Kelab Greenboc |
- 1 Kalimah 2 Undang-undang: Al-Kitab Boleh, Herald Tak Boleh!?
- Mahasiswa Pro Mursi Kepung Pejabat Rektor Universiti Al-Azhar
- Oral Seks, Boleh Atau Tidak Dalam Islam
- Kalimah Allah: Isu Yang Memalukan Malaysia Di Mata Dunia
- Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir UMNO Akhirnya "Dibunuh"
1 Kalimah 2 Undang-undang: Al-Kitab Boleh, Herald Tak Boleh!? Posted: 21 Oct 2013 12:23 AM PDT KDN Boleh Larang Penggunaan Perkataan Memudaratkan Keselamatan Negara - AG KUALA LUMPUR: Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini. "Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya. Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009. Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009, yang melarang Titular daripada menggunakan perkataan 'Allah' dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald. Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut. Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali. "Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya. "Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan 'Allah', tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani. Beliau berkata, Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama. "Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada 'Tuhan', bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. -Bernama ULASAN GB Pelik bin ajaib! Pertama, apakah perkataan ALLAH itu dianggap memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam? Sebut nama ALLAH pun dikira memudharatkan keselamatan dan ketenteraman awam? Kedua, yang terlebih pelik, pengharaman penggunaan perkataan ALLAH hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah Herald. Versi majalah tersebut di dalam bahasa lain boleh menggunakan perkataan ALLAH, dan bible Al-Kitab pun boleh. Apa kata para pejuang kalimah ALLAH sekalian? Okaykah macamtu |
Mahasiswa Pro Mursi Kepung Pejabat Rektor Universiti Al-Azhar Posted: 20 Oct 2013 09:31 PM PDT Ratusan mahasiswa anti kudeta di Universiti Azhar pada hari semalam Ahad (20/10/2013) telah mengepung pejabat rektor universiti tersebut, sambil meneriakkan slogan-slogan menentang dukungan rektor terhadap penggulingan presiden Muhammad Mursi oleh pihak tentera. Pejabat rektor berubah menjadi tempat berkumpul beberapa demonstrasi yang dipentaskan oleh mahasiswa pro demokrasi dalam menyahut seruan dari gerakan protes 'Mahasiswa Menentang Kudeta'. Seorang saksi kejadian menyatakan ia dapat mencium bau gas pemedih mata dan boleh melihat mahasiswa melemparkan batu ke arah polis anti huru hara yang ditempatkan di luar gerbang universit, yang berada di pinggir kota Kaherah dan berhampiran dengan masjid Rabaa al-Adaweya. Sebelumnya pada hari itu, kelompok mahasiswa telah menyerukan "pemberontakan besar" di Universiti Azhar. "Revolusi kita menentang kudeta, pemerintahan tentera, ulama boneka militer dan pihak berkuasa universiti yang gagal," kata kenyataan kelompok itu, merujuk kepada dukungan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa keagamaan negara yang mendukung pemecatan Mursi. Pada hari Sabtu kelmarin, hari pertama belajar di Universiti Al-Azhar, puluhan mahasiswa melakukan aksi protes untuk mengecam kudeta militer terhadap presiden terpilih Muhammad Mursi. Meneriakkan slogan-slogan anti militer, para mahasiswa membawa poster berwarna kuning dengan gambar empat jari yang melambangkan ikon 'Rabaa' sebagai bentuk solidariti dengan ratusan demonstran pro Mursi yang terkorban di dalam aksi kekerasan di kemah protes pro Mursi di Kaherah pada pertengahan Ogos lalu. Kesatuan mahasiswa universiti Al-Azhar sebelumnya menyatakan bahawa pihaknya akan melakukan tindakan protes di kampus menentang penggulingan Mursi oleh militer pada bulan Julai lalu. Kesatuan, yang didominasi oleh Ikhwanul Muslimin, menyatakan bahwa lebih dari 100 mahasiswa telah terkorban didalam aksi protes pro demokrasi di samping penahanan lebih dari 120 mahasiswa. REKTOR AL AZHAR MELARIKAN DIRI DAN POLIS MENUTUP PINTU PEJABATNYA DENGAN RANTAI. |
Oral Seks, Boleh Atau Tidak Dalam Islam Posted: 20 Oct 2013 05:32 PM PDT Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami) diperbolehkan dalam Islam? Secara tegas dilarang, atau ada syarat-syarat dan batasan tertentu yang menjadikannya halal atau haram? Ketiadaan nas yang sahih inilah yang membuat para ulama berbeda pendapat mengenai oral seks. Sebahagian ulama memperbolehkan kerana tidak ada dalil yang melarangnya. "Isteri-isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu dari mana saja kamu kehendaki" (QS. Al Baqarah ayat 223) Namun, sebahagian ulama lainnya menghukuminya makruh atau melarangnya dengan beralasan menjaga kehormatan (muru'ah), oral seks menjijikkan, dan tidak termasuk menjaga kemaluan seperti ciri orang yang beriman: 'alaa furuujihim yuhaafidhuun.. Perbedaan pendapat ini dan semakin banyaknya pertanyaan tentang oral seks membuat para ulama muta'akhirin berijtihad dalam masalah ini lebih detail. Dari ijtihad itulah kemudian didapatkan fatwa seputar hukum oral seks ini. Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Dalam buku Sutra Ungu, Abu Umar Basyir mengutip jawaban Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin ketika ditanya tentang oral seks. Beliau menjawab, "Itu perilaku kurang bagus, namun hukumnya boleh-boleh saja." Fatwa Syaikh Mukhtaar As Sinqithi Dikutip dari buku yang sama, Syaikh Mukhtaar As Sinqithi menyatakan mubah secara mutlak, karena hukum asal dari segala cara berhubungan seks adalah halal. Tentu catatannya, selama tidak ada dalil yang mengharamkannya. Fatwa Syaikh As Saami Ash Shuqair Menurut murid utama Syaikh Shalih bi Utsaimin ini, oral seks hukumnya mubah asal tidak sampai menjilat madzi. Jika sampai menjilat cairan najis itu, maka hukumnya haram. Meski mubah, Syaikh ini memberikan catatan: "hanya saja, kami merasa jijik (dengan oral seks itu)". Fatwa Syaikh 'Abdullah bin 'Abdirrahman Al Jibrin Ketika ditanya oral seks, beliau menjawab, "Boleh, namun dimakruhkan. Karena asalnya suami istri boleh bersenang-senang satu dan lainnya, menikmati seluruh badan pasangannya kecuali jika ada dalil yang melarang. Boleh antara suami istri menyentuh kemaluan satu dan lainnya dengan tangannya dan memandangnya. Akan tetapi, mencium kemaluan semacam itu tidak disukai oleh jiwa karena masih ada cara lain yang lebih menyenangkan." Fatwa Syaikh Yusuf Al Qardhawi Dikutip dari buku Bahagianya Merayakan Cinta, Syaikh Yusuf Al Qardhawi berfatwa bahwa oral seks diperbolehkan dengan syarat menghindari madzi agar tidak terjilat atau tertelan, serta memperhatikan kebersihan mulut dan kemaluan karena jika tidak terjaga kebersihannya, terdapat potensi bakteri yang membahayakan kesehatan. Kesimpulan: Oral seks boleh dilakukan –khususnya untuk foreplay- dengan syarat tidak sampai menjilat madzi atau menelannya, menjaga kebersihan mulut dan kemaluan, dan disepakati oleh suami istri (tidak jijik salah satunya). Wallahu a'lam bish shawab. [Abu Nida] |
Kalimah Allah: Isu Yang Memalukan Malaysia Di Mata Dunia Posted: 20 Oct 2013 07:52 AM PDT Polemik 'Allah' merebak ke dunia Islam Rumah siap pahat berbunyi. Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya. "Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya. "Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini. Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional. "Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi. Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'? Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha. "Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar... "Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan. Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam. Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?| "Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis. PERKASA: Ada juga Arab jahil Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil. "Kenapa kita mesti kisah... Saya tak rasa semua orang Arab faham Islam. Bahawa tiada seorang pun yang jahil di sana. "Mereka (daripada dunia Arab) yang menyokong AS menyokong Sosialis dan Kristian... "Begitu juga di Indonesia... lagi teruk. Sesiapa yang bersongkok tidak semestinya orang Islam... ada mereka yang makan babi. Semuanya tidak mustahil di Indonesia," beliau dipetik sebagai berkata. -mk ULASAN GB Tak pelik ker hanya Malaysia mengharamkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sedangkan satu dunia zaman berzaman tak pernah mengharamkannya? Hebat betul "Islam Melayu" ni! |
Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir UMNO Akhirnya "Dibunuh" Posted: 20 Oct 2013 04:10 AM PDT Politik wang: Apa di sebalik kenyataan Saifuddin? Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang bahawa "redha dengan kekalahan kerana beliau tidak mengamalkan politik wang" memberi faham yang jelas apa sebenarnya yang berlaku dalam perebutan jawatan pada pemilihan Umno. Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, mengeluarkan kenyataan itu selepas diumumkan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliau sejak 2009 lalu. Beliau tewas dalam perebutan tiga penjuru kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu. Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta seorang lagi pencabar Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi. Saifuddin melalui laman mikro Twitternya bagaimanapun berkata beliau akur dengan keputusan itu, kerana beliau telah cuba membawa budaya politik baru iaitu berkempen tanpa sogokan dan politik wang. "Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan. "Saya kalah, tapi saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd. Biarpun redha, kenyataannya itu dilihat banyak pihak seperti berbaur kesal dengan sesetengah pemimpin Umno yang masih mengamalkan politik wang membeli undi perwakilan. Kenyataan itu juga dilihat selari dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno termasuk pada pemilihan kali ini. Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang kepada perwakilan. "Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang. "Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur baru-baru ini. -HD ULASAN GB Pada tahun 2001 lagi, di dalam satu ulasan GB, di SINI, GB pernah meramalkan jangka hayat Datuk Saifuddin tidak akan lama di dalam UMNO. Petikan: Jikalah ramai pemimpin UMNO macam Datuk Saifuddin Abdullah ini, habis Pakatan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan