Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Bakal Meletop: Ust Azhar Idrus Dalam Filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang"
- Zahid Hamidi Orang Pertama Yang Perlu Ditahan & Didakwa Dibawah PCA
- Apa Nama Restoran Cekik Darah, RM6,000 Untuk Sarapan Pagi Ni?
- [TAHUKAH ANDA] Paus Biru Binatang Terbesar di Dunia
- Ketua Audit Negara Libas Kenyataan Dua Menteri Yang Cuba Tutup Penyelewengan
[VIDEO] Bakal Meletop: Ust Azhar Idrus Dalam Filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" Posted: 09 Oct 2013 01:28 AM PDT Setelah meletup dengan kuliah agamanya, Ustaz Azhar Idrus kini berlakon filem pula yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 November ini. Poster filem bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" mula dipasang di papan utama iklan di panggung wayang di negara ini. Filem arahan Pierre Andre itu diterbitkan oleh Metrowealth. Turut berlakon di samping Ustaz Azhar ialah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak). Filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dikatakan "menutup aurat" sepenuhnya, iaitu salah satu syarat yang ditetapkan Ustaz Azhar. Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu menjadi ikon anak muda apabila mereka berkongsi video kuliahnya melalui Facebook dan Youtube. Laman Facebook beliau, Ustaz Azhar Idrus Original mendapat 1,316,942 likes, antara yang paling tinggi di Malaysia. Buku beliau bertajuk, 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' turut mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak beberapa kali oleh penerbitnya, PTS Publication. Bermula dengan kuliah kitab kecil-kecilan di surau sekitar Terengganu, kini kuliah Ustaz Azhar diadakan di seluruh negara dan mendapat sambutan hebat. -TMI Tarikh Tayangan: 28 Nov 2013 |
Zahid Hamidi Orang Pertama Yang Perlu Ditahan & Didakwa Dibawah PCA Posted: 08 Oct 2013 11:45 PM PDT Majlis Peguam: Menteri KDN Boleh Didakwa Kerana Menghasut Majlis Peguam mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengaibkan negara dan kerajaan ekoran pendedahan rakaman ucapan Menteri Dalam Negeri itu di Melaka oleh media semalam. Majlis Peguam menegaskan tiga pengakuannya dalam ucapan tersebut adalah satu kesalahan serta tidak menghormati lunas undang-undang negara, iaitu mengenai arahan menembak tanpa beri amaran, mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dibuat mengikut arahannya dan juga tahanan tanpa bicara selama dua tahun. Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan Ahmad Zahid sebagai tidak bertanggunjawab dan memalukan kerana bertindak melewati batas undang-undang. "Majlis Peguam mengutuk keras kenyataan Menteri Dalam Negeri kerana ia menunjukkan sikapnya tidak menghormati undang-undang dan hak asasi manusia serta tidak menghormati debat yang berjalan di Parlimen. "Kenyataan beliau memalukan dan menyebabkan negara dan kerajaan diaibkan," kata Leong dalam satu kenyataan hari ini. Leong juga mengkritik Ahmad Zahid yang sehingga kini masih lagi gagal mengemukakan bukti kononnya pemansuhan akta drakonian sebagai punca peningkatan jenayah berat kebelakangan ini walaupun telah berjanji untuk bentang di Parlimen. "Beliau gagal mengemukakan data bukti untuk menyokong hujahnya. "Sebaliknya, beliau dilaporkan telah berpakat dengan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Ketua Polis Negara untuk meminda PCA," katanya. Menurut Leong, tindakan Ahmad Zahid tersebut adalah suatu kesalahan berat dan boleh didakwa mengikut Akta Hasutan. "Menteri Dalam Negeri nampaknya melampaui batas dan kemungkinan telah melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan," ujarnya lagi. Leong juga berkata tindakan Ahmad Zahid menghalau wartawan daripada membuat liputan membuktikan beliau mengakui kesalahannya mengeluarkan kenyataan sedemikian, serta sanggup mengancam media untuk semata-mata memenuhi kehendaknya. "Cubaannya untuk menutup mulut media adalah isyarat beliau mengakui kesalahan dalam kenyataannya," tambahnya lagi. Semalam, media melaporkan, Ahmad Zahid semasa dalam satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka telah bercakap mengenai beberapa isu sensitif antaranya melibatkan isu penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram Melayu yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah. Dalam rakaman sepanjang 20 minit di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh tersebut, Ahmad Zahid telah juga telah menghentam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang. Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Akta PCA yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya. "Kita siasat, kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti, sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada kompromi," katanya dipetik berkata dalam laman portal berita online. Pindaan akta kontroversi PCA yang diluluskan baru-baru ini di Parlimen akan membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut. Pindaan tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas mendapat undi 115 daripada ahli Parlimen Barisan Nasional. -TMI
ULASAN GB Lebih berkesan jika Ahmad Zahid Hamidi ditahan di bawah PCA yang bakal diluluskan oleh Dewan Negara nanti. Biar beliau menjadi mangsa pertama kezaliman Akta yang dicadangkannya sendiri. Dua tahun tahan tanpa bicara sementara menunggu siasatan polis selesai. Jika tak selesai tahanannya boleh ditambah lagi Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, perencanaan jahat itu akan kembali kepada si perancananya sendiri. Y&akinlah! |
Apa Nama Restoran Cekik Darah, RM6,000 Untuk Sarapan Pagi Ni? Posted: 08 Oct 2013 08:00 PM PDT Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam. "Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat. "Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan. "Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000. Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000. "Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun. "Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan," katanya. Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan. Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. "Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan. "Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi," katanya. Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000. "Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal. "Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu. "Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SH ULASAN GB Ada sesiapa yang tahu, yang boleh kongsikan nama restoran itu? |
[TAHUKAH ANDA] Paus Biru Binatang Terbesar di Dunia Posted: 08 Oct 2013 05:15 PM PDT Paus Biru adalah Binatang Terbesar di Dunia. Dengan panjang 30 meter dan berat 200 ton, Paus Biru adalah binatang terbesar yang pernah ada. Inilah perbandingan besar Paus Biru dengan manusia: Ikan terbesar di dunia, Hiu Paus / Geger Lintang: Ikan Hiu Paus / Geger Lintang panjangnya 10-12 meter dengan berat 12-14 ton Paus Pembunuh (Orca) Pemangsa Laut Terbesar di Dunia:Orca panjangnya bisa mencapai 9 meter dengan berat 7,200 kg lebih. Dinamakan Paus Pembunuh karena sering membunuh dan memakan Paus yang lebih besar. Tapi tidak pernah ada berita Paus Pembunuh memakan manusia. Hiu Putih adalah Ikan Pemangsa Terbesar di Dunia: Dengan panjang 6,1 meter dan berat 2.200 kg lebih, Hiu Putih merupakan Ikan Pemangsa Laut Terbesar. Musuhnya di laut paling hanya Paus Pembunuh (Orca). Dberitakan seekor Paus Pembunuh dengan panjang 5,3 meter membunuh Hiu Putih sepanjang 4 meter dan memakan hatinya. Gajah merupakan binatang darat yang paling berat dan paling besar: Tinggi Gajah Afrika hingga bahu adalah 3,3 meter. Panjang mencapai 3,5 meter. Dan beratnya adalah 6 ton. Karena besarnya, Gajah tidak punya musuh. Paling-paling hanya Singa dan Buaya yang memangsa gajah ketika bayi. Binatang darat tertinggi di dunia adalah Jerapah. Tingginya mencapai 6 meter dengan panjang leher lebih dari 2 meter. Funginya adalah agar bisa memakan pucuk dedaunan di pohon-pohon yang tinggi. Pemakan Daging (Carnivora) terbesar adalah Beruang Kutub atau Beruang Es. Tinggi bahu 1,6 meter, panjang 3 meter, dengan berat lebih dari 1.000 kg. Binatang melata (Reptil) terbesar di dunia adalah Buaya Air Laut: Buaya Air Asin hidup di Australia Utara hingga India. Panjang tubuhnya 6 meter dengan berat mencapai 1.000 kg lebih. Referensi: |
Ketua Audit Negara Libas Kenyataan Dua Menteri Yang Cuba Tutup Penyelewengan Posted: 08 Oct 2013 08:00 AM PDT Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang. Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja. Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain. Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. "Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah. Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah. Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya. "Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini," kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut. "Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset," katanya. Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api. Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka. "Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu," katanya. Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara. Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia. Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu. Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu. Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara "culas" (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan. Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu. "Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop. "Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan