Selasa, 8 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perebutan kuasa kecohkan mesyuarat agung dua kawasan PAS Wilayah Persekutuan

Posted: 08 Oct 2013 02:06 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


















Mesyuarat agung dua kawasan PAS di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Batu kecoh apabila terdapat gerakan untuk menjatuhkan penyandang jawatan berkenaan.

Gerakan itu berjaya menukar kepimpinan di Putrajaya, tetapi gagal di Batu apabila pemimpin kawasan itu berjaya kekal dalam jawatannya.

Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria, dalam sidang medianya hari ini, berkata pada 3 April lalu, beliau "direhatkan" daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan.

 Katanya, menjelang mesyuarat agung iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu,  Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir.

"Pada hari mesyuarat agung berkenaan, saya tidak ada kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana.

"Samentara ada di sana, saya turut berkunjung ke majlis berkabung untuk Chin Peng bersama calon kita dari Pendang untuk melihat sejarah yang diselewengkan oleh Umno," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazir berkata, tindakan terhadap beliau bermula apabila beliau melaksanakan keputusan mesyuarat AJK PAS kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa sebagai calon PAS di Putrajaya.

Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan tindakan merehatkan dirinya kerana ia bertentangan dengan satu kes yang berlaku sebelum ini iaitu kes Pendang apabila Pejabat Agung PAS membatalkan keputusan itu.

Sementara itu, di kawasan Batu, mesyuarat agung pada 29 September lalu kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan satu cawangan iaitu Taman Datuk Senu mengundi.

Menurut sumber yang hadir, keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu, lapor sebuah portal berita.

"Bagi saya, ini adalah usaha sekumpulan anak muda kita yang cuba menafikan pimpinan orang lama," kata Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada The Malaysian Insider.

Ishak berkata, kekecohan berlaku apabila Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai Setiausaha Perhubungan dan Ketua Pemuda cuba mengambil alih proses pemilihan kawasan itu.

"Mengikut amalan kami di Wilayah Persekutuan ini, satu kawasan lain akan menyelia dan menjadi pemerhati mesyuarat kawasan ini. Dalam kes Batu, PAS kawasan Cheras yang diputuskan berbuat demikian. Bila Badan Perhubungan yang mengambil alih, mula timbulnya syak wasangka dan menimbulkan masalah ini," katanya.

Ishak menyertai PAS pada awal 1980-an selepas meninggalkan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Akibat kejadian itu, katanya, beliau dipandang serong oleh sesetengah pihak dalam PAS.

Selepas apa yang berlaku dalam mesyuarat itu, penyelia pemilihan mempertikaikan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Harian Kawasan untuk menolak perwakilan Taman Datuk Senu kerana mereka menghantar dua senarai perwakilan yang bercanggah.

"Bagi mengelak masalah timbul dalam mesyuarat agung, kami tolak kedua-dua kumpulan perwakilan cawangan itu. Namun apabila pemilihan hendak dibuat, penyelia pemilihan meminta perwakilan Datuk Senu diterima. Ini yang menimbulkan kekecohan," kata Ishak.

Sumber daripada Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, bagi pihak satu lagi pula, perwakilan Datuk Senu ditolak oleh PAS Kawasan Batu bertujuan menyekat pencalonan lain untuk jawatan Yang Dipertua Kawasan yang dipegang Ishak.

"Dalam mesyuarat agung semula selepas itu, Ishak menang tanpa bertanding untuk jawatan itu kerana bila ditolak pencalonan Datuk Senu hanya tinggal satu sahaja pencalonan untuk calon lain, sedangkan perlu dua pencalonan untuk menjadikan pencalonan itu sah," kata sumber itu.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu disambung semula pada 6 Oktober di Taman Gombak dan dalam mesyuarat itu, Ishak serta dua lagi pimpinan utama PAS Kawasan Batu menang tanpa bertanding untuk jawatan yang dipertua, timbalan dan naib.

Negeri Kristian? DAP kata “No way!”

Posted: 08 Oct 2013 02:03 AM PDT

cabai-burungA1


BELUM pun habis penat menguruskan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), DAP terpaksa pula berhadapan dengan satu lagi tohmah fitnah terbesar pra Pemilihan Agung UMNO, kononnya DAP mahu tubuh negeri Kristian di Pulau Pinang.

Cerita mahu tubuh negeri Kristian ini bukan baru sekarang didengar, sama juga dengan dongeng 13 Mei yang kononnya dimulakan DAP; itu semua terbukti bohong belaka.

Mungkin DAP ini dilihat makin kuat gagah perkasa, maka tak hairanlah kalau berbakul-bakul lagi fitnah ditembak bertalu-talu. Bak kata orang-orang tua, sudah jatuh ditimpa tangga…

Sebelum kecoh bab negeri Kristian ini, DAP dituduh 'Cina komunis' bila dapat perkhabaran abu mayat Chin Peng mahu dibawa pulang ke Sitiawan, Perak.

Bagi orang yang berakal sihat, waras dan cerdik. Mana mungkin ideologi komunis boleh masuk dengan agama? Kalau tidak, negara China era Mao mungkin sudah diisytihar jadi negara Buddha atau Tao.
Kedua-dua fitnah jahat ini juga bertentangan. Mana satu betul, mana satu salah?

Bagi kebanyakan orang, fitnah ini merupakan plot berterusan UMNO untuk menjahanamkan DAP, paling tidak pun mereka mungkin mampu menyekat kemasukan orang Melayu dan Islam ke dalam parti itu.

Bagi Cabai Burung pula, tohmahan jahat ini berlaku kerana tukang buat fitnah kemungkinan besar ada masalah cetek akal.

Pertama kerana DAP sudah berbuih mulut menegaskan bahawa parti itu mendukung Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan. Begitu juga halnya dengan kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Keduanya, DAP merupakan sebuah parti politik sekular yang berpegang pada ideologi demokrasi sosial. Dalam kata mudah, DAP ini parti tanpa agama kerana bagi DAP, urusan agama adalah hak peribadi individu. Ini sangat jelas terang lagi nyata.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa DAP sentiasa konsisten menolak sebarang penubuhan negeri berdasarkan ideologi termasuk menolak negeri berdasarkan fahaman agama Kristian.

Tindakan UMNO dan Utusan Malaysia memainkan fitnah ini hanya akan mendatangkan malu besar pada mereka. Daripada sudut teknikalnya sahaja sudah nampak cacat cela. Nampaknya Utusan Malaysia dan UMNO tidak mahu ambil pengajaran.

Kalau tindakan ini dilihat satu jenayah, mungkin sudah ramai pemimpin UMNO dan Utusan Malaysia ditembak polis. Bak kata Ahmad Zahid Hamidi, "Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," -Roketkini.com

Laporan Ketua Audit Negara: Selangor catat prestasi terbaik bukti PR telus

Posted: 08 Oct 2013 01:49 AM PDT

pix lau weng san


KAMPUNG TUNKU: Rakyat Selangor boleh berbangga dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini setelah sekali lagi menerima pujian dan komen positif daripada Ketua Audit Negara.

Ahli Dewan Undangan DAP Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata segala komen dan cadangan positif itu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa PR mampu mentadbir negeri dan negara dengan lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN).

"Saya menganggap ia akan menjadikan pentadbiran kerajaan Selangor selangkah lebih maju daripada kerajaan negeri lain, bahkan Kerajaan Persekutuan.

"Berbeza dengan komen dan teguran yang diterima badan, agensi dan anak syarikat kerajaan persekutuan yang seringkali mendapat liputan meluas media disebabkan ketirisan wang yang begitu dahsyat," katanya.

Dalam audit beberapa agensi, jabatan dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati prestasi program dan pelaksanaan secara keseluruhannya adalah baik dan boleh dipertingkatkan.

Antaranya ialah audit terhadap pengurusan pinjaman pelajaran yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) antara Julai dan Oktober 2012, audit terhadap status kewangan anak syarikatPerbadanan Menteri Besar Selangor, Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC) antara Julai dan Oktober 2012 dan audit anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

"Turut audit terhadap pengurusan pengendalian kes Syariah oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Sdn Bhd (KUIS), Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn Bhd (SOPIC) dan Program Hadiah Anak Masuk Universiti (HPIPT) yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK)," kata Weng San.

Cuma bagi KUIS, katanya, Jabatan Audit Negara mendapati prestasi kewangannya pada 2011 adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian RM11.3 juta.

"Bagaimanapun, Jabatan Audit Negara membuat catatan bahawa kerugian ini disebabkan pelaksanaan proses transfomasi yang bermula pada 2011 dan akan dilanjutkan selama empat tahun. Tetapi, KUIS masih berupaya mencapai keuntungan terkumpul sebanyak RM17.76 juta sehingga 2011," katanya.-Roketkini.com

‘Lembaga Disiplin Umno digesa ambil tindakan’

Posted: 08 Oct 2013 01:43 AM PDT

 
Jika Lembaga Disiplin gagal mengambil tindakan calon Ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalulail menggertak akan membawa aduannya kepada Pendaftar Pertubuhan. 




PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalulail hari ini memberi amaran kepada Lembaga Disiplin Umno agar mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat olehnya semalam.

"Sekiranya Lembaga Disiplin Umno gagal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang saya kemukakan bersama kenyataan saksi dan gambar foto, saya akan heret Umno ke Pendaftar Pertubuhan.  Jangan layan kita seperti orang bodoh.

"Jika Pendaftar pun gagal mengambil tindakan maka saya terpaksa mengheret mereka ke mahkamah," kata Syed Rosli ketika dihubungi tadi.

Semalam Syed Rosli yang merupakan salah seorang calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda  membuat laporan terhadap penyandang kerusi sekarang iaitu Khairy Jamaluddin.

"Khairy dan ramai penyandang kerusi lain menyalahgunakan kementerian mereka untuk berkempen," katanya.

Selain daripada Syed Rosli, Abdul  Karim Ali, Akramsyah Sanusi dan Izwan Ambak Khalid Izhar turut bertanding dalam pertandingan lima penjuru.

Dalam pada itu, Syed Rosli turut membidas kenyataan pemangku pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Dato Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang berkata calon yang bertanding bebas berkempen.

"Peraturan dan garis panduan yang ditetapkan memang tidak boleh dilonggarkan namun kalau nak berkempen dengan cara memperkenalkan diri, bagi visi dan misi itu boleh," Utusan Malaysia melaporkan Megat berkata.

Syed Rosli membalas hari ini dengan berkata: "Kita menuruti perlembagaan Umno sepertimana kita menuruti Al-Quran.  Sebagai calon kita tahu implikasi setiap peruntukan dalam perlembagaan.

"Pengumuman Megat Najmuddin semalam itu boleh disamakan dengan tindakan seorang dirinya untuk meminda perlembagaan parti tanpa pembentangan usul di dalam perhimpunan agung Umno," katanya.

Berhubung dengan aduannya kepada Lembaga Disiplin Umno, beliau berkata bahawa beliau tidak diberitahu mengenai tempoh dalam mana lembaga tersebut akan bertindak.

"Terdapat banyak aduan yang diterima oleh mereka dan saya diberitahu bahawa aduan saya berada dalam senarai mereka," kata Syed Rosli.

Turut baca:

Syed Rosli: Hapuskan cukai motorsikal 150cc ke bawah
Syed Rosli masih menunggu empat calon bersumpah

[EDISI TERLAMPAU MENTERI] Zahid Panggil Waythamoorthy, Timb Menteri Cengkadak Buruk

Posted: 08 Oct 2013 01:40 AM PDT


Kita dapat bukti kita tembak dulu'

KELAB GREENBOC
 
 
Kumpulan masyarakat sivil sering mendakwa polis menjalankan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah.

Dakwaan itu nampaknya terbukti apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ucapannya memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Ahmad Zahid berucap dalam satu 'Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat' pada hari Sabtu lalu, yang dilihat seperti satu acara kerajaan yang bertukar menjadi acara Umno.

Para wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan turut diugut oleh menteri tersebut agar tidak membuat laporan berhubung kandungan ucapannya.

Ahmad Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian.

Ancaman itu berjaya menutup mulut kebanyakan dari media tersebut, namun akhbar Oriental Daily News melaporkan bahawa Ahmad Zahid memberi amaran selepas membuat "kenyataan sensitif".

Akhbar itu bagaimanapun tidak memberi butiran lain berhubung kenyataan tersebut.

Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman audio sepanjang 20 minit bagi ucapan yang disampaikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

Berdasarkan rakaman tersebut, Ahmad Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya untuk menahan golongan itu.

"Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.

"Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.

Ahmad Zahid seterusnya membangkitkan mengenai kes tembakan maut ke atas lima orang suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang pada Ogos lalu.

Beliau turut menegur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty – tanpa menyebut namanya – kerana mempersoalkan kejadian tersebut.

"Ada timbalan menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri tembakan amaran dulu. barulah tembak. Saya kata kalau kamu nak jadi ngo, letaklah jawatan timbalan menteri. tak layak jadi timbalan menteri," katanya yang disambut sorakan dari hadirin.

Zahid juga menyifatkan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undangnya.

"Kita siasat, kita bawa ke mahkamah, kalau tak ada bukti, kalau tak cukup bukti, sekurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi," katanya lagi.

Pindaaan ke atas PCA itu memberi kuasa untuk membuat penahanan tanpa perbicaraan dalam tempoh dua tahun bagi satu-satu masa. -mk

ULASAN GB

Pertama, panggilan "cengkadak buruk" terhadap seorang timbalan menteri kabinet oleh Ahmad Zahid Hamidi adalah sesuatu yang keterlaluan.

Jika Waythamoorthy digelar "cengkadak buruk", bagaimana pula PM yang melantik Waythamoorthy menjadi timbalan menteri itu? Bukankah panggilan "cengkadak buruk" itu terpalit kepada pemanggilnya sendiri dan kepada PM yang melantik Waythamoorty?

Zahid memaparkan wajah sebenar UMNO dan para pemimpinnya. Rasis, angkuh dan suka memaki hamun bangsa lain tetapi yang dituduhnya pihak lain.

Kedua, yang lebih penting, kandungan ucapan Zahid memang berat. Beliau dengan terus terang membuat pengakuan "cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu."

Ini menunjukkan dakwaan pelbagai pihak bahawa polis menjalankan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah itu adalah benar dan langkah ini amat bertentangan dengan undang-undang, malah kenyataan dan tindakan Ahmad Zahid Hamidi boleh diadukan ke peringkat mahkamah antarabangsa.

Beliau perlu dipertanggungjawabkan di atas tindakan polis yang menembak mati suspek-suspek kerana rupa-rupanya, (melalui pengakuannya) beliau yang memberikan lampu hijau kepada polis bertindak demikian.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu lakukan sesuatu terhadap Ahmad Zahid Hamidi ini.

Tembak Tanpa Amaran, Zahid Hamidi Wajar Ditangkap

Posted: 08 Oct 2013 01:38 AM PDT

KELAB GREENBOC


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar ditangkap kerana mahu anggota polis menembak suspek jenayah tanpa amaran.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata kenyataan Menteri Umno-BN itu merupakan satu kesalahan yang serius dibawah pelbagai Kanun Keseksaan seperti 302, 120A dan 107.

"Maknanya Menteri Dalam Negeri sendiri sedang mengarahkan ataupun mengapi-apikan polis untuk melakukan pembunuhan kerana kalau polis tembak tanpa amaran, pakai tembak sahaja suspek maknanya itu ditakrifkan sebagai pembunuhan dibawah Kanun Keseksaan," kata Ahli Parlimen Padang Serai ini kepada TV Selangor.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam satu 'Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat' pada hari Sabtu lalu.

Dalam majlis itu para wartawan dilaporkan dihalau keluar dan diugut oleh menteri tersebut agar tidak melaporkan kandungan ucapannya.

"Pada pendapat saya Menteri Dalam Negeri perlu ditangkap segera (kerana) meminta supaya pembunuhan dilakukan," kata Surendran.

Mengikut undang-undang, suspek adalah orang yang disyaki melakukan jenayah. Perbezaan antara suspek dan pelaku adalah suspek tidak diketahui samada melakukan kesalahan, manakala pelaku melakukan kesalahan itu, tetapi tidak semestinya disyaki.

Tatacara penguatkuasa undang-undang yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan penggunaan senjata api adalah langkah ekstrem dan tidak boleh digunakan kecuali suspek mengancam nyawa orang lain.

Ekoran kenyataan Zahid itu, Surendren menggesa semua kes tembak sampai mati melibatkan polis dibuka untuk siasatan semula. Sebelum ini, media pernah melaporkan beberapa melibatkan anak-anak muda yang ditembak sampai mati oleh pihak berkuasa. Turut dilaporkan kes-kes rakyat Malaysia ditemui mati sewaktu dalam tahanan polis.

"Kita menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera. Satu siasatan polis yang bebas juga perlu segera dijalankan keatas kenyataan Zahid, yang dengan jelas melanggar undang-undang," tegas Surendran. -selangorku


Kenyataan Zahid mirip gengster mafia - Hanipa


PAS menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung "kita tembak dulu", seperti dilapor Malaysiakini, sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, kenyataan Zahid itu mirip bahasa gengster atau mafia.

"Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab keluar dari seorang menteri, sepatutnya menteri tahu apa yang ingin dikatakan. Seperti kenyataan orang yang tidak bersekolah.

"Saya melihat tindakan tersebut tidak jauh bezanya dengan kumpulan gengster atau mafia, "ada bukti tembak"," jelasnya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendedahkan rakamam audio ucapan 20 minit Zahid di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka Sabtu lalu.

Dalam ucapan itu Zahid antara lain memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek jenayah ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Antara lain beliau didakwa menyebut "Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu".

Mengulas lanjut, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang juga menjelaskan, amat malang bagi rakyat negara ini apabila mempunyai seorang menteri yang bersikap ala mafia.

"Apa guna undang-undang dan mahkamah jika menteri bercakap sedemikian, tak semua mereka ditahan itu bersalah.

"Setiap kesalahan perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu barulah hukuman dijatuhkan, ini tidak, terus nak tembak," sambung beliau.

Selain itu, Zahid dalam rakaman itu juga dilapor mendakwa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undang beliau.

"Bagi saya setiap apa yang Zahid perkatakan itu tidak memcerminkan seorang menteri dan malang bagi negara ini mempunyai menteri sedemikian," kata Hanipa.
-HD

Kereta Jimmy Shanley Kena Bakar

Posted: 08 Oct 2013 01:29 AM PDT


KELAB GREENBOC


Kampar: Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.

Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.

Menurutnya, orang awam yang mengesyaki ia ada kaitan dengan perbuatan jenayah lalu segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk memaklumkan kejadian itu.

"Berikutan itu, anggota peronda bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta model Chevrolet berwarna hitam hangus dibakar.

"Anggota polis menjalankan siasatan terhadap nombor casis pada kereta dibakar itu bagi mengenal pasti pemiliknya dan melakukan semakan susulan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengenal pasti kenderaan itu milik seorang selebriti tanah air, Jimmy Shanley," katanya, semalam.

Menurutnya, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat pemiliknya, Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.

"Polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kereta itu. Malah, tiada satu pun barang milik mangsa di dalam kenderaan itu yang terselamat.

"Kes itu kini diambil alih pihak polis Ipoh untuk siasatan lanjut dan Jimmy dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, saya anggap kes ini pelik kerana kereta itu dibakar selepas dicuri," katanya.

Beliau berkata, anggota Unit Polis Forensik turut dipanggil ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mengesan sekiranya terdapat mangsa di kawasan berhampiran.

"Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui dan kereta itu baru saja dibakar beberapa jam sebelum ditemui. Polis menyiasat sebarang kemungkinan dan kaitan perbuatan jenayah itu dengan unsur khianat atau sebagainya," katanya.

Sementara itu, Jimmy yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kejadian itu berikutan masih dalam pihak polis.

Jimmy sebelum ini pernah mendapat liputan meluas media apabila kes penceraian dan tuntutan penjagaan anaknya berlarutan selama hampir dua tahun.

Dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 sebelum tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun. -hm

Editor akhbar Cina tuntut Zahid tarik balik ugutan

Posted: 08 Oct 2013 01:23 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Persatuan ketua pengarang akhbar berbahasa Cina menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menarik balik ancamannya untuk menutup syarikat akhbar.

Dalam kenyataan mereka semalam, para ketua pengarang terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan menteri yang disampaikan dalam satu majlis penerangan di Melaka.

zahid hamidi malacca melaka 061011Persatuan itu juga mengambil maklum bahawa ia adalah "Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat" dan menyiarkan jata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, maka jelas ia merupakan majlis kerajaan.

Sekiranya Zahid memilih berkempen bagi mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan parti dalam majlis kerajaan, yang didakwanya majlis tertutup, kumpulan editor itu berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak sesuai dan ugutan kepada wartawan.

Persatuan itu berkata, hubungan kaum merosot berterusan sejak pilihan raya umum Mei lalu apabila beberapa ahli politik membangkitkan persoalan sensitif demi kepentingan politik.

"Sebagai anggota kabinet, seseorang itu patut bercakap dan bertindak dengan berhati-hati dan tidak patut mengancam menutup akhbar," kata mereka.

Anwar, Karpal akan saman bekas calon BN

Posted: 08 Oct 2013 01:18 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Pemimping pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas calon pilihan raya umum BN di Permatang Pauh Mazlan Ismail dan Utusan Malaysia beberapa hari lagi.

Langkah itu akan diambil jika tiada sebarang maklum balas selepas surat tuntutan guaman dihantar kepada mereka pada 10 September.

NONEKarpal berkata Utusan mengaku menerima surat itu dan berkata akan menjawabnya. Bagaimanapun, katanya, tiada perkembangan sejak itu.

Mazlan sebelum ini mendakwa menerima surat daripada pihak tidak dikenali yang mendakwa Anwar membayar RM50 juta kepada firma guaman Karpal dalam bentuk bayaran guaman bagia merasuah timbalan pendakwaraya dan hakim.

Mazlan bagaimanapun enggan memohon maaf atas alasan bahawa beliau hanya meminta penjelasan daripada mereka.

"Pasukan undang-undang saya pada 4 Oktober menghandar surat kepada Utusan yang memberi tempoh tujuh hari, kegagalannya akan menyebabkan Anwar dan karpal memulakan perkara itu tanpa sebarang notis kepada mereka," kata Karpal dalam kenyataan.

10 sekolah memandu saman k'jaan isu BL1M

Posted: 08 Oct 2013 01:17 AM PDT

 


 

Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.

Mereka antaranya memohon mahkamah mengisytiharkan program itu sebagai menyalahi undang-undang.

Dalam saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa terdapat konspirasi yang menjejaskan ekonomi mereka.

Menurut mereka lagi, dalam program BL1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini, yuran tahunan Yang dikenakan kepada pelajar lesen B2 (motosikal bawah 250cc) berjumlah RM130 atau RM150.

Kata mereka, yuran itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu pada 2009, sebanyak RM261 keseluruhannya.

Ketua pembangkang Melaka letak jawatan

Posted: 08 Oct 2013 01:15 AM PDT


MALAYSIA KINI



 
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San hari ini meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.

Ini ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.

dap melaka chief goh leong san speechWakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana).

Goh mendakwa situasi memaksanya meletakkan jawatan kerana tidak lagi dapat mewakili pembangkang.

ADUN Duyong itu mendakwa, dua wakil rakyat itu - yang beliau tidak menamakannya - berpunca daripada ucapan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berita Harian pada 3 Oktober lalu antaranya melaporkan Goh sebagai berkata, Goh, ADUN Duyong sejak 1995 itu menyifatkan Idris berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

“Jangan bagi amaran, dapat bukti tembak dulu”- Zahid Hamidi

Posted: 07 Oct 2013 04:47 PM PDT

KEADILAN DAILY 


KUALA LUMPUR  Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi terus mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi apabila memberi gambaran lebih baik suspek penjenayah ditembak sebelum siasatan.

Malaysiakini melaporkan, Zahid berkata demikian dalam satu 'Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat' pada Sabtu lalu, yang kemudian bertukar menjadi acara Umno.

Portal itu melaporkan wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan diugut agar tidak membuat laporan berhubung ucapannya. Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian.

Hanya akhbar Oriental Daily News melaporkan Zahid memberi amaran selepas membuat "kenyataan sensitif", namun tidak memberi butiran lain berhubung kenyataan tersebut.

Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman audio sepanjang 20 minit bagi ucapan yang disampaikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

Berdasarkan rakaman tersebut, Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya menahan mereka.

"Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.

"Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.

Zahid seterusnya membangkitkan kes tembakan maut ke atas lima suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang pada Ogos lalu. Beliau turut menegur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty – tanpa menyebut namanya – kerana mempersoalkan kejadian tersebut.

"Ada timbalan menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri tembakan amaran dulu. barulah tembak. Saya kata kalau kamu nak jadi NGO, letaklah jawatan timbalan menteri, tak layak jadi timbalan menteri," katanya yang disambut sorakan hadirin.

Zahid juga menyifatkan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undangnya.

"Kita siasat, kita bawa ke mahkamah, kalau tak ada bukti, kalau tak cukup bukti, sekurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi," katanya lagi. Pindaaan ke atas PCA itu memberi kuasa untuk membuat penahanan tanpa perbicaraan dalam tempoh dua tahun bagi satu-satu masa.

Dewan Negara perlu tolak PCA

Posted: 07 Oct 2013 04:44 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Dewan Negara yang bersidang pada hari ini sehingga 10 Oktober perlu menolak Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 atau PCA, tegas Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Dewan tertinggi negara itu akan membentangkan RUU berkenaan untuk dikaji semula atau diluluskan sebelum diperkenan Yang Dipertuan Agong.

"Para Senator yang dilantik perlu ingat bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada nusa dan bangsa, tetapi juga kepada semangat hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan kita," kata Fahmi dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Fahmi, rakyat Malaysia, malah  badan-badan antarabangsa terkejut apabila PCA diluluskan Dewan Rakyat 2 Oktober lalu.

"Bukan hanya kerana ia telah dibahas dalam masa yang amat singkat, tetapi juga kerana pada dasarnya RUU ini melanggar hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.

Menurutnya, tindakan anti demokratik pentadbiran Najib Razak itu bertentangan dengan kenyataan Malaysia sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Jelas Malaysia akan menjadi bahan ketawa masyarakat dunia apabila universal periodic review (UPR) status hak asasi manusia bagi ahli-ahli badan tersebut diadakan 24 Oktober ini, seperti yang diingatkan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam hari ini," ujarnya.

Pemilihan Sayap Umno: Keputusan Dijangka Awal Pagi Ahad

Posted: 07 Oct 2013 04:40 PM PDT




KUALA LUMPUR: Keputusan pemilihan Umno 2013 yang dijadualkan diadakan pada 12 Oktober ini dijangka hanya dapat diumumkan pada awal pagi hari berikutnya (Ahad).

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab.Rauf Yusoh berkata, kelewatan itu dijangka kerana pemilihan tersebut melibatkan tiga sayap iaitu Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian di seluruh negara.

"Pemilihan pada Sabtu ini sangat penting kerana perwakilan tiga sayap dari 191 bahagian akan memilih calon.

"Ini berbeza dengan pemilihan Majlis Tertinggi (MT)," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Ab.Rauf berkata, keputusan dijangka dapat dikeluarkan sekitar pukul 1 atau 2 pagi Ahad.

"Tak mungkin pukul 9 malam atau 12 malam (Sabtu).

"Keputusan untuk tiga sayap adalah keputusan yang besar dan banyak," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, setiap keputusan akan disahkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno sebelum diumumkan kepada pihak media melalui 'score board' khas yang disediakan.

"Kita jangka keputusan akan diterima setiap dua atau tiga jam sekali.

"Bagi pemilihan MT pun lebih kurang sama. Saya harap pengamal media dapat patuhi peraturan dan merancang gerak kerja pada hari berkenaan," katanya.

Beliau berkata, bagi melicinkan majlis pengamal media akan disediakan dengan beberapa kemudahan termasuklah pusat media.

Katanya, media yang bertugas juga dikehendaki memakai lencana khas yang dikeluarkan oleh Unit Media Umno.

Pemilihan kali ini melibatkan 146,000 ribu perwakilan yang akan memilih seramai 33,012 calon yang bertanding.

Pemilihan Umno: 260 Calon Layak Tanding Peringkat Pusat

Posted: 07 Oct 2013 04:37 PM PDT



Tajol Rosli (kanan) bersama dengan Setiausaha Kerja Umno Malaysia Datuk Abdul Rauf Yusof pada majlis pengumuman senarai penuh calon yang layak bertanding dalam pemilihan Umno. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 260 calon bagi Majlis Tertinggi Umno dan sayap-sayap parti di peringkat pusat layak bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, jumlah tersebut melibatkan Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dibenarkan semula bertanding.

Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang Isnin.

Tajol berkata, bagi pemilihan peringkat Bahagian, seramai 33,012 calon dibenarkan bertanding selepas proses saringan dilakukan di mana 334 diisytiharkan muflis, 495 menarik diri dan 39 dikenakan tindakan disiplin.

"Keputusan adalah muktamad. Semua calon yang layak bebas daripada sebarang kes jenayah dan tidak diisytiharkan muflis," katanya.

Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan Umno 2013.
Jumlah calon peringkat pusat:

Pengerusi tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis tertinggi -62 orang calon
Timbalan Pengerusi tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon

Pergerakan Pemuda Umno:

Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon

Pergerakan Puteri Umno:

Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalam Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon

Pergerakan Wanita Umno:

Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi tetap – 2 calon
Ketua Wanita Umno – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon
Jumlah keseluruhan calon 260 orang

Peringkat Bahagian:

Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon (muflis – 6, tarik diri – 9)
Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon (tarik diri – 11)
Pengerusi Puteri – 222 calon (tarik diri – 1, disiplin – 1)
Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon (tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi tetap bahagian – 330 calon (muflis – 2 tarik, diri – 1)
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon (muflis – 5, tarik diri – 13)
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon (muflis – 2, tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon (muflis – 1)
Ketua bahagian – 438 calon (muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)
Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon (muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon (tarik diri – 1)
Ketua Wanita Bahagian – 358 calon (tarik diri – 6, disiplin – 1)
Timbalan Ketua Bahagin – 421 (muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)
Naib ketua Pemuda – 435 calon (muflis – 3, tarik diri – 32)
Naib Puteri – 282 calon (muflis – 1, tarik diri – 8)
Naib Ketua Wanita – 380 calon (muflis, 2, tarik diri – 14)
Naib Ketua Bahagian – 530 calon (tarik diri – 32 displin – 2)
Ahli jawatankuasa bahagian – 8466 calon (muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)
Ahli jawatankuasa Pemuda – 5131 calon (muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)
Ahli jawatankuasa Puteri – 3465 (muflis – 10, tarik diri – 34)
Ahli jawatankuasa wanita – 4843 calon (muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)
Perwakilan G7 bahagian – 2775 calon (muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)
Perwakilan G2 Pemuda bahagian – 740 calon (muflis – 10, tarik diri – 26)
Perwakilan G2 Puteri bahagian – 543 calon (tarik diri – 1)
Perwakilan G2 Wanita – 827 calon (muflis – 6, tarik diri – 16)
Pemeriksa kira-kira bahagian – 504 calon (muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)

Kerajaan fobia abu akan jadi abu juga

Posted: 07 Oct 2013 04:34 PM PDT


Oleh Lim Hong Siang


KERAJAAN fobia abu akan dihantui abu buat selamalamanya. Kalau sebelum ini ABU (Asalkan Bukan Umno), maka sekarang abu. Untuk dua minggu sejak 16 September, kerajaan Umno 'memerangi' abu mayat Chin Peng habis-habisan, pada masa yang sama membeliakkan satu dunia untuk melihat betapa rendahnya darjat kerajaan ini.

Pertama, Umno cuba menampilkan bangsanya sebagai umat yang tidak berpegang kepada katanya kerana "sentimen". Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani pada tahun 1989, tetapi kertas hitam putih ini boleh diketepikan atas alasan "sentimen rakyat."

Persoalannya, siapa yang menghasut kemarahan rakyat, khususnya di kalangan keluarga pasukan keselamatan?

Saya tidak terkata apa apabila terbaca laporan bahawa bekas tentera Thailand tampil untuk  memberi penghormatan terakhir dalam upacara pengkebumian Chin Peng. Tidak kurang anggota tentera Thailand yang terkorban dalam peperangan menentang Parti Komunis Malaya (PKM), tetapi untuk mereka, perjanjian telah dimeterai, dan "memaafkan" adalah pilihan yang lebih baik daripada terus diselubungi dendam sejarah.

Ironinya, jikalau sentimen rakyat dijadikan keutamaan kerajaan Malaysia, bagaimana kilang pemprosesan nadir bumi Lynas boleh dikekalkan di Gebeng, kononnya perjanjian telah ditandatangani, sedangkan meluap-luap "sentimen rakyat" menentangnya?

Paling bodoh apabila sesetengah pihak memberi alasan bahawa Chin Peng tidak diiktiraf sebagai warga negara Malaysia.

Persoalannya, mengapa kerajaan Malaysia menandatangai Perjanjian Damai Haadyai dengan seorang makhluk yang tidak diiktiraf, malah menuntut agar "warga asing" ini taat setia kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong dalam perjanjian tersebut?

Kemudian, PM Najib Razak memberi alasan bahawa Chin Peng tidak memohon untuk kembali ke Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan, namun tuduhan ini disanggah oleh rakan seperjuangan Chin Peng, kerana "nama Chin Peng antara yang muncul dalam senarai permohonan untuk kembali ke tanah air."

Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi menampar muka sendiri apabila mendakwa dua kali Chin Peng ditawarkan pulang ke Malaysia. Persoalannya, jikalau Chin Peng dihalang kembali ke tanah air atas alasan "sentimen rakyat," mengapa pula kerajaan memberi tawaran itu?

Sudah tentu ada pihak yang berbohong dalam pertikaian ini. Penyelesaiannya mudah, dedahkan dokumen yang berkaitan, dan rakyat akan tahu siapa yang menipu dalam isu ini. Bagi saya, apa pun alasan yang diberikan kerajaan Umno, kesemuanya dalih sematamata.

Jawapannya hampir didedahkan, apabila Zahid meluahkan kekhuatiran bahawa abu mayat Chin Peng boleh mendorong untuk pembinaan tugu peringatan. Kebimbangan di sebaliknya jelas, sejarah akan dikaji semula lantas sumbangan Umno akan dinilai semula dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Mustahil pertikaian sejarah mampu dirungkaikan dalam ruang pojok sekecil ini. Tetapi perkembangan kejadian abu mayat Chin Peng semakin "tidak masuk akal," bukan kerana kebodohan kerajaan Umno, tetapi juga pendekatannya yang bercanggah dengan nilai sejagat.

Jikalau diambil dari sudut perkauman, akan dipertikaikan mengapa Pengerusi PKM, Abdullah CD dibenarkan balik, malah diberi pengampunan Sultan Perak. Tetapi saya melihat reaksi talam dua muka Umno lebih menjelekkan, apabila Parti Komunis China diberikan penghormatan setinggi-tingginya, sedangkan kita sedar PKM ditaja komunis China ketika itu. Panda komunis cuba dimasukkan ke Malaysia sungguhpun berjutajuta perbelanjaannya, tetapi abu mayat seorang komunis diperangi sebegitu rupa.

Pendek kata, Umno mengampu komunis kaya, menghina komunis miskin! Apa lagi yang menjelekkan?

Negara kita seolah-olah tidak mendukung semangat pemerintahan hukum (rule of law), apabila abu mayat dihalang masuk tanpa perlu undang-undang. Akhirnya Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menemui Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit untuk menyekat kemasukan abu mayat. Persoalannya, jikalau hasil kajian saintifik menunjukkan bahawa abu mayat Chin Peng tidak membawa sebarang penyakit, apa lagi alasan untuk menghalangnya?

Politik menjadi satu-satu pertimbangannya sepanjang pertikaian ini. Atas nama politik, si mati boleh dinilai secara negatif, dicemuh, dihina, diadakan spekulasi tentang tarikh kematiannya dan sebagainya, tanpa perlu bertimbang rasa kepada keluarga mendiang. Jarangjarang kita mengambil kira elemen keperimanusiaan dalam hal ini.

Kita sedia maklum bahawa Chin Peng telah berapa kali memohon untuk kembali ke Malaysia sebelum meninggal dunia, malah mengheret kes ini ke mahkamah setelah permohonan beliau ditolak.

Bahkan dalam satu suratnya, Chin Peng merayu untuk kembali menggunakan pas lawatan sosial, sekadar untuk melawat keluarga dan kubur keluarganya.

Menyembah di depan kubur ibu bapa sebahagian daripada adat Cina, sebagai tanda kesetiaan seorang anak kepada orang tuanya. Saya tidak mahu mengambil pendekatan perkauman dengan dakwaan "budaya Cina tidak dihormati", tetapi untuk saya, sesuatu yang zalim apabila hasrat seseorang manusia untuk menyembah di depan kubur ibu bapanya dinafikan.

Saya terbaca catatan wartawan Malaysiakini, bagaimana beliau disediakan makanan halal oleh penganjur "komunis," ketika Muslimat ini membuat liputan sepanjang upacara pengkebumian Chin Peng. Untuk saya, apa pun kutukan yang dilemparkan terhadap komunis, mereka tetap bermaruah kerana mereka menghormati maruah umat lain. Apa yang ditakutkan dengan abu?

Kita semua akan menjadi abu suatu hari nanti, termasuk kerajaan yang memerangi abu.

Persekongkolan Umno-SPR terbukti

Posted: 07 Oct 2013 04:29 PM PDT




DETIK DAILY






Pendengaran awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melalui pentas Tribunal Rakyat yang berlangsung pada 18 September hingga 22 September lalu membongkar persekongkolan antara Umno-BN dengan agensi pelaksana pilihan raya. Beberapa pendedahan mendapati adanya bukti yang menunjukkan dakwaan ini berasas.

Bagi mendapatkan respon menyingkap isu-isu persekongkolan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras),Azmi Hamid pada 23 September lalu. Ikuti kupasan Azmi dalam wawancara di bawah.

WARTAWAN: Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendedahkan kepincangan proses Pilihan Raya Umum Ke- 13, terdapat dakwaan berlaku pembelian undi di sesetengah kawasan, apa pandangan saudara? 

AZMI HAMID: Buktibukti yang dikumpul mesti diberi pandangan dan diambil perhatian berat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini kerana segala petisyen yang diberi dan dihantar oleh pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu telah ditolak atas yang sangat teknikal.

Bukan merujuk kepada kandungan di mana adanya aduan atas kes-kes yang menunjukkan kepincangannya yang besar dalam pilihan raya itu. Saya berpendapat segala maklumat yang dikumpulkan dan mempunyai fakta itu mesti diberi perhatian yang bersungguh oleh SPR dan melihat ini bukan sebagai satu perkara yang tidak boleh dilihat semula untuk mempastikan integriti pilihan raya kita dipersoal rakyat.

Dalam tribunal itu juga Pengerusi Bersih Dato' Ambiga Sreenevasan mendakwa SPR bertindak di bawah kuasa Putrajaya, sedangkan badan berkenaan sepatutnya bertindak sebagai sebuah badan bebas. Jadi apa pandangan saudara dalam isu ini?

SPR bukan satu badan yang diperakui sebagai sebuah lembaga yang bebas. Sebaliknya, akauntabilitinya dilihat hanya kepada eksekutif yang memegang kuasa di Putrajaya.

Sememangnya selama ini kita melihat apa yang dilakukan oleh SPR khasnya dalam aspek kebolehpercayaan (keyakinanintegriti) itu dipersoalkan rakyat kerana kita sedia maklum bahawa arahan datang daripada Putrajaya bukan daripada saluran aduan bebas dan dibuat secara profesional.

Kita lihat banyak perkara yang dihujah SPR yang dihujah balas oleh pihak parti politik yang memberi aduan itu nampaknya tidak menunjukkan respon yang positif dari SPR sebabnya mereka di bawah kuasa dan telunjuk dari Putrajaya. Ini tidak boleh dinafikan.

Umno, BN dan SPR sebelum ini mempertahankan kononnya PRU13 bersih, hakikatnya dalam tribunal rakyat mendedahkan kekotoran dan apa komen saudara?

Memang dari dahulu isu persekongkolan antara Umno dengan SPR itu sering diungkap dan sering dinyatakan sebagai satu yang dapat dibuktikan oleh banyak pihak contohnya persempadanan dan daftar pengundi kemudian penggunaan Umno dalam kempen-kempen nya menggunakan premis awal, sekolah dan sebagainya.

Ini menunjukkan adanya persekongkolan dan pilihan raya walaupun disebut sebagai padang yang sama tetapi di antara satu pihak dengan menyalahgunakan semua kemudahan dengan satu pihak lagi yang disekat kemudian itu ditindas sehingga tidak wujud satu permainan yang sama rata.

Biarpun mereka mengatakan menggunakan undang-undang yang sama dipakai oleh semua pihak tetapi apabila di dalam kempen dalam undang-undang ternyata ini bukan sama rata tetapi antara pihak yang diberi semua kemudahan dan dibiarkan menyalahguna kuasanya dengan satu pihak lagi yang dipastikan ia dipinggirkan ditindas dan dihadkan.

Persekongkolan ini yang menyebabkan PRU13 dan juga pilihan raya sebelum ini sebagai satu yang tidak dapat dipertahankan keputusannya.

Sejauh mana saudara melihat tribunal ini mampu menjadi platform kepada usaha reformasi dalam PRU14 pula.

Apa kaedah dan keperluan yang harus digemblengkan bagi menjadikan hasil laporan tribunal ini menjadi asas penambahbaikan perjalan pilihan raya?

Tribunal Rakyat itu satu inisiatif yang baik dan sepatutnya boleh menyemarakkan lagi celik demokrasi di kalangan rakyat.

Ertinya tidak hanya bergantung kepada keputusan daripada institusi rasmi kerajaan bahawa ia boleh dibuat di luar sistem kerajaan dan boleh menjadi lebih berwibawa dan boleh membuktikan fakta dan sebagai.

Dengan itu, pada saya, ini boleh diteruskan manakala kaedah yang boleh dibuat perlu ada satu penerangan secara merata kepada semua peringkat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan parlimen untuk menerangkan kepada masyarakat tentang kepincangan melalui bukti-bukti yang telah dapat dikumpul melalui tribunal.

Kaedah merakyatkan maklumat-maklumat ini dan memahamkan tentang prosedur yang sepatutnya diikuti oleh semua parti yang terlibat dalam pilihan raya dan juga menunjukkan betapa prosedur itu dilanggar dan dikhianati pihak pemerintah sendiri.

Jadi maklumat itu harus disemarakkan dan keduanya kaedahnya untuk mewujudkan tribunal ini mereka yang berwibawa dan yang betul-betul untuk mewujudkan tribunal itu mereka yang berwibawa dan betul-betul profesional dan tidak menunjukkan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tugas perbicaraan yang sangat bebas sehingga menjadi satu Suruhanjaya Tribunal Rakyat yang dapat dihormati bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Dalam hal ini, wakil dari Umno, Setiausaha Agungnya Tengku Adnan Mansor turut dijemput malangnya beliau tidak hadir dalam tribunal itu sedangkan ia bertujuan mencari kebenaran dan keadilan, apa pandangan saudara?

Itu menunjukkan tidak jujurnya dan tidak terbukanya Umno untuk berhadapan dengan rakyat baik berhadapan tribunal yang diusahakan rakyat.

Dalam masa yang sama juga menunjukkan keangkuhan mereka tidak mahu mendengar melainkan di kalangan mereka sahaja.

Jika ini sifat mereka, demokrasi bukan satu perkara yang benar-benar menjadi ciri negara ini dan ia satu budaya berpolitik yang tidak menghormati kehendak rakyat, mereka cuma ghairah untuk pertahan kuasa tidak mahu berhadapan dengan rakyat secara jujur dan akhirnya kita dapati sikap Setiausaha Agung Umno ini yang akan kekal sampai bila-bila dan tidak boleh melakukan reformasi dalam Umno itu sendiri.

Tiada ulasan: