Selasa, 8 Oktober 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isteri Mengaku Kerap Lakukan Hubungan Seks dengan Majikan

Posted: 08 Oct 2013 05:00 AM PDT

WANITA dan lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Putatan untuk siasatan lanjut.

SMS 'Sayang' Singkap Curang

[HM] Putatan: Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan 'kekasih gelap' yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin. 

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja. 

"Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan 'sayang' dihantar seorang lelaki.

"Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan," katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan. 

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit. 

"Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan," katanya. 

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan. 

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan. 

"Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. 

"Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram," katanya. 

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.- 8/10/13



Cerai Isteri Kerana Cium Kuda

Posted: 08 Oct 2013 04:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

Lelaki Cemburu Cerai Isteri Cium Kuda

[HM] Riyadh: Seorang lelaki Arab menceraikan isterinya kerana cemburu wanita itu mencium kuda menerusi gambar dalam laman sosial.

Lelaki itu menceraikan isterinya selepas melihat gambar wanita itu mencium haiwan itu di ladang kuda di Riyadh. 

Wanita itu yang enggan dikenali memberitahu tidak menyesal dengan insiden terbabit. 

Menurutnya, lelaki itu terus menceraikannya selepas melihat gambar yang dihantarnya ke laman sosial.

"Saya tidak sedih dengan perceraian ini kerana lelaki itu tidak dapat membezakan antara haiwan dan manusia," katanya kepada akhbar Sada.

Wanita terbabit bangga berkongsi gambar itu menerusi laman sosial kerana menyayangi haiwan negara itu. - Agensi- 8/10/13


P/s: Gila teruknya cemburu!!!


Alasan Pencabul Raba Punggung Kakitangan Klinik....

Posted: 08 Oct 2013 03:00 AM PDT



Pegang Punggung Redakan Sakit

[HM] Segamat: Seorang lelaki berusia 40-an yang menerima rawatan di sebuah klinik di Labis, di sini, akibat bengkak di telapak tangan kanan sempat mencabul seorang kakitangan wanita pusat perubatan berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit mendakwa tangannya itu amat sakit dan kesakitan berkenaan hanya mampu diredakan dengan memegang objek lembut saja. 

Ketika mendedahkan perkara itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Murni, 29, berkata, dia lalu di sebelah lelaki terbabit sebelum terasa ada sesuatu di punggungnya. 

"Lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan daripada doktor ketika saya berjalan di sebelahnya. Pada mulanya, saya menyangka seluar jean dipakai terkena pada bucu meja doktor.

"Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia perbuatan lelaki itu yang meletakkan tangannya pada punggung kiri saya.

"Saya segera menepis tangannya dan terus memarahi lelaki terbabit. Doktor yang ketika itu sedang menulis laporan berkaitan penyakit lelaki berkenaan turut memarahinya," katanya, semalam. 

Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya. 

Murni berkata, lelaki terbabit juga tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dimarahi. 

"Lelaki terbabit kemudiannya berlari keluar dari bilik rawatan. Ini kali pertama pesakit melakukan perkara kurang sopan terhadap kakitangan klinik ini," katanya. 

Murni kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada hari kejadian. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian. 

"Suspek masih dikesan dan dia dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian," katanya.- 8/10/13



Kanak-kanak Cacat Otak Diliwat dan Didera secara Seksual di Pusat Jagaan

Posted: 08 Oct 2013 02:35 AM PDT


Apa dosa anak saya?

[HM] Seremban: "Apa salah dan dosa anak kembar saya yang kurang upaya ini sehingga mereka diliwat," kata seorang ibu yang tidak dapat menahan sebak apabila mendakwa anak sulungnya yang juga pasangan kembar berusia tujuh tahun dan mengalami kecacatan otak diliwat penghuni pusat jagaan di Temiang, di sini, pada 29 September lalu.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Intan, 40-an, dari Sandakan, Sabah berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi suaminya, Rabu lalu.

Intan yang membuat laporan di Balai Polis Campbell, di sini, pada jam 12 malam, Khamis lalu berkata, dia tidak menyangka episod hitam itu berulang kepada anak keduanya.

"Suami saya mengetahui kejadian ini apabila diberitahu anak bongsu kami yang berusia enam tahun dia nampak abangnya diikat dan ditampar pada waktu malam sebelum diliwat seorang penghuni pusat jagaan itu.

"Sekiranya dakwaan itu benar, saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan," katanya ketika ditemui menemani anaknya yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.

Dia yang kini bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor berkata, kejadian itu menyedihkannya kerana pada 16 April lalu, adik kembar mangsa diliwat seorang penghuni di pusat jagaan sama.

Harian Metro pada 17 April lalu melaporkan, dalam kejadian itu, mangsa yang lumpuh kedua-dua kaki bukan saja diliwat seorang remaja, malah duburnya turut dijolok dawai besi.

Menurut laporan itu, Intan menghantar tiga anak ke pusat jagaan terbabit pada awal tahun ini selepas dia sekeluarga dihalau mentua.

Katanya, pada awalnya anak kembarnya di tempatkan di pusat jagaan di Temiang manakala anak bongsu di sebuah pusat di Kuala Kangsar, Perak.

"Selepas kejadian anak kedua diliwat, Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapatkan perintah mahkamah bagi hak jagaan sementara terhadap ketiga-tiga anak saya dan mereka ditempatkan di pusat jagaan di Temiang hingga kini.

"Saya tidak mampu menjaga anak kerana pendapatan tidak seberapa manakala suami pula baru bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas keluar dari pusat pemulihan, Julai lalu," katanya.

Intan berkata, pegawai pusat jagaan mengarahkan suaminya mengambil semula ketiga-tiga anak mereka.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan berkata, siasatan masih dijalankan.-8/10/13


Suspek "Perogol Gila Seks" Akhirnya Didakwa

Posted: 08 Oct 2013 12:57 AM PDT


[HM] IPOH: Seorang bekas mekanik didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini atas lima tuduhan jenayah seksual terhadap empat wanita di sekitar Batu Gajah dan Kampar antara 11 hingga 28 September lalu.

Malek Ridzuan Isroll, 27, mengaku tidak bersalah terhadap satu tuduhan merogol, satu tuduhan meliwat, satu tuduhan cuba meliwat serta dua tuduhan cuba merogol. 

Mahkamah turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nora Sharif dan Nurul Hafizah Kamaludin supaya tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh berikutan tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran serta dianggap perogol bersiri kerana jenayah dilakukannya. 

Hakim Noor Hayati Mat dan Madihah Harullah menetapkan dua tuduhan kes cubaan merogol dan meliwat pada 15 November manakala Hakim Rushan Lutfi Mohamed menetapkan kes tuduhan merogol dan cubaan meliwat disebut semula pada 12 November.- 8/10/13

Berita awal di sini.


TEKUN Hanya untuk Ahli UMNO? Dananya Duit Siapa?

Posted: 07 Oct 2013 11:00 PM PDT

Kata CEO TEKUN, dana TEKUN hanya untuk ahli UMNO. Katanya lagi, TEKUN juga memberikan pertimbangan kepada bumiputera yang lain jika layak, namun kepentingan hanya untuk ahli UMNO.


Baca di sini.


Bagaimana CEO tersebut boleh berkata begitu sedangkan TEKUN di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, iaitu sebuah kementerian di bawah Kerajaan Pusat bukannya di bawah UMNO? Sudah tentu dana TEKUN bersumberkan dana awam bukannya dana UMNO.


Berdasarkan berita di bawah, jelas dana TEKUN bersumberkan dana kerajaan bukannya dana UMNO.

Baca di sini.



Baca di sini.


Jadi, kalau tidak bermaruah sekalipun apabila mendakwa duit TEKUN itu hanya untuk orang UMNO, tolonglah ada rasa malu sedikit kerana sudah terang lagi bersuluh dana awam turut digunakan untuk menjanakan modal pusingan TEKUN yang dimonopoli oleh ahli UMNO. -DCM












Remaja Bergelumang Noda Sejak Berusia 14 Tahun

Posted: 07 Oct 2013 08:29 PM PDT


[SH] BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap pelajaran.

Sinar Harian berkesempatan menemui sorang remaja perempuan, berusia 17 tahun kira-kira jam 3 pagi yang berpelesiran di sekitar Pekan Kulim dan terlibat dalam kegiatan pelacuran bawah umur sejak tiga tahun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Jaja berkata, dia terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu seawal usia 14 tahun.

Kisah hitamnya bermula apabila dia bercinta dengan seorang pelajar bernama Jo, 17, (bukan nama sebenar) di sekolah sama.

Suatu hari, Jo telah mengajak Jaja keluar bersamanya dengan menaiki sebuah motosikal dan kemudian membawa Jaja ke sebuah pondok dalam hutan.

Apabila tiba di sana, Jo telah menyatakan hasrat melakukan hubungan seks bersamanya namun ditolaknya.

Jo kemudiannya berang dan mengugut akan meninggalkan Jaja berseorangan di pondok itu jika enggan memenuhi kehendaknya.

Memandangkan hari sudah mula gelap dan Jaja takut dengan keadaan hutan di sekelilingnya, dia terpaksa mengikut kehendak Jo.

Setelah dirogol, Jaja kemudiannya dihantar pulang ke rumah.


Dikurung dalam bilik

"Selepas kejadian itu, saya tidak lagi mahu menemui Jo dan berkenalan dengan seorang lelaki lain bernama Lan. Saya tidak tahu apakah pekerjaan dilakukannya, bagaimanapun dia sering membawa saya keluar makan.

"Hubungan saya dengannya baik, namun saya tidak tahu rancangan jahat yang disusun olehnya terhadap saya," katanya.

Pada suatu hari, Jaja telah dibawa teman lelakinya ke sebuah bilik di sebuah bangunan tinggal.

Jaja kemudiannya dikurung selama dua hari tanpa diberi makanan.

Dia sekali dirogol tujuh lelaki yang terdiri daripada rakan kekasih barunya itu.

"Selama dua hari dikurung, mereka tak bagi saya makan. Dalam bilik itu tidak ada bilik air dan saya tidur beralaskan surat khabar sahaja.

"Setiap hari, saya dikehendaki melayani tujuh lelaki sebanyak tiga hingga empat kali sehari sekiranya tidak mahu dicederakan," katanya.

Pada hari kedua, Jaja berkata, dia sudah tidak tahan dengan perlakuan semua lelaki itu terhadapnya dan meminta dilepaskan, bagaimanapun mereka enggan berbuat demikian sebaliknya terus memaksa melakukan hubungan bersama mereka.

"Salah seorang rakan Lan bersetuju melarikan saya, tetapi harus tinggal di rumahnya. Saya bersetuju dan berjaya melarikan diri dari bilik itu," katanya.


Terlibat dalam pelacuran

Menurut Jaja, dia tinggal bersama lelaki yang melarikannya itu selama seminggu dan hidup seperti pasangan sudah berkahwin.

Apabila ketiadaan wang, lelaki itu akan mengarahkannya melayani rakan lain.

Jaja sekali lagi terperangkap apabila mendapati kekasih barunya itu merupakan seorang pengedar dadah.

Dia mula takut untuk terus tinggal bersama kekasihnya itu kerana bimbang rumah mereka diserbu polis.

Jaja kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal bersama seorang ibu tunggal di sebuah taman perumahan di Kulim.

Di sinilah Jaja mula terlibat dalam kegiatan pelacuran.


Bayi dikandung akan dijual

"Pada usia muda, siapalah yang hendak mengambil saya bekerja? Ketika itu saya masih bersekolah tetapi sering ponteng dan jarang balik ke rumah mak. Saya tinggal di luar kerana mahu bebas. Saya akhirnya tinggal bersama seorang janda.

"Sepanjang bersamanya, dia sering menyatakan kerja yang paling senang untuk mendapatkan wang adalah dengan 'menjual badan'.

Katanya, saya tidak harus melakukan setiap hari sebaliknya melakukan kerja itu sekiranya ketiadaan wang," katanya.

Terpedaya dengan pujukan ibu tunggal itu, Jaja tidak lagi kisah sekiranya diarahkan untuk melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun.

Menurutnya, masih ramai kalangan pelajar perempuan bawah umur terlibat dalam kegiatan pelacuran ini.

Katanya, mereka akan melakukan kegiatan tidak bermoral itu pada hari tidak bersekolah.

Pada hari sekolah, ada pelanggan yang sanggup melakukan hubungan seks dengan pelajar yang masih memakai uniform sekolah.

Jaja berkata, setiap pelanggan hanya membayar RM50 untuk mendapatkan perkhidmatan seks manakala RM100 sekiranya mahu mereka bersama pelanggan selama sehari dan kos bilik tidur harus dibayar pelanggan. 

Katanya, sehingga kini, dua dari enam pelajar bawah umur terlibat sedang hamil antara dua hingga empat bulan.

Bagaimanapun, ini bukanlah satu masalah besar bagi mereka kerana bayi yang dikandung itu akan dijual kepada keluarga yang berkehendakkan anak dengan harga RM4,000 hingga RM5,000.


Perkara biasa ditahan berkhalwat

Menurut Jaja, kegiatan pelacuran yang melibatkan pelajar perempuan ini sukar dikesan kerana tidak dilakukan di premis atau hotel tertentu.

Orang tengah akan mengarahkan remaja bawah umur terlibat tunggu di lokasi dikehendaki sebelum dibawa pelanggan ke tempat lain.

"Ada yang menyatakan kegiatan pelacuran bawah umur ini berlaku di Kulim adalah tidak benar. Kami tinggal di Kulim tetapi akan melakukan aktiviti di hotel atau rumah tumpangan di luar kawasan Kulim.

"Dengan cara ini, kegiatan kami ini tidak mudah dikesan pihak berkuasa. Ditahan jabatan agama kerana berkhalwat adalah perkara biasa tetapi kami tidak akan hadir sekiranya dipanggil untuk diambil keterangan atau mahkamah," katanya.

Katanya, sehingga hari ini, aktiviti itu masih dilakukannya dan masih ramai pelanggan yang suka layanan diberikan oleh remaja bawah umur.


Kesalahan serius

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini lebih tiga remaja perempuan terlibat telah ditahan dan diarahkan tinggal di rumah perlindungan.

Kata beliau, penglibatan haram dilakukan golongan remaja ini tidak didalangi sesiapa kerana pelanggan akan terus menghubungi mereka.

"Saya ingin menegaskan, melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur adalah satu kesalahan serius dan boleh disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sekiranya sabit kesalahan.

"Melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya. Bagi mana-mana remaja perempuan yang terlibat dalam kegiatan ini atau dirogol, seharusnya melaporkan kejadian itu kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap suspek terlibat," katanya.

Ghuzlan berkata, mangsa sepatutnya tidak membiarkan suspek bebas melakukan perbuatan ini dan terus merosakkan remaja perempuan lain. -8/10/13



[Video] Sarapan 50 Orang, Cajnya RM6000...

Posted: 07 Oct 2013 06:24 PM PDT


[SH] KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. -8/10/13



P/s: Menurut laporan AA, rombongan itu terdiri daripada 100 orang bukannya 50 orang seperti yang dilaporkan oleh SH. AA juga melaporkan bahawa restoran itu dikompaun sebanyak RM175 ribu oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan atas pelbagai kesalahan.

Berdasarkan keterangan video di bawah ini, rombongan VVIP itu dipercayai terdiri daripada pemimpin UMNO yang kini sibuk dengan pemilihan parti tersebut. Jika benar, maka restoran itu memang mencari nahas dengan mengenakan caj sebanyak RM60 bagi setiap ahli rombongan yang menikmati nasi berlauk ayam kampung di situ.

Klik di sini untuk tonton video.


Ketua Audit Negara Sahkan K-Pop TIADA Penaja, Sangkal Polis Ada Beri Penjelasan

Posted: 07 Oct 2013 05:37 PM PDT



[TMI] Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.

Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

"Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini," kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

"Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset," katanya.

Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.

Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka.

"Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu," katanya.

Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia.

Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.

Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu.

Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara "culas" (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.

Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.

"Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.

"Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya. – 8 Oktober, 2013.



Tiada ulasan: