RAKYAT MARHAEN |
- Audit 2012: Kisah lapangan terbang dengan 599 lubang
- Audit 2012: Boleh jadi senjata api jatuh dalam laut - IGP
- Audit 2012: PDRM terus dikecam jika tidak berubah, kata penganalisis
- Shahidan: Ijazah akademik palsu setaraf Louis Vuitton palsu
- Richard Riot “mengamuk” ijazah palsu dibangkit di Parlimen
- Dewan Rakyat 2 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (2)
- Dewan Rakyat 2 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (1)
- SPRM: Berjuang di sebalik cabaran
- PCA & ISA ulangi tahanan tanpa bicara, PM tak tepati janji
- Hakim tidak tulis penghakiman berdepan tindakan tatatertib
- Audit 2012: Pembaziran RM2.051 bilion, Kementerian Pendidikan tidak cekap
- Melayu berasal dari Timur Tengah, bukan Yunan, kata penyelidik sejarah
- Pasca pemilihan CEC: Antara Melayu asli, dangdut, keroncong dan RnB
- DAP anggap UMNO hina polis arah jaga peti undi pemilihan parti
- Teresa desak PDRM jelas kehilangan 44 senjata api
- Parking Kereta di KL. RM40 Sejam Bagi Kurangkan Kesesakan...!!!
- BR1M 3.0 (RM3 Bilion+) VS Minyak Naik 20 sen (RM3.3 Bilion). Che Det Kata STOP BR1M..............
- TIPS PALING MUJARAB DAN BERKESAN UNTUK PEROKOK TEGAR BERENTI MEROKOK...!!
- Jangan beri peluru kepada musuh!
- Lebih baik Mukhriz diam...
- A-G's report. For how long more do M'sians, especially Malays, want to live with the ROT?
- Rokok Naik: Tembakau darat dijangka laris
- Audit 2012: Projek “sakit” Kuala Sawah beri impak kos kepada kerajaan
- Tahaluf siasi: Ulama pertahan resolusi demi kepentingan PAS
- Chin Peng sudah sama dengan Abu Jahal
Audit 2012: Kisah lapangan terbang dengan 599 lubang Posted: 01 Oct 2013 09:23 PM PDT Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati, tempat pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mempunyai 599 lubang di landasan dan jalan rayap, sehingga ia dibetulkan. Paling buruk, seorang juruterbang dipetik mengadu kesukaran mendapat dalam keadaan cuaca buruk, "terutamanya jerebu", kerana Sistem Pendaratan Berpandu (ILS) yang dibeli pada Jun 2008 masih belum dipasang. Juruterbang yang tidak dinamakan itu, yang menerbangkan pesawat Malaysia Airlines memberitahu pasukan audit bahawa ILS diperlukan untuk semua penerbangan komersil dan tanpanya membahayakan keselamatan penumpang. Kementerian Pengangkutan bagaimanapun berkata, ILS tidak menjejaskan keselamatan operasi pesawat dan banyak lapangan terbang di dunia tidak mempunyai sistem begitu. Semua 599 lubang itu telah ditampal oleh kontraktor Global Upline Sdn Bhd (GUSB, walaupun perkhidmatannya ditamatkan selepas itu. |
Audit 2012: Boleh jadi senjata api jatuh dalam laut - IGP Posted: 01 Oct 2013 09:20 PM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yakin bahawa senjata api polis yang dilaporkan hilang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak jatuh ke tangan penjenayah. Menurutnya, setiap senjata api dilengkapi tanda pengenalannya dan sehingga kini polis belum pernah mengesan senjata api tersebut digunakan mana-mana penjenayah. "Daripada 37 senjata api yg hilang, setakat ini daripada laporan balistik kita, daripada 37 yang hilang itu kita belum kesan lagi bahawa senjata api ini pernah digunakan untuk tujuan jenayah. "Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat," katanya pada sidang media pagi tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Audit 2012: PDRM terus dikecam jika tidak berubah, kata penganalisis Posted: 01 Oct 2013 09:19 PM PDT Masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika siasatan segera tidak dilakukan terhadap kehilangan 44 senjata api dan 29 kenderaan poli, kata Pakar Pencegahan Jenayah, Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek. "Polis mahu mendapat lebih kuasa dalam memerangi gensterisme menerusi Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) tetapi bagaimana orang ramai akan menaruh kepercayaan kepada PDRM jika masih dibelenggu dengan masalah ini. "Laporan Ketua Audit Negara tidak harus dipandang enteng dan pendedahan itu menunjukkan kealpaan polis dalam menguruskan harta benda mereka kerana perolehan kelengkapan mereka menggunakan dana awam," katanya kepada The Malaysian Insider. "Bukan hanya 44 senjata api dilaporkan hilang tetapi tiada pihak yang tahu mengenai perkara itu. Masalah ini mengancam keselamatan awam. Adakah senjata itu dicuri oleh polis sendiri atau disebabkan kecuaian mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Shahidan: Ijazah akademik palsu setaraf Louis Vuitton palsu Posted: 01 Oct 2013 09:16 PM PDT Menggunakan ijazah palsu sama seperti mendapatkan barangan berjenama Louis Vuitton palsu yang bukan asli dari butik sebenar, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Dr Ong Kian Ming di Dewan Rakyat mengenai tindakan kerajaan terhadap mereka yang menggunakan ijazah palsu. "Apa boleh kita buat jika dia hanya mahu gantung di rumahnya? Jika tindakan diambil, kita harus buat undang-undang baru. Ia sama seperti barangan palsu dari China yang menggunakan jenama Louis Vuitton, tetapi bukan barangan asli," kata Shahidan di Dewan Rakyat. Ong sebelum ini mendedahkan, Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin mendapatkan kelulusan akademik mereka daripada institusi yang diragui. Read More / Baca Lagi >> |
Richard Riot “mengamuk” ijazah palsu dibangkit di Parlimen Posted: 01 Oct 2013 09:12 PM PDT Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot hari ini mengamuk apabila Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming membangkitkan isu beliau memiliki ijazah palsu ketika sesi soal jawab lisan di Parlimen. Richard yang bangun untuk menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik kemudiannya membidas Ong dan sebaliknya menegaskan ijazah yang dimilikinya adalah sah dan tulen. "Richard Riot menjadi ahli Parlimen selama enam penggal. Sudah 23 tahun saya berada dalam Dewan ini," katanya yang kemudiannya menerima kritikan daripada ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjawab soalan yang diberikan kepadanya. "Saya pentingkan ilmu sepanjang hayat," kata Richard lagi. Semasa sesi soal jawab lisan, Ong bertanyakan soalan berkenaan tindakan yang diambil kerajaan terhadap mereka yang memiliki ijazah palsu sambil menggunakan nama Richard sebagai contoh. Read More / Baca Lagi >> |
Dewan Rakyat 2 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (2) Posted: 01 Oct 2013 09:01 PM PDT |
Dewan Rakyat 2 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (1) Posted: 01 Oct 2013 08:12 PM PDT |
SPRM: Berjuang di sebalik cabaran Posted: 01 Oct 2013 08:10 PM PDT Perubahan ini bertujuan meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia. Ia sekaligus diharap dapat menangkis persepsi negatif terhadap entiti pencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidak telus. Justeru, mekanisme 'check and balance' diwujudkan melalui lima prinsip akauntabiliti yang modelnya diambil dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC). Sempena ulang tahun ke-46 kelahiran agensi ini hari ini, ikuti temubual Editor Sinar Harian, Lailatun Khalilah Nasir, wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad dan rakaman lensa kamera Zulfadhli Zaki bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mengulas usaha SPRM memperbaiki persepsi masyarakat dan meningkatkan keyakinan orang ramai. Secara ringkas boleh Tan Sri jelaskan perjalanan SPRM, yang sebelum 2009 dikenali sebagai BPR? Abu Kasim: Pada tahun 2008, Parlimen telah meluluskan akta yang membuka ruang kepada pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ia selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional. Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009). |
PCA & ISA ulangi tahanan tanpa bicara, PM tak tepati janji Posted: 01 Oct 2013 08:07 PM PDT KUALA LUMPUR 2 OKT : Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bercanggah dengan ketetapan tidak mengembalikan kuasa tahanan tanpa bicara. Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Peguam Negara sebelum ini pernah menegaskan usaha mengembalikan Rang Undang-undang (RUU) itu perlu dibincang terlebih dahulu. Bagaimanapun, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal berbuat demikian sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan RUU itu pada sidang Dewan Rakyat semalam. "Saya bangkitkan perkara ini kerana ada percanggahan dengan ketetapan yang dibuat Peguam Negara pada Ogos tahun ini dalam bengkel bersama KDN di Hotel Sunway. "Peguam Negara dengan jelas menolak sebarang usaha untuk mengembalikan semula tahanan tanpa bicara dan menegaskan supaya ia dibincang terlebih dahulu. "Ini tidak berlaku. Apakah KDN ada masalah dgn Majlis Peguam? Adakah RUU ini diteliti oleh Peguam Negara?" katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Hakim tidak tulis penghakiman berdepan tindakan tatatertib Posted: 01 Oct 2013 07:48 PM PDT Seorang Hakim Mahkamah Sesyen Malaysia diarah untuk menjelaskan mengapa penghakiman masih lagi belum siap ditulis walaupun pemimpin aktivis hak asasi manusia, P Uthayakumar sudah dihukum awal tahun ini. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (gambar), berkata arahan tunjuk sebab akan dikeluarkan melalui Hakim Besar Malaya (CJM) kerana Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di semenanjung Malaysia di bawah pengawasan CJM. "Tindakan tatatertib mengikut perintah am boleh diambil sekiranya jawapan tidak memuaskan," katanya kepada The Malaysian Insider di Putrajaya. Uthayakumar didapati bersalah menyiarkan kenyataan berunsur hasutan di laman web Police Watch mengenai sepucuk surat kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown pada 2007. Peguamnya, M Manoharan, berkata beliau memfailkan notis rayuan pada 6 Jun, sehari selepas keputusan mahkamah. Katanya, beliau juga menulis tiga surat kepada setiausaha hakim tetapi tiada sebarang jawapan. Uthayakumar tidak membuat permohonan ikat jamin untuk dibebaskan tetapi sebaliknya memilih masuk penjara sementara menunggu rayuannya didengar. Read More / Baca Lagi >> |
Audit 2012: Pembaziran RM2.051 bilion, Kementerian Pendidikan tidak cekap Posted: 01 Oct 2013 07:44 PM PDT Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012. Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan. Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam. Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera. |
Melayu berasal dari Timur Tengah, bukan Yunan, kata penyelidik sejarah Posted: 01 Oct 2013 07:37 PM PDT Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan. Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar), berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi, Zaharah Sulaiman. Beliau berkata, penemuan berkenaan disokong bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca pemilihan CEC: Antara Melayu asli, dangdut, keroncong dan RnB Posted: 01 Oct 2013 07:36 PM PDT RUMAH siap pahat berbunyi. Begitulah kisahnya dengan Kongres Khas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang selesai kelmarin. Tetapi tambah pelik, yang kuat berbunyi itu bukanlah daripada calon atau perwakilan yang mengambil bahagian dalam pemilihan itu. Kita bukan nak mengata orang dalam atau luar tidak boleh mengulas atau mengkritik. Kalau ia pun nak mengomen, biarlah yang berisi, kalau ia pun nak mengata, biarlah berfakta. Bukannya apa, bila komen dibuat tidak pakai akai (akal), orang jadi meluat. Kan itu namanya malu sendiri. Nak jadi takdir, maka menanglah anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari, Zairi pada kedudukan 12 tertinggi, dilantik pula Senator Dr Ariffin Omar duduk dalam CEC; bukannya apa, orang Melayu dalam DAP ini kurang, maka jatuh bangun sakit demam orang Melayu dalam DAP ini suka benar dikisahkan orang. Bila Zairil dan Dr Ariffin sah duduk dalam barisan CEC. Tak semena-mena pula bersuaralah dengan lantang Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak yang membangkitkan asli-tak-asli si Zairil ini. Read More / Baca Lagi >> |
DAP anggap UMNO hina polis arah jaga peti undi pemilihan parti Posted: 01 Oct 2013 07:33 PM PDT "Polis bukan pengawal keselamatan," kata Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan. Beliau mengulas laporan Bernama yang melaporkan bahawa pihak polis akan ditugaskan untuk memastikan kertas undi selamat diedarkan kepada semua bahagian parti itu di seluruh negara. Steven Sim berkata, salah guna kuasa tidak sepatutnya berlaku kerana tugas sebenar polis adalah memastikan keselamatan masyarakat dan persekitaran terjamin, bukannya berkhidmat untuk sebuah parti politik. |
Teresa desak PDRM jelas kehilangan 44 senjata api Posted: 01 Oct 2013 07:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menggesa pihak polis menjelaskan daripada mana semua senjata api yang mencetuskan pelbagai kejadian jenayah beberapa bulan lalu diperoleh. Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan Laporan 2012 oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang menyatakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan bernilai RM1.33 juta. Teresa berkata, kerajaan harus mendesak polis memberi penjelasan mengenai kehilangan pelbagai aset itu sebelum cuba mengguna atau meminda undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 melalui Parlimen. "Ia membabitkan jumlah kehilangan senjata api yang banyak. Apakah tindakan tatatertib sudah diambil terhadap anggota polis yang cuai dalam menjalankan tugas ini. "Pihak polis perlu menjelaskan bagaimana dan jenis apakah senjata apa yang hilang. Anggota polis yang cuai juga harus dihadapkan ke mahkamah bukan sekadar dibuang kerja kerana mungkin senjata itu diguna penjenayah untuk melakukan jenayah," katanya ketika berhujah pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Parking Kereta di KL. RM40 Sejam Bagi Kurangkan Kesesakan...!!! Posted: 01 Oct 2013 07:26 PM PDT Caj parking kereta di KL : Malaysia? Cukup terkenal dengan perbandingan dengan negara lain apabila mahu melaksanakan sesuatu. Contohnya? Harga Minyak di Malaysia masih paling murah berbanding harga minyak di negara jiran yang lain seperti ………Indonesia, Singapura Thailand, Filipina. Tetapi mana Brunei? Malaysia patut dibandingkan dengan Brunei sebagai kalangan pengeluar minyak. Tetapi perbandingan yang menyeluruh tidak akan berlaau di Malaysia. Adakah Ahmad Maslan masih merasakan minda rakyat Malaysia masih di era 80, dan 90 an yang boleh disuap-suapkan maklumat begitu sahaja? Dan trend sekarang ini, atas nama penyelesaian mudah mahu mengurangkan kesesakan naikkan caj parking di KL semata? Kuala Lumpur Makin Sesak, Caj Parking di KL Mesti Naik!
Sebentar, Berita Semasa ingin menyampuk. Kepada Khairiah Mohd Talha anda begitu asyik membuat perbandingan dengan negara-negara maju yang lain, bagaimana realiti perkhidmatan awam di Malaysia sekarang ini? Sangat baik? Baik? Serdahana? Menyedihkan? Sengsara? Read More / Baca Lagi >> |
BR1M 3.0 (RM3 Bilion+) VS Minyak Naik 20 sen (RM3.3 Bilion). Che Det Kata STOP BR1M.............. Posted: 01 Oct 2013 07:23 PM PDT BR1M 3.0 Vs Subsidi Minyak : Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Che Det walaupun umurnya sudah pun mencecah hampir 90 tahun. Tetap masih aktif dan acapkali berkongsi pendapat yang adakalanya ditentangkan oleh pihak lawan mahupun kawan. Tetapi banyak juga pendapat yang boleh dipertimbangkan terutamanya menjelang pembentangan (Bajet 2014) tidak lama sahaja lagi… Nasihat Che Det Kepada Najib Razak & Kerajaan Malaysia
BR1M 3.0 VS Subsidi Minyak? Maknanya di sini, Che Det lebih gemar dengan pendekatan memberikan joran kepada rakyat berbanding memberikan ikan secara terus kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dengan memberikan joran dan peralatan serta kemudahan latihan yang diberikan kepada rakyat contohnya memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendapatkan "variasi ikan secara berterusan". Read More / Baca Lagi >> |
TIPS PALING MUJARAB DAN BERKESAN UNTUK PEROKOK TEGAR BERENTI MEROKOK...!! Posted: 01 Oct 2013 07:18 PM PDT Petua bagi perokok tegar yang amat sukar mau berhenti merokok....setakat menulis perkataan merokok boleh menjejaskan kesihatan dan dapat penyakit kanser langsung tak mujarab... SEPATUTNYA PIHAK KERAJAAN JIKA BENAR BENAR SERIUS MAUKAN RAKYAT BERHENTI MEROKOK...PASTIKAN KESEMUA KOTAK ROKOK ADA TEMPELAN SALAH SATU DARI CONTOH YANG DIBERIKAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS..... INSYA' ALLAH AKAN MEBERIKAN KESAN YANG AMAT POSITIF.....IKUT HUKUM AKAL LOGIK... WHO (world heatlh organization) akan mengiktiraf dan menyanjung sumbangan yang tak terhingga nilainya kepada Rosmah dan UMNO yang selama ini pakar-pakar perubatan gagal mencari satu solusi untuk perokok-perokok tegar membuang tabiat buruk mereka.. Jutaan terima kasih didahulukan kepada Rosmah dan UMNO...HIDUP UMNO!!!!!! |
Jangan beri peluru kepada musuh! Posted: 01 Oct 2013 07:15 PM PDT Oleh SELENA TAY ADA KALANYA ahli-ahli atau pemimpin dalam parti komponen Pakatan Rakyat menyindir ataupun mencemuh ahli-ahli atau pemimpin dalam parti komponen yang lain dalam Pakatan. Ini merupakan satu perbuatan bodoh yang merugikan Pakatan sendiri dan musuh politik kita tentu akan tertawakan kita dan mengelarkan kita sebagai 'badut'. Serang-menyerang sesama ahli-ahli atau pemimpin dalam Pakatan walaupun jarang sekali dilakukan, tidak patut dilakukan sama sekali kerana ia hanya akan melemahkan Pakatan dan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa ia adalah satu pakatan yang lemah dan sering bertelagah. "Di samping itu, halhal sebegini pasti akan diperbesarkan, dihebohkan dan ditokok-tambah oleh media arus perdana yang seolah-olah mempunyai sesuatu agenda yang tertentu," kata ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 01 Oct 2013 07:14 PM PDT Oleh ZULKIFLI YAHAYA JIKA ada orang bertanya apa keistimewaan Dato' Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah, maka jawapannya tentulah kerana beliau anak Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri. Sudah menjadi kelaziman sejak wujudnya manusia di muka bumi ini ketokohan akan diwarisi. Jika si bapa muncul sebagai pemimpin besar maka biasa anak dan cucu pun akan menjejakinya. Sama ada Mukhriz benarbenar pemimpin yang hebat, hanya dapat dibuktikan apabila Tun sudah tiada. Buat masa ini, segala tindak tanduknya masih dibayangi Tun. Bagaimanapun apabila terlantik sebagai Menteri Besar, Mukhriz tidak boleh 24 jam terkepit di bawah ketiak Tun. Banyak situasi beliau terpaksa bercakap dan membuat keputusan sendiri. Inilah masalah bagi Menteri Besar Kedah itu apabila percakapan dan tindakannya menunjukkan beliau sebenarnya tidak tahu. Beliau beriya-iya memberitahu media bahawa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebenarnya adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukannya IPT Swasta. Akhirnya setelah mendapat penjelasan, barulah mengakui bahawa KUIN adalah sebuah IPTS. Begitu juga Mukhriz berkeras menafikan kaitan Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB) dengan kerajaan negeri melalui KUIN. Read More / Baca Lagi >> |
A-G's report. For how long more do M'sians, especially Malays, want to live with the ROT? Posted: 01 Oct 2013 06:19 PM PDT Each year the Auditor General's Report raises more than eyebrows. Yet, we let all things be, and soon the wastage, mismanagement and lack of accountability is forgiven and forgotten. The 2013 Auditor General's Report brings to the fore shocking and totally unacceptable cases of wastage, suspicious deals, losses and incidents screaming of a scam, mismanagement and absolute indifference to nation, King and rakyat. From the Customs to the police, from Works Ministry to all of the many departments and ministries, they all seem to be wasting the rakyat's wealth and contribution through productivity, taxes and fines. Has anyone done some arithmetic to help establish what in terms of national time, resources and Ringgit is the total loss arising from all these shoddy, tardy, irresponsible, thieving wastage that went under the nation's economic bridge for the current period of assessment? How long more must we live with all these shocking shortfalls, crucifying misdeeds, and still allowing those responsible to get away quietly over time? Lack of professionalism, lack of honesty The lack of professionalism; the disregard to accountability; the care-a-less mismanagement mindsets and the 'so-what' attitudes are robbing this nation of its national wealth of productivity, efficiency, resources and above all its pride and integrity.We cannot go on and on, year after year, and still see the filth and rubbish surface each time in the Auditor General's Report. Somebody has to take the rap and if it is not the Prime Minister of the nation and his unsinkable UMNO-Baru political party, who else then? Or shall we just tell the rakyat, "diam lah lu" and threaten them with "if you are not happy with the shortcomings, leave the country lah"? Or shall we join the wagon and sing in chorus, "the Auditor General's Report for 2013 has been spiked with foreign agents out to destroy the nation"? Or perhaps we could all blame the Opposition political parties? Rakyat must demand higher standards: But the majority in the population, the Malays, are keeping mum |
Rokok Naik: Tembakau darat dijangka laris Posted: 01 Oct 2013 06:16 PM PDT Abdullah menunjukkan tembakau darat dijualnya dan menjangka permintaan akan meningkat susulan kenaikan harga rokok bermula semalam. MARANG – "Duhulu pasarannya kurang memberangsangkan, tetapi tembakau darat tetap ada permintaannya dan kini semakin meningkat apabila harga rokok naik," kata penjual dan penanam tembakau, Abdullah Ahmad, 63.Abdullah berkata, pendapatan menjual tembakau darat dahulunya sekadar cukup untuk dijadikan modal pusingan bagi menanam semula tembakau, namun pendapatannya dijangka meningkat selepas berlaku kenaikan harga rokok di pasaran. Menurutnya, cabaran utama menjadi penanam tembakau adalah terpaksa berdepan dengan cuaca tidak menentu. |
Audit 2012: Projek “sakit” Kuala Sawah beri impak kos kepada kerajaan Posted: 01 Oct 2013 06:11 PM PDT Projek rangkaian paip pembetungan di Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan yang 'sakit' ekoran kelewatan kontraktor asal menyiapkan projek memberi impak kepada kerajaan daripada aspek kos berikutan peningkatan kos keseluruhan projek daripada RM81.45 juta kepada RM121.65 juta. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, semakan audit mendapati Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) masih belum menuntut kerugian itu kerana kerja pembinaan oleh kontraktor penyelamat masih dalam peringkat pelaksanaan. Mengikut syarat kontrak, kerajaan boleh menuntut sebarang kerugian daripada kontraktor asal jika kontrak ditamatkan akibat kegagalan menyiapkan projek. Laporan audit itu berkata, maklum balas JPP yang diterima pada 8 Mac 2013 menyatakan bahawa pelantikan kontraktor itu bukan seperti yang disyorkan Jawatankuasa Penilaian Tender JPP dan Lembaga Perolehan A, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Read More / Baca Lagi >> |
Tahaluf siasi: Ulama pertahan resolusi demi kepentingan PAS Posted: 01 Oct 2013 06:09 PM PDT Ulama PAS mempertahankan cadangannya supaya tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR dikaji semula oleh parti Islam itu untuk penambahbaikan dan bukan bertujuan mengajak PAS meninggalkan PR. Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider berkata, cadangan dibuat berdasarkan aduan dan maklum balas yang diterima mereka. "Kita menerima pelbagai aduan yang melibatkan hubungan PAS dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh sapu aduan itu ke bawah karpet. Itu amalan tidak betul. Khairudin berkata demikian ketika mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS sekarang ekoran resolusi yang dibuat Dewan Ulama dalam perhimpunan mereka di Alor Setar. Ia bermula dengan ucapan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mencadangkan multaqa itu mengkaji kerjasama politik dengan PR khasnya dengan PKR. Dua pemimpin PAS menyifatkan resolusi itu menghantar mesej yang salah seolah-olah ulama meminta PAS keluar dari PR. Read More / Baca Lagi >> |
Chin Peng sudah sama dengan Abu Jahal Posted: 01 Oct 2013 06:07 PM PDT Subky Latif Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar PAS Kedah yang meninggal duni pada 26 September lalu telah diberi pujian yang baik oleh rakan dan seteru politiknya. Apa yang masing-masing kata di belakang tidak diketahui tetapi semua media melaporkan kebaikannya sebagai pemimpin kerajaan negeri, pemimpin rakyat dan pemimpin politik. Seseorang itu tentulah banyak kelemahannya, tetapi setelah mati orang tidak sebut tentang kelemahannya itu terutama yang mendatangkan keaiban. Memanglah Islam melarang menyebut tentang keburukan seseorang, apa lagi setelah matinya. Saya amat senang membaca membaca komen yang memberangsangkan tentang Ustaz Azizan oleh Perdana Menteri Najib, Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yasin, bahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bukan sekadar bercakap baik tentangnya, malah telah turun sendiri menziarahi jenazahnya di kawasan perkuburannya di komplek KIDU, Kolej Islam Darul Ulum, di kawasan Parlimen Pokok Sena. Projek KIDU amat kontrovesi semasa pemerintahan Dr. Mahahir dulu, tiada terfikir sesiapa dia akan tiba ke tapak itu melainkan kerana menghormati jenazah Ustaz Azizan. Ustaz Azizan itu ada cengis, tetapi dia ada kebaikan yang payah dilupa terhadap Dr. Mahathir semasa menjadi Menteri Besar dulu. Ketika kerajaan Barisan Nasional Kedah tidak memberi kebenaran kepada Dr. Mahathir menggunakan dewan di kawasan Kubang Pasu selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Azizan memberinya izin menggunakan dewan itu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan