Khamis, 31 Oktober 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mengapa Mat Sabu perlu dikekalkan sebagai Timbalan Presiden PAS?

Posted: 31 Oct 2013 09:00 AM PDT

Lawan PAS ialah Umno. PAS perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya. Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat.

 Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno.

 Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa.

 Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali.

 Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini.

 Antara lima calon Timbalan Presiden PAS yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian.

 Menjadi orang kedua PAS, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan PAS untuk bersama dengan PAS melawan bathil dan kejahilan yang dibawa Umno.

 Perlukah orang kedua PAS mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama?9 Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden PAS sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama.

 Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan pelbagai badan NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih.

 Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.

 Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan PAS sehinggalah ia menumbangkan Umno.

 Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.

 Jawatan Timbalan Presiden PAS bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja.

 Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini.

 Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampunan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh.

 Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan.

 Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut.

 Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi.

 Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psy-war media.

 Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji.

 Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti perangai seorang ulama yang biasa.

 Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian.

 Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya.

 Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas. 

 Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian. Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri.

 Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada empat calon yang lain buat masa ini.

 Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya. – 31 Oktober, 2013. sumber dari - Ismail Qawi

Komen al Husseyn : Saya rasa artikel ini amat sesuai bagi menjawab tulisan Zulkifli Sulung yang mahukan kelima-kelima mereka itu bertanding bagi mengatasi masalah persepsi persepsi buruk sebagaimana dakwaan beliau di sini .

 Sebagaimana yg dinukilkan oleh Ismail Qawi diatas, saya bersetuju bahawa tokoh-tokoh besar PAS yang terlibat adalah matang dan berpengalaman.Pastinya mereka yang terlibat sedar kemampuan dan kebijaksanaan politik masing-masing.

 Tidak ramai yang menerima ujian dalam perjuangan PAS sebagaimana Mohd Sabu. Dia diserang hebat dan keseorangan dalam isu membela pejuang kemerdekaan negara yang sebenar iaitu  'Mat Indera' yang selama ini difitnahkan oleh Umno sebagai seorang pengkhianat negara. 

Mohd Sabu dikecam dan ditohmah sebagai peyokong perjuangan kominis dan dituduh telah menyeleweng dari ajaran agama Islam yang sebenarnya.

Bukan Umno sahaja yang mahu lihat Mohd Sabu tersingkir dari jawatan Timbalan Presiden, malah ada sekumpulan kalangan parti sendiri yang membuat tohmahan yang melampau keatasnya yang kononnya beliau adalah seorang penganut Syiah. 

Alasan bahawa Mohd Sabu perlu disingkirkan kerana beliau bukan seorang yang 'faqeh' dilihat  tidak wajar dijadikan alasan. Perkara ini disedari sendiri oleh Presiden Tuan Guru Haji Hadi menyebabkan beliau terdorong membuat kenyataan yang menegaskan 'Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan'.

 Kenyataan dari Mursyidul 'Am PAS, TGNA yang melontarkan pandangannya menerusi anaknya Nik Abduh bahawa 'Pemimpin PAS tidak semestinya ulamak' seolah-olah mahu menjelaskan tugas sebenar ulamak sebagai pimpinan didalam PAS adalah menjadi ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik" katanya di sini 

 Saya menyokong Mohd Sabu kerana tidak suka dengan cara kalangan yang berkempen memburuk-burukan Mohd Sabu dengan lontaran fitnah yang tidak pernah terbukti.

Zulhazmi Shariff mahu tarik balik sokongan muda

Posted: 30 Oct 2013 10:00 PM PDT

PETALING JAYA: Calon jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat Zulhazmi Shariff mempunyai satu azam yang jelas iaitu mendapatkan kembali sokongan muda kepada PAS dan mengaktifkan ahli pemuda PAS dalam kalangan masyarakat.

 Beliau yang bertugas sebagai seorang peguam dan ahli jawatan kuasa Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata sekiranya beliau memenangi pertandingan empat penjuru tersebut beliau akan berusaha menarik balik sokongan golongan muda.

 "Dalam pilihan raya umum ke 13, kami mendapati ada pengundi muda tidak mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," kata Zulhazmi. Golongan yang disasarkan beliau ialah golongan mahasiswa dan pemimpin muda dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 "Sekarang ini terdapat banyak NGO yang mirip dengan parti politik. Kalau parti politik kuat, tak perlu ada NGO yang banyak sebab parti politik bertanding untuk mendapatkan kuasa," tambah anak kelahiran Sik di Kedah.

 Beliau turut mengenal pasti beberapa pemimpin muda yang mahu diserapkan ke dalam PAS. Contohnya ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang.

 Beliau berkata usaha ini akan dijalankan selaras dengan cogankatanya, "Merakyatkan pemuda, Memudakan rakyat". Melalui slogan ini beliau berharap ahli pemuda PAS akan turun bersama dan memperjuangkan isu rakyat dan pada masa sama menarik lebih ramai rakyat menganggotai PAS.

 Zulhazmi turut ditanya pandangan mengenai pertandingan lima penjuru merebut jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang akan dilangsungkan semasa muktamar PAS ke 59 pada bulan depan.

 "Bagi saya itu tidak menjadi masalah. Saya mengalu-alukan penawaran diri mereka untuk berkhidmat agar dapat memberikan yang terbaik kepada parti," kata beliau.

 Selain daripada Zulhazmi, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiyat turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Selain daripada mereka berdua, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Muhammad, timbalan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, ketua penerangan pemuda PAS Dr Riduan Mohd Noor turut dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan tersebut.

 Penyandang jawatan, Nasrudin Hassan Tantawi yang juga ialah Ahli Parlimen Temerloh pula mengumumkan pengundurannya dari jawatan tersebut untuk bertanding jawatan ahli jawatan kuasa PAS Pusat.SUMBER

Ralat : Raja Ahmad Iskandar Al Hiss adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Pemimpin PAS tidak semestinya ulama, kata Nik Aziz

Posted: 30 Oct 2013 06:06 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

 Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

 "Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab," kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

 PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

 Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

 Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

 Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

 "Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

 Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

 "Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya. - 30 Oktober, 2013.SUMBER

Tiada ulasan: