DUNIACACAMARBA |
- Isteri Kantoi Bermalam dengan Lelaki Lain, Suami Tumbuk Dindin Lepas Rasa Marah dan Kecewa
- Ingat Penyebaran Wajah 8 Suspek Kes Rogol Budak 12 Tahun? Keluarga Suspek Ambil TINDAKAN!
- Peminat Metallica, Napalm Death Mahu Jadi Presiden Indonesia
- Polis Dicekup Khalwat
- Remaja 14 Tahun Perkosa Budak 12 Tahun
- Robert Kuok Sumbang RM100 Juta untuk Bina Perpustakaan Universiti Xiamen di Malaysia
Isteri Kantoi Bermalam dengan Lelaki Lain, Suami Tumbuk Dindin Lepas Rasa Marah dan Kecewa Posted: 05 Oct 2013 06:30 AM PDT
[HM] Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam. Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya. Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala. "Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan," katanya. Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna. "Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. "Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna. "Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS," katanya. Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan. "Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu. "Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya," katanya. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar. "Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang," katanya. -5/10/13 | ||
Ingat Penyebaran Wajah 8 Suspek Kes Rogol Budak 12 Tahun? Keluarga Suspek Ambil TINDAKAN! Posted: 05 Oct 2013 05:05 AM PDT [SH] SUNGAI BUAYA - Kesemua lapan keluarga suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat mengambil, memuat naik dan menyebarkan gambar anak mereka ke dalam akhbar, internet serta laman sosial. Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa. Ibu seorang suspek yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan. "Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami. "Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa," katanya kepada Sinar Harian semalam. Seorang lagi ibu kepada suspek berkata, kerahsiaan itu sepatutnya tersimpan dan hanya diketahui pihak berkuasa tetapi penyebarannya di media massa mencemarkan maruah ahli keluarga suspek. "Cukuplah kami dimalukan dengan jiran serta penduduk kampung, tetapi kami kecewa dan tidak boleh bertolak ansur apabila maruah kami dicalar hingga diketahui seluruh negara. "Gambar itu sudah cukup membuka aib kami semua sedangkan perbicaraan mahkamah sekalipun masih belum berjalan," katanya. Menurutnya, pihak berkuasa tidak sepatutnya terlepas pandang perkara sedemikian sepanjang suspek berada dalam jagaan atau pengawasan mereka. Katanya, dari apa yang berlaku itu, individu terbabit atau pihak berkuasa harus bertanggungjawab berhubung perkara ini. Seorang bapa kepada dua suspek berkenaan berkata, anaknya baru menerima keputusan soal siasat dan masih dalam proses siasatan sepenuhnya, tetapi gambar mereka didedahkan dengan niat mengaibkan. Katanya, sikap individu terbabit jelas mencemarkan maruah keluarga mereka sehingga tersebarnya wajah anak mereka di akhbar, internet dan laman-laman sosial. "Maknanya, semua yang terlibat mengambil, memuat naik dan menyebar serta menyiarkan gambar tersebut di internet, laman sosial dan televisyen swasta harus bertanggungjawab," katanya. Sinar Harian juga telah difahamkan bahawa gambar tersebut dirakam ketika kesemua suspek termasuk dua lelaki yang menghadapi kes berlainan sedang dalam perjalanan ke Selayang untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Gambar tersebut telah mula dimuat naik antara 20 September hingga 25 September lalu dan terus tersebar di laman internet dan sosial. - 5/10/13 P/s: Siasat individu yang merakamkan gambar kesemua suspek ketika berada di dalam sebuah kenderaan, siasat juga individu yang memuatnaikkan gambar itu ke internet. Individu itulah yang perlu dipertanggungjawabkan. | ||
Peminat Metallica, Napalm Death Mahu Jadi Presiden Indonesia Posted: 04 Oct 2013 11:00 PM PDT [Kosmo] DENGAN memakai kemeja-T hitam dan jaket kulit rona coklat, Gabenor Jakarta itu mengangkat kedua-dua tangannya ke udara di celah-celah ribuan penonton yang sedang asyik melakukan headbanging sewaktu konsert Metallica baru-baru ini. Sememangnya cara sedemikian amat jarang dilakukan oleh ahli politik Indonesia. Namun, bagi Joko Widodo, 52, berkelakuan begitu di konsert tersebut telah meningkatkan populariti dirinya. Malah, dalam satu undian pendapat, beliau diundi sebagai seorang tokoh yang paling diminati di luar kerajaan. "Saya mendengar muzik metal daripada kumpulan Metallica ke Led Zeppelin hingga ke Napalm Death kerana rock merupakan minat dan inspirasi saya," kata lelaki kurus yang terkenal dengan gelaran Jokowi itu kepada AFP selepas menyaksikan konsert tersebut di Jakarta. Sikap santai pemimpin bandar tersebut berjaya menyembunyikan kuasa politiknya. Selain itu, sifat merendah diri yang dimiliki Jokowi telah berjaya menawan rakyat negara jiran itu sekali gus menggoncang arena politik Indonesia yang dikuasai tokoh-tokoh yang gemar menyendiri sejak dari era Presiden Suharto. Selepas setahun dipilih sebagai Gabenor Jakarta, lelaki yang dilahirkan di kawasan setinggan tebing sungai wilayah Surakarta itu berhasrat menjadi Presiden Indonesia pada pilihan raya 2014 meskipun belum mengumumkan perkara itu secara rasmi. "Beliau sangat berbeza daripada figura lain yang tidak mempedulikan orang biasa," kata salah seorang pengunjung konsert Metallica, Rizqi Widyasari, 32, sambil menyatakan rakyat memerlukan pemimpin yang mempunyai cara kepimpinan yang tulus. Namun di sebalik situasi itu, beberapa persoalan timbul sama ada lelaki yang tidak pernah bekecimpung dalam dunia politik kebangsaan itu bersedia untuk menggalas cabaran besar memerintah negara yang mempunyai 17,000 buah pulau dengan populasi lebih daripada 240 juta penduduk berkenaan. PENDEKATAN Jokowi yang sederhana, mudah didekati dan mesra rakyat menjadi faktor populariti beliau meningkat. Jokowi yang tidak kisah sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden menegaskan bahawa keputusan itu terpulang pada parti dan fokusnya tetap kekal untuk menyelesaikan masalah trafik, longkang tersumbat dan banjir yang sering melanda Jakarta. Bagaimanapun, tekanan semakin meningkat kepada Jokowi yang begitu menonjol sewaktu bertugas sebagai Datuk Bandar Solo di wilayah Jawa Tengah dan sifat berdikarinya telah menarik hati rakyat di negara yang dibelenggu rasuah dalam kalangan ahli politik elit itu. Ketika menjelajah ke seluruh Jakarta baru-baru ini, beliau tidak ragu-ragu untuk melompat keluar dari keretanya dan menaiki teksi motosikal selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tidak seperti ahli politik elit Indonesia yang tidak mahu menaiki kenderaan tersebut. Sewaktu kunjungan rutinnya ke kawasan setinggan dan lorong-lorong yang dipenuhi tikus, Jokowi sentiasa mendengar keluhan dan aduan orang ramai. Beliau juga bertindak memeriksa sama ada pegawai kerajaan melakukan kerja mereka atau tidak dengan membuat pemeriksaan mengejut sambil ditemani para wartawan. Beliau memulakan tugas sebagai Datuk Bandar baharu di daerah timur Jakarta itu dengan melawat tempat pembuangan sampah. Semua itu dilakukan semata-mata bagi menunjukkan bahawa pemimpin tempatan tidak harus gentar untuk mengotorkan tangan dan membersihkan kota raya tersebut. "Masalah yang dihadapi sangat jelas. Kami hanya perlu menyelesaikannya dan melaksanakan polisi yang kami janjikan," kata Jokowi ketika ditemui di pejabatnya yang terdapat monitor dilekatkan di dinding untuk memaparkan keadaan lalu lintas bandar raya tersebut. Sejak dilantik menjawat jawatan berkenaan pada 15 Oktober 2012, beliau telah menyelesaikan beberapa masalah yang melanda Jakarta. Ini termasuklah mengawal pasaran tekstil terbesar di Asia Tenggara yang dikuasai oleh pihak tertentu dan memulakan projek pengangkutan awam. Di samping itu, beliau turut mencari jalan untuk memperbaiki sistem pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di sana. JOKOWI menjelajah ke seluruh Jakarta dengan menaiki van untuk memeriksa sama ada para pegawai kerajaan melakukan tugas mereka dengan baik atau tidak. Ironinya, perwatakan yang merendah diri dan berimej bersih menjadikan anak tukang kayu itu sangat berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang ada di Indonesia. Berbanding Jokowi, mereka lebih cenderung menjadi taikun wang, bekas jeneral tentera seperti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atau mewarisi keturunan dinasti yang berharta. Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang dalam pemerintahan tiga dekad Suharto yang dipenuhi rasuah dan digulingkan pada tahun 1998. Mereka termasuklah Prabowo Subianto dan Aburizal Bakrie. Prabowo ialah bekas ketua pasukan khas Indonesia yang dituduh mencabul hak asasi di Timor Leste manakala Aburizal adalah seorang ahli perniagaan yang sering terlibat dalam pelbagai kontroversi. Menurut undian tersebut, mereka tidak tampil untuk merebut peluang dalam menghadapi fenomena 'Jokowimania' yang melanda negara itu. Tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Kompas pada Mei dan Jun lalu menunjukkan Jokowi mampu memenangi pilihan raya presiden dengan undian sebanyak 32.5 peratus, meningkat daripada 17.7 peratus pada Disember. Sementara itu, pada tinjauan September lalu, Jokowi memperoleh sekurang-kurangnya 10 peratus mata lebih daripada pencabar terdekatnya. "Gelombang sokongan kepada Jokowi begitu kuat dan sukar untuk sesiapa menghalangnya daripada menjadi seorang presiden," ujar pakar politik dari Institut Sains Indonesia, Syamsuddin Haris. Parti Jokowi, Parti Demokratik Perjuangan Indonesia (PDI-P) masih belum mencalonkan beliau sebagai calon walaupun penganalisis mengatakan mereka tidak mahu berbuat demikian kerana masih terlalu awal sebelum pilihan raya pada Julai 2014. Dalam pada itu, ketika Jokowi mendapat banyak publisiti, terdapat petanda mengatakan usahanya untuk menyelesaikan banyak masalah yang melanda Jakarta akan berdepan dengan cabaran. Antaranya beliau menerima kritikan mengenai rancangan untuk memindahkan penduduk yang tinggal di kawasan setinggan sekitar empangan di utara Jakarta dan masalah trafik di tengah-tengah bandar bertambah buruk sekali gus mengganggu projek pengangkutan awam. MASALAH kawasan setinggan yang dicemari sampah sarap mahu diselesaikan Jokowi. Malah, terdapat juga kebimbangan yang serius terhadap era pemerintahan berpotensi Jokowi dengan ketidakyakinan bahawa perjalanan sepanjang setahun menguruskan bandar yang didiami 10 juta penduduk itu mencukupi sebagai persediaan beliau. Tidak ketinggalan, untuk memenangi persaingan dengan ahli politik veteran yang berpengalaman luas dalam sebuah negara yang tinggi amalan rasuahnya sememangnya amat mencabar, kata sesetengah penganalisis di negara itu. Ada juga petanda mengatakan Jokowi sebenarnya tidak mahu menjadi presiden dan enggan meluangkan hari-harinya dengan dikelilingi oleh orang-orang berkuasa. Justeru, tidak hairanlah pada konsert Metallica di Jakarta bulan lalu, Widodo kelihatan tidak selesa apabila penganjur memisahkan pihak kaya dan berkuasa di tempat orang kenamaan. Sebaliknya beliau menekankan lebih selesa berada di tengah-tengah penonton. 5/10/13 | ||
Posted: 04 Oct 2013 08:03 PM PDT [SH] BATU PAHAT – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin. Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak. Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam. Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka. "Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan. "Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka. "Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah," katanya. Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai. Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini. "Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini," katanya. Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalahan berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing. "Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi. "Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. - 5/10/13 | ||
Remaja 14 Tahun Perkosa Budak 12 Tahun Posted: 04 Oct 2013 05:48 PM PDT [HM] Klang: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun perkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga kenalannya. Kejadian berlaku 24 September lalu di Sementa, dekat sini, selepas mangsa dibawa bersiar-siar menaiki motosikal balik dari sekolah. Menurut sumber, selepas bersiar-siar mangsa dibawa balik ke rumah lelaki itu kononya untuk mengambil barang tertinggal. "Mangsa mengikut rakannya itu untuk singgah sebentar sebelum masuk ke rumah kononnya bagi mengambil barang, namun apabila tiba di bilik, mangsa dipaksa membuka pakaian. "Mangsa diugut, bimbang dicederakan dan tidak dapat balik ke rumah menuruti arahan rakannya itu. "Ketika dalam rumah, remaja itu menutup mata mangsa menggunakan baju dan mangsa mendakwa diperkosa sekurang-kurangnya tiga kali," katanya. -5/10/13 | ||
Robert Kuok Sumbang RM100 Juta untuk Bina Perpustakaan Universiti Xiamen di Malaysia Posted: 04 Oct 2013 04:07 PM PDT [Mstar] KUALA LUMPUR: Universiti Xiamen kampus Malaysia - universiti pertama China yang akan ditubuhkan di luar negara, bertuah apabila menerima sumbangan RM100 juta daripada Tan Sri Robert Kuok untuk pembinaannya. Kuok, seorang hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong menderma sejumlah wang bagi pembinaan perpustakaan universiti itu yang merupakan sebahagian daripada bangunan utama. Ini telah diumumkan oleh Tan Sri Ong Ka Ting, yang merupakan wakil khas perdana menteri semasa majlis makan tengah hari yang dihadiri oleh Presiden China Xi Jinping, Kuok, ahli perniagaan dan wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan. Kampus berkenaan adalah sebuah kampus cawangan Universiti Xiamen di China dan akan dibina di Salak Tinggi, dekat Sepang. Ia dijangka mula beroperasi pada September 2015. - 4/10/13 P/s: Pembinaan universiti ini sebahagiannya dipandang sebagai pendekatan diplomasi untuk kepentingan politik dan ekonomi. Walaupun pembinaan universiti ini baik untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau, namun impaknya sangat besar kepada sebahagian masyarakat Malaysia yang masih terkial-kial bertutur dalam bahasa kebangsaan. Dalam hal lain, patriotik sungguh Robert Kuok. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan