson

Posted: 13 Oct 2013 08:06 PM PDT



 

Perang mulut antara Gerakan dan MCA berpanjangan apabila pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn membalas sindiran Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Memulangkan paku buah keras, Chang berkata, Chua bukan sahaja patut mencermin diri, bahkan disarankan mendengar lagu Raja Pop Michael Jackson "Man in the Mirror" (lelaki di dalam cermin).

Chang menasihatkan Chua mengkaji lirik tersebut tetapi tidak menyatakan dengan jelas maksudnya.

Lagu popular sekitar 80-an berkaitan penyanyi itu menimbang dirinya dan berkira-kira mengubah caranya.

"Saya harap Chua akan ingat, jangan hilang masyarakat Cina untuk memang dalam MCA," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Chua dilapor 'memohon maaf' kepada pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn kerana berkata, jika timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil alih, parti Cina itu akan menjadi seperti Gerakan.

Bagaimanapun, Chua mempertahankan kenyataannya dengan berkata, malang sekali ia sebuah pembandingan yang tepat.

'Terima kemenangan KJ, tapi awas dengan liberalisme'

Posted: 13 Oct 2013 08:05 PM PDT

 


 
 
Pencabar Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menerima kejayaan Khairy mengekalkan jawatannya tetapi memberi amaran ia akan membuka ruang kepada "unsur liberalisme" untuk meresap masuk ke dalam sayap itu.

NONE"Kemenangan beliau sudah dapat dijangka. Saya sudah tentu akan beri sokongan kerana beliau sudah menang tapi saya harap beliau dapat beri fokus kepada golongan di bawah.

"Bagaimana pun, saya rasakan unsur-unsur liberalisme yang dibawakan YB KJ (Khairy) sedang meresap masuk ke dalam Pemuda," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, jika ia tidak dikawal, Pemuda perlu bersedia berhadapan risiko hak-hak orang Melayu disamatarafkan dengan bangsa-bangsa lain kelak.

"Adakah orang Melayu sudah bersedia? Wajarkah kita mengalah apabila hak-hak kita diapungkan untuk sama rata dengan bangsa-bangsa lain?" katanya.

NONEBeliau berkata demikian sewaktu mengulas ucapan kemenangan Khairy yang kesal lawannya menggunakan kempen bersifat 'terkebelakang' dalam pemilihan untuk jawatan itu.

Syed Rosli semalam juga diberitakan tidak turun mengundi bagi pemilihan bahagian sendirinya iaitu bahagian Pandan.

Menjelaskan perkara itu, Syed Rosli berkata beliau sekarang diwadkan di sebuah hospital di Ampang akibat radang usus kerana kekurangan serat.

Menurutnya, beliau tidak dapat mengundi dalam pemilihan kerana berada di hospital sejak pagi Khamis lalu dan turut menjangkakan akan menyambut hari raya Aidil Adha di hospital.

NONESeorang lagi pencabar Khairy, Irwan Ambak juga menerima kemenangan Khairy.

"Saya terima yang Khairy diberi mandat oleh perwakilan Pemuda Umno untuk terus memimpin sayap itu dan ini pilihan mereka.

"Bagi saya, ia menunjukkan yang saya perlu bekerja lebih keras menyebarkan mesej agenda transformasi kewangan buat golongan belia," katanya.

Beliau juga yakin komen Khairy tentang kempen lawannya yang terkebelakang ditujukan kepada calon-calon lain dan bukan dirinya.

Zuraida: Wanita Umno OK dengan skandal?

Posted: 13 Oct 2013 08:03 PM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Wanita PKR mempersoalkan isyarat yang mahu dihantar oleh Wanita Umno apabila perwakilannya mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai ketua.

"Apa pesanan yang Umno mahu hantar kepada rakyat. Adakah tidak mengapa untuk seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi pemimpin utama dan pemimpin negara?" katanya ketuanya Zuraida Kamaruddin.

Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang pelik.

Shahrizat mengekalkan status quo Wanita apabila mengalahkan pencabarnya dalam pemilihan sayap Umno semalam.

Tiada ulasan: