. |
- Suhaizan akan cabar Nasarudin untuk rebut Ketua Pemuda Pas
- Surendran perlu sahut ajakan Ketua Polis
- Khairy, Sharizat dijangka akan menang mudah
Suhaizan akan cabar Nasarudin untuk rebut Ketua Pemuda Pas Posted: 12 Oct 2013 02:16 AM PDT MAKLUMAT PETANG
Sebelum ini saya telah mencatatkan menerusi blog ini seorang Exco Pas akan mencabar kedudukan Nasaruddin sebagai ketua dewan Pemuda Pas. Keputusan mengumumkan Suhaizan itu dibuat dalam mesyuarat pertama kepimpinan Dewan Pemuda Pas kawasan Batu Pahat yang diadakan 23 September lalu. "Kami telah sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincang secara masak termasuk nama tokoht-tokoh pemimpin pemuda Pas yang lain. Kami berpandangan Sihaizan juga merupakan ketua Pemuda Pas Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda Pas ke pentas nasional dalam memperjuangkan isu yang timbul hari ini," demikian kenyataan Ketua Pemuda Pas Batu Pahat, Mohd Salleh Tamjis dipetik. Perkembangan menjadikan kedudukan ahli Parlimen Termerloh Nasaruddin Hasan sebagai ketua pemuda akan dicabar. Kemungkinan sehubungan dengan itu kedudukan Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz sebagai timbalan ketua juga akan turut dicabar. Sebelum ini terdengar desas desus naib ketua dewan Pemuda Pas Pusat dikatakan akan mencabar Abduh. Bagaimana pun sehingga kini Suhaizan belum mengesahkan sama ada beliau akan meneruskan hasrat berkenaan atau tidak. Dalam perkembangan lain di Pasir Mas hari ini perwakilan persidangan Puteri Umno bahagian itu telah mendapat ketua baru apabila seorang guru Wan Harinawati Wan Daud telah dipilih sebagai ketua. Beliau mendapat 77 orang menewaskan dua calon lain termasuk bekas ketua yang mendapat 55 undi. [wm.kl.5:11 pm 12/10/13] | ||
Surendran perlu sahut ajakan Ketua Polis Posted: 11 Oct 2013 07:53 PM PDT PANDANGAN Adalah tepat tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang mengundang naib presiden PKR, N Surendran untuk sama-sama mengikuti pasukan polis ketika sedang melakukan pembenterasan jenayah. Dengan cara itu Surendran dapat mengetahui akan kesukaran ataupun bagaimana kritikalnya polis dalam berdepan dengan penjenayah. Selepas sama-sama mengikuti operasi seperti itu Surendran boleh buat penilaian sendiri dan memberi tahu kepada rakyat kemudiannya. Di sini kita bukan bermaksud hendak membela polis, tetapi memahami akan perasaan polis yang berada di barisan depan, berdepan dengan penjenayah yang juga memiliki senjata. Walaupun mereka dilengkapi senjata canggih dan merupakan penembak tepat, tetapi mereka juga manusia yang ada perasaan berani dan kecut. Mereka juga bukan sebatang kara tetapi ada anak, isteri dan ibubapa yang perlu dijagai. Tentu mereka juga ada perasaan bimbang dan takut dan rasa keselamatan diri perlu diutamakan dulu. Adalah tidak adil kalau menuduh kesemua pasukan polis tidak cekap, tidak amanah ataupun main-main dengan penjenayah dan usaha membenteraskan jenayah. Bukan tidak boleh mempertikaikan tindakan polis tetapi kena juga memahami benar-benar keadaannya. Tidak dianfikan ada jabatan-jabatan tertentu dan individu tertentu di dalam pasukan polis yang boleh dipertikaikan, tetapi bukan semua. Tindakan dilakukan oleh sesetengah individu awam khasnya politician akhir-akhir ini yang mengkritik PDRM seperti sudah agak melampau dan sudah tidak rasional lagi. Mereka meletakkan persepsi buruk ke atas polis. Semacam mengkritik polis sama tujuan dengan membangkitkan soal ketidaksetiaan DAP kepada negara di mana tujuan agar rakyat mencemuhi DAP. Nah, begitu juga jika diperhatikan kepada gaya mengkritik dan membalun polis ia semacam mahu menjadikan polis sebagai modal politik. Mereka yang mengkritik polis mahu dianggap berani dan hero. Maklumlah polis ada bedil, ada gari tetapi mereka tetap juga berani mengkritik. Jadi mereka adalah hero. Teori itu salah rasanya. Bukan hero sejati kalau mengkritik polis yang dianggap agen pembenteras penjenayah. Hero sebenarnya ialah mereka yang membenteras penjenayah. Lagi pun tidakan ini tidak adil dan sebuah pasukan seperti polis atau tentera tidak boleh dibolot dengan emosi dan nafsu-nasfu politik. Ada kulihanya juga mereka yang sensitif bangat kepada orang yang menegur polis. Tidak dinafikan tindakan rakus polis dalam tindakan-tindakan mereka, umpamanya dalam menyuraikan penunjuk perasaan ianya diluar batas-batas tatakerja polis sendiri. Tetapi ada juga tindakan provokasi berlebihan dari pihak rakyat (pembangkang) sendiri. Pernah terjadi bagaimana seorang ahli parlimen pembangkang sengaja mahu merempuh sekatan polis atau tidak mahu memberi kerjasama dengan polis. Akhirnya dia didakwa dan didapati bersalah dan hampir-hampir hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Begitu juga ada yang bertindak mengigit telinga polis semasa bergelut dengan polis dalam bertindak mempertahankan kebebasan dan hak asasi. Tidak kurang juga yang sengaja menyakiti hati polis dengan melakukan aksi-aksi yang boleh dielakkan. Paling mengejutkan lagi ada suka kalau darah merecik di badan mereka kerana blantan polis. Mereka akan ambil gambar dan tayang dalam facebook. Untuk apa? Mungkin tindakan-tindakan provokasi kepada polis itu kes-kes terpencil. Tetapi ia perlu dilihat kepada kesan keseluruhannya. Implikasi kepada tindakan sebegitu bukan kecil. Disebabkan kebetulan individu yang saya sebut itu adalah anggota kepada sebuah parti menyebabkan orang akan cap tindakan itu atas keizinan parti berkenaan, walhal ia adalah tindakan sendiri. Di sini lama kelamaan orang akan merasakan parti berkenaan kerjanya ialah menentang dan melawan polis. Bukan semua estblishment elok ditentang. Parti yang menyedari keadaan ini harus menasihati ahli-ahli mereka agar tidak melakukan provokasi melampau dengan mencabar polis, memeprtikaikan tindakan-tindakan polis yang dibuat untuk kebaikan bersama terutamanya mengenai jenayah. Hakikat kebaikan polis harus juga diterima, manakala yang ternyata jahat seperti menumbuk tahanan pelu dikecam sampai ke akhirat. Berbalik kepada N Surendran tadi elok kalau beliau menyahut segera ajakan polis itu, saksi sendiri keadaan-keadaan yang cemas dan kritikal dan penuh dramatik dalam sesuatu keadaan sebegitu. Nilai sendiri bagaimana polis bertindak terhadap penjenayah apakah mereka mengikut prosuder (SOP) ataupun tidak. Bila ada apa-apa kejadian misalnya tindakan mengepong penjenayah yang dipercayai ada senjata, panggillah N Surendran dan diharap ahli parlimen itu tidak pula akan memberi alasan. Bukan Surendran saja individu-individu lain yang mempertikaikan tindakan polis konon tidak mengikut SOP juga boleh dipanggil sama. Berikan mereka peluang sejelas-jelasnya. N Surendran tidak akan dapat merasai kecemasan atau melihat peluh dingin mengalir di dahi penembak tepat polis ketika berdepan dengan penjenayah. Memerhati dan berada di lokasi dalam situasi begitu tidak akan sama dengan hanya melihat rakaman video atau cc tv atau pun still foto yang disediakan. Ayuh pergilah...[wm.kl.10:37 am 12/10/13] | ||
Khairy, Sharizat dijangka akan menang mudah Posted: 11 Oct 2013 06:18 AM PDT RAMALAN
Pemilihan kali ini akan menguji sejauh mana keberkesanan sistem pemilihan baru diperkenalkan Umno yang menggantikan sistem kouta. Ia juga akan memberi arah tuju dan indikator sejauh mana politik wang atau rasuah semasa pemilihan dalam parti itu dapat diatasi atau tidak. Jawatan ketua Pemuda menjadi rebutan lima orang calon. Khairy Jamaluddin sebagai penyandang dicabar oleh pemuda yang tidak pun berada dalam barisan exco pemuda. Mereka adalah pemuda-pemuda kecil yang dilihat tidak termasuk dalam cakro politik menteri belia dan sukan itu. Mereka boleh dianggap datang menyergah dari luar umbi kepemudaan Umno. Pemuda yang turun mencabar Khairy ialah, Akhmarsyah Muamar Ubaidah Sanusi, Syed Rusli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abdul Karim Ali. Nama-nama ini selain Akhmarsyah tidak pernah dikenali pun. Akhmarsyah pun dikenali kerana dia kebetulan anak bekas menteri, Sanusi Junid. Meneliti kepada nama-nama itu yang masing-masing belium ada jasa dan track rekod di dalam Pemdua Umno, Khairy dilihat akan menang dengan mudah, kecuali ada konsprirasi peringkat tertinggi? Walaupun empat yang menentang beliau, tetapi perwakilan pemuda sudah dapat menilai sejauh mana keupayaan dan iltizam ketua mereka sebelum ini, Khairy. Khairy mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dapat ditanding oleh para pencabarnya. Aura kepemudaa dibawahnya dirasai walaupun ia tidak memuncak, tetapi ada suntikan 'keberanian intelektual' yang dibuatnya. Kesetiaan Khairy kepada Umno dan bekerja penuh rela dalam keadaan tiada jawatan selama lima tahun menjadikan modal penting buatnya. Ahli pemuda akan menilai ini dan tidak muda menolak retorik atau manifesto dari pencabarnya. Perlantikan beliau sebagai menteri oleh Najib Razak menunjukkan menantu bekas PM itu sudah mendapat kepercayaan Najib. Kalau Najib tidak percaya dan dapat mengesani aset kehebatannya pasti Najib tidak akan membawa masuk Khairy ke dalam kabinet. Saya meramalkan Khairy akan menang besar esok, (kecuali ada konspirasi peringkat tertinggi) manakala tiga dari empat pencabarnya akan hilang wang pertaruhan. Ketua wanita Umno pula, walaupun Sharizat Abdul Jalil yang sebelum ini diheretkan dengan kancah skandal 'lembu gemuk' (NFC) membabitkan suaminya tetapi isu itu tidak menjejaskan kedudukan dan reputasi Sharizat sebagai ketua wanita Umno. Sharizat diramalkan dapat mengatasi dua pencabarnya Maznah Mazlan Exco Pergerakan Wanita dan Raihan Sulaeiman Palastin (foto) seorang ahli biasa Umno dan aktivis berjiwa Islam. Dengan merasakan soal akhlak, moral atau pun rekod lalu tidak begitu diambil peduli oleh ahli Umno, kes yang menimpa Sharizat itu tidak menjadi kudis gatal bagi pergerakan wanita Umno. Banyak pemimpin Umno yang dikaitkan dengan kesalahan moral dan pelbagai skandal sebelum ini tetapi masih mendapat kepercayaan ahli Umno. Rahim Tamby Chik pernah dikaitkan dengan skandal budak sekolah, tetapi beliau masih dipilih sebagai ketua pemuda Umno. Malahan Najib sendiri pernah dihebuhkan dengan skandal berkhalwat dengan artis tetapi masih diberi kepercayaan dan sanjungan hinggakan akhirnya menjadi perdana menteri. Ini menunjukkan Umno tidak mementingkan soal moral dan akhlak, intergriti nombor tujuh dalam Umno. Justeru saya berpendapat Sharizat akan menang besar esok. Berlainan sedikit dengan ketua puteri Umno. Kedua calon Jamilah Hanin Othman dan Ermieyanti Shamsuddin kedua mereka adalah pencabar baru kepada jawatan itu. Mereka merebut tanpa mencabar kedudukan ketua sebelum ini. Perlawanan mereka adalah perlawanan yang sebenarnya. Siapa bakal dipilih sebagai ketua bergantung kepada penampilan kedua calon itu di sepanjang kempen beberapa minggu lalu. Dalam hal ini puteri Umno mempunyai cara dan kriteria tersendiri untuk memilih pemimpin mereka. Kerana ketua sebelum ini dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri mungkin mereka akan melihat perkara itu sebagai asas utama. Lagi pun minda puteri Umno tidak dapat untuk membawa sifat-sifat politik lebih jauh dari soal glomour dan perwatakan cantik. Puteri Umno masih lagi membuat perhitungan kepada alatan solek (kosmetik) siapa yang lebih mahal atau pun perfume siapa lebih harum. Dalam hal ini kelebihan ada kepada Ermieyanti kerana beliau merupakan seorang wakil rakyat. Dan sekiranya Najib masih meneruskan amalan melantik ketua puteri sebagai timbalan, Najib terus boleh berbuat begitu sekiranya Ermieyanti menang kerana dia sudah menjadi ahli parlimen. Status itu memberi gambaran beliau sudah ada wibawa tersendiri. Selamat bersidang kepada perwakilan Umno dan selamat membuat pemilihan semoga pilihan yang dibuat nanti akan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kalau tidak banyak pun sedikit. [wm.kl.9:00 pm 11/10/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan