RAKYAT MARHAEN |
- Baki Akaun Semasa Negara Malaysia : 2009 (RM14 Bilion) VS 2013 (Tinggal RM1.0 + Bilion)?
- Calon PAS DUN Sg Limau Yang Saya Kenali
- Bila Agaknya Najib Nak Tunaikan Janji Tukar Ketua Menteri Sarawak?
- Pesan Ibn Khaldun Mengenai ‘Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)’?
- Umno lebih kepada pilih pemimpin berwang
- The world’s quietest Prime Minister
- Mesej Budaya untuk Pimpinan PAS
- Melihat PAS menangani isu tanah dan seniman
- On Allah, the court rules and the Cabinet now frets
- Allah
- GST akan bebankan golongan berpendapatan rendah
- Kualiti pendidikan punca graduan menganggur, tiada kaitan perkauman
- Anak syarikat Petronas disaman RM260 juta jual motosikal kontraban
- Azmin: Saya takutkah Allah, bukan Mahathir
- PAS yakin kemampuan Ustaz Azam
- PAS guna slogan 'kekal' untuk PRK Sg Limau
- Azam Samad lawan Ahmad Sohaimi di Sungai Limau
- "KEKAL SUNGAI LIMAU" : MENERUSKAN AGENDA RAKYAT, HARAPAN ANAK MUDA
- Sg Limau: Guru pondok calon BN lapor Utusan Malaysia
- Ucapan Sulung Calon PAS Sg Limau Ust Azam
- Biodata Lengkap Calon PAS Bagi PRK N20 Sg Limau
- Larangan guna kalimah Allah terpakai kepada semua Kristian Malaysia, kata peguam
- PR jangka defisit negara terus meningkat
- Henti PLKN, perkenal cukai RPGT, antara cadangan belanjawan alternatif pembangkang
- Sg Limau: Ketua Pemuda Pas Jerai lawan Sohaimi
Baki Akaun Semasa Negara Malaysia : 2009 (RM14 Bilion) VS 2013 (Tinggal RM1.0 + Bilion)? Posted: 21 Oct 2013 09:04 PM PDT Keratan akhbar ini kami perolehi daripada seorang pembaca setia Berita Semasa yang menghantar melalui email dan inginkan kepastian apabila disogokkan dengan maklumat yang mana keadaan akaun semasa negara Malaysia dalam keadaan begitu meruncing sekali. Walaubagaimanapun… Walaubagaimanapun berdasarkan semakan yang Berita Semasa lakukan, kami dapati angka yang diberikan kurang tepat apabila melihatkan angka dan fakta yang dikongsikan melalui laporan berita Bloomberg bertarikh 30 Ogos 2013. Yang menyatakan sebenarnya :
Telah berlaku penyusutan yang agak drastik sebelum Pilihanraya Umum 2013 dengan tempoh selepas PRU Ke 13 (SEPERTI DI SINI) Baki Akaun Semasa Negara Malaysia (Laporan Bloomberg)Baki Akaun Semasa Negara Malaysia (Data Bank Negara)Sumber : Statistik Bank Negara Malaysia Baki Akaun Semasa Negara : Bajet Surplus VS Bajet Defisit? Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negara, rakyat Malaysia hanya menikmati Bajet "surplus" sebanyak 5 kali sahaja sejak tahun 1970 iaitu antara tahun 1993 – 1997. Bajet defisit terburuk adalah pada tahun 2009 (-RM47.4 Bilion). Walaupun pembentangan Bajet telah dibentangkan tetapi dana kerajaan tidak pernah cukup sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memohon perbekalan tambahan beberapa kali sejak tahun 2009 lagi. Dan penganalisis ekonomi menjangkakan pada suku pertama tahun hadapan, kerajaan akan membentangkan sekali lagi perbekalan tambahan yang kedua bagi tahun 2013. Hampir pasti akan berlaku….Selepas kerajaan berjaya memperolehi RM14 bilion tambahan (DI SINI)
Angka terkini baki akaun semasa kerajaan Malaysia bakal menjawab sedikit sebanyak persoalan rakyat melihatkan sebuah negara yang dilimpahi kekayaan kayu balak, getah, kelapa sawit, tanah yang sumber untuk tujuan pertanian, lautan luas yang menjadi sumber makanan laut, limpahan hasil emas hitam (minyak dan gas) tetapi rakyat belum benar-benar merasai limpahan kekayaannya. Sebaliknya……berita kenaikan harga minyak & harga barang sekaligus lonjakan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini. |
Calon PAS DUN Sg Limau Yang Saya Kenali Posted: 21 Oct 2013 08:59 PM PDT Oleh Muhammad Sanusi Md Nor Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika terasa kurang di mana-mana. Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun 2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu, kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya. Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya, yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon... "Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?" "Ya mak cik, Azam ada mak cik" " Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai. Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon balik" "Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda" " Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi telefon" "Ok mak cik, Assaamualaikum!" "Waalaikumussalammmm!" Sebeum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia telepon balik. Read More / Baca Lagi >> |
Bila Agaknya Najib Nak Tunaikan Janji Tukar Ketua Menteri Sarawak? Posted: 21 Oct 2013 08:56 PM PDT Semalam Perdana Menteri, Najib Razak berada di Sarawak untuk merasmikan Perhimpunan Agung parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpinan oleh Ketua Menterinya, Taib Mahmud. Secara kasarnya tiada apa-apa yang istimewanya dengan kehadiran Najib itu kerana sudah menjadi amalan biasa sebagai Pengerusi BN, beliau akan merasmikan semua perhimpunan agung parti-parti komponen yang bergabung di bawah BN. Tetapi secara halusnya, kehadiran PM ke Sarawak semalam terselit keunikan tersendiri kerana ia adalah genap kira-kira dua setengah tahun atau separuh penggal kerajaan negeri yang ada sekarang ditubuhkan selepas pilihanraya umum negeri yang diadakan pada April 2011 yang lalu. Jika kita masih masih ingat, dalam kempen pilihanraya negeri yang paling sengit ketika itu dan isu kepimpinan Taib Mahmud yang sudah begitu lama iaitu melebihi 30 tahun telah menjadi perkara yang begitu membimbangkan ketika itu. Isu kepimpinan beliau yang terlalu lama di samping kekayaan keluarganya yang luar biasa hampir menjadi punca tewasnya BN ketika itu. Dan untuk menangani isu tersebut, Najib akhirnya terpaksa membuat pengumuman di saat-saat akhir bahawa pertukaran Ketua Menteri Sarawak akan dilakukan selepas pilihanraya berakhir dan memina rakyat terus memberi sokongan kepada BN agar proses peralihan kuasa itu dapat dilakukan dengan lancar. Diakui oleh banyak pihak bahawa walaupun pelbagai faktor turut menyumbang kepada kemenangan BN di Sarawak ketika itu tetapi faktor terbesarnya ialah kerana janji mahu mengundur dan menggantikan Taib Mahmud. Di sebalik gelombang dan kempen agresif pembangkang waktu itu, janji perubahan yang dilakukan oleh Najib akhirnya melembut dan mencairkan hati rakyat Sarawak untuk terus menyokong BN. Read More / Baca Lagi >> |
Pesan Ibn Khaldun Mengenai ‘Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)’? Posted: 21 Oct 2013 08:52 PM PDT Oleh Ibn Yusof APABILA Malaysia berhasrat melakukan penstrukturan baru terhadap sistem cukai dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dapat dilihat pelbagai reaksi dan pandangan diberikan oleh lapisan masyarakat. Langkah ini dicadangkan kerajaan bertujuan menyusun semula sistem percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Secara umumnya, ramai yang terpesona dengan fakta bahawa kadar GST yang dicadangkan adalah serendah 4% dan ia lebih rendah daripada kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang. Namun hakikatnya, rakyat marhaen sedar, bahawa langkah 'kurang popular' yang terpaksa diambil kerajaan ini demi menjamin kestabilan ekonomi negara bagi jangka masa panjang disebabkan kadar hutang negara atau lebih tepat, hutang kerajaan berada pada paras yang semakin tenat apabila terus melambung tinggi dan tidak setanding dengan pendapatan yang dinikmati negara. Ini bukan lagi rahsia apabila negara saban tahun membentangkan bajet defisit. Justeru dalam menelusuri penggubalan Dasar Percukaian Negara ini, khususnya dengan memperkenalkan GST, tulisan ini mengajak pembaca membaca dengan mengetepikan politik partisan dan melihatnya daripada aspek keadilan sosial. Tertarik dengan istilah 'Ekonomi yang Manusiawi', yang merupakan daripada satu bab daripada buku Anwar Ibrahim bertajuk Gelombang Kebangkitan Asia, ketika membincangkan aspek percukaian, penulis ada merujuk kepada buah fikiran seorang pemikir Islam yang besar dan pendahulu kepada fikiran ekonomi moden, yang bernama Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun (1332-1406M). Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun atau lebih dikenali dengan Ibn Khaldun, dalam karya agungnya Muqaddimah (hanya pengenalan kepada kitab al-'Ibar), banyak membincangkan pendekatan yang menarik dalam mengamati dasar cukai oleh sesebuah negara. Pemahaman beliau dalam isu cukai ini merangkumi dilema dasar fiskal yang terpaksa dihadapi oleh pemerintah, yakni bagaimana sebuah pemerintahan boleh mengutip pendapatan yang tinggi dengan memberikan beban yang paling kecil kepada rakyat. Itulah antara perkara yang dibincangkan beliau, masalah kurang atau banyaknya kutipan cukai, yang boleh menjadi penentu jatuh bangun sebuah empayar pemerintahan. Semuanya bermula dengan keperluan dan ketelusan sesuatu tampuk pemerintahan dalam menetapkan kadar cukai kepada rakyat, adapun kehendak rakyat itu lebih jelas, bahawa kutipan yang diambil daripada rakyat diberikan kepada rakyat (dalam erti kata mengukuhkan dan memajukan negara) sehingga rakyat benar-benar merasai nikmat hasil cukai yang dibayar daripada hasil usaha mereka, bukannya untuk perut pemerintah. Diingatkan isu ini apabila beliau menulis: Read More / Baca Lagi >> |
Umno lebih kepada pilih pemimpin berwang Posted: 21 Oct 2013 08:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan Pemilihan Naib Presiden Umno semalam terbukti bahawa Umno sebenarnya bukan mewakili suara hati rakyat tetapi mewakili individu yang mempunyai wang, demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad. Jelasnya, setiap kali berlaku pemilihan calon yang menjadi kegemaran ahli Umno mestilah mereka yang ada wang dan pangkat. "Kita lihat dalam pemilihan sebelum ini, iaitu Ali Rustam dan Isa Samad yang masing-masing ada pangkat dan wang mendapat undi yang banyak," katanya. Malangnya kata beliau, apabila mereka berdua ini tidak ada kuasa sudah tentulah mereka tidak ada apa-apa kepentingan akhirnya keputusan pemilihan semalam tidak memihak kepada mereka. Senario yang berlaku ini, bagi Idris, politik wang tidak dapat dinafikan di dalam Umno dan ianya diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri Tun mahathir dan beberapa pimpinan Umno yang lain "Dalam Umno, orang yang ada wang sahaja boleh naik.Yang tidak ada wang tidak boleh menang. Wang dan Umno tidak boleh dipisahkan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen hari ini. Pemilihan tahun ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem "electoral college" di samping bertujuan membasmi gejala politik wang. Read More / Baca Lagi >> |
The world’s quietest Prime Minister Posted: 21 Oct 2013 08:50 PM PDT Where is the PM who went on a round of dressing up in male cheongsam for Chinese New Year, playing the Chinese drums and attending Thaipusam at Batu Caves before the elections? "Half-baked David Cameron admits he doesn't know price of loaf as he uses £139 breadmaking machine" screams the Daily Mirror as another round of Prime Minister bashing is lapped up by Britons. Posh broadsheets The Guardian, Telegraph etc handle the issue with more polish and now squeeze the matter to pedantic issues such as the culture of breadmaking, the maths behind it, so forth. There is no escape for Cameron because the matter reaches readers far and wide as newspapers like The Evening Standard is distributed free, as well as Metro which is readily available for train commuters. But then no British politician gets immunity from the hard hitting free press here in the UK-not even the Prime Minister. Free Press!? Attacking the government!?…. I can almost see Mahathir's handsome Kerala features twitching in anger and smoke snorting out of his Indra Gandhi nose. Oh how the old man has conditioned two generations of Malaysians to coil with fear at the idea of free speech. Malaysians accustomed to toeing the line and never questioning authority….'everything is sensitive'… find reading newspapers in England a pleasurably uplifting, liberating experience. It's something like Malaysians waking up to see The Star or New Straits Times carrying this headline 'Step Down Ahmad Zahid'… Zahid being replaceable with Najib Tun Razak, Taib Mahmud, Dr Chua Soi Lek, G Palanivel – take your pick. What tame pussycats Malaysia's English newspapers have become, .purring seductive nonsense and sexily rubbing their master's legs. But then what can we expect when they are owned by political parties hell bent on survival? So we come to the recent "There is no need to give them any warning. If we get the evidence, we shoot first,"statement by Home Minister Ahmad Zahid Hamidi. In any civilized part of the world the mainstream media would have ripped Ahmad Zahid apart, its law abiding citizens would have shown their disgust with protests and Mister Home Minister would have been shown the door to hone his Home Science skills instead. |
Mesej Budaya untuk Pimpinan PAS Posted: 21 Oct 2013 08:48 PM PDT Oleh Dinsman Pertamanya saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS, kerana telah bercakap mengenai budaya di dalam Parlimen pada 15 Julai lalu, iaitu mengenai 'Kuasa Budaya Dunia'. Berikutan itu Seniman Paksi Rakyat telah mengadakan satu majlis dialog bersama dengan beliau, yang turut juga dihadiri seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob, di Taman Greenwood pada 19 Ogos Antara persetujuan yang dicapai ialah mengadakan Majlis Dialog Budaya secara rasmi dengan pimpinan tertinggi PAS. Inilah maka kita bertemu di sini pada malam ini. Bertemu untuk acara budaya. Bukan acara politik seperti selalu. Datuk Mahfuz antara lain di Parlimen itu telah berkata bahawa: "Untuk memulihkan ekonomi yang merudum mungkin agak sukar, tetapi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menguasai budaya agak mudah, kerana negara ini merupakan sebuah negara yang terkumpul tamadun besar dunia di dalamnya." Sekali fikir saya bersetuju dengan kenyataan itu. Sekali fikir. Lebih mudah membangunkan budaya daripada membangunkan ekonomi, atau memulihkan ekonomi yang merudum. Memang. Tetapi kalau kita perhatikan realiti yang berlaku di sekeliling kita – ia sama sekali lain. Walaupun memulihkan ekonomi yang merudum itu kerjanya memang lebih sukar, tetapi melaksanakannya adalah lebih mudah berbanding dengan membangunkan budaya – walaupun sebenarnya kerja membangunkan budaya itu jauh lebih mudah. Sebab apa? Sebab kita lebih mudah mengeluarkan peruntukan walaupun mencecah puluhan billion RM untuk memulihkan ekonomi, tetapi kita sangatlah sukar untuk mengeluarkan peruntukan walaupun hanya beberapa ribu sahaja (bukan juta pun, ribu sahaja) – itu lebih susah daripada mengeluarkan ribuan juta untuk pulihkan ekonomi. Maka Paksi merumuskan – bahawa faktor yang paling penting sekali dalam usaha merealisasikan idea Datuk Mahfuz mengenai 'Kuasa Budaya Dunia' itu ialah pemahaman dan penerimaan oleh pihak pimpinan yang diharap akan menjalankan pelaksanaannya. Dan pemahaman-penerimaan yang dimaksudkan di sini ialah pemahaman-penerimaan yang melibatkan persetujuan untuk mengeluarkan peruntukan kewangan yang mencukupi. Kalau sekadar faham dan setuju sahaja tetapi tak mahu keluarkan peruntukan yang mencukupi – itu bukanlah pemahaman dan penerimaan yang kita maksudkan. Read More / Baca Lagi >> |
Melihat PAS menangani isu tanah dan seniman Posted: 21 Oct 2013 08:46 PM PDT A Shukur Harun Ahad lalu saya menghadiri dua majlis yang sama sekali berbeza suasana, tujuan, sementara para pesertanya juga berlainan. Iaitu Konvensyen Tanah dan Perbandaran Kebangsaan dan satu lagi Dialog Budayawan Dengan Pemimpin PAS. Kedua-duanya berlansung di Shah Alam, sebuah bandaraya mewah yang gemerlapan, ibu negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat. Konvensyen Tanah yang ditasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu, membincangkan isu Tanah Rizab Melayu yang kini hanya tinggal 10% saja lagi. Tanah tersebut memang khusus dimiliki oleh orang Melayu saja dan tidak boleh dipindah milik kepada bukan Melayu. Namun ada sisi gelap yang memungkinkan Tanah Rizab Melayu itu bertukar milik kepada bukan Melayu atau menjadi kawasan perumahan atau projek lain. Dengan itu tidak mengejutkan apabila Tanah Rizab Melayu kini hanya tinggal 10% saja. Penjajah British yang memberi label Tanah Rizab Melayu dulu mungkin akan terkejut sakan jika mendengar bahawa tanah tersebut hanya tinggal sebanyak itu lagi. Tetapi apa yang hendak dikatakan, apa yang terjadi sudahpun terjadi. Yang lebih merumitkan lagi ialah tanah yang demikian kecil mempunyai puluhan nama pula dalam satu-satu geran. Ini yang terjadi, umpamanya, tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang hingga kini sangat sukar diselesaikan. Konvensyen tersebut merumuskan tujuh resolusi, yang antara lain, mencadangkan kerajaan negeri-negeri membenarkan tanah kosong dan terbiar – sama ada Tanah Rizab Melayu, milik persendirian atau milik kerajaan negeri diberi kebenaran sementara untuk dibangunkan atau dimajukan secara koperatif atau kolektif. Saya menekuni perbincangan di Konvensyen tersebut yang diakhiri ucapan penutupnya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Konvensyen tersebut berhasil mengemukakan pelbagai masalah tanah di negara ini, tetapi hampir semua pembicara mendapati pengurusan tanah di Selangor adalah yang terbaik sejak diperintah oleh Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
On Allah, the court rules and the Cabinet now frets Posted: 21 Oct 2013 08:30 PM PDT Nothing was more pitiful than the sight of Barisan Nasional (BN) politicians falling over themselves yesterday to dilute and misrepresent the Court of Appeal judgment on the Allah issue. If there was a prima facie case for contempt of court and contempt for intelligence, this was it. Quite clearly, it suddenly dawned on someone in Putrajaya that the sledgehammer approach to deal with Christians using the word Allah had become counterproductive, putting at risk political support in Sabah and Sarawak as well as earning the ire of minority groups in West Malaysia. And given that the person who occupies Putrajaya cares greatly what the international community thinks of him, it must have been an unpalatable few days, given the bashing Malaysia took after the Court of Appeal ruled that Christians cannot use the word Allah and that the Home Minister was right in prohibiting the Catholic Herald from using the word in its internal publication. The sudden intervention of Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and others coincided with the completion of the Umno elections. With support intact and positions secured, it was finally safe to say something about a case that has demonstrated what a dangerous combination insecurity and dishonesty is. It is worthwhile examining what the BN politicians said yesterday because it really throws light on how muddled their thinking is about the Allah and betrays their ignorance about the separation of powers and the rule of law. This is what they said:
This is the problem with Zahid, the more he speaks, the less sense he makes. If his concern is about "preserving Islam", why is a publication meant for Catholics and with a circulation of under 15,000 such a threat? He also says that there is no ban on the use of the word Allah in the Malay-language bible. Again, an illogical decision if the basic premise for disallowing the use of the word Allah is that it will confuse and mislead Muslims. If the Catholic Herald has the potential to mislead Muslims, why not the Al-Kitab? Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Oct 2013 08:28 PM PDT Orang sering menyembah Tuhan yang diperkecil. Maka berabad-abad yang lalu, di kota-kota yang berbataskan gurun, di mana langit luas dan malam dihuni cerita dan rahasia, para rasul datang memperingatkan. Mereka mengecam berhala. Mereka mengecam doa yang membayangkan Tuhan sebagai-jika kita pakai kiasan hari ini-seraut pohon bonsai. Read More / Baca Lagi >>Berhala atau bonsai: sesuatu yang memikat justru karena diletakkan di sebuah kotak yang tetap, seakan-akan hidup, tapi sebenarnya hanya Tuhan yang diperkecil oleh manusia, sesembahan yang jauh dari hakikat Dia yang maha-agung. Orang-orang muslim punya sebuah cerita dari Quran. Di hadapan Fir'aun, begitulah dikisahkan, Musa memberi jawab yang tak diharapkan ketika raja Mesir itu bertanya, "Dan apakah Tuhan alam dunia itu?" Pertanyaan itu, "Ma rabbu al-alamina?", cenderung menantikan sebuah definisi. Tapi jawaban Musa berbeda, dan sangat kena. Nabi itu hanya mengatakan bahwa "Tuhan" adalah "Tuhan dari Timur dan dari Barat, dan dari segala yang ada di antaranya." Musa tak memberikan sebuah definisi, sebab Tuhan yang didefinisikan sama halnya dengan Tuhan yang dibatasi, rapat-rapat, dalam bahasa. Jawaban Musa sebenarnya sebuah deskripsi-atau lebih tepat, sebuah penggambaran yang tak berakhir di satu kesimpulan. Kita bisa menafsirkannya sebagai usaha untuk menunjukkan, dengan kiasan, bahwa Tuhan adalah keagungan yang hadir di ufuk Timur, di mana cahaya bersinar, dan juga di arah Barat, tempat gelap berangkat. Dengan kata lain: Tuhan adalah Rabb-i- "pemilik", "tuan", dan "pengasuh"-dari segalanya, dari yang tampak dan tak tampak, dari yang bersama terang dan yang menemui kelam. Itu sebabnya Ia "esa". Di sini, "esa"-yang dalam bahasa Indonesia ditambahi dengan kata "maha"-berbeda dari "satu". "Satu" adalah sebuah bilangan, sementara yang ilahiah tak dapat dihitung. Ia bukan seperti bulan dan matahari. Ia bukan juga Tuhan dalam Also Sprach Zarathustra: Tuhan yang digambarkan Nietzsche sebagai sosok "tua berjanggut muram" yang "cemburu" dan berkata, "Hanya ada satu Tuhan! Kalian tak boleh punya tuhan lain selain aku!" Dalam Zarathustra, setelah pernyataan itu diucapkan, tuhan-tuhan lain pun mati-bukan karena dibinasakan, tapi karena tertawa geli. |
GST akan bebankan golongan berpendapatan rendah Posted: 21 Oct 2013 08:27 PM PDT Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata cadangan pelaksanaan GST perlu ditolak kerana cukai dikurangkan kepada mereka yang layak sebaliknya mengenakan cukai kepada mereka yang memperoleh pendapatan tidak mencukupi untuk membayar cukai. "Jika GST dilaksanakan, golongan berpendapatan rendah akan terbeban dua kali ganda dalam pembayaran cukai kerana mereka yang terpaksa menanggung pengurangan cukai pendapatan oleh golongan berpendapatan tinggi. "Sebagai contoh, individu yang berpendapatan RM1,000 akan membelanjakan penuh gaji mereka tanpa wang simpanan dan perbelanjaan mereka dikenakan GST sebanyak 5%. Tetapi individu berpendapatan RM20,000 sebulan, mereka mungkin membelanjakan RM12,000 sebulan dan selebihnya diperuntukkan untuk simpanan dan pelaburan. "Golongan yang berpendapatan tinggi itu dikenakan 5% GST iaitu hanya RM600 daripada RM12,000 yang dibelanjakan tadi. Ini bermakna mereka hanya dikenakan cukai sebanyak 3%. Dengan kaedah ini, kerajaan menidakkan tanggungjawabnya dalam memberikan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mempersoalkan hanya 15% mereka yang bekerja di Malaysia dikenakan cukai kerana menurutnya mengapa 85% lagi tidak membayar cukai sedangkan negara menikmati pembangunan ekonomi yang pesat. Read More / Baca Lagi >> |
Kualiti pendidikan punca graduan menganggur, tiada kaitan perkauman Posted: 21 Oct 2013 08:25 PM PDT Penganalisis mendapati masalah pengangguran yang serius dalam negara berpunca daripada kualiti pendidikan negara yang menurun dan ia langsung tidak berkait dengan kumpulan etnik tertentu. Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (Seri), Dr Michael Lim Mah Hui, berkata masalah itu juga berpunca daripada masalah sosio-ekonomi lesu yang tidak khusus kepada kumpulan etnik tertentu di dalam negara. "Perkara ini bukanlah masalah perkauman tetapi kelesuan sosio-ekonomi secara umum yang perlu dikaji secara rasional tanpa mengaitkan sentimen perkauman. "Malangnya terdapat pihak tertentu membuat anggapan salah dan menjadikannya isu perkauman," katanya kepada The Malaysian Insider. Lim menafikan mengambil pendirian bersifat perkauman sebelum ini seperti dalam artikel Bumiputera tidak mempunyai kualiti yang disiarkan The Malaysian Insider dan menegaskan beliau tidak merendahkan "kualiti" mana-mana kumpulan etnik tertentu. Read More / Baca Lagi >> |
Anak syarikat Petronas disaman RM260 juta jual motosikal kontraban Posted: 21 Oct 2013 08:24 PM PDT Syarikat pembuat motosikal berkuasa tinggi Malaysia yang baru berkembang memfailkan tuntutan saman RM260 juta terhadap satu anak syarikat Petronas berikutan berlakunya kemungkiran kontrak dalam kerjasama penjualan motosikal lumba yang sudah rosak. Dalam tuntutan itu, turut dinyatakan hampir 130 motosikal berkuasa tinggi yang disembunyikan, dikenali sebagai Petronas FP1 serta pelan induk dibangunkan dengan kos jutaan ringgit tetapi kemudian disimpan dalam stor di Malaysia sebelum dijual kepada Momoto Sdn Bhd menerusi tender pada 2011. Momoto berkata, pihaknya kemudian mendapati bahawa defendan, Petronas Technical Services Sdn Bhd, tidak mempunyai permit import (AP) untuk membawa masuk motosikal berkuasa tinggi dari United Kingdom itu. Dokumen yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider menunjukkan Momoto mendapati defendan tidak membayar duti Kastam dan Eksais berjumlah RM29 juta bagi 129 motosikal berkuasa tinggi itu. Momoto, syarikat dengan modal berbayar RM2.5 juta menyertai perjanjian dengan Petronas Technical Services pada Mac 2011 dan kemudiannya membayar jumlah penuh pembelian 129 motosikal berkuasa tinggi dan alat ganti daripada defendan. Antara lain yang termasuk dalam perjanjian itu ialah tugasan rekaan paten dan industri. Momoto yang memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Julai lalu, berkata kenyataan tuntutannya menyatakan bahawa siasatan pihaknya mendedahkan Petronas Technical hanya mendaftarkan dua motosikal berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan tidak ada AP untuk kedua-dua kenderaan itu. Ogos lalu, Kastam Diraja Malaysia menyita 129 motosikal daripada Momoto atas kesalahan duti eksais tidak berbayar dan motosikal berkuasa tinggi itu tidak mempunyai AP. Read More / Baca Lagi >> |
Azmin: Saya takutkah Allah, bukan Mahathir Posted: 21 Oct 2013 08:13 PM PDT Walaupun kempen akan hanya bermula secara rasmi selepas penamaan calon esok, Pakatan Rakyat semalam telah mula memalu gendang perang untuk mempertahankan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu kuat PAS. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (kanan) secara sinis mencabar bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun berkempen di situ selepas anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir ditolak anggota Umno dalam pemilihan Umno yang baru sahaja selesai. "Kenapa kita perlu pertahan Sungai Limau? Kita mahu bagi mesej jelas kepada BN, Umno dan Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan," katanya Azmin sewaktu berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam. "Dalam mesyuarat pimpinan Pakatan, saya diminta fokus di Sungai Limau untuk berdepan Mahathir. "Saya tak takut dengan Mahathir tetapi saya takut dengan Allah. Saya akan lawan Umno dan BN habis-habisan sampai mereka kalah di Sungai Limau. PAS: Politik beza, tapi hidup seperti keluarga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula merayu agar liputan media yang adil diberikan kepada calon PAS oleh media arus perdana. Read More / Baca Lagi >> |
PAS yakin kemampuan Ustaz Azam Posted: 21 Oct 2013 07:56 PM PDT JERAI: PAS optimis calon yang diumumkan semalam Ustaz Mohd Azam Abd Samad yang juga Ketua Pemuda PAS Jerai, mempunyai kelebihan sendiri untuk memenangi kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu 4 November nanti. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Ustaz Azam diyakini bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malah dengan jumlah majoriti undi yang lebih besar. "Kita telah memilih calon yang muda bagi membawa suara rakyat, mempunyai pendidikan yang tinggi dalam bidang dan sesuai dengan masyarakat Sungai Limau. "PAS yakin dengan khidmat beliau, kita anggap boleh menang tetapi dalam menghadapi demokrasi yang tidak seimbang ini petugas-petugas PAS mahupun Pakatan jangan memandang mudah," ujar presiden PAS itu ketia berucap pada majlis pengisytiharan calon malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
PAS guna slogan 'kekal' untuk PRK Sg Limau Posted: 21 Oct 2013 07:48 PM PDT JERAI: PAS akan menggunakan slogan 'Kekal' sebagai tema kempen menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 4 November nanti. Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, 'Kekal' membawa misi yang cukup jelas dalam memastikan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dapat diteruskan. Jelasnya lagi, 'Kekal' juga turut membawa mesej bahawa PAS yakin dapat membawa kemenangan selama lima penggal sebelum ini dapat dipertahankan. "PAS dan Pakatan Rakyat menyertai PRK ini dengan misi yang cukup jelas, hanya sepatah perkataan untuk pengundi di Dun Sungai Limau dan seluruh petugas dapat melaksanaka tanggungjawab dengan lebih bersemangat. "Kita akan menggunaka slogan 'Kekal' bagi menghadapi BN," katanya ketika berucap melancarkan slogan tersebut pada majlis pengumuman calon PAS PRK Sungai Limau di Kampung Sungai Limau Dalam malam tadi. Ucap beliau lagi, adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk PAS kekal di Sungai Limau dengan tujuan menghargai apa yang telah dibawa oleh Ustaz Azizan sebelum ini. Katanya, banyak agenda yang dibawa oleh Allahyarham bermula dari dulu sehinggalah tahun 2008, yang telah menunjukkan satu perubahan baru pada pemerintah Pakatan Rakyat di Kedah. Read More / Baca Lagi >> |
Azam Samad lawan Ahmad Sohaimi di Sungai Limau Posted: 21 Oct 2013 07:45 PM PDT Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad diumumkan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ini bermakna, Azam akan berdepan dengan Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi Lazim yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) petang semalam. Ahmad Sohaimi diumumkan sebagai calon oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN di Bilik Gerakan BN bagi PRK DUN Sungai Limau di Sungai Lentang, Sungai Limau. Ketika memberikan ucapan sulung selepas diumumkan sebagai calon, Azam seorang bekas guru berkata, beliau akan meneruskan agenda bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini. Azam berkata, beliau berharap semua pihak menghadapi pilihan raya kecil kali ini dengan penuh harmoni. Muhyiddin ketika mengumumkan pemilihan calon BN berkata, pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan. Katanya, pemilihan dibuat berdasarkan penilaian oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. "Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman itu. Ahmad Sohaimi, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi. Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah, Azizan kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu. Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. |
"KEKAL SUNGAI LIMAU" : MENERUSKAN AGENDA RAKYAT, HARAPAN ANAK MUDA Posted: 21 Oct 2013 07:28 PM PDT |
Sg Limau: Guru pondok calon BN lapor Utusan Malaysia Posted: 21 Oct 2013 04:57 PM PDT Tajuk Utusan Malaysia "Bekas pensyarah universiti, guru pondok calon BN". Dalam laporannya disebut bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, UPSI dan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sungai Limau. Kenapa dalam tajuknya tak disebut bekas guru pondok sedangkan disebut bekas pensyarah. Tak apalah, kerana lawannya ada ustaz PAS maka perlu disebutlah calon BN guru pondok. Sinar Harian melaporkan, Muhyiddin Yassin ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi Dun Sungai Limau yang dikuasai Pas dalam lima pilihan raya umum sejak 1995. Jawab Muhyiddin apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik. Tentang lawannya dari PAS iaitu Mohd Azam Samat, 37 yang merupakan Ketua Pemuda Pas Jerai, Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak akan mampu mempertahankan Sungai Limau, InshaAllah… |
Ucapan Sulung Calon PAS Sg Limau Ust Azam Posted: 21 Oct 2013 04:35 PM PDT |
Biodata Lengkap Calon PAS Bagi PRK N20 Sg Limau Posted: 21 Oct 2013 04:35 PM PDT NAMA : USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT UMUR: 37 TAHUN KELAHIRAN : DI KAMPUNG GELAM 2, DAN DIBESARKAN DI PONDOK BUKIT BESAR TEMPAT TINGGAL: NO 1, TAMAN MARKISA, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN. STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK PENDIDIKAN: -SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR. - SEKOLAH MENENGAH AGAMA AN-NAHDZAH. - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH. - IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIYAH, UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR. - PENGAJIAN TALAQQI DI SYRIA. - DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM (KPLI) PENGALAMAN : - PENOLONG SETIAUSAHA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) - PANEL PENGUBAL SOALAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) . - KETUA PEMERIKSA STAM PERINGKAT KEBANGSAAN DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. - PENCERAMAH BAGI MATAPELAJARAN PEPERIKSAAN STAM. PEKERJAAN: PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA, AN-NAHDZAH, BUKIT BESAR PENGLIBATAN DALAM PAS : 1- KETUA PEMUDA PAS JERAI, 2- EXCO PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DARUL AMAN, 3- PENGARAH JABATAN PASTI PAS KEDAH (2007-SEKARANG) LATAR BELAKANG KELUARGA : - Calon merupakan cucu kepada 3 orang Tokoh Ulama Besar Kedah. Datuk beliau Haji Abdul Hamid Bin Ibrahim (Dikenali Pak Mid Bukit Besar) adalah adik kepada Tuan Guru Haji Aziz Pendang, dan juga Tuan Guru Haji Abd Razak (Haji Daq) - Datuknya Pak Mid Bukit Besar adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai. Pernah bertanding di DUN Sala pada PRU pertama 1959. - Ayah beliau, Abd Samat Bin Abd Hamid pernah menjadi aktivis peringkat cawangan manakala ibunya, Mariani Binti Haji Hamid juga merupakan aktivis Muslimat PAS Cawangan Bukit Besar. |
Larangan guna kalimah Allah terpakai kepada semua Kristian Malaysia, kata peguam Posted: 21 Oct 2013 04:32 PM PDT Semakin banyak percanggahan berhubung isu kalimah Allah kini wujud apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan Kabinetnya memberi kenyataan bahawa kalimah Allah hanya diharamkan bagi akhbar mingguan Katolik Herald sementara penganut agama Kristian masih bebas menggunakan kalimah itu di mana sahaja mereka berada. Bagaimanapun, peguam yang mahir dengan perlembagaan memberitahu The Malaysian Insider penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu adalah pengharaman secara menyeluruh perkataan itu yang memberi kesan kepada semua penganut Kristian di Malaysia. Peguam Fahri Azzat, berkata keputusan mahkamah itu menyebabkan kekeliruan. "Pertamanya kita harus membezakan kenyataan dibuat mengikut perspektif politik. Tidak benar ia tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana jika sesiapa saja membawa kes itu di Malaysia Timur, menteri dalam negeri juga boleh menyekat penggunaan perkataan itu di sana. "Ini masih belum berlaku pada ketika ini, tetapi jika sesiapa mencabarnya, ia akan terpakai," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam. Read More / Baca Lagi >> |
PR jangka defisit negara terus meningkat Posted: 21 Oct 2013 04:30 PM PDT KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun depan akan mencecah kadar 5.2 peratus berdasarkan ramalan peningkatan ekonomi global. Pertumbuhan itu sekali gus akan menyebabkan defisit fiskal negara turut meningkat pada kadar 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Anggaran itu dibuat berdasarkan anggaran pendapatan negara sebanyak RM228 bilion dan anggaran perbelanjaan negara sebanyak RM262 bilion di mana pengurangan sebanyak 10 peratus pada perbelanjaan operasi tidak termasuk emolumen. "...anggaran KDNK sebanyak RM1,055 bilion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun sama," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen, semalam. Katanya lagi, sejak PR menyediakan Belanjawan Alternatif, anggaran defisit pembangkang jauh lebih rendah berbanding kerajaan Barisan Nasional. Read More / Baca Lagi >> |
Henti PLKN, perkenal cukai RPGT, antara cadangan belanjawan alternatif pembangkang Posted: 21 Oct 2013 04:29 PM PDT Usaha menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan, adalah antara beberapa cadangan dalam Belanjawan Alternatif 2014 pakatan pembangkang. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata melalui belanjawan berkenaan pakatan pembangkang juga akan memperkenal sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007, iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama sehingga cukai terendah 5% bagi penjualan pada tahun kelima. "Ini bertujuan mengekang kegiatan spekulasi hartanah yang berlebihan," katanya pada sidang media mengenai Belanjawan Alternatif 2014 pakatan pembangkang di bangunan Parlimen hari ini. Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata PLKN akan dihentikan sementara waktu sehingga kajian dibuat oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC). Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, pada sidang media yang sama berkata melalui belanjawan alternatif 2014, pakatan pembangkang akan memberi peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun. "Sebanyak 1,854 sekolah janaan rakyat atau pun yang ditakrifkan sebagai sekolah bahasa ibunda harus diberikan bantuan tambahan ikut kepala, ini akan melibatkan peruntukan RM22 juta setahun, untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pembangunan sekolah bahasa ibunda, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina," katanya. – Bernama |
Sg Limau: Ketua Pemuda Pas Jerai lawan Sohaimi Posted: 21 Oct 2013 04:27 PM PDT YAN - Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, adalah calon parti itu untuk PIlihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, umum Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang di pekan Sungai Limau, di sini sebentar tadi. Azam sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru. Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu. Azam sebelum ini sudah disebut-sebut sebagai calon di kawasan itu memandangkan sikapnya yang disenangi penduduk selain tidak mempunyai musuh dalaman. Pada 4 November ini, Azam bakal berhadapan calon BN yang merupakan seorang pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ahmad Sohaimi Lazim. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan