Rabu, 30 Oktober 2013

dollah yankee

dollah yankee


'Gencok' sakan la.. pemimpin BN/umno!

Posted: 30 Oct 2013 07:23 PM PDT



Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan baru-baru ini (dan yang sebelum-sebelum ini) amat jelas menunjukkan terdapat beberapa 'JERUNG' yang membuat keputusan yang merugikan wang rakyat dan membelakangkan kerajaan.

Lalu Ketua SPRM Abu Kassim pun kalut lah nak tunjuk kat rakyat kata dia buat kerja bila dia kata nak cadangkan satu pindaan undang-undang baru (seksyen 23 SPRM) yang boleh mendakwa 'JERUNG' jerung ini. Gurkah-gurkah politik di'port' pun hari-hari dok monitor perkembangan ini dan hari-hari pun dok tunggu Abu Kassim. Tapi hampeh!!! Apa pun tarak!!! Abu Kassim pun ghaib entah ke mana.

Setahu gurkah-gurkah ini, susulan laporan dari audit itu, sebanyak 15 kertas siasatan telah pun dibuka olih Abu Kassim, tapi sampai hari ini apa 'bala yellow' (maap,hanya orang penang saja yang tau perkataan ini) pun tak dak dengar.

Lalu seorang dari gurkah-gurkah ini pun membuat panggilan kepada sahabat setia mereka di SPRM sebelah Citi Bank bertujuan untuk korek..korek..korek.. tentang perkembangan 15 kertas siasatan yang dibuka. "Sabaq lah geng, kertas siasatan ni baru 2 minggu depa buka. Depa pun tengah dok tengok-tengok,nanti kalu apa2 aku helo lah hangpa", itu jawapan yang diterima.

OK, fair enough ...

Apa kah undang-undang yang ada sebelum ini tak cukup untuk tangkap 'JERUNG'jerung ini? Atau apakah 'JERUNG' jerung ini tertakluk kepada buku undang-undang B,manakala ikan-ikan 'BILIS' pula didalam buku undang-undang A? (Kan Malaysia kita ada 2 buku undang-undang? Kah..Kah..Kah..)

"Woitt..sapa kata Malaysia ada 2 buku undang-undang?, 2? 3 daaa..!!". 
"Aikk? tambah lagi 1 pulak? yang khas untuk yang berkaitan dengan RASUAH. 
Lagi banyak lah Abu Kassim kena telan 'panadol'". Kah..Kah..Kah..

Tak percaya? Nah..! 
Knowingly, the Barisan Nasional is on a spree of passing bad laws under the pretext of safeguarding the security of the nation,they (BN) passed the amendments to the Prevention of Crime Act 1959,
Now by introducing a new Section 203A to the Penal Code, they are going to punish those who expose corruption ...
dollah yankee - mana dia tak penin..lain yang dia nak 'introduce',lain pula yang diluluskan..Kah..Kah..Kah.., semua orang kena tutup mulut 'for the sake of national security'..???..poodahhh!!!

Tarak sekolah punya orang !!!

Posted: 30 Oct 2013 01:00 AM PDT

Ini kejadian pada bulan Jun lalu,bila penyambung seluar keluar jambatan Pulau Pinang telah runtuh dan membunuh seorang pengguna jalanraya dan telah mencederakan beberapa orang lagi.
... dan ini laluan yang sama ketika gurkah-gurkah politik di'port' melalui nya sebentar tadi ...

Tak sampai pun empat bulan selepas kejadian pada bulan Jun lalu, gurkah-gurkah ini ingat kejadian hari itu juga telah memberi pengajaran kepada kontraktor untuk menambahbaikan tahap keselamatan kepada pengguna-pengguna jalan raya atau sekurang-kurangnya mereka ada sikap kesihan kepada kami dan lain-lain pengguna supaya jangan ada lagi pengguna yang boleh jadi janda atau boleh jadi balu atau pun ada yang 'mati katak'. Tapi hampeh !!! sebab ini lah Malaysia-ku ... "nak mati, mati lah!. apa nak buat?!".

Lihat lah sendiri bagaimana forklift diatas sedang diguna unuk membuat kerja-kerja penghadang pada penyambungan semula penyambung susur keluar yang runtuh tempohari, sedangkan dibawahnya pula kenderaan-kenderaan sedang lalu lalang seperti biasa. Betapa  malang nya nasib kita dan nasib kami kalau lah berlaku sedikit kesilapan akibat kelalaian manusia yakni buruh-buruh yang terdiri dari pendatang asing dari pelbagai negara yang tak ambil pot atau tak tahu apa ke benda tentang 'safety'... 
Lu orang sendiri fikir lah ...

dollah yankee -
Kalau ikut jadual pembinaan...hari ini kita dah boleh guna dan melalui jambatan ke-2 ini.






Tiada ulasan: