Kelab Greenboc |
- Keputusan Mahkamah Hanya Untuk Semenanjung, Atau Junaidi Cuba Selamatkan Undi Sarawaknya?
- Polis Yang Pelawa Dulu, Tetapi Kini Enggan Beri Jaminan Keselamatan
- Bolehkah Merakam Hubungan Intim Suami-Isteri?
- [KALIMAH ALLAH] Bekas Mufti Perlis Libas "Fatwa" Bekas Mufti Johor
- [EDISI CUAI] Polis Tertembak Kanak-kanak 10 Tahun
- Larangan Pemakaian Hijab Dibantah
Keputusan Mahkamah Hanya Untuk Semenanjung, Atau Junaidi Cuba Selamatkan Undi Sarawaknya? Posted: 17 Oct 2013 12:15 AM PDT Timbalan menteri dalam negeri membuat kenyataan yang sangat mengarut, dengan memberikan alasan paling tidak logik bagi mempertahankan kerajaan dalam usaha untuk menyelamatkan undi Sarawaknya," kata Pua dalam satu kenyataan. Beliau mengulas kenyataan Wan Junaidi semalam yang menyebut bahawa kabinet membenarkan kalimah 'Allah' digunakan dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Pua berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hari Isnin lalu tidak menyatakan secara khusus bahawa kalimah 'Allah' tidak boleh digunakan dalam The Herald. Sebaliknya, penghakiman itu menegaskan pengharaman ke atas penggunaan kalimah tersebut oleh kesemua agama lain. Malah, katanya, pengerusi panel hakim berkenaan Datuk Seri Mohamad Apandi Ali menyatakan dengan jelas bahawa ancaman ke atas Islam dalam konteks negara ini ialah pengembangan agama lain ke atas pengikut Islam. Tambahnya, para hakim berkenaan turut memutuskan bahawa kalimah 'Allah' tidak melengkapkan fahaman dan ajaran Kristian, khususnya dari aliran Gereja Roman Katolik. Oleh yang demikian, kata Pua, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kalimah tersebut tidak dibenarkan daripada digunakan dalam Bible dalam apa juga bahasa. Menurut Pua, larangan itu akan menjejaskan berjuta-juta pengikut Kristian di Sabah dan Sarawak yang menggunakan Al-Kitab. Katanya, Wan Junaidi dalam kenyataan kepada portal berita The Malaysian Insider tersebut juga menyebut bahawa keputusan mahkamah hanyalah undang-undang kes yang tidak dapat dikuatkuasa walaupun ia menjadi sebahagian dari undang-undang di negara ini. "Sekali lagi, Wan Junai membuat putar belit tidak logik dalam hujahnya bahawa keputusan mahkamah 'biasanya tidak boleh dikuatkuasa'. Jika begitu, kenapa perlu pergi ke mahkamah untuk mendapat pengadilan? "Adakah ia bermakna jika The Herald tidak mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan maka tiada agensi yang boleh 'menguatkuasakannya' ke atas mereka?," soalnya. -mk
|
Polis Yang Pelawa Dulu, Tetapi Kini Enggan Beri Jaminan Keselamatan Posted: 16 Oct 2013 08:50 PM PDT Surendran cuba baju perisai, tapi... Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini mencuba mengenakan baju perisai polis sebagai persediaan untuk menyertai operasi polis. Bagaimanapun, beliau belum menandatangani perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis. Surendran, seorang peguam dan ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, berkata terdapat bahagian dalam perjanjian itu yang perlu dibincangkan dengan penasihat undang-undangnya dan pemimpin parti itu. Menurut penasihat undang-undangnya, R Sivarasa, indemniti itu, antara lain, membebaskan polis daripada tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian, dan Surendran tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, ketua polis negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu. Sivarasa berkata beliau telah menasihatkan Surendran supaya tidak menyertai operasi polis itu, manakala Surendren memberitahu media bahawa beliau masih bersedia untuk meneruskannya, tertakluk kepada perbincangannya dengan pemimpin parti dan penasihat undang-undangnya. Katanya, beliau tidak meminta jaminan supaya tiada apa yang akan berlaku ke atas dirinya (dalam operasi itu). Surendran berkata, ini kerana memang akan terdapat risiko apabila terlibat dalam operasi dengan suspek yang bersenjata. Katanya, beliau tidak meminta sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk memastikan supaya beliau tidak cedera, sambil menambah bahawa sedikit keraguan mereka ialah apabila pihak polis berkata mereka (polis) tidak boleh dipertanggungjawabkan jika apa-apa berlaku. Itu, tegas Surendran, adalah satu cadangan yang berbeza sama sekali -mk
|
Bolehkah Merakam Hubungan Intim Suami-Isteri? Posted: 16 Oct 2013 05:15 PM PDT Rakaman video intim beredar dimana-mana. Jangankan yang sudah menikah, perzinaan dirakam dan tersebar terutama di internet. Mulai dari artis yang kemudian dipenjara dan dibebaskan dan dialu-alukan bak pahlawan, hingga menjadi seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat yang katanya terhormat. Bagaimana dengan suami-isteri menurut Islam? Bolehkah merakam adegan yang sangat peribadi itu? Masalah ini terus ramai menjadi pembicaraan, sementara bala' dari perbuatan tersebut telah menimpa mereka, mulai dari anak-anak hingga orang tua. Islam telah menetapkan bahawa hubungan badan hanya boleh dilakukan antara seorang laki-laki dengan isteri dan hamba sahayanya (lihat QS al-Muminun [24]: 5-7). Selain itu, syara' juga telah menetapkan batas-batas aurat yang harus dijaga kecuali di antara mereka. Bagi suami-isteri, masing-masing diperbolehkan melihat seluruh bagian tubuh pasangannya. Bahz ibn Hakîm telah meriwayatkan dari bapaknya dari datuknya, datuknya berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah SAW, manakah bahagian aurat kami yang harus kami tutupi dan mana yang boleh kami biarkan?" lalu Rasulullah SAW bersabda kepadaku, "Jagalah auratmu, kecuali dari isterimu atau hamba sahaya perempuanmu." (HR Abu Dawud). Mesikipun demikian, Islam mengharamkan menceritakan aurat pasangannya dan perihal hubungan badan itu kepada orang lain. Dalam Hadits riwayat Muslim, Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya manusia yang paling jelek kedudukannya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah seseorang yang menyetubuhi isterinya dan isteri bersetubuh dengan suaminya, kemudian suami menyebarkan rahasia isterinya," (HR Muslim dari Abi Said al-Khudri). Keharaman menceritakan tersebut termasuk keharaman suami yang mempunyai dua isteri atau lebih, yakni hubungan badan suami-isteri dengan isteri satu disampaikan kepada isteri yang lain. Berdasarkan nas-nas di atas, maka keharaman hukum menceritakan tersebut termasuk keharaman merakam adegan ranjang untuk disebarkan, agar boleh ditonton orang lain. Dengan keras Nabi saw. menggambarkan mereka seperti syaitan: "Tahukah apa permisalan seperti itu?" Kemudian beliau berkata, "Sesungguhnya permisalan hal tersebut adalah seperti syaitan wanita yang bertemu dengan syaitan laki-laki di sebuah lorong terdedah, kemudian syaitan laki-laki tersebut menunaikan hajatnya (bersetubuh) dengan syaitan perempuan, sementara orang-orang melihat kepadanya." (HR Abu Dawud). Adapun merakam adegan hubungan badan seperti itu untuk keperluan sendiri, termasuk perbuatan sia-sia dan tidak ada gunanya, yang sebaiknya ditinggalkan: "Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya." (Hr Ibn Majah). Lebih dari itu, jika hasil rakaman tersebut lalu disimpan, maka dapat menjadi wasilah yang menghantarkan kepada perbuatan haram. Sebab, siapa yang dapat menjamin rakaman itu tidak jatuh kepada orang lain? Dalam hal ini, dapat diterapkan kaedah syara': "Hal-hal yang boleh menghantarkan kepada yang haram, maka hukumnya jelas-jelas haram." Adapun hukum memberitakan dan memperbincangkan peristiwa seperti ini juga diharamkan, kerana termasuk menyebarkan perbuatan maksiat. Nabi SAW dengan tegas menyatakan: Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali orang-orang menampak-nampakkannya dan sesungguhnya di antara bentuk menampak-nampakkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan perbuatan pada waktu malam, sementara Allah telah menutupinya, kemudian pada waktu pagi dia berkata, "Wahai fulan, semalam aku telah melakukan ini dan itu." Padahal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabb-nya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabb-nya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah (Muttafaq 'alayh). Kerana itu, hendaknya seorang Muslim menjaga lisannya dari membicarakan perbuatan maksiat orang-orang seperti mereka (mujahirin), bukan untuk menutup aib mereka, tetapi agar tidak terlibat dalam menyebarkan perbuatan keji maksiat mereka di tengah-tengah orang Mukmin. Juga termasuk menjaga lisan dan fikiran dari perkara-perkara yang sia-sia, kecuali untuk menjelaskan hukumnya, agar umat tidak melakukan kemaksiatan serupa. Kerana seluruh perbuatan di atas diharamkan, maka memuat-turun, menyimpan, menyalin dan menyebarkannya jelas hukumnya adalah haram. Wallâhu a'lam. [sumber: konsultasi] |
[KALIMAH ALLAH] Bekas Mufti Perlis Libas "Fatwa" Bekas Mufti Johor Posted: 16 Oct 2013 08:10 AM PDT Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad? Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu. "Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya. Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu". Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad. Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam. "Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya. Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad. Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana? Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya: Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan. (2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi. (3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah. (4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran. "Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu. Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan "Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi? -mk |
[EDISI CUAI] Polis Tertembak Kanak-kanak 10 Tahun Posted: 16 Oct 2013 05:02 AM PDT Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun mengalami cedera parah apabila ditembak secara tidak sengaja oleh seorang polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Daerah Taiping. Kejadian itu berlaku apabila Sarjan tersebut sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, pada Isnin. Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah tersebut semasa kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Timbalan Superintendan Leong Ah Kow berkata Mohd Amar ditemui oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran lebih kurang 45 minit selepas kejadian. Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius. "Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa. "Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Leong berkata, pihak polis kemudiannya telah merampas satu pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru daripada Sarjan tersebut. Leong turut berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam. -astroawani |
Larangan Pemakaian Hijab Dibantah Posted: 16 Oct 2013 03:05 AM PDT Isu mengharamkan wanita Muslim memakai purdah ketika di tempat awam baru-baru ini menjadi antara topik hangat yang dibincangkan ahli Parlimen di Britain selepas dua kes berkaitannya mendapat liputan meluas media antarabangsa. Bermula dengan kisah seorang hakim, Peter Murphy mengarahkan seorang wanita menanggalkan purdah ketika membuat rayuan di mahkamah atas alasan, memudahkan juri mengesahkan identiti defendan. Selepas itu, Birmingham Metropolitan College mencetuskan kontroversi baru apabila mengharamkan pelajar dan kakitangannya memakai atau mengenakan purdah atau apa-apa pakaian menutup muka termasuk tudung, topi dan hoodies. Alasannya, bagi tujuan keselamatan dan supaya mudah dikenal pasti pada setiap masa. Namun, larangan itu nyata diselar kebanyakan pelajar dan ia ditarik semula selepas kempen dan bantahan diadakan bagi menentang keputusan itu. Berbeza keadaannya di sebuah sekolah persendirian Islam pertama di Britain iaitu Sekolah Al-Madinah yang mengarahkan kakitangan memakai tudung dan melarang pelajar menyanyi serta membaca kisah dongeng. Malah, guru wanita di sekolah itu, perlu menandatangani kontrak baru yang mewajibkan memakai tudung walaupun bukan beragama Islam. Selain itu, mereka turut dilarang membawa makanan tidak halal ke sekolah dan memakai barangan kemas. Sebagai sekolah persendirian, Al-Madinah ditubuhkan September tahun lalu beroperasi di luar bidang kuasa pihak berkuasa tetapi masih layak mendapat pembiayaan daripada kerajaan. Perdana Menteri Britain, David Cameron menyokong tindakan institusi yang mengharamkan pemakaian purdah di kalangan wanita Islam di negara itu. "Ini adalah negara yang bebas dan semua orang bebas memakai apa jua pakaian sama ada ketika di tempat awam atau pun tidak. "Bagaimanapun, kita perlu menyokong undang-undang sesebuah institusi supaya ia dapat memainkan peranannya dengan baik," katanya. Menurutnya, jika pihak sekolah ingin mempunyai kod etika pakaian khas yang mewajibkan pelajar memakai tudung, kerajaan perlu memberikan sokongan. Begitu juga dengan mahkamah dan pihak imigresen. Ketika mengulas mengenai pendapatnya mengenai cadangan hakim perlunya ada garis panduan kebangsaan mengenai pemakaian niqab di mahkamah, beliau bersetuju dengan cadangan itu. "Sudah tentu ketika berada di mahkamah hakim perlu melihat muka seseorang. Saya pernah berada di tempat itu dan sememangnya perkara itu perlu dilakukan sebagai seorang hakim. "Apabila seseorang datang ke sesebuah negara, pegawai imigresen perlu melihat mukanya dan apabila berada di sekolah proses pengajaran dan pembelajaran adalah sukar, melainkan dapat melihat ke dalam mata pelajar," katanya. Komen itu diperoleh selepas Pejabat Menteri, Jeremy Browne mencadangkan ahli parlimen perlu berbincang semula sama ada kerajaan perlu campur tangan dalam mengharamkan wanita Islam memakai purdah ketika di tempat awam. Sementara itu, Turki juga mengumumkan penarikan semula pengharaman memakai penutup kepala di kebanyakan pejabat awam, kerana pengkritik berpendapat fahaman Islam boleh meneguhkan sesebuah negara sekular. Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berkata, beberapa pengecualian penjawat awam dibenarkan menutup kepala selepas larangan itu dikuatkuasakan sejak sekian lama. "Bagaimanapun, pengharaman tetap dikekalkan kepada hakim, pendakwa, polis dan anggota tentera," katanya dalam ucapan sempena memperkenalkan pembaharuan politik negara itu. Penarikan semula larangan adalah sebahagian daripada pembaharuan politik yang diumumkan Erdogan bagi meningkatkan hak kumpulan minoriti termasuk 15 juta Kurd di negara tersebut. Menurutnya, ia juga adalah satu langkah ke arah pemulihan sekali gus mengakhiri era kegelapan di negara itu selepas lebih 70 tahun. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan