Jumaat, 11 Oktober 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ramli Sarip, Rosyam Nor & Ong Kim Swee Terima Anugerah "Datuk"

Posted: 11 Oct 2013 12:10 AM PDT


[AA] MELAKA: Rosyam Nor dan Ramli Sarip antara 79 orang penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk.

Turut menerima gelaran yang sama adalah Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mendahului senarai 901 penerima darjah, bintang, dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Idris menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri dan merupakan penerima tunggal darjah kebesaran itu.

Mengumumkan nama-nama penerima darjah kebesaran itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar pada sidang media yang diadakan semalam.

Naim juga antara 10 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Istiadat pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran itu akan disempurnakan oleh Mohd Khalil hari ini di Dewan Seri Negeri, sesi kedua Ahad dan sesi ketiga 24 Oktober.- 11/10/13




Benjy, 4 Rakan BEBAS Tuduhan Dadah

Posted: 10 Oct 2013 11:33 PM PDT


[Bernama] KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan empat rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini daripada pertuduhan memiliki dadah, Jun lepas.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membebaskan Benjy, 34, dan empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes tetapi Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menyatakan pihaknya mendapat arahan daripada ketua pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan terhadap kelima-lima tertuduh.

Goh berkata, pertuduhan itu ditarik balik kerana seorang lagi rakan mereka, Zain Amir Zainal Khairi yang didakwa atas pertuduhan sama, telah mengaku bersalah sebelum ini dan dikenakan denda RM4,000.

"Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon kelima-lima tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan," katanya.

Peguam Amer Hamzah Arshad pula memohon kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan kerana mereka sudah dikira tidak bersalah.

Mahkamah membenarkan permohonan Amer Hamzah.

Pada 11 September lepas, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di luar mahkamah Benjy melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan itu selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang kes itu berjalan.

"Kes ini memberi impak kepada saya kerana disebabkan kes ini saya kehilangan kerja... buat masa sekarang saya ingin menjauhkan diri daripada industri hiburan dan ingin mencari kerja lain," katanya. - 11/10/13


SPRM: Kebodohan, Kecuaian Tidak Boleh Didakwa

Posted: 10 Oct 2013 11:27 PM PDT


[MK] Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.


"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu.

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya.

"Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim. - 10/10/13


Tiada ulasan: