Isnin, 21 Oktober 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kesian Ali Rustam.. 5 Daripada 6 Bahagian Umno Melaka Tolaknya..

Posted: 20 Oct 2013 09:45 PM PDT

Lima daripada enam bahagian di Melaka didapati menolak bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai naib presiden pada pemilihan Umno di negeri itu Sabtu lalu.

Selain Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin, bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sendiri turut tidak memilih Mohd Ali, lapor Berita Harian hari ini.


Laporan itu menyebut, Mohd Ali – bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka selama 13 tahun – mendapat tamparan hebat apabila bahagian Bukit Katil yang diketuainya, tidak memberikan sokongan mutlak.

Mohd Ali menjadi pilihan kedua dalam senarai calon naib presiden yang diputuskan oleh bahagian tersebut.

Laporan juga menyatakan perwakilan semua enam bahagian secara keseluruhannya sepakat meletakkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai pilihan pertama dan Datuk Muhkriz Mahathir pula pilihan ketiga.

Manakala lima bahagian lagi mengundi Datuk Shafie Apdal sebagai pilihan kedua.

Laporan itu juga menyebut, bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua bahagian – Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Jasin dan Bukit Katil sepakat memberi undi tertinggi kepada Idris.

Ali dapat 7 undi

Dalam pemilihan untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohd Ali hanya mendapat undi dari tujuh bahagian (15,294 undi perwakilan), sama banyak dengan bahagian yang menyokong Tan Sri Mohd Isa Samad (12,783 undi perwakilan).

Ahmad Zahid mendahului dengan sokongan 188 bahagian (94,562 undi perwakilan), diikuti Mohd Shafie Apdal dengan sokongan 177 bahagian (82,252 undi perwakilan).

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 101 undi (56,604 undi perwakilan) untuk mengatasi Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima 93 undi (57,189 undi perwakilan).

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ali berasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri itu mengundinya untuk jawatan tersebut.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi satu daripada tiga tempat bagi jawatan naib presiden.

"Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat, tiada siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi ketua menteri, semua sokong saya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Najib Nafi Atur Pemilihan Umno

Posted: 20 Oct 2013 05:20 PM PDT

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menafikan terdapat campur tangan pucuk pimpinan parti dalam proses pemilihan kali ini.

"Ada 150,000 perwakilan,  macam mana saya hendak campur tangan. Undi semua sulit. Semua orang boleh beri pandangan tetapi undi itu hak setiap perwakilan," kata Perdana Menteri dalam sidang medianya hari ini.


Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa wujudnya arahan daripada pucuk pimpinan Umno supaya perwakilan mengekalkan status quo terutama untuk tiga jawatan Naib Presiden Umno. 

Ia dikatakan dibuat melalui arahan kepada warload Umno di samping arahan secara langsung yang dibuat oleh pemimpin tertinggi kepada ketua bahagian Umno di seluruh negara.

Kerana takutkan kemarahan pemimpin utama Umno yang berkuasa dalam kerajaan, mereka melupakan permintaan daripada pemimpin popular mereka termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hasilnya, tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussain dipilih semula perwakilan Umno dalam pemilihan semalam.

"Jelaslah yang Presiden parti itu, Mohd Najib Abdul Razak, yang menang tanpa bertanding, memperoleh apa yang beliau idamkan iaitu pengekalan status quo jawatan Naib Presiden. Sama ada beliau campur tangan secara tersurat atau tersirat, pasukan Naib Presiden beliau kekal.

"Ini baik bagi Najib tetapi tidak semestinya baik bagi Umno. Tidak ada tanda nyata bahawa Umno semakin muda, segar dan dibarisi generasi pelapis kecuali beberapa kerat yang menang kerusi biasa MT," tulis Datuk Kadir A Jasin, bekas editor akhbar pro Umno itu dalam blognya hari ini.

Namun hari ini, Najib menafikan ada campur tangan pemimpin tertinggi Umno termasuk beliau dalam pemilihan itu.

Najib berkata, persaingan sengit antara Hishammuddin dan Mukhriz sudah boleh dijangka memandangkan akar umbi Umno sudah pasti akan memilih pemimpin yang popular dan berpotensi.

"Ia sudah dijangka. Proses pemilihan terbuka. Bila diserahkan kepada akar umbi, bila ada tokoh popular tentu ada saingan. Beliau (Mukhriz) menunjukkan beliau berpotensi.

"Itu persaingan tokoh popular. Ada sokong Hishammuddin, ada pilih Mukhriz. Itu pertandingan yang sihat," katanya dalam sidang media itu. Najib sebaliknya berkata sistem "electoral collage" yang diamalkan pertama kali oleh parti Melayu itu perlu dipatuhi memandangkan ia sudah dipilih.

"Sistem electoral college itu kita gunakan untuk mengundi bagi mengimbangi bahagian besar dan kecil. Itu sistem yang kita pilih, kita kena patuh," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

– The Malaysian Insider


Transformasi Dalam Umno.. KahKahKah..

Posted: 20 Oct 2013 07:16 AM PDT

Dari keputusan penuh pemilihan UMNO 2013-2016 jelas sekali slogan Transformasi yang dilaungkan dan di jeritkan oleh Najib Razak hanyalah retorik omong-omong kosong.

Jelas kepada kita betapa TRANSFORMASI dalam UMNO adalah satu ilusi ... realitinya ialah TRANSFORMBASI. .. cakap mau transform .. tapi sekadar cakap pakai air liur basi.

Ini adalah realiti bukannya berkata ikut emosi.

Cuba perhatikan senarai barisan kepimpinan utama UMNO untuk tahun 2009-2012 dan 2013-2016.

Tiada seorang pun di tukar ganti melainkan kepimpinan sayap Puteri .. itu pun sebab penyandang lamanya dah lanjut umur dan tak layak .. kalau perlembagaan Puteri UMNO mengizinkan penyandangnya masih boleh lagi bertanding .. taubat lahom dia akan kekal menjadi Ketua Puteri UMNO.

Barisan Kepimpinan UMNO Pusat 2009-2012.

Presiden : Dato' Seri Mohd Najib Bin Razak
Timbalan Presiden : Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
Naib Presiden 1 : Dato' Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi
Naib Presiden 2 : Dato' Seri Hishamuddin Bin Hussein
Naib Presiden 3 : Datuk Mohd Shafei Bin Afdal
Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Jalil
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Barisan Kepimpinan UMNO Pusat 2013-2016

Presiden : Dato' Seri Mohd Najib Bin Razak
Timbalan Presiden : Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
Naib Presiden 1 : Dato' Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi
Naib Presiden 2 : Datuk Mohd Shafei Bin Afdal
Naib Presiden 3 : Dato' Seri Hishamuddin Bin Hussein
Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Jalil
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri : Mas Ermieyati Samsudin.


Benarlah kata para penganalisis politik tanah air ... slogan Tranformasi hanyalah sekadar cakap-cakap untuk penyedap hati para ahli UMNO saja. UMNO dulu, kini dan selamanya tidak berani untuk melakukan perubahan .. tidak mampu ambil risiko untuk melakukan lonjakan paradigma sebagai memenuhi tuntutan.masa.




Tiada ulasan: