DIALOG RAKYAT |
- Transformasi yang tidak berjaya dalam Umno
- Tanpa UMNO, apalah nasib nelayan (Bahagian 1)
- Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau
- Agong ada kuasa veto sekat PCA – Aziz Bari
- Anwar khutbah di Masjid Australia, forum di Universiti Adelaide
- Peluru di kerongkong Mohd Amar berjaya dikeluarkan
- Strategi MB urustadbir rizab Selangor diyakini
- Anwar : Belanjawan Alternatif PR fokus pertahan hak rakyat
- Kumpulan guru, pelajar terkandas di Gunung Asahan
- Utusan tak akan pertahan Petronas lagi jika...
- 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram meninggal dunia
- Liow terselamat tindakan celaan dalam EGM
- Liow enggan ulas soal kerjasama dengan Chua
- Hishammuddin terselamat, Mukhriz kian popular
- EGM MCA: Ahli tetap dihalang sertai Kabinet
- Najib nafi terlibat dalam arahan kekalkan status quo
- Jakim anggap SIS, Astora Jabat dokong 'liberalisme'
- Pelajar UPSI maut tersepit
- 20 penumpang panik, bas terperangkap banjir
- Akaun FB bukan milik Muhyiddin
- Harga Ikan Naik Melambung, Rakyat Marhaen Hidup Tersiksa
- Pas yakin isu kalimah ALLAH tidak jejas undi
- Rasmi: Trio penyandang naib presiden kekal
Transformasi yang tidak berjaya dalam Umno Posted: 20 Oct 2013 07:19 AM PDT Keputusan pemilihan kepimpinan baru Umno untuk tahun 2013 - 2016 telah pun diketahui. Ketiga-tiga naib presiden dipilih semula untuk terus menyandangkan kerusi mereka. Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Apdal tidak sukar untuk mempertahankan kedudukannya. Zahid mendapat undi tertinggi untuk naib presiden dengan mengutip 185 undi. Beliau nampaknya begitu ghairah dengan kemenangan itu sampai mengumum sendiri kemenangannya mendahului pengumuman pengerusi jawatakuasan pemilihan. Shafei Apdal pula mengutip 174 undi manakala Hishamuddin Hussein mengutip 100 undi yang mengatasi seorang lagi calon naib presiden yang sebelum ini didendangkan akan menang dengan sembilan undi saja. Calon berkenaan ialah Mukhriz Mahathir mengutip yang 91 undi, setakat jam 2:30 pagi tadi. Sebagai rekod dua lagi calon naib presiden, Mohd Isa Samad dan Mohd Ali Rustam mendapat tujuh undi. Kedua-dua calon ini bolehlah menyiapkan paku keranda terakhir mereka. Petunjuk jelas kepada mereka berdua bahawa aura mereka telah pun lupus. Mereka sepatutnya sedar dan insaf dan jangan lagi mencari alasan-lasan klise untuk memperakui yang diri mereka masih relevan. Tidak semua perangai Mahathir Mohamad patut diceduk. Apabila bercakap mengenai pemilihan Umno, menganalisa dan mencari jawaban kenapa orang itu kalah dan orang ini menang tidaklah begitu memelikan. Tidak perlu mengambil masa sehari semalaman untuk membuat analisa mengenainya. Tidak ada apa-apa perubahan di dalam Umno, semuanya status quo. Status quo mengenai kedudukan naib presiden itu sudah dapat dijangka awal-awal lagi dengan melihat pola atau stail pemilihan di dalam sayap pemuda dan wanita parti tersebut. Bahawa perwakilan Umno tidak mengubah cara mereka membuat pemilihan. Mereka tetap melihat kepada beberapa faktor yang menjadi kriteria tradisi mereka untuk membuat pemilihan sebelum ini. Antara kriteria atau faktor itu ialah; tokoh yang popular, berjawatan, kroni, bersikap baik serta (ini yang penting tetapi jarang disebut orang apatah lagi para komentator politik yang bercakap di media eletronik atau media PB) iaitu sedia memberi rasuah. Bagi perwakilan kriteria itu dibuat berdasarkan keuntungan peribadi kepada mereka bukan kepada parti dan negara. Bagi mereka soal parti dan negara nombor 'mengusuk' (akhir). Apabila mereka memilih orang-orang yang mempunyai ciri-ciri itu, ia mendapat pendapatan atau pun imbuhan (dipanggil juga duit tersepak) semasa pemilihan. Tradisi permilihan Umno adalah kesempatan untuk mendapat wang poket tidak lupus dari minda mereka bahkan ia menjadi buruan dan wasiat. Jadi calon yang berciri-ciri demikian akan memberi manfaat perut buat mereka, mereka akan dipilih. Ambil dahulu jawatan untuk naik presiden. Ketiga yang dipilih semula itu adalah mereka yang mempunyai kriteria tadi. Menerusi satu status di dalam facebook saya memberi petua kepada mereka yang ingin mengetahui siapa yang bakal menang dalam pemilihan Umno dengan mengatakan sesiapa tokoh atau calon yang banyak memberi rasuah dialah yang akan menang. Mereka yang tidak berwang dan berjawatan boleh menjanakan wang pasti akan cicir. Zaman calon naib presiden yang tidak berjawatan dan berada dalam penjara akan menang seperti dialami Harun Idris (Allahyarham) sudah tidak ada. Ketiga yang menang itu menteri di mana mempunyai kekuatan kewangan yang cukup kuat. Ini dapat disahkan apabila dua calon Mohd Isa Samad dan Mohd Ali Rustam yang tidak menjadi menteri mendapat undi yang sedikit. Saya yakin dan percaya kalau mereka berdua juga mempunyai kedudukan dan ada kuasa menteri yang boleh eksploit untuk menjana kewangan mereka akan mendapat undi setidak-tidaknya separuh dari undi diperolehi Mukhriz. Sebagai mengabsahkan perkara ini cuba perhatikan sejarah lampau ketika mereka menjabat jawatan menteri atau ketua menteri suatu masa lalu. Isa menang besar untuk kerusi naib presiden dan begitu juga dengan Ali Rustam. Ketika itu Isa sebagai menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan, manakala Ali Rustam sebagai ketua menteri Melaka. Semalam ketika mereka sekali lagi bertarung untuk merebut jawatan itu mereka hanya sebagai pengerusi GLC sahaja di mana kedudukan itu tidak banyak memberi sumber pendapatan atau berpotensi memberi kewangan. Apa jawaban untuk mereka, mereka kalah. Mungkin faktor ini agak sulit dan rahsia. Orang tidak berani mengatakan demikian kerana ia bersifat fitnah dan mengaibkan Umno. Apa lagi Umno berharap dengan memperkenalkan sistem berkenaan antara tujuannya ingin menghapuskan rasuah dalam pemilihan parti itu. Jadi masing-masing tidak mahu bercakap atau memperkatakan mengenai perkara itu. Komentator siaran langsung tv, terdiri dari sarjana menerusi media eletronik yang menjadi PB pula tidak sama sekali akan menyebut perkara itu walaupun saya yakin dan percaya mereka mengetahui sangat akan gejala berkenaan. Mereka ada maklumat mengenai hal itu. Tetapi kerana mereka berkerja dan berkhidmat untuk melindungi perkara itu maka mereka tidak menyebutnya. Mereka akan menyapu najis itu ke bawah karpet dan atau membiarkan kudis itu menjadi barah kerana ianya sudah diterima secara 'konsensus senyap', (TST) bahawa rasuah itu hahal di dalam Umno. Sarjana atau komentator sebeginilah yang menjadi penyokong membawa rebah. Dan mereka juga adalah pemakan rasuah? Saya berani mengatakan bahawa rasuah berlaku dalam pemilihan Umno bahkan lebih hebat dan luas berbanding dalam pemilihan sebelum ini. Kalau dalam pemilihan sebelum ini penerima rasuahnya dalam lingkungan 2,500 orang tetapi hari ini ia bertambah beribu kali ganda, iaitu seramai 140,000 orang. Saya ambil contoh apa yang berlaku dan dapat dicerapi di Kelantan. Semasa kempen semua calon naib presiden dan hampir semua calon ahli majlis tertinggi Umno turun ke Kelantan. Terutamanya calon-calon naib presiden turun sambil mengadakan majlis pertemuan dengan perwakilan di sinilah mereka mengirimkan wang poket yang dinamakan wang pengenalan bersama kad kempen memberi tahu nombor mereka. Pemberian ini bukan sekali semasa calon-calon berkenaan turun tetapi banyak kali sehingga ke malam terakhir pemilihan. Calon-calon melantik agen mereka untuk berjumpa dengan perwakilan di setiap kawasan. Agen itu pula akan mencari sub-agen untuk mendapatkan perwakilan. Kebanyakan sub-agen ialah puteri dan wanita atau rakan baik calon serta termasuk juga mereka yang mendapat projek dengan calon. Puteri dan wanita Umno akan dipanggil untuk berjumpa dengan calon-calon naib presiden secara berperingkat-peringkat. Agen akan merasuah perwakilan antara RM500 hingga RM1,000 tiap seorang. Bayangkan berapa banyak wang. Saya tidak terkejut dengan maklumat mengatakan ada calon naib presiden memperuntukan RM1 juta untuk satu negeri ini bermakna mereka terpaksa menghabiskan wang sebanyak sekurang-kurang RM13 juta. Dan cuba kira kalau kesemua enam calon naib presiden mengirimkan 'wang mengelan' kepada perwakilan, adalah dianggarkan setiap perwakilan menerima sekurang-kurang RM5,000. Kejadian rasuah ini bukan di kalangan calon naib presiden tetapi di peringkat bahagian juga menarik. Di beberapa bahagia yang keadaanya kritikal terutamanya berlaku pertandingan sengit, barang kali tidak percaya kalau disebutkan ada calon ketua bahagian terpaksa menghabiskan RM1.2 juta? Saya ulangi calon ketua bahagian. Di sebuah bahagian perwakilan dirasuahkan di antara RM500 hingga RM1000. Sekiranya separuh dari perwakilan berjumlah 1000 orang dibayar penuh ini bermakna RM500,000. Sebaliknya ada perwakilan ditambah rasuah sekali ganda dengan bersumpah dan akan ditambah sekali ganda lagi apabila sesudah mengundi ditunjukkan foto kertas undi dipangkah yang dirakam menerusi telefon. Kejadian-kejadian seperti itu menggambarkan gejala rasuah di dalam parti ini cukup besar dan makin subur. 'Insya-Allah' ia akan terus subur dan sihat sekiranya apa-apa tindakan tidak akan diambil. Walaupun ada pemantauan dari SPRM tetapi ia hanya sebagai pengabuian mata umum sahaja untuk menunjukkan ia terbuka dan telus dan transfromasi berjaya. Kebenaran politik wang dan kelebihan kepada calon yang mempunya kriteria di atas itu jelas kalau dilihat kepada pola pemilihan di dalam MKT. Semua yang menang dengan undi terbanyak adalah mereka berjawatan sebagai menteri, timbalan menteri dan menjadi pengerusi GLC. Mereka yang tidak memegang jawatan lumayan tidak mendapat undi bahkan satu undi pun tidak diberi. Antara mereka yang berjaya mendapat undi terbanyak, Mustapa Mohamed, Jamil Khir Baharum, Ismail Sabri Yaakub, Ahmad Shabery Chik, Idris Haron, Abd Rahman Dahlan, Shahidan Kassim, Razali Ibrahim, Mohamad Hassan, Hasan Malik dan Tajuddin Abdul Rahman. Semua mereka adalah menteri atau timbalan menteri. Rahman Dahlan walaupun pertama kali bertanding tetapi kerana beliau adalah menteri maka beliau menang dalam top-ten. Manakala yang menjadi pengerusi GLC yang menang, Abdul Azeez Rahim (pengerusi Tabung Haji) dan Annuar Musa yang telah pun meninggalkan MT kini kembali semula apabila beliau dilantik menjadi pengerusi Mara. Kenapa Annuar menang, jawabannya kerana agensi yang beliau pegang itu adalah lebuk emas. Jelas mereka yang memegang jawatan pengerusi agensi-agensi kecil atau yang tidak boleh menjana kewangan tidak menang bahkan undi mereka sangat menyedihkan. Contohnya Alwi Che Ahmad yang menjadi pengerusi Kada yang sifatnya kedaerahan, hanya mendapat lapan undi sahaja. Sayang perwakilan tidak melihat Alwi sebagai seorang agak memahami prinsip dan dasar Islam. Kesimpulannya keputusan yang diperolehi jelas menggambarkan pemilihan kepimpinan di dalam Umno bukan berdasar kepada merit-merit lain seperti kebolehan, wawasan, kredibiliti, integriti dan syaksiah serta track rekod calon. Lantaran itu saya berpendapat transformasi yang hendak dilakukan Najib Razak untuk menambah kualiti Umno tidak mencapai matlamat, dan tujuan dengan merubah pemilihan selain untuk memberi kebebasan ia juga untuk mengawal rasuah, tidak berjaya. Pemilihan kali ini bagi saya ia hanya merubah tempat memilik (di kawasan masing-masing) dari segi semangat dan nafsu masih sama seperti di Dewan Merdeka. Justeru, Umno harus berani dan perlu berterus terang mengenai rasuah di dalam parti mereka. Umno tidak boleh meyapu ke bawah karpert dan Umno tidak perlu berbohong dan menjadi munafik kepada diri sendiri. Kalau tidak percaya cuba kentut, kepal dan bawa ke hidung. Wajah dan bentuk pemilihan itu jelas menunjukkan hakikat itu. Orang-orang yang berani mengkritik dan berdaya intelek seperti Saifuddin Abdullah akan dilupakan begitu sahaja. Ini menunjukkan kuasa rasuah sangat kuat dalam Umno. Saya juga konfius mengenai najis rasuah ini apakah ia diterima sebagai satu amalan mulia oleh Umno atau apa, kerana femonena yang berlaku sekarang ini ia tidak menunjukkan ia berkurangan malahan membimbangkan. Sekiranya perkara ini dihalalkan atas alasan untuk memberi imbuhan dan pendapatan setiap tiga atau empat tahun sekali kepada ahli Umno, ia boleh diteruskan dan perkara ini perlulah dinyatakan secara berterus terang agar orang tidak menyebutnya sebagai rasuah, tetapi akan menyebut ia adalah amalan Umno. Ertinya kepada mana-mana orang berhajat untuk menjadi pemimpin di dalam Umno tidak perlu menampilkan bakat, kebolehan ataupun wawasan diri, menjadi ahli fikir, berfilsofi, beragama tetapi cukup dengan membawa wang yang banyak mereka pasti akan dipilih sebagai ketua atau ahli majlis tertinggi Umno. Untuk mendapat wang banyak cari lima atau 10 taukeh Cina kalau pun tidak along, pinjam duit mereka dan bila menang bayar menerusi kuasa yang ada. Mengenai kapasiti ahli majlis tertinggi Umno ada beberapa sudut nampaknya Umno tidak menghiraukan. Ini mungki kerana faktor kewangan atau pun perangai Umno itu sendiri sedemikian yang tidak memberi fokus dalam perkara ini. Yang hendak disebutkan disini mengenai personaliti yang berjiwa dan berpengetahuan Islam tidak ada di dalam MKT. Dari 25 orang hanya seorang sahaja yang nampak Islamik yang lain bolehlah dikatakan sebagai orang Islam sahaja yang tidah 'fakih' (pinjam istilah Dewan Ulamak Pas) Islam. Apakah faktor ini disebabkan kerana pendekatan 'wasatiyah' yang diambil oleh Umno sebagai slogan di mana Islam itu hanya setakat bersembahyang raya atau pun berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok saja? Kekeringan mereka yan berjiwa Islam dan agak 'fakih' tentang Islam inilah salah satu sebab kenapa Umno seperti jauh dari Islam. Tidak ada orang yang bercakap mengenai kepentingan Islam membuat teguran kepada kepimpinan dari sudut dan persepktif Islam. Dari ahli Umno berjumlah lebih 3 juta tidak terfikir tidak ada mereka berjiwa Islam di dalam parti itu. Tetapi kerana Umno tidak cuba meletakkan Islam sama hebat dengan pendidikan, pembelaan Melayu (nasionalisme) atau pun ekonomi (material) maka menjadikan mereka (Islam) terpinggir dan terasing, tidak berminat untuk bermain dengan terlalu jauh dalam Umno. Saya bersetuju dengan pendapat seorang komentator mengatakan sudah sewajarnya Umno memberi tumpuan kepada Islam kerana ia adalah parti terbesar oang Melayu yang rata-rata Islam apa lagi era ini adalah era Islam mulai dicabar secara mendada dari berbagai aspek. Mungkin kalau permasalahan ini diterima Najib Razak menerusi kuasa beliau sebagai presiden parti akan melantik seorang dua lagi tokoh-tokoh atau ahli agama ke dalam majlis tertinggi Umno. Mungkin orang seperti bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin boleh difikirkan kerana ketelusan dan keberaniannya. Tidak ada guna kalau dilantik mereka yang hanya sedia mencari ayat-ayat Quran atau Hadith untuk memuji Najib dan Rosmah. Sebelum terlupa orang seperti bekas pemimpin tertinggi Pas juga boleh ditawar sama untuk memperkuatkan syiar Islam dalam Umno kerana 'gelenyer'nya kepada Umno makin ketara. | ||
Tanpa UMNO, apalah nasib nelayan (Bahagian 1) Posted: 20 Oct 2013 07:09 AM PDT Oleh Mahdzir IbrahimSetiap kali musim pilihanraya atau pemilihan parti, UMNO akan jadi juara Melayu sejati, juara yang dizahirkan dengan slogan. Saya tidak berminat untuk membuang masa melayan aktiviti kepartiannya, sebaliknya apa yang ingin saya utarakan disini adalah UMNO sebagai parti yang memerintah (baca:kerajaan). Maka, isunya apa kerja UMNO sebagai kerajaan? Dana dan bantuan Selama ini, kita dapat lihat limpahan dana untuk membantu rakyat khususnya golongan bumiputera. Antaranya agensi TEKUN, yang setiap tahun, menerima sekitar RM 300 juta untuk membantu ekonomi bumiputera dan usahawan Melayu. Malah dalam pengumuman Perdana Menteri untuk memperkasa ekonomi bumiputera baru-baru ini, tambahan sebanyak RM 700 juta lagi diperuntukan untuk TEKUN – sahaja, tidak termasuk agensi-agensi lain. CEO Tekun baru-baru ini mengesahkan bahawa dana ini untuk ahli UMNO – sahaja, tanpa mempedulikan dari mana sumber dana itu datang. Dengan pelbagai dana dan bantuan, umumnya kita akan merasa bahawa kaum Melayu seharusnya tidak perlu lagi merasa risau dan susah mengenang nasib mereka. Malah dengan limpahan 'dana-dana' ini pastinya mereka akan segera dapat keluar dari kepompong kemiskinan menuju kemajuan yang diimpikan. Namun, adakah dengan pelbagai 'dana' yang diberikan boleh menjadi indikasi yang jelas untuk merujuk prestasi kerja UMNO sebagai kerajaan berbanding dengan slogan-slogan hebatnya? Jika kita lihat dalam konteks pembangunan sosio-ekonomi negara, nisbah pecahan populasi penduduk Malaysia adalah majoriti kaum Melayu lebih dari 50 peratus, maka secara tidak langsung kaum Melayulah yang paling ramai memburuh dalam banyak sektor, antaranya sektor pertanian dan perikanan. Jika sektor ini ditinjau, sebagai contoh, dicatatkan sejumlah 109,771 orang nelayan telah direkodkan sedang bekerja di atas bot (vessel) penangkapan ikan yang berlesen pada tahun 2008 . Dari jumlah bilangan nelayan tersebut, seramai 52,257 (47.61%) orang nelayan bekerja di atas vessel komersial (laut dalam kelas B), majoriti nelayan laut dalam ini adalah pengusaha bot besar dikalangan kaum Cina, jumlah mereka tak begitu besar, tetapi dengan modal yang ada maka mereka mampu memiliki bot besar dan mengupah awak-awak yang terdiri dari buruh asing dan juga kaum bumiputera. Manakala selebihnya berjumlah 57,514 orang (52.39%) bekerja di atas vessel yang mengusahakan peralatan menangkap ikan tradisional (laut pantai kelas A), yang mana nelayan tradisional ini rata-ratanya adalah bumiputera yang memiliki bot kecil. Kenapa bot kecil? Kerana tiada modal lebih untuk memiliki bot besar. Untuk ini kita ingin bertanya kemana dana-dana tersebut diagihkan selama ini? Sumbangan sektor perikanan Daripada laporan Jabatan Perikanan Malaysia, pada tahun 2010, sektor perikanan telah menyumbang sebanyak 1.1% kepada KDNK negara. Pada 2011 juga tercatat sumbangan dari sektor ini sekitar RM 10.62 juta meningkat sebanyak 6.85 peratus berbanding tahun 2010. Daripada jumlah itu, sekitar 53.71 peratus adalah hasil dari tangkapan laut pantai yang diusahakan oleh nelayan tradisional – bumiputera. Berdasarkan statistik dari agensi kerajaan ini, kita dapat lihat bahawa sektor perikanan ini seharusnya memberi pulangan yang bagus kepada nelayan khususnya nelayan pantai yang terdiri dari kalangan bumiputera. Dari purata 53 peratus jumlah sumbangan ini, jika dinisbahkan dengan nilai RM, bukan sedikit!. Tetapi mengapa sehingga kini, dengan sumbangan hasil tangkapan ikan yang banyak, dengan dana bantuan yang banyak, nelayan pantai yang bumiputera ini terus menjadi kumpulan paling miskin di Malaysia selain petani padi atau pekebun?. Dana + bantuan + pelaburan Beberapa faktor dikenalpasti sebagai punca yang menyumbang kepada masalah ini antaranya nelayan pantai (bumiputera) kekurangan modal untuk membeli bot-bot dan peralatan moden justeru daya pengeluarannya yang rendah. Termasuk beberapa masalah lain seperti tahap kemahiran serta faktor luaran yang lain. Difahamkan, untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah menggunakan pendekatan modenisasi dengan penyediaan bantuan kepada golongan miskin untuk menambahkan aset produktif dan menggunakannya dengan cekap termasuk memodenkan kawasan desa dan untuk mempercepatkan lagi usaha tersebut, kerajaan menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang produktif dalam sektor-sektor ekonomi. Dalam aspek penyediaan peluang-peluang pekerjaan dikawasan luar bandar khususnya dikawasan kampong dan pantai, kini kita dapat lihat bagaimana kerajaan membangunkan kawasan persisir pantai (khususnya) dengan projek mega dengan nilai billion ringgit. Contohnya projek RAPID di Pengerang dan Tanjung Bin Power Plant di Tanjong Piai. Projek mega ini sememangnya akan memberi impak besar terhadap ekonomi setempat dan komuniti sesuatu kawasan itu. Namun, hari ini kita dapat lihat 'kesan-kesan' pembangunan (projek) mega tersebut. Peluang pekerjaan bagaimanakah yang dapat ditawarkan kepada anak watan dalam projek tersebut? Buruh kasar secara kontrak? Dan bagaimana pula 'kesan-kesan' alam sekitar dan sumber marin dikawasan tersebut? Kajian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 2012 mendapati berlaku hakisan yang serius iaitu kira-kira satu meter setiap bulan di kawasan pulau hutan bakau di Pulau Kukup. Kawasan ini terletak berhampiran dengan pelabuhan Panjung Pelepas (PTP) dan Tanjong Bin Power Plant. Ia berpunca dari kegiatan pembaungan disekitar kawasan sensitive tersebut. Ini dilaporkan sendiri oleh media masa 'mesra' kerajaan UMNO iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia. Untuk projek ini sahaja (tak termasuk projek petrokimia yang akan datang), telah meratah sekitar 235 ekar hutan bakau dari keseluruhan projek yang akan dianggarkan seluas 900 ekar. Hutan bakau ini merupakan rumah atau inkubator untuk ekosistem alam sekitar. Ini bermakna ia adalah kawasan penting bagi pemeliharaan alam sekitar. Ia menjadi sumber marin dikawasan persisir pantai, juga bermakna ia menjadi medan mencari makan oleh hidupan marin dan nelayan pantai. Tanah di kawasan projek ini adalah tanah pertanian, yang dihuni oleh orang kampung yang berkebun, berladang dan nelayan. Kerajaan (baca:UMNO) mendakwa bahawa projek pembangunan ini akan dapat memajukan kehidupan masyarakat desa, dan ia datang dengan sokongan penuh penduduk. Namun, kita dapati dakwaan ini agak meleset. Dari kajian yang dibuat oleh perunding Worley Parsons 2011 yang diupah sendiri oleh Malakoff (pemilik Tanjung Bin Power Plant), menunjukan kadar penurunan menangkap ikan sepanjang dekad lalu telah dilaporkan oleh nelayan, dan kebimbangan ini telah dibuktikan dengan kehilangan kawasan menangkap ikan tradisional dan pembiakan / kawasan pembiakan akibat kehilangan bakau, penurunan kualiti air dan peningkatan suhu air. Malah, sebanyak 67 peratus responden yang terdiri daripada penduduk setempat, tidak melihat kesan yang baik dari projek ini kepada mereka dalam aspek kesihatan, sosial , lalu lintas dan ekonomi. Hanya 29 peratus daripada mereka yang ditemu bual menyatakan positif tentang peluang-peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung. Namun, secara kolektifnya, penduduk menyatakan kebimbangan mereka tentang kemusnahan bakau serta kualiti udara dan air, dan seterusnya kadar penurunan pendaratan ikan. Ini baru satu senario dari banyak lagi kawasan nelayan dari kawasan Pantai Barat, Pantai Timur hinggalah Sabah dan Sarawak. Semua senario ini membawa kita kembali kepada persoalan pokok iaitu, apa kerajaan UMNO telah buat? Bukan dalam tempoh 5 tahun, tetapi lebih dari 50 tahun yang lalu. Maka, kita boleh nilai prestasi antara kerja dan slogan UMNO selama ini. Namun, realiti ini masih ada lagi yang berkata " jika UMNO tak ada, apalah nasib kami kaum nelayan". Tinggal niat dan slogan Dan akhirnya, persoalan tentang dana-dana bantuan serta pelaburan projek pembangunan yang berniat untuk membantu golongan miskin khususnya nelayan pantai, entah jadi apa. Ratusan juta dana, berbillion pelaburan yang dibuat masih gagal mencapai matlamat. Itu belum lagi kita sertakan laporan AG tentang masalah ketirisan dana dan pengurusan kewangan dalam agensi kerajaan yang berlaku berterusan. Jadi, yang ada hanya tinggal slogan, dan slogan itu semakin nyaring terdengar dalam perhimpunan agung UMNO. Barangkali, dengan nyaringnya teriakan slogan 'Hidup Melayu' ini, mungkin dapat menyelesaikan masalah rakyat. Teriakan ini terus nyaring dan bergema. Iyalah, dimana lagi mereka nak bertempik bukan? – Roketkini.com | ||
Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau Posted: 20 Oct 2013 07:04 AM PDT
SAYA pernah mendedahkan sebuah kajian yang dibuat oleh sebuah badan profesional beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya. Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut adalah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja. Mengikut kajian tersebut, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi. Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggung jawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu. Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkan hasil kajian itu menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu adalah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan. Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu. Isu lain adalah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin). Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri. Dipendekkan cerita Pakatan hilang negeri Kedah dalam PRU13 angkara kehilangan undi Melayu dalam jumlah yang besar. Dalam ranking kekuatan kerusi PAS di Kedah, Sungai Limau berada di tempat kedua selepas Tokai (di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikenali sebagai Bukit Raya). Sewaktu PAS Kedah tinggal 'batu nisan' pada PRU tahun 1995, dua kerusi yang tinggal itu ialah Sala (sekarang Sungai Limau) dan Bukit Raya. Ertinya kedua-dua kerusi tersebut benar-benar kerusi yang dimenangi dengan undi teras ahli dan penyokong PAS. Berdasarkan PAS Kedah kehilangan sokongan Melayu sehingga 9 peratus pada PRU13, saya mengandaikan bahawa di Sungai Limau sokongan untuk Tan Sri Ustaz Azizan datangnya dari pengundi teras PAS dan majoriti pengundi Cina dari seramai 1800 orang. Hampir tiada undi untuk PAS dari pengundi atas pagar. Tiada juga undi dari ahli Umno yang memprotes, kerana undi golongan itu tersalur kepada calon Umno yang bertanding tiket bebas. Itu pun tidak banyak, cuma 100 undi. Jika sebelum ini, Ustaz Azizan dapat menarik ahli keluarganya yang ramai di sekitar Sungai Limau, kebanyakannya terdiri dari penyokong Umno. Pada PRU13, beliau ditentang oleh sepupunya sendiri iaitu Fadhilah Mohd Ali. Bermakna undi atas faktor keluarga tidak lagi solid untuk Ustaz Azizan, sekurang-kurangnya ia sudah berpecah dua. Satu lagi faktor yang sangat menarik di Sungai Limau adalah kewujudan 'golongan kecewa' dalam PAS. Kumpulan ini tidaklah dominan namun tindakan protes mereka berterusan dan sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap jentera parti. Mereka menyayangi PAS cuma berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan ketika itu. Kini orang yang mereka musuhi sudah tiada. Mereka boleh ditarik untuk kembali menguatkan PAS. Secara teorinya untuk mengekalkan kerusi Sungai Limau, kerja PAS cuma mengekalkan sokongan ahli-ahli dan penyokong PAS! Itu saja. Kejayaan menarik golongan atas pagar dan Umno cuma bonus. Teorinya mudah, tapi realitinya tak semudah itu. Bagi BN, kerja mereka lebih sukar kerana di samping pertahankan sokongan pengundi tegar dan atas pagar. Mereka juga perlu menarik sokongan pengundi PAS, baru boleh menang. Di Sungai Limau secara umumnya kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Biasanya, di mana ada cawangan PAS di situ ada cawangan Umno. Kewujudan sokongan PAS dan Umno berlaku secara tradisi. Persaingan utama politik pun cuma berlaku antara PAS dan Umno sejak berzaman. Pengalaman melalui beberapa pilihan raya kecil, kekuatan antara Pakatan dan BN selalunya tidak seimbang. Banyak tempat di mana Pakatan tiada cawangan, berbanding BN. Jika BN berjaya mengepung ahli-ahlinya sahaja cukup untuk menang. Dan itulah yang mereka lakukan. Untuk PRK Sungai Limau, kerja 'mengepung ahli' sendiri untuk pertahankan kemenangan terbeban kepada PAS. Bagaimana cara untuk melakukannya ke tahap maksimum, terserah kepada kebijaksanaan jentera PAS. Itulah rahsia besar kejayaan PAS pertahankan Sungai Limau - secara teorinya. | ||
Agong ada kuasa veto sekat PCA – Aziz Bari Posted: 20 Oct 2013 06:58 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya untuk menyekat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang diluluskan oleh parlimen dan dewan negara, kata Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari. Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyerahkan memorandum kepada Istana Negara memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan Rang Undang-undang untuk meminda akta berkenaan. "Tindakan Karpal itu betul sebab masih ada peluang dan ruang untuk memohon Agong campur tangan. "Oleh kerana Rang Undang-undang (bill) PCA ini banyak masalah dan mencabul hak asasi, Agong mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk menyekatnya. Ini kerana Umno-BN menggunakan kuasa majoriti mereka di dalam dewan rakyat dan dewan negara," "Agong boleh veto rang undang-undang PCA yang telah diluluskan oleh parlimen," ujarnya kepada Keadilandaily. Abdul Aziz berkata, peruntukan perlembagaan di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk memintas Agong, adalah tidak sah dan baginda masih mempunyai kuasa untuk campur tangan. Semalam, Karpal berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk berbuat demikian berdasarkan Perkara 66 (4) Perlembagaan. Bagaimanapun, Perkara 66 (4A) menetapkan rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetap akan menjadi undang-undang selepas 30 hari meskipun tanpa perkenan Agong. "Pada pandangan saya Perkara 66 (4A) tidak sah – dan peruntukan lama membolehkan Agong sedikit ruang untuk campur tangan masih ada- tetapi ini perlu dilakukan melalui permohonan di mahkamah," kata Aziz dilapor Malaysiakini, semalam. | ||
Anwar khutbah di Masjid Australia, forum di Universiti Adelaide Posted: 20 Oct 2013 06:56 AM PDT KEADILAN DAILYMasjid itu yang terletak di 52-54 Wandana Avenue Gilles Plain antara pusat komuniti Muslim paling aktif di ibu negeri selatan Australia itu. Ini merupakan pengiktirafan yang jarang diberikan oleh pegawai masjid kepada pemimpin luar negara. Khutbah dengan tajuk Kebangkitan Dunia Islam, Peranan Minoriti Muslim dalam masyarakat Barat disampaikan Anwar dalam Bahasa Inggeris. Dalam lawatannya, Anwar dijemput menjadi panel pada forum di Festival Idea, Perbezaan Pendapat dan Demokrasi yang berlangsung di Dewan Universiti Adelaide hari ini. Usaha Kerajaan Malaysia menghalang mahasiswa Malaysia menyertai program dihadiri Anwar itu gagal apabila penuntut dan rakyat Malaysia serta masyarakat tempatan beramai-ramai beratur panjang untuk mendengar ucapannya. Malah, sekumpulan pelajar Malaysia mengadakan bantahan terhadap arahan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang melarang mereka menghadiri program tersebut. Mengikut agensi berita Australian Broadcasting Corporation (ABC), hampir sedozen pelajar berhimpun sambil memakai topeng dan memegang sepanduk tanda bantahan larangan itu. Keadilan Daily 15 Oktober lalu mendedahkan amaran pegawai penasihat pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia, Sharezan Md Sheriff yang diemel kepada mahasiswa Malaysia di Australia khasnya pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar 'menjauhkan diri' dari menghadiri sesi awam bersama Anwar. | ||
Peluru di kerongkong Mohd Amar berjaya dikeluarkan Posted: 20 Oct 2013 06:51 AM PDT Pembedahan untuk mengeluarkan peluru daripada kerongkong Mohd Amar Mohd Azizi, 10, berjaya dijalankan sepasukan pakar perubatan dan tenaga sokongan yang dibentuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pembedahan yang dijalankan pagi tadi berjaya dan kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil. "Pembedahan itu berjaya dan keadaan Mohd Amar stabil. Bagaimanapun hospital tidak membenarkan lawatan pada masa sekarang supaya kanak-kanak itu dapat berehat untuk pulih semula. Kita akan mengadakan sidang media esok untuk semua maklumat lanjut mengenai pembedahan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini. Sebelum ini Pengarah HRPB Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata kes yang berlaku kepada murid Darjah 4 Sekolah Kebangsaan Belanja, Parit itu merupakan sesuatu yang unik dan pembedahannya juga berhadapan dengan banyak risiko besar. Oleh yang demikian katanya, pasukan pakar perubatan yang dibentuk HRPB memerlukan perincian bagaimana pembedahan itu perlu dijalankan. Mohd Amar menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HRPB selepas cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan pistol automatiknya jenis P99 Walther terlepas tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas. Pada 15 Oktober, Pakar Perunding Neurosurgeri HRPB Dr Cheang Chee Keong berkata Mohd Amar sangat bernasib baik kerana peluru itu tidak mengenai saraf tunjang atau peti suara yang boleh mengakibatkannya lumpuh dan bisu. Beliau berkata imbasan x-ray menunjukkan peluru yang menembusi hidung dan tersekat di kerongkong Mohd Amar tersangkut pada jarak kurang satu sentimeter daripada saraf tunjang dan agak jauh daripada peti suara.-Bernama | ||
Strategi MB urustadbir rizab Selangor diyakini Posted: 20 Oct 2013 03:48 AM PDT SHAH ALAM, : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diyakini mempunyai strategi tertentu dalam mengurus tadbir dana Kerajaan Negeri, kata Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau juga berpendapat pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan dana Kerajaan Negeri baru-baru ini sebagai perkembangan yang sihat dan perlu untuk penambahbaikan urustadbir yang berterusan. "Teguran Anwar itu baik selaku Penasihat Ekonomi Negeri, tetapi Menteri besar juga komited. Bagi saya, ia perlu diterima secara terbuka dan jangan bersikap defensif," katanya, ketika dihubungi TV Selangor. Minggu lalu, Anwar ketika berucap di pentas terbuka semasa forum Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya berkata Abdul Khalid seharusnya mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan kewangan Kerajaan Negeri. Dzulkefly berpendapat rizab perbendaharaan yang hampir mencecah RM3 bilion itu berkaitan dengan pelan jangka panjang pentadbiran Abdul Khalid dan jemaah exco beliau. Mengulas lanjut, beliau berkata, sesebuah pentadbiran berhak menentukan sasaran mereka sendiri, namun haruslah memastikan keperluan rakyat itu dipenuhi dengan sebaiknya. "Belanjawan yang cantik adalah apabila perbelanjaan dan pembangunannya seimbang. Apabila sesebuah kerajaan bercakap tentang bajet, mereka mesti menggunakan metodologi (kaedah atau prinsip) untuk tentukan apa yang hendak dicapai. "Tidak timbul masalah sama ada Kerajaan ingin menyimpan atau membelanjakan rizab simpanan kerana ia tidak termasuk dalam pendapatan negeri atau negara untuk tahun itu," katanya. | ||
Anwar : Belanjawan Alternatif PR fokus pertahan hak rakyat Posted: 20 Oct 2013 03:46 AM PDT SHAH ALAM : Belanjawan Alternatif 2014 yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan fokus kepada usaha mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Belanjawan Alternatif itu akan dibentangkan pada Isnin (21 Okt) di Parlimen sebelum Bajet 2014 dibentang Perdana Menteri pada 25 Oktober ini. "Kita menjangka, negara akan mengalami krisis ekonomi dengan kadar hutang semakin meningkat, pelaburan berkurangan, harga barang meningkat dan beban kepada rakyat juga bertambah," kata Anwar. Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Bengkel Persediaan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Menerusi Bengkel Belanjawan tadi, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat rancak membincangkan draf belanjawan 2014 secara teliti. "Ia kemudiannya dibentangkan kepada kami selaku pimpinan utama ketiga-tiga parti untuk membuat keputusan muktamad," kata Anwar. Anwar berkata, PR merancang untuk mengadakan sesi dialog dengan Kerajaan Pusat untuk membincangkan isu kepentingan rakyat. "Kita mengusulkan Perdana Menteri dan kepimpinan BN tumpu tadbir negara, urus ekonomi dan tangani isu besar demi kepentingan rakyat yang terabai sekian lama sejak PRU-13 Mei lalu. "Perlunya perbincangan dan dialog dalam isu ekonomi, perbalahan kaum dan agama, peningkatan kadar jenayah dan isu pengurusan kerajaan termasuk rasuah seperti yang dilaporan ketua audit negara," kata Anwar. PR sebelum ini menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian sebelum satu belanjawan bayangan dibentangkan sebelum Belanjawan 2014 dibentangkan. Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mendapatkan satu formula terbaik untuk dimasukkan dalam belanjawan bayangan Pakatan Rakyat sekaligus mencabar Belanjawan 2014 yang dijangka akan dibentangkan Najib Razak. Jawatankuasa yang dikordinasikan Institut Rakyat itu dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang diketuai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berdasarkan kementerian tertentu dan bidang kepakaran masing-masing. Sembilan kumpulan tersebut, kajian isu nasional dan antarbangsa; ekonomi dan kewangan; keselamatan; pendidikan dan pekerjaan; pertanian, perladangan dan pembangunan luar bandar; pengangkutan dan pembangunan bandar; pengurusan sumber dan kelestarian; masyarakat, kebajikan dan gender serta polisi berkaitan Sabah dan Sarawak. | ||
Kumpulan guru, pelajar terkandas di Gunung Asahan Posted: 20 Oct 2013 03:43 AM PDT Tujuh guru dan 81 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas berjaya dibawa turun dari Gunung Asahan di Jasin malam tadi selepas terkandas lebih tujuh jam akibat hujan lebat. Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata mereka mendaki gunung tersebut pukul 9 pagi semalam bagi aktiviti sekolah mereka dan sepatutnya turun pada 4 petang. Beliau berkata kumpulan itu yang terdiri 43 pelajar perempuan, 38 pelajar lelaki serta empat guru wanita dan tiga guru lelaki terkandas disebabkan mereka berteduh kerana hujan dan tiada panduan keluar disebabkan hari telah gelap. Bomba menerima panggilan pada 9.38 malam dan tiba 53 minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Kamarulzaman berkata 10 anggota tentera dan lima orang awam turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hampir satu jam itu sebelum kumpulan pertama 41 pelajar berjaya dibawa turun pukul 11.15 malam. Beliau berkata kumpulan kedua 40 pelajar dan tujuh guru pula berjaya dibawa turun pada 11.30 malam. Katanya operasi menyelamat tidak mengalami kesukaran kerana pelajar dan guru yang terkandas berada dalam satu kumpulan. Katanya seorang perempuan dan seorang pelajar lelaki serta seorang guru wanita turut mengalami kecederaan ringan kerana tergelincir semasa cuba mencari jalan keluar. Beliau berkata guru dan pelajar lelaki itu diberi rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) manakala pelajar perempuan tersebut dihantar ke klinik berhampiran.- Bernama | ||
Utusan tak akan pertahan Petronas lagi jika... Posted: 20 Oct 2013 03:41 AM PDT MALAYSIA KINI Akhbar Utusan Malaysia memberi ancaman untuk tidak lagi mempertahankan Petronas dari tohmahan dan serangan dari pemimpin pembangkang, sekiranya syarikat petroleum negara itu tidak prihatin kepada usahawan bumiputera.Utusan melalui tulisan lidah pengarangnya dengan nama samaran Awang Selamat dalam edisi hujung minggunya hari ini menyebut, akhbar tersebut sebelum ini komited mempertahankan syarikat minyak itu. "Sebagai pengamal media pula, Awang tidak taksub berpegang kepada pertimbangan kewartawanan semata-mata, yang membolehkan apa sahaja kepincangan dalam Petronas didedahkan, jika mahu. "Pertimbangan nasionalisme mengatasi pertimbangan lain apabila melibatkan Petronas... "Tapi mana tahu, Awang berubah selepas ini jika Petronas tidak prihatin kepada keluh kesah pengguna terutama bumiputera dan kelihatan angkhuh," tulisan itu dipetik. Ia antara lainnya mempersoalkan mengenai nilai yang diperolehi syarikat vendor bumiputera dalam industri minyak dan gas. Ia turut membangkitkan mengnean dakwaan bahawa peluang untuk pegawai kanan bumiputera dalam Petronas meningkat naik dalam syarikat tersebut mungkin lebih terhad. Selain itu, ia juga menimbulkan mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa anak syarikat Petronas, Petronas Dagang Berhad menganaktirikan usahawan bumiputera dalam memberi peluang perniagaan di rangkaian Kedai Mesra Pertronas. | ||
'Sultan Sulu' Jamalul Kiram meninggal dunia Posted: 20 Oct 2013 03:39 AM PDT MALAYSIA KINI Pemimpin kumpulan militan Sulu Jamalul Kiram, yang mendakwa sebagai sultan Sulu, meninggal dunia akibat kegagalan organ hari di ini satu pusat perubatan Filipina. Media negara itu, Inquirer.net memetik kenyataan anaknya Jacel Kiram yang berkata, perjuangan Jamalul Kiram, 75, untuk menuntut semula Sabah akan diteruskan oleh generasinya. "Apa yang dimulakan oleh bapa saya, dia warisi kepada kami untuk diteruskan... Kami tidak akan teragak-agak. "Beliau orang yang hebat, orang yang baik," katanya. Tambahnya bapanya itu hanya ingin mendapat restu Allah untuk menuntut semula Sabah. "Kamilah yang akan meneruskannya," katanya lagi yang menambah, mereka akan membawa pulang jenazah Jamalul Kiram untuk dikebumikan di Jolo, Sulu. Adik Jamalul Kiram, Agbimuddin mengetuai sekumpulan 200 orang yang mendarat di Lahad Datu, Sabah dan bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia. Seramai lapan orang anggota polis dan seorang tentera Malaysia terkorban dalam operasi ke atas penceroboh berkenaan, Mac lalu. | ||
Liow terselamat tindakan celaan dalam EGM Posted: 20 Oct 2013 03:36 AM PDT Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) terselamat daripada tindakan celaan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti hari ini, menerusi majoriti tipis 225 undi atau 54.4% daripada jumlah undi diterima. Daripada 2,189 perwakilan yang mengundi, 1,190 daripada mereka mengundi menolak usul untuk mencela Liow manakala 965 mengundi menyokong. Terdapat sebanyak 34 undi rosak. Usul untuk mencela Liow dibuat kerana keengganannya menerima keputusan bersama parti dan kegagalannya dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi jawatankuasa persiapan pilihan raya umum. Keputusan itu disambut sorakan gembira oleh penyokong Liow di dalam dan luar Dewan San Choon, Wisma MCA di sini sebaik sahaja Speaker Datuk Yip Phooi Hong mengumumkannya pada kira-kira 3 petang. – Bernama | ||
Liow enggan ulas soal kerjasama dengan Chua Posted: 20 Oct 2013 03:30 AM PDT Timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta anggota parti mengenepikan perbezaan di antara mereka namun enggan mengulas sama ada beliau akan bekerjasama dengan presiden Datuk Seri Chua Soi Lek. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Liow antara lainnya berkata kini tiba masanya untuk MCA bekerjasama tanpa mengira puak demi mengukuhkan parti. Ditanya sama ada beliau dapat bekerjasama dengan Chua, Liow bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya mengulangi seruannya agar anggota parti itu bersatu. Beliau juga enggan mengulas sekiranya ditanya sama beliau akan berdamai dengan Chua. Ditanya lanjut mengenai keputusan perwakilan MCA yang menolak resolusi bagi ahli parti menerima jawatan Kabinet, Liow berkata ia merupakan ketentuan perwakilan. Katanya, maklum balas dari akar umbi MCA yang diperolehinya menunjukkan bahawa parti itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menyertai semula Kabinet. Katanya, beliau juga bersedia untuk memperbaiki dirinya memandangkan seramai 965 perwakilan berpendapat bahawa parti harus membuat teguran kepadanya, walau 1,190 orang perwakilan lagi berpendapat sebaliknya. | ||
Hishammuddin terselamat, Mukhriz kian popular Posted: 20 Oct 2013 03:28 AM PDT Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini mungkin boleh menghela nafas panjang, apabila terselamat dari gasakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu semalam. Berdasarkan keputusan rasmi Mukhriz kalah tipis dengan meraih 91 undi, berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammudddin. Keputusan awal yang diperolehi sejak petang semalam menunjukkan Mukhriz mengekori rapat Hishammuddin dalam pungutan undi. Mukhriz meraih sokongan mendadak dari sebahagian besar perwakilan Ini dilihat sebagai isyarat bahawa akar umbi Umno kini lebih matang dalam memilih pemimpin yang berani dan tegas dalam membuat keputusan. Perkembangan itu berlaku ketika Hishammuddin bergelut dengan tanggapan sebagai pemimpin yang "lembik" - satu label yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri pertahanan itu. Kemaraan Mukhriz itu sedikit sebanyak tetap terjejas apabila timbul tuduhan di saat akhir, bahawa menteri besar Kedah itu terlibat dengan politik wang dalam pemilihan kali ini. Dakwaan yang ditimbulkan oleh satu portal berita itu muncul sehari sebelum hari pemilihan, namun ditarik balik apabila Mukhriz mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang. Kurang popular Tulisan pengarang akhbar Mingguan Malaysia milik Umno hari ini malah melihat perkembangan tersebut diatur oleh "tangan-tangan ghaib" pihak tertentu di belakang portal berita berkenaan. Dari satu sudut lagi, kemerosotan sokongan terhadap Hishammuddin menunjukkan bahawa ahli parlimen Sembrong itu dilihat semakin kurang popular berbanding pemimpin muda yang berusia 49 tahun itu. Pada pemilihan 2009, Hishammuddin menduduki di tangga kedua bagi dengan mendapat 1,515 undi daripada 2,500 perwakilan yang hadir. Zahid menduduki tangga pertama dengan 1,592 undi dan Shafie memperolehi 1,445 undi di tangga ketiga. Bagaimanapun, pada pemilihan kali ini - selepas pindaan perlembagaan parti - kedudukan Hishammuddin dan Shafie bertukar. Daripada 146,500 perwakilan di seluruh 191 bahagian, Hishammuddin hanya mendapat sokongan 100 bahagian, manakala Shafie berada di tempat kedua dengan 174 undi. Bagi Mukhriz pula, perwakilan Umno seluruh negara juga dilihat menunjukkan sikap lebih matang dalam memilih pemimpin yang mampu memenuhi aspirasi baru akar umbi apabila memberi anjakan sokongan kepada menteri besar Kedah itu. Lanskap politik baru Golongan ini pastinya memasang harapan agar Mukhriz mampu merencanakan lanskap politik baru untuk golongan muda dalam parti itu khususnya pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, kemungkinan bahawa Hishammuddin akan mengekalkan kedudukan tersebut telahpun dijangka sejak awal apabila timbul cakap-cakap bahawa wujud satu bentuk arahan dari kepimpinan tertinggi supaya perwakilan mengekalkan status quo – Hishammuddin, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal bagi jawatan itu. Kecenderungan itu dapat dilihat apabila Umno Pekan, Pagoh dan Bagan Datoh – bahagian yang diketuai Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Zahid – telah mengekalkan ketiga-tiga pemimpin itu dalam mesyuarat bahagian mereka semalam. Malah, pertemuan tertutup antaranya kepimpinan Wanita – yang menjadi tulang belakang Umno – dan sokongan moral Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada Hishammuddin, dilihat sebagai satu lagi isyarat kepada perwakilan sayap itu memastikan kemenangan bekas mentornya itu. Presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini perlu menimbang sebaik-baiknya permintaan Mukhriz untuk menyertai majlis tertinggi bagi memastikan Umno lebih diyakini oleh kumpulan anak muda pada masa akan datang. Beliau perlu menimbang faktor populariti Mukhriz di kalangan akar umbi, yang tidak harus dipersia-siakan dalam mencapai perubahan dalam parti. Bagi dua bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula, kegagalan untuk menjejaskan sokongan kepada penyandang jawatan berkenaan mungkin menunjukkan petanda bahawa mereka bukan lagi pemimpin yang mampu membawa tranformasi kepada Umno. | ||
EGM MCA: Ahli tetap dihalang sertai Kabinet Posted: 20 Oct 2013 03:26 AM PDT Perwakilan MCA hari ini menolak resolusi untuk menerima keputusan parti sebelum ini yang melarang ahli menerima jawatan dalam Kabinet. Daripada 2,199 perwkilan yang hadir dalam mesyuarat agung luar biasa hari ini, seramai 1,090 perwakilan menolak resolusi tersebut sementara 1,080 menyokongnya. Selebihnya, 18 undi direkod sebagai undi rosak. Ini bermakna bahawa resolusi itu ditolak dengan hanya majoriti 10 undi sahaja dan ia ditentukan dengan hanya 49.5 peratus daripada jumlah undi. Sementara itu, perwakilan turut menolak usul untuk menegur timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas dakwaan kegagalan beliau semasa pilihan raya umum lalu dan tingkah lakunya selepas itu. Ini bermakna Liow terlepas daripada tindakan teguran, namun usahanya untuk membolehkan pemimpin parti menerima jawatan dalam kerajaan - sekali gus membolehkan beliau menyertai semula Kabinet - juga digagalkan. Bagaimanapun, parti itu bersetuju untuk menerima dua lagi resolusi yang membenarkan ahli menerima jawatan lain seperti senator, dalam syarikat berkaitan kerajaan, kerajaan negeri dan ketua kampung. | ||
Najib nafi terlibat dalam arahan kekalkan status quo Posted: 20 Oct 2013 03:18 AM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menafikan terdapat campur tangan pucuk pimpinan parti dalam proses pemilihan kali ini. "Ada 150,000 perwakilan, macam mana saya hendak campur tangan. Undi semua sulit. Semua orang boleh beri pandangan tetapi undi itu hak setiap perwakilan," kata Perdana Menteri dalam sidang medianya hari ini. Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa wujudnya arahan daripada pucuk pimpinan Umno supaya perwakilan mengekalkan status quo terutama untuk tiga jawatan Naib Presiden Umno. Ia dikatakan dibuat melalui arahan kepada warload Umno di samping arahan secara langsung yang dibuat oleh pemimpin tertinggi kepada ketua bahagian Umno di seluruh negara. Kerana takutkan kemarahan pemimpin utama Umno yang berkuasa dalam kerajaan, mereka melupakan permintaan daripada pemimpin popular mereka termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Hasilnya, tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussain dipilih semula perwakilan Umno dalam pemilihan semalam. "Jelaslah yang Presiden parti itu, Mohd Najib Abdul Razak, yang menang tanpa bertanding, memperoleh apa yang beliau idamkan iaitu pengekalan status quo jawatan Naib Presiden. Sama ada beliau campur tangan secara tersurat atau tersirat, pasukan Naib Presiden beliau kekal. "Ini baik bagi Najib tetapi tidak semestinya baik bagi Umno. Tidak ada tanda nyata bahawa Umno semakin muda, segar dan dibarisi generasi pelapis kecuali beberapa kerat yang menang kerusi biasa MT," tulis Datuk Kadir A Jasin, bekas editor akhbar pro Umno itu dalam blognya hari ini. Namun hari ini, Najib menafikan ada campur tangan pemimpin tertinggi Umno termasuk beliau dalam pemilihan itu. Najib berkata, persaingan sengit antara Hishammuddin dan Mukhriz sudah boleh dijangka memandangkan akar umbi Umno sudah pasti akan memilih pemimpin yang popular dan berpotensi. "Ia sudah dijangka. Proses pemilihan terbuka. Bila diserahkan kepada akar umbi, bila ada tokoh popular tentu ada saingan. Beliau (Mukhriz) menunjukkan beliau berpotensi. "Itu persaingan tokoh popular. Ada sokong Hishammuddin, ada pilih Mukhriz. Itu pertandingan yang sihat," katanya dalam sidang media itu. Najib sebaliknya berkata sistem "electoral collage" yang diamalkan pertama kali oleh parti Melayu itu perlu dipatuhi memandangkan ia sudah dipilih. "Sistem electoral college itu kita gunakan untuk mengundi bagi mengimbangi bahagian besar dan kecil. Itu sistem yang kita pilih, kita kena patuh," katanya kepada pemberita di Putrajaya. | ||
Jakim anggap SIS, Astora Jabat dokong 'liberalisme' Posted: 19 Oct 2013 05:09 PM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS), aktivisnya Zainah Anwar dan bekas pengarang Al Islam terbitan Utusan Astora Jabat sebagai pendokong fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme'. Pengumuman itu dibuat Penolong Pengarah Akidah, Bahagian Penyelidikan Jakim Mohd Aizam Mas'od pada forum "Ancaman Liberalisme oleh kumpulan-kumpulan hak asasi di PBB" di Kuala Lumpur hari ini. Menurutnya, Zainah (kiri) menerusi tulisannya dalam New Straits Times pada 2006 memperolok-olokkan fatwa pengharaman fahaman liberalisme dan pluralisme oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK). "Jadi dia buat ayat-ayat yang provokatif untuk menyatakan fatwa ini buat satu ayat yang tidak tepat dan tergopoh gapah," katanya. Astora Jabat pula dakwa Aizam, mempertikaikan ijtihad dengan berkata, ia bukan hukum Allah kerana hukum Allah itu hanya dikira yang qatie atau muktamad sahaja. Manakala SIS pula didakwa cuba mendapatkan hak menjatuhkan talak untuk perempuan dan menyamaratakan nisbah pembahagian harta pusaka di antara lelaki dan perempuan. "Kalau kita biarkan suara-suara mereka ini tanpa tentangan mungkin mereka akan diberi tempat yang istimewa yang melibatkan penggubalan polisi, dasar dalam negara. "Dan akhirnya menyebabkan kedudukan Islam itu tersudut, terpinggir dalam negara kita," katanya. Menurut laman e-fatwa kelolaan Jakim, MFK yang bersidang pada Julai 2006 memutuskan "aliran pemikiran liberal" sebagai ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Menurut huraiannya, keputusan itu dibuat antaranya atas alasan fahaman itu berpegang kepada konsep pluralisme bahawa semua agama sama taraf, menganggap akal sebagai "wahyu tidak bertulis" dan meragui ketulenan al-Quran. Daripada aspek syariah pula, liberalisme, dalam tafsiran mereka, mempersoal methodologi pentafsiran al-Quran dan hadis, menggesa tafsiran baru konsep ibadat dan mempertikai akhlak kenabian. Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Zainah, Astora (atas) dan SIS berhubung tuduhan itu. ISMA: Facebook bawa elemen liberalisme Sementara itu, Seorang lagi penceramah, Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya (kiri) turut melihat laman sosial Facebook membawa elemen liberalisme, yang antaranya membawa kepada gejala murtad. "Sebab itu ramai Melayu murtad sekarang ini antaranya (melalui) Facebook. "Saya jumpa tiga orang remaja perempuan, bermula dengan Facebook sahaja duduk lama dalam bilik, mak ayah tak kisah, kerja ahli perniagaan. "Duduk berbual dalam itu akhirnya jadi Hindu," dakwa Aminuddin. | ||
Posted: 19 Oct 2013 05:01 PM PDT Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit REMBAU – Percutian dua sahabat sempena Aidiladha di kampung bertukar tragedi apabila kereta dinaiki mereka terbabas, lalu melanggar tembok di Kilometer 1 Jalan Pedas - Kundur, Kampung Pedas Tengah, di sini semalam. Dalam kemalangan kira-kira 4.25 petang itu menyebabkan Ahmad Fuad Darus, 20, maut di tempat kejadian. Sementara rakannya, Farmizan Pirman, 19, cedera di bahagian dada. Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sementara Farmizan dikatakan berasal dari Sabah dan menghabiskan cuti di kampung rakannya itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Muhammad Ridzuarn Abdul Rahman berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. "Anggota bomba mengambil masa selama 11 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya. Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian dan jenazahnya dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat, manakala rakannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut. Sementara itu, saksi kejadian, Nurshafiqah Zakaria, 16, berkata, ketika kejadian, penduduk terkejut apabila terlihat kereta Perodua Viva dinaiki mangsa melambung di depan rumah jiran. Menurutnya, mereka kemudian mendapati pemandu kereta tersepit, manakala rakannya sedang mengurut dada sambil mengucap. "Penduduk segera mengeluarkan penumpang tempat duduk hadapan. Ada penduduk yang memeriksa nadi mangsa di leher pemandu, bagaimanapun mereka dapati mangsa yang tersepit sudah meninggal dunia," katanya. Sementara itu, ibu saudara mangsa, Zainnah Pie, 43, berkata, dia tidak menyangka kereta yang terlibat kemalangan itu melibatkan anak saudaranya sendiri. Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Anak Air Kundur sebelum memberhentikan kereta sejurus melihat kemalangan tersebut. "Sebaik melihat anak saudara saya sendiri, saya terus menghubungi abang saya untuk memaklumkan kejadian ini," katanya. Menurutnya, Allahyarham Ahmad Fuad pulang bercuti sejak Aidiladha lalu dan rakan itu tidak pulang ke Sabah dan mengambil keputusan bercuti di rumah keluarga Allahyarham di Taman Pedas Perdana. | ||
20 penumpang panik, bas terperangkap banjir Posted: 19 Oct 2013 04:56 PM PDT BALING - Seramai 20 penumpang bas dalam perjalanan dari pekan Baling ke Sungai Petani terperangkap dalam kejadian banjir terburuk tahun ini di Kampung Binjul Luar dekat sini, kira-kira jam 5.45 petang semalam. Kebanyakan penumpang merupakan penduduk Baling berjaya dikeluarkan dalam masa sejam menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling. Kesemua mangsa yang terperangkap tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan trauma dengan kejadian itu. Pemandu bas, Jamaludin Jasin, 52, berkata, arus yang terlalu deras membuatkan dia tidak boleh meneruskan pemanduan dan membayangkan bahaya kepada penumpang dan dirinya. Menurutnya, paras air yang tinggi dan deras memaksanya untuk tidak mengambil sebarang tindakan tindakan melulu. "Saya hanya mampu hubungi pasukan penyelamat untuk menyelamatkan kami. Ada penumpang yang menjerit, menangis. Saya hanya mampu suruh mereka sabar dan berdoa," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, dia tidak menyangka basnya itu akan terkandas kerana tidak pernah berhadapan situasi itu sebelum ini. "Memang kawasan ini selalu banjir, tapi belum lagi la terkandas, disebabkan itu saya tak buat keputusan melulu, takut jadi sebarang kejadian tidak dingini. Tambahan pula, ada bahagian tayar yang termasuk dalam lubang. "Jadi, kedudukan bas sedikit menyenget, membuatkan penumpang menjadi cemas," katanya. Seorang penumpang, Rubiah Mahmud, 29, berkata, dua anaknya yang berusia setahun dan lima tahun asyik menangis berikutan takut dengan kejadian itu. "Tambahan pula melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan air, mereka semakin takut. Tapi, bila dapat tahu pasukan penyelamat dalam perjalanan, suasana semakin tenang," katanya yang berasal dari Kampung Bendang Pecah. Katanya, kejadian itu merupakan yang pertama kali dalam hidupnya dan sememangnya bimbang sekiranya bas itu dihanyutkan arus deras. Seorang lagi penumpang, Norshahira Syamsudin, 22, berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan berhadapan kejadian itu. "Selalu tengok orang terkandas dalam banjir, tapi saya tak pernah rasa sendiri. Memang takut, tambahan air yang deras, siapa pun tak berani turun, hanya boleh lambai tangan minta tolong. "Tapi penduduk tak ada bot, mereka hanya boleh tengok sahaja, bila bomba datang, baru rasa selamat," kata pelajar Universti Teknologi Mara (UiTM) Merbok itu. Kawasan Kampung Binjul merupakan kawasan yang sering dilanda banjir bagaimanapun banjir kali ini merupakan yang terburuk. Setakat ini, dilaporkan lebih kurang 15 buah rumah terlibat dalam kejadian ini yang turut melibatkan kerosakan harta benda. | ||
Akaun FB bukan milik Muhyiddin Posted: 19 Oct 2013 04:53 PM PDT SINAR HARIAN Tan Sri Muhyiddin Yassin MUAR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun Facebook mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan akaun Facebook itu bukan milik beliau dan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat akaun Facebook itu yang menggunakan nama 'Tansri Muhyiddin Yasin'. "Saya menafikan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun FB (Facebook) mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz. "Saya tidak mengeluarkan kenyataan itu dan akaun FB itu bukan milik saya," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini. Akaun Facebook itu dikesan memuat naik kenyataan pada pukul 8.30 pagi ini yang menyebut Mukhriz telah disingkir daripada percalonan naib presiden Umno. Kenyataan itu, antara lain berbunyi "Pihak Lembaga Disiplin Umno telah membuat keputusan bahawa calon didapati telah melanggar etika parti dan secara langsung terlibat dalam penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas yang diadakan oleh pihak calon baru-baru ini. "Saya berharap pihak Lembaga Disiplin Umno dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin," menurut status dalam Facebook itu. Status yang dimuat naik itu telah mendapat 45 komen dan 32 like setakat 1.30 petang ini. Sementara itu di KUALA LUMPUR, Muhyiddin turut mengeluarkan kenyataan melalui akaun Facebook rasmi beliau, menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai Mukhriz itu. - Bernama | ||
Harga Ikan Naik Melambung, Rakyat Marhaen Hidup Tersiksa Posted: 19 Oct 2013 04:49 PM PDT Kuala Terengganu – Harga ikan di negeri ini naik sebanyak 30 peratus berbanding biasa, sejak kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen awal September lalu. Peniaga ikan Pasar Chabang Tiga, Abdul Rahman Ali, 34, berkata, harga kebanyakan ikan naik disebabkan permintaan tinggi dan dipengaruhi kenaikan harga minyak. "Walaupun kebanyakan nelayan mendapat subsidi diesel daripada kerajaan, tetapi ia masih belum mencukupi berbanding yang mereka gunakan untuk ke laut setiap hari. Sebab itulah harga ikan agak tinggi. "Tambahan pula, permintaan daripada pelanggan juga meningkat dan peniaga juga terpaksa naikkan harga," katanya. Abdul Rahman yang telah 20 tahun berniaga ikan di pasar itu berkata, kebanyakan peniaga ikan di situ menjual ikan dengan harga yang sama. "Setakat ini kita ada 40 peniaga ikan di sini. Kebanyakan ikan dijual dengan harga sama. "Sebelum ini, harga udang naik sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu sebanyak RM30 sekilogram berbanding harga biasa RM26. Harga sotong pula seperti biasa RM8 sekilo," katanya. Abdul Rahman memberitahu, bagi sekilogram harga ikan ikan cencaru dan selayang mencecah RM8 berbanding harga biasa RM6, ikan kembung dan ikan kerisi pula RM12, ikan aya (tongkol) RM10, tenggiri RM30, ikan merah (pucat) RM30 dan ikan merah (sumang) RM25. "Sekarang kita belum dapat tahu lagi harga ikan selepas Hari raya Aidiladha ini sebab kebanyakan nelayan belum turun ke laut lagi. Jadi, harga terkini dan akan datang masih belum pasti. "Harga ini adalah pasaran di pasar, harga di pasar raya pula lain. Mungkin tidak sama," katanya. Abdul Rahman berkata, pasaran ikan sekarang agak perlahan berbanding sebelum ini kerana terdapat banyak saingan. "Sekarang kita ada ramai penjual ikan, nak untung pun agak payah. Sebab itulah harga kalau boleh kena 'maintain', sesuai dengan keadaan semasa. Tetapi, sekiranya permintaan tinggi, tetapi barang tiada, tu yang payah. Harga barang akan automatik naik. "Nak tak nak, harga kita kena sama juga sebab kami pun perlu ambil untung sikit untuk berniaga," katanya. -SH | ||
Pas yakin isu kalimah ALLAH tidak jejas undi Posted: 19 Oct 2013 04:38 PM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang KUALA LUMPUR - Di sebalik kemelut isu kalimah ALLAH yang kembali meruncing mutakhir ini, Pas yakin ia tidak akan menjejaskan peluang parti itu pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November depan. Walau bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak isu kalimah ALLAH akan dijadikan modal kempen Umno menjelang PRK kedua selepas PRU13 itu. "Kalau PRU lalu mereka telah guna, kita menang, Insya-ALLAH di PRK Sungai Limau kita akan menang," katanya pada Sinar Harian, di program Hi-Tea Ameerah Fan Club, di sini, hari ini. Rabu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perikatan itu tetap dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Pendirian itu sekali gus bercanggah dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu. Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang mendakwa Umno menggunakan isu kalimah ALLAH ini untuk menunjuk kononnya mereka jaguh. ""Kalau ikutkan Umno juga tak layak guna kalimah ALLAH bukan saja Kristian, Umno tak layak tapi orang tak faham seolah-seolah mereka sahaja yang jaguh," katanya menjawab pertanyaan seorang peserta dalam program anjuran Dewan Muslimat Pas itu yang bertanyakan pengalaman pahitnya sepanjang menjadi pemimpin Pas. | ||
Rasmi: Trio penyandang naib presiden kekal Posted: 19 Oct 2013 04:36 PM PDT KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Menurut keputusan rasmi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan jawatan naib Presiden Umno. Sehingga jam 1.45 pagi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi dan manakala Shafie memperoleh 174 undi. Seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 100 undi dengan diikuti oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan 91 undi, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing mendapat 7 undi. Bagi jawatan Majlis Tinggi (MT) pula menyaksikan Datuk Seri Mustapa Mohamed, 57 undi mendahului calon-calon lain. Pengerusi Tetap: 1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding) Timbalan Pengerusi Tetap: 1. Datuk Mohamad Aziz = 72 2. Ahmad Fariz Abdullah = 0 3. Datuk Abd Rahman Palil = 6 Presiden: 1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding) Timbalan Presiden: 1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding) Naib Presiden: 1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi = 185 2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal = 174 3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein = 100 4. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir = 91 5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam = 7 6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad = 7 Majlis Tertinggi: 1. Datuk Seri Shahidan Kassim = 48 2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah = 40 3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir = 1 4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob = 55 5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin = 26 6. Tan Sri Annuar Musa = 42 7. Datuk Zahidi Zainul Abidin = 12 8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan = 28 9. Datuk Misri Barham = 0 10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin = 36 12. Datuk Musa Sheikh Fadzir = 21 13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek = 55 14. Datuk Ab Aziz Kaprawi = 28 15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim = 54 16. Datuk Seri Mustapa Mohamed = 57 17. Datuk Sohaimi Shahadan = 24 18. Datuk Seri Idris Jusoh = 55 19. Datuk Mahdzir Khalid 51 20. Datuk Razali Ibrahim = 47 21. Dr Mohd Puad Zarkashi = 38 22. Datuk Halimah Mohamed Sadique = 24 23. Yusoff Ishak = 2 24. Mohd Ariff Abdul Aziz = 0 25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis = 42 26. Datuk Mokhtar Radin = 27 27. Datuk Ab Wahab Ibrahim = 0 28. Zawawi Othman = 3 29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah = 15 30. Datuk Rosni Zahari = 15 31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom = 55 32. Datuk Abd Rahman Dahalan = 53 33. Datuk Abd Latiff Ahmad = 38 34. Razali Husain = 1 35. Datuk Dr Norraesah Mohamad = 24 36. Datuk Seri Azalina Othman Said = 41 37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman = 2 38. Datuk Md Alwi Che Ahmad = 16 39. Datuk Azman Shah Omar Shah = 4 40. Datuk Seri Mohamad Hasan = 46 41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman = 44 42. Datuk Maznah Abdul Hamid = 8 43. Datuk Hamidah Osman = 4 44. Datuk Hassan Malek = 48 45. Mohd Sazili Shahibi 46. Abd Zarin Mohd Yasin = 1 47. Datuk Mohamad Satim Diman = 17 48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed = 1 49. Datuk Idris Haron = 53 50. Datuk Mohd Zain Ismail = 0 51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad = 17 52. Datuk Nur Jazlan Mohamed = 12 53. Datuk Nasir Safar = 5 54. Azlan Man = 18 55. Dr Zubir Harun = 2 56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman = 7 57. Mohsin Yusoff = 0 58. Datuk Saifuddin Abdullah = 10 59. Datuk Ishak Ismail = 2 60. Tun Faisal Ismail Aziz = 6 61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik = 11 62. Datuk Ahmad Jaafar = 2 63. Datuk Reezal Merican Naina Merican = 27 64. Sapin @Sairin Karano @Karno = 2 |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan