Ahad, 20 Oktober 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Gambar Ustaz Azhar Dan Isteri Semasa Haji

Posted: 20 Oct 2013 03:31 AM PDT



Senyum manis ustaz azhar dan isteri. Semoga allah merahmati setiap gerak kerja ummat islam di sana.

Allahuakhbar!

Terkini! "Sultan" Jamalul Kiram III meninggal dunia

Posted: 19 Oct 2013 09:08 PM PDT

 https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q71/1376491_545290712207657_1830906817_n.jpg

Sultan Kiram III disahkan meninggal dunia pada pagi tadi, jam 0442 waktu Filipina setelah mengalami masalah kegagalan organ. Beliau dimasukkan ke Philippine Heart Center semenjak Khamis lalu dan tenat. Puteri Jaycel Kiram menyatakan waris sultan Sulu yang berusia 75 tahun tersebut telah meninggalkan warisan perjuangan dan memastikan perjuangan mereka untuk menuntut Sabah diteruskan walaupun Sultan Kiram III telah tiada. Malah Raja Agbimuddin Kiram sempat menerima panggilan dari Sultan Kiram III untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mengambil semula Sabah kembali ke bawah kuasa Kesultanan Sulu. Kiram III bakal dikebumikan di Maimbung

Zahid, Shafie dan Hishammuddin Kekal Jawatan Naib Presiden UMNO

Posted: 19 Oct 2013 07:40 PM PDT




KUALA LUMPUR, 20 Okt – Keputusan rasmi berhubung pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terus mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperolehi sebanyak 185 undi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperolehi 174 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin pula memperolehi 100 undi. Datuk Mukhriz Mahathir pula memperolehi sebanyak 91 undi, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad pula masing-masingmemperolehi tujuh undi.

Selain itu, Tajol turut mengumumkan Datuk Mohamed Aziz telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dengan memperolehi undi sebanyak 158 berbanding dua calon lain iaitu Datuk Abdul Rahman Palil yang memperolehi 25 undi manakala Ahmad Faris Abdullah gagal memperolehi sebarang undi.

Manakala Tan Sri Badaruddin Amiruddin pula terpilih sebagai Pengerusi Tetap UMNO Malaysia apabila diumumkan menang tanpa bertanding. Keputusan pertandingan bagi jawatan Majlis Tertinggi pula akan diumumkan petang esok.

Tiada ulasan: