Sabtu, 19 Oktober 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Tidak Rasmi] PAU 2013: Zahid, Shafie, Hisham KEKAL

Posted: 19 Oct 2013 08:13 AM PDT


[MK] Dua penyandang naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mengekalkan jawatan yang dimenangi sebelum ini dengan masing-masing mendapat 153 dan 142 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.

Manakala seorang lagi penyandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 84 undi - kurang 12 undi sahaja lagi untuk melepasi undi minimum bagi memenangi jawatan tersebut.

Manakala, setakat ini Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 69 undi - bagi mengekori rapat Hishammuddin.

Bagaimanapun, undi popular Mukhriz lebih besar berbanding Hishammuddin.

Sehingga 11:57 malam ini, menurut keputusan tidak rasmi yang dipamerkan di ibu pejabat Umno, Mukhriz mendapat 28,615 manakala Hishamuddin pula mendapat 27,135 undi.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan tidak lama lagi di ibu pejabat Umno di PWTC.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut sehingga jam 10.00 malam ini:

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 153

2. Datuk Seri Shafie Apdal -142

3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein -84

4. Datuk Mukhriz Mahathir -69

5. Tan Sri Isa Samad -8

6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7.
-19/10/13

Berita penuh di sini.


Polemik 'Allah' Merebak ke Dunia Islam

Posted: 19 Oct 2013 08:00 AM PDT


[MK] Rumah siap pahat berbunyi. 

Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya.

"Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya. 

"Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini.

Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional.

"Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi.

Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'?

Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha.


"Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar...

"Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan.

Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam.

Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?|

"Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis.

PERKASA: Ada juga Arab jahil

Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (bawah) dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil.

"Kenapa kita mesti kisah... Saya tak rasa semua orang Arab faham Islam. Bahawa tiada seorang pun yang jahil di sana.

"Mereka (daripada dunia Arab) yang menyokong AS menyokong Sosialis dan Kristian...

"Begitu juga di Indonesia... lagi teruk. Sesiapa yang bersongkok tidak semestinya orang Islam... ada mereka yang makan babi. Semuanya tidak mustahil di Indonesia," beliau dipetik sebagai berkata. -19/10/13


Pemimpin Politik CABUL Menantu

Posted: 18 Oct 2013 06:30 PM PDT


Usap Bahu Cabul Menantu

[HM] Tampin: Seorang pemimpin politik di daerah ini ditahan polis 7 Oktober lalu kerana disyaki mencabul menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan (FELDA) Jelai, Gemas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa berusia 23 tahun baru berkahwin dengan anak suspek tahun lalu dan tinggal serumah bersama suspek berusia 50-an di tanah rancangan berkenaan.

Menurutnya ketika kejadian 22 September lalu, mangsa yang berehat di ruang tamu rumah dihampiri suspek jam 8 pagi yang secara tiba-tiba mengusap tangan kiri dan bahu mangsa, kononnya untuk melihat kesan lebam akibat wanita itu terjatuh sehari sebelumnya.

"Mangsa yang terkejut bangun dan menuju ke dapur, tetapi dia diekori suspek. Lelaki itu kemudian bertindak lebih berani memeluk mangsa dari belakang dan mencium lehernya beberapa kali.

"Mangsa yang tidak selesa dengan keadaan itu menceritakan kejadian kepada suami dan mereka berbincang bagi mencari penyelesaian. "Bagaimanapun, selepas lebih seminggu tiada kata putus diberikan suaminya, mangsa nekad menghubungi adiknya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, petang semalam.

Wooi berkata, adik mangsa kemudian datang mengambil mangsa di FELDA berkenaan 3 Oktober lalu dan selepas berbincang dengan keluarga, laporan polis dibuat di Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu berhubung kes cabul itu.

Beliau berkata, suspek ditahan 7 Oktober lalu dan direman selama empat hari.

"Suspek sudah dibebaskan pada 10 Oktober lalu dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan. Polis kini menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya jika sabit kesalahan. - 19/10/13


P/s: Suami mendiamkan diri walaupun isteri dicabul oleh bapa sendiri? Dayus!


Wanita Dinoda Selepas Disamun di dalam Lif

Posted: 18 Oct 2013 05:51 PM PDT


Sekadar hiasan.

[HM] Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja disamun, malah dirogol seorang lelaki dipercayai warga asing di kondominium miliknya di Damansara Perdana, di sini Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 38 tahun sedang menaiki lif sebelum diekori lelaki terbabit yang berusia 30-an. 

Lelaki terbabit kemudian mengikat tangan dan mengambil wang tunai berjumlah RM800 berserta telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangan mangsa. 

Mangsa turut diugut sebelum ditolak masuk ke dalam rumah dan dirogol sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, lelaki terbabit ditahan di Cheras pagi semalam bagi membantu polis memburu suspek sebenar yang merogol mangsa. 

"Hasil siasatan awal, polis mengesyaki suspek telah menjual telefon bimbit mangsa kepada lelaki lain. 

"Polis juga percaya perbuatan ini dilakukan penyewa atau penduduk di situ kerana sistem kawalan keselamatan kondominium dikawal rapi 24 jam dan pelawat memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam bangunan," katanya. 

Menurut Arjunaidi, polis masih menyiasat lanjut berhubung perkara itu dan lelaki terbabit direman bermula semalam. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan melakukan rompakan. - 19/10/13



Tiada ulasan: