MIMPI SENJA |
- Utusan sokong PAS gantikan Khalid sebagai MB Selangor, bukan Azmin
- Politik Cina melampau dan bahaya - Utusan
- Kenapa Rasulullah tidak punya bayang2?.
Utusan sokong PAS gantikan Khalid sebagai MB Selangor, bukan Azmin Posted: 26 Oct 2013 07:59 PM PDT OCTOBER 27, 2013 Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak. Beliau berkata desas-desus bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan digantikan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak lama lagi. "Awang tertanya-tanya mengapa PAS tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar? Adakah PAS tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor? "Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid. "Isu ini sedang hangat diperkatakan dalam PKR. Bagaimanapun khabarnya Khalid enggan berundur walaupun didesak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini. Menurut Awang Selamat, pihak yang menyokong Abdul Khalid kurang senang dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kerana mereka berpendapat kejayaan pakatan pembangkang mempertahankan Selangor turut disumbangkan oleh faktor kepimpinan Menteri Besar Selangor itu. Katanya, beberapa pemimpin PKR Selangor yang menyokong Azmin mahukan Anwar lebih tegas melakukan perubahan kepada jawatan Menteri Besar. "Menurut mereka Anwar telah berjanji untuk melantik Azmin menggantikan Khalid. Sebagai Timbalan Presiden, sepatutnya beliau sudah lama diberi jawatan lebih utama. "Awang menetap di kawasan pentadbiran Selangor. Tidak kisahlah siapa menjadi Menteri Besar sama ada Khalid mahupun Azmin asalkan perlembagaan negeri membenarkan," katanya. Awal bulan ini, Anwar mengkritik Abdul Khalid dan meminta Menteri Besar Selangor itu tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal membelanjakannya dengan baik. Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik. Anwar mendakwa, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim menunjukkan prestasi membanggakan berbanding Selangor ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Abdul Khalid. – 27 Oktober, 2013. |
Politik Cina melampau dan bahaya - Utusan Posted: 26 Oct 2013 07:19 PM PDT OCTOBER 27, 2013 Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina apabila melabelkan kaum itu tidak suka ditegur dan mengatakan pendekatan politik mereka sudah melampau dan berbahaya hasil pengamatan dari sebuah buku 'The Chinese Dilemma', tulisan Ye Lin Shing. Menurut kolumnisnya Awang Selamat, penulis buku itu tidak malu untuk mengakui orang Cina Malaysia bersikap tidak adil terhadap orang Melayu malah katanya, masyarakat Cina taksub menyokong parti ekstrem DAP serta mahu menuntut hak sama rata dengan orang Melayu. "Rumusan yang boleh dibuat dari buku tersebut, orang Cina di negara ini lebih beruntung berbanding negara lain tetapi masih tidak bersyukur. Penulis menekankan bagaimana sikap pemurah orang Melayu dalam kontrak sosial sebelum merdeka membolehkan kaum Cina mendapat kerakyatan. "Masyarakat Cina Malaysia juga perlu menghayati nasib dialami warga Cina di Vietnam menjadi orang hanyut dipaksa meninggalkan negara itu serta kaum Cina di Kemboja yang ramai daripada mereka dibunuh atau dihalau. "Penduduk Cina di Indonesia turut mengalami nasib sama apabila identiti mereka dihapuskan, begitu juga di Filipina, yang kaum Cina dinafikan kerakyatan mereka,'' katanya. Awang Selamat berkata, buku tersebut menjadi sangat relevan untuk dibaca terutama pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan tsunami kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan orang Melayu. "Apabila akhbar Utusan Malaysia menyiarkan di muka surat depan, ulasan berita bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? dua hari selepas keputusan PRU-13, sebahagian pemimpin DAP dan NGO Cina marah walaupun kandungan laporan itu disifatkan oleh banyak pihak sebagai realistik dan suatu pertanyaan yang rasional," katanya. Menurutnya lagi, kerajaan banyak memenuhi tuntutan kaum Cina bersifat perkauman seperti pengembangan sekolah Cina dan dasar kerajaan yang membolehkan ramai orang Cina terus kaya raya namun mereka tetap mahu menjatuhkan kuasa politik Melayu. "Penulis turut menggambarkan sikap angkuh Cina Malaysia yang suka menghina orang Melayu. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah kaum Cina tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan penyabar. "Sepatutnya orang Cina perlu berbakti kepada orang Melayu. Awang kasihan kepada orang Melayu. Walaupun banyak beralah kepada kaum Cina sejak dahulu lagi tetapi terus dilukai dan dikhianati. Budi yang dihulur, racun yang diberi. Pun begitu, ramai Melayu yang masih tidak sedar diri," katanya. Dua hari selepas keputusan PRU13 diumumkan, akhbar Utusan Malaysia mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu?" di muka hadapannya, satu langkah dilihat untuk menunjukkan trend pengundian Cina lawan Melayu. Laporan itu diselar ramai pihak kerana sebahagian besar penganalisis berpendapat, keputusan PRU13 sebenarnya menunjukkan perbezaan pengundian antara penduduk bandar dan luar bandar bukan antara kaum Cina dan Melayu. – 27 Oktober, 2013.- TMI |
Kenapa Rasulullah tidak punya bayang2?. Posted: 26 Oct 2013 04:00 AM PDT Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhamad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. Rahmatan Lilalamin baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi.. . Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal.... Sollu alan Nabi... اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid - ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu. Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu Rasulullah SAW tiada bayang-bayang: Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan." Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat : Al-Qadhi 'Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-'Azafi dalam Maulidnya: "Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda." Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu' dalam al-Khasa'is, dengan lafaz: "Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya." Beliau menambah: "Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya." Istimewanya darah Rasulullah SAW: Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya'la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: "Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, "Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu." Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?" Jawabnya: "Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang." Rasulullah SAW bersabda: "Kemungkinan kamu telah meminumnya". Kataku, "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia." Peluh Rasulullah SAW wangi : Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!" Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa'ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: "Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali." Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah: 1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari) 2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari) 3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari) 4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad) 5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari) 6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad) 7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan "Jawamiul Kalim". (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna. 8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim) 9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei) 10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad) 11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad) 12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad) 13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar) 14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar) 15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut. 16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim) والله أعلم بالصواب (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar) Wallahua'lam... P/S : Jika terdapat kesalahan, mohon ditegur :-) Terima kasih kepada mereka yang menegur kesillapan saya |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan