Biaqpila |
KISAH WANITA YANG SANGAT BENCIKAN NABI MUHAMMAD S.A.W Posted: 10 Oct 2013 09:00 PM PDT Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", keluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu. Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana sahaja orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut. Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut : "wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". Wanita tua itupun berkata: "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama si Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ". "Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karungini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" , pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi. Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun. Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dariMuhammad (s.a.w)". "Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?" tanya pemuda tersebut. "Tidak, belum pernah bertemu dengannya"jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai. "Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalah kan dirinya. Kemudian si wanita itu bertanya dengan suara yang lembut: "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?" Pemuda itu tersenyum,dengan senyuman itu beliau menjawab "Namaku Muhammad, Muhammad Bin Abdullah.. Terduduk wanita tua itu, dan Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya. "Apakah benar kamu Muhammad ? tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baik pun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimanaorang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. Kalau benarkamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masaitu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allahdan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w).. "sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik" "siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu. * orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w). Rasulullahsaw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim) http://tazkirahamar.blogspot.com/2012/12/kisah-wanita-yang-sangat-bencikan-nabi_13.html? |
PATUTLA SEMUA PAKAT JADI BODOH Posted: 10 Oct 2013 07:01 PM PDT SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa. NONE"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit. Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu. Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen. Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya. "Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan