dollah yankee |
Posted: 04 Oct 2013 07:01 PM PDT Tiap-tiap tahun akan ada laporan dari pejabat Ketua Audit Negara. Dan cerita yang sama juga akan keluar dalam laporan ahunan itu. "Pi-Mai,Pi-Mai tang tu" cerita yang sama, benda yang sama, orang yang sama akan berulang tiap tahun. Sepatutnya kita semua akan terkejut dan marah bila baca laporan Ketua Audit Negara itu, tetapi bila dah tiap-tiap tahun benda yang sama, cerita yang sama olih orang sama, maka kita pun dah tak rasa apa-apa lagi dah. Paling-paling kita akan kata 'Puki-Mak!'. RTM,PDRM,Jabatan Kastam,JPN,sekolah-sekolah,airport,Kementerian Kesihatan,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan senarai yang seterusnya. Sememangnya mereka-mereka ini semua jenis yang 'ketegaq', yang tak peduli tentang duit-duit dari kita sebagai pembayar cukai. Semua yang didapati bersalah dalam laporan itu pada setiap tahun, masih tetap duduk disitu,ditempat yang sama, dikerusi empuk yang sama. Manakala mereka-mereka yang didapati telah menyalah gunakan kuasa mereka dalam laporan Ketua Audit Negara itu pun masih tetap 'kerenyeh' macam kerang busuk ditempat yang sama juga. 100 ringgit punya jam telah dibeli dengan harga 3 ribu ringgit lebih, bukan 1 tapi berpuluh biji. 200 ringgit punya 'scanner' harganya telah jadi 70 kali lipat. Benda yang sama yang berlaku macam dalam laporan tahun lepas bila satu jek kereta yang harga 50 ringgit dibeli dengan harga 5,000 ringgit lebih. 2 biji 'notebook-computer' pula harga sampai 85 ribu ringgit. Ini bukan lagi hilang akal tetapi dah 'gila'!. Ketua Audit Negara memang telus dan telah menjalankan tugas nya dengan baik sekali kalau di-ikut kepada laporan itu. Tapi 'what next?'. Siapa nak buat tindakan susulan? Kawan yang dah pelingkup duit ni nak buat apa dekat dia? Apa kah laporan ini akan disimpan dalam almari dan dibiarkan terperap dalam tu? Atau apakah ini masanya syaitan dan iblis itu semua akan dihapuskan? Rakyat hari ini dah letih laaa dengan laporan-laporan itu... Dan macam biasa lah, bila laporan itu keluar SPRM pun akan kalut sama kata "kita akan buka beberapa fail dan membuat siasatan". Itu saja lah ayat terakhir yang kita akan dengar dari SPRM tentang laporan dari Ketua Audit Negara ini. Lepas tu tahun depan pula kita dengar dari mereka. SPRM ... tolong beritahu kami berapa fail dah dibuka dan disiasat untuk laporan dari Ketua Audit Negara untuk tahun lepas punya? Berapa orang dah didakwa dan ditangkap? dollah yankee - Pooodaahhhhh..."Amma-La-Wokekk" !!! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan