Komentar Kini |
Kita hendak tengok jerung mana yang didakwa Posted: 27 Oct 2013 05:35 PM PDT Kebanyakan rakyat Malaysia merungut tidak berpuas dengan bidang tugas Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa jerung yang terbabit dengan rasuah. Sejarah telah membuktikan hanya bilis bilis sahaja yang didakwa dan dijatuhkan hukuman manakala jerung jerung ada yang didakwa tetapi dibebaskan. Ini menunjukkan jerung bebas melaku rasuah kerana kebanyakanya tidak dapat didakwa. Jika didakwa pun mereka dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti dan tiada kes yang membolehkan mereka dijatuhkan hukuman. Rupa rupanya tiada peruntukkan undang undang untuk mendakwa dan menghukum jerung. Hal ini telah dijelaskan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad Pesuruhjaya Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan baru baru ini. Kenyataan itu berbunyi: "dengan adanya undang undang baru itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta juta ringgit kepada rakyat". Sah undang undang SPRM sebelum ini tidak cukup peruntukkannya untuk mendakwa dan menghukum jerung jerung yang terbabit dengan rasuah. Dan sahlah undang undang lama hanya di peruntukkan untuk memdakwa dan menghukum bilis bilis sahaja punca munculnya ketidakpuasanhati rakyat berterusan. Oleh itu, kita hendak tengok siapakah jerung yang akan didawa dan dihukum dek adanya undang undang baru sepertimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad tempoh hari. Maka sama samalah kita tunggu siapakah jerung pertama yang akan didakwa dan dihukum kerana laporan audit Negara terang terangan menyatakan sejak dulu lagi ada individu jerung yang terbabit dengan rasuah tetapi tidak pernah didakwa dan dihukum. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan