DUNIACACAMARBA |
- Lelaki Tersentuh Anak Diperkosa Rakan Sekolah dan Mat Bangla
- Kos Jet Peribadi Najib RM86.4 juta, Kos Lawatan RM 44 Juta
- [Memalukan] Israel Ciplak Endless Possibilities, Menteri Tidak Buat Homework
- Kos Hari Belia Negara 2012: Selepas Tipu, Kerajaan BN Bohong Lagi - DAP
- Pembaziran KPOP: Shabery Kata Lain, KJ Kata Lain
- [Gambar] Wajah Suspek Pembunuhan Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian
- Calon PMR Ambil Periksa di Wad Selepas Bersalin Hasil Hubungan Terlarang
- SPR Umum Tarikh PRK Sg Limau
Lelaki Tersentuh Anak Diperkosa Rakan Sekolah dan Mat Bangla Posted: 03 Oct 2013 06:00 AM PDT Terima Kehadiran Cucu Walaupun Hasil Diperkosa [HM] Sepang: "Walaupun saya mendapat cucu dengan cara begini, saya tetap sayangkan Adam. Saya anggap dia pengganti arwah isteri saya genap setahun lalu. Keletahnya setiap hari menyebabkan saya terlupa dia tidak mempunyai bapa. "Saya terima dengan hati terbuka keadaan ini biarpun anak saya, Aina baru berusia 15 tahun ketika melahirkannya lebih setahun lalu. Hidup kami bahagia, namun sebagai bapa, saya mahu ibu Adam kembali ke sekolah seperti biasa," kata seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 44. Menurutnya, hati bapa mana tidak tersentuh mengenangkan nasib anaknya yang menjadi mangsa rogol lima rakan sekolah dan kemudian diperkosa warga Bangladesh berhampiran rumah, namun ia bukanlah penghalang untuk dia menyayangi bayi berkenaan. Baginya, dia menganggap kejadian itu takdir Ilahi walaupun terpaksa berdepan pelbagai cemuhan dan pandangan serong jiran tetangga, namun dia perlu meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal untuk menjaga lima anaknya dan seorang cucu. "Selepas kejadian pertama, saya dan arwah isteri nekad menjaga cucu kami, namun dia hanya sempat melihat wajah Adam selama dua bulan sebelum meninggal dunia. "Sejak itu, bebanan terletak di bahu saya seorang. Pada mulanya, saya agak terumbang-ambing kerana tiada siapa menjaga anak dan cucu yang baru dilahirkan," katanya memberitahu ia tidak menghalang niatnya untuk membesarkan cucunya itu. Katanya, arwah isteri meninggal dunia pada 28 September tahun lalu dalam van ketika menunggu anak pulang dari sekolah kerana penyakit darah tinggi. "Kematian isteri hanya disedari sebaik anak dan rakan sekolahnya menghampiri van berkenaan. Saya rasa isteri mengalami tekanan memikirkan nasib keluarga kami, tambahan pula cemuhan masyarakat. "Dalam keadaan kelam kabut itulah, seorang lelaki warga Bangladesh mengambil kesempatan memperkosa anak saya itu beberapa hari lalu. "Biarpun berat, saya terima juga ketentuan Tuhan. Mungkin sudah nasib saya begini," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dengkil mengenai kejadian itu, Isnin lalu. - 3/10/13 |
Kos Jet Peribadi Najib RM86.4 juta, Kos Lawatan RM 44 Juta Posted: 03 Oct 2013 05:00 AM PDT Kos Jet Peribadi RM86.4 juta, Najib Dicadang Guna MAS [Selangorku] KUALA LUMPUR, 3 OKT : Kerajaan Pusat berbelanja lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun untuk kos sewaan dan penyelenggaraan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi program jelajah dan lawatan rasminya. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, kerajaan mengaku membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, kos penyelenggaraan (RM16.515 juta) dan untuk kos penambahbaikan jet (RM3.32 juta) Selain itu, katanya, kerajaan juga menanggung perbelanjaan RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Najib sejak 2008. "Sebagai bandingan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan ke luar negara dan ia menjimatkan jutaan wang rakyat. "Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula sentiasa duduk kelas ekonomi ketika menjelajah atau membuat lawatan. "Teladan baik harus dicontohi. Dicadangkan Najib membuat pertimbangan menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines (MAS), bukan jet peribadi eksklusif," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Ketika negara mengalami defisit 17 tahun berturut-turut, beliau berkata, kerajaan Umno BN gagal menunjukkan contoh baik dari segi pengurusan kewangan berhemah. Katanya, kerajaan Umno BN juga terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak dua kali di Parlimen ekoran kegawatan ekonomi. Beliau turut meminta Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan ke atas Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan bayaran emolumen dan gaji melebihi RM4 bilion setahun. - 3/10/13 |
[Memalukan] Israel Ciplak Endless Possibilities, Menteri Tidak Buat Homework Posted: 03 Oct 2013 04:15 AM PDT Israel Ciplak Slogan dari Malaysia, Kata Menteri [MK] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya. Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari. Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei. Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai "produk ciplak" dari kempen Mongolia dan Israel. -3/10/13 P/s: Harap-harap pihak Israel tidak membaca berita ini jika tidak terburailah tahap kecerdikan menteri kita. MEMALUKAN!!! |
Kos Hari Belia Negara 2012: Selepas Tipu, Kerajaan BN Bohong Lagi - DAP Posted: 03 Oct 2013 04:02 AM PDT [RK] KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER: Kos penganjuran Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) sebenarnya adalah berjumlah RM67.61 juta, bukannya RM55 juta seperti yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini. Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang mendedahkan pembohongan berulang kerajaan BN itu, berkata merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara, terdapat sejumlah wang RM12.61 juta telah dibelanjakan kementerian itu. "Wang itu adalah wang Program Pemberian Bantuan yang kemudiannya disalurkan ke penganjuran HBN2012 melalui badan belia seperti Majlis Belia Malaysia. "Laporan audit juga menyatakan akibat daripada pemberian wang itu, maka "jumlah perbelanjaan sebenar HBN2012 yang dilaporkan kementerian ternyata kurang," jelasnya yang mendesak kerajaan menjelaskan fakta sebenar mengenai kos penganjuran HBN2012. Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY itu juga berkata, ini bermakna kos sebenar HBN2012 meningkat daripada kos asal iaitu RM15 juta kepada RM55 juta, kini meningkat lagi kira-kira 23 peratus menjadikannya kos penganjuran HBN2012 RM67.61 juta. Menurut Steven, sebelum ini kos asal HBN2012 yang diperuntukkan Kementerian Belia dan Sukan ialah RM15 juta. "Kemudian, bekas Menteri Belia dan Sukan Ahmad, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bahawa hari belia mendapat tajaan swasta berjumlah RM28 juta dan pada mesyuarat Parlimen lalu, kementerian itu memohon lagi belanja lebih melalui perbekalan tambahan (supplementary budget) sebanyak RM12 juta. "Kini, mengikut laporan Ketua Audit Negara, rupa-rupanya ada lagi sebanyak RM12.61 juta yang dibelanjakan untuk majlis itu," jelas beliau. Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjawab beberapa lagi persoalan yang belum selesai. "Mengapa kos HBN2012 meningkat begitu mendadak dari perancangan asal RM15 juta sehingga kini RM67.61 juta? "Kami juga mahu kementerian senaraikan pecahan kos HBN2012 termasuk senarai penaja dan kontraktor yang terbabit, jenis kerja dan kos setiap satu dan satu lagi soalan saya, adakah kos lain yang disembunyikan kementerian yang belum dilaporkan kepada umum?," tambah beliau.- 2/10/13 |
Pembaziran KPOP: Shabery Kata Lain, KJ Kata Lain Posted: 03 Oct 2013 03:00 AM PDT Shabery: Jabatan Audit culas dalam laporan K-Pop [MK] Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Shabery, kini menteri komunikasi dan multimedia, berkata, jabatan itu hanya menyatakan jumlah keluar daripada akaun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tanpa mengambil kira jumlah "sumbangan" yang dimasukkan. "Pihak AG Audit culasdalam menjelaskan perkara sebenar kerana wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya. Selain mendedahkan jumlah kosnya, laporan audit juga menegurKBS atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut - berjumlah hampir RM3 juta. Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet terlibat dalam persembahan itu. Menulis di Facebook, Shabery berkata, justeru itu, terbukti bahawa tiada wang rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pembangkang yang hanya bersandarkan rumusan pendek Laporan Ketua Audit Negara 2012. "Moga Rakyat celik mata dengan perkara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan audit negara tentang pembelian mesinscanner berharga RM14,000 seunit. "Tetapi dalam isu KBS, ia tidak pembaziran wang rakyat sebaiknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," katanya. Bagaimanapun, berbeza dengan Shabery menteri belia dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin berkata, KBS membuat bayaran besar itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu. - 3/10/13 Khairy: Ya, Kementerian Bayar K-Pop RM1.6 juta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu. "Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS. "Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. "Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau. Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan meneruskan lagi acara sebegitu pada sambutan Hari Belia 2013 dan tahun-tahun akan datang. 'Saya mesti jawab & bertindak' Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporanBernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja. Tiga kumpulan K-Pop - U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet - dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd. Menurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu. "Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. "Prinsip kebertanggungjawapan bersama atau collective responsibilitybermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya," katanya. Menteri belia dan sukan sewaktu sambutan itu berlangsung adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan. - 2/10/13 P/s: Siapa yang berkata BENAR? |
[Gambar] Wajah Suspek Pembunuhan Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian Posted: 03 Oct 2013 01:55 AM PDT Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Ambank, Cuba Bunuh Isteri Mangsa [BERNAMA] KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di sini Julai lalu. Koong, 44, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Cheong Mei Kuen, 49. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Koong selepas pertuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Rosmaniar Zainuddin. Bagi pertuduhan pertama, Koong didakwa membunuh Hussain, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No. 4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30 tengah hari hingga jam 2 petang, 29 Julai lalu. Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, Koong didakwa cuba membunuh Cheong sehingga menyebabkan kecederaan kepada wanita itu pada masa dan di tempat yang sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh yang berbaju t-shirt putih, tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik. Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. - 3/10/13 |
Calon PMR Ambil Periksa di Wad Selepas Bersalin Hasil Hubungan Terlarang Posted: 03 Oct 2013 01:32 AM PDT [SH] KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital... Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar. Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan. Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya. "Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak. "Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam. Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A. "Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya. Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu. -3/10/13 |
Posted: 02 Oct 2013 09:24 PM PDT Pilihan Raya Kecil Sungai Limau 4 November [TMI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calonnya pula pada 23 Oktober ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu. PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius. Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi. Speaker DUN Kedah, Datuk Md Rozai Shafian telah menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker DUN di Wisma Darul Aman pada Ahad lalu bersama sijil kematian Azizan. - 3 Oktober, 2013. P/s: PRK selepas Belanjawan 2014., maka bertambah parahlah peluang PAS! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan