Sabtu, 26 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Perlaksanaan GST : Apa kata pakar-pakar ekonomi?.. bacalah..

Posted: 25 Oct 2013 09:31 PM PDT


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah langkah 'regresif' yang akan memberi kesan lebih buruk kepada kumpulan miskin dan rakyat Malaysia yang sudah pun bergelut dengan hutang, kata pakar ekonomi.

Walaupun memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) untuk diganti dengan GST, kadar 6% yang diumum Putrajaya hari ini dalam Bajet 2013 dianggap terlalu tinggi, menurut pakar ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.


"Ini adalah cukai regresif kerana mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbeban dengan pengenalan cukai ini daripada segi nisbah kepada pendapatan mereka," kata Azrul kepada The Malaysian Insider.

Azrul juga tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan pengenalan kadar 6% adalah paling rendah.

"Kerajaan perlu membuat perbandingan pengenalan kadar antara negara dan bukan pada kadar semasa.

"Singapura semasa memperkenalkan GST hanya pada 3%," terang Azrul lagi.

Pandangan Azrul juga dikongsi oleh penganalisis Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui kerana kadar itu adalah tidak munasabah memandangkan hutang isi rumah berada pada 80% dan orang ramai akan terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang diperoleh.

"Akhirnya rakyat terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang mereka peroleh," kata Lim kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakaria Abdul Rashid tidak menolak dengan inflasi yang meningkat secara konsisten sejak beberapa bulan lalu, pengenalan GST akan menekan rakyat.

"Indeks harga pengguna (CPI) ketika ini pada kadar 1.9% dan kita lihat sejak beberapa bulan ia naik secara konsisten.

"Kalau peningkatan ini berterusan sehinggalah pengenalan GST pada tahun 2015 nanti, ia mungkin menambah tekanan kepada orang ramai," kata Zakaria.

Indeks CPI bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 meningkat sebanyak 1.7% kepada 106.5 dibandingkan dengan 104.7 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, CPI Ogos 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9% daripada 105.0 kepada 107.0 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, CPI merekodkan peningkatan sebanyak 0.1%.

Selain itu, Putrajaya juga telah pun berdepan dengan kritikan susulan pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan sebanyak 20 sen, malah kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3% menurut pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Mengenai jaminan untuk memantau pelaksanaan GST di bawah Jawatankuasa Pemantauan GST, Azrul meragui akan kemampuan Putrajaya untuk menunaikan janji-janji tersebut berdasarkan kegagalan dalam pelaksanaannya sebelum ini.

"Saya meragui jawatankuasa yang ditubuhkan tersebut mempunyai kemampuan untuk menguatkuasa GST ke atas peniaga, pengeluar serta menangani inflasi.

"Sejak dahulu lagi, tren penguatkuasaan di Malaysia adalah lemah. Adakah itu membuatkan anda berfikir penguatkuasaan sekarang akan lebih baik daripada masa lepas?" soal Azrul lagi.

Sebaik pengumuman tersebut, Najib berkata cukai tunggal atau GST itu akan membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.

"Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa GST terbukti sebagai satu sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.

"Majoriti negara-negara dunia itu tidak akan melaksanakan GST jika ia memudaratkan rakyat dan negara," kata Najib.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga menegaskan pelaksanaan GST haruslah dilaksanakan secara berperingkat.

"Semuanya harus dilakukan secara berperingkat, perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat," kata beliau kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 Jun lalu.

Syukur.. Beras dan Ikan Kering tak akan dikenakan GST kata macai..

Posted: 25 Oct 2013 06:00 PM PDT


Semalam Malaysiakini telah melaporkan.. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST. Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

..... Mungkin Anwar Ibrahim terlupa atau tidak mendengar sepenuhnya apa yang diucapkan oleh Najib kerana asyik menjawab apa yang telah di 'Tweet' oleh pengikutnya dilaman Twitter, jadi beliau tidak nampak pilihan yang telah dikemukakan oleh Najib kepada rakyat yang tidak setuju dengan perlaksanaan GST itu..

Najib bukanlah sebegitu kejam sebenarnya, beliau telah memberikan kita semua pilihan dan ianya diutarakan secara berhemah bukannya seperti lain-lain Menteri UMNO yang menghalau rakyat keluar dari negara jika tak setuju dengan mereka..

Ini kerana jika kita tidak setuju dengan GST yang akan dilaksanakan itu.. gunakanlah barangan yang Najib kecualikan ini untuk meneruskan hidup..

Antara barangan yang dikecualikan GST itu ialah beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan dan minulah air paip...

... Syukur.. Beras dan Ikan Kering tak akan dikenakan GST.. kata macai... ha.. ha.. ha...

Najib kata subsidi Gula diturunkan tapi apahal pulak Menteri Ayam ni kata harga gula dinaikkan?

Posted: 25 Oct 2013 09:50 AM PDT


Awal September lalu bila Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengumumkan Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi RON95 sebanyak 20 sen, Pemimpin-pemimpin UMNO cuba memperbodohkan orang ramai untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Ramai antara mereka berhujah mengatakan Najib tidak menaikkan harga petrol tersebut kerana menurut mereka Kerajaan hanya memotong subsidi bukannya menaikkan harga minyak.

Akibat dari sering diperbodohkan hingga tepu pemikiran mereka ramai ahli-ahli UMNO yang bersetuju dengan hujah itu menggunakannya untuk mempertahankan tindakan Najib.

Malah hujah yang sama juga iaitu hanya subsidi dikurangkan bukan harga dinaikkan telah diguna dalam kempen UMNO/BN dalam PRK DUN Sungai Limau..

Hari ini ketika membentangkan bajet 2014 yang menyediakan ribuan juta RM projek-projek untuk kroni, Najib mengumumkan pemotongan subsidi gula pula..

Laporannya..

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya. - Bernama

Sepertimana RON95, Najib juga tidak mengumumkan sebarang kenaikkan harga bagi komoditi ini yang dilakukannya ialah memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen..

Tapi.. apahal pulak Menteri Ayam ni kata gula akan dinaikkan harga?



KUALA LUMPUR - Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 hari ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Hasan berkata beliau mahu rakyat khususnya peniaga melihat pengurangan subsidi gula secara positif dan tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat ini," katanya.

Ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, Najib mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dimansuh berkuat kuasa esok. - Bernama


... Macai-macai tentu boleh jawabkan?? Kenapa subsidi yang dikurangkan tapi harga gula ini naik?.. jawablah ya... kah.. kah.. kah..

Dalam hal harga gula ni kan, aku hairan sebab apa bila kroni parti yang sering jerit 'HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! ambil alih kilang gula dari Cina yang bernama Robert Kuok tu dalam masa tak sampai lima tahun dah lima kali kalau tak silap aku harga gula naik..

Sedangkan masa Cina yang dibenci sangat oleh macai-macai tu pegang dalam masa lima tahun,lima sen pun tak dinaikkannya..

Buat yang masih mengatakan Robert Kuok yang mengawal harga gula di Malaysia tu.. sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: