Jumaat, 25 Oktober 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Janji Dicapati: BN hanya suka potong subsidi dan naikkan cukai

Posted: 25 Oct 2013 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER: Tindakan kerajaan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mampu menyembunyikan kelemahan mereka mengawal perbelanjaan berlebihan dengan defisit yang masih kekal tidak berganjak.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, lebihan dalam kutipan cukai yang dinyatakan dalam Laporan Ekonomi 2013/14 sepatutnya membantu mengurangkan defisit kronik itu kepada 2.6 peratus tetapi sebaliknya kekal tidak berubah pada unjuran 4 peratus.
"Walaupun kerajaan mengumpul jauh lebih tinggi daripada hasil yang dijangkakan, defisit untuk 2013 kekal pada RM39.3 bilion.
"Ini bermakna hampir setiap sen pendapatan tambahan yang dikutip kerajaan terus segera dibelanjakan, bukannya menyumbang ke arah mengurangkan hutang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kerajaan semalam turut mengumumkan pelaksanaan GST yang akan bermula pada 6 peratus mulai 1 April 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa dengan mengenakan GST, kerajaan akan dapat memperluaskan asas hasil dan menangani lebihan kronik berbelanja yang bermula sejak krisis kewangan Asia pada era 90-an.
Read More / Baca Lagi >>

DAP kecam belanjawan tidak realistik kerajaan, terus bantah GST

Posted: 25 Oct 2013 09:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER: DAP mengecam Belanjawan 2014 kerajaan yang dilihat longgar dari pelbagai aspek dan tidak mempunyai langkah-langkah efektif untuk membantu rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun beliau berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2014 itu untuk menambah peruntukan kepada keselamatan, namun tidak ada sebarang langkah khusus untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa.
Beliau juga menyelar tindakan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akhirnya akan menyusahkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin.
"Malaysia seperti yang kita ketahui dilabel sebagai juara dunia dalam rasuah oleh media barat dan Transparency International, persoalannya kini mengapa tidak ada inisiatif baru ke arah membendung rasuah ini?
"Saya mengalu-alukan peruntukan yang lebih untuk keselamatan, tetapi saya berharap ia akan digunakan dengan betul.
"Kita tidak mahu lagi mendengar sebarang kecuaian tidak masuk akal seperti kehilangan senjata dimana-mana dan kemudian tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu.
"GST pula akan membebankan golongan pertengahan dan miskin negara. Di Malaysia, hanya enam peratus penduduk membayar cukai dan hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai," katanya ketika ditemui di perkarangan Parlimen.
Kata Ahli Parlimen DAP Bagan itu lagi, pelaksanaan GST ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah berlaku adil kepada rakyat malah cuba untuk menyukarkan lagi kehidupan mereka.
"Mereka bukan sahaja melaksanakan GST pada April 2015, tapi turut menghapuskan subsidi gula. Pada saya ini bukannya langkah sesuai untuk berjimat," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

GST sebanyak 6 peratus membebankan rakyat

Posted: 25 Oct 2013 09:14 PM PDT

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar pengenalan awal sebanyak 6 peratus adalah tinggi dan membebankan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata negara Singapura yang tiada mempunya hasil bumi memulakan dengan kadar 3 peratus (1994), kemudian 4 peratus (2003), 5 peratus (2004) dan terkini 7 peratus (2007).
nurul izzah anwar"Bukankah tahun-tahun sebelumnya, diusulkan kadar 4 peratus, pelaksanaan GST memerlukan regim yang bersih dan efisyen. Malangnya, yang ada sekarang tidak begitu meyakinkan," kata Nurul Izzah di laman Twitternya.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata di Twitternya bahawa pengumuman pelaksanaan GST itu adalah satu berita buruk kerana secara purata setiap keluarga akan membayar sebanyak RM1,000 setahun untuk GST.
"Golongan muda dan pesara akan lebih menghadapi sengsara dengan pelaksanaan GST ini," katanya.
Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan GST sebanyak 6 peratus bermula 1 April 2015 dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.
Sim Tze TzinPengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.
Dalam Belanjawawan 2014 Pakatan Rakyat cadangan kerajaan untuk memperkenalkan GST bukan satu langkah bijak kerana ia adalah cukai regresif apabila golongan berpendapatan rendah terpaksa membayar cukai lebih tinggi.
Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk memastikan pelaksanaan sistem cukai progresif daripada perspektif perkongsian lebih adil dalam pelarasan beban fiskal yang perlu ditanggung lebih oleh golongan kaya dan kumpulan berpendapatan tinggi.
Dengan tidak memperkenalkan GST, Pakatan Rakyat mencadangkan inisiatif lain untuk mempelbagaikan asas pendapatan kerajaan persekutuan dan memperluaskan sumber pendapatan ,terutama cukai langsung serta hasil bukan cukai.

Najib Kantoi Lagi: Menteri Kesihatan akui peningkatan diabetis dan obesiti bukan kerana gula

Posted: 25 Oct 2013 08:29 PM PDT

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam  hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula.
Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik.
Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini.
Menurut Dr P Ramesh,  langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan  penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum.
"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.
"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh.
Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Apa kata rakyat?

Posted: 25 Oct 2013 08:23 PM PDT

GST: Kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat

Posted: 25 Oct 2013 08:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun beliau berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2014 itu untuk menambah peruntukan kepada keselamatan, namun tidak ada sebarang langkah khusus untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa.

Beliau juga menyelar tindakan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akhirnya akan menyusahkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin.

"Malaysia seperti yang kita ketahui dilabel sebagai juara dunia dalam rasuah oleh media barat dan Transparency International, persoalannya kini mengapa tidak ada inisiatif baru ke arah membendung rasuah," katanya dipetik Roketkini.

Tambahnya, GST pula akan membebankan golongan pertengahan dan miskin negara.

"Di Malaysia, hanya enam peratus penduduk membayar cukai dan hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai," katanya.

Katanya lagi, pelaksanaan GST jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah berlaku adil kepada rakyat malah cuba untuk menyukarkan lagi kehidupan mereka.

"Mereka bukan sahaja melaksanakan GST pada April 2015, tapi turut menghapuskan subsidi gula. Pada saya ini bukannya langkah sesuai untuk berjimat," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

GST menyebabkan rakyat makin susah, kata NGO dan peguam

Posted: 25 Oct 2013 08:16 PM PDT

Dengan itu kehidupan rakyat menjadi lebih susah, kerajaan berniaga dengan rakyat, kata Fariz Musa, Ketua Kordinator Jingga 13, sebuah NGO tempatan.

PETALING JAYA: Rakyat golongan bawahan semakin terbeban ekoran keputusan kerajaan melaksanakan sukai perkhidmatan kerajaan (GST) sebanyak enam peratus pada bulan April tahun 2015.
Harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi semakin mahal,  harga makanan akan meningkat secara berperingkat mulai sekarang walaupun kerajaan mengumumkan ia akan dilaksanakan 17 bulan lagi.
"Dengan itu kehidupan rakyat menjadi lebih susah, kerajaan berniaga dengan rakyat," kata Fariz Musa, Ketua Kordinator Jingga 13, sebuah NGO tempatan.
Bagaimanapun, dalam Bajet 204 yang dibentangkan di parlimen petang tadi, GST  bukan kepada perkhidmatan tertentu seperti pengangkutan awam dan barangan makanan asas.
Peguam dari Temerloh, Nizam Hamid berkata, masa tidak sesuai untuk melaksanakan GST kerana masih ramai rakyat yang berpendapat rendah, serta masih ada yang miskin tegar.
Beliau berkata, kerajaan tidak boleh membandingkan dengan negara Singapura yang melaksanakan GST kerana rakyat negara itu mempunyai pendapatan yang tinggi.
Katanya, di negara itu tidak ada rakyat miskin tegar, pendidikan dan perkhidmatan berkelas dunia.
"Tetapi berapa ramai rakyat Malaysia yang masih hidup di bawah tahap kemiskinan tegar," tanyanya.
Nizam berkata, kini syarikat peguam diarahkan mengenaikan cukai enam peratus kepada pelanggan untuk dibayar kepada kastam.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Brunei Jawab Golongan Pertikai HUDUD

Posted: 25 Oct 2013 08:12 PM PDT

[Mustaqimmah] BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar'iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.
Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar'iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat.
Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar'iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.
Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.
"Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi menghadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

HUKUMAN HUDUD.... PANDANGAN WARGA BUKAN ISLAM DENGAN NAJIB RAZAK AMAT JAUH BERBEZA!

Posted: 25 Oct 2013 08:11 PM PDT

Sepatutnya Najib Razak berasa malu dengan pandangan seorang warga kita yang bukan Islam .. begitu yakin dan percaya jika hudud di laksanakan .. negara begitu aman dan bebas dari jenayah besar yang mengerunkan rakyat.

Hudud dilaksanakan akan mengerunkan penjenayah.
..... hanya penjenayah dan mereka sekutu yang sewaktu dengannya saja yang gerun dan tidak mau hudud di laksananakan di negara ini.

Kalimah Allah: Mana atas antara mahkamah dan kabinet?

Posted: 25 Oct 2013 08:09 PM PDT


Terkejut, takjub dan terkedu semua apabila Perdana Menteri Najib memaklumkan bahawa kabinet mentafsirkan larangan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain selain  Islam tidak terpakai  di Sarawak dan Sabah.

Apa kaum dan agama di dua negeri itu boleh menggunakan kalimah itu.

Apakah tafsiran atas keputusan mahkamah itu tepat, mahkamah dan ahli undang-undang layak mentakwilnya.

Persoalannya sekarang pada tanggapan orang awam, siapa  antara mahkamah dan  kabinet menteri lebih atas atau lebih berkuasa dalam mentafsirkan persoalan perundangan.

Kabinet mendapati keputusan mahkamah yanag melarang orang lain selain dari Islam tidak menyentuh amalan  di Sarawak dan Sabah. Sedang fahaman umum atas keputusan  itu adalah untuk semua wilayah Malaysia.

Dari penjelasan Perdana Menteri itu boleh diertikan bahawa dalam penggunaan kalimah Allah, Malaysia menjadi stu negara dua sistem seperti komunis bagi Negeri China. Sistem komunis terpakai di semua  wilayah China kecuali Hong Kong.

Selama-lamanya orang memahamkan bahawa mahkamah punya kuasa teratas dalam mentafsirkan undang-undang. Maka sekarang kabinet boleh mengatasi mahkamah.

Apakah keputusan terakhir mahkamah atas penggunaan kalimah Allah bagi agama lain itu tepat atau tidak, memang tiada reaksi yang sepakat. Ulama sendiri berbeza pendapat tentang penggunaannya.
Read More / Baca Lagi >>

GST: In the interest of rakyat?

Posted: 25 Oct 2013 08:07 PM PDT

Our concern is not about what the GST will do to us – it is what Najib will do with the proceeds of the GST.

Whenever our prime minister, his ministers or any government spokesmen talks about the ISA, about negotiated tenders, about education, about AES – on just about anything that they have done, are about to do or will do – this statement or words alluding to same are invariably included for our consumption:
"The government is concerned and always takes into consideration the interest and welfare of the rakyat before making any policy changes."
It is comforting that our government has the interest and welfare of the rakyat at heart in the things that they do. Over the years here are some of the things this BN government has done in the interest and welfare of our people.
RM29 million was spent on a Tsunami Early Warning System: Tsunami Buoy 1 deployed in March 2006 was reported lost. A new buoy was purchased to replaced Buoy1. It cannot be deployed because the Indonesian government did not allow Malaysian vessel to enter their waters to install the buoy. It now sits useless in a warehouse in this Bolehland of ours. Tsunami Buoy 2 deployed in December 2005 was reported lost. Tsunami Buoy 3 not deployed because permission was not granted by the Philippines government to locate in their waters! Buoy 3 was later reported to be defective.
RTM purchased three A4 scanners for RM14,670 each despite its earlier estimate that it would cost RM200 each. An increase of 7,235% from the estimated price. RTM bought A3 scanners (estimated to cost RM1,000 each) at RM20,630 each. And RTM also bought 20 wall clocks (estimated to cost RM100 each) at RM3,810 each – 38 times the estimated price. On a roll, RTM went ahead and purchase a Building Acoustic Measuring System estimated to cost RM100,000 for RM597,330.
The Maminco-Makuwasa Affair (a half baked attempt to corner the tin market) resulted in a loss of RM1.5 billion. The Bank Bumiputra scandal cost the nation RM10 billion. The Forex scandal in early 90's was a loss of RM30 billion. The Perwaja Steel Scandal cost us RM10 billion. All up just these four issues costs the nation RM51.6 billion – all lost in the interest and for the welfare of the rakyat.
We are also told that the Election Commission is there for the purpose of regulating and conducting the electoral process so that the rakyat will have a fair and honest electoral process. Again for the interest and welfare of our people.
Read More / Baca Lagi >>

TPM bermimpi dalam parlimen dia kata PR 'sedar' keperluan GST

Posted: 25 Oct 2013 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat seorang pun tidak membantah tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang dilihat seolah-olah akur dan sedar tentang keperluan cukai baru itu dilaksanakan segera.

"Ini kerana apabila inflasi rendah, bebanan rakyat juga tidak tinggi maka, ia adalah masa sesuai untuk melaksanakan pendekatan ini," katanya dalam sidang media selepas pembentangan Bajet 2014 oleh Najib di Dewan Rakyat, semalam.

GST yang ditetapkan pada kadar enam peratus merupakan cukai baru dan ia  tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas termasuk beras, gula, garam, minyak masak, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan dan jual beli rumah.

Syukur.. Belacan dan Ikan Kering tak akan dikenakan GST kata macai..

Posted: 25 Oct 2013 07:16 PM PDT

Semalam Malaysiakini telah melaporkan.. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST. Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Anak muda jatuh, ditimpa tangga dan terhantuk kepala..!!!

Posted: 25 Oct 2013 07:14 PM PDT

Steven Sim

Bajet 2014 yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak nampaknya tiada berita baik untuk anak muda Malaysia. Trilema anak muda tiada penyelesaian
Sebelum ini, saya telah membangkitkan bahawa anak muda di Malaysia kini menghadapi tri-lema:
1) Kadar pengangguran anak muda yang tinggi pada 10.3% dan penganggur yang paling ramai adalah daripada golongan berumur 20-24 tahun pada 40% daripada jumlah penganggur.
2) Kadar underemployment yang serius pada 15.1%; termasuk gaji rendah, 82.5% anak muda berumur 30 ke bawah mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
3) Kadar brain drain yang tinggi, 2 dalam 10 orang siswazah berhijrah ke negara-negara OECD dan Singapura.
Keadaan ini bertambah teruk dengan masalah hutang di kalangan anak muda di mana 47% daripada anak muda terpaksa menghabiskan 30% dan lebih gaji bulanan mereka untuk membayar hutang.
Bajet 2014 ulang lagu lama untuk anak muda
Bajet 2014 ini tidak mempunyai strategi khusus menyelesaikan masalah sosioekonomi anak muda terutamanya dalam soal pekerjaan dan hutang selain mengulangi program-program latihan semula yang dilaksanakan sebelum ini. Jika program sebegini berkesan maka sudah tentu tidak wujud trilema di atas.
Lima sebab mengapa Bajet 2014 merugikan anak muda
Bukan sahaja Bajet 2014 tiada strategi khusus untuk menanangi tri-lema anak muda, malah anak muda bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga dan kemudian terhantuk kepala.
Pertama, dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% maka, anak mudalah yang akan terbeban dengan teruk kerana mereka merupakan golongan sasaran budaya konsumerisme.
Kedua, 82.5% anak muda bergaji RM3000 ke bawah, mereka tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum ini. Justeru, pengumuman perluasan kurungan cukai di mana mereka yang bergaji RM4000 sebulan tidak perlu lagi membayar cukai langsung tidak membawa apa-apa manfaat baru kepada majoriti anak muda.
Read More / Baca Lagi >>

Kena Kencing: Bajet 2014 mungkir janji, ramai menyesal mengundi BN......

Posted: 25 Oct 2013 07:12 PM PDT


Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.
Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.
Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6% berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.
Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.
Lebih malang lagi, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau telah menaikkan sekurang-kurangnya lima kali kenaikan harga gula dan ini tentunya menyebabkan saudagar gula Malaysia yang juga rakan baik Najib iaitu Syed Mokhtar Albukhary bertambah lagi kembong poketnya.
Yang mendukacitakan juga, alasan Najib menaikkan harga gula ini ialah kononnya untuk mengelakkan lebih ramai rakyat mengidap kencing manis - suatu logik yang tidak jauh bezanya dengan Menteri Cap Ayam yang sebelum ini pernah mencadangkan rakyat agar jangan makan ayam berikutan harganya yang semakin mahal atau tanam sayur kerana harganya yang mahal di pasar. Tahukah Najib bahawa kencing manis bukan semata-mata disebabkan oleh pengambilan gula, banyak makanan lain termasuk nasi dan gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit kencing manis.
Pelaksanaan cukai GST nyata paling merunsingkan rakyat. Kaedah cukai ini telah diluluskan sejak 2009 lagi tetapi Najib seolah-olah sengaja melaksanakannya selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya. Jika benar GST itu lebih baik daripada sistem cukai sedia ada, kenapa tidak dilaksanakan sebelum pilihan raya atau sebaik ia diluluskan pada 2009 dulu?
Read More / Baca Lagi >>

GST: Kewangan negara sangat kritikal

Posted: 25 Oct 2013 07:08 PM PDT

JERAI: Ternyata kedudukan kewangan negara sangat kritikal yang menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun 2015.

Menurut AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kerajaan tidak mempunyai komitmen yang lain untuk menurunkan hutang kerajaan pusat melainkan dengan mengaut wang daripada rakyat melalui GST.

Melalui inilah, katanya kerajaan terpaksa perkenalkan GST walaupun sangat dibenci rakyat kerana GST boleh mendatangkan lumayan kepada kerajaan.

"Jika dulu kita dikenakan SST iaitu cukai yang diambil oleh pengimport sahaja tetapi dengan GST ini kerajaan mengaut duit berperingkat-peringkat daripada pengimport, pembekal sehinggalah kepada pengguna iaitu rakyat. Dengan GST sebanyak enam peratus, pasti akan berlaku inflasi," katanya ketika ditemui di Markaz Induk PRK Sungai Limau.

Beliau turut mempersoalkan apa prinsip kerajaan dengan menurunkan cukai korporat dan cukai individu sedangkan cukai dari orang miskin dikaut melalui GST.

"Cukai orang kaya dikurangkan, tetapi ambil cukai dari orang kampung. Ini prinsip salah. Agihan kekayaan diambil dari orang miskin dan mengurangkan dari orang kaya. Salah disisi agama Islam,"katanya.

Hutang kerajaan pusat kini di paras 54.8 peratus daripada KDNK malangnya kerajaan hanya tinggal 0.2 peratus KDNK memandangkan Akta Pinjaman 1959 mengizinkan hutang kerajaan persekutuan tidak boleh melebihi paras 55 peratus KDNK.

Berbillion Ketirisan Tak Diatasi, Rompak Pula Rakyat Dengan GST!

Posted: 25 Oct 2013 07:04 PM PDT

Pakatan Rakyat akan bantah GST besar-besaran

Pakatan Rakyat (PR) ternyata tidak senang dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kini sedang merancang untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata mesyuarat segera akan diadakan membabitkan semua parti komponen PR iaitu PAS, PKR dan DAP bagi membincangkan isu GST dan tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi membantah pelaksanaan itu.

"Saya bersetuju untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran. Kita mungkin akan mengadakan demonstrasi.

"Seperti yang dijangka GST akan dikenakan untuk tampung belanja kerajaan. Sepatutnya kerajaan mulakan dengan perangi ketirisan seperti dalam Laporan Audit Negara 2012 kerana pembaziran berlaku di sana sini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata PR akan memperjuangkan suara 52 peratus rakyat Malaysia yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Majlis Presiden PR akan membincangkan pendekatan bantahan terhadap GST.

"Selain berhujah di Dewan Rakyat, pendekatan lain dalam membantah pelaksanaan itu akan diadakan termasuk mengadakan perhimpunan aman atau cara lain yang mampu untuk mencapai objektif," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, PR akan memberikan penerangan kepada rakyat terutama golongan bawahan mengenai impak pelaksanaan GST dalam kehidupan mereka.

"Jika ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) ada sikap mementingkan nasib golongan bawahan, mereka pasti akan menolak GST," katanya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke, berkata PR membantah GST dan gabungan itu akan melakukan bantahan bagi memperjuangkan nasib rakyat.

"DAP bersama PR akan bantah GST, kita akan putuskan bersama," katanya.

Selepas beberapa tahun spekulasi, kerajaan akhirnya memperkenalkan GST yang akan bermula secara rasmi pada April 2015, dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Najib yang juga menteri kewangan petang tadi.

Najib berkata, GST akan menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal di paras dua peratus. – TMI


Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat
Read More / Baca Lagi >>

Kan Dah Kena: Mana janji BR1M RM1,000 dulu?

Posted: 25 Oct 2013 07:01 PM PDT



Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.

Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Sedangkan, pada Februari lalu - sebelum pilihan raya umum ke-13 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000," kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan".
Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Parlimen petang semalam.

Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang
Read More / Baca Lagi >>

Siasat tragedi banjir, bukan masa tuding jari

Posted: 25 Oct 2013 06:58 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS Pahang menggesa satu siasatan rapi dilakukan berhubung tragedi banjir lumpur akibat pelepasan air empangan di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang telah meragut tiga nyawa dan satu masih hilang serta kerugian yang sangat besar.


Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak mesti menguatkuasakan undang-undang yang ada bagi mempastikan tragedi itu tidak berulang.

"Budaya menuding jari satu sama lain perlu dihentikan. Lebih elok untuk bekerjasama bagi mewujudkan satu pasukan kerja yang dapat memastikan peruntukan undang-undang itu dapat dilaksanakan," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

PAS Pahang menggesa satu siasatan rapi dilakukan berhubung tragedi banjir lumpur akibat pelepasan air empangan di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang telah meragut tiga nyawa dan satu masih hilang serta kerugian yang sangat besar.

Tragedi malang ini dikatakan berpunca dari Tenaga Nasional Berhad yang terpaksa membuka empangan bagi mengelak empangan tersebut dari pecah akibat hujan yang lebat, manakala ada pula dakwaan ia adalah akibat pembinaan empangan baru serta penggondolan kawasan bukit tanpa kawalan sebagai punca memburuk keadaan hasil daripada lepasan air empangan.

PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah dan telah menggerakkan Unit Amal membantu mangsa banjir di sana. PAS Pahang turut memberikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.

Lujnah Alam Sekitar sebelum ini telah beberapa kali memberi amaran mengenai risiko yang sedang menanti akibat pembangunan kawasan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa banjir lumpur Cameron kecewa dakwa bantuan lambat disalurkan pihak berkuasa

Posted: 25 Oct 2013 06:38 PM PDT

Bajet 2014: Baik dan Buruk - Komen MP

Posted: 25 Oct 2013 05:36 PM PDT


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
Kita menganggarkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ada kesan jangka pendek. Mungkin ada kenaikan harga pada barang tertentu. Namun jika dari sudut jangka panjang, ia boleh mengubah asas percukaian kita. Ia ada notis setahun lebih. Mencukupi. Kalau tidak, 6% pendapatan kerajaan tidak akan mencukupi. Kita perlu bersedia. Dalam keadaan inflasi rendah sekarang membolehkan ia dilaksanakan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketirisan berbilion ringgit sedang berlaku dan negara berada dalam keadaan terdesak untuk melaksanakan cukai. Isunya adalah ketidakadilan. Tidak ada pertimbangan untuk membaiki kebocoran berpuluh billion yang terjadi. Ia sebenarnya hanya melebarkan kedudukan jurang golongan kaya dan miskin. Kenaikan harga gula pula dibentangkan dengan hujah yang cukup lemah sekali.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
GST akan ambil tempoh lebih setahun untuk dilaksanakan. Ian tidak membebankan bagi menggantikan cukai sedia ada. Kadar 6% munasabah berbanding negara jiran.
Ia perlu diperjelaskan. Saya tidak fikir ia akan membebankan rakyat berpendapatan rendah. Ia tidak perlu diputar belit mereka yang berkepentingan politik. Saya harap rakyat menerima baik GST.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan
Banyak cadangan yang kita kemukakan dilaksana Kementerian Kewangan. 25% untuk kementerian saya sahaja. Perdana Menteri faham masalah perumahan yang menjadi perkara pokok di negara ini. Ia serampang dua mata. Mengenakan cukai bagi mengelakkan spekulasi daripada berleluasa.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin
Saya lihat bajet kali ini meningkatkan kualiti bandar dan luar bandar yang mencakupi segala kehendak rakyat kerana apabila keadaan ekonomi itu baik, ia perlu diagihkan kepada rakyatnya.
Masyarakat luar bandar juga dapat menikmati menerusi Bantuan Rakyat !Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan mesin hemodialisis kepada penghidap penyakit buah pinggang. Pada saya, ia bajet janji ditepati selaras dengan manifesto BN.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar
Alhamdulillah. Tahniah kepada PM kerana membentangkan bajet komprehensif dan bertanggungjawab. Banyak komitmen sebelum ini telah diperkemaskan lagi terutama pengurusan kewangan yang mapan.
Bajet Berdasarkan Hasil (OBB) adalah satu inisiatif Kementerian Kewangan yang sedang dijalankan akan memberi impak lebih baik dalam pengurusan kewangan.
GST telah lama dibincangkan sejak Bajet 2006 dan Rang Undang-Undang telah pun dibentangkan di Parlimen pada 2009. Banyak pertemuan dilakukan dan kita juga banyak menerima maklum balas daripada rakyat dan pakar ekonomi.
Sudah tiba masa kita melaksanakannya. Dari segi tarikh, 17 bulan daripada sekarang adalah satu tempoh yang sesuai bagi membolehkan peniaga dan syarikat membuat persiapan rapi.
GST adalah struktur baru cukai yang menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ia bukan cukai tambahan tetapi cukai baru. Kadarnya pula pada kadar 6% iaitu pada kadar setaraf dengan kadar cukai perkhidmatan sedia ada dan kurang daripada cukai jualan sekarang yang mencecah 10%.
Ahli Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke
Sejak dahulu saya katakan bahawa GST akan diperkenalkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kita sudah menjangka tidak ada keinginan politik daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Meskipun pertambahan dana kerajaan sebanyak RM4 bilion tetapi perbelanjaan kerajaan juga meningkat. Tiada usaha mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan negara.
Begitu juga dengan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan. Ketirisan ini memperlihatkan kerajaan terpaksa mengenalkan satu cukai baru iaitu GST untuk menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.
Jika tiada usaha menangani ketirisan, maka tiada guna memperkenalkan cukai baru. Saya telah menjangkakan rasionalisasi subsidi akan diguna selepas pilihan raya. Kerajaan menambah BR1M tetapi pada masa yang sama menambah beban hidup rakyat.
Pengurangan subsidi gula tidak begitu saintifik dengan niat untuk melawan diabetis. Ia pendekatan remeh.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Bajet 2014 menjadikan Malaysia negara pro perniagaan dan akan meningkatkan ekonomi pada masa akan datang. GST menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah lebih logik. Ia sepatutnya lama diamalkan kerana telah diamalkan oleh 160 buah negara.
Diharap rakyat menyambutnya dengan baik kerana pelaksanaannya bukan esok atau tahun depan tetapi masa yang lebih lama.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas pengiktirafan sektor komunikasi sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara kerana pelabur asing sering bertanya berapa keajuan jalur lebar kita.
Kalau jalur lebar kita masih di peringkat perlahan ia akan merencatkan aktiviti ekonomi. Hari ini bajet menyentuh bagaimana meningkatkan kelajuan di bandar, pinggir bandar dan pastikan luar bandar juga dapat dihubungi dengan 1,000 menara yang akan dibina.
Hubungan Sabah dan Sarawak juga dapat dieratkan melalui kabel dasar laut dengan belanja RM850 juta.
Kita tidak boleh samakan Malaysia dengan Singapura. Mereka tidak memasang kabel dasar laut ke tempat lebih luas. Harga yang kita ada adalah munasabah tetapi dari segi jangka masa panjang, saya mahu lihat liputan yang lebih luas, kepantasan dan harga yang munasabah.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa
GST akan membebankan kerana jika dilihat dalam suasana hari ini di mana kadar hutang isi rumah yang tinggi, GST tidak menyelesaikan isu itu.
Isu hutang isi rumah tidak banyak digarab tetapi diperkenal dengan regim cukai baru dengan alasan tidak perlu membayar cukai berganda.
Negara yang disebut mengenakan Value Added Tax (VAT) adalah negara yang mempunyai rakyat berpendapatan tinggi. Maka mereka mampu untuk dikenakan sedemikian tetapi negara masih berdepan dengan 40% rakyat yang mempunyai pendapatan RM700 ke RM1,200. Oleh itu, GST tidak menyelesaikan masalah meskipun dilihat dapat menambahkan pendapatan.
GST sepatutnya diperkenalkan dengan 2 atau 3% dahulu kemudian baru dinaikkan jika ada keberkesanannya. Kita belum melihat bagaimana dokumentasi dan pelaksanaan kastam apabila GST pada kadar 6% dilaksanakan.

Bajet 2014: GST sasar kumpulan besar tetapi yang miskin alami kesan lebih buruk, kata pakar ekonomi

Posted: 25 Oct 2013 05:30 PM PDT


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah langkah 'regresif' yang akan memberi kesan lebih buruk kepada kumpulan miskin dan rakyat Malaysia yang sudah pun bergelut dengan hutang, kata pakar ekonomi.
Walaupun memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) untuk diganti dengan GST, kadar 6% yang diumum Putrajaya hari ini dalam Bajet 2013 dianggap terlalu tinggi, menurut pakar ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
"Ini adalah cukai regresif kerana mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbeban dengan pengenalan cukai ini daripada segi nisbah kepada pendapatan mereka," kata Azrul kepada The Malaysian Insider.
Azrul juga tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan pengenalan kadar 6% adalah paling rendah.
"Kerajaan perlu membuat perbandingan pengenalan kadar antara negara dan bukan pada kadar semasa.
"Singapura semasa memperkenalkan GST hanya pada 3%," terang Azrul lagi.
Pandangan Azrul juga dikongsi oleh penganalisis Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui kerana kadar itu adalah tidak munasabah memandangkan hutang isi rumah berada pada 80% dan orang ramai akan terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang diperoleh.
"Akhirnya rakyat terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang mereka peroleh," kata Lim kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Sabah, Sarawak adalah tali hayat BN, tapi dapat 'lopong' sahaja

Posted: 25 Oct 2013 05:26 PM PDT

Bajet 2014 yang di bentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia semalam, di katakan ramai sebagai 'ritual' biasa dan tidak memberikan apa-apa yang memberangsangkan kepada rakyat terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. Yang memberikan pujian seperti biasa hanyalah professor-professor yang manjadi  politikus 'arm chair' setiap kali bajet tahunan di bentangkan oleh Menteri Kewangan negara.

Banyak di antara perkara yang hendak dilaksanakan pun akan mula terlaksana pada tahun 2015 dan 2016 nanti. Saya sebagai orang kampung yang simple dan sebagai rakyat yang biasa sahaja tidak pun nampak apa-apa impak kepada kehidupan rakyat kecuali bagi mereka yang sudah sedia kaya raya sekarang ini.
Yang miskin-miskin masih lagi di nodai oleh BRIM yang tidak ada apa-apa 'consequence' terhadap kehidupan rakyat seperti kami di bawah-bawah ini. Oleh itu biarlah kami memberikan komen seperti orang biasa sahaja tanpa menggunakan istilah-istilah besar seperti yang di gunakan oleh pembentang bajet itu.
Tetapi yang saya dan ramai yang berhubung dengan saya berkata, 'we are getting only the bones. No money, nothing It's full of intrigues and figure juggling and let's not shout about it!". Itulah yang dapat saya susun kembali kata-kata mereka yang menghubungi saya dan itulah 'summary' yang dapat saya susun dari kata-kata rakan-rakan saya dari berbilang kaum kepada saya malam tadi.
Tetapi yang saya tahu Sabah dan Sarawak tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari apa yang kita jangkakan sebelum itu. Kedua-dua negeri yang sedang dalam keadaan tertekan dalam banyak hal tidak mendapat apa-apa kelebihannya walaupun dari kedua-dua buah negeri inilah kekuatan kerajaan yang ada pada hari ini.
Walaupun BN Sabah dan Sarawak menyumbang hampir 50 kerusi di Dewan Parlimen Persekutuan, sumbangan mereka itu tidak di hargai oleh pimpinan persekutuan dalam pembahagian belanjawan kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014 bajet untuk orang kaya

Posted: 25 Oct 2013 05:24 PM PDT

PKR hari ini menyifatkan Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah 'bajet untuk orang kaya'.
Menurut Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali , memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah melepasi fasa pilihan raya umum, maka tiada kepentingan memenangi hati rakyat.

"Sekiranya tahun lepas bajet dibentangkan lebih kepada bajet rakyat, namun kerana kerajaan dapat meneruskan mandat mentadbir negara, berlaku perubahan ketara apabila BN berasa mereka tidak perlu memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah pelaksananan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga dianggap sebagai perbuatan membalas dendam kerana mereka mengetahui ramai rakyat menyokong pembangkang.
Tindakan membandingkan GST negara lain juga tidak wajar kerana jelas ia melibatkan situasi berlainan.
"Najib cuba bandingkan dengan Singapura, kononnya kadar 6% masih rendah berbanding 7%. Namun semasa ia diperkenalkan di negara itu iaitu pada 1994, ia bermula dengan kadar 3%," katanya.
"Apabila PRU berakhir maka inilah hasilnya, yang miskin menjadi semakin miskin."
Read More / Baca Lagi >>

Hapuskan subsidi dan pemberian wang tunai, kata penganalis politik

Posted: 25 Oct 2013 05:22 PM PDT


Kerajaan perlu segera berhenti memberi subsidi dan juga wang tunai, sebaliknya harus fokus kepada meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) per kapita negara, kata penganalisis.
"Bajet kerajaan perlu fokus kepada mekanisme untuk membantu meningkatkan KDNK," kata penganalisis politik, Khoo Kay Peng.
Namun beliau memuji langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghapuskan subsidi gula apabila beranggapan ia 'menganggu industri'.
"Untuk berapa lama lagi kita perlu bergantung hidup pada subsidi.
"Sudah tentu ia akan memberi impak kepada harga makanan tertentu tetapi ia satu perkara yang wajar dilakukan dan lama kelamaan rakyat akan terbiasa,"katanya.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).Beliau berkata cukai baru tersebut akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.
Manakala Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya  Dr Shaharuddin Badaruddin berkata penghapusan subsidi tersebut menunjukkan kerajaan ke arah pasaran bebas.
"Kenaikan harga gula menyaksikan impak yang besar dan terkesan pada semua secara keseluruhan kerana itu kerajaan juga perlu mencari jalan untuk mengawal harga," katanya.
Shaharuddin menjangkakan rakyat bakal menyaksikan beberapa lagi pengurangan subsidi kelak ini apabila kerajaan terpaksa memberikan wang tunai kepada rakyat kurang berkemampuan.
Najib turut mengumumkan fasa ketiga Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
Manakala bagi individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 dan turut  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: