Isnin, 21 Oktober 2013

dollah yankee

dollah yankee


PAU 13: Akibat perwakilan yang bangang

Posted: 21 Oct 2013 06:16 PM PDT

Seperti ada yang ditulis olih ramai para blogawan, pemilihan UMNO kali ini ialah perlawanan antara penyandang dengan pencabar. Berat sebelah, kerana perwakilan UMNO (yang hampir semua bangang) seringkali memperlihatkan sifat setia dan lembu dicucuk hidung dan tetap memberi muka kepada penyandang, tidak kiralah betapa teruknya prestasi sang penyandang. Untuk jawatan Presiden danTimbalan Presiden tak payah cakap lah sebab tak ada siapa yang berani lawan, macam juga dengan jawatan Naib presiden. Yang lawan pun semua jenis yang kitar semula.

Lihat sahaja bagaimana perwakilan-perwakilan wanita UMNO yang tetap mahu mengekalkan Kak Ijat sebagai kapitan dan pengembala mereka, meski timbalannya dulu meroyan macam orang gila dan berkoyan-koyan pula kesedihan nya bila ketua mereka dipanggil lembu. Sebut saja lembu teringat UMNO, sebut UMNO teringat lembu. Kah..kah..Kah..

Masa hari raya bila time sembelih lembu korban pun berdekah-dekah orang ketawa dan para-para pak imam-pak imam pula pandai juga melawak bila ditanya tengah buat apa tu? lalu dijawab tengah sembelih UMNO. Begitu pun dahsyat penghinaan terhadap UMNO angkara 'lembu'; Kak Ijat tetap juga dipilih kembali menjadi Ketua Wanita.


Lihat pula penyandang jawatan Ketua Pemuda yang segak bergaya lagi 'macho'. Kemudian lihat pula siapa yang mencabar dia. Aduh!!!, macam liga sepak-bola team division satu lawan dengan team tak ada division. Nak lawan macam mana? 'At the end of the day', KJ kerenyeh sampai ke telinga kerana kekal di jawatan yang sama. Yang mencabar KJ pula kena bersiap sedia lah sebab mereka akan mati, mati kerana akan tercantas dan dicantas dan terhalang lah kemajuan kerjaya politik mereka. 

Demikian nasib politisi UMNO bergelumang dalam real politiknya yang begitu ganas dan 'brutal' akibat dari ramai perwakilan-perwakilan (ahli-ahli umno) yang terdiri dari orang-orang bodoh macam kata Tun Mahathir. Kah..Kah..Kah.. 

dollah yankee -
Okeyyy..'kita concentrate' PRK DUN Sg.Limau pula ...

Mahathir kena cari Anwar

Posted: 21 Oct 2013 01:26 AM PDT


Semasa kempen pemilihan umno sedang panas dan rancak beberapa minggu yang lalu,  ada juga gurkah-gurkah politik di'port' telah menyebut bahawa Dr Mahathir sebenarnya pada hari ini sudah tidak laku lagi, sudah tidak relevan ada sudah tidak pengaruh lagi dalam umno, dan jika dia memenangkan Mukhriz sebagai naib presiden dalam pemilihan itu dengan merasakan suara nya masih kuat dalam umno, dia silap besar. Sebenarnya pucuk pimpinan umno mula dari presiden hingga ke ahli-ahli biasa (yang sememangnya  bangang) hari ini sudah tidak mahu lagi dengar cakap dan apa-apa juga pandangan yang keluar dari mulut Dr Mahathir. Dia sudah jadi sejarah, tapi dia masih tidak mahu menerima kenyataan itu

Hari ini, pendapat itu telah terbukti benar. Dr Mahathir sudah tidak laku. Dia sudah tidak ada pengaruh. Mukhriz kalah lagi. Mahathir bengang lagi. Mahathir marah lagi. Kalau di takdirkan Mahathir pejam mata, alamat nya politik Mukhriz pun akan ikut terpejam sama.

Dulu bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas. Masa itu Mukhriz tewas bukan sebab suara Mahathir tak relevan, tak laku tetapi sebab mereka ambil masa sampai 10 jam nak kira undi yang tak sampai 1000 itu.

Memandangkan, umno sudah tidak lagi mahu dengar cakap Dr Mahathir maka lebih elok jika Dr Mahathir buang egonya dan pergi lah jumpa Anwar Ibrahim atau pun dia boleh jemput Anwar berjumpa dengan nya untuk menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia dari pemimpin umno yang tamak haloba.

Dengan cara itu Dr Mahathir boleh lah menebus segala dosa dan salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama dengan Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan Malaysia.

dollah yankee -
Nurul dan Marina dah boleh duduk satu meja, bapa-bapa mereka bila lagi?



Tiada ulasan: