DUNIACACAMARBA |
- Kedai Seks Halal
- Ibu BAKAR Zakar dan Puting Anak
- [PANAS] Kristian Sabah, Sarawak DILARANG Guna Kalimah Allah di Semenanjung
- Noreen Noor Meninggal Dunia
- Misteri Kematian Puteri Diana Terjawab?
Posted: 22 Oct 2013 05:30 AM PDT [HM] Ankara: Sebuah kedai dalam talian menawarkan barangan seks yang dibenarkan Islam serta minyak urut dan pewangi dilancarkan di Turki, semalam, menjadikan ia bisnes pertama seumpamanya di negara berkenaan. Laman sesawang Kedai Seks Halal berkenaan menawarkan produk yang disahkan "selamat sepenuhnya" dan mematuhi semua norma dalam ajaran Islam. Pelayar Internet yang masuk ke laman sesawang itu akan menemui dua capaian berbeza yang mengasingkan produk untuk lelaki dan wanita. Bahagian lain laman sesawang itu direka untuk membincangkan seks dalam konteks Islam di bawah pelbagai tajuk, seperti Seks Oral Menurut Islam, Adab Seks Dalam Islam dan Kehidupan Seks Dalam Islam. Pengasasnya yang enggan dikenali berkata, mereka percaya kedai dalam talian itu dapat memperbetulkan prejudis terhadap Islam selepas selama ini ia dianggap agama yang menentang seks. - AFP - 22/10/13 |
Ibu BAKAR Zakar dan Puting Anak Posted: 22 Oct 2013 02:26 AM PDT Bakar Zakar, Puting Anak [HM] Boston: Seorang wanita dihukum penjara sehingga 30 tahun kerana membakar zakar dan puting dada anak lelakinya dengan pemetik api. Media semalam melaporkan, seorang remaja berusia 19 tahun menjadi mangsa penderaan berulang oleh ibunya dan dipaksa berbohong mengenai kecederaan yang dikesan pada tubuhnya. Walaupun diseksa ibu sendiri, pemuda terbabit diarah menipu kononnya kecederaan dialami itu akibat perbuatan sendiri. Dalam keterangan di mahkamah, mangsa dilaporkan menjadi mangsa penderaan tiga individu berlainan, termasuk ibunya sendiri. Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Merrimack di Massachusetts, pemuda terbabit berkata, dia diseksa di rumahnya di Penacook. Ibu pemuda terbabit, Christine Gelineau, 53, dilihat tersedu-sedan mendengar keterangan itu sambil duduk dengan pakaian penjara. "Ibu, apa yang anda lakukan ke atas saya tak boleh dimaafkan. "Anda memukul saya, membiarkan saya kebuluran, hampir memutuskan zakar saya, membuang pakaian saya, melarang saya mandi. "Anda hampir membunuh saya dengan tiga jenis ubat antikemurungan dan dua pelega otot," katanya. Menurut pemuda terbabit, dia percaya kekejaman itu disengajakan supaya dia mati dan ibunya boleh kembali kepada kehidupan silamnya. "Anda tidak akan dapat melihat saya menamatkan pengajian dan berharap anda sedar bahawa segala yang anda miliki kini lenyap," katanya. Christine mengaku salah atas tuduhan menyerang dan mengancam saksi. Sebagai balasan, dia dihukum penjara antara sembilan hingga 30 tahun walaupun kebiasaannya hakim mengenakan hukuman lebih ringan. Pendakwa, George Waldron berkata, mangsa mengalami kerosakan saraf kekal pada zakarnya apabila Christine membakar organ sulit itu dengan pemetik api di antara 10 hingga 14 April lalu. Christine mengaku membakar hujung zakar anak lelakinya tetapi mendakwa dilakukan selepas remaja terbabit mahu mengadakan hubungan seks dengannya. Sebagai balasan, kata Christine, dia memakai sarung tangan dan mencengkam kemaluan mangsa dan memulasnya sebelum dibakar beberapa saat walaupun remaja terbabit meraung kesakitan. Namun seorang lagi suspek, Daniel 'Tyler' Cantrell berkata, Christine membakar zakar remaja terbabit selepas memaksa mangsa memakan najis manusia. Walaupun mangsa mengikut arahan itu, Christine tetap membakar kemaluan remaja itu. - Agensi - 22/10/13 Lanjut baca di sini. |
[PANAS] Kristian Sabah, Sarawak DILARANG Guna Kalimah Allah di Semenanjung Posted: 21 Oct 2013 11:33 PM PDT [TMI] Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menambahkan lagi kekeliruan dalam isu kalimah Allah apabila berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu patuh kepada undang-undang diamalkan di Semenanjung Malaysia yang tidak membenarkan kalimah Arab itu digunakan oleh bukan Islam apabila berada di sini. Menteri Pelancongan itu berkata, warga Semenanjung yang ingin berkunjung ke Sabah dan Sarawak juga dikehendaki patuh kepada peraturan imigresen dan adat budaya mereka di sana. "Di Semenanjung, kalimah Allah merujuk kepada Tuhan orang Islam malah di Semenanjung juga, Bible digunakan dalam bahasa Inggeris. "Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu mematuhi peraturan di Semenanjung. Saya sendiri membantah jika kalimah Allah digunakan di Semenanjung. – 22 Oktober, 2013. P/s: Memang sudah jadi cacamarba! Di sini tidak boleh di sana boleh, orang di sini tidak boleh orang di sana boleh, kini orang di sana tidak boleh pula guna di sini. Bagi UMNO dan geng, Allah hanya tercemar jika digunakan di Semenanjung Malaysia terutama dalam The Herald. Pening! Yang pasti Allah itu ada di mana-mana, Allah itu Tuhan sekalian alam! |
Posted: 21 Oct 2013 06:11 PM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang. "Pada mulanya saya tidak percaya arwah telah tiada tetapi berita tersebut telah disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Shiba," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor. Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini. "Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya. Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980. Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. Allahyarham meninggalkan dua orang anak.. -22/10/13 P/s: Takziah. |
Misteri Kematian Puteri Diana Terjawab? Posted: 21 Oct 2013 05:00 PM PDT [SH] SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu. Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu. "Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l'Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997). "Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut. Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan. Tinggal momen Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal. Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak. Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London. Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara. "Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja. "Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan