Sabtu, 12 Oktober 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[TERKINI MESIR] Pertempuran Berlaku Diantara Penyokong Dan Penentang Mursi

Posted: 12 Oct 2013 01:05 AM PDT


Ribuan penyokong presiden Mesir yang digulingkan Muhammad Mursi kembali mengadakan demonstrasi di seluruh negara. Namun, mereka tak berdemonstrasi di wilayah Bulatan Tahrir untuk menghindari sebarang pertempuran, akhbar online, republika dipetik.

Pihak polis telah menembak gas pemedih air mata di kota Iskandariah untuk membubarkan pertempuran yang terjadi diantara pendukung dan penentang Mursi. Namun, mereka menyatakan demonstrasi di wilayah lain berlangsung dengan aman.

Mesir terus dilanda krisis setelah pihak tentera menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu. Ribuan pendukung Mursi berdemo Jumat ini di Kaherah, kota kedua terbesar setelah Iskandariah serta di kota pantai Sungai Nil.

Sumber yang dikutip Al-Jazeera menyatakan, pertempuran terjadi di Iskandariah dan membuatkan pasukan keselamatan menembak gas pemedih air mata kepada kerumumanan massa. Pertempuran yang lebih kecil pecah di Delta Nil dan Damietta di mana seorang pendukung Mursi dilaporkan tercedera.

Sementara itu, islampos.com melaporkan beberapa demonstran Mesir dikhuatiri terbunuh di dalam pemtempuran yang berlaku diantara pasukan keselamatan dan pendukung Mursi.

Seorang demonstran remaja, Belal Ali Jaber, terbunuh dan beberapa lainnya mengalami kecederaan setelah pasukan keselamatan menggunakan peluru hdup untuk membubarkan kerumunan massa di Bandar Nasr Kaherah, sementara beberapa yang lain juga dikhuatirkan terbunuh di dalam pertempuran di Iskandariah.

Pertempuran berlaku setelah pasukan polis cuba menghalang pendukung Mursi dari menghampiri Bulatan Tahrir.

Hal ini terjadi setelah kerumunan besar demonstran pro Mursi berkumpul di ibukota Kaherah dan kota terbesar kedua di negara itu Iskandariah setelah Solat Jumaat untuk memperbaharui panggilan untuk mengembalikan Mursi.

Beberapa pertempuran berdarah dan pertempuran sengit dilaporkan terjadi di Iskandarian dan daerah-daerah yang berdekatan.

Pemerintah yang didukung tentera telah meningkatkan kawalan di sekitar ibukota dan mengugut para demonstran bahawa mereka akan melakukan tindakan keras jika mereka menyerang pejabat-pejabat kerajaan.

Pada 14 Ogos lalu, pasukan keselamatan n Mesir membubarkan dua kemah pendemo pendukung Mursi di Kaherah dan mengorbankan ratusan orang awam. Setelah pertumpahan darah, pemerintah mengumumkan status darurat negara. Ratusan pendukung Ikhwanul Muslimin termasuk Mursi ditangkap.

Zahid Hamidi Perlu Digantung Tugas, Disiasat Ikut Kanun Keseksaan

Posted: 11 Oct 2013 10:01 PM PDT

Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa pengakuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kebenaran kepada pihak polis melepaskan tembakan terlebih dahulu kepada penjenayah hanya menggalakkan polis terlibat dalam jenayah.

Beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid dalam satu temubual televisyen semalam membuktikan beliau mengaku lima mereka yang ditembak polis di Pulau Pinang pada Ogos lalu adalah satu perbuatan sengaja dan tidak memberikan amaran.

"Semasa ditemubual, Ahmad Zahid berkata polis percaya bahawa lima lelaki yang ditembak itu mempunyai senjata lalu bertindak menembak mati suspek. Tindakan polis itu adalah satu pembunuhan kejam dan dirancang.

"Polis hanya boleh melepaskan tembakan jika nyawa mereka atau orang ramai terancam. Kenyataan Menteri Dalam Negeri berbeza dengan apa disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu polis menerima tembakan terlebih dahulu lalu menembak mati kelima-lima suspek.

"Siapakah yang bercakap benar? Nampaknya pihak berkuasa terperangkap dengan penipuan dan kenyataan mereka yang bercanggah. Ahmad Zahid, Khalid dan kerajaan menjadikan nyawa dalam negara ini terlalu murah dan menggalakkan perlakuan jenayah di kalangan anggota polis," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, pihaknya menggesa siasatan dijalankan terhadap Ahmad Zahid dan Khalid kerana menyembunyikan kebenaran tentang pembunuhan tersebut.

Katanya, siasatan mesti dilakukan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun selain boleh disiasat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan pembunuhan.

"Kes tembakan lima pemuda di Pulau Pinang mesti diklasifikasikan sebagai pembunuhan dan kes harus dibuka semula.

"Dengan pengakuan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menggantung tugas Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri supaya siasatan segera dapat dijalankan," katanya.

Semasa diwawancara semalam, Ahmad Zahid mempertahankan tindakan tegasnya sebagai Menteri Dalam Negeri walaupun menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, masalah jenayah perlu ditangani kerana kejadian tembakan berlaku setiap hari dan pembunuhan hampir setiap minggu.

Katanya, jika tidak ditangani segera, bukan orang ramai sahaja yang akan mempersoalkan kredibilitinya, malah ketika di Padang Mahsyar, Allah akan mempersoalkan tanggungjawabnya.

Ahmad Zahid berkata, tindakan tegas beliau adalah untuk menjaga majoriti hak asasi rakyat Malaysia termasuk menjaga keselamatan nyawa polis dan pihak yang menjadi mangsa bunuh, rompak dan ragut. -TMI


'Shoot-first policy equals murder'


The police's "shoot first" policy could create the perception among the public that the police are a trigger-happy lot, PKR vice president N Surendran said here today.

He said this commenting on Home Minister Zahid Hamidi's statement, in an interview recently, that the police shot and killed the five in an apartment in Penang two months ago because the suspects were armed and considered dangerous.

The five — J Gobinath, R Ramesh, N Rakan, M Suresh and M Gobinath — were killed on the spot. Families of the five have since said that they were asleep when the police barged into the apartment unit in the wee hours of the morning and shot them dead..

Surendran opined that the police could have shot them in the leg instead of shooting them dead.

The lawyer turned politician also wanted clarification as Zahid's version of the events contradicted Inspector General of Police Khalid Abu Bakar's claim that the cops were shot at and returned fire killing the five suspects.

"Which version is true. It appears that the authorities are now caught in the web of their own lies and contradictions." said Surendran.

He demanded an explanation from Zahid, the IGP and the government on the chain of events.

Surendran said in light of Zahid's latest comments, both Zahid and the IGP must be investigated for 'hiding the truth about the murders.'
-FMT


[MENGHARUKAN] Pemandu Itu Seorang Ayah Kepada Penghafal Al-Quran

Posted: 11 Oct 2013 06:31 PM PDT

Adakalanya, tidaklah elok bila kita memandang dan menilai sesuatu secara mata kasar saja.

Perkara inilah yang berhasil aku renung-renungkan dari seorang pemandu kenderaan awam laluan olok-Padang yang kutumpangi beberapa ketika yang lalu.

Kala itu, Sabtu pagi 21 September 2013, aku bertolak dari rumah ke Padang dengan menumpang sebuah kenderaan pelancong, menuju perpustakaan kampus Pasca Sarjana IAIN Imam Bonjol Padang. Tujuanku ketika itu adalah untuk melakukan penyelidikan pustaka dan mengumpulkan data-data penunjang untuk menyiapkan thesis yang sedang aku garap di International Islamic University Malaysia (IIUM).

Kerana thesis yang sedang aku susun tersebut bertema ke-Indonesia-an, maka tentu referensi dan rujukannya lebih banyak berada di Indonesia. Sehingga keberadaanku di Indonesia pada musim cuti tahun ini betul-betul aku manfaatkan demi penulisan thesis.

Dan di pagi itu, setelah beberapa ketika menunggu di Simpang Empat Talang, akhirnya kenderaan yang aku tunggu-tunggu pun tiba. Masih sepi dan kosong. Hanya kelihatan seorang penumpang lelaki separuh umur yang duduk di samping si pemandunya. Sepertinya kenderaan ini sengaja tidak menunggu penumpang di sekitar kota Solok dan lebih memilih mencari di sepanjang jalan, fikirku saat itu. Akhirnya, aku dan tiga orang ibu yang membawa anak mereka masing-masing naik ke dalam kenderaan tersebut.

Sejatinya, kenderaan di daerahku adalah kenderaan-kenderaan bermuatan tujuh orang penumpang semacam kenderaan Avanza dan sejenisnya. Jika dilihat sekilas, nyaris tidak tampak perbezaan besar antara kenderaan-kenderaan peribadi dengan kenderaan yang kutumpangi ini, tidak memakai apa-apa tanda sebagai kenderaan awam. Hanya saja, ketika kenderaan tersebut melewati orang yang terlihat seperti akan pergi ke Padang, maka biasanya si pemandu akan menghentikan kenderaannya dan menyapa, "Padang, Uda? Padang, Uni?" Maka, saat itulah baru diketahui bahawa kenderaan tersebut adalah kenderaan awam. Sederhana sekali.

Sejurus kemudian, si pemandu mulai melarikan kenderaan tersebut secara perlahan, barangkali kerana penumpangnya belum penuh. Aku melemparkan pandangan ke arah di kerusi belakang. Masih ada dua kerusi yang belum terisi. Aku yang saat itu duduk persis di belakang si pemandu lalu memutuskan untuk membaca sebuah buku yang kubawa dalam tas. Perjalanan ke lokasi yang aku tuju memakan waktu lebih kurang satu setengah jam.

Di sela-sela membaca, aku mendengar si pemandu itu berbincang-bincang ringan dengan laki-laki separuh umur yang duduk di sampingnya tadi. Sesekali aku melemparkan pandangan ke luar jendela, untuk memastikan perjalanan sudah sampai di mana. Dari hasil laporan mata, aku menangkap bahwa si pemandu itu layaknya pemandu-pemandu angkutan publik lainnya yang selama ini aku lihat dan temui. Biasa saja. Ia berpenampilan sederhana dengan raut wajah yang menyiratkan sosok pekerja keras.

Memasuki gerbang kota Padang, ketiga ibu tadi turun. Mereka rupanya menuju sebuah gelanggang olahraga yang berada di kompleks Perusahaan Semen Indarung Padang. Kenderaan tumpanganku itu kemudian melanjutkan perjalanannya. Tiba-tiba aku teringat, bahawa hari Rabu depan aku akan bertolak ke Kuala Lumpur. Tentu saja aku harus memesan kenderaan yang akan menghantarkanku ke Bandar Antarabangsa Minangkabau. Pasalnya, jika aku pergi ke bandar dengan angkutan umum, maka setidak-tidaknya aku harus berganti tiga kali kendaraan. Tentu saja hal demikian sangat menjenuhkan dan tidak selesa. Maka, kebetulan saat itu aku sedang berada di dalam kenderaan travel, terus saja aku bertanya kepada pemandu itu dari belakang kerusinya:

"Uda, hari Rabu depan boleh tak hantarkan saya ke bandar?"

"Wah, sayang sekali tak dapat, Dik. Hari Rabu itu kenderaan ini sudah ada yang menyewa."

"Oh gitu. Ya tak apalah."

Ia lalu bertanya, "Adik sebenarnya mahu ke mana?"

"Saya mau ke Malaysia," jawabku.

"Jadi pekerja asing di sana?" Laki-laki separuh baya di samping pemandu tersebut ikut bertanya.

"Oh, bukan, Saya masih belajar di sana."

"Begini saja," potong pemandu tadi. "Saya berikan saja nombor handphone kawan saya. Dia juga seorang pemandu travel seperti saya. Nanti adik hubungi saja dia."

"Oh. Baiklah," ujarku.

Ia lalu menghubungi rakannya tersebut, dan mengkhabarkan bahawa ada seorang penumpang yang memerlukan kenderaan ke bandar hari Rabu depan. Setelah dikonfirmasi, pemandu travel itu lalu menghulurkan kepadaku telefon bimbitnya yang menampilkan nobmor telefon kawannya tersebut. Aku lalu menyimpan nombor tersebut di handphone-ku.

"Sudah semester berapa?" Laki-laki separuh umut itu kembali bertanya.

"Semester empat. Saya sedang ambil S-2 di sana, di IIUM."

"Ooohhh."

"Dulu S-1-nya di mana?"

"Saya dulu S-1 di Mesir, di Universiti Al-Azhar Mesir," terangku sambil tersenyum.

"Ooohh. Bagus."

Pemandu travel itu lalu ikut menimpali. Ia yang dari tadi hanya diam dan fokus mengemudi sepertinya tertarik dengan topik pembicaraanku dengan lelaki separuh umur itu.

"Wah, adik graduan Universiti Al-Azhar ya? Anak saya juga bercita-cita ingin kuliah ke sana nanti," ujarnya sambil tetap fokus memandu.

"Oh ya? Sekarang anaknya sekolah di mana?," tanyaku ingin tahu.

"Sekarang dia baru kelas lima SD. Dia bersekolah di sebuah SDIT di Dharmasraya. Sekarang sudah hafal 3 juz Al-Quran dik," ungkapnya bangga.

Laki-laki yang kukira-kira sudah berumur empat puluhan tahun itu kemudian menuturkan, bahawa puteranya itu bernama Shiddiq. Selaku orangtua, tak terperi bahagia jiwanya memiliki anak seperti dia. Di sekolahnya dia selalu juara kelas. Di rumah dia rajin menghafal Al-Quran. Ia sama sekali tak menyangka, dirinya yang selama ini jauh dari agama ternyata dianugerahi anak yang soleh dan dekat dengan Al-Quran.

Bahkan, baru-baru ini, anaknya tersebut memenangi pertandingan menghafal Juz 'Amma tingkat SD se-Dharmasraya. Ia mampu mengalahkan rakan-rakannya dari sekolah-sekolah negeri. Hebatnya lagi, tuturnya, putera kebanggaannya itu kini sudah bolrh pula membetulkan bacaan Al-Quran siapapun yang menurutnya tidak tepat secara tajwid.

Sebelum tamat SD nanti, ia sudah mensasarkan hafal 5 juz Al-Quran.

Terang saja, aku terkagum-kagum menyimak penuturan sosok pemandu yang ternyata adalah ayah dari calon hafizh Al-Quran itu. Aku kemudian berkomentar, "Betapa beruntungnya abang memiliki anak seperti dia. Memiliki anak seperti Shiddiq tentu adalah impian setiap orangtua, apalagi di zaman seperti sekarang."

"Betul, dik. Bahkan saya sendiri, mahu dibayar berapapun, saya yakin tidak akan mampu menghafal Al-Quran. Sementara dia, alhamdulillah boleh menghafal Al-Quran di usianya yang masih awal," tambahnya lagi.

"Sejak melihat anugerah Allah pada anak saya itu, saya merenungkan diri sendiri, biarlah saya saja yang gagal hidup tidak berpendidikan. Ini juga kerana kelalaian saya pada masa muda dulu. Biarlah saya saja sebagai ayahnya yang hidup membanting tulang seperti ini, asalkan ia hidup dengan ilmu, dengan pendidikan. Prestasi dan kesolehannya telah menjadi pengubat jerih dan penguap penat bagi saya sebagai orangtuanya. Kelak, demi masa depannya, apapun akan saya lakukan, akan saya berhutang ke sana ke mari kalau perlu. Doakan ya, dik. Semoga anak saya itu kelak dapat mencapai cita-citanya untuk belajar di Mesir, ke Universiti Al-Azhar," katanya.

Aku yang duduk di belakangnya tidak dapat menahan rasa terharu selepas mendengar kata-kata pemandu tersebut. Tanpa sadar, kedua mataku pun turut bergenang dengan airmata, dadaku bergemuruh. Entah kenapa, rasanya saat itulah aku boleh merasakan betul bagaimana psikologi menjadi orangtua dan seperti apa kasih sayang orangtua terhadap anaknya. Seketika aku jadi teringat dengan segala pengorbanan ayah dan ibuku sendiri terhadapku, semenjak aku bersekolah hingga kini aku melanjutkan S-2 di Malaysia. Apa yang tidak ada dapat diadakan, bahkan berhutang ke sana ke mari dulu bila perlu. Ya, persis seperti apa yang diungkapkan oleh pemandu itu. Semua jerih payah ayah dan ibu selama ini berkelibat di benakku. Ia kala itu membawaku pada satu titik sadar. Bahwa aku sekali-kali tidak boleh menghampakan harapan kedua orangtuaku. Aku tertegun lama dibuatnya. Lama sekali.

Benar, pemandu yang sepintas hanya biasa-biasa itu rupa-rupanya seorang ayah yang sangat luar biasa. Ia seorang ayah dari calon hafizh Al-Quran. Ia mungkin memang tidak memiliki pengetahuan agama yang memadai, tapi ia ingin sekali memiliki anak yang soleh. Anak yang akan menjadi penyejuk jiwa, pengubat jerih, dan penguap lelahnya hidup. Anak yang kelak tak akan putus-putus mengirimkan pundi-pundi amal dan bait-bait doa bagi kedua orangtuanya, sekalipun mereka telah berada dalam liang lahat.

Jemmy Hendiko/Islamedia

[VIDEO] Kerajaan Perlu Dedah Kandungan TPPA Untuk Rakyat Menilai

Posted: 11 Oct 2013 06:12 AM PDT

PAS mengesa agar kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) agar ia dapat diteliti oleh rakyat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berucap pada himpunan bantah TPPA di hadapan Masjid Al-Syakirin, KLCC hari ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius dengan desakan rakyat agar menolak TPPA.

"Kita berada di sini sebagai mewakili rakyat Malaysia untuk menentang perjanjian TPPA dan seterusnya menentang pelaksanaannya di negara ini.

"Kita gesa agar kerajaan di bawah kepimpinan Najib membuat pendedahan kesemua perjanjian dan ini penting untuk rakyat teliti serta mengetahui apa kandungan mahupun muslihat disebaliknya," ucap beliau.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila pimpinan Umno terus berdiam diri dalam soal TPPA walaupun ia secara langsung dilihat mengugat ekonomi negara.

"Saya tidak tahu sama ada pemimpin Umno ini sedar atau tidak, mahupun takut untuk bersuara sehinggakan tidak ada sepatah pun keluar dari mulut mereka bercakap tentang TPPA.

"Umno bercakap soal maruah negara, ekonomi tetapi dalam soal ini mereka membisu tanpa sebarang desakan walaupun untuk mengetahui isi kandungan perjanjian," jelas beliau

Tambah beliau lagi, pimpinan Umno perlu mengambil ruang sempena dengan perhimpunan agung mereka nanti untuk mengesa presiden mereka membatalkan hasrat untuk mengikut serta dalam pelaksanaan TPPA.

Salahuddin turut meminta kerajaan menyediakan satu kertas putih mengenai perjanjian serta dibahaskan segala apa kandungan di dalamnya.

"Kita nak lihat kertas putih mengenai perjanjian TPPA, kita nak tengok segala kelemahan yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

"Ini hak yang perlu rakyat ketahui, apa jua kelemahan mahupun muslihat sulit dalam perjanjian tersebut kita ingin teliti serta bahaskan," sambung beliau.

Salahuddin juga memberitahu isu TPPA bukannya isu satu pihak sahaja tetapi melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia, dan perkara ini perlu ditentang habis-habisan agar kedaulatan serta ekonomi negara terjamin.

Sementara itu, Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakob meminta agar Najib meninggalkan segera meja rundingan TPPA dan menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap Amerika Syarikat untuk menolak terus pelaksanaan tersebut.

Himpunan yang dianjur oleh Badan Bertindak Bantah TPP (Bantah) hari ini bermula di hadapan Masjid Al-Syakirin selepas solat Jumaat sebelum berarak dan berhimpun di hadapan KLCC.

Himpunan aman itu telah disertai hampir 700 orang dari pelbagai latar belakang termasuk wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga parti-parti politik. -HD


Tiada ulasan: