DIALOG RAKYAT |
- Anak muda suka calon PAS, mudah didekati
- PDRM terima RM8.8b untuk kurangkan jenayah
- Berakhirkah sudah pengaruh Mahathir?
- Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat
- Bajet 2014, Pimpinan PR bidas pelaksanaan GST, gagal penuhi aspirasi rakyat
- Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor
- GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015
- Harga gula naik mulai esok
- Skim Kafalah 'dikafankan' kerajaan BN
- GST rompak duit rakyat, Pemuda PAS serah memo
- ‘Makmal Tranformasi’ cuma gimik politik Mukhriz
- Mazlan Menang: Mahkamah Perintah Polis & K'jaan Malaysia Bayar RM370K
- Dah Serik Kena Saman Berjuta, Sekarang Utusan Guna Taktik Mohon Maaf...
- Zahid Hamidi Mahu Jadi Zahid Al-Sisi?
- Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar
- 7 projek baru bernilai RM38.22 bilion sedia dimulakan di Selangor
- Zunar lancar animasi Datuk Nazak & Antutuya
- Laporan NFC akan diumumkan 2 minggu lagi
- Azmin: MB sedia timbang tambah peruntukan
- Amuk Di Stesen LRT: “Aku Hanya Menjalankan Tugas...”
- KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan
- DAP gesa SPA ambil tindakan disiplin Pengarah Jasa
Anak muda suka calon PAS, mudah didekati Posted: 25 Oct 2013 06:51 AM PDT
Menurut Presiden Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama (Panglima), Sulaiman Ibrahim, anak muda menyokong penuh pilihan PAS itu dan amat menyenangi sifat positif yang dimiliki Azam. "Pendekatan Ustaz Azam dengan anak muda amat lembut. Pendekatan yang dibawa manis dipandang dan mudah didekati. "Saya perhatikan, anak muda senang sesuaikan diri dengan beliau dan ini kelebihan yang beliau miliki yang melayakkan beliau menjadi calon," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, dekat sini hari ini. Tambah Sulaiman yang juga bekas peserta Raja Lawak itu lagi, Azam sudah dikenali sewaktu era Allahyarham Tan Sri Azizan Razak lagi. "Ustaz Azam seorang yang bekerja kuat dan semasa Allahyarham Ustaz Azizan sakit dia banyak gerakkan tenaga untuk bantu kawasan. "Beliau juga tidak mempunyai musuh dalam kalangan ahli Umno dan tidak timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang Umno," katanya. Azam, 37, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Razak pada suatu ketika dulu. Sementara itu, Sulaiman (gambar, kiri) berkata, Panglima sedang bertungkus-lumus membantu pemuda merancang dan mengadakan program khusus untuk anak muda. "Strategi kami nak jaga orang muda dan mahu kekalkan PAS di Sungai Limau. "Oleh itu, Panglima memang berkampung sepenuhnya di sini bagi merancang program yang sesuai dan boleh menarik anak muda," katanya. Tambah beliau, antara program yang akan diadakan ialah Debat Komidi Politik yang akan membincangkan isu serius secara komedi. Selain itu katanya, semalam pemuda mengadakan program tukar minyak hitam motosikal secara percuma yang mendapat sambutan lebih 50 anak muda di Sungai Limau. | ||||
PDRM terima RM8.8b untuk kurangkan jenayah Posted: 25 Oct 2013 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR - Dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara, kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan itu menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam selain komited dalam membanteras jenayah. Dalam membanteras jenayah, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik. "Kerajaan juga akan menambah 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan menambah 200 buah motosikal lagi untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM tahun depan menjadikannya 2,000 buah motosikal dalam tempoh dua tahun. "Tahun ini, kerajaan bersetuju menambah 800 buah motosikal dengan peruntukan RM200 juta," katanya. Perdana Menteri berkata, bagi memperkasa perkhidmatan PDRM, kerajaan akan membina dan menaik taraf ibu pejabat polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kuarters kakitangan dengan peruntukan RM128 juta. Peruntukan itu termasuk pembinaan IPD baharu di Pasir Mas (Kelantan), Kota Setar (Kedah), Johor Baharu Selatan (Johor), Sipitang (Sabah), Nusajaya (Johor) selain pembinaan balai baharu di Pengerang (Johor), Tongod (Sabah) dan Country Homes Rawang (Selangor). - Bernama | ||||
Berakhirkah sudah pengaruh Mahathir? Posted: 25 Oct 2013 06:24 AM PDT BELUM. Pengaruh Mahathir belum berakhir. Malah barangkali tidak akan berakhir. Ini hakikat yang kita kena terima dengan hati terbuka. Mahathir memerintah Malaysia selama lebih 20 tahun. Kita membesar dengan mengenali ketokohan manusia ini, yang sampai kini pun ada yang rasa dia masih lagi Perdana Menteri. Kekalahan Mukhriz dalam lumba merebut jawatan Naib Presiden UMNO tidak bermakna pengaruh Mahathir dan fungsinya dalam hala tuju UMNO sudah berakhir. Bahkan sebenarnya kini semua mata menumpu kepada Mahathir dan anakandanya yang tewas. Bukan kemenangan naib presiden lain yang jadi bahan berita, tetapi kekalahan Mukhriz yang jadi laporan utama. Kekalahan Mukhriz jadi perkara yang lebih sensasi daripada kemenangan Zahid Hamidi yang baru seminggu dua lalu kecoh dengan kenyataan pelik yang dibuat di Melaka. Kita pakat lupa belaka dengan apa yang disebut Zahid kerana kita lebih peduli dengan kekalahan Mukhriz. Ini pelik politik Malaysia. Kita sendiri sebenarnya tidak tahu apa kita mahu. Dan kita buat benda yang bukan-bukan hanya untuk melihat apa kesudahannya nanti. Kalau UMNO benar mahu dengar kata Mahathir, pastilah Mukhriz yang dilantik, bukannya Hishammuddin. Meski undi popular berpihak kepada Mukhriz, kita juga hampir pasti bahawa UMNO dan juak-juaknya tidak akan mengatakan Mukhriz lebih layak kerana menang undi popular. Itu sama seperti mahu kata Pakatan Rakyat patut jadi kerajaan kerana menang undi popular. Mukhriz kalah, ya kita semua sudah tahu. Tapi siapa sebenarnya yang menang? Seperti ada yang ditulis orang, pemilihan UMNO kali ini ialah perlawanan antara penyandang dengan pencabar. Sedikit berat sebelah kerana perwakilan UMNO seringkali memperlihatkan sifat setia dan memberi muka kepada penyandang, tidak kiralah betapa teruknya prestasi sang penyandang. Lihat sahaja bagaimana Wanita UMNO tetap mengekalkan Kak Ijat sebagai kapitannya, meski timbalannya dulu meroyan berkoyan-koyan sedih dipanggil lembu. Sebut saja lembu teringat UMNO, sebut UMNO teringat lembu. Sembelih lembu korban pun berdekah-dekah ketawa sambil pak imam melawak kata tengah sembelih UMNO. Begitu pun dahsyat penghinaan terhadap UMNO angkara 'lembu'; Kak Ijat tetap juga dipilih kembali menjadi Ketua Wanita. Lihat pula penyandang jawatan Ketua Pemuda yang segak bergaya. Kemudian lihat pula pembawakan pencabarnya. Aduh, liga berbeza. Macam mana nak lawan? Lalu penyudahnya Khairy kekal di jawatan yang sama. Yang mencabar satus quo akan nanti tercantas dan terhalang kemajuan kerjaya politiknya. Demikian nasib politisi UMNO bergelumang dalam real politiknya yang begitu ganas. Namun berbalik kepada persoalan pokok. Suara Mahathir tidak akan pernah padam, meski anakandanya tidak berjaya. Namun apa yang lebih penting ialah suara apa sebenarnya yang mahu dibawa Mukhriz sekiranya berjaya menjadi Naib Presiden? Kita pastinya masih teringat kepada sidang media Mukhriz beberapa hari sesudah berakhirnya Pilihan Raya Umum Mac 2008 yang menyaksikan Pak Lah seakan linglung dan ngawur seketika setelah kehilangan majoriti dua pertiga. Mukhriz antara yang kelihatan begitu terkedepan menuntut Pak Lah bertanggungjawab atas kekalahan dan aib yang ditanggung UMNO lantaran keputusan PRU Mac 2008 itu. Kita juga pasti masih ingat akan kain rentang yang mendesak supaya Pak Lah meletakkan jawatan. Pasca 2008 UMNO kelihatan bersungguh-sungguh mahu berubah. Tak mampu reformasi, UMNO cuba transformasi. Transformasinya itu ke arah apa, kita tak pula mengerti. Menang sahaja Khairy Jamaluddin jadi Ketua Pemuda, terbitlah dua tiga kerat yang berkata hubaya hubaya, jaga-jaga dengan liberalisme bakal menular UMNO? Jenuh juga saya garu kepala, rupanya ada liberal dalam UMNO, tapi liberal yang ini bagaimana rupa bentuknya? Adakah liberal UMNO ini pro LGBT? Kita tidak tahu. Jadi kalau mahu berfikrah liberal dalam UMNO juga jadi berdosa, maka transformasi yang diimpikan Najib Razak ini quo vadis sebenarnya? Dari mana datangnya dan ke mana ia mahu pergi? Adakah masih harus bergantung kepada wahyu Mahathir baru jelas hala tuju parti Melayu ini? Itu juga kita tidak tahu. Apa yang kita tahu ialah pemilihan UMNO kali ini ialah pemilihan yang tidak punya banyak pergulatan. Presidennya tidak berlawan sesiapa, Timbalan Presidennya tidak berlawan sesiapa, dan penyandang yang lainnya juga seolah-olah tidak berlawan sesiapa. Seolah-olah pemilihan UMNO kali ini bertujuan mencantas siapa yang mereka tidak suka, ketimbang memilih siapa yang sepatutnya berada dalam pucuk pimpinan dalam rangka menuju PRU ke-14. Ini yang tidak dijelaskan kepada orang UMNO. Atau barangkali sengaja tidak dijelaskan supaya undi tidak beralih hala selain kepada penyandang semata-mata demi mengekalkan status quo serta saf kepimpinan yang sehingga saat ini masih gagal menunjukkan apa sebenarnya agenda perubahan atau rangka kerja baru untuk Malaysia yang lebih baik. Dan Malaysia yang lebih baik sebenarnya adalah Malaysia yang bebas daripada nasihat dan bisikan Mahathirisme. Membebaskan Malaysia daripada Mahathir bukan kerja mudah. Bahkan amat renyah sekali kerana Mahathir seakan sepohon kayu rendang yang cabang dahannya merimbun litup sekalian ceruk; akarnya pula mencengkam seawal Tunku mahu dijatuhkan. | ||||
Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat Posted: 25 Oct 2013 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat. "Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan. "Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin. "Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali," kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai. "Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai," katanya ketika ditemui. Katanya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya. "Dia (Kerajaan) bukan sahaja mengenakan GST pada 2015, tapi telah hapuskan subsidi gula 30 peratus, saya tak tahu apakah jumlah ini akan jimat tetapi ini hanya menambahkan beban rakyat," kata Ahli Parlimen Bagan itu.EZY | ||||
Bajet 2014, Pimpinan PR bidas pelaksanaan GST, gagal penuhi aspirasi rakyat Posted: 25 Oct 2013 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR : Kebimbangan Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pengurangan subsidi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akhirnya terjawab setelah pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Secara keseluruhan, pimpinan PR membidas bajet yang dibentangkan dan beranggapan pembentangan kali ini tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan aspirasi rakyat. Berikut adalah reaksi ringkas daripada beberapa Ahli Parlimen PR: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang : "Keseluruhannya pembentangan bajet ini tidak mengambil kira rakyat. Yang diambil kira hanyalah kewangan untuk kerajaan yang tidak seimbang antara kenaikan cukai dan pendapatan untuk menangani masalah inflasi." Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh : "Saya tertarik dengan Yayasan Hijau dan saya kira tugas pertama mereka adalah menutup Lynas. "Saya melihat peruntukan wanita begitu sedikit, hanya RM100 juta dan ini amat tidak memadai. Tambah pula tidak ada program wanita, sama seperti tahun lepas program untuk pengarah wanita dan sebagainya berbanding dengan apa yang kita cadangkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat." Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar : "Bajet kali ini tidak ada benda baru. Kita bimbang Malaysia akan menjadi 'Shopping and Fesyen Heaven' dengan hasrat kerajaan untuk menarik pelancong datang untuk membeli belah di Malaysia. "Apa yang penting adalah pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sawak kita dapat lihat dan tidak hanya sekadar cakap-cakap semata-mata,". | ||||
Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor Posted: 25 Oct 2013 06:09 AM PDT Mahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma. Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi membatalkan saman berkenaan. Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos. Kerajaan negeri Selangor, Abdul Khalid dan Syabas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Februari lepas yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman itu. Responden merupakan penduduk Shah Alam yang memfailkan saman pada 11 September tahun lepas menuntut ganti rugi lebih RM400,000 selepas mendakwa tidak menerima subsidi air seperti yang dijanjikan kerajaan negeri Selangor. Penyataan tuntutan mereka mendakwa semasa kempen pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri Selangor berjanji pengguna domestik dengan kadar penggunaan 20 meter padu sebulan akan menikmati subsidi air iaitu percuma. Berdasarkan manifesto itu, mereka mendakwa setiap pengguna domestik dengan Syabas adalah layak menerima subsidi bulanan sebanyak RM11.40 dan meskipun kerajaan negeri melaksanakan Skim Air Percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerimanya. Mereka turut mendakwa Abdul Khalid kemudian menjelaskan bahawa pengguna dengan meter penggunaan air yang besar tidak layak menerima subsidi itu. Selain ganti rugi, mereka menuntut perintah injunksi mandatori agar Syabas mengeluarkan bil air dengan rebat yang dijanjikan, faedah empat peratus setahun dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah. Responden diwakili peguam T.Geetha, kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid oleh Edmund Bon manakala peguam Gopal Sreenevasan mewakili Syabas. - Bernama | ||||
GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015 Posted: 25 Oct 2013 03:32 AM PDT MALAYSIA KINI Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal. Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan. Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini. Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan. Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu. | ||||
Posted: 25 Oct 2013 03:31 AM PDT MALAYSIA KINI Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya. Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.- Bernama | ||||
Skim Kafalah 'dikafankan' kerajaan BN Posted: 25 Oct 2013 03:26 AM PDT
Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya PAS Sungai Limau Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mampu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima skim itu. "Dulu Kafalah, kini jadi 'kafanlah' bungkus kain putih kemudian kebumikan. Skim itu, kita bagi semua rakyat negeri ini tidak kira agama," katanya dalam sidang media di Markas Induk PAS PRK Sungai Limau di Batu 15. Beliau turut mempersoalkan, mengapa kerajaan BN hari ini tidak mampu meneruskan skim itu sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat pada penggal lalu berjaya mengagihkan skim bantuan itu kepada mereka yang memerlukan. Kafalah adalah skim bantuan kewangan sebanyak RM500 untuk keluarga si mati yang miskin, ia merupakan usaha kerajaan PAS Kedah yang telah dilaksanakan ketika PAS di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Razak pada penggal lalu. Sehubungan itu, PAS Kedah gembira apabila gesaan mereka untuk menganjurkan politik damai dan harmoni disambut baik oleh BN namun, ianya tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu pihak lawan diketepikan. "Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, negeri mahupun pusat akan tetap diteruskan," tegas Amiruddin. Turut sama dalam sidang media itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad, Penyelaras DHPP PRK Sg Limau Sobri Osman dan Pengarah Unit Media Zulkifli Yahya. | ||||
GST rompak duit rakyat, Pemuda PAS serah memo Posted: 25 Oct 2013 03:22 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar. Memorandum tersebut diserahkan di hadapan laluan masuk ke Parlimen, dalam masa yang sama lebih seratus orang hadir berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST yang dijangkakan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perbentangan Bajet 2014. Mahfuz dalam ucapan ringkas beliau menjelaskan pelaksanaan GST adalah satu yang tidak wajar dalam keadaan sekarang apabila rakyat dilihat berada dalam kesempitan ekonomi yang teruk. Katanya lagi, jika kerajaan masih lagi berkeras untuk melaksanakan GST ia dilihat sebagai merompak duit rakyat tanpa kerelaan mereka. "Saya melihat dalam keadaan rakyat yang terhimpin dengan keadaan ekonomi yang amat teruk selain kenaikan harga barang pelaksanaan GST ini adalah tidak wajar sama sekali. "Dalam pada itu pelaksanaan GST ini juga umpama kita merompak duit rakyat tanpa kerelaan mereka, duit rakyat diambil tanpa mereka sedar," ucapnya. Mahfuz yang menegaskan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus berbahas bagi menentang pelaksanaan GST jika kerajaan menyatakan hasrat mereka untuk melaksanakannya. Beliau yang turut berterima kasih kepada Pemuda PAS yang menganjurkan himpunan aman sebagai isyarat membantah pelaksanaannya. Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang turut berucap bahawa GST ini tidak perlu dilaksanakan jika kerajaan berbelanja dengan lebih berhemah. Jelasnya, kerana terlalu banyak ketirisan dan penyelewangan berlaku dalam perbelanjaan sekarang sehinggakan kerajaan terpaksa mengambil duit rakyat untuk menampung ketirisan tersebut. "Bagi saya cukup jelas jika kerajaan dapat berbelanja dengan lebih berhemah, dapat mengawal ketirisan maka GST ini tidak perlu dilaksanakan. "Tetapi sekarang ketirisan terus berlaku, wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dan sebagai usaha untuk menampung ketirisan tersebut maka kerajaan mahu melaksanakannya bagi mengembalikan wang yang telah dibazirkan," ucap beliau. Beliau yang turut menggesa agar kerajaan membatalkan hasrat pelaksanaan GST kerana tidak mahu rakyat yang berpendapatan rendah terus dibebani dengan pelbagai cukai. Himpunan aman tersebut berlangsung dengan aman tanpa ada sebarang kekacauan. | ||||
‘Makmal Tranformasi’ cuma gimik politik Mukhriz Posted: 25 Oct 2013 03:21 AM PDT
JERAI: Kerajaan BN Kedah hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji dalam Makmal Tranformasi sebelum diputuskan baik untuk dilaksanakan. "Nampaknya sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji dan mengkaji sedangkan tiada output bermanfaat yang boleh dari makmal tersebut setakat ini. "Persoalan yang lebih asas daripada itu ialah benarkah wujud apa yang dikatakan 'Makmal Tranformasi' ini? Siapa panel penyelidiknya?" soal Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam sidang media yang diadakan di Markas Induk PAS, PRK Sungai Limau, dekat sini. Dalam beberapa kes, ujarnya kerajaan BN negeri telah menangguhkan beberapa projek kononnya kerana mahu melakukan kajian tetapi nampaknya projek-projek tersebut seolah-olah dipetisejukkan atau mungkin dibatalkan terus. Contohnya Ladang Agroteknologi di Charok Genting Bunga, Ladang Rakyat Gunong Inas, Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dan sebagainya. Secara khususnya pada sidang media tersebut, Amiruddin turut memfokuskan dua lagi projek yang gagal diteruskan kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Antaranya, kegagalan meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan. "Kerajaan negeri juga gagal meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian yang diperkenalkan kerajaan lalu. "Skim kafalah sudah jadi 'Kafanlah'. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima. Kalau kerajaan terdahulu mampu, mengapa kerajaan BN tak mampu?" ujarnya. | ||||
Mazlan Menang: Mahkamah Perintah Polis & K'jaan Malaysia Bayar RM370K Posted: 25 Oct 2013 03:06 AM PDT KELAB GREENBOC Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini mengarahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada Pengerusi Anak Felda (Anak), Mazlan Aliman. Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes Felda Lembah Klau, Raub, Pahang. Akhtar memerintahkan kerajaan Malaysia membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am dan ganti rugi teladan (RM50,000) serta kos mahkamah (RM20,000). Polis menangkap Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Felda Lembah Klau, Raub pada 18 Ogos lalu. Sehubungan itu, Mazlan melalui peguamnya menyaman polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan membuat tangkapan salah dan memalukannya. Mazlan diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud. -TMI
| ||||
Dah Serik Kena Saman Berjuta, Sekarang Utusan Guna Taktik Mohon Maaf... Posted: 25 Oct 2013 03:00 AM PDT KELAB GREENBOC Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini membuat permohonan maaf kepada Senator Syed Husin Ali sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian kes tuntutan saman yang dikenakan terhadap akhbar harian Melayu itu oleh bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan. Penghakiman persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam, hari ini. Peguam, L Bani Prakash yang mewakili Syed Husin, berkata Utusan Malaysia menarik semula laporan mereka dan memohon maaf kepada anak guamnya. "Sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, Utusan Malaysia juga mesti menyiarkan permohonan maaf itu dalam akhbarnya di muka surat 8 dalam tempoh 10 hari. "Sejumlah pampasan yang tidak boleh didedahkan nilainya sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak," katanya. Pagi ini, Syed Husin menerusi akaun Twiternya @syedhusinali berkata:"Utusan memohon maaf kepada saya pagi ini di Mahkamah Sivil 7. Akan siar dan bayar pampasan. Zamil (Zamil Ibrahim, pemimpin Kita) akan berurusan secara berasingan. Mereka memfitnah saya". Pada Mei 2010, Syed Husin menyaman Utusan Malaysia dan dua lagi defendan sebanyak RM10 juta atas tuduhan memfitnahnya menerusi artikel yang disiarkan akhbar itu pada 6 Mac tahun yang sama. Beliau turut menamakan editor akhbar itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan Zamil sebagai defendan kedua dan ketiga. Syed Husin meminta RM10 juta sebagai ganti rugi, ganti rugi teladan dan memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya, serta kos dan relief yang mahkamah rasakan sesuai. Dalam penyata tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk "RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis" yang berbentuk fitnah terhadapnya -TMI
ULASAN GB Lepas satu satu. Baru mohon maaf kepada Datuk Husam Musa kerana memfitnah, kini kepada Syed Husin Ali. Walaupun dah serik kena saman dan kini Utusan menggunakan cara "memohon maaf", namun akhbar berkenaan dilihat tak serik-serik terus memfitnah selagi terdaya dan terus menabur api perkauman di kalangan rakyat Malaysia. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Utusan, insyaAllah, pasti musnah di satu masa nanti. | ||||
Zahid Hamidi Mahu Jadi Zahid Al-Sisi? Posted: 25 Oct 2013 02:58 AM PDT Sebanyak 74 kes bunuh melibatkan penggunaan senjata api oleh rakyat tempatan direkodkan sepanjang tempoh lapan bulan sejak Januari sehingga Ogos tahun ini. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 15 kes, diikuti Perak (10), Pulau Pinang (9), Johor dan Sabah (7), masing-masing Kuala Lumpur, Kelantan serta Sarawak (5), Kedah dan Negeri Sembilan (4), Melaka, Pahang, Terengganu (1), dan Perlis (0). Angka itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan Ahli Parlimen DAP-Bakri Er Teck Hwa yang bertanyakan pecahan kes tembak mati rakyat Malaysia sepanjang tahun 2013 dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat. Ditanya punca senjata api begitu mudah didapati, Ahmad Zahid mengakui kekerapan pergerakan keluar masuk, kesibukan lalu lintas di pintu masuk serta interaksi ekonomi antara penduduk dikawasan sempadan negara jiran membuka peluang yang luas kepada aktiviti penyeluduan. Malah kewujudan 'lorong tikus' di sepanjang sempadan ekoran faktor geografi sempadan Malaysia-Thailand juga digunakan untuk mewujudkan rangkaian yang mendorong kepada aktiviti penyeludupan senjata api. Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan dua jenis operasi khas; Ops Laras dan Ops Api dari semasa ke semasa untuk mengekang penyeludupan dan mengawal penggunaan senjata api. "Untuk mengatasi masalah yang dikatakan anggota polis marin gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, dicadangkan pasukan polis marin diperkukuh dengan memperluas kawasan tanggungjawab dilaut sehingga lima batu nautika dari pantai. "Kerajaan sedang mempertimbang perolehan aset dan pembinaan infrastruktur baru dalam usaha mempertingkatkan daya operasi," katanya. Katanya, dengan pengukuhan dan perluasan kuasa tanggungjawab pasukan polis marin, adalah diyakini pertahanan pengairan negara akan lebih berkesan dalam menangani apa jua bentuk pencerobohan yang meliputi aspek keselamatan serta ketenteraman kawasan pengairan negara. -FMT ULASAN GB Begitu ramai yang ditembak mati sehingga menyebabkan negara jiran Indonesia menyifatkan PDRM sebagai pengecut dan barbarian. Prinsip "tembak dulu" yang dibawa oleh Zahd Hamidi semenjak memengang Menteri Dalam Negeri telah menimbulkan pelbagai riaksi negatif di kalangan masyarakat, namun beliau seperti "Al-Sisi" di Mesir, lansung tidak menghiraukan kritikan berkenaan malah menembak mati anggota Ikhwanul Muslimin yang dituduhnya pengganas dan penjenayah sekalipun tiada bukti. Malah beliau memberi alasan kononnya bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap keluaga mangsa penjenayah. Tetapi beliau terlupa beliau juga perlu bertanggungjawab kepada Allah terhadap mereka yang bukan penjayah tetapi telah mati ditembak tanpa belas kasihan. Prinsip sejagat, "one is innocent until proven guilty" tidak digunakan tetapi yang digunakan pemuasan nafsu untuk menaikkan nama dan imejnya menjelang pemilihan UMNO yang lalu. Beliau menang di dalam pemilihan Naib Presiden UMNO, tahniah, tetapi Hukum Kebenaran dan Keadilan tetap berjalan. Tunggu dan saatnya Zahid Hamidi menerima apa juga yang telah dilakukan - what goes round turns around! | ||||
Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar Posted: 25 Oct 2013 02:50 AM PDT KEADILAN DAILYBelanjawan 2014 Pakatan Rakyat mensasarkan hasil kerajaan dipertingkatkan kepada RM226.7 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM218.3 bilion tahun ini, dan nisbah defisit kepada KDNK dikurangkan kepada 3.2% pada tahun 2014 daripada 4.6% tahun. Pakatan Rakyat percaya sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan pentadbiran telus, bertanggungjawab dan berintegriti, nescaya dapat diwujudkan persekitaran ekonomi yang berdaya saing dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan rakyat secara amnya. Dalam pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat di Parlimen pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mewakili Parti Keadilan Rakyat menegaskan bahawa, Pakatan Rakyat mempunyai satu resipi bukan rahsia yang mudah akan tetapi BN tiada langsung iaitu komitmen politik. "Satu komitmen politik untuk mencapai ketirisan, pembaziran dan rasuah sifar. Ini adalah antara sebab utama mengapa kita boleh mempunyai sasaran konsolidasi fiskal yang lebih mampan daripada BN, dan ini telah pun terbukti di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan". Dalam Belanjawan 2014 yang bertemakan "Mempertahankan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang", Pakatan Rakyat mensasarkan pengurangan sebanyak 10 % bagi semua semua bekalan dan perkhidmatan daripada perbelanjaan operasi di mana kerajaan persekutuan boleh merealisasikan penjimatan tahunan sebanyak RM10 hingga 15 bilion, berbanding dengan pembaziran di bawah pengurusan BN dianggarkan RM30 hingga RM40 bilion setahun. Pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menggariskan empat teras utama yakni: 1) Memperkukuhkan Kedudukan Fiskal dan Memperkasa Kewangan Awam; 2) Mempertingkatkan Kesejahteraan dan Kualiti Kehidupan Rakyat – Agenda Sebuah Negara Berkebajikan; 3) Memastikan Pembangunan Ekonomi yang Lebih Seimbang, Inklusif dan Mampan; dan 4) Merungkai Potensi Sebenar dan Mempertingkatkan Daya Saing Jangka Panjang Negara. Pakatan Rakyat berpendirian bahawa GST merupakan cukai regresif di mana sebagai peratusan pendapatan, golongan berpendatapan rendah terpaksa membayar cukai lebih tinggi daripada golongan berpendapatan tinggi; maka golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan akan menanggung beban cukai yang lebih tinggi berbanding yang kaya. " Sebaliknya, Belanjawan Pakatan Rakyat memberi penekanan kepada Penjimatan Ringgit (PR) dan bukan kenaikkan harga. Program-program yang merugikan rakyat seperti Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) yang menelan belanja tahunan RM800 juta dan juga Program Susu 1Malaysia yang menelan belanja sebanyak RM170 juta harus dihapuskan. Maka Pakatan Rakyat menolak sepenuhnya pengenalan GST," ujar Anthony Loke yang mewakili DAP. Selain itu, Pakatan Rakyat juga bercadang untuk menambah bilangan pembayar cukai dengan mempertingkatkan pendapatan rakyat dan tenaga kerja terutamanya di kalangan orang muda sebagai salah satu mekanisme penjanaan hasil yang lebih tuntas. Untuk mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat, Pakatan Rakyat mengusulkan pengurangan kos sara hidup dengan mengawal harga bahan makanan, rumah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan produk farmasi, dan utiliti. "Kami mencadangkan langkah-langkah yang praktikal dalam menangani kos hidup yang tinggi dan menekan rakyat secara keseluruhan; dalam masa yang sama tidak memberi bebanan tinggi kepada kerajaan dan tidak memberi impak negatif kepada industri atau sektor itu sendiri," kata wakil PAS Khalid Samad. Dalam komitmen memastikan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan inklusif, Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat memberi penekanan untuk merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar seperti pengenalan Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak; Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak seperti semakan semula Dasar Kabotaj, meningkatkan akses kepada utiliti dan pendidikan di kawasan pedalaman, dan menyegerakan pembinaan dan penaiktarafan jalan raya terutamanya Lebuhraya Pan-Borneo. Pakatan Rakyat juga komited untuk menggalakan lebih penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi dan kepimpinan seperti penubuhan Dana Sumbangan Wanita Malaysia; golongan OKU bakal menerima kenaikkan elaun sara hidup kepada RM500 sebulan bagi OKU yang bekerja dengan pendapatan bulanan di bawah RM1,200 dan peruntukan khas bulanan bagi Orang dengan Ketidakupayaan Teruk dengan maksimum RM1,000 manakala nasib orang asal akan lebih terbela dengan pelaksanaan cadangan dalam Laporan SUHAKAM mengenai hak-hak tanah orang asal. Jawatankuasa Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat | ||||
7 projek baru bernilai RM38.22 bilion sedia dimulakan di Selangor Posted: 25 Oct 2013 02:47 AM PDT KEADILAN DAILYSHAH ALAM : Ekonomi Selangor akan terus berkembang menerusi tujuh projek pembangunan melibatkan tanah seluas 3,771.81 hektar di seluruh negeri dengan nilai perbangunan kasar dianggarkan berjumlah RM38.22 bilion. Tujuh projek pembangunan yang melibatkan tanah milik kerajaan dan swasta ini diluluskan Majlis Perancangan Fizikal Negara dan dipengerusikan Perdana Menteri dalam mesyuarat 17 Oktober lalu. Projek tersebut adalah pembangunan bercampur di Bandar Bukit Raja di Kapar oleh Sime Darby, pembangunan bercampur di Rawang (Kundang Properties), Resort golf 18-lubang di Batang Kali (Mines Gold & City Sdn Bhd), pembangunan bercampur di Beranang, Hulu Selangor (Riverside Hills Sdn Bhd). Selain itu, projek perumahan dan komersil di Dengkil, Sepang (Tristar Acres Sdn Bhd), projek perumahan di Semenyih, Hulu Langat (UEM Land Berhad) dan pembangunan semula kawasan Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh (Kwasa Ldn Sdn Bhd). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) 24 Oktober lalu mengesahkan, sebanyak 85,415 unit rumah akan dibina menerusi projek-projek pembangunan ini untuk didiami oleh 403,700 orang. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat mingguan itu berkata, kerajaan negeri akan terlibat secara aktif dalam projek-projek ini kerana ia memberi kesan besar dan faedah secara langsung kepada rakyat. Beliau juga mengarahkan kakitangan kerajaan dan agensi negeri memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi Persekutuan yang berkaitan dalam projek-projek pembangunan tersebut. Menurut Khalid, syarikat air yang akan dilantik kerajaan negeri selepas penstrukturan semula air diselesaikan akan memainkan peranan penting bagi membekalkan air bersih secara cekap sebagai perkhidmatan utama kepada penduduk di kawasan-kawasan baru ini. "Kerajaan Selangor sangat komited untuk menyelesaikan penyusunan semula industri air dan berharap pengambilalihan ini selesai akhir tahun ini seperti yang ditetapkan oleh menteri. "Pasukan kami yang merupakan kumpulan profesional yang pakar dan berpengalaman dalam pengurusan air telah bersedia dan tugas mereka yang pertama ialah mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW)," kata Khalid dalam kenyataan dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar. | ||||
Zunar lancar animasi Datuk Nazak & Antutuya Posted: 25 Oct 2013 02:28 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Kartunis politik Zunar melancarkan penerbitan animasi Datuk Nazak & Antutuya hari ini.Menurut Zunar, penerbitan animasi ini tercetus ketika nama Allah menjadi isu kontroversi. "Ketika semua orang sibuk pasal nama ALLAH, saya teringat nama ALtantuya. Kerana itu saya menerbitkan animasi DATUK NAZAK & ANTUTUYA dalam episod "Antutuya bunuh diri"," kata Zunar atau nama sebenar Zulkiflee Anwar Haque pada kenyataan. Zunar berkata, animasi 4 1/2 minit ini bagi mengenang kematian model Mongolia itu yang dibunuh kejam tujuh tahun lalu. Beliau merakamkan penghargaan kepada kartunis Jonos yang berkerja keras menyiapkan animasi ini. Tonton animasi tersebut DI SINI. | ||||
Laporan NFC akan diumumkan 2 minggu lagi Posted: 24 Oct 2013 05:05 PM PDT Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kontroversi projek Pusat Fidlot Nasional akan diumumkan dua minggu lagi. Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua bersama anggota jawatankuasa baru yang sedang mengesahkan laporan itu. Laporan itu disediakan oleh jawatankuasa penggal sebelum ini. "Kami akan bentangkannya dalam tempoh dua minggu. Untuk berlaku adil kepada jawatankuasa baru, mereka harus membincangkannya juga," katanya di lobi Parlimen hari ini. Seorang anggotanya Tony Pua sebelum ini berkata terdapat "butiran menarik" dalam laporan itu. PAC juga memutuskan untuk menyiasat kelewatan yang lama dalam pembinaan dan penyiapan projek KLIA2 , yang telah ditangguhkan sebanyak lima kali. Kos projek itu juga turut meningkat lebih dua kali ganda - daripada RM1.9 bilion kepada hampir RM4 bilion - sepanjang berlakunya kelewatan tersebut, dan kini ia dijangka siap tahun depan. Nur Jazlan berkata, walaupun projek tersebut tidak dibangkitkan dalam laporan Audit, tetapi menurutnya ia adalah satu kes yang kepentingan awam. Oleh itu, katanya, PAC mahu memanggil kementerian pengangkutan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. Kementerian pengangkutan akan berdepan dengan PAC pada 19 November berhubung kelewatan pembinaan KLIA2 dan perolehan peralatan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ( KKIA) | ||||
Azmin: MB sedia timbang tambah peruntukan Posted: 24 Oct 2013 05:04 PM PDT Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah peruntukan pembangunan dalam Bajet Selangor 2014, seperti yang dikemukakan dalam memorandum Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Katanya, menteri besar menetapkan satu tarikh pada awal November depan untuk bertemu dengan BBC bagi memaklumkan sama ada cadangan mereka – yang disifatkan Khalid sebagai "cukup mengagumkan" – akan disertakan dalam bajet negeri itu "Tan Sri Khalid pada kelazimannya membaca mana-mana memorandum daripada pelbagai pihak satu atau dia kali, tetapi daripada BBC, beliau baca tiga kali, kerana beliau berpendapat cadangan BBC cukup impresif. "(Oleh itu) Beliau telah menetapkan satu tarikh untuk kembali kepada BBC untuk memaklumkan cadangan kami. Ini menunjukkan ada satu kerja yang positif bahawa kerajaan menerima pandangan kita," kata Azmin ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini. ADUN Bukit Antarabangsa itu menjangkakan pertemuan itu akan berlangsung minggu pertama awal November sebelum mesyuarat pra-bajet yang dijadual berlangsung 8 November depan. Dalam pertemuan lebih tiga jam itu bermula 3 petang ini, Azmin berkata Khalid pada dasarnya bersetuju dengan pendirian BBC bahawa wang rezab negeri mesti dibelanjakan untuk pembangunan demi kebaikan rakyat negeri itu. "Beliau juga akan meneliti cadangan BBC dalam bidang strategik untuk diberi peruntukan pembangunan," kata Azmin sambil menambah pertemuan itu yang dihadiri kira-kira dua pertiga daripada 44 ADUN Pakatan Rakyat. BBC antara lainnya mencadangkan tambahan peruntukan untuk perumahan rakyat, isu tebatan banjir, isu pendidikan dan belia dan sukan termasuk meminta kerajaan negeri memantau prestasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Beliau berkata cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta dalam bajet tersebut dimaklumkan kepada mereka dalam satu taklimat oleh menteri besar 3 Oktober lalu. Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata Khalid dalam pertemuan hari ini menyatakan kesediaan untuk meneliti semula rancangan tersebut. Menteri besar mengambil kira pandangan BBC bahawa "tidak wajar untuk mengurangkan belanja pembangunan dalam suasana kemungkinan berdepan kegawatan ekonomi," katanya. Azmin berkata, BBC menyambut baik kesediaan Khalid dan pegawai kerajaan negeri untuk memberi ruang untuk berbincang mengenai cadangan mereka selepas menerima keluhan daripada akar umbi. "Saya akui ada (cadangan) yang penting, ada dan ada yang boleh ditangguhkan. Tetapi mesti ada tradisi perbincangan dengan BBC kerana kita mengetahui rakyat di bawah," katanya lagi. Azmin berkata pertemuan itu berlangsung dengan keadaan baik, yang turut dihadiri exco kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan speaker DUN Selangor. | ||||
Amuk Di Stesen LRT: “Aku Hanya Menjalankan Tugas...” Posted: 24 Oct 2013 04:55 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati sehingga membawa kepada dua kematian telah mengeluarkan kata-kata; "Aku hanya menjalankan tugas..." sebelum menikam salah seorang mangsanya iaitu pembantu kedai runcit di stesen berkenaan. Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh mangsa tikamannya, Sulianti Johari, 31, yang terselamat daripada insiden tersebut. Katanya, selepas menusuk abdomennya dengan sebilah pisau rambo, suspek dengan tenang dan bersahaja kemudian berjalan menuju ke van yang dipandunya semula sambil tersenyum dan melambai tangan lalu memandu pergi dari Stesen LRT Gombak - tempat pertama dia mengamuk. Menurut Sulianti, dia memang mengenali pemuda berusia 26 tahun itu kerana pemuda itu adalah pengedar barangan regular di kedai dia bekerja. "Kami tidak pernah bertengkar atau berselisih pendapat dengannya. Selalunya dia ramah dengan saya malah saya anggap dia bagaikan seorang adik," katanya selepas berjaya menjalani pembedahan untuk menutup semula luka akibat tikaman di bahagian abdomennya itu. Tetapi sebelum itu, para saksi yang lain menyedari yang suspek kelihatan seperti seorang yang dirasuk. Pemilik kedai runcit di stesen berkenaan, Lau Siew Ling, 49, berkata, suspek adalah seorang yang mereka kenali dan merupakan seorang pembekal rokok di kedainya. Bagaimanapun Lau yang turut ditikam oleh suspek menyedari yang suspek tidak kelihatan seperti biasa malah seperti telah dirasuk oleh sesuatu. "Selepas dia berhentikan vannya di hadapan kedai saya dia terus keluar sambil memegang sebilah pisau. Dia tidak berkata apa-apa kepada saya tapi dia terus berjalan ke arah saya dan menghunuskan pisau itu ke sebelah kiri pinggang saya," kata wanita itu kepada para pemberita ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL). Suami Lau yang enggan namanya disebut menyifatkan peristiwa yang menimpa isteri dan pekerjanya itu sebagai satu kejadian malang. "Tapi nasib baik mereka selamat...," tambahnya lagi. Menurut Lau, sebaik sahaja suspek menikam isterinya, suspek kemudiannya dengan selamba berjalan kembali ke arah pekerjanya Sulianti pula lalu menikam wanita itu. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan selamat. Sementara itu seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia telah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya dan nampak seorang lelaki yang kelihatan seperti "tidak betul" berjalan menuju ke vannya selepas menikam mangsa-mangsanya itu. "Saya berlari ke arah mereka (mangsa) yang ketika itu sedang berdarah teruk dan salah seorang daripada mereka telah menunjuk ke arah van putih itu," katanya. Dia kemudiannya telah menjerit ke arah pengawal keselamatan berhampiran stesen tersebut dan memintanya menembak ke arah van putih berkenaan tetapi pengawal itu tergamam dan tidak dapat melakukan apa-apa. Katanya, jika mereka berjaya menahan van tersebut daripada beredar dari situ mereka mungkin telah berjaya menyelamatkan dua nyawa yang lain daripada melayang. (Suspek kemudiannya memandu ke arah Stesen LRT Taman Melati pula dan dalam perjalanan ke situ telah menikam dua lagi mangsa - seorang lelaki tua dan seorang lagi pelajar kolej - yang membawa kepada kematian mereka). Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek. "Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum ini," ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah dengannya di Selayang. Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial Facebook. "Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini," katanya lagi. | ||||
KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan Posted: 24 Oct 2013 04:51 PM PDT SINAR HARIAN Mayat mangsa yang ditembak dalam sebuah bank di USJ 2, semalam dihantar ke hospital untuk bedah siasat. PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata, syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. "Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api. "Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya. Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan. "Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya. Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api. Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan. "Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya. Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta. - Bernama | ||||
DAP gesa SPA ambil tindakan disiplin Pengarah Jasa Posted: 24 Oct 2013 04:48 PM PDT Kian Ming KUALA LUMPUR - DAP hari ini mendesak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengambil tindakan disiplin ke atas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan yang dikatakan melanggar Tatatertib Peraturan-Peraturan Pegawai Awam. Pengarah Strategi DAP, Dr. Ong Kian Ming mendakwa tindakan Fuad membuat "tweet" sebanyak 372 kali untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) dan 18 kali menyokong Barisan Nasional (BN)-Umno dari 2011 hingga 24 Oktober lalu telah melanggar peraturan tersebut sebagai penjawat awam. "Beliau telah melanggar tatatertib tersebut dengan ketara apabila menggunakan akaun twitter @fuhas_tweet untuk menyerang parti dan juga pemimpin PR. "Fuad juga menggunakan akaun twitter untuk menyokong dan berkempen untuk BN dan Umno dari segi politik, bukan dari segi polisi ataupun dasar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik. Antaranya pegawai tidak boleh membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada lisan atau bertulis, memberi pandangan yang berat sebelah atas perkara yang menjadi isu parti politik. Selain itu, pegawai juga tidak boleh terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihan raya umum, pilihan raya kecil atau apa-apa pilihan raya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. Antara contoh tweet Fuad yang menyerang PR dan menyokong BN ialah '#Bersih3 – Lagi usaha DSAI untuk jadikan Dtrn Mdeka as Dtrn Tahrir Mesir. Yang menari ikut rentak DSAI akan tewas dlm prg saraf ini (27 April 2012)' dan 'Tertarik perjalanan pemilihan Umno kini: Teratur, kekeluargaan, pembahruan, lebih meakar umbi & penyertaan menyeluruh. Umno has transform! (8 Oktober 2013)'. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan