Isnin, 28 Oktober 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Patutlah Pengiklan Tidak Utamakan Bahasa Kebangsaan...

Posted: 28 Oct 2013 06:24 AM PDT


...undang-undangnya tidak tegas!

Tontonlah saluran televisyen rangkaian Media Prima. Ada salurannya tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan hanya memberikan fokus kepada bahasa kaum tertentu seolah-olah penontonnya tidak fasih dan memahami bahasa kebangsaan. Saluran RTM juga ada menyiarkan iklan bukan dalam bahasa kebangsaan.Dahulu iklan dalam bahasa etnik atau bahasa Inggeris peratusnya cukup kecil, namun kini sudah menjadi dominan di saluran televisyen tertentu.

Realitinya, bukan DAP yang menjahanamkan bahasa kebangsaan, orang Melayu sendiri yang menjahanamkan bahasa sendiri.

Berkaitan:

DBKL Keluar 40 Notis kepada Pemilik Iklan Tidak Utama Bahasa Melayu
 
[Bernama] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 40 notis kesalahan kepada pemilik iklan yang melanggar syarat dan tidak mengutamakan Bahasa Melayu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL juga menurunkan 77 papan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.

Beliau berkata undang-undang itu mewajibkan pengiklan mendapat pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung penggunaan Bahasa Melayu yang betul pada visual iklan papan tanda.

"Penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam perlu terus diberi perhatian yang serius.

"Di beberapa buah lokasi di Kuala Lumpur, masih ada nama bangunan, kompleks perniagaan dan taman perumahan baharu yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan malah menonjolkan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris," katanya pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan juga berkata beliau berharap DBP tidak memberi pengesahan kepada permohonan iklan yang gagal mematuhi undang-undang kecil itu selain memantau dan mengenal pasti paparan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.

"Ini supaya DBP dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, saya yakin dan percaya bahawa kerjasama erat antara DBKL dan DBP mampu, pada satu hari nanti, memberikan wajah nasional kepada Kuala Lumpur," katanya. – Bernama, 28 Oktober, 2013.



P/s: Cuba dendanya dinaikkan sebanyak RM100 ribu....

Tahniah rakyat China, Korea dan Jepun kerana mengangkat dan mengutamakan bahasa sendiri dalam kehidupan. 


Pelajar Wanita Saudi Kempen Sokong POLIGAMI

Posted: 28 Oct 2013 05:00 AM PDT



P/s: Sesuatu yang tidak mungkin berlaku di Malaysia!


[Video] Mansuh Subsidi Gula, Taikun Gula Untung RM1 Bilion

Posted: 28 Oct 2013 03:11 AM PDT


Anwar: Mansuh Subsidi Gula, Taikun Untung RM1 Bilion

[MK] Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.

'Segan' umum pengurangan subsidi minyak masak

Sehubungan itu, Anwar mencadangkan supaya liberalisasi gula dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat-syarikat pembekal baru.

Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membidas berhubung pengurangan subsidi sebanyak RM505.356 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Anwar mempersoalkan mengapa Najib dalam ucapan bajetnya "segan" mengumumkan kenaikan minyak masak yang hampir sama dengan pengurangan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum, bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan yang banyak kerana syarikat-syarikat ini memiliki ladang-ladang kepada sawit yang banyak.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak? Di dalam keadaan semasa, di mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap yang tertinggi," katanya.

Dengan memberi contoh, Anwar berkata negara Indonesia telah memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah dan juga subsidi biofeul.

"Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk mengeluarkan CPO yang berlebihan sebaliknya membebankan rakyat dengan harga minyak yang bakal dinaikkan?

"Jelas apabila dilihat kepada pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat. Sebaliknya korporat-korporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian," katanya. - 28/10/13





[PANAS] Anwar dan Azmin Nafi Desas-Desus Guling Khalid Ibrahim

Posted: 28 Oct 2013 01:29 AM PDT


Buat Apa Saya Mahu Gulingkan Khalid, Bidas Anwar

[SH] KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar hari ini mengakui memang ada membuat teguran terhadap Abdul Khalid supaya hasil pendapatan negeri dapat ditumpukan kepada rakyat terutama di dalam bidang pendidikan dan infrastruktur, namun tidaklah sampai ke tahap mahu menggulingkan kerajaan negeri itu.

"Memang teguran dibuat walaupun tidak dalam konteks yang benar, saya puji kerajaan Pulau Pinang dan Selangor kerana pengurusan ekonomi yang baik, saya gesa kerana lebihan itu, supaya dapat menumpu kepada rakyat terutama dalam bidang pendidikan dan terutamanya dalam bidang infrastruktur.

"Itu sahaja yang saya tekankan, saya kata itu sahaja yang saya bagi contoh saya dapati Shah Alam, jalan setiap minggu saya dapat aduan, rosak dan sebagainya, jadi saya kata dekat Khalid ada pegawai bagi laporan baik (tentang keadaan jalan) tapi di jalan itu berlopak.

"Sebab itu ada orang kata Anwar mahu gulingkan, buat apa saya mahu gulingkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar juga berkata, desas-desus yang bertiup kencang kononnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu mengambil alih tampuk kerajaan negeri tidak ada dalam pengetahuannya.

"Azmin, kalau dia nak ambil alih tak kan saya tak tahu, yang tahu Utusan dan Utusan yang paling prihatin tentang masalah ini," ujarnya. -28/10/13


Azmin: Tiada sebab nak singkir Khalid Ibrahim

[MK] Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan tiada sebab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mahu menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada meneruskan jawatannya bagi penggal kedua kali ini.

Malah, beliau yang juga pengerusi BBC tidak faham mengapa isu tersebut dibangkitkan semula seperti yang dilaporkan dalam media sejak akhir-akhir ini.

"Tiada sebab bagi kami (BBC) nak tukar Tan Sri Khalid. Saya tahu kamu mahu mendengar jawapan ini... Tidak ada sebab (nak tukar beliau)," katanya sambil ketawa kecil kepada pemberita di parlimen.

Menurutnya lagi, tugas BBC negeri adalah memberi idea baru berhubung langkah memajukan negeri itu dan membantu Khalid mengenalpasti serta menguruskan projek dan pembangunan yang perlu diutamakan terlebih dahulu di negeri itu.

"Kenapa isu ini dibangkitkan, kenapa kami tidak boleh beri pandangan? Dan bila dapat memo (BBC) dianggap sebagai kuasa pendesak? Kami bukan kumpulan pendesak, itu bukan tugas kami.

"Tugas kami adalah untuk memberi idea dan membantu kerajaan dan menteri besar, untuk mengimplimentasi projek di bawah. Itu yang kita cadangkan. Dalam memorandum tidak ada (berkaitan) perkara peribadi, semua isu pembangunan," katanya.

Sehubungan itu, kata Azmin, beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa akan bertemu dengan Khalid petang esok, bagi membincangkan "perkara-perkara berbangkit dan juga tidak semestinya berkaitan memorandum BBC" itu.

Semalam, Khalid dilapor menolak desas-desus bahawa jawatan yang disandangnya sejak 2008 bakal diambil alih oleh Azmin dan beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai 'asam garam dalam dunia politik'. - 28/10/13


[Video] Adik Ipar Dr. Riduan Tee Maut Jatuh Kondo

Posted: 27 Oct 2013 10:04 PM PDT



[HM] Ampang: "Arwah sering ke rumah saya kerana dia sangat rapat dengan kakaknya iaitu isteri saya.

"Malah, rumah saya juga tempat pertemuan dia dan empat anaknya yang dijaga bekas suami.

"Dia mengalami tekanan jiwa kerana menghadapi masalah rumah tangga dan sudah bercerai lebih dua tahun lalu," kata penceramah terkenal Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 46.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kematian mengejut adik iparnya Wahida Nur Akhbar, 39, yang terjatuh dari tingkat 10 kondominium miliknya di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi terbabit, mangsa ditemui telentang di tingkat tiga berhampiran kolam renang dengan kesan kecederaan di kepala.

Dr Mohd Ridzuan Tee ketika ditemui Harian Metro di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya selepas solat Subuh di Masjid Kampung Melayu Ampang, di sini.

"Saya dijemput menyampaikan kuliah, tetapi sebaik mendapat berita mengejutkan itu, saya bergegas pulang ke rumah. Adik ipar saya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Saya menghubungi polis dan ambulans sebelum mayatnya dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat," katanya turut memberitahu adik iparnya itu datang ke rumahnya sejak Jumaat lalu.

Katanya, sebelum kejadian, beliau keluar rumah jam 5.30 pagi untuk ke masjid berkenaan dan hanya isteri, dua anak serta mangsa tinggal di rumah.

Beliau berkata, kejadian disedari isterinya sebaik selesai solat Subuh dan mendengar dentuman kuat sebelum dia menjenguk ke balkoni mendapati mangsa terjatuh.

Difahamkan, mangsa anak bongsu daripada 10 beradik itu menetap di Puchong, dekat sini dan mempunyai empat anak berusia antara 13 dan 20 tahun di bawah jagaan bekas suaminya.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR). - 28/10/13


3 Isteri 1 Bisnes

Posted: 27 Oct 2013 06:47 PM PDT


Tiga Isteri 1 Bisnes

[HM] Johor Bahru: "Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.

"Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan," kata Nor Yunos Gareng, 67. 

Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40. 

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.

"Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan. - 28/10/13



Tiada ulasan: