Kelab Greenboc |
- [WASATIYYAH NAJIB] Rakyat Disuruh Berjimat, Bil Eletrik & Air Najib RM2.5 Juta
- Giliran Mahfuz Difitnah Di PRK Sungai Limau
- Akaun Facebook Pembunuh Pegawai Ambank Dikesan
- Polis Arab Saudi Tangkap Amah Indonesia Kerana Amalkan Sihir
[WASATIYYAH NAJIB] Rakyat Disuruh Berjimat, Bil Eletrik & Air Najib RM2.5 Juta Posted: 28 Oct 2013 01:20 AM PDT Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam. Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000. Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari. "Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik. "Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut. "Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012. Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat. "Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun? "Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri. "Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya. Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat. "Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi. -SH |
Giliran Mahfuz Difitnah Di PRK Sungai Limau Posted: 28 Oct 2013 12:00 AM PDT Mahfuz: Sumpah, bukan saya YAN - "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak," kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental. "Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya. "Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya," katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam. SMS itu menyebut: "Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah". Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya. "Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah. Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau. "Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini," katanya. Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap, dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat. "Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral," katanya. Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan. "Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini," katanya. -SH |
Akaun Facebook Pembunuh Pegawai Ambank Dikesan Posted: 27 Oct 2013 09:05 PM PDT Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia. Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran. Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013. Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan! sumber: blog pilihan-anda ULASAN GB Kalau kita lihat foto-foto yang dipaparkan di atas, kehidupan suspek tidaklah sengkek sangat sehingga terpaksa bekerja sebagai seorang "pengawal keselamatan". Atau apakah pekerjaannya itu hanya sebagai satu "camouflage" (topeng) untuk beliau melakukan rompakan ke atas bank tempat beliau ditugaskan? Bagaimanakah rekod beliau ddengan syarikat di mana tempat beliau bekerja. Bagaimana beliau dengan mudah boleh menipu dengan menggunakan kad pengenalan palsu untuk diambil bekerja? Atau beliau memang mencari kekayaan dengan melakukan rompakan melalui pembunuhan kejam selama ini? Jika venar berapa banyak rompakan dan berapa banyak pembu8nuhan yang telah berlaku sebelum ini? Atau.... beliau telah diupah pihak tertentu untuk melakukan rompakan tersebut untuk matlamat tertentu? Masih banyak hal yang belum terungkai terhadap kes rompakan kejam tersebut. |
Polis Arab Saudi Tangkap Amah Indonesia Kerana Amalkan Sihir Posted: 27 Oct 2013 03:40 PM PDT Riyadh -- Polis agama Saudi menangkap seorang pembantu rumah tangga (PRT) dari Indonesia dengan tuduhan mengamalkan sihir. Anggota Komisi Promosi Kebajikan dan Pencegahan Kejahatan menangkap PRT, yang tidak disebutkan namanya itu, setelah dilaporkan oleh majikannya di pusat kota Al Rass. Gambar hiasan. Dalam penggelidahan terhadap barang-baranynya ditemukan manik-manik, benang, jarum, azimat dan benda-benda yang dikira berhubungan dengan sihir. "PRT itu dituduh mempraktikkan sihir kepada 18 anggota keluarga Saudi ... dia mengaku telah berlatih sihir yang ditujukan kepada keluarga itu," kata juru bicara Komisi Abdullah Al Mansoor. Dikatakan, semua azimat dibawa ke pejabat Komisi, di mana semua benda itu akan 'ditawarkan dan dihancurkan'. Amalan sihir maupun guna-guna dilarang di Arab Saudi dan mereka yang terbukti terlibat dalam perbuatan tersebut akan dipenjara selama jangka waktu yang lama. Beberapa dukun juga telah ditangkap selama beberapa tahun terakhir di negara tersebut. -republika |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan