Selasa, 22 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Syed Rosli dakwa Umno gagal bawa transformasi

Posted: 22 Oct 2013 03:29 AM PDT

 
Umno sudah rosak dan menunggu masa untuk dikapankan sahaja.




PETALING JAYA: Transformasi yang cuba dibawa oleh Presiden Umno kelihatan gagal di dalam pemilihan Umno kali ini kerana hanya Ketua Puteri Pusat bertukar tangan

Menurut bekas calon Ketua Pemuda, Syed Rosli Syeh Harman Al Jamalulail, tak ada makna transformasi sedangkan yang lain masih kekal menyandang baik dari sayap hingga ke Naib Presiden Umno.

Beliau tewas kepada penyandang jawatan, Khairy Jamaluddin dalam pertandingan 12 Oktober lalu. Beliau bersama tiga calon lain, Akramsyah Sanusi, Irwan Ambak dan Abd Karim Ali gagal mendapat sebarang undi manakala Khairy mendapat 189 undi.

"Sebagai contoh adakah seorang pencuri boleh bertukar menjadi Ustaz dalam masa singkat?," soalnya dalam kenyataannya kepada FMT.

Katanya, itulah contoh mudah yang beliau gambarkan. Umno sudah rosak dan menunggu masa untuk dikapankan sahaja.

Beliau mendakwa inilah punca golongan muda semakin benci pada Umno
Beliau bertanya kenapa isu undi popular  tidak dikeluarkan masa keputusan permilihan sayap-sayap?

"Kenapa ia  dikeluarkan untuk permilihan Majlis Tertinggi  dan Naib Presiden sahaja?" soalnya lagi.

"Jangan buat kami macam orang bodoh wahai Lembaga Permilihan Umno.Kami juga berhak tahu berapa undi kami dapat sebagai tiap calon yang bertanding di sayap-sayap," tambahnya lagi.

Katanya lagi, inilah punca orang muda benci Umno kerana orang tua dalam Umno suka perlekehkan orang muda.

Turut baca:
Din Adam tamatkan karier politik Rosli Mat Hassan

Kaukus Ahli Parlimen Wanita desak RUU Kanun Keseksaan ditarik

Posted: 22 Oct 2013 03:21 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Kaukus Ahli Parlimen Wanita sepakat untuk mendesak agar notis pindaan ke atas Rang Undang-undang Kanun Keseksaan Pindaan (2013) yang sedang dibahaskan dalam Dewan Rakyat ditarik balik.

Menurut Timbalan Pengerusi Kaukus, Fuziah Salleh, penarikan itu penting bagi membolehkan rang undang-undang yang menyentuh hak dan keganasan terhadap wanita dapat dibuat secara menyeluruh.

Katanya, pindaan ini akan dilihat dalam konteks lebih besar terutama Akta Keganasan Rumah Tangga dan juga mungkin ada akta-akta lain yang boleh diguna bersama.

Fuziah

"Pindaan dalam jawatankuasa sebelum ini tidak akan diteruskan, itu keputusan kami," kata Fuziah pada sidang media di Bilik Taklimat di Parlimen hari ini, lapor Harakah Daily.

Notis pindaan itu telah dihantar kepada yang di Pertua Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu oleh Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Kaukus sebelum ini bercadang untuk memotong beberapa pengecualian berkenaan definisi rogol, mengikuti pusat pemulihan kaunseling sebagai satu mandatori, serta memasukkan satu fasal tambahan berkenaan 'menghendap' yang dicadangkan sebagai satu kesalahan dalam Kanun Keseksaan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan wakil NGO wanita dan pihak Peguam Negara.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan mengadakan perbincangan bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada minggu hadapan bagi memperhalusi akta tersebut untuk dimasukkan dalam akta lain yang lebih relevan.

Tambahnya, mereka amat berbesar hati kerana kesudian Peguam Negara untuk berbincang perkara ini lebih mendalam.

"Kita menerima cadangan Peguam Negara untuk membincangkan ditahap yang lebih holistik, dan bukan setakat pindaan yang dibentangkan dalam Dewan," katanya.

Turut bersama dalam sidang media itu, Pengerusi Kaukus yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahamud, dan beberapa NGO Wanita.

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan Pindaan (2013) dibahas bagi memperkukuh undang-undang dengan kesalahan baru yang disasarkan pada kumpulan jenayah terancang, menambah kesalahan dalam Bab VI (iaitu kesalahan terhadap negara) dan VI (a) (kesalahan berhubung dengan keganasan).

Turut dibahaskan, peruntukan berkenaan kesalahan seksual dan perbuatan keganasan oleh pasangan yang meliputi beberapa kesalahan baru dan juga menaikkan penalti bagi kesalahan sedia ada, menaikkan penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan khianat dan kesalahan baru mengenai vandalisme.

Aida mohon semua pihak bersabar

Posted: 22 Oct 2013 03:17 AM PDT

AQMAR MUSTAZA
 
Aida mohon semua pihak bersabar
 
BARU sahaja reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis.

Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit.

"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

"Namun,  ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.

Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.

"Saya tahu perkara itu  dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya.

Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan  kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.

Negara jimat RM30 bilion jika tidak diseleweng – Anwar

Posted: 22 Oct 2013 03:14 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat menganggarkan penjimatan antara RM20 bilion dan RM30 bilion setiap tahun jika pembaziran dan penyelewengan berdasarkan Laporan Tahunan Ketua Audit Negara dihentikan.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wang negara boleh dijimatkan jika kerajaan bertindak tegas terhadap kementerian terlibat dengan salah laku dan pembaziran.

DSAI

"Antara contoh pembaziran besar dilaporkan adalah RM2.051 bilion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM3.689 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran untuk membayar pengawal tidak bersenjata di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian.

"Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan mengakibatkan perkara itu disia-siakan dan dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion dibazirkan," kata bekas Menteri Kewangan itu dipetik Sinar Harian.

Anwar berkata, pengurusan 83 projek Mansuh oleh Kementerian Kerja Raya, dianggarkan berjumlah RM2.2 bilion turut mencatat kerugian tinggi.

"Kerugian dianggarkan RM1.1 bilion atau 50 peratus daripada nilai asal disebabkan kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor," katanya.

Menurutnya, bagi menjamin perbelanjaan kerajaan diuruskan dengan efisien dan teratur, Pakatan akan melancarkan program rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan, khusus bagi mencapai pengurangan 10 peratus perbelanjaan operasi.

"Program ini akan dicapai melalui penangguhan sementara kenaikan elaun Menteri Kabinet dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan. Pakatan turut menggariskan pengkajian polisi perbelanjaan kerajaan.

"Selain itu, mekanisme subsidi sasaran dan pengawalan barangan subsidi perlu diperkemaskan bagi mengelakkan salah guna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan cadangan Belanjawan Pakatan  Rakyat 2014 di bangunan Parlimen, semalam.

KEADILAN muafakat pertahan kemenangan PAS di DUN Sg Limau

Posted: 22 Oct 2013 03:11 AM PDT

KEADILAN DAILY


SUNGAI LIMAU : Pakatan Rakyat muafakat mahu mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 5 November ini.

Pendirian itu dizahirkan melalui permuafakatan pemimpin KEADILAN yang berkampung di Sungai Limau mulai semalam untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad pada hari penamaan esok.

prkn20


Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman antara pemimpin yang menyertai ceramah perdana dan majlis pengumuman calon di Markas Utama PAS Jerai malam tadi.

Kira-kira 3 petang tadi, Azmin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung bergandingan dalam program Ramah Mesra Bersama Aktivis dan Anggota Cabang Alor Setar dan Kuala Kedah di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri.

Turut serta, Ahli Majlis Tertinggi, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Program diteruskan di Kampung Setia Jaya, Sedaka, Yan dengan Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Negeri dan jentera parti kira-kira 5 petang ini yang turut dihadiri Adun Bakar Arang, Simon Oii.

Esok mereka juga sepakat akan berarak ke Pusat Penamaan di Pejabat Daerah Yan dan mengiringi Azam sebelum berkempen selepas itu.

Azam merupakan Ketua Pemuda PAS Jerai yang juga bekas guru bakal berdepan calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim.

"Pejuang" Kalimah Terpaksa Tunduk, Kristian Sabah & Sarawak Dibenarkan Guna Kalimah "Allah"

Posted: 22 Oct 2013 03:05 AM PDT

KELAB GREENBOC


Najib: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.

"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai... ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya.

Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam.

Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. – Bernama

ULASAN GB

Setelah lebih seminggu keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan tentang larangan akhbar mingguan The Herald menggunakan kalimah ALLAH,dan setelah warga Sabah & Sarawak rata-rata menunjukkan riaksi negatif terhadap keputusan tersebut, Najib dan UMNO BN yang cukup rasa tertekan sehingga terpaksa membuat kenyataan terbaru: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesiapa pun tudak boleh menyekatnya. Tiada dalil aqli dan naqli yang mengharamkan penggunaaan kalimah tersebut, malah seluruh dunia mentertawakan Malaysia kerana pengharaman tersebut. 


,br> Bagaimana pula dengan fatwa Mohd Nooh Gadut? Katanya boleh jatuh murtad dan kafir jika benarkan Kristian gunakan kalimah Allah.

Peluru sesat: Bapa kanak-kanak kecewa

Posted: 22 Oct 2013 03:00 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
 
Peluru sesat: Bapa kanak-kanak kecewa  
Sekumpulan doktor pakar diketuai Dr Chee Keong (tiga, kiri) dalam sidang media di HRPB, semalam.

IPOH – Mangsa peluru sesat, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh dua atau tiga hari selepas melalui pembedahan mengeluarkan peluru di kerongkongnya, kelmarin.

Bapanya, Mohd Azizi Abdullah, 48, bagaimanapun memberitahu, anak bongsunya itu masih trauma.

"Kami gembira apabila dia selamat menjalani pembedahan. Doktor nasihatMohd Amar diberi air dingin supaya tidak menjejaskan luka dalaman.

"Kami ahli keluarga pun tidak banyak bertanya mengenai kejadian itu, tetapi memberi dia semangat supaya cepat pulih," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Pada masa sama, menurutnya, dia kecewa apabila tiada seorang pun wakil anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes itu menemui keluarganya untuk menyatakan rasa simpati atau meminta maaf.

Dalam kejadian14  Oktober lalu, seorang polis berpangkat sarjan didakwa sedang membersihkan pistol di tangga rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, dipercayai tertekan picu senjata itu dan pelurunya mengenai Mohd Amar yang berada kira-kira 40 meter dari  tempat tersebut.

Sementara itu, sekumpulan doktor pakar diketuai Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Jabatan Neurosurgeri, Dr Cheang Chee Keong dilaporkan menggunakan kaedah 'endoscope' bagi mengeluarkan peluru berkenaan.

Dr Chee Keong berkata, Mohd Amar perlu memakai pendakap leher selama beberapa bulan akibat  terdapat retakan pada tulang lehernya.

"Mohd Amar perlu buat rawatan susulan dan pemantauan berterusan dalam masa dua bulan bagi menstabilkan lehernya. Saya jangka tiada pembedahan diperlukan selepas ini.

"Keadaan Mohd Amar  dilihat masih trauma. Semua pihak diminta untuk tidak mengganggunya," katanya pada sidang media dikendalikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Nolee Ashilin Mohd Radzi, di sini.

Menurutnya, kejayaan pembedahan berisiko tinggi melibatkan beberapa pakar dari Jabatan Neurosurgeri dan Otorinolaryngiologi (ENT) serta Anaestesiologi, diadikann sebagai satu kajian (study case).

PR jangka defisit negara terus meningkat

Posted: 22 Oct 2013 02:58 AM PDT

NIZAM ZAIN
 
Anwar Ibrahim 
 Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun depan akan mencecah kadar 5.2 peratus berdasarkan ramalan peningkatan ekonomi global.

Pertumbuhan itu sekali gus akan menyebabkan defisit fiskal negara turut meningkat pada kadar 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Anggaran itu dibuat berdasarkan anggaran pendapatan negara sebanyak RM228 bilion dan anggaran perbelanjaan negara sebanyak RM262 bilion di mana pengurangan sebanyak 10 peratus pada perbelanjaan operasi tidak termasuk emolumen.

"...anggaran KDNK sebanyak RM1,055 bilion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun sama," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen, semalam.

Katanya lagi, sejak PR menyediakan Belanjawan Alternatif, anggaran defisit pembangkang jauh lebih rendah berbanding kerajaan Barisan Nasional.

"Sejak tahun lalu, defisit kerajaan semakin meningkat dan ini disebabkan kegagalan kerajaan menangani gejala rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran serta pengurusan kewangan negara," bidas beliau.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membentangkan Belanjawan 2014 Jumaat ini menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal negara kepada tiga peratus daripada KDNK.

Perkasa desak siasat isu korban

Posted: 22 Oct 2013 02:57 AM PDT

Perkasa desak siasat isu korban  
Ahli Perkasa Johor membuat laporan di Balai Polis Sentral, semalam.

JOHOR BAHRU - Perkasa Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat seorang lelaki dikenali sebagai Saravanan, yang mempersoal hukum penyembelihan lembu bagi ibadah korban yang dijalankan pihak sekolah di Selangor, baru-baru ini.

Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Mohd Ghauth Mohd Yusoff berkata, perkara tersebut mula mendapat perhatian umum apabila audio perbualan antara lelaki itu dan individu yang dipercayai guru besar sekolah terbabit tersebar menerusi YouTube dan Facebook.

Menurutnya, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana semua pihak sedia maklum bahawa ibadah korban penting bagi umat Islam dan tindakan lelaki itu bukan sahaja memperkecilkan Islam malah boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

"Berdasarkan pemerhatian saya, guru besar tersebut telah menerangkan dengan baik bahawa program penyembelihan lembu sempena ibadah korban itu adalah untuk memberi pendidikan kepada murid-murid Islam berkaitan ibadah berkenaan.

"Mengapa dia nak pertikai dengan mengatakan 'bagaimana jika orang Cina menyembelih babi di kawasan sekolah?.

Tindakannya itu bukan sahaja biadab, malah boleh menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, semalam.

Dalam audio berdurasi lapan minit itu, lelaki terbabit yang mendakwa berada di luar negara, mempertikaikan mengenai ibadah korban dijalankan di sekolah dan mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti keagamaan.

Sehubungan itu, mereka menggesa polis, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat isu berkenaan.

Bagaimana GST akan susahkan hidup rakyat…

Posted: 22 Oct 2013 02:52 AM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad 
 Dr Dzulkefly Ahmad
 
MENJELANG pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai 'Twin Deficit' atau 'Defisit Berkembar', debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.

Secara mudahnya, pertama -'Defisit Fiskal/Budget' kerana "Berbelanja lebih besar daripada pendapatan" dan kedua – Defisit Perdagangan kerana "Mengimport lebih daripada mengeksport". Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan 'Penarafan Kredit'nya atau 'Sovereign Rating'.

Terkini, dua hari lalu 'Fitch Rating' sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada 'Stabil' pada Julai kepada 'Negatif'. Implikasi penurunan 'penarafan' harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki 'kedudukan fiskal-kewangan' negara yang semakin kritikal.

Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga ialah kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. …

(*) Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Penyanyi, pelakon Noreen Noor meninggal dunia

Posted: 21 Oct 2013 11:55 PM PDT

 THE MALAYSIAN INSIDER

 Gambar dari khazanah-muzik.blogspot.com. Gambar dari khazanah-muzik.blogspot.com. 































Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noreen Noor (gambar), 52, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang hari ini akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi, berkata allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di KM16 Kampung Pulai, Melaka.

Noreen Noor atau nama sebenarnya Noraine Mohd Nor, yang popular dengan lagu 'Siang Terbayang Malam Merindu', meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun. - Bernama

Azam Samad lawan Ahmad Sohaimi di Sungai Limau

Posted: 21 Oct 2013 11:52 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad, calon PRK DUN Sungai Limau.Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad, calon PRK DUN Sungai Limau. 



























Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad diumumkan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang.

Ini bermakna, Azam akan berdepan dengan Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi Lazim yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) petang semalam.

Ahmad Sohaimi diumumkan sebagai calon oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN di Bilik Gerakan BN bagi PRK DUN Sungai Limau di Sungai Lentang, Sungai Limau.

 Ketika memberikan ucapan sulung selepas diumumkan sebagai calon, Azam seorang bekas guru berkata, beliau akan meneruskan agenda bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini.

Azam berkata, beliau berharap semua pihak menghadapi pilihan raya kecil kali ini dengan penuh harmoni.

Muhyiddin ketika mengumumkan pemilihan calon BN berkata, pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Pensyarah UPSI, Ahmad Sohaimi Lazim, calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau.Pensyarah UPSI, Ahmad Sohaimi Lazim, calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau.Katanya, pemilihan dibuat berdasarkan penilaian oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman itu.

Ahmad Sohaimi, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah, Azizan kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

Putrajaya tarik balik pindaan klausa hina bendera dan vandalisme

Posted: 21 Oct 2013 11:44 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Kejadian kibar bendera Sang Saka Malaya pada sambutan ambang merdeka dikatakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mendapat perhatian ramai. Gambar fail.Kejadian kibar bendera Sang Saka Malaya pada sambutan ambang merdeka dikatakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mendapat perhatian ramai. Gambar fail.




















Putrajaya menarik balik dua klausa dalam cadangan pindaan Kanun Keseksaan berkenaan vandalisme dan penghinaan terhadap logo nasional seperti bendera, kata ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Naib Presiden PKR itu mengesahkan perkara berkenaan pada sidang media di Parlimen apabila menerima notis penarikan balik dua klausa berkenaan selepas perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

"Memang kami menolak penghinaan terhadap Jalur Gemilang, tetapi kami menolak hukuman yang terlalu berat kepada sesiapa yang dikatakan menghina negara," katanya.

 "Kita tidak boleh menggunakan paksaan terhadap rakyat," katanya yang turut menghargai penarikan semula dua klausa berkenaan, Klausa 5 dan 33 dalam Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat (PR) tetap akan menentang pindaan terhadap klausa 11 yang memperuntukan penjawat awam dilarang mendedahkan maklumat dalam kerajaan kerana ia menyamai Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Ia macam OSA baru untuk penjawat awam," katanya.

Isu penghinaan terhadap bendera Jalur Gemilang mula menjadi perhatian selepas beberapa individu mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan baru-baru ini

PAS harap media perdana jaga keharmonian Sg Limau

Posted: 21 Oct 2013 11:41 PM PDT

Muhammad Faizal,


JERAI: PAS meminta agar media arus perdana melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berhemah dan adil menjelang kempen dan pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar yang ketika berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam berharap selain menjaga keharmonian, mereka juga perlu bersikap profesional dalam penyiaran dengan membuat siaran media kepada PAS.

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua rakan media yang hadir dan akan hadir terutamanya media arus perdana seperti TV1.

"Apa yang saya harapkan media arus perdana ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih profesional dan apa yang penting jangan menggugat keharmonian penduduk Sungai Limau dengan berita-berita yang berunsur fitnah," jelasnya.

Jelasnya, PAS mahupun Pakatan Rakyat mahu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak yang membawa politik damai di Kedah terutamanya Dun Sungai Limau.

"Kehidupan satu keluarga, kita tidak mahu media arus perdana memperondak peranda kedamaian yang telah dibina oleh Allahyarham selama ini.

"Jika media memberi liputan yang tidak adil, ia akan mengundang kehidupan yang damai ini kepada ketegangan sesama sendiri," ucap beliau.

Penamaan calon bagi PRK Dun Sungai Limau akan berlangsung pada 23 Oktober, manakala hari pengundia pada 4 November.

PAS yang meletakan Ketua Pemuda Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon mereka yang akan berdepan dengan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Ustaz Azam dari kacamata seorang sahabat

Posted: 21 Oct 2013 11:29 PM PDT

Muhammad Sanusi Md Nor ,



Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika terasa kurang di mana-mana.

Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat Subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun 2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu, kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.

Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya, yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...

"Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?"
"Ya mak cik, Azam ada mak cik"
" Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai. Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon balik"
"Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda"
" Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi telefon"
"Ok mak cik, Assaamualaikum!"
"Waalaikumussalammmm!"

Sebelum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia telepon balik.

Telefon saya masih di telinga gara-gara sambutan keibuan yang sangat menarik di talian, sayang untuk ditamatkan.

Demikian ibunya, demikianlah Ustaz Mohd Azam! Maka, sepanjang dalam Dewan Pemuda, dia diamanahkan mengendalikan pengurusan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) yang melibatkan 12,000 pelajar pra sekolah, ribuan guru dan pengelola Pasti seluruh Kedah. Sekolah-sekolah Pasti berkembang pesat dan teratur dibawah pimpinannya.

Dia mewujudkan koperasi dan pusat jualan untuk menambah dana membantu guru-guru Pasti yang bergaji rendah. Majlis Guru Pasti (MGP) aktif dan cergas merencana berbagai program dibawah kelolaaan Ustaz Azam. Pelajar makin bertambah, guru-guru makin ramai, kokurikulum juga semakin hebat.

Usaha pentingnya ialah membantu menambah pendapatan guru-guru tanpa membebankan waris dengan kenaikan yuran. Setiap kali meneliti dan mendengar laporan tentang Pasti, dada sebak dengan kesungguhannya, dan kepala menjadi berat membayangkan kepayahan yang ditempoh oleh Ustaz Azam dan warga Pasti. Sukar mencari orang yang memiliki kesanggupan bertaraf tinggi seperti Azam!

Ustaz Azam sebelum menjadi Ketua Pemuda Jerai, dia berkhidmat di banyak posisi sama ada dalam pemuda dan MTD. Dia sentiasa ada di markaz. Sepanjang saya berkhidmat dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN dan YDP PAS Jerai, yang terkenal dengan 'cengey' dan tegas, sukar berkompromi dengan kesilapan dan sentiasa mahukan hasil tugasan yang paling baik....Ustaz Azizan tidak pernah meninggikan suara dengan Ustaz Azam, di depan atau belakangnya.

"Azam tu budak baik tuuu..."

"Azam tu budak betoiii, beraluihh dengan orang tua-tua..."

Pada waktu lain, Ustaz Azizan menzahirkan belas kasihnya kepada Ustaz Azam....

"Kesian Ustaz Azam tuu...ayah dia tak dak dah... Nak urus menikah kahwin nanti tentu susah...nasib dia macam aku la jugak lahh! Untunglah siapa dapat menantu macam dia...orangnya baik sangat-sangat."

Ustaz Azam Samat telahpun dipilih memikul amanah menjadi calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ustaz Azizan. Sg Limau bertuah, dan masyarakatnya bakal beruntung sekali lagi kerana kelahiran susuk-susuk hebat ini dari  buminya, menumpahkan khidmat dan limpahan anugerah Allah kepada watannya. Dialah pengganti Ustaz Azizan yang menghampiri kesempurnaan, dari semua sudut - kecuali Ustaz Azam tidak garang! Dia paling cocok dengan Sg Limau yang pernah mengirimkan TG Hj Yahya Joned, TG Ustaz Azahari dan Ustaz Azizan ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Mereka semuanya adalah tokoh ilmuan dan aset besar kepimpinan di Kedah.

Sehingga kini, selepas bersahabat bertahun-tahun, Ustaz Azam masih memanggil saya "Abang Sanusi" walaupun jarak usia kami hanya dua tahun. Bertuahlah ibunya, adik-adiknya, sahabatnya, pimpinannya dan masyarakat yang bakal dipimpin oleh Ustaz Azam....

Calon PAS Dun Sg Limau. Semoga dia tabah dan berupaya mengharungi amanah besar ini untuk ummah. Siiru 'ala barakatillah.

(*) Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Kedah.

Baki Akaun Semasa Negara Malaysia : 2009 (RM14 Bilion) VS 2013 (Tinggal RM1.0 + Bilion)?

Posted: 21 Oct 2013 11:22 PM PDT


Akaun Semasa Kerajaan 2013


Keratan akhbar ini kami perolehi daripada seorang pembaca setia Berita Semasa yang menghantar melalui email dan inginkan kepastian apabila disogokkan dengan maklumat yang mana keadaan akaun semasa negara Malaysia dalam keadaan begitu meruncing sekali. Walaubagaimanapun…

Walaubagaimanapun berdasarkan semakan yang Berita Semasa lakukan, kami dapati angka yang diberikan kurang tepat apabila melihatkan angka dan fakta yang dikongsikan melalui laporan berita Bloomberg bertarikh 30 Ogos 2013. Yang menyatakan  sebenarnya :
  1. Akaun Semasa Negara Malaysia Suku Pertama 2013 : RM8.7 Bilion
  2. Akaun Semasa Kerajaan Malaysia Suku Kedua 2013 : RM2.6 Bilion
Telah berlaku penyusutan yang agak drastik sebelum Pilihanraya Umum  2013 dengan tempoh selepas PRU Ke 13 (SEPERTI DI SINI)

 

Baki Akaun Semasa Negara Malaysia (Laporan Bloomberg)

 

Bloomberg Current Account Malaysia

 

Baki Akaun Semasa Negara Malaysia (Data Bank Negara)

 

Akaun Malaysia 2013
Sumber : Statistik Bank Negara Malaysia

 

Baki Akaun Semasa Negara : Bajet Surplus VS Bajet Defisit?


Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negara, rakyat Malaysia hanya menikmati Bajet "surplus" sebanyak 5 kali sahaja sejak tahun 1970 iaitu antara tahun 1993 – 1997. Bajet defisit terburuk adalah pada tahun 2009 (-RM47.4 Bilion). Walaupun pembentangan Bajet telah dibentangkan tetapi dana kerajaan tidak pernah cukup sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memohon perbekalan tambahan beberapa kali sejak tahun 2009 lagi.

Dan penganalisis ekonomi menjangkakan pada suku pertama tahun hadapan, kerajaan akan membentangkan sekali lagi perbekalan tambahan yang kedua bagi tahun 2013. Hampir pasti akan berlaku….Selepas kerajaan berjaya memperolehi RM14 bilion tambahan (DI SINI)
Jika amalan perbelanjaan tidak efisen seperti ini diteruskan, tidak lain dan tidak bukan rakyat Malaysia termasuk kami, anda, anda di sini yang terkena tempiasnya…
Angka terkini baki akaun semasa kerajaan Malaysia bakal menjawab sedikit sebanyak persoalan rakyat melihatkan sebuah negara yang dilimpahi kekayaan kayu balak, getah, kelapa sawit, tanah yang sumber untuk tujuan pertanian, lautan luas yang menjadi sumber makanan laut, limpahan hasil emas hitam (minyak dan gas) tetapi rakyat belum benar-benar merasai limpahan kekayaannya.

Sebaliknya……berita kenaikan harga minyak & harga barang sekaligus lonjakan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini. Respon balas anda pula?

Luput: Jangan harapkan pengguna semak tong gas

Posted: 21 Oct 2013 11:15 PM PDT

Harakahdaily,





TEMERLOH: Tahukah anda tong gas memasak 14 kg yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi?

Tong gas sebenarnya mempunyai tarikh luput (rujuk gambar untuk melihat bagaimana untuk menentukan tarikh luputnya).

Cara bagaimana memeriksa selinder gas LPG:

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut:

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March (Suku pertama),

B utk June (Suku kedua),

C utk Sept (Suku ketiga), &

D utk December (Suku keempat).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Namun bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah lebih baik kerajaan membuat penguatkuasaan untuk memastikan penggunaan tong gas yang selamat kepada pengguna, bukan hanya meminta pengguna membuat semakan.

"Kita perlu sedar sebahagian pengguna adalah orang-orang tua yang tiada kemahiran dan pengetahuan tentang tarikh luput dan kualiti tong gas yang dihantar dan sebahagian pengguna tidak ambil kisah hal tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Jesteru itu, katanya kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pengguna berada dalam keadaan berisiko apabila tong gas yang tamat tempohnya dan kurang berkualiti turut digunakan oleh syarikat pengeluar.

"Penguatkuasaan mesti dijalankan di syarikat pembekal," cadang Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Pada Jun lalu, seorang pekerja penyelenggaraan di restoran di hadapan Plaza Low Yat, Mohd Fauzi Harun, 33, meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa akibat melecur 88 peratus terkena letupan gas akibat tong gas bocor.

Menurut ibu saudaranya Mariam Harun berdasarkan cerita rakan sekerja arwah, sebelum kejadian, pihak pembekal tong gas menghantar enam tong di restoran itu.

"Namun, pekerja mengesan ada kebocoran pada salah satu tong itu dan memaklumkan kepada pengurus restoran.

"Mangsa meluru naik untuk memeriksa kebocoran gas berkenaan. Namun, secara tiba-tiba berlaku letupan sebelum pekerja dan pelanggan restoran melihat mangsa berlari turun dalam keadaan badannya sudah hitam kerana melecur," katanya yang dipetik Harian Metro.

Pada 2011, seorang suri rumah dilaporkan maut akibat melecur teruk manakala suaminya cedera di bahagian tangan dan kaki selepas tong gas di rumah mereka di tingkat 15, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya meletup.

PR boleh jimatkan 10% perbelanjaan mengurus

Posted: 21 Oct 2013 11:13 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Selepas pembentangan Belanjawan Alternaif 2014 semalam oleh pucuk pempinan Pakatan Rakyat (PR), mungkin masih ada pihak termasuk pakar ekonomi yang meragui bahawa bajet defisit 3.2% daripada KDNK dan juga penurunan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% boleh dicapai.

Matlamat ini boleh dicapai dengan mengurangkan ketirisan dan pembaziran duit yang dikenalpastikan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 dan juga menghapuskan program yang tidak efektik dan memakan belanjaan yang besar.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (Kuala Terengganu) dan Dr. Azman Ismail (Kuala Kedah) dalam kenyataan media mereka, hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh.

Selepas pembentangan Belanjawan Alternaif 2014 semalam oleh pucuk pempinan Pakatan Rakyat, mungkin masih ada pihak termasuk pakar ekonomi yang meragui bahawa bajet defisit 3.2% daripada KDNK dan juga penurunan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% boleh dicapai. Matlamat ini boleh dicapai dengan mengurangkan ketirisan dan pembaziran duit yang dikenalpastikan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 dan juga menghapuskan program yang tidak efektik dan memakan belanjaan yang besar. Contoh-contoh untuk tiga kementerian diberikan di sini.

Kementerian Pertahanan

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Pertahanan adalah RM11.97 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan). Mengikut Anggaran Bajet 2013, Program Latihan Khidmat Negara menggunakan perbelanjaan sebanyak RM712 juta. Sebagai bandingan, bajet seluruh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 adalah hanya RM738 juta. Jadi satu program – PLKN – memakan bajet yang lebih kurang sama dengan satu Kementerian. Program ini patut ditangguhkan dan dikaji semula.

Mengikut LKAN 2012, 30 Kontrak Rangsum Kering bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM48 juta hanya berilai RM13.5 juta ataupun 28% daripada nilai keseluruhan. Penjimatan sebanyak RM34.5 juta boleh diperolehi untuk satu kontrak ini sahaja.

Perbelanjaan mengurus boleh dikurangkan sebanyak RM746.5 juta ataupun 6.2% daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kementerian Pertahanan untuk tahun 2013.

Kementerian Pendidikan

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Pelajaran adalah RM36.6 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan)

LKAN 2012 melaporkan pengurusan perkhidmatan kawalan keselematan di sekolah yang melibatkan pembarizan wang yang besar. Dianggarkan RM1.6b daripada RM2.02 kontrak pengurusan ini dibazirkan.

LKAN 2012 juga melaporkan berlakunya pembaziran dalam kontrak pengurusan perkhidmatan kebersihan bagunan dan kawasan di sekolah di mana jadual pekerja kebersihan tidak tetap dan rekod tidak disimpan dan ini membolehkan segelintir syarikat yang mengambil kesempatan dengan baucer bayaran elaun masa tambahan. Dianggarkan RM500 juta telah dibazirkan di atas perkara ini.

LKAN 2012 juga melaporkan kegagalan Program 1 Susu Malaysia yang diberi peruntukkan sebanyak RM170 juta tetapi hanya mencapai 40% daripada sasaran oleh kerana susu dihantar lewat dan juga dihentikan apabila 175 kes keracunan berlaku pada tahun 2011 dan 2012. Program ini tidak membawa apa-apa manfaat kepada pelajar dari segi kesihatan dan boleh dihapuskan.

116,399 Chromebooks telah dibeli sebagai sebahagian daripada program "1 Student 1 Device" dengan harga RM1,255 untuk setiap Chromebook berbanding dengan harga pasaran RM988. Ini bermakna penjimatan sebanyak RM31 boleh diperolehi jikalau peralatan ini dibeli daripada pasaran terbuka.

RM27 juta telah dibelanjakan untuk program diploma sukan yang dijalankan oleh United States Sports Academy. Jikalau program ini dijalankan di IPTA, penjimatan sebanyak RM21 boleh diperolehi.

RM270 juta telah dibelanjakan untuk 3 syarikat juru unding latihan Bahasa Inggeris dimana 360 'mentor' telah diupah untuk meningkatkat taraf pengajaran BI di sekolah rendah. Program ini boleh digantikan dengan program yang lebih 'kos-efektif'.

Nilai kontrak-kontrak ini berjumlah RM2.5billion ataupun 6.5% daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kementerian Pelajaran untuk tahun 2013.

Kementerian Kerja Raja

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Kerja Raya adalah RM2.4 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan).

Dari 2010 hingga 2012, Projek Mansuh sebanyak 83 projek dianggarkan berjumlah RM 2.2 billion. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1.1 billion atau 50% daripada nilai asal disebabkan oleh kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor.

Penjimatan daripada hanya satu perkara boleh mengurangkan perbelanjaan mengurus untuk Kementerian Kerja Raya sebanyak 4.5%.

Rumusan

Ini adalah segelintir sahaja daripada program dan aktiviti yang dijalankan oleh kementerian-kementerian ini yang melibatkan pembaziran dan juga program yang kurang efektif. Walaupun program yang disenaraikan di atas bukan banyak, tetapi kos penjimatan sudah begitu ketara.

Pakatan Rakyat yakin bahawa dengan kajian dan penilaian yang komprehensif di setiap kementerian, penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% pasti dapat dicapai.

PKR, DAP akan pastikan PAS kekal di Sg Limau

Posted: 21 Oct 2013 11:10 PM PDT

Muhammad Faizal,



 

JERAI: PKR dan DAP berikrar memberi komitmen sepenuhnya bagi membantu PAS untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu 4 November ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata selaku rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR akan turut sama berkempen dan berikrar untuk memenangkan calon PAS.

"Kita dari PKR akan turut sama berkampung mulai hari ini sehingga hari pengundian nanti bagi usaha untuk berkempen bersama-sama PAS agar kerusi ini terus kekal di tangan parti itu.

"PKR yang akan diketuai Datuk Johari Abdul akan melaksanakan tugas mereka selari dengan apa yang dikehendaki oleh PAS dan kita turut meletakkan beberapa individu yang mempunyai kepakaran agar serangan kita terhadap Barisan Nasional (BN) berjalan dengan lancar," jelas beliau.

Katanya lagi, kemenangan PAS pada PRK kali ini sangat penting sebagai satu isyarat kepada kerajaan agar tidak terus membebani rakyat.

Selain itu katanya, kemenangan ini juga sebagai satu 'amanah kedamaian' yang akan diteruskan setelah sekian lama diperjuangkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak," ucap beliau.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut sama hadir pada majlis tersebut menyatakan dengan tema 'kekal' yang akan digunakan PAS, sangat bertepatan.

Jelasnya lagi, kemenangan pada 4 November nanti juga merupakan satu isyarat jelas untuk Pakatan Rakyat serta rakyat membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita yakin PAS dengan calon yang diumumkan ini akan terus berada di kerusi Dun Sungai Limau.

"Kemenangan kita merupakan satu isyarat yang amat jelas untuk kita membuat perubahan pada PRU14 nanti," ucapnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengundi agar tidak terpengaruh dengan fitnah yang akan digunakan oleh BN dalam kempen mereka nanti.

Katanya, BN pasti akan menberitahu kepada rakyat tentang sikap perkauman DAP yang anti kepada Melayu serta mengatakan PAS menjadi alat kepada DAP.

"Pengundi perlu berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan kempen fitnah BN terhadap rakan-rakan parti di dalam Pakatan Rakyat.

"Mereka pasti menuduh DAP anti Islam dan Melayu, malah akan mengatakan PAS menjadi alat kepada DAP.

"Saya sehingga sekarang mengesa mereka kemukakan bukti manakah yang kata DAP anti Islam atau Melayu tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa bukti ditunjukkan," ucapnya.

Beliau yakin dengan apa yang telah dibina oleh Ustaz Azizan sebelum ini, pengundi tidak terpengaruh dan bijak dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tiada ulasan: