Isnin, 28 Oktober 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bill Elektrik RM8,500 sehari?

Posted: 28 Oct 2013 04:09 AM PDT



Bill elektrik kediaman PM Najib, Seri Perdana dilaporkan mencecah lebih  RM 2.2 million pada 2012.

Ini didedahkan dalam jawapan bertulis oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  Shahidan Kassim kepada ahli Parlimen  DAP Seremban , Anthony Loke baru-baru ini.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Loke mendakwa, nilai tersebut bermakna jumlah bill penggunaan elektrik bagi Seri Perdana dan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria , telah melonjak naik sehingga 40 peratus dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

Ini, dakwa Loke, adalah berdasarkan kepada jawapan bertulis yang telah diberikan kepada ahli parlimen pembangkang yang lain 2 tahun lepas, yang menunjukan jumlah gabungan bill elektrik bagi keduanya, Sri Perdana dan Sri Satria mencecah ke RM6,000 sehari.

Jumlah penggunaan sekarang mencecah hingga ke RM8,500 sehari menurut perkiraan terkini, kata Loke .


"Bagaimana PM boleh suruh rakyat berjimat sedangkan dia sendiri begitu boros dan membazir? Tanya Loke.

Loke juga berkata, Rumah Puteh (Kediaman Rasmi Presiden Amerika) dibina diatas tanah seluas 18 ekar, berbanding dengan Sri Perdana diatas tanah seluas 42.5 ekar, bermakna lebih sekali ganda saiz tanah Rumah Puteh. 

Sri Satria diatas tanah seluas 18.6 ekar tanah, menjadikan saiznya hampir menyamai Rumah Puteh. Bil air Kediaman Rasmi PM dilaporkan mwencecah  RM 311,174 on pada tahun 2012 lalu.

Bill Eklektrik Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri mencecah RM 865,458 dan RM 99,264 untuk bill air!

Semua perbelanjaan bagi kedua-dua kediaman tersebut ditanggung oleh wang cukai rakyat. SUMBER

Tiada ulasan: