Isnin, 7 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenyataan Zahid mirip gengster mafia - Hanipa

Posted: 07 Oct 2013 03:16 AM PDT

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung "kita tembak dulu", seperti dilapor Malaysiakini, sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, kenyataan Zahid itu mirip bahasa gengster atau mafia.

"Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab keluar dari seorang menteri, sepatutnya menteri tahu apa yang ingin dikatakan. Seperti kenyataan orang yang tidak bersekolah.

"Saya melihat tindakan tersebut tidak jauh bezanya dengan kumpulan gengster atau mafia, "ada bukti tembak"," jelasnya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendedahkan rakamam audio ucapan 20 minit Zahid di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka Sabtu lalu.

Dalam ucapan itu Zahid antara lain memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek jenayah ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Antara lain beliau didakwa menyebut "Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu".

Mengulas lanjut, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang juga menjelaskan, amat malang bagi rakyat negara ini apabila mempunyai seorang menteri yang bersikap ala mafia.

"Apa guna undang-undang dan mahkamah jika menteri bercakap sedemikian, tak semua mereka ditahan itu bersalah.

"Setiap kesalahan perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu barulah hukuman dijatuhkan, ini tidak, terus nak tembak," sambung beliau.

Selain itu, Zahid dalam rakaman itu juga dilapor mendakwa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undang beliau.

"Bagi saya setiap apa yang Zahid perkatakan itu tidak memcerminkan seorang menteri dan malang bagi negara ini mempunyai menteri sedemikian," kata Hanipa.

Bekas tahanan ISA dipilih Timbalan Ulamak PAS Perak

Posted: 07 Oct 2013 03:10 AM PDT


Muhammad Faeez Azahar,



Beh Heng Kim turut berucap pada muktamar berkenaan.


TAIPING: Mantan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir telah dipilih sebulat suara menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Perak bagi sesi 2013-2015.

Beliau menang tanpa bertanding dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak kali ke-37 yang diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Air Kuning, dekat sini kelmarin.

Ustaz Kamaruddin sebelum ini menjadi pemangku kepada jawatan itu apabila Ustaz Shuaid Din meletakkan jawatannya atas faktor kesihatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua juga tiada pertandingan berlaku apabila bekas tahanan ISA, Ustaz Ibrahim Zakaria menjadi calon tunggal bagi jawatan tersebut sekali gus memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada beliau.

Dalam pada itu, jawatan Naib ketua Dewan Ulamak menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Ustaz Sidek Noor, Ustaz Norazli Musa dan Ustaz Ismi Mat Taib.

Namun ianya telah dimenangi oleh 'orang lama', Ustaz Sidek Noor apabila mendapat undian tertinggi daripada perwakilan seluruh kawasan.

Ahli jawatankuasa pula masing-masing dimenangi oleh Ustaz Mustafa Shaari,Ustaz Dahalan Ismail, Ustaz Salleh Said, Ustaz Fakhruddin Abdul Azi, Ust Norazli Musa, Ustaz Ismi Mat Taib, Ustaz Arman Yusop, Ustaz kamaruddin Adam, Ustaz Kamal Izzat dan Ustaz Suhaimi Wafir.

Muktamar kali ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Pengisian serta perbahasan muktamar banyak mengisarkan tentang strategi memperkasakan sayap kanan parti itu dalam usaha menambahkan lagi peranan institusi ulamak.

Para pimpinan juga menyuarakan seruan tegas kepada semua pimpinan khususnya ketua urusan Ulamak di semua kawasan agar lebih pro-aktif dan menggiatkan lagi peranan serta memperbanyakkan program-program berbentuk tarbiyah.

Ulamak juga diseru agar lebih mendepani isu semasa khususnya berkaitan intistusi agama disamping bersama-sama menyertai program kemasyarakatan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kim.

Dalam pada itu, mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Shuaid Din telah dianugerahkan Tokoh Ulamak PAS Perak.

Anugerah tersebut bagi mengenang jasa beliau yang telah memimpin ulamak PAS Perak lebih daripada 10 tahun.

Bajet Kelantan 2014 penerusan legasi TG Nik Aziz

Posted: 07 Oct 2013 03:08 AM PDT

Ahmad Fadhli Shaari,


YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob hari ini 7 Oktober 2013 telah membentangkan Bajet Kelantan 2014 yang masih lagi berimejkan bajet bersyariat seperti yang telah dimulakan sekian lama oleh YB Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih dua dekad yang lampau. Bajet Kelantan hari ini yang bertemakan "Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri" membayangkan komitmen kerajaan untuk terus mengekalkan identiti Kelantan sebagai sebuah negeri yang berkebajikan selain mengutamakan pembangunan insan yang menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.

Bajet Defisit

Sekalipun merupakan Bajet defisit, ia sama sekali tidak akan merencatkan pembangunan negeri Kelantan berasaskan pertimbangan bajet defisit ialah satu isu yang biasa. Semenjak awal pentadbiran PAS di negeri Kelantan contohnya, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan. Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta. Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta.

Bajet 2014 menyaksikan defisit sebanyak RM10.39 juta di mana anggaran hasil ialah RM549.26 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM559.64 juta. Faktor terbesarnya ialah kerana jangkaan pengurangan dalam kutipan premium tanah. Adalah dijangka hanya sebanyak RM24.80 juta sahaja premium tanah dapat dikutip berbanding RM45.00 Juta pada tahun 2013. Ini disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar bagi tahun hadapan. Untuk rekod, anggaran hasil pada tahun 2013 ialah RM581.77 juta.

KDNK Lebih Tinggi Dari Nasional

Menarik di dalam pembentangan bajet ini juga mendedahkan bagaimana Keluaran Kasar Dalam Negeri Kelantan telah mengatasi KDNK peringkat nasional beberapa kali. Ini sekaligus menafikan tohmahan bahawa Kelantan mengalami kemunduran di bawah pentadbiran Parti Islam Semalaysia (PAS).

Di dalam bajet ini dinyatakan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Kelantan bagi tahun 2011 ialah sebanyak 6.5% dan bagi tahun 2012 ialah 5.4%. Ini bermakna purata pertumbuhan KDNK bagi kedua-dua tahun tersebut ialah sebanyak 5.95%. Angka ini mengatasi purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional di dalam tempoh yang sama iaitu hanya sebanyak 5.35%. Kelantan juga telah mengunjurkan pertumbuhan KDNK  Negeri Kelantan bagi tahun 2013 sebanyak 5.7% dan ini mengatasi unjuran peringkat Nasional yang hanya berada di tangga 5.3% sahaja seperti yang diramalkan oleh para penganalisis ekonomi negara. Antaranya ialah Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Group, Dr. Yeah Kim Leng seperti yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia pada 6 Mei 2013 yang lepas. Bahkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataannya pada 23 Julai yang lepas hanya berani menjangkakan pertumbuhan sekitar 5-6 peratus untuk tahun ini iaitu angka yang tidak jauh berbeza dengan unjuran negeri Kelantan.

Perjuangan Menuntut Royalti Hasil Petroleum
Sekali lagi untuk Bajet 2014, kerajaan negeri telah memasukkan bayaran petroleum yang patut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM200.0 juta. Untuk tahun ini, ia membentuk 36.41% daripada keseluruhan bajet. Ia merupakan satu lambang ketegasan kerajaan negeri yang sama sekali tidak akan berundur dari tuntutan hak rakyat negeri Kelantan ke atas hasil mahsul bumi mereka sendiri. Sekalipun kes ini masih dibicarakan di mahkamah, namun ia tetap segar di hati rakyat Kelantan. Bahkan lebih menyedihkan jika benar jumlah tertunggak tuntutan royalti ini ialah sebanyak RM12 billion berdasarkan kepada jumlah pengeluaran semenjak tahun 1997, ia membayangkan betapa besarnya kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan Pusat selama ini. RM12 billion ini jika diserahkan kepada Kelantan akan dapat digunakan untuk manfaat seluruh rakyat negeri ini yang lebih 90 peratus rakyatnya terdiri daripada orang Melayu.

Justeru, langkah kerajaan Kelantan memasukkan bayaran royalti ini sebagai salah satu anggaran hasil merupakan satu lambang kesungguhan Kelantan untuk terus berdiri mempertahankan tuntutan royalti ini. Ini bukan satu mimpi, ini ialah satu perjuangan yang satu hari nanti pasti akan berjaya Insya-Allah. Kata Sitting Bull, "If we must die, we die defending our rights.."

Di sudut yang lain pula, YAB Ustaz Dato Menteri Besar telah mengambil kesempatan di dalam ucapannya untuk merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih dan penghargaan Kehadapan  Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang  telah beberapa kali mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi perundingan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan tuntutan berkenaan.  Harapan kita, agar adanya sinar harapan di sebalik perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku ini.

Pendidikan Kekal Sebagai Agenda Utama

Untuk tujuan pendidikan dan pembinaan modal insan, Kelantan dilihat terus mengekalkan agenda ini sebagai salah satu daripada agenda utama dengan memperuntukkan RM72.0 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi melaksanakan program-program pendidikan. Selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM4.0 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Jumlah sebanyak RM76 juta ini sebenarnya merupakan satu pelaburan yang cukup besar dari pihak kerajaan untuk memastikan program pendidikan di bawah Yayasan Islam Kelantan berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jumlah ini tidak berubah berbanding dengan jumlah yang diperuntukkan di dalam Bajet Kelantan 2013 yang dibentangkan pada tahun lepas membuktikan aspirasi yang sama diwarisi oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada hari ini daripada YB Tuan Guru Dato Bentara Setia sebelumnya. Jika dijumlahkan bersama RM2.0 juta peruntukan untuk Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang merupakan satu-satunya instituti pengajian tinggi yang bernaung di bawah kerajaan negeri pula, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk pendidikan sebanyak RM78 juta.

Jumlah RM78 juta ini bukannya merupakan satu jumlah yang sedikit. Ia membentuk kira-kira 13 peratus dari jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2014. Ia menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai pewaris kepimpinan di masa hadapan. Justeru tidak hairan apabila produk-produk kelahiran Yayasan Islam Kelantan terus mencapai kecemerlangan dan mewarnai dada-dada akhbar setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.

Sepanjang tahun 2012 misalnya, seramai 316 orang pelajar sekolah-sekolah di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),  seramai 186 orang pelajar mendapat 9A hingga 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seramai 115 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Ini berbeza dengan negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional di mana pendidikan tidak menjadi agenda utama dalam pembahagian kek perbelanjaan. Perak misalnya hanya  memperuntukkan sejumlah RM42 juta untuk sektor pendidikan daripada keseluruhan bajet berjumlah RM948.47 juta pada tahun 2013 atau hanya kira-kira 4.5% dari jumlah keseluruhan bajet. Begitu juga dengan negeri Johor yang terkenal dengan insituti pengajian agama hanya memperuntukkan sejumlah RM31.27 juta untuk tujuan pendidikan daripada keseluruhan perbelanjaan RM904.26 juta pada tahun 2013. Dalam erti kata lain, jumlah ini membentuk sebanyak 3.4% dari jumlah keseluruhan.

Wanita Sebagai Komponen Utama Masyarakat

Kerajaan negeri juga dilihat tidak memandang rendah peranan wanita sebagai komponen utama di dalam masyarakat. Selain mengekal poftfolio pembangunan wanita yang dipegang oleh Yang Berhormat Puan Mumtaz Mohd Nawi, kerajaan di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato Menteri Besar dilihat sebagai sebuah kerajaan yang cakna terhadap keperluan golongan ini. Ini dapat dibuktikan melalui peruntukan sebanyak sebanyak RM3.8 juta bagi program kebajikan dan pembangunan wanita serta keluarga, program latihan belianita serta lain-lain program supaya mereka boleh bergiat aktif dalam program pembangunan diri dan juga masyarakat. Jumlah ini meningkat berbanding dengan tahun lepas di mana hanya sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan untuk tujuan yang sama.

Ini mengukuhkan lagi hujah bahawa kerajaan negeri Kelantan sama sekali tidak mendiskriminasikan golongan wanita di dalam pentadbiran negeri. Di dalam DUN Kelantan, terdapat tiga orang ADUN wanita di mana salah seorang daripadanya ialah ahli exco kerajaan negeri. Salah satu kerusi parlimen di Kelantan iaitu Parlimen Rantau Panjang disandang oleh wanita dan demikian juga seorang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajan negeri Kelantan merupakan seorang wanita. Dalam erti kata lain, di Kelantan, tangan yang menghayun buaian itu telah lama diberikan kepercayaan yang begitu besar oleh kerajaan negeri untuk memainkan peranan yang optimum dan berkesan.

Lebuhraya dan Stadium: Persoalan Yang Terus Bermain di Minda Rakyat

Di dalam bajet Kelantan 2014 ini, tidak disentuh tentang persoalan pembinaan lebuhraya dan stadium yang menjadi bahan kempen utama PAS Kelantan di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Kedua-dua isu ini tidak dapat tidak wajib ditangani dengan bijaksana oleh pimpinan kerajaan negeri kerana ia sedang dipersoalkan oleh rakyat negeri Kelantan dan tidak kurang yang sudah menganggapnya sebagai satu janji hipokrit semata-mata. Adalah dipercayai bahawa, kedua-dua projek ini tidak dibiayai oleh kerajaan negeri bahkan hanyalah merupakan pelaburan pihak ketiga semata-mata merupakan faktor utama ia tidak dimasukkan di dalam pembentangan bajet Kelantan 2014 ini. Namun, di dalam masa yang sama, jika ia dinyatakan dengan jelas di dalam kesempatan yang berprestij ini, ia pasti sekali akan dihargai oleh rakyat Kelantan.

Dalam hal ini, kedua-dua isu tersebut telah diberikan penjelasan oleh kerajaan negeri melalui exco yang berkaitan namun dengan mengenepikan persoalan tentang kedua-duanya di dalam Bajet Kelantan 2014 dibimbangi akan dilihat sebagai satu 'usaha senyap' untuk menenggelamkan kedua-dua isu berkenaan dari dibicarakan oleh rakyat. Dalam situasi langit terbuka seperti hari ini, usaha-usaha berkenaan jika wujud tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Penulis berpandangan, kenyataan Timbalan Menteri Besar, Dato Mohd Amar Abdullah pada akhir September lepas bahawa lebuh raya Kelantan sepanjang 78km dari Machang ke Kuala Krai akan mulai dibina pada tahun 2014 dan akan siap dalam masa tempoh tiga tahun banyak membantu meredakan persoalan yang sedang berlegar di kalangan rakyat Kelantan khususnya dan seluruh pendokong Pakatan Rakyat di negara ini. Untuk itu, dokongan dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan agar kerajaan negeri Kelantan berjaya mencapai sasaran ini.

Rumah Mampu Milik Dan Sasaran Kerajaan Negeri Kelantan

YAB Ustaz Dato Menteri Besar di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco kali pertama setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan telah menyatakan cita-citanya untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri membina sebanyak mungkin rumah mampu milik kepada rakyat negeri Kelantan yang berpendapatan rendah. Hasrat ini nyata sekali dicerminkan melalui peruntukan sebanyak RM9.0 juta yang disalurkan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam bajet 2014 untuk  membangunkan  Perumahan Awam Kos Rendah. Bajet Kelantan 2014 juga telah meletakkan sasaran yang jelas di mana sekurang-kurangnya 2000 unit rumah mampu milik dibangunkan dalam tempoh empat tahun bermula 2014.

Dalam erti kata lain, menjelang pilihanraya umum ke14 nanti, sebanyak 2000 unit rumah mampu milik sudah berjaya dibina dan digunakan oleh rakyat Kelantan yang berpendapatan rendah. Angka ini secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada kerajaan negeri namun jika ia berjaya dicapai, ia akan menjadi satu testimoni yang cukup kuat bagi rakyat mengekalkan sokongan terhadap kerajaan negeri Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Bajet 2014 Penerusan Legasi Tuan Guru

Dilihat secara keseluruhan bajet Kelantan 2014 yang dibentangkan hari ini, jelas sekali cita-cita dan hasrat yang telah diletakkan oleh YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku mantan Menteri Besar Kelantan untuk membangunkan Kelantan selaras dengan ajaran Islam turut dikongsi bersama penggantinya, YAB Ustaz Dato Ahmad bin Yakob. Tepat sekali pilihan yang telah dibuat sendiri oleh Tuan Guru agar penggantinya meneruskan usaha membangunkan negeri ini berlandaskan syariat Islam dan membuktikan bahawa Islam boleh mentadbir negeri bahkan negara.

Hari ini, amanah yang berat ini sedang terpikul di atas bahu Ustaz Ahmad bin Yakob. Nyata sekali ia bukan amanah yang ringan, ombaknya pasti kuat, badainya juga sangat kencang. Namun, jika rakit berikat utuh, penumpang pula berdiri seimbang, yang mengayuh teruskan berkayuh, jangan ada yang terjun ke tengah gelora, insya-Allah ke muara juga mudik akhirnya.

Berdoalah dan teruskan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan Darul Naim.

*Penulis merupakan Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan

Kes Aziz Bari, Zul Noordin selesai luar mahkamah

Posted: 07 Oct 2013 03:02 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
 
Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin 
Zulkifli Noordin
 
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penyelesaian luar mahkamah kes saman pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari terhadap bekas anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Utusan Malaysia.
 
Ia ekoran kesediaan Utusan untuk menarik balik artikel yang disiarkannya sebelum ini.
 
Peguam Aziz, Mohd Hanipa Maiden dipetik sebagai berkata, kes itu diselesaikan tanpa pengakuan liabiliti.
 
"Defendan bersetuju menarik balik kenyataan yang dibuat oleh defendan pertama (Zulkifli) yang disiarkan oleh defendan ketiga (Utusan) pada 8 Oktober 2011 terhadap Abdul Aziz."
 
Zulkifli antaranya mengkritik Aziz berhubung kenyataan berkaitan campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos 2011.
 
Untuk rekod, Aziz pada 11 Oktober 2011berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos tahun yang sama, bukan tindakan yang lazim.
 
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Harga Makanan Naik 10%-20%. Inflasi Naik 3%! Harga Minyak Naik Lagi. BLR Akan Naik 2014?

Posted: 07 Oct 2013 02:59 AM PDT


Harga Roti Canai Naik


Perkara telah berlaku. Berkemampuan atau tidak, rakyat Malaysia tetap mesti menghadapi lonjakan kenaikan harga barang dan makanan di Malaysia. Belum termasuk lagi kenaikan harga rumah 10% = RM30,000 (DI SINI). Semuanya…..

Semuanya dek kerana kerana pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia (RON 95 & diesel) bulan September lepas.

Seperti biasa & telah dijangka peniaga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama "memeriahkan lagi" lonjakan & gelombang kenaikan harga barang & makanan di Malaysia ketika ini. Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan atas nama kenaikan harga minyak RON 95 & diesel dengan menaikkan harga makanan & minuman sehingga ke paras 20%. Patutkah?

Harga Makanan Naik 0.1%? Realiti @ Fantasi?

Kenaikan Harga Barang 2013
  • Berlainan pula dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek yang hanya menjangkakan harga makanan akan naik 0.1% sahaja.
  • Realitinya yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini?
Nampaknya kerajaan Malaysia & menteri yang terbabit tidak belajar daripada kesan rantaian yang berlaku dek kerana pengumuman harga minyak sebelum ini. Malahan kalangan penganalisis dari firma penyelidikan tempatan bersependapat, andaikata harga minyak diturunkan pada bulan depan sekalipun harga barang & makanan tidak akan kembali normal seperti biasa.

Datuk Seri Najib Razak memohon (SEPERTI DI BERITA INI) kalangan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang & makanan. Tetapi….hakikatnya berapa ramai yang mendengar saranan Perdana Menteri?

Harga Barang Naik 2013

Kos Sara Hidup Meningkat VS Kadar Inflasi di Malaysia

Dan…apa yang lebih membimbangkan adalah kalangan pakar ekonomi & penganalisis telah menjangkakan :
  1. Kadar inflasi di Malaysia akan mencecah kepada paras 3% menjelang akhir tahun 2013 melihatkan trend kenaikan harga barang & harga makanan yang akan terus meningkat ke paras yang lebih tinggi selepas ini.
  2. Kerajaan Malaysia dijangka akan mengumumkan harga minyak RON 95 akan naik lagi secara beransur-ansur pada bulan-bulan mendatang
  3. Tekanan kos sara hidup akan terus dirasai rakyat Malaysia, apabila kerajaan juga dijangka mengurangkan lagi kadar subsidi bagi gula dan tepung tidak lama lagi.
Oleh itu, jika kadar inflasi di Malaysia melonjak ke paras sekitar 3.5% Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mungkin tiada pilihan lain selain menaikkan Kadar Dasar Semalam @ Overnight Policy Rate (OPR) dengan harapan mengurangkan semula kadar inflasi di Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama menyebabkan aktiviti ekonomi akan bergerak perlahan pada ketika itu. Apa pendapat balas anda pula?

P/S : Bagaimana pula harga barang & makanan di tempat anda selepas kenaikan harga minyak tempoh hari?

Pelatih PLKN Didakwa Bunuh Rakan Asrama

Posted: 07 Oct 2013 02:50 AM PDT

MSTAR ONLINE

Seorang pelatih PLKN didakwa membunuh seorang pelatih lain di asrama mereka di Kem Pinggiran Pelangi. Sementara, lima pelatih lain didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, Muhammad Suhaimi.
 
 
PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh seorang pelatih di asrama kem itu pada 22 September.

Remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Seri Makmor, Pagoh, Muar itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara 1.30 tengah hari dan 10.30 malam pada 22 September di dorm L1C dan L2C kem berkenaan.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan kes disebut semula pada 11 Disemberdi Mahkamah Majistret Rompin.

Sementara itu, lima pelatih lain turut dihadapkan di mahkamah sama terhadap kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Suhaimi.

Mohd Firhan Hafizi Ismail, 23, dari Bukit Nikmat, Jerantut bersama dua lagi juvana berusia 17 tahun dari Parit Jawa, Muar, Johor dan Kampung Tanjung Pahang, Endau, Rompin didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa pada 1.30 tengah hari di dorm L1C kem itu pada 22 September.

Mohd Nazeri Mustafa, 22, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan seorang pelatih berusia 18 tahun yang berasal dari Jalan Beserah, Kuantan pula didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada 10.30 malam di dorm L2C kem itu pada hari sama.

Kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 November tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri, peguam Mohd Farid Aziz mewakili tertuduh kes bunuh manakala peguam Osman Abdullah dan Noor Adilah Zarian mewakili lima tertuduh yang lain.

Muhammad Suhaimi yang berasal dari Kerdau, Kuala Krau ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 12.04 tengah malam pada 23 September lepas di bilik air asrama kem berkenaan. - BERNAMA

Mengapa Umno sukar beri anak muda laluan?

Posted: 07 Oct 2013 02:47 AM PDT

Profesor Mohammad Agus Yusoff
 
 Dr Mohammad Agus Yusoff  
Dr Mohammad Agus Yusoff

PADA 30 September 2013, saya menulis tentang perbezaan antara politik wang dan wang politik. Tujuan saya adalah untuk menunjukkan bagaimana istilah politik wang ditafsirkan secara 'salah' sehingga menyekat calon yang bertanding dalam pemilihan Umno untuk berkempen dengan bebas kerana bimbang terpalit dengan 'politik wang.'

Kelmarin, MB Negeri Sembilan DS Mohamad Hasan juga meluahkan kerisauan yang sama. Katanya, "sebahagian peraturan dalam pemilihan Umno kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan."

Ini kerana calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan ahli Umno dan memperkenalkan diri. Katanya lagi: "Kalau jadi calon tapi tidak pergi berkempen, bagaimana mahu menang? Kalau bertanding jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula mahu jadi anggota [MT]." Begitulah demokrasi dalam Umno.

Kisah di atas adalah cerita tentang kempen dan politik wang dalam Umno. Cerita di bawah ini pula adalah tentang sekatan yang dikenakan ke atas ahli yang ingin bertanding. Contohnya, dua minggu lepas saya ke Labuan.

Permohonan seorang anak muda, pemilik syarikat feri dan hotel yang hendak memindahkan keahliannya dari Seputeh ke Labuan tidak diluluskan. Sebabnya sederhana: Pimpinan bahagian bimbang kehadirannya boleh menggugat status quo yang ada. Aduhai.

Semalam pula seorang anak muda bercerita panjang kepada saya tentang hasratnya untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu disekat.

Anak muda tersebut ialah Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, seorang yang telah membuatkan negara kita bangga apabila beliau menjadi anak Malaysia pertama diberikan penghormatan untuk membentangkan tesis PhDnya di Parlimen Britain pada tahun 2005.

Pembentangan beliau mengenai teknologi nano yang relatif masih baru pada ketika itu membuatkan para tetamu terhormat dan saintis yang hadir di House of Common terpegun. Kajian beliau kemudiannya dinobatkan sebagai Prospek Terbaik untuk industri pembuatan.

Biarpun selepas itu ditawarkan untuk bekerja dengan syarikat multinasional di luar negara, anak muda ini memilih untuk pulang berkhidmat di tanah air.

Aktif dalam Umno dan kini merupakan setiausaha sulit seorang menteri yang juga Naib Kid President Bill Clinton Umno, beliau ingin menabur jasa lebih jauh lagi dalam Umno, tetapi hasratnya disekat atas alasan pencalonan beliau tidak layak kerana bertentangan dengan Fasal 15.5 Perlembagaan Umno.

Fasal 15.5 Perlembagaan Umno menyatakan: "Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnyua tiga (3) tahun."

Anehnya Dr Najmil adalah ahli Umno semenjak tahun 2009 lagi dan adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Taman Setia Burung Kuala Trengganu yang dipilih pada 22 Jun 2010 dan dipilih semula sebagai Ketua Pemuda Cawangan yang sama pada 23 Ogos 2013. Rekod keahliannya menunjukkan beliau telah menjadi ahli Umno melebihi dari tiga tahun.

Tetapi kerana persaingan dalam politik Bahagian dan Negeri, pencalonannya ditolak atas alasan tidak mematuhi Fasal 15.5. Penolakan terakhir adalah surat yang diterimanya dari Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu bertarikh 1 Oktober.

Melihat kepada kes Dr Najmil ini, saya tertanya: Mengapa begitu sukar untuk Umno memberi laluan kepada anak muda yang dinamik, bertenaga, berilmu dan berwawasan ini? Jika begitulah sikap pemimpin Umno yang kerjanya mencantas orang baru untuk muncul dalam politik, saya tidak tahu bila Umno akan berubah.

Pemimpin Umno perlu berani bersaing. Jika kempen pemilihan pun calon disekat dengan pelbagai peraturan dan pantang larang, bilakah Umno akan terbuka untuk menerima perubahan ke arah yang lebih demokratik?

Pada pemimpin Umno, pesan saya cuma satu: Jangan kuburkan bakat anak muda yang ingin berkhidmat kepada parti dan negara. Beri peluang kepada mereka yang ingin bertanding dan jangan sekatkan mereka dengan syarat dan peraturan yang tidak berkaitan. Kes saudara Shamdul dan Dr Najmil adalah kes yang memerlukan tindakan segera pemimpin tertinggi Umno.

Merenung ke depan, saya terfikir, alangkah bagusnya negara ini jika anak muda Melayu yang hebat seperti YB Khairy Jamaluddin, YB Nurul Izzah dan Dr Najmil dapat didokong untuk berdiri bersama di atas pentas yang sama bagi menerajui negara ini.

Semoga impian saya hari ini menjadi realiti pada hari esok. Amin.

Pas siap tiga 'gelombang' hadapi PRK

Posted: 07 Oct 2013 02:40 AM PDT

JAMILAH HAMZAH, MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
 
tuan-ibrahim-tuan-man  
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

SHAH ALAM - Pas akan menurunkan tiga "gelombang" jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November depan.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap gelombang tersebut akan diwakili 30 wakil Pas untuk menjalankan kempen sempena pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, Pas juga telah bersiap sedia memperkasaskan jentera pilihan raya.

"Jentera kita memang telah mula turun ke pusat mengundi di sana.

"Kali ini kita tak akan turunkan ramai, hanya tiga gelombong di mana setiap gelombang tidak melebihi 30 orang," katanya pada sidang media di Dewan Senat Universiti Selangor (Unisel), di sini, hari ini.

Kementerian akan siasat dakwaan kes ayam import

Posted: 07 Oct 2013 02:38 AM PDT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
 Ismail Sabri

KUANTAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan keracunan makanan yang meragut empat nyawa di Kedah baru-baru ini berpunca daripada ayam yang diimport dari Thailand.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai dakwaan itu.

"Saya tidak pasti tentang perkara itu...bagaimanapun kita ambil maklum dan akan minta kerjasama daripada Kementerian Kesihatan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci, terutama di kawasan yang kita import itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pengenalan calon-calon bagi  Majlis Tertinggi dan exco sayap Wanita, Pemuda serta Puteri Umno di sini, semalam.

Dalam insiden hujung bulan lepas, empat maut akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.

Siasatan mendapati keracunan itu berpunca daripada pencemaran bakteria Salmonella pada daging ayam yang dihidangkan dalam kenduri berkenaan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, produk makanan termasuk daging dan ayam yang diimport mesti mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan selain pusat penyembelihan mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau jabatan agama Islam negeri terlebih dahulu.

"Satu ketika dahulu kita pernah menghentikan import bekalan ayam dari China kerana terbabit dengan virus selsema burung dan bekalan daging khinzir juga pernah dihentikan atas sebab-sebab kesihatan.

"Jadi kalau timbul isu virus dan sebagainya Kementerian Kesihatan harus maklumkan pada kita terlebih dahulu dan kita sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam hal ini," katanya. - Bernama

Lebih 70% projek rumah terbengkalai disiapkan

Posted: 07 Oct 2013 02:25 AM PDT

Datuk Abdul Rahman Dahlan 
 Datuk Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 136 projek atau 72.7 peratus daripada 187 projek perumahan terbengkalai di Semenanjung berjaya disiapkan setakat 31 Ogos lepas.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sebanyak 44 projek atau 23.6 peratus lagi berada di pelbagai peringkat pemulihan.

"Sehingga kini, sebanyak tujuh projek atau 3.7 peratus masih di peringkat perancangan awal untuk dipulihkan," katanya menjawab soalan Senator Chew Lee Giok di persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, kementeriannya telah memuat naik senarai projek yang bermasalah di laman web kementerian iaitu www.kpkt.gov.my dan dikemas kini setiap bulan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, terdapat 110,170 hektar tanah pertanian terbiar di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Sarawak mempunyai keluasan tanah pertanian terbiar terbesar iaitu seluas 60,000 hektar, diikuti Pahang (9,601 hektar) dan Kelantan (8,105 hektar), katanya.

"Tanah-tanah ini merangkumi tanah yang dimiliki individu dan kerajaan," katanya menjawab soalan Senator, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Tajuddin berkata, kementerian itu sedang mengenal pasti pemilik tanah terbiar tersebut, selain mengkaji tanah-tanah yang berpotensi untuk dibangunkan secara komersial. - Bernama

OKU terpaksa merangkak ke pejabat pengarah JKM

Posted: 06 Oct 2013 05:15 PM PDT

 


 

Seorang lelaki OKU yang mewakili satu NGO terpaksa bersusah payah menaiki tangga pejabat Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) di Kulim hari ini untuk menyerahkan memorandumnya kepada pengarah jabatan tersebut.

MP Padang Serai N Surendran berkata, seramai 50 anggota Persatuan OKU Setia Daerah Kulim pada awalnya berhimpun di luar jabatan tersebut sebagai bantahan berhubung bantuan kebajian pada kira-kira jam 1.30 petang.

Bagaimanapun, pengarah JKM Kulim Rohana Yusof enggan menerima memorandum tersebut dan tidak berganjak dari pejabat tersebut di tingkat satu, kompleks bangunan majlis perbandaran.

Katanya, selepas menunggu lebih satu jam di bawah pancaran matahari terik, salah seorang anggota persatuan tersebut. Gnana Pragasan, yang tidak boleh berjalan, bertindak menaiki tangga tersebut untuk menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Rohana.

Gnana, 53, dengan memorandum di mulutnya, menggunakan tangannya untuk memanjat tangga dan mengetuk pintu pengarah tersebut sehinggalah pegawai itu keluar untuk menerima memorandumnya.

Surendran berkata kejadian itu menunjukkan bahawa jabatan berkenaan tidak sensitif kepada warga kurang upaya dan warga emas di negara ini.

Kementerian Pendidikan digesa jelaskan statistik sebenar kekosongan guru seluruh negara

Posted: 06 Oct 2013 05:13 PM PDT

teo nie ching gunung

KUALA LUMPUR,: Kementerian Pendidikan didesak memberi penjelasan serta statistik mengenai jumlah kekosongan tenaga pengajar di semua sekolah di negara ini supaya masalah kekurangan guru yang tidak berpenghujung itu dapat diselesaikan.

Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching berkata, statistik harus dinyatakan jika Kementerian Pendidikan benar-benar telah membuat perancangan untuk mengatasi masalah itu.

Menurutnya, pada Januari 2012, Kementerian Pendidikan membuka kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah rendah dan menengah, namun graduan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tamat pengajian Mei lalu masih belum ditempatkan hingga sekarang.

8DEC teonieching 2

"Kementerian Pendidikan mesti bertanggungjawab dengan memberi penjelasan atau statistik berhubung permasalahan itu. Jika tidak, perkara ini sekali lagi menunjukkan kegagalan mereka dalam membuat perancangan sempurna yang akhirnya membazirkan sumber negara," katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan jawapan lisan 30 September lalu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menyatakan bahawa graduan GSTT-DPLI adalah sebanyak 6,020 orang di mana sebanyak 2,017 orang di bawah kategori sekolah rendah dan 4,003 sekolah menengah.

Kamalanathan mendakwa senarai calon lepasan graduan itu telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan temuduga dijangka akan dijalankan pada Oktober dan lantikannya bermula Januari tahun depan.

Menyelar jawapan lisan itu, Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP menegaskan, melalui semakannya menerusi laman web Kementerian Pendidikan atau SPP masih belum ada sebarang maklumat mengenai temuduga itu sehingga kini.

"Apabila graduan menelefon jabatan berkenaan, pegawai terbabit tidak dapat memberi tarikh temuduga seperti yang dikatakan Timbalan Menteri.

"Semua graduan telah menandatangani kontrak perkhidmatan selama dua tahun dengan kementerian maka ini menjadi halangan kepada mereka untuk mencari pekerjaan alternatif terutamanya di sektor swasta.

"Pernahkah Kementerian mengambil berat terhadap mereka apabila mereka perlu menunggu penempatan selama tujuh bulan dan menghadapi masalah pengangguran serta menanggung kos sara hidup yang tinggi?," soalnya.

Nie Ching turut mempersoalkan tindakan Kementerian yang sengaja melambat-lambatkan proses temuduga dan penempatan graduan tanpa sebarang alasan munasabah.

"Kajian tidak rasmi menunjukkan sebanyak 100 hingga 120 kekosongan guru di sekolah rendah. Jika kekurangan itu sudah lama berlaku, mengapa temuduga dan penempatan graduan GSTT-DPLI masih ditangguhkan?

"Tambahan pula, pengajian DPLI telah melahirkan 6,000 tenaga pengajar yang masih menunggu penempatan, ia menimbulkan satu keraguan besar, apakah benar kita mempunyai 6,000 kekosongan guru di semua sekolah yang mampu menampung keperluan secukupnya?," soalnya lagi.-Roketkini.com

Utusan mahu Chin Tong ganti Guan Eng pimpin DAP

Posted: 06 Oct 2013 05:11 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


























Lim Guan Eng (gambar) seharusnya melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP memandangkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP tempoh hari gagal mendapat "undi popular" daripada perwakilan, kata Awang Selamat.

Dalam ruangan Bisik-Bisik laman akhbar Umno itu berkata, bagi menghormati semangat undi popular yang digunakan Guan Eng mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya 2013 lalu, beliau perlu memberikan jawatan berkenaan kepada ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang memperoleh majoriti undi tertinggi.

Ketika pemilihan CEC itu berlangsung, Guan Eng hanya menduduki tempat kelima dengan‎ 1,034 undi daripada 1,1725 perwakilan sedangkan Chin Tong menduduki tempat pertama dengan 1,143 undi.

 "Dengan kelebihan atas kedudukannya sebagai Setiausaha Agung apatah lagi Ketua Menteri Pulau Pinang dan anak kepada Lim Kit Siang, kejatuhan tangga kedudukan itu adalah isyarat daripada perwakilan yang tidak mahu menobatkan Guan Eng pada kedudukan teratas, kata Awang dipetik Mingguan Malaysia.

"Cakap tidak serupa bikin. Guan Eng antara pemimpin pembangkang yang ghairah mendakwa BN tidak layak membentuk kerajaan Pusat kerana gagal mendapat undi popular pada PRU13.

"Bagaimanapun apabila terkena batang hidung sendiri, prinsipnya itu disongsangkan," kata akhbar berkenaan.

Akhbar berkenaan turut berkata, tafsiran demokrasi yang diamalkan DAP bukan mengikut akar umbi, namun ikut pihak yang berpengaruh dan digeruni.

"Kalau berdasarkan persepsi ramai termasuklah ahli, siapa lagi kalau bukan Dinasti Lim. Tahniah," kata akhbar berkenaan sinis.

Mengikut perlembagaan parti berkenaan, Guan Eng kini pada penggal terakhirnya sebagai Setiausaha Agung.

Anak Tempatan Calon BN di Sungai Limau, Mukhriz Jumpa TPM

Posted: 06 Oct 2013 05:01 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA TERENGGANU: Anak tempatan antara yang bakal menjadi pilihan untuk diletak sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bagaimanapun, pihaknya masih menilai beberapa calon yang sesuai bagi mewakili BN di kawasan itu.

Menteri Besar Kedah itu akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan persiapan PRK esok.

"Esok saya akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri untuk bincang mengenai persiapan PRK, termasuk calon yang akan diletak di kawasan itu, saya ingat orang tempatan dan seboleh-bolehnya yang mendekati serta disenangi rakyat, itu antara beberapa kriteria yang akan diperhalusi, boleh kita banggakan.

"Buat masa ini, kita masih di peringkat menilai beberapa orang calon yang sesuai dan tidak menolak kemungkinan antara kriteria yang dikenal pasti adalah seorang calon tempatan," katanya selepas majlis Pengenalan Calon Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Pergerakan Sayap Umno di stadium tertutup di Gong Badak pada Ahad.

Mukhriz berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kerusi DUN Sungai Limau menjadi milik BN pada PRK itu nanti meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat PAS.

Beliau berkata calon yang bakal diketengah mungkin juga seorang ahli agama dan profesional, namun tidak semestinya orang muda.

"Kawasan itu adalah satu tempat yang agak payah untuk BN merampas kembali namun ia tidak bermakna kita akan serah diri di peringkat awal, kita akan berusaha untuk yakini pengundi di Sungai Limau," katanya.

Mukhriz juga berkata pihaknya akan berkempen secara berhemah dan menggunakan cara sedikit berbeza dengan tempat lain kerana Sungai Limau merupakan kawasan bekas Menteri Besar Kedah (Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar).

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian Azizan dari PAS akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 Sept lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. -BERNAMA

Remaja akan didakwa esok kerana membunuh pelatih PLKN

Posted: 06 Oct 2013 04:57 PM PDT

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

 

Seorang remaja akan didakwa di Mahakamah Majistret Pekan esok di atas dakwaan membunuh pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN),  Muhammad Suhaimi Norhamidi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Penolong Pesuruhjaya Kanan  Mohd Zakaria  Ahmad mengesahkannya dan berkata, tertuduh berumur 17 tahun yang menjadi pelatih di PLKN Muadzam Shah.
Dia akan didakwa di bawah Seksyen 323 Penal Kod kerana menyebabkan kecederaan.

 "Kesemua mereka akan dibawa ke mahkamah pagi esok," katanya kepada The Malaysian Insider.

Satu sumber memberitahu, walaupun di bawah umur, iaitu 17 tahun, dia akan didakwa di mahkamah sebagai orang dewasa kerana keseriusan kes ini, bukannya di Mahkamah Juvenil sebagaimana biasa.

Muhammad Suhaimi telah diserang beramai-ramai selepas didakwa memotong barisan ketika mengambil sarapan pagi.

Dia dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai di  dalam bilik air jam 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan menuju Hospital Muadzam Shah.

Suhaimi didapati lebam pada belakang telinganya yang dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Laporan postmortem awal menunjukkan Suhaimi mati akibat dari pendarahan pada otaknya.

Ekoran itu, polis telah menahan enam orang yang berumur antara 17 hingga 21 tahun berkaitan dengan kes ini.

Tiga ditahan pada hari yang sama, manakala selebihnya ditahan dua hari kemudian.

Siasatan awal mendapati, mangsa menimbulkan kemarahan pelatih yang lain apabila dia memotong barisan semasa mengambil sarapan pagi.

Ia menyebabkan pergaduhan berlaku antara mangsa dengan pelatih yang ditahan itu beberapa jam kemudian.

Pergaduhan berlaku lagi kira-kira jam 11.30 malam dan 30 minit kemudian mangsa telah didapati terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai di dalam bilik mandi.

Sejak beroperasi, sudah 22 kematian direkodkan di dalam kem-kem PLKN akibat dari demam, infeksi kuman dan lain-lain sebab.

Ini adalah kes pertama pembunuhan direkodkan dalam kem PLKN.  Pada tahun 2004, pelatih berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatihnya yang kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

PLKN diwujudkan oleh Putrajaya untuk merapatkan hubungan antara remaja dari pelbagai latar belakang  kaum dan agama. Ia juga dibuat bagi menyelesaikan masalah pengasingan antara kumpulan di negara ini.

Mukhriz mahu jadi naib presiden sebelum Umno “kecundang” dalam PRU14

Posted: 06 Oct 2013 04:51 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK




Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?

 "Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu.

Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya.

"Saya ke gelanggang naib presiden agak lewat kerana calon lain sudah dua atau tiga kali menyandang jawatan ini. Peluang itu ada namun saya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi.

"Kali ini saya lihat kuasa mengundi itu terletak pada perwakilan yang ramai iaitu 146,500 orang. Saya yakin mereka sudah cukup matang untuk membuat penilaian sendiri. Pada hari pemilihan, mereka akan membuat keputusan mengundi mengikut suara hati dan bukan desakan pihak atasan," katanya.

Ketika ditanya adakah pertandingannya kali ini mengganggu penyandang jawatan naib presiden sedia ada, beliau berkata: "Inilah demokrasi. Kalau tiada yang 'kacau daun' maka pemilihan tidak perlu diadakan dan kita boleh isytihar menang tanpa bertanding."

Dalam perkembangan lain, beliau mahu pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau memberi mandat kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini bagi sama-sama merasai pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Beliau menyedari DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS dan BN mempunyai cabaran besar untuk memenangi PRK kali ini.

"Saya telah nyatakan kepada pengundi Sungai Limau baru-baru ini, BN sebenarnya berhasrat membawa pembangunan di kawasan itu dan bukan untuk bersaing dengan sesiapa.

"Kerajaan pusat dan kerajaan negeri ditadbir oleh BN. Jadi kita nak kongsi hasil negeri Kedah dengan penduduk di Sungai Limau juga," katanya.

Penyandang kepada jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketiga-tiganya bertanding untuk mengekalkan jawatan.

Selain itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Samad turut menghangatkan suasana dengan menyertai pertandingan enam penjuru itu.

Seramai 33,942 calon layak bertanding di peringkat pusat dan bahagian serta ketiga-tiga sayap parti.
Pengundian bagi pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian dan pusat akan  berlangsung pada 12 Oktober manakala pengundian bagi bahagian dan Majlis Tertinggi pada 19 Oktober.

Dijangka lebih 146,500 perwakilan akar umbi mengambil bahagian mengundi pada pemilihan kali ini berikutan pindaan perlembagaan parti pada 2009

[VIDEO] Zahid Perlu Buktikan Wartawan Putarbelit, Bukan Mengherdik Mereka

Posted: 06 Oct 2013 04:47 PM PDT

Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini

KELAB GREENBOC


Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]

"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.

"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau."

Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.

Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.

Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini "memutarbelit" berita.

Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau "setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini" semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.

Sementara itu, ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.

Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.

Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.

"Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi," tambahnya. -mk


LIHAT VIDEO DI SINI
 


ULASAN GB

Hairan kita, seorang menteri kabinet boleh sesuka hati mengherdik rakyat. Perangai samseng masih dikekalkannya sekalipun sudah menjadi menteri.

Bukankah sepatutnya jika beliau merasakan portal malaysiakini memutarbelitkan kata-katanya atau melakukan fitnah terhadapnya maka belia sepatutnya memngambil tindakan mahkamah? Ini yand dikatakan "onduct unbecoming a minister". Orang sebeginikah yang UMNO nak kekalkan sebagai Naib Presiden? Jika UMNO nak cepat hancur, kekalkanlah!

Sebenarnya selama ini yang memutarbelit dan memfitnah BUKAN portal-portal dalam talian seperti malaysiakini, themalaysianinsider, freemalaysiatoday, harakahdaily dan seumpamanya. tetapi yang jelas dan nyata, melalui kes-kes yang diputuskan di mahkamah, yang banyak memutarbelit dan memfitnah tidak lain dari akhbar arus perdana terutama UTUSAN.

Apakah Mat Sabu Calon PAS Untuk PRK Sungai Limau?

Posted: 06 Oct 2013 04:42 PM PDT

Mat Sabu memang seorang pemimpin yang hebat
 
KELAB GREENBOC


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, resume rakyatnya tidak perlu banyak perkataan untuk dihurai. Selain hebat, ialah mengkagumkan.

Di zaman mudanya, Abang Mat keluar masuk penjara memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai benar. Ramai orang takut pada ISA, tetapi tidak pada Abang Mat. PAS adalah wadah perjuangannya, dan tiada apa yang boleh menyebabkan Abang Mat keluar daripada PAS.

Nama Mat Sabu sudah sinonim dengan PAS. Abang Mat adalah simbol toleransi dan friendliness (mudah bersahabat) bagi PAS.

Rakan-rakan bukan Islam cukup menyayanginya. Rakan-rakan seperjuangannya menghayati pengorbanan beliau.

"Cubalah kamu ikut saya seminggu. Tengoklah kamu boleh tahan tak?" begitulah cabaran Abang Mat pada saya selalu.

Memang sukar untuk mengikut jadual Abang Mat. Hanya manusia yang kental seperti beliau boleh menunaikan semua temujanji itu.

Namun, sehebat-hebat Abang Mat, beliau cumalah seorang manusia biasa yang ada kekurangannya.

Seperti para peminat artis pujaan, menyebut mengenai kekurangan Abang Mat akan menyinggung perasaan orang yang amat menyayanginya. Membandingkan Abang Mat dengan sesuatu yang lebih baik juga akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada para peminatnya, lebih-lebih lagi apabila Abang Mat adalah Timbalan Presiden PAS.

Namun, itu lumrah manusia kerana sememangnya ada perkara yang lebih disukai dan ada perkara yang tidak berapa disukai.

Semalam timbul kontroversi seperti yang tertera di atas apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali dalam satu laporan The Malaysian Insider bertajuk "Timbalan presiden: Mat Sabu jangan kecil hati, kata ulama PAS" menyebut "Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah fakih (mendalam) soal agama."

Jelas Khairudin mengakui Abang Mat sebagai seorang pemimpin yang hebat. Cuma – ya ayat selepas 'Cuma' selalu membawa maksud berbeza kepada para pembaca mengikut kesukaannya.

"Cuma barangkali yang kurang adalah fakih (mendalam) soal agama" – ada yang membaca ayat ini berasa Khairudin kasar dan seolah-olah menghina Abang Mat. Persepsi itu diperkuatkan lagi apabila ada blogger yang mengulas perkara itu ke arah sedemikian.

Bagi yang sudah ada persepsi negatif terhadap Dewan Ulama selepas Multaqa lalu teramat mudah akan terdorong ke arah mempercayai bahawa Khairudin sedang memperkecilkan Abang Mat, walau beliau memulakan hujah ayat pertama dengan memuji Abang Mat sebagai pemimpin yang hebat. Tapi itu telah dilupakan, yang difokuskan ialah apa yang disebut selepas perkataan "cuma."

Dalam aspek ini, Khairudin perlu lebih berhati-hati ketika berkata-kata dan menyedari persepsi negatif yang sedang menyelubungi Dewan Ulamak PAS Pusat akan menyebabkan kata-katanya terpesong daripada nada sebenar.

"Cuma barangkali yang kurang adalah fakih (mendalam) soal agama" – daripada lensa biasa tanpa sebarang prasangka, ayat ini tiada unsur penghinaan pada Abang Mat. Jelas dalam ayat ini, Khairudin tak pasti, sebab itu perkataan "barangkali" digunakan.

Apa yang cuba disebut Khairudin ialah ada orang yang lebih fakih soal agama berbanding Abang Mat. Kenyataan itu sebenarnya tidak salah, malah sebenarnya hakikat, cuma cara disebut itu boleh disalah tafsir, terutamanya bagi mereka yang sudah ada prejudis terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat.

Faqih adalah istilah merujuk kepada satu standard ilmu dalam pengajian Islam melibatkan kefahaman mendalam terhadap teks al-Quran dan teks al-Hadis berasaskan ilmu-ilmu alat seperti usul fiqh dan ilmu bahasa Arab yang tinggi sehingga mampu memahami hukum-hakam Islam secara detail.

Namun, ingin dipertegaskan bahawa tahap keilmuan "faqih" bukan diukur dengan sijil dan tempat pengajian dan juga bukan diukur oleh diri sendiri tetapi dinilai oleh orang-orang berilmu yang lain.

Seseorang yang dikatakan tidak faqih bukan bererti dia jahil dan tidak tahu hukum-hakam agama untuk amalan seharian. Cuma ada orang yang lebih baik daripadanya dari sudut itu.

Memandangkan Khairudin sendiri adalah seorang "Dr PhD", maka ada pula yang menganggapnya terlalu ego apabila beliau berhujah bahawa Abang Mat barangkali yang kurang adalah fakih soal agama – seolah-olah kerana beliau ada PhD maka beliau boleh memperkecilkan pemimpin yang lain yang tidak setanding tinggi ilmunya apabila berkata "barangkali yang kurang adalah fakih soal agama."

Tuduhan itu tersasar kerana Khairudin tidak berniat begitu, cuma beliau barangkali masih baru dalam dunia politik dan media persepsi ini untuk berkata-kata jujur dengan selamat.

Mari kita bersangka baik dan melihat hujah Khairudin dari sudut lain:

"Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Dalam soal fakih (mendalam) soal agama, barangkali ada orang yang lebih hebat daripada beliau."

Sebenarnya itulah maksud sebenar Khairudin. Bacalah dari arah manapun, unsur menghina langsung tiada - maka salah faham terhadap Khairudin juga tidak akan timbul daripada para peminat Abang Mat.

Lebih-lebih lagi, dengan peribadi Abang Mat yang hebat dan besar hati orangnya, sebenarnya tiada kontroversi dalam kata-kata Khairudin.

Tulisan ini ditulis supaya PAS dapat menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau dengan satu hati dan satu jiwa. Jangan biar polemik dalaman melemahkan PAS.

PRK Sungai Limau ialah maruah PAS Kedah dan juga maruah arwah Tan Sri Ustaz Azizan Razak. Oleh itu, PAS tidak harus dilemahkan lagi kerana sangka buruk dan buruk sangka yang tidak diperlukan masa ini.

Seperti kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, kurangkanlah kenyataan mengenai pemilihan di muktamar, fokuslah pada PRK Sungai Limau. Walaupun tulisan beliau semalam ditujukan kepada semua pimpinan tertinggi, tapi para penyokong parti harus juga berhenti daripada mengulasnya sehingga kemenangan PRK Sungai Limau dipertahankan.

Selepas itu, ada 20 hari untuk berkempen sebelum Muktamar. Kempen sehabis-habisnya dalam lingkungan adab dan akhlak jamaah yang tinggi dengan hanya mempromosikan kebaikan dan kehebatan pemimpin pilihan sendiri dan bukannya dengan memperkecilkan lawan.

Itu adalah roh Islam yang wajar ditunjukkan PAS kepada rakyat Malaysia. -Timmy Say/TMI

ULASAN GB

Tajuk GB: Apakah Mat Sabu Calon PAS untuk PRK Sungai Limau?

Ia sekadar satu soalan, atau satu lontaran cadangan.

Sungai Lmau memerlukan calon yang sehebat Allahyarham Ustaz Azizan dan diantara yang ada di dalam kepala GB hanya ada dua orang yang mampu mempertahankan kerusi PAS tersebut. Satu Datuk Mahfuz Omar dan kedua Mohammad Sabu.

Kedua-duanya pimpinan tertinggi PAS Pusat, Mahfuz Naib Presiden dan Mohammad Sabu Timbalan Presiden. Selain dari itu Mahfuz juga Pesuruhjaya PAS Kedah. Mungkin Mahfuz sudah berat dengan tanggungjawabnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Naib Presiden PAS Pusat dan juga sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena.

Jadi pilihan yang ada ialah Mohammad Sabu jika PAS perlu calonkan orang yang dikatakan setanding dengan kehebatan Allahyarham Ustaz Azizan. Mengapa perlu calon yang setanding dengan Allahyarham? Sebab ini pilihanraya kecil, bukan pilihanraya umum. Dalam beberapa minggu lagi semua akan menumpukan perhatian ke Sungai Limau. Jadi calon besar perlu diketengahkan jika PAS mahu menang.

Malah Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang telah pun memberikan signal yang jelas,


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mahu calon itu memilki sifat kepimpinan seperti bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Kalau boleh, kita nak calon itu seperti Azizan. Sama ada calon tempatan atau luar, itu terpulang kepada Pas negeri dan Pusat yang tentukan.

"Syarat yang kita utamakan ialah calon itu mesti boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk membawa mesej Pas. Itu yang penting," katanya selepas menziarahi pusara Azizan di Muassasah Darul Ulum...
sinarharian 1/10/2013


PAS Kedah sangat memerlukan tenaga Mohammad Sabu untuk digandingkan dengan Mahfuz untuk merampas semula Kedah dari tangan BN.

Memang Mohammad Sabu lebih layak di parlimen, tetapi tidak salah beliau untuk bertanding menjadi seorang ADUN. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dari seorang ahli parlimen Bukit Gantang kini menjadi ADUN Changkat Jering. Malah bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustadz Fahzil Mohd Nor juga pernah sekadar menjadi ADUN Bukit Raya. Presiden PAS sendiri TG Haji Hadi pernah menjadi ADUN Rhu Rendang sahaja apabila tewas di parlimen Marang satu ketika dulu.

GB mengharapkan Mohammad Sabu dipilih untuk bertanding di PRK Sungai Limau, supaya beliau mula "bekerja" dari sekarang. Masa untuk bercakap sudah berlalu (bukan tak boleh bercakap lagi tetapi masa diperuntukkan untuk bekerja mesti diutamakan daripada masa untuk bercakap dan berceramah). Dan GB percaya Mohammad Sabu juga seorang yang rajin bekerja jika beliau diberikan peluang dan ruang itu.

PAS perlu buktikan ia parti yang kuat bekerja untuk rakyat, bukan sekadar parti ceramah waktu malam, dan ia bermula dengan orang yang bernama Mohammad Sabu. Kalau beliau selama merupakan ikon ceramah-ceramah PAS, beliau kini perlu menjadi ikon tenaga kerja profesyenal PAS pula. Mohammad Sabu perlu buktikan bahawa orang PAS bukan sekadar pandai berceramah/berpidato semata-mata, tetapi hebat di dalam melaksanakan tugas dan bekerja juga. Dan elok diserahkan baton ceramah dan pidato kepada yang fakih dalam hal-hal agama.

Tujuh Rumah Baru Untuk Rakyat Sejak PRU-13

Posted: 06 Oct 2013 04:36 PM PDT

BULETIN ONLINE
 
 
DUNGUN – Dalam masa empat bulan selepas pilihanraya umum kali (PRU) ke-13 Mei lalu, PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka telah berjaya membina rumah-rumah baru untuk rakyat miskin yang memerlukan.

projek rumah rakyat DUN Paka

Menurut ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat, projek 'rumah untuk rakyat' itu dilaksanakan dengan penyelarasan pejabatnya dengan pembiayaan hasil sumbangan para dermawan dan orag ramai.

"PAS DUN Paka dengan penyelarasan pejabat ADUN meneruskan projek perumahan rakyat miskin yang memerlukan dengan mengumpul dana dari orang ramai serta dengan kerjasama masyarakat setempat dan PAS cawangan,

Selepas PRU (13) sudah tujuh rumah baru yang dibina dan 5 terlibat dengan tambahan serta baik pulih. Ramai lagi senarai menanti yang kita proses dan memerlukan lebih banyak dana,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja gotong royong membina rumah ke tujuh projek tersebut di Kampung Cacar Baru pada Jumaat 4 Oktober.

Menurutnya, PAS menunaikan tanggungjawab tersebut kerana Umno dan Barisan Nasioal (BN) Terengganu gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan berikutan tindakan 'balas dendam' kerana kalah dalam DUN Paka pada PRU ke-13.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah.

IMG-20131004-WA0025

Pada 11 Mei, sebaik sahaja Umno-BN Terengganu hanya mampu menubuhkan kerajaa dengan majoriti dua kerusi di negeri Terengganu, Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Oleh itu, Ustaz Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyerus orang ramai dan para dermawan agar terus memberikan sumbangan 'fisabiliLlah' itu, bagi membantu golongan yang dianiyai oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

"Saya menyeru kepada dermawan dan penyumbang untuk meneruskan sumbangan fisabiliLlah ini, bagi pihak kami dapat menyampaikan terus sumbangan itu kepada rakyat yang telah dianiyai oleh kerajaan Umno-BN Terengganu,"jelasnya.

Beliau berkata, sepatutnya perkara tersebut boleh diselesaikan sekiranya peruntukan ADUN yang menjadi hak rakyat selaku pembayar cukai diagihkan kepada wakil-wakil rakyat.

Namun, kegagalan kerajaan Umno-BN Terengganu berlaku adil, bahkan bertidak zalim, telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Justeru, beliau turut mempelawa pihak swasta dan syarikat-syarikat persendirian untuk tampil melaksanakan tanggung jawab sosial korporat (corporate social responsiblity) yang menjadi salah satu amalan baik dalam pengurusan perniagaan.

Umno Mahu Rakyat Miskin, Supaya Senang Diugut

Posted: 06 Oct 2013 04:34 PM PDT

BULETIN ONLINE


KEMAMAN – Rumah Mak Cik Nab 80 tahun di Kampung Kuala Kemaman yang mengalami kerosakkan teruk sejak 15 tahun lalu akhirnya dapat diperbaiki dengan bantuan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat dan Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Chukai.

Anak Mak Cik, Mohd Awi Jusoh, 54, ketika ditemui berkata, beliau dan ibuya yang tinggal 'berbumbungkan lagit dan berlantaikan papan reput', telah berkali-kali memohon bantuan dari kerajaan namun tidak pernah dilayan.

IMG-20131004-WA0005

Katanya, pihak berkeaan hanya datang mengambil gambar rumah berkenaan, namun bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

"banyak kali dah minta bantuan………..berkali-kali……10, 15 kali dah…..tak pernah dapat, minta belaka…….dia mari ambil gambar je tapi tak pernah dapat bantuan,"ujarnya kesal.

Sehubungan itu, Haji Hanafiah berkata, wang tunai yang disumbangkan bagi membaik pulih rumah tersebut sebanyak RM2000 dari pihaknya dan pihak MTD Chukai.

Tetapi, kata beliau, ada sumbangan lain seperti kayu untuk mengganti lantai rumah tersebut yang telah reput dimaka 'anai-anai', dihantar oleh para dermawan.

"(wang tunai) habis RM2000 tapi sumbangan kayu ada orang mari hantar tadi……….mungkin (harga) kasarnya dalam RM3000 lebih agakya, (kerja-kerja dibuat secara) gotong royong dengan (tenaga) 30 orang terlibat dari Pusat Khidmat DUN (Chukai) bermula pada jam 8 pagi,

"dan hampir 90 peratus (siap) tetapi (masih) tidak ada tandas yag akan diusahakan masa akan datang,"jelasnya.

Menurutnya, kawasan Kuala Kemaman adalah kubu Umno sejak sekian lama dan Umno (BN) menang dalam pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini sebaya hampir 300 undi, namun ramai peduduk disitu miskin.

Katanya, Umno mahu rakyat terus miskin supaya parti itu seang mengugut rakyat ketika waktu hampir piliharaya.

"Kawasan Kuala (Kemaman) ini tempat (kubu kuat) Umno yang selama-lamanya, dulu, kini dan selamanya……….dan Umno menang pilihanraya di sini hampir 300 undi,

"Umno ni dia nak rakyat miskin (supaya) baru senang dia ugut utu mengahadpi (hampir waktu) pilihanraya,"tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada para muhsinin yang prihatin, yang berhajat untuk menyumbang kepada Mak Cik Nab bolehlah menyalurkan bantuan kepada Pusat Khidmat DUN Chukai atau terus akaun bank Tabung Kebajikan Rakyat di MayBank No Akaun 563028604239.

Tiada ulasan: