Roslan SMS Corner |
Bajet 2014: Bersuaralah ahli-ahli Parlimen Islam (26/1013) Posted: 26 Oct 2013 05:48 AM PDT Bajet 2014 telah pun dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Jumaat lepas. Ramai yang memuji dan ramai juga yang merungut. Isu GST (atau Goods and Services Tax) terus bermain dibibir rakyat. Isu penarikan balik subsidi gula yang mengakibatkan harga gula naik 34 sen sekilo juga menjadi titik perbalahan. Alasan kerajaan ianya harus dilihat sebagai langkah kearah melahirkan masyarakat yang sihat. Apa pun yang saya perhatikan tiada pula Bajet ini menyentuh 3 industri besar yang terbabit dengan "sin industry" iaitu industry maksiat contohnya aral, judi dan rokok. Atas semangat Brunei yang bakal melaksanakan Hudud menjelang tahun 2014 kita menjangkakan sekurang-kurangnya kerajaan BN memberikan reaksi dengan mengekang industri maksiat ini dengan cara menaikkan lagi duti dan eksais ke atasnya. Tetapi tiada? Bajet 2014 seolah meloloskan industri ini tanpa disentuh sedikit pun. Kalau kita perhatikan arak, judi dan rokok ini adalah tabiat mereka yang berwang. Hanya mereka yang berwang (termasuk segelintir yang bebal yang tidak berwang tapi masuk jahanam juga) boleh megamalkannya. Oleh kerana semua akui tabiat ini buruk, memudaratkan maka wajarlah cukai ke atas industri ini terus dinaikkan biar yang berwang ini terus sakit akibat tabiat mereka masing-masing. Kalau kerana kerajaan kononnya sayangkan rakyat maka subsidi gula dimansuhkan, maka tidakkah kerajaan juga sepatutnya sayangkan rakyat dengan terus menekan mereka yang terlibat dalam tabiat buruk ini. Menurut "estimate" penganalisa pada tahun 2012 industri judi termasuklah Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan lain-lain menyumbang sebanyak RM2.3 ke 2.7 billion dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Menurut Confederation of Malaysian Brewers Berhad pula setiap tahun pemain industri "beer" dan "stout" (tidak termasuk arak lain atau "liquor") menyumbang sebanyak RM1 billion dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Bermakna setiap tahun industri maksiat ini mampu menyumbang berbillion ringgit dalam bentuk cukai kepada kerajaan namun terus mencatatkan keuntungan. Mengapa perlu mereka terus bersenang-lenang atas kemudaratan rakyat. Kalau kita tidak mampu menghapusnya kerana tiada kekuatan dan komitmen Islam sebagaimana Brunei, sekurang-kurangnya kita ambil usaha mengekangnya. Dalam hal ini saya berharap agar ahli-ahli Parlimen PAS selain sibuk nanti dengan isu GST dan subsidi gula, wajib dan wajar sangat mengemukakan isu ini. Wakil-wakil parti Islam harus bercakap dan berhujah berkenaan Islam, jangan diamkan isu ini. Gula dikatakan membawa penyakit maka logiknya kerajaan menarik balik subsidinya. Arak, judi dan rokok semuanya memusnahkan dan dalam Islam haram dan memudaratkan, maka wajarlah ia juga jika tidak dibeteras sekurang-kurangnya dinaikkan semaksima mungkin cukainya. Ahli-ahli Parlimen Islam (BN dan PR) memikul tanggungjawab dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt kelak, mengapa kita biarkan industri ini terus berkembang sedangkan kita punya "political will" untuk bertindak. Malulah kepada Brunei, kalau tak mahu malu kepada Allah swt. Mari kita lihat apa peranan ahli-ahli parlimen kita. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan