RAKYAT MARHAEN |
- Pengundi Sg Limau perlu tunjuk kuasa rakyat
- Manifesto Pakatan Rakyat “sampah”, kata Ahmad Zahid
- Busuknya politik negara, baunya datang dari usus politik itu sendiri
- Penjawat Awam Dianak Tiri: Shahidan nafi JPM terlebih bayar gaji CEO
- Sg Limau: Kekalkan PAS, tolak penindasan terhadap rakyat
- Kemenangan Pro-M UKM, isyarat mahasiswa mahu perubahan
- Sg Limau: Protes barang naik pangkah PAS
- Sg Limau: Makan umpan, jangan joran - Presiden PAS
- Dr Mahathir silap tentang politik wang dalam Umno kata Ahli MT
- FOOL'S BUDGET: Let's face it - PM's chair is just TOO BIG for Najib!
- The Chinese are victimised again…
- Integriti: 30% CeiO tidak laksana tugas sepatutnya
- Tidak Adil: Cuepacs desak gaji sama dengan pekerja kontrak dalam agensi kerajaan
- Sg Limau: Kenaikan berantai, rakyat derita
- Sg Limau: Mukhriz,sebab apa hilang? tanya DHPP
- Sg Limau: Fitnah semakin rancak, kali ini ADUN Pengkalan Kundur.
- Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 29-10-2013
- PENGERUSI TABUNG HAJI YANG BARU AZEEZ RAHIM, KATA SUSU PEKAT LUPUT TARIKH SUMBANGAN DARI BELIAU SEBENARNYA ADALAH UNTUK KEGUNAAN PARA PETUGAS BN.!!!
- Muhyiddin Sudah Minta Maaf, Pas Bila Lagi?
- ABIM: GST susahkan orang muda, penyebab inflasi
- Gula naik 5 kali sejak dikuasai kroni BN, Syed Mokhtar
- UUM: Bawani menang, pro-M berusaha bentuk MPP
- Pemilihan UMNO: Politik Wang Hanya Berlaku Sekiranya Kaya - Shahidan
- MP DAP Taiping Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- MP PAS Temerloh Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
Pengundi Sg Limau perlu tunjuk kuasa rakyat Posted: 29 Oct 2013 08:51 PM PDT JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar pengundi Dun Sungai Limau menunjukkan kuasa rakyat dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti. Jelasnya, penolakkan ini sebagai bantahan kepada kerajaan yang tidak pernah memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kesempitan hidup. "Walaupun PRK kali ini tidak dapat mengubah apa-apa kuasa pemerintahan sama ada negeri atau pusat, namun ia amat penting kepada kita untuk menunjukkan kuasa rakyat. "Sebagai pengundi peluang ini harus diambil sebagai isyarat kita kepada kerajaan bahawa rakyat membantah setiap keputusan menaikkan harga barang. "Apatah lagi sikap mereka yang tidak memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kesempitan hidup," ucap beliau pada satu program ceramah di Kampung Dulang Kecil semalam. Ucap beliau lagi, bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebelum ini tidak ada satu perkara yang dapat mengubah masa depan rakyat, melainkan rakyat terus dibebani kenaikkan harga gula. Read More / Baca Lagi >> |
Manifesto Pakatan Rakyat “sampah”, kata Ahmad Zahid Posted: 29 Oct 2013 08:48 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melabel manifesto Pakatan Rakyat (PR) sebagai "sampah" dan "tidak berpijak di bumi yang nyata" dengan mendakwa hanya 15 peratus janji manifesto pembangkang berkenaan ditunaikan pada 2008. "Manifesto PR nak kurangkan pekerja asing, ia baik dan tidak berpijak di bumi nyata dan tidak dapat dilaksanakan. "Hanya 15 peratus manifesto yang dilontarkan pada 2008 sehingga 2013 telah dilaksanakan. Dalam erti kata lain ia 'rubbish'," kata Ahmad Zahid semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini. "85 peratus manifesto mereka tidak dapat dilaksanakan. Sebab itu saya kata mereka berjanji tidak berpijak di bumi yang nyata," kata Ahli Parlimen Bagan Datoh itu ketika sidang media di lobi Parlimen. |
Busuknya politik negara, baunya datang dari usus politik itu sendiri Posted: 29 Oct 2013 08:46 PM PDT Apabila kita berbohong lama kelamaan orang ramai akan mengetahui bohong kita itu juga. Apabila kita buat perkara yang terbalik, hasilnya juga akan terbalik. Hanya apabila kita melakukan kerja secara jujur dan mengikut kehendak jiwa jujur sahaja kita susah hendak dipersoal oleh mana-mana pihak, waimma dari musuh kita sendiri. Apa tah lagi jika pemimpin mengkhianati rakyat dan kerajaan secara senyap sekali pun, akhirnya ia akan terbongkar kepada pengetahuan umum. Tidak ada kesalahan, terutamanya kesalahan pimpinan kepada rakyat itu boleh di lindungi sampai bila-bila masa. Ia akan tetap mendapat perhatian umum akhirnya membawa badai buruk kepada pemimpin itu. Apabila kita membeli alat persenjataan untuk negara misalnya, kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab mesti mencari harga yang terendah dalam mengikut spesifikasi yang kita perlukan. Tujuannya ialah untuk mengurangkan perbelanjaan mana yang boleh tanpa mengorbankan spesifikasi yang di perlukan itu. Matlamat mencari harga yang murah itu tentulah kerana rasa bertanggungjawab ke atas wang rakyat yang di belanjakan itu. Itulah tanggungjawab pemimpin parti yang berada di Kementerian-Kementerian untuk melakukan pemantauan terhadap cara wang rakyat di belanjakan. Tugas menteri itu bukannya satu tugas yang susah jika mereka mengikut apa yang perlu mereka lakukan di Kementerian masing-masing. |
Penjawat Awam Dianak Tiri: Shahidan nafi JPM terlebih bayar gaji CEO Posted: 29 Oct 2013 08:43 PM PDT Beliau berkata, peningkatan perbelanjaan itu bukan disebabkan oleh pembayaran gaji yang tidak munasabah hingga menyebabkan peningkatan peruntukan hingga RM2 bilion. "Kalau gaji tidak munasabah itu kita boleh jawab. Tapi kalau peningkatan (peruntukan) disebabkan oleh gaji CEO tidak betul. "Takkan pembayaran gaji CEO itu menyebabkan kenaikan hingga RM2 bilion. Kenaikan itu pastinya ada sebab-sebab lain," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen semalam. Ditanya mengenai penubuhan beberapa agensi baharu di bawah Bajet 2014 yang dilihat berperanan sama dengan agensi sebelumnya, Shahidan berkata, ada keperluan agensi itu ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Masing-masing ada keperluan. Sudah pasti kita akan elakkan pertindihan tugas antara agensi," katanya. Sebelum itu, Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa pembayaran gaji lebih tinggi kepada penjawat kontrak JPM adalah faktor perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak 13 peratus pada 2014. |
Sg Limau: Kekalkan PAS, tolak penindasan terhadap rakyat Posted: 29 Oct 2013 07:24 PM PDT Rayuan Untuk Pengundi Sungai Limau: Kekalkan PAS, Tolak Penindasan Terhadap Rakyat Read More / Baca Lagi >>Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengirimkan tulisan ini buat pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, Kedah yang akan membuat pilihan di dalam pilihanraya kecil pada 4 November 2013 ini. Sekalipun mungkin saya tidak sempat bersua mata dengan semua pengundi, tetapi saya harap tulisan ini dapat dibaca dengan hati yang terbuka dan fikiran yang tenang. Saya benar-benar menggantungkan harapan kepada para pengundi agar terus mengekalkan PAS di DUN Sungai Limau sebagaimana pengundi-pengundi telah membuat pilihan yang tepat apabila mengundi Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak di dalam pilihanraya umum yang lepas. Insya-allah, keikhlasan tuan-tuan di dalam membuat pengundian di dalam pilihanraya yang lepas akan dikira sebagai amalan kebaikan oleh Allah SWT sekalipun kesempatan untuk bersama-sama ADUN Sungai Limau tidak lama kerana beliau dipanggil mengadap Allah SWT kemudiannya. Ingatlah, kejatuhan kerajaan PAS di Kedah telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman sendiri. Lihatlah apa yang berlaku di KUIN, Kedah. Institut yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional dan diperkasakan oleh Almarrhum Ustaz Azizan selaku Menteri Besar kemudiannya namun akhirnya menerima nasib yang malang di bawah kepimpinan baru kerajaan Kedah selepas pilihanraya umum yang lepas. Buatlah penilaian, adakah kerajaan UMNO/Barisan Nasional berminat dengan pendidikan agama? |
Kemenangan Pro-M UKM, isyarat mahasiswa mahu perubahan Posted: 29 Oct 2013 07:22 PM PDT SHAH ALAM 29 OKT – Kemenangan Pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (Pro-M UKM) mengekalkan tampuk kepimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dalam Pilihan Raya Kampus 2013-2014 tiga kali berturut-turut adalah isyarat mahasiswa mahu kepada penerusan agenda perubahan. Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Muhamad Azan Safar berkata, kemenangan ini memberikan petanda jelas bahawa mahasiswa dapat menilai prestasi pentadbiran sebelum ini selain keadaan isu semasa yang mendorong mereka mengekalkan pimpinan Pro-M sekali lagi. Kemenangan besar dengan majoriti 22 kerusi mengukuhkan cengkaman Pro-M sejak sesi 2010-1011 menewaskan Aspirasi Mahasiswa (Pro-Aspirasi) yang memenangi hanya empat kerusi sementara satu lagi kerusi disandang calon bebas. "Apa yang menarik PRK dikala Pro-Aspirasi membawa idea transformasi dan juga penjenamaan semula nama serta pembawakan mereka tetapi mahasiswa kenal siapa yang sebelum ini membantu mahasiswa dalam kepimpinan UKM. Yang lebih penting bagaimana mahasiswa menolak Pro-Aspirasi yang disebut sebagai Pro-Kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Protes barang naik pangkah PAS Posted: 29 Oct 2013 07:19 PM PDT JERAI: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyeru pengundi Dun Sungai Limau memberi undi kepada calon PAS sebagai protes kepada kenaikan harga barang dan cukai yang bakal diperkenalkan.Menurut beliau, pilihan raya kecil kali ini adalah peluang untuk pengundi menyedarkan kerajaan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan langkah itu yang terus membebankan rakyat terbanyak. Mohamad berkata, banyak lagi cara lain yang boleh digunakan kerajaan untuk menambah pendapatan negara selain menekan rakyat bawahan. Ia termasuk mengurangkan ketirisan, keborosan, rasuah dan salah guna kuasa yang semakin bersarang dalam pentadbiran negara seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. "Ya pilihan raya ini tidak akan mengubah kerajaan negeri, tetapi ini adalah masa untuk kita mempertahankan maruah kita sebagai rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Makan umpan, jangan joran - Presiden PAS Posted: 29 Oct 2013 07:17 PM PDT JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka. Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali. "Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100." "Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi. |
Dr Mahathir silap tentang politik wang dalam Umno kata Ahli MT Posted: 29 Oct 2013 07:03 PM PDT Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung wujudnya gejala politik wang dalam parti Melayu itu dengan menegaskan ia adalah satu penghinaan terhadap 146,000 perwakilan yang mengundi pada pemilihan awal bulan lalu. Mereka menepis kenyataan Dr Mahathir bahawa perwakilan Umno "mudah dibeli dengan duit" sebaliknya menggesa agar pemimpin berkenaan menyatakan dengan terperinci apa yang cuba disampaikan dan tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Bantuan kita beri untuk keperluan mereka (berkempen), bukan wang atau undi daripada perwakilan. Dr Mahathir buat tuduhan tidak secara spesifik, tidak boleh buat tuduhan umum begitu. "Kalau terima duit minum makan itu bukan jual maruah dia. Tidak mungkin. Tiada nilai wang ringgit untuk undi," kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, antara calon yang berjaya menempatkan diri dalam 25 ahli MT Umno menerusi pemilihan baru-baru ini kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, keputusan pemilihan itu juga membuktikan perwakilan Umno bijak menilai mereka yang mempunyai rekod cemerlang dalam parti. "Kita minta Dr Mahathir atau sesiapa pun tunjukkan mereka yang bertanding dalam MT parti tempoh hari tiada track record. Yang menang sebab duit. Daripada 25 itu tunjuk seorang. Read More / Baca Lagi >> |
FOOL'S BUDGET: Let's face it - PM's chair is just TOO BIG for Najib! Posted: 29 Oct 2013 06:54 PM PDT Malaysia is being ruled today by the Barisan Nasional, a party that no longer enjoys the moral right to rule Malaysia. This is because they lost the popular vote in the last election. They have been rejected by the majority of Malaysians. Despite controlling every TV station and every newspaper, they lost the support of the majority of Malaysians. They are only in power because of gerrymandering and outright cheating by using foreigners and stuffing ballot boxes. In a fair election, the BN would be occupying the opposition benches today. It is therefore extremely arrogant and ill-mannered (the Malay term would be kurang-ajar) of Prime Minister Najib Razak to think he need not attend the Opposition Leader's speech on the Budget this week. Instead he flies off to London, large wife in tow, wasting millions in taxpayer funds, after just having carelessly raised our taxes. 83% on op-ex, drained by 1.4 million-strong civil service The Budget Najib unveiled last Friday, the 25th of October, was a vision-less piece of garbage which does absolutely nothing to lead Malaysia to a better future. It had neither strategy nor focus. It was jumbled-up nonsense. Every Ministry got about what it got last year. In fact they ate up 83% of the budget to keep operating as incompetently as they always have. That left a puny 17% of the budget for development. This isn't really what a developing country requires. Part of the reason could be our huge civil service, 1.4 million of them. There are enough of them to administer every country in Asean, not just Malaysia. If we were to put together the civil servants of the UK, Australia and Canada combined, Malaysia still has more! To the citizens who seek their help, they mostly seem to be sitting around waiting for tea-time. Which is long. But these are the people who swarm and consume our tax money like some biblical plague of locusts. Taking it out on the people |
The Chinese are victimised again… Posted: 29 Oct 2013 06:53 PM PDT PM Najib's move to sideline the Chinese community in his budget only shows that he is not interested in the process of national reconciliation. It looks more like national retaliation. It is nothing unusual. All the 25 Chinese interviewed by this columnist had expected this. Last year, RM100 million each was specially allocated to the Chinese schools and the Tamil schools – the announcement for this allocation was made in the same sentence by Prime Minister Najib Tun Razak. But this year when he announced the RM100 million special allocation to the Indians, he thanked the Indian community for supporting BN and in the same breath he mentioned that those who supported BN will be rewarded. The Chinese were snubbed. This is clearly saying that those who voted for the opposition will be sidelined. By that move, Najib has shown himself up as unprofessional and unbecoming of a leader for all Malaysians – this leader for all Malaysians is what he always claims to be. It is utterly deplorable that he chose to play racial politics during the budget presentation when he said that those who supported BN deserve their allocations. It must also be noted that no oil royalty payments were allocated to the PAS Kelantan state government who had rightfully fought for the same for a long time. "Kelantan PAS state government and the Chinese being victimised is nothing but diabolical revenge politics practiced by the BN government. The government thus fails to practice its much-touted concept of moderation," said PAS Shah Alam MP, Khalid Samad when commenting on this despicable situation. Read More / Baca Lagi >> |
Integriti: 30% CeiO tidak laksana tugas sepatutnya Posted: 29 Oct 2013 06:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 peratus pegawai daripada pelbagai sektor yang telah menjalani Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) tidak menjalankan tugas sepatutnya dan berkaitan integriti setelah kembali ke organisasi masing-masing. Read More / Baca Lagi >>Berikutan itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menyeru supaya ketua-ketua jabatan meletakkan pegawai yang telah menyertai kursus CeIO menjalankan tugas-tugas berkaitan integriti. Katanya berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Pusat Pembangunan Integriti Korporat, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) terhadap 150 pegawai yang mengikuti program tersebut, hanya 70 peratus sahaja ditempatkan di posisi yang betul. "Jumlah 70 peratus ini adalah mereka (CeIO) yang telah menjadi pegawai integriti atau menjalankan tugas-tugas berkaitan integriti di jabatan masing-masing. "Bagaimanapun, 30 peratus daripadanya tersasar, apabila tidak melakukan tugas-tugas berkaitan integriti setelah pulang ke agensi masing-masing," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Latihan Pegawai Integriti Bertauliah Siri 5 Bil 2/2013. Beliau berkata ia adalah satu kerugian yang besar apabila kepakaran dan kemahiran berkaitan CeIO yang diperolehi ini tidak dimanfaatkan organisasi. |
Tidak Adil: Cuepacs desak gaji sama dengan pekerja kontrak dalam agensi kerajaan Posted: 29 Oct 2013 06:49 PM PDT Kongres Kesatuan Pekerja (Cuepacs) yang mewakili 1.4 juta penjawat awam mendesak kerajaan memberikan mereka gaji lebih tinggi daripada pekerja kontrak jangka pendek dalam beberapa agensi kerajaan yang lain. Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata tidak adil jika penjawat awam yang layak dibayar menerima gaji kurang daripada mereka yang berkhidmat dalam kontrak jangka pendek. "Cuepacs melihat ia perkara yang tidak adil apabila agensi yang mempunyai ramai pekerja kontrak mendapat gaji lebih tinggi daripada penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider. Ong semalam berkata, gaji penjawat awam tertinggi Ketua Setiausaha Negara hanya RM23,577 jauh lebih rendah dari ketua agensi seperti Talentcorp, Agensi Inovasi Malaysia dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu). Azih berkata, Cuepacs mempersoalkan apakah kelayakan dan bakat pekerja agensi terbabit hingga gaji diberi lebih tinggi daripada penjawat awam. "Cuepacs terkilan apabila timbul perkara begini kerana banyak permintaan Cuepacs dalam menuntut hak penjawat awam tidak dipenuhi oleh kerajaan sedangkan kakitangan awam juga mempunyai kelayakan setaraf dengan agensi. "Cuepacs ingin tahu mengapa kerajaan tidak kisah berbelanja begitu tinggi untuk mereka. Apakah sumbangan mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Kenaikan berantai, rakyat derita Posted: 29 Oct 2013 06:37 PM PDT |
Sg Limau: Mukhriz,sebab apa hilang? tanya DHPP Posted: 29 Oct 2013 06:34 PM PDT |
Sg Limau: Fitnah semakin rancak, kali ini ADUN Pengkalan Kundur. Posted: 29 Oct 2013 10:11 AM PDT |
Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 29-10-2013 Posted: 29 Oct 2013 08:04 AM PDT |
Posted: 29 Oct 2013 07:40 AM PDT Begitu sekali para petugas UMNO/BN dilayan oleh pemimpin mereka ... di beri makanan yang sudah luput tarikh ... apakah para petugas UMNO/BN tidak rasa terhina? YAN: "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi, "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi." |
Muhyiddin Sudah Minta Maaf, Pas Bila Lagi? Posted: 29 Oct 2013 07:37 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akhirnya akur untuk meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak berhubung kontroversi ucapannya yang dianggap menyinggung perasaan dan mengguris hati keluarga bekas MB Kedah itu. Menurut Muhyiddin, sebagai umat Islam dan manusia biasa, beliau memohon maaf sekiranya ucapannya sebelum ini menyinggung hati dan perasaan keluarga Ustaz Azizan. "Bukan tujuan saya untuk orang kata mencemarkan nama baik Allahyarham atau merendah-rendahkan dan memperkecilkan beliau. Kalau kenyataan saya sebelum ini disalahtafsir dan menyinggung mereka, saya mohon maaf walaupun bukan itu tujuan dan maksudnya," tambah beliau. Sehubungan itu, Muhyiddin berharap keluarga Allahyarham Ustaz Azizan yang berpengaruh besar di Sungai Limau sedia memaafkannya dan melupakan kejadian tersebut. Kesediaan Muhyiddin meninta maaf ini sesuai dengan cadangan yang dilontarkan oleh blog ini yang mahukan TPM itu segera berbuat demikian lantaran isu tersebut telah menjadi panas di Sungai Limau, selain keluarga Ustaz Azizan sendiri menuntut perkara yang sama kepada beliau. Sebelum itu, Mahfuz Omar, Pemuda Pas Kedah dan Muslimat Pas juga mahukan Muhyiddin meminta maaf kerana kenyataannya yang mengaitkan pemotongan subsidi gula dengan pemotongan kaki Ustaz Azizan kerana kencing manis dianggap tidak sesuai, keterlanjuran dan mengguris hati keluarga bekas MB Kedah itu. Read More / Baca Lagi >> |
ABIM: GST susahkan orang muda, penyebab inflasi Posted: 29 Oct 2013 07:18 AM PDT SHAH ALAM 29 OKT : Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus akan lebih membebankan golongan muda kerana 82.5 peratus daripada mereka mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata kesan itu semakin dirasai golongan muda apabila kadar inflasi meningkat ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ketika pendapatan tidak banyak berubah. Katanya, GST akan menyebabkan golongan muda semakin tertekan apabila banyak barang yang dikenakan cukai apabila dilaksanakan. "Apabila pelaksanaan GST tidak disusuli dengan pelbagai mekanisme yang perlu disusuli pihak kerajaan untuk mengenalpasti cukai bertindih yang perlu dihapuskan, maka akan membebani golongan muda," katanya ketika dihubungi TV Selangor, di sini, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Gula naik 5 kali sejak dikuasai kroni BN, Syed Mokhtar Posted: 29 Oct 2013 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR 29 OKT: Tindakan kerajaan menghapuskan RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 menambahkan lagi kekayaan kroni BN yang menguasai industri itu. Ini kerana monopoli oleh Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) milik Felda Global Ventures dan Central Sugar milik Tradewinds yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. MSM ditubuh taikun Tan Sri Robert Kuok yang juga kroni BN sejak 1958 sebelum menjualnya kepada Felda pada 2009 bernilai RM1.5 bilion. Manakala Tradewinds dikuasai Syed Mokhtar yang juga kroni Umno. Ekoran penghapusan subsidi itu, harga gula kini RM2.84 berbanding hanya RM2.50 sebelumnya. Ia kenaikan kelima sejak industri gula dikuasai Syed Mokhtar pada 2009 hingga kini. "Pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun. Pada kebiasaannya, keuntungan sebelum cukai syarikat gula sekitar sembilan peratus. Selepas kemasukan syarikat milik Syed Mokhtar ke sektor ini, keuntungan sebelum cukai melonjak 15 peratus. Read More / Baca Lagi >> |
UUM: Bawani menang, pro-M berusaha bentuk MPP Posted: 29 Oct 2013 07:12 AM PDT Aktivis siswa KS Bawani, yang meraih populariti melalui video 'Listen, listen, listen' di Internet, memenangi salah satu kerusi dalam pemilihan majlis perwakilan mahasiswa di Universiti Utara Malaysia. Pemilihan tersebut dilihat sebagai pertandingan paling sengit di kampus berkenaan apabila 13 calon pro-Mahasiswa berjaya merebut kerusi MPP. Kumpulan calon pro-Aspirasi pula mendapat kelebihan dua kerusi – 15 daripada keseluruhan 36 yang dipertandingkan. Satu lagi kumpulan, dikenali dengan nama Hijrah, memenangi enam kerusi manakala dua lagi kerusi dimenangi calon bebas. Kumpulan pro-Aspirasi hampir membolot keseluruhan kerusi dalam pertandingan pada tahun lalu di UUM, dengan menguasai 34 dari keseluruhan 36 kerusi. Read More / Baca Lagi >> |
Pemilihan UMNO: Politik Wang Hanya Berlaku Sekiranya Kaya - Shahidan Posted: 29 Oct 2013 06:58 AM PDT |
MP DAP Taiping Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 29 Oct 2013 06:57 AM PDT |
MP PAS Temerloh Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 29 Oct 2013 06:56 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan