RAKYAT MARHAEN |
- Buang Identiti Etnik: 'Kami Muslim... dan masih Dusun'
- Gantirugi Tiada Air : Tribunal Nasihat Failkan Kes ke Mahkamah Sivil
- Auit: 40 orang meninggal dunia masih terima bantuan JKM N9
- Regim Zionis As Sisi ambil alih aset Ikhwanul Muslimin
- Pindaan PCA dibimbangi disalahgunakan oleh kerajaan UMNO-BN
- Majlis Peguam kecewa Kerajaan Pusat luluskan pindaan PCA
- PLKN : Kaji, Tangguh Atau Batal?
- RM80.53 juta sewaan pesawat VVIP antara 2010-12
- Audit Negara 2012: Komen isu berkaitan air dan tenaga
- Setiausaha Dewan Ulamak tidak perlu kasar sangat.....
- Sg Limau: PAS hilang maruah jika tewas - Ilham Centre
- NAZAR WALK 4 BN: K.BESUT - PUTRAJAYA..HA...HA...HA..KANTOI LAGI..!!!
- Audit: Kerajaan BN tak pernah ambil iktibar
- Bolehland: Nak bernikah dengan pak cik sendiri
- Bolehland: Mertua minta hadiah terlarang
- Netanyahu to Iran: Stop nuclear program
- The Stream - Syria's foreign fighters
- TG Nik Aziz nasihat jemaah haji gandakan ibadat
- PAS pertikai mengundi PRK DUN Sungai Limau pada hari bekerja
- Umno perlu bebas politik wang seperti Pas
- Timbalan presiden: Mat Sabu jangan kecil hati, kata ulama PAS
- Najib adalah PM yang paling berjimat di Asia Tenggara ..
- Audit: Isyarat kerajaan boros, tidak berhemah
- Doktor Bergaya ‘ALA- PREDATOR’ Buat Laporan Polis
- Sg Limau: SPR tidak telus, nafi hak pengundi
Buang Identiti Etnik: 'Kami Muslim... dan masih Dusun' Posted: 03 Oct 2013 09:42 PM PDT Kenyataan itu menyinggung perasaan beberapa pihak, yang mahukan perpaduan penduduk Sabah tidak kira apa agamanya. Daripada Selasa, penduduk Sabah memenuhkan kotak e-mel anggota Parlimen Penampang daripada PKR Darell Leiking dengan gambar bagi menghantar mesej kuat kepada mufti itu: "Kami etnik tersendiri dan kami bangga dengannya." Di pelbagai tempat, malah sehingga sejauh Paris, orang ramai menghantar gambar masing-masing yang menyatakan etnik masing-masing dalam sekeping gambar. Antara gambar yang dimuat naik di Facebook Leiking, terdapat keluarga enam anggota dalam baju Melayu dan baju tulis meletakkan tulisan: "Kami Muslim... tapi masih Dusun." Keluarga yang lain pula menulis: Kami Kadazandusun, Sino, Punjabi, Lundayeh dan Filipina dan kami satu keluarga. |
Gantirugi Tiada Air : Tribunal Nasihat Failkan Kes ke Mahkamah Sivil Posted: 03 Oct 2013 09:35 PM PDT |
Auit: 40 orang meninggal dunia masih terima bantuan JKM N9 Posted: 03 Oct 2013 09:29 PM PDT SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), masih memberi bantuan kepada 40 individu yang sudah meninggal dunia di Negeri Sembilan sepanjang tempoh 2008 sehingga 2012. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, didapati sejumlah RM45,350 dibayar kepada 15 orang penerima yang sudah meninggal dunia tidak termasuk 25 yang meninggal pada tahun 2012. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 kes melibatkan wang berjumlah RM23,070 berlaku di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Seremban, empat kes melibatkan wang berjumlah RM19,040 di PKMD Kuala Pilah dan satu kes di PKMD Port Dickson, yang melibatkan wang sebanyak RM3,240. "Pengiraan adalah dengan mengambil kira wang bantuan kerajaan negeri dan juga bantuan tambahan daripada kerajaan persekutuan. Penerima yang meninggal dunia pada tahun 2012 tidak diambil kira kerana ada di antaranya baru dan belum dimaklumkan kepada PKMD. "Semakan lanjut mendapati ada antara wang bantuan terlibat diagihkan melalui serahan kepada wakil penerima," menurut laporan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Regim Zionis As Sisi ambil alih aset Ikhwanul Muslimin Posted: 03 Oct 2013 09:27 PM PDT KAHERAH - MESIR. Kerajaan Zionis As Sisi merampas aset Ikhwanul Muslimin selepas aktiviti kumpulan itu diharamkan. Pihak berkuasa berkata, mereka juga akan mengambil alih perkhidmatan-perkhidmatan sosial yang dikendalikan kumpulan itu termasuk hospital, sekolah dan kebajikan. Menurut laporan BBC, pengharaman itu dikeluarkan dalam keputusan mahkamah baru-baru ini tetapi baru sekarang ia disahkan. "Mengikut undang-undang, berdasarkan hukuman terakhir, mereka kini digam (diharamkan)," kata pegawai terbabit. Jurucakap untuk menteri perpaduan sosial, Hani Mahanna berkata, kabinet telah mewujudkan jawatankuasa untuk menyiasat sumber dana Ikhwanul Muslimin dan mengambil alih aset tersebut. Katanya, jika kebajikan itu ternyata mempunyai kaitan secara langsung mahupun tidak dengan Ikhwanul Muslimin sama ada pendidikan atau perubatan, mereka akan terikat dengan keputusan mahkamah dan kerajaan akan mengambil alih kesemuanya. |
Pindaan PCA dibimbangi disalahgunakan oleh kerajaan UMNO-BN Posted: 03 Oct 2013 09:21 PM PDT Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang membenarkan tahanan tanpa bicara terbuka kepada penyalahgunaan kerajaan Umno-BN seperti yang terjadi kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut NGO, Lawyers For Liberty (LFL) berkata, apa yang dibimbangi pindaan PCA itu adalah individu yang tidak bersalah yang akan ke penjara dan kegagalan dalam melaksanakan keadilan. Read More / Baca Lagi >>"Kenapa undang-udang yang menyekat hak asasi manusia dijadikan pilihan untuk mencegah jenayah ?, seluruh masyarakat perlu terlibat dalam mencegah jenayah," kata LFL dalam twitternya. Menurut pengguna Facebook, Radin Muhd Imaduddin dalam responnya berkata, penyalahgunaan akta itu boleh berlaku apabila tafsiran undang-undang itu yang longgar dan subjektif kepada kuasa eksekutif. Katanya, alasan meluluskan penahanan tanpa bicara bagi membolehkan Polis membanteras jenayah berat adalah ganjil sedangkan terdapat tindakan lain yang boleh digunakan seperti operasi cantas khas Polis. "Teringat filem "Minority Report", lakonan Tom Cruise dengan berbeza konteks, tapi hampir serupa matlamatnya," kata beliau. |
Majlis Peguam kecewa Kerajaan Pusat luluskan pindaan PCA Posted: 03 Oct 2013 09:19 PM PDT SHAH ALAM 4 OKT : Majlis Peguam Malaysia kecewa dengan Kerajaan Pusat yang meluluskan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA). Presidennya, Christopher Leong, berkata pengenalan semula undang-undang penahanan tanpa bicara dan mengurangkan kuasa mahkamah yang diluluskan Dewan Rakyat memberikan pukulan hebat kepada kedaulatan undang-undang negara ini. Katanya, pindaaan PCA itu adalah suatu yang menyedihkan bagi negara yang kembali semula ke belakang dalam hak asasi manusia. "Jenayah keganasan yang berlaku perlu mengikuti prinsip, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah. "Pindaan PCA itu akan menafikan hak asasi manusia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," kata Christopher dalam satu kenyataan. Read More / Baca Lagi >> |
PLKN : Kaji, Tangguh Atau Batal? Posted: 03 Oct 2013 08:45 PM PDT Jangan buat keputusan syok sendiri. Jangan buat tindakan tanpa mengambil tahu apa yang rakyat rasa mengenai PLKN ini. Baru2 ini kita dikejutkan sekali lagi dengan seorang pelatih PLKN mati dalam kem latihan. Kes dipercayai kes dera. Mati dibunuh. Ini menjadikan kita sudah ada 22 kes kematian sepanjang PLKN di laksanakan. Harus di ingat, kematian adalah salah satu cabang masalah. Salah satu. Selain dari kematian kita juga dihadapkan dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam PLKN iaitu ; 1. Kes buli + dera. 2. Kes mengandung ketika dalam PLKN ataupun selepas balik PLKN ** [terpencil] 3. Kes rogol + ganguan seksual. Ada yang dilaporkan ada yang tidak dilaporkan. 4. Kes pegawai pelatih hantar surat2 cinta kepada pelatih2 perempuan. 5. Kes kecacatan kekal. 6. Kes keracunan makanan. Bayangkan. Untuk anak yang kita jaga dan tatang dengan penuh kasih sayang, dengan berat ahti hantar dia ke satu program yang kita rasa belah bahagi, tapi akhirnya perasaan belah bahagi kita itu dimuktamadkan dengan kematian anak sendiri, adakah itu boleh diterima? Pada saat ibu dan bapa benar2 mahu menghalang pemergian anak2 masing2 tapi mereka tak mampu untuk mengubah suasana, akhirnya terpaksa berat ahti menerima anak kesayangan mereka mati dalam PLKN. Itu kalau mati. Kalau yang kena cabul? Kalau yang kena buli dan dera sehingga menganggu psikologi budak2 itu, macam mana? Read More / Baca Lagi >> |
RM80.53 juta sewaan pesawat VVIP antara 2010-12 Posted: 03 Oct 2013 08:41 PM PDT Isu kerajaan berbelanja lebih untuk menyenggara pesawat perdana menteri tidak timbul kerana pesawat itu bukan sahaja dikhususkan untuk kegunaan perdana menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) berkata negara memiliki tujuh jet eksekutif untuk digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan timbalan perdana menteri bagi memastikan urusan rasmi negara berjalan lancar. "Penyenggaraan dibuat oleh syarikat-syarikat yang ditentukan. Kalau kita tidak senggara, akan bahaya kerana ini adalah soal keselamatan pemimpin negara. "Kosnya juga berdasarkan kepada harga yang ditentukan pihak penyenggara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam. Terdahulu Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming mengadakan sidang akhbar untuk mengulas jawapan bertulis yang diterima daripada Shahidan mengenai perkara itu. Dalam jawapan bertulis itu, Shahidan berkata kerajaan membelanjakan USD25.2 juta (RM80.53 juta) untuk kos sewaan, RM16.515 juta untuk kos penyenggaraan dan RM3.32 juta untuk kos penambahbaikan pesawat VVIP dari tahun 2010 hingga 2012. Read More / Baca Lagi >> |
Audit Negara 2012: Komen isu berkaitan air dan tenaga Posted: 03 Oct 2013 08:37 PM PDT Hentikan agensi yang bertindih tugas Laporan Ketua Audit Negara menyentuh mengenai beberapa kegagalan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) berulang kali membangkitkan isu agensi yang bertindih tugas dalam operasi kerajaan dan JPP adalah salah satu agensi tersebut. Kewujudan agensi sebegini sebenarnya akan menghalang rancangan sebenar yang ditetapkan dalam proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Awer juga telah bertemu dengan Ketua Setiausaha KeTTHA bagi membincangkan pembubaran JPP dan menyerap pegawainya ke KeTTHA, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) atau agensi kerajaan yang lain. Nota perbincangan ini juga dikemukakan semula kepada perhatian Menteri KeTTHA selepas kehilangan emel dan surat dari Awer di pejabat menteri itu pada awalnya. Begitu juga, Jabatan Bekalan Air (JBA) perlu menjalani proses pembubaran yang sama. Pertindihan tugas bukan sahaja menjadi penghalang tetapi ia juga menyebabkan salah urus operasi. Sebagai contoh, kejadian paip pecah bagi paip yang baru dipasang di Jalan Universiti menyebabkan kerosakan jalan yang teruk menyebabkan tiga kenderaan rosak dan seorang pemandu "terbang" ke udara kira-kira 10 meter pada akhir April 2010. Alasan yang diberikan bagi kejadian itu oleh JBA hanya membuktikan kegagalan untuk menjalankan tugas dengan betul. Tiada sebarang siasatan susulan dilakukan dan laporan disiarkan. Pada masa ini, tugas JBA boleh dilaksanakan dengan mudah oleh SPAN, PAAB dan syarikat air yang lain. Di samping itu, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang dicemari dengan isu Tarif Galakan (FiT) dan penubuhan juga bertindih dengan fungsi Suruhanjaya Tenaga (ST). Mengapa KeTTHA sentiasa beroperasi secara bertindih? Read More / Baca Lagi >> |
Setiausaha Dewan Ulamak tidak perlu kasar sangat..... Posted: 03 Oct 2013 08:26 PM PDT Saya rasa sikap Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin Azman Razali dalam memberi pandangan tidak menunjukkan sifat seorang ilmuan yang berhemat atau pun kurang diplomasi politik apabila beliau merujuk terus pandangannya dalam soal memilih timbalan presiden kepada Mohamad Sabu. Sebagai sama-sama duduk di dalam jemaah tidak seharusnya beliau jadi begitu out spoken sehingga butir bicaranya boleh melukai hati pihak lain. Rasulullah S.A.W. sangat melarang daripada umatnya menyakiti hati orang lain. Banyak hadith mengenai hal ini, carilah dan geoogle lah sendiri. Memang menjadi hak beliau bercakap untuk mempertahankan resolusi multaqa ulamak se Malaysia, tetapi janganlah memberi nasihat sampai tuan badan dan penyokongnya boleh terasa hati. Kadang-kadang sesebuah negara besar itu boleh berperang kerana kesilapan sepatah ucapan dan kata-kata sahaja. Khairuddin tidak perlu direct menasihat (apologis) kepada Mat Sabu dengan berkata; Timbalan Presiden Pas sekarang seorang pemimpin Pas yang hebat. Cuma barang kali yang kurang adalah fakih (mendalami) soal agama." Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: PAS hilang maruah jika tewas - Ilham Centre Posted: 03 Oct 2013 08:20 PM PDT Kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sangat penting untuk Umno dan PAS, malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir cuba untuk memastikan ia bukan sekadar kebetulan sementara lawannya pula mahu menilai popularitinya. Namun jika kekalahan yang diterima PAS, ia bakal memberikan impak yang lebih besar kepada parti komponen Pakatan itu selepas kehilangan negeri Kedah dalam pilihan raya umum lalu. Ia bukan lagi dianggap kehilangan satu kerusi sahaja bahkan akan membuktikan prestasi PAS memang sedang menurun selepas pemergian Pesuruhjayanya, Tan Sri Azizan Razak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu. Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohd Hisomudin Bakar, berkata selepas PAS kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dua isu penting dijadikan sebab bagaimana ia boleh berlaku. "Satu kerana perpecahan dalaman antara Azizan dan musuhnya dalam PAS, yang kedua kerana kegagalan PAS Kedah dalam melaksanakan dasar negeri yang dilihat tidak melata. "Jika PAS kalah lagi dalam pilihan raya ini, Mahfuz yang mengambil alih jawatan dari Azizan bakal berhadapan dengan trauma besar," katanya. Ilham Centre terlibat dalam membuat kajian lapangan sebelum membuat cadangan manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13 Mei lalu dan Kedah adalah antara negeri yang dikaji Ilham Centre. Read More / Baca Lagi >> |
NAZAR WALK 4 BN: K.BESUT - PUTRAJAYA..HA...HA...HA..KANTOI LAGI..!!! Posted: 03 Oct 2013 08:06 PM PDT |
Audit: Kerajaan BN tak pernah ambil iktibar Posted: 03 Oct 2013 07:49 PM PDT AYER KEROH - Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mohamad Akin mendakwa kerajaan tidak pernah mengambil iktibar daripada laporan audit yang dinyatakan setiap tahun. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata laporan berkenaan, setiap tahun sentiasa menampakkan ketirisan dan pembaziran. "Perkara ini dilihat amat malang dan tidak memberikan kesan yang baik kepada rakyat meskipun sering ditegur oleh Ketua Audit Negara. "Sebab itu setiap tahun kita menyaksikan belanjawan mengalami defisit sekali gus menunjukkan kita sentiasa berada dalam keadaan berhutang," katanya ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >> |
Bolehland: Nak bernikah dengan pak cik sendiri Posted: 03 Oct 2013 07:47 PM PDT Kuala Terengganu: Angkara terpengaruh dengan ajaran Syiah, seorang guru wanita hampir melakukan 'kerja gila' mengahwini bapa saudaranya sendiri, minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, perkara itu berjaya dihalang apabila adik guru itu memaklumkan kepada ibu bapa mereka. "Ibu bapa guru itu gagal menghubunginya selama seminggu dan selepas mendapat maklumat berkenaan, ibu bapa gadis itu menyiasat melalui Facebook sebelum mendapati lelaki yang ingin dikahwini anak mereka itu adalah pengikut ajaran Syiah," katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu kali 'Mendepani Virus Syiah' di sini, semalam. Beliau berkata, guru itu yang berasal dari negeri ini dan bekerja di Kuala Lumpur, kini dipantau ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan anak mereka yang cuba dipengaruhi dengan fahaman Syiah oleh bapa saudara sebelah ibunya. Read More / Baca Lagi >> |
Bolehland: Mertua minta hadiah terlarang Posted: 03 Oct 2013 07:44 PM PDT Kajang: Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya. Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu. Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari. Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun. "Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa. "Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Netanyahu to Iran: Stop nuclear program Posted: 03 Oct 2013 07:37 PM PDT |
The Stream - Syria's foreign fighters Posted: 03 Oct 2013 07:35 PM PDT |
TG Nik Aziz nasihat jemaah haji gandakan ibadat Posted: 03 Oct 2013 07:32 PM PDT KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan jemaah haji supaya melakukan ibadat berganda sebagaimana berada di Makkah walaupun selepas pulang nanti. Read More / Baca Lagi >>Katanya, dengan amalan sedemikian harta yang dibelanjakan untuk menunaikan ibadat haji akan lebih bermakna serta tidak sia-sia. "Apa yang berlaku kebanyakannya di Makkah ketika menunaikan ibadat haji banyak amalan dilakukan sama ada wajib atau sunat," ujarnya. Bagaimanapun, katanya sebaik sahaja pulang ke tanah air beberapa hari kemudian, kegiatan lama seperti tinggal solat, tidak bayar hutang dan lain-lain diamalkan semula. Beliau berkata demikian ketika merakamkan ucapan selamat jalan kepada jemaah haji di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru, di Kota Darulnaim. Menurutnya, sekiranya di Makkah jemaah haji melontar untuk menghalau syaitan, apabila pulang nanti mereka juga perlu berbuat demikian. |
PAS pertikai mengundi PRK DUN Sungai Limau pada hari bekerja Posted: 03 Oct 2013 07:31 PM PDT PAS sekali lagi membantah penetapan tarikh pengundian pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau apabila ia dijadualkan pada hari bekerja iaitu Isnin. Ia disifatkan tidak demokratik dan menafikan hak pengundi khususnya mereka yang bekerja di luar kawasan pilihan raya tersebut. PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu. SPR menetapkan 4 November sebagai hari pembuangan undi PRK Dun Sungai Limau, Kedah sementara penamaan calon ialah pada 23 Oktober. Ia mengulangi apa yang berlaku di PRK Kuala Besut yang juga ditetapkan pada hari bekerja iaitu Rabu. PAS secara rasmi membuat bantahan mengenainya sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
Umno perlu bebas politik wang seperti Pas Posted: 03 Oct 2013 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR - Umno sewajarnya mencontohi budaya politik Pas yang bebas daripada politik wang jika ingin melihat parti itu kekal relevan dan terus diterima masyarakat di negara ini. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, sudah sampai masanya Umno berubah dengan melakukan perubahan drastik dan bukan sekadar janji kosong, sejajar dengan laungan transformasi pada pemilihan parti itu tidak lama lagi. "PR dan Pas menyeru parti-parti politik di negara ini mengamalkan budaya politik bersih dan sihat. "Umno yang telah dikenali oleh masyarakat dengan politik wang sejak sekian lama. "Umno perlu berubah dan kita harap usaha dan janji mereka untuk berubah itu dilaksanakan oleh semua pimpinan Umno," katanya kepada Sinar Harian Online. |
Timbalan presiden: Mat Sabu jangan kecil hati, kata ulama PAS Posted: 03 Oct 2013 07:28 PM PDT Dewan Ulama PAS mempertahankan cadangan mereka supaya presiden dan timbalan presiden PAS dipilih di kalangan ulama yang faqih (berilmu), namun ia hanya keutamaan sahaja bukannya wajib. Sehubungan itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak perlu terasa hati dengan cadangan itu. Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali (gambar), berkata Dewan Ulama berpendapat, yang aulanya (keutamaan) untuk jawatan ini, seorang yang fakih hukum dan realiti serta politik semasa dipilih ke jawatan itu. Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini mencadangkan presiden dan timbalan presiden PAS dipilih di kalangan ulama. Ia menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin PAS seolah-olah ulama mahu mengawal semua jawatan dalam parti Islam itu. Ada yang berpendapat, jika presiden dan timbalan presiden PAS adalah ulama, di mana pula peranan Majlis Syura Ulama, seolah-olah peranan mereka bertindan sahaja. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS selepas Muktamar tahunan. Semua anggotanya terdiri daripada ulama atau mereka yang mendapat pendidikan agama secara formal. Mat Sabu dikira bukan seorang ulama. Read More / Baca Lagi >> |
Najib adalah PM yang paling berjimat di Asia Tenggara .. Posted: 03 Oct 2013 07:25 PM PDT Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta setahun bagi menyewa pesawat untuk kegunaan Perdana Menteri (PM). Selain itu sebanyak RM5.5 juta dikeluarkan bagi tujuan penyelenggaran pesawat jet VVIP tersebut. Ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan dalam tempoh tiga tahun dari 2010 kerajaan telah berbelanja RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta bagi penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk penambahbaikan jet tersebut. Mengulas perkara itu, Kor Ming, dalam tempoh tiga tahun kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi kegunaan PM. "Sebagai bandingan rakan sejawat PM di Singapura, Lee Hsien Loong, beliau hanya menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan luar negara dan ini menjimatkan wang rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Audit: Isyarat kerajaan boros, tidak berhemah Posted: 03 Oct 2013 05:06 PM PDT Laporan Audit Isyarat Perbelanjaan Kerajaan Boros Tidak Mengikut Kaedah Perbelanjaan Berhemah Islam Read More / Baca Lagi >>2 asas penting dalam perbelanjaan sebagaimana digariskan oleh Islam ialah pertama perbelanjaan berhemah dan kedua perbelanjaan menurut kemampuan. Allah berfirman dalam surah al-Furqan, 67: وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَامًا Maksudnya: Dan mereka yang apabila berbelanja mereka tidak boros dan tidak kedekut dan adalah perbelanjaannya pertengahan antara keduanya. Allah berfirman lagi al-Tolaq: 7 لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ Maksudnya: Hendaklah berbelanja orang yang berkelapangan berdasarkan kelapangannya dan sesiapa yang disempitkan rezkinya hendaklah dia berbelanja berdasarkan apa yang diberikan oleh Allah Saya memetik ulasan umum Ketua Audit Negara Tan Sri Datuk Setia Haji Ambrin Buang dalam Laporan Audit Negara 2012 siri 1 hasil daripada pengauditan 21 program/aktiviti/projek dibawah 15 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pengurusan 4 syarikat Kerajaan dan juga siri 2 hasil daripada pengauditan 24 program/aktiviti/projek dibawah 13 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pengurusan 2 syarikat Kerajaan dan pengurusan terhadap prestasi kewangan dan pengawasan syarikat kerajaan: "Pada umumnya terdapat kelemahan seperti improper payment, kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset Kerajaan. Kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosuder yang ditetapkan oleh Kerajaan, kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor /vendor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek, lewat membuat keputusan mengenai perolehan, sistem maklumat Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini, kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek, kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset dan kekurang pegawai untuk mengutip hasil". |
Doktor Bergaya ‘ALA- PREDATOR’ Buat Laporan Polis Posted: 03 Oct 2013 05:05 PM PDT Gempar sebelum ini mengenai 'Predator Malaysia' yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya. Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini? Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor. Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook. Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis? Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: SPR tidak telus, nafi hak pengundi Posted: 03 Oct 2013 05:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Penetapan tarikh pembuangan undi pada hari bekerja membuktikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak demokratik dan menafikan hak pengundi khususnya mereka yang bekerja di luar kawasan atau negeri. Read More / Baca Lagi >>Ketua Dewan Muslimat PAS Pusar, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan, dalam menentukan tarikh pembuangan undi seharusnya SPR mengambil kira pengundi yang bekerja luar dari negeri Kedah. Menurut beliau, cara yang dilakukan SPR sangat tidak telus walaupun pilihan raya kecil (PRK) belum dilaksanakan tetapi pembuangan undi pada hari bekerja telah dilakukan pada PRK Kuala Besut. "Tindakan SPR itu seolah-olah menafikan hak pengundi yang bekerja untuk balik mengundi," katanya. Bagi persediaan jentera Muslimat katanya, muslimat seluruh negara bersedia untuk turun membantu mempertahankan kemenangan di Dun Sungai Limau dengan majoriti yang lebih banyak. Menurut beliau, selepas jentera Muslimat dilancarkan pada 11 Oktober nanti jentera muslimat akan hadir membantu mengikut jadual yang telah ditetapkan kepada Dun dan negeri. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan