Rabu, 9 Oktober 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Lelaki Melutut dan Ditampar Kerana Didakwa CURANG

Posted: 09 Oct 2013 05:00 AM PDT


ADEGAN Chui ditampar oleh Cheng sambil diperhatikan seorang lagi wanita yang mengikut lelaki itu pulang.

Gara-gara Curang

[HM] Hong Kong: Seorang wanita China ditahan kerana memaksa teman lelakinya berlutut di jalan raya sebelum menampar muka lelaki itu berulang kali.

Lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Chui itu dituduh bermain kayu tiga apabila membawa pulang seorang wanita lain ke flatnya di Hong Kong.

Selepas teman wanitanya mengheret Chui ke jalan raya dan mula bertindak kasar, jiran tetangga berkumpul dan merakam adegan itu yang kemudian dimuat naik ke YouTube.

Wanita berusia 20 tahun bernama Cheng itu kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kekerasan, manakala mangsa dikejarkan ke hospital.

Kejadian itu berlaku Jumaat lalu di kawasan Kowloon City selepas Chui membawa pulang seorang wanita ke flatnya walaupun dia berpacaran dengan Cheng.

Cheng memaksa Chui berlutut di kaki lima sambil diperhatikan jiran tetangga dan menuduhnya curang. Wanita yang mengikut Chui pulang turut berdiri di sisi mangsa ketika pasangan itu bertengkar.

Bagaimanapun, Chui menegaskan dia tidak mengajak wanita terbabit pulang dan meminta kekasihnya itu mendengar dulu apa yang hendak dikatakannya.

"Dengar dulu apa yang hendak saya katakan sebelum kamu memukul saya," katanya.

Cheng yang berang kemudian mula menampar muka Chui hingga lelaki itu menjerit. "Kamu mempermainkan saya!" jerit Cheng.

Dia juga menggesa wanita yang berdiri di sisinya itu agar menjelaskan perkara yang sebenar. Kejadian itu dirakam seorang jiran yang mendesak supaya Chui memutuskan hubungan dengan Cheng dan tidak puas hati kerana mangsa tidak melawan kembali.

Jiran lain mula campur tangan tetapi dipintas Cheng yang menjerit agar mereka menjaga hal sendiri.

Kebanyakan saksi memihak kepada Chui dan seorang wanita berkata: "Berdirilah cepat, tolak perempuan yang berperangai buruk ini, kamu layak dapatkan wanita lebih baik." Seorang jiran menghubungi polis yang kemudian menahan Cheng.

Jurucakap polis memberitahu akhbar South China Morning Post yang mereka menerima panggilan telefon kira-kira jam 5.10 petang pada 4 Oktober lalu dari Kowloon City.

Selepas video insiden itu dimuat turun, ia berjaya menarik lebih 700,000 pengunjung dalam tempoh kurang dari tiga hari.

Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian menahan Cheng sebelum menghubungi ambulans untuk membawa Chui ke hospital untuk rawatan. - Agensi- 9/10/13






Akibat Diskriminasi, Wanita Lahir Anak Beralaskan Rumput

Posted: 09 Oct 2013 03:30 AM PDT




[HM] Oaxaca (Mexico): Seorang wanita melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Mexico.

Laporan mengenai wanita daripada suku Orang Asli itu mencetuskan kemarahan di media sosial. Foto yang diterbitkan di akhbar dan media sosial menunjukkan Irma Lopez, 28, berlutut sambil menangis di taman bersama seorang bayi yang masih bertali pusat di luar pusat kesihatan awam di Oaxaca.

Kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan rakyat di rangkaian laman media sosial.

Mereka mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang berkualiti dan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu. - Agensi - 9/10/13

PENJELASAN Kedai Makanan yang Mengenakan Caj RM6000 untuk Majlis Mukhriz Mahathir

Posted: 08 Oct 2013 11:17 PM PDT


Sumber FB Adli Muhammad AlHasan

P/s: Kalau berdasarkan laporan akhbar, rata-rata membidas restoran ini termasuklah TM yang terkejut dengan caj yang dikenakan bagi 50 orang. Namun berdasarkan penjelasan di atas, banyak perkara yang tidak dilaporkan oleh media. 

Jika begitu kesnya, mengapa PDNKK tetap mengenakan saman terhadap kedai ini? Jumlah amat besar, iaitu RM175 ribu.

Laporan awal di sini.






[Video] Husam "Tegur" Kerajaan Kelantan

Posted: 08 Oct 2013 11:00 PM PDT


[Bernama] KOTA BHARU - Seorang Adun Pas yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan hari ini membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Datuk Husam Musa (Pas-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaanKelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat diMachang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskanpermohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutansimpan berkenaan.

Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu
mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk
Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekasPengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Husam juga berkata, syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpamembuat sebarang tender.

"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Gurudahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu.

Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.

Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata, jika Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.

Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.

Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH. 

"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH,"
katanya.

Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal
sama sekali, katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu inimenamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh RayaRakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.

"Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya.

Husam yang ditemui di luar dewan selepas itu berkata segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju.

"Kerajaan baharu ini masih jauh lagi dan apa yang saya sebutkan ini bukanlah salah kepimpinan," katanya. - 8/10/13 






Asal Usul Cerita "Predator Malaysia"

Posted: 08 Oct 2013 10:00 PM PDT


PREDATOR RM85,000

[HM] Kuala Lumpur: "Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,".

Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.

Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.

"Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.


DR Jim bersama sut lengkap Predator dan motosikalnya.

"Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam.- 9/10/13




Bertengkar Tepi Jalan, Kereta dan Barang Berharga Disamun Penjenayah

Posted: 08 Oct 2013 09:00 PM PDT


Pasangan Bertengkar Disamun 2 Lelaki

[HM] Kajang: Tindakan sepasang suami isteri bertengkar di tepi lebuh raya berhampiran Taman Impian Ehsan di sini, membawa padah apabila mereka disamun dua lelaki yang kononnya ingin menghulurkan bantuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Ahad lalu, mangsa yang berusia 23 tahun dan isterinya kerugian kira-kira RM5,000 selepas kereta yang dinaiki mereka dilarikan lelaki terbabit bersama dua telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam kejadian itu, suspek pura-pura datang untuk membantu selepas melihat berlaku pertengkaran antara mangsa dan isterinya.

"Sebaik mereka berdiri di sisi mangsa, seorang suspek mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke leher sambil meminta mangsa menyerahkan barangan berharga.

"Seorang lagi suspek memaksa isteri mangsa turun dari kereta yang dinaiki mereka sebelum melarikan kereta itu," katanya.

Katanya, mangsa dan isterinya hanya menurut arahan suspek kerana bimbang dicederakan.- 9/10/13


P/s: Bertekak punya fasal kereta dan barang berharga dikebas penyamun. Puas hati? 


Marah Suami, Culik & Rogol Isteri

Posted: 08 Oct 2013 07:43 PM PDT

Sekadar hiasan.

Marah Suami Noda Isteri

[HM] Kuala Lumpur: Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.

Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.

Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.

"Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

"Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an," katanya, semalam. 

Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.

Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.

"Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu. 

"Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa," katanya.

Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. 

Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.

"Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian," katanya.

Harian Metro difahamkan, kes terbabit dirujuk kepada polis daerah Kajang untuk siasatan lanjut memandangkan mangsa dipercayai dirogol di lokasi dalam daerah itu.- 9/10/13



Kerajaan Turki MANSUH Larangan Memakai TUDUNG

Posted: 08 Oct 2013 05:28 PM PDT


[BH] Ankara: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.

Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan.

"Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter.

Bagaimanapun, golongan sekular masih percaya pemansuhan itu adalah bukti kerajaan masih meneruskan agenda agama.

Peraturan itu tidak membabitkan badan kehakiman dan tentera disiarkan oleh Pekeliling Rasmi dan berkuatkuasa serta- merta.

Cara kikis sekular

Perdebatan mengenai pemakaian tudung adalah punca utama ketegangan antara golongan agama dan sekular serta menjadi isu di kalangan penduduk.

Pengkritik terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan melihat Parti AK pimpinannya sebagai cuba mengikis asas sekular republik itu selepas era pemerintahan Uthmaniyah oleh Mustafa Kemal Ataturk pada 1923.

Bagi penyokong Erdogan, beliau hanya memulihkan kesimbangan dan kebebasan meluahkan soal agama kepada penduduk.

Pemansuhan larangan itu adalah berasaskan kepada perintah Kabinet pada 1925 apabila Ataturk memperkenal beberapa pembaharuan bertujuan menamatkan cara berpakaian menunjukkan simbol agama di kalangan pekerja kerajaan.

Ia disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha pendemokrasian oleh Erdogan sejak minggu lalu. - REUTERS - 9/10/13



Tiada ulasan: