Rabu, 16 Oktober 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Guru kecewa SPPBS guna teknologi ketinggalan zaman

Posted: 16 Oct 2013 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengenalan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) memberikan reaksi yang pelbagai khususnya dalam kalangan guru. Sejak diperkenalkan, antara perkara yang sering menjadi rungutan ialah masalah yang berkaitan dengan teknologi.

Bayangkan, dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih banyak masalah bakal timbul.

Oleh itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar sistem ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati guru yang terbabit.
Aduan penggunaan Internet Explorer dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah aduan saya:

1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya dan terdedah kepada pengguna sebab boleh disalah guna untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT di KPM tidak boleh mengenalpasti perkara asas seperti ini?

2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tidak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80 peratus pengguna komputer di seluruh dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Ke arah wacana baru agama lebih harmoni - Dr Maszlee

Posted: 16 Oct 2013 08:58 PM PDT

Penulis bimbang terhadap masa depan keharmonian kaum dan kemajmukan agama di Malaysia ekoran respon radikal pelbagai pihak seusai keputusan mahkamah rayuan berhubung penggunaan nama Allah oleh akhbar Katolik The Herald.

Semua pihak digesa menghormati keputusan tersebut berdasarkan semangat salus populi suprema lex.

Namun dalam waktu sama, konsep tersebut juga digesa digunapakai ke atas semua pihak tanpa memilih bulu, hatta terhadap warga Islam yang didakwa menghina agama lain ataupun mencerca kaum lain.

Sehubungan dengan itu, penulis pelik mengapakah sesetengah pihak ekstrimis bangsa dan media yang masih bebas menimbulkan keresahan kaum dengan kenyataan mereka seperti menghina bangsa tertentu yang tidak menyokong kerajaan.

Perkara ini termasuk menggesa Bible dibakar, menyuruh penganut agama lain berpindah dari Malaysia, menggelar parti politik tertentu sebagai kafir harbi yang wajib diperangi ataupun menghina sesuatu agama dan bangsa dalam ceramah umum.

Bagaimanapun golongan ini tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dalam waktu yang sama, penulis kurang bersetuju dengan sikap sesetengah pihak Kristian yang agak agresif di dalam usaha memurtadkan umat Islam secara teratur dan penuh licik.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Pemuda PAS tegas tolak GST

Posted: 16 Oct 2013 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia tegas menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka menjadi agenda utama pembentangan Bajet 2014.

"Inilah sifat sebenar transformasi pemerintah yang kononnya mendahulukan rakyat," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Katanya, setelah bertahun lamanya berada di dalam penafian mengenai status kewangan negara yang semakin parah, kini pemerintah tanpa rasa malu mahu rakyat menebus beban ini dengan program cukai baru biarpun keadaan ini disebabkan kecuaian mereka mengurus fiskal negara.

Beliau berkata, banyak kajian telah merumuskan perlaksanaan GST berisiko mendorong kepada kenaikan kos sara hidup.

Begitupun, ujarnya sisi pandang ini tidak diendahkan kerajaan yang terdesak mengesan sumber baru pendapatan meskipun ianya bermakna rakyat terpaksa menanggung peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Malah, katanya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada asasnya menklasifikasikan GST sebagai cukai jenis regresif yang meletakkan kebajikan golongan berpendapatan rendah lebih berisiko terjejas memandangkan harga barangan penting telah meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

Murtad Dan Kafir: Nooh Gadut tak wajar 'gopoh, terlalu teruja' - Dr Maszlee

Posted: 16 Oct 2013 08:54 PM PDT





 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.

Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal haram.

"Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut," kata Maszlee.

Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga "mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak".
Read More / Baca Lagi >>

Tiga hari menjelang pengundian, Hishammuddin masih lagi ketinggalan

Posted: 16 Oct 2013 08:51 PM PDT


Pemilihan Umno bakal diadakan pada 19 Oktober ini, iaitu kira-kira tiga hari daripada sekarang. Kerusi paling panas diperkatakan ialah Naib Presiden. Semua calon bagi merebut jawatan itu ketika ini sedang sibuk berkempen ke seluruh negara menemui perwakilan, di samping turut sibuk muncul berkempen di televisyen melalui program bual bicara atau wawancara.
Memandangkan kali ini jumlah perwakilan yang mengundi adalah seramai 146,500 orang dan tidak mungkin calon dapat bertemu dengan semua perwakilan itu, maka peluang muncul di televisyen tentunya kesempatan yang tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.
Selain itu, calon juga turut tidak melepaskan peluang menggunakan akhbar sebagai medium kempen sama ada melalui wawancara, kenyataan akhbar, ulasan isu semasa mahupun bercakap mengenai bidang tugas rasmi masing-masing.
Bagi yang aktif di laman sosial pula, mereka juga turut menggunakan kecanggihan dunia internet untuk berkempen dan mempromosi diri masing-masing.
Bagi calon Naib Presiden, hanya Isa Samad yang didapati tidak aktif dalam laman sosial dan didapati akaun Facebooknya sudah lama tidak dikemaskini, selain tidak mempunyai akaun Twitter mahupun Instagram  manakala calon lain iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan Ali Rustam, mereka didapati aktif dalam laman sosial dan sekurang-kurangnya mempunyai satu akaun sama ada Facebook, Twitter ataupun Instagram.
Dengan Perdana Menteri, Najib Razak menggalakkan semua pemimpin Umno dan kerajaan agar aktif dalam laman sosial bagi memudahkan berinteraksi dengan rakyat, Isa Samad nampaknya tidak menyahut seruan itu dan menjadi pemimpin yang tidak mahu bergerak seiring dengan perkembangan zaman.
Ini menjadikan Isa agak terkebelakang dan hanya mengharapkan bantuan media tradisional atau komunikasi secara bersemuka dengan perwakilan untuk kempennya.
Jika calon yang bertanding Naib Presiden kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu penyandang dan penentang, sehingga ini Isa Samad berada di kedudukan paling bawah daripada segi keupayaan menggugat kedudukan tiga penyandang sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy: No need for ROS to dispute Umno Youth results

Posted: 16 Oct 2013 08:47 PM PDT

Yikes! Kuala Lumpur Is Infested By Illegals!

Posted: 16 Oct 2013 08:46 PM PDT

Pengumuman GST dalam Bajet 2014

Posted: 16 Oct 2013 08:45 PM PDT

Default Deadline: US incompetence, can-kicking or clown show?

Posted: 16 Oct 2013 08:44 PM PDT

Heading to the fight in Syria

Posted: 16 Oct 2013 08:43 PM PDT

Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger Parody). #LNJparody

Posted: 16 Oct 2013 08:10 AM PDT

Pengkid, 'Bala' Gejala Sosial Baru, Bagaimana K'jaan Tangani?

Posted: 16 Oct 2013 07:59 AM PDT


 SALIM menunjukkan laporan polis dan poster kehilangan isterinya yang dilarikan pengkid.

Ipoh: Seorang lelaki hampir 'hilang akal' apabila isteri dikahwininya sejak 20 tahun lalu lari meninggalkan rumah selepas jatuh cinta dengan seorang pengkid sejak Jun lalu.

Salim Sopian, 40, mendakwa isterinya, Noor Ain, 39, meninggalkan keluarga selepas bertemu wanita pengkid dikenali sebagai Wan, 32, ketika menyertai lawatan kerja di kilang di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu.

Akibat percintaan songsang berkenaan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun turut terabai. Salim berkata, perubahan sikap isterinya itu dikesan sejurus pengkid terbabit berpindah ke Ipoh untuk mencari pekerjaan.

"Apa yang menghairankan apabila pengkid itu memilih bekerja di kilang sama dengan isteri saya. Pada awalnya saya tidak terlalu memikirkan perkara itu.(myMetro)
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan Membina Sebuah Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang

Posted: 16 Oct 2013 07:51 AM PDT

Iran: Breaking the nuclear deadlock?

Posted: 16 Oct 2013 07:50 AM PDT

Debt ceiling deadline expires at midnight

Posted: 16 Oct 2013 07:50 AM PDT

Berita baik buat ketua pembangkang dalam bajet?

Posted: 16 Oct 2013 07:48 AM PDT

Oleh Kajian Politik untuk Perubahan
Pada 9 Oktober lalu, negeri Pakatan Rakyat Selangor sekali lagi menandakan peristiwa penting dalam usaha mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini dengan memberi elaun istimewa berjumlah RM8,620 kepada ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bayaran bulanan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980, sebagai pengiktirafan dan penghormatan terhadap peranan ketua pembangkang negeri.

Sesungguhnya, langkah ini merupakan perubahan yang 'pecah rekod' bagi memartabatkan dan menjunjung prinsip demokrasi dengan mempertahankan hak suara oposisi.

Justeru, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan rendah dirinya meneladani kesungguhan Selangor untuk mengiktiraf ketua pembangkang.

Sesungguhnya, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi Westminster seperti negara-negara Komanwel lain, pengiktirafan terhadap kedudukan ketua pembangkang di Malaysia seharusnya dipertingkatkan dari segi saraan dan elaun pelbagai bentuk.

Kedudukan itu mustahak bagi merapatkan jurang saraan dan elaun antara ketua pembangkang dengan menteri kabinet atau yang dipertua Dewan Rakyat.

Ketua pembangkang sekurang-kurangnya berhak menikmati pengiktirafan yang setaraf dengan menteri kabinet atau yang dipertua, sekiranya bukan perdana menteri, tanpa dipinggirkan dalam sistem demokrasi berparlimen ini.
Di samping itu, KPRU berpendapat, pejabat ketua pembangkang patut diberi peruntukan untuk menggaji kakitangan bagi menjalankan pelbagai tugas merangkumi pegawai penyelidik, pegawai media dan pembantu eksekutif seperti di negara-negara lain.

Peruntukan ini penting bagi membolehkannya memperoleh tenaga kerja yang mencukupi dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang pemimpin pembangkang dan juga wakil rakyat dengan lancar.
Pengiktirafan di Malaysia
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah: Parti, pemimpin politik digesa libatkan rakyat dalam dialog produktif

Posted: 16 Oct 2013 07:19 AM PDT


Parti politik dan pemimpin harus melibatkan rakyat dalam dialog produktif bagi meredakan ketegangan susulan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa akhbar mingguan Katolik, Herald, tidak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bahasa Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup (gambar) berkata mereka perlu mengelak daripada terlibat dalam pertandingan "holier-than-thou" atau siapa lebih hebat.
"Saya menggesa semua pihak demi perpaduan negara agar berhati-hati dengan kenyataan mereka, tidak provokatif dengan kenyataan tidak wajar dan berhenti mencipta ketakutan sehingga sesetengah masyarakat mula mempersoal kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan di negara kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kurup, yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, menggesa semua parti agar sentiasa mengingati bahawa Malaysia adalah sebuah negara aman dan penyayang serta amat menghargai perpaduan dalam kalangan rakyatnya.
Sementara itu, di Kota Kinabalu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyeru semua rakyat Malaysia bertenang dengan keputusan Mahkamah Rayuan.
Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, menggesa orang ramai untuk membenarkan proses undang-undang berjalan dan tidak membiarkan perkara itu mengganggu keamanan serta perpaduan antara kaum di negara ini.
"Saya harap setiap rakyat Malaysia akan terus mengekalkan semangat perpaduan dan kestabilan di negara ini, serta tidak membiarkan isu ini memecah-belahkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

ABIM tak setuju boleh murtad jika pertikai kes Allah

Posted: 16 Oct 2013 06:59 AM PDT

DAP akan ambil tindakan terhadap anggota parti ‘berhati BN’

Posted: 16 Oct 2013 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap anggota parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN' yang cuba mensabotaj DAP.
Beliau berkata, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap media seliaan UMNO/BN yang berterusan memfitnah DAP dengan pembohongan dan penipuan.
"Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang, Gobind Singh Deo masing-masing telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN'.
Anthony kemudian akan diminta untuk mengemukakan aduan rasmi jika ada asas untuk tindakan lanjut untuk dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang diketuai Tan Kok Wai.
"Pada masa sama, Gobind akan mengkaji kenyataan yang disiarkan media kawalan BN untuk memfailkan saman fitnah dengan segera supaya parti dapat dilindungi dari tertakluk kepada serangan lain yang boleh memberi peluang kepada mana-mana tindakan keras atau menindas oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Masanya telah tiba untuk 150,000 ahli DAP bergerak ke hadapan untuk merealisasikan impian Malaysia melalui laungan perjuangan untuk menggantikan BN pada pilihan raya akan umum datang dengan angota-angota parti yang benar-benar setia memakai kedua-dua iaitu lencana roket dan berhati DAP," katanya dalam kenyataan, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Pengajaran dari Government Shutdown Amerika

Posted: 16 Oct 2013 05:59 AM PDT

Kita hendak buat macam mana? Obama tak dapat datang. Sebab dia berdepan dengan kemungkinan shutdown kerajaan nya. tak bolehlah kita nak salahkan JJ. bukanlah kerana JJ yang dahulu nya duta ke USA yang berkerja keras mengatur Obama supaya singgah sebentar negara kita ini , tiba2 dibenci oleh Obama. Bukan Malaysia sahaja, tapi semua negara Asia dalam senarai lawatan , dikensel.
Terlepaslah peluang Najib untuk mendapat perakuan dari presiden Amerika. Impak Obama tentulah tidak sama dengan impak John Kerry yang singgah sebentar di negara kita. John Kerry umpama pengerusi JKKK merasmikan perhimpunan agung UMNO.
Apa binatang nya government shutdown ini? Shutdown itu maksudnya, jabatan kerajaan tutup sementara. Apa pasal tutup? Kerana tidak ada dana untuk membiayai urusan jabatan. Kena tutup sementara sehingga wang datang. No money no work.
Wah- takkan presiden Amerika yang gagah perkasa tidak boleh ISAkan ahli kongres? Menteri Homeland Security sepatutnya membentangkan rang undang2 tahan tanpa bicara dan lokap ahli kongres yang enggan meluluskan dana di Guantanamo Bay. Takkan Obama yang boleh bom Iraq, bom Afghanistan, Syria, Mesir tak boleh bom kongres?
Read More / Baca Lagi >>

KERAJAAN PR SELANGOR LULUSKAN SETIAP ADUN DI BERI PERUNTUKAN RM10,000 SETIAP BULAN

Posted: 16 Oct 2013 05:56 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan jumlah RM10,000 untuk diberikan kepada setiap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai wang perbelanjaan untuk berkhidmat kepada rakyat. 
 
"Perkara ini sudah diputuskan, dan Exco-exco sudah bersetuju untuk memperuntukkan RM10,000 untuk setiap ahli ADUN untuk mendapat dana sokongan untuk menggerakkan pusat khidmat masing-masing," katanya. 
 
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Majlis Menandatangani MoU di antara i-City dan Best Western International di sini hari ini. 
 
Read More / Baca Lagi >>

Mesej perjuangan Nabi Ibrahim kepada umat sejagat

Posted: 16 Oct 2013 05:52 AM PDT

Oleh DR SIDDIQ FADZIL
KITA mengingat nama Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga dalam selawat dan tahiyyat berkali-kali saban hari. Tetapi mengingatnya di tengah aura Aidiladha terasa ada kelainannya, lebih syahdu dan lebih mengharukan.
Ibrahim a.s. adalah nama besar, nama yang disebut dalam dua puluh lima surah al-Quran.

Kisah Ibrahim a.s. memang bukan sebuah karya fiktif, tetapi qissah Qur'aniyyah yang ke-relevanannya merentas abad, melintas jagat. Para aktivis perjuangan Islam memaknai kisah tersebut bukan sekadar lipur lara, tetapi penyerlahan legasi agung seorang Rasul pejuang kebenaran, kisah yang membawa pesan wisdom perjuangan dan pendidikan hikmah kenabian. Ibrahim a.s. mewariskan sebuah model pendakwahan berasaskan dialog. Beliau tidak berkhutbah secara monolog, tetapi selalu mengajak khalayak untuk berdialog dan beradu argumentasi. Dialog adalah strategi bijak untuk menggugah akal dan merangsang orang agar berfikir.
  Justeru, hanya yang berakal dan yang berfikir yang dapat menghargai dan menilai kebenaran. Berhujah harus selamanya dengan akal sihat dan rasional, bukan dengan sentimen dan emosi.
Demikianlah, kebenaran bukan untuk dipaksakan, tetapi didakwahkan dengan hujah yang meyakinkan (iqna') akal rasional.
Memang teras kekuatan dakwah bukan biaya, dan bukan juga kuasa, tetapi esensinya: kebenaran yang berasaskan hujah dan bukti.
Kekuatan dana, kuasa dan lain-lainnya bukan tidak penting, tetapi bukan kekuatan esensi hakikinya. Memang tidak semua orang bersedia menerima hujah dan kebenaran. Penghalang utamanya adalah kepentingan. Suatu yang namanya "kepentingan" itu memang dahsyat.
Demi mempertahankannya hujah sekuat mana pun, dan kebenaran sejelas mana pun tidak akan diterimanya. Demikianlah sikap kaumnya, rajanya dan malah bapanya sendiri pun.
Hujah yang kuat dan lunak tidak dapat membangkitkan akal rasional seorang ayah yang berkepentingan sebagai seorang pe-ngusaha industri berhala.
Read More / Baca Lagi >>

‘Korban’ dekatkan diri dengan Allah

Posted: 16 Oct 2013 05:51 AM PDT

PERUTUSAN AIDILADHA AL-MURSYIDUL AM PAS
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
SEGALA puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk kita terus bernafas di bumi ini dan dapat menyambut kehadiran satu lagi hari raya di dalam Islam iaitu Aidiladha untuk tahun 1434H.

Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini me rupakan kesempatan yang wajib untuk kita syukuri dan diiringi dengan amal salih tanda ketundukan kita sebagai hamba kepadaNya. Aidiladha sinonim dengan ibadah korban. Korban merupakan istilah bahasa Arab "Qurbaan" yang bermaksud dekat. Ia bermaksud men dekatkan diri kepada Allah SWT.
Setiap ibadat korban hakikatnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika tidak berlaku demikian, ia bukan ibadat korban sekalipun dinamakan dengan korban.
Nabi Ibrahim a.s. memulakan sunnah korban ini apabila bermimpi menyembelih anaknya sendiri. Bagi orang awam, mimpi demikian barangkali akan diabaikan begitu sahaja dan akan mudah dianggap sebagai mainan tidur. Bahkan yang jelas merupakan perintah Allah SWT pun diperlekeh kan apatah lagi jika hanya mimpi yang belum tentu kesahihannya.
Tetapi tidak bagi Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan seorang nabi. Ba ginda tahu mimpi tersebut me rupakan perintah daripada Allah SWT lantas dilaksanakan secepat mungkin sekalipun ia amat berat bagi seorang bapa untuk menyembelih anaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak wajar kata Muslim kafir kerana soal penggunaan kalimah Allah, kata Asri

Posted: 16 Oct 2013 05:47 AM PDT


Bekas mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.
Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.
"Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Asri kemudian menjelaskan isu kalimah Allah hanya menjadi pertikaian di Semenanjung Malaysia, sebaliknya kalimah suci tersebut tidak menjadi isu di negara-negara lain yang juga mengamalkan ajaran Islam.
"Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi," katanya lagi.
"Jadi, adakah beliau (Noh) berkata semua cerdik pandai Muslim dan ulama seluruh dunia kecuali di Semenanjung Malaysia adalah kafir?"
Read More / Baca Lagi >>

Bila Mahathir sokongan idea Zahid adalah muslihatnya

Posted: 16 Oct 2013 05:46 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Bila seseorang menghadapi suasana terdesak ia akan melakukan apa sahaja. Begitu juga dengan penjenayah yang sedang diburu polis, kalau boleh mereka mahu melepaskan diri dan tidak mahu mengambil risiko berdepan dengan polis. Namun kerana sudah tidak ada pilihan lain mereka akan melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri. Itulah yang terjadi.

Barang kali kaedah yang sama boleh dipakai kepada Mahathir Mohamad yang kini dalam keadaan 'terdesak' untuk memastikan anaknya Mukhriz menang dalam perebutan jawatan naib presiden Umno. Mahathir bagaikan penjenyah akan melakukan apa saja tindakan walaupun ia melanggar keangkuhan dan kebencian dirinya kepada seseorang sebelum ini.

Mahathir kini boleh dikatakan terdesak dalam suasana untuk menenangkan anaknya. Agaknya beliau sudah mengetahui hujung jatuh Mukhriz dalam perebutan jawatan itu. Apa lagi bila mana Khairy Jamaluddin mAbu Bakar enang besar dalam mempertahankan kedudukannya sebagai ketua pemuda Umno ia menjadikan Mahathir makin tidak senang duduk. Phobia Khairy mengalahkan anaknya empat tahun lepas menghantui dirinya.


Keempat orang lawan Khairy yang setengahnya seperti ditaja Mahathir kalah sehinggakan hilang wang perataruhan. Kemenangan besar Khairy itu menandakan suara kejauhan Mahathir agak Khairy disingkirkan atau diberi petunjuk kurang sokongan dengan ada undi tentangan tidak menjadi.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: