Rabu, 16 Oktober 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Tersula Diri Sendiri

Posted: 16 Oct 2013 05:00 AM PDT


[HM] Henan: Dalam satu kejadian yang tidak mungkin ingin kita saksikan berlaku walaupun pada musuh kita, seorang lelaki di wilayah Henan tersula diri sendiri selepas batang pencakar tertusuk pada duburnya ketika dia melompat pagar itu.

Lelaki berusia 37 tahun itu, Peng, pergi ke rumah rakannya untuk minum arak.  Apabila menyedari dia tertinggal kunci, Peng bertindak melintasi rumah jirannya dan melompat pagar untuk memasuki rumahnya.

Bagaimanapun dia tidak menyedari pagar itu mempunyai pencakar yang tegak di sebelah dan terus terjun. 

Selepas empat jam menjalani pembedahan di sebuah hospital, pemegang pencakar itu dapat dicabut dengan bantuan gergaji rantai. - AFP - 16/10/13




Waran Tangkap Dikeluarkan terhadap Mangsa Rogol dan Bapanya

Posted: 16 Oct 2013 02:51 AM PDT


Kanak-Kanak Dirogol Sebelum Berkahwin Gagal Hadir Ke Mahkamah

[Mstar] KOTA KINABALU: Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang gadis yang pelajar berusia 13 tahun dan bapanya kerana gagal menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen sebagai saksi untuk kes rogol yang melibatkan pengurus restoran Riduan Masmud.

Gadis itu dan ayahnya sepatutnya hadir memberi keterangan dalam perbicaraan Riduan yang dituduh di atas kesalahan rogol berkanun.

Kejadian itu didakwa berlaku di dalam kereta yang diletakkan di air terjun Kionsom di Inanam, dekat sini pada 18 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Zaharudin memohon waran itu selepas menunggu selama setengah hari untuk kedua-duanya hadir di mahkamah di sini pada Rabu.

Hakim mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Samad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan serta-merta memandangkan bapa dan anaknya sudah tahu mereka sepatutnya hadir di mahkamah.

"Perintah itu akan dilaksanakan dengan serta-merta dan dengan itu, ia bermakna mereka perlu berada di Mahkamah Sesyen esok dan mangsa akan dipisahkan daripada mana-mana orang dewasa semasa perbicaraan," katanya.

Mahkamah juga mendengar keterangan daripada jururawat Salawati Arab yang membantu doktor memeriksa mangsa ketika dibawa masuk oleh pihak polis selepas laporan rogol telah dibuat pada 18 Februari. - 16/10/13



[PANAS] Kalimah Allah: Dr Asri Persoal "Amaran" Murtad dan Kafir Mufti Johor

Posted: 16 Oct 2013 01:10 AM PDT


Dr Asri: Takkan Seluruh Dunia Arab Murtad?

[MK] Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam. 

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad. -16/10/13


Berkaitan:

'Kafir, Murtad Jika Pertikai Keputusan Kes kalimah Allah'

[MK] Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga "mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak", lapor Utusan Malaysia.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan. -16/10/13


P/s: Tuan mufti, apakah hukum orang yang meluluskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penggunaannya di Sabah dan di Sarawak?  


Marahkan Isteri, Anak Dibelasah dan Dicekik Sehingga Mati

Posted: 16 Oct 2013 12:57 AM PDT


Amuk Cabut Nyawa Bayi

[HM] Beluran: Anak bongsunya yang baru berusia 14 hari dan belum diberi nama dicekik sehingga mati, tiga lagi anak berusia dua hingga tujuh tahun dipukul dengan besi paip manakala isterinya ditikam bertubi-tubi dengan gunting di kepala.

Itu tindakan gila pekerja ladang sawit NPC Division 4, di sini yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Kejadian berlaku di rumah kongsi yang dihuni enam sekeluarga itu di ladang berkenaan kira-kira jam 12.30 malam kelmarin sebelum lelaki terbabit ditahan polis kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Shivanathan, berkata berikutan tindakan suspek yang berusia 34 tahun itu, bayi lelakinya mati di tempat kejadian.

Menurutnya, isteri suspek, Rossi Baco, 34, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Leny Markus, kini tidak sedarkan diri dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

"Dua lagi anak suspek, Juliady, 4, dan Juliana, 7, cedera di muka dan belakang kepala.



Semua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDK), Sandakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Shivanathan berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermula dengan pertengkaran di antara suspek dengan isterinya selepas dia menuduh wanita itu curang.

"Dalam pergaduhan itu, suspek dipercayai mengambil gunting dan menikam kepala isterinya beberapa kali selain memukul badan mangsa dengan sebatang besi paip yang digunakan mengait buah kepala sawit.

"Suspek turut menggunakan besi yang sama untuk memukul tiga anaknya yang berusia dua hingga tujuh tahun sebelum mencekik leher anak bongsunya sehingga bayi itu mati di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, selepas menerima aduan mengenai kejadian itu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan suspek di sebuah rumah kongsi berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

Shivanathan berkata, polis turut merampas sebilah parang daripada suspek dan dia kini ditahan reman di IPD Beluran untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, kerana membunuh," katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut. - 16/10/13



Tiada ulasan: